You are on page 1of 24

TOPIK 3

PERKAEDAHAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
KESUSASTERAAN MELAYU
PENDEKATAN
Kumpulan andaian yang saling berkaitan.
Mencerminkan suatu pandangan atau falsafah
yang berkaitan dengan proses P&P.
Terdapat tiga pendekatan yang digunakan
dalam proses P&P kesusasteraan.
◦ Sejarah
◦ Sosiopsikologi dan emosi
◦ Diduktik dan analitik
PENDEKATAN SEJARAH
Terbentuk berdasarkan teori bahawa
karya sastera perlu dilihat berdasarkan
latar belakangnya.
Faktor sejarah mempunyai pengaruh
besar terhadap jenis, persoalan dan cara
penghasilan karya sastera.
Karya sastera dilihat sebagai himpunan
rentetan peristiwa yang berlaku kepada
seseorang watak.
PENDEKATAN SOSIOPSIKOLOGI DAN
EMOSI
 Realiti kepada peranan sastera.
 Cerminan sosial dan mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap psikologi dan emosi ahli-ahli
masyarakat itu sendiri.
 Karya sastera menjadi pembentuk cita rasa dan nilai
dalam masyarakat tersebut.
 Melihat karya sastera sebagai peristiwa yang boleh
dikaitkan dengan psikologi dan emosi manusia yang
digambarkan dalam sesebuah karya sastera.
 Mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak yang
terdapat dalam sesebuah karya sastera.
PENDEKATAN DIDUKTIK DAN ANALISIS
(INTRINSIK)
 Berdasarkan teori bahawa unsur-unsur extrinsik semata-
mata bukanlah penyebab maka sesuatu karya sastera itu
terhasil.
 Unsur-unsur ekstrinsik hanyalah boleh digarap untuk
penghasilan karya sastera.
 Unsur-unsur intrinsik lebih penting.
 Membolehkan pelajar melihat karya sastera secara
objektif dan analitik.
 Menganggap peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam
karya sastera hanyalah sebagai suatu aksi yang boleh
dieksploitasi sebagai bahan karya.
 Karya sastera dinilai berdasarkan ketepatan atau
kebolehan pengarangnya memaparkan mesej
berdasarkan peristiwa yang dieksploitasi itu.
KAEDAH PENGAJARAN
Perancangan bagi melaksanakan sesuatu perkara
supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar.
Merupakan alat yang membolehkan pengajaran
berjalan secara teratur, kemas dan bersistem,
sesuai dengan pendekatan yang dipilih.
Terdapat tiga kaedah pengajaran :
◦ Analisis struktural
◦ Menghayati-mengalami
◦ Berfokus, global dan eklektik
KAEDAH ANALISIS STRUKTURAL
 Bertitik tolak daripada anggapan bahawa bahan sastera ialah
penghasilan buah fikiran yang mengandungi pengalaman,
imaginasi dan emosi yang berkaitan antara satu sama lain.
 Berdasarkan kaedah struktural, karya sastera diajar melalui
struktur bahan itu sendiri. Contohnya, cereka akan diajar
berdasarkan strukturnya iaitu tema, plot, perwatakan dan
sebagainya.
 Antara ciri-ciri kaedah ini :

◦ Kajian bahan sastera dibuat secara induktif


◦ Perlukan pembacaan secara rapi dan terperinci
◦ Pemahaman terhadap karya berkait rapat dengan struktur
karya.
KAEDAH MENGHAYATI-MENGALAMI
Berasaskan anggapan bahawa setiap individu
mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup mereka.
Bahan sastera merupakan rakaman pengalaman manusia
yang diolah dalam bentuk cerita, drama dan sebagainya.
Amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre sastera
yang berbentuk cereka.
Antara ciri-ciri utama kaedah ini :
◦ Pelajar akan membaca karya sebelum pengajaran.
◦ Pelajar cuba menghayati atau menikmati bahan sastera dengan
cara mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada.
◦ Aktiviti pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara kritis.
◦ Pengajaran berorientasikan aktiviti.
KAEDAH BERFOKUS, GLOBAL DAN
EKLEKTIK
Kaedah Berfokus
◦ Pengajaran yang menekankan aspek tertentu dalam sesebuah
karya.
◦ Diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
◦ Menumpukan pengajaran kepada dua fokus, fokus utama dan
fokus sampingan.
◦ Fokus-fokus ini tertumpu kepada kandungan isi pelajaran yang
ditetapkan dalam sukatan pelajaran.
◦ Terdapat satu tajuk isi pelajaran yang menjadi fokus utama,
manakala aspek-aspek lain yang berkaitan menjadi fokus
sampingan.
KAEDAH BERFOKUS, GLOBAL DAN
EKLEKTIK
Kaedah Global
◦ Berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu ialah hasil
kesatuan daripada pelbagai elemen.
◦ Dikatakan tidak dapat mendalami sesuatu aspek sastera
secara terperinci.
◦ Digunakan sebagai aktiviti pemanas dalam pengajaran
seterusnya.
◦ Dalam P&P, pengkajian terhadap karya dibuat berdasarkan
analisis kepada aspek-aspek yang membangunkan karya
tersebut secara keseluruhan dan spontan.
◦ Kebiasaannya diikuti dengan kaedah separa global yang
menjuruskan kajian kepada aspek tertentu dalam karya
tersebut.
KAEDAH BERFOKUS, GLOBAL DAN
EKLEKTIK
Kaedah Eklektik
◦ Kaedah yang menggabungkan semua ciri
terbaik dalam pelbagai kaedah lain.
◦ Tidak terikat kepada mana-mana kaedah
tertentu.
◦ Guru boleh menggunakan kreativiti mereka
untuk disesuaikan dengan pelajar sasaran.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P

Adaptasi, Deklamasi, Cerpendra dan Mestamu


Adaptasi
◦ Mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera
kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik.
◦ Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah
sajak, guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada
bentuk drama, cerpen atau nyanyian.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Deklamasi
◦ Membaca puisi dengan nada, intonasi suara dan gaya
yang sesuai.
◦ Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar
perlu memahami dan menghayati puisi yang akan
dideklamasikannya.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Cerpendra
◦ Mengubah suai petikan cerpen kepada bentuk
drama.
◦ Teknik ini memaksa pelajar mendalami dan
menghalusi isi petikan dan mengubahnya kepada
skrip drama.
◦ Pelajar terpaksa mengkaji dengan teliti aspek
perwatakan, latar tempat dan masa, persoalan dan
tema yang terdapat dalam cerpen tersebut.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Mestamu
◦ Mendeklamasikan puisi dan melagukannya tanpa
muzik.
◦ Terdapat dua aktiviti berjalan secara serentak iaitu,
mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama
ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap.
◦ Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang
pelajar akan mendeklamasi dan seorang lagi akan
melagukannya.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Kerusi Panas, Improvivasi dan Pemaduan Seni
• Kerusi Panas
• Boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan
perwatakan dalam sesebuah karya sastera.
• Seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami
watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini
ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas.
• Pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas.
• Pelajar tersebut akan menjawabnya berdasarkan cerita atau
peristiwa dalam karya sastera tersebut.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Improvivasi
◦ Lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan
kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau
peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang
diajarkan.
◦ Para pelajar diminta menyediakan skrip secara
berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang
berlaku dalam permulaan cerpen, konflik dan
peleraian dalam cerpen berkenaan.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Pemaduan Seni
◦ Penggunaan unsur seni untuk menghidupkan petikan
dalam karya sastera.
◦ Seni-seni yang dipilih itu digunakan dengan serentak
pada masa yang sama,
◦ Contohnya, pengajaran aspek perwatakan dalam
sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan
aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama pelajar
lain melukiskan gambaran watak dan mungkin
sekumpulan pelajar lain menyanyikan fakta mengenai
watak tersebut.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Baca Drama, Lakonan, Kaligrafi, Dialog, Melodi dan
Nyanyian
Baca Drama
◦ Untuk mengajarkan isi dan persoalan yang terdapat dalam drama.
◦ Pelajar diminta membaca skrip drama secara bergilir-gilir atau
berdasarkan watak yang dikhaskan.
◦ Guru perlu menegaskan tentang penggunaan intonasi yang sesuai
dalam pembacaan tersebut.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Lakonan
◦ Untuk memudahkan pelajar mengingati dan
menghayati sesuatu karya sastera.
◦ Pelajar diminta mengingati semula dialog atau petikan
dalam drama atau novel, kemudian mereka diminta
melakonkan petikan tersebut mengikut pemahaman
dan penghayatan mereka sendiri.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
 Kaligrafi

◦ Seni tulisan yang boleh digunakan untuk memotivasikan


pelajar memberikan fokus terhadap objektif pengajaran.
◦ Dalam pengajaran aspek perwatakan dalam novel misalnya,
pelajar boleh diminta menuliskan nama-nama watak mengikut
gaya dan kreativiti masing-masing.
◦ Tumpuan pelajar akan terarah kepada mana-mana watak yang
sedang dituliskannya dan ini akan memudahkan perbincangan
tentang aspek tersebut yang dibuat selepas itu.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
 Dialog

◦ Dimulakan dengan pemilihan dialog-dialog daripada bahan


yang dikaji.
◦ Pelajar diminta menulis dan melafazkan dialog-dialog
pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai.
◦ Kesungguhan perlu ditekankan supaya pelajar membaca
dialog tersebut dengan gaya yang menarik.
◦ Aktiviti ini akan menyebabkan pelajar tertumpu kepada isi
yang akan dibincangkan.
◦ Pengajaran akan diteruskan dengan perbincangan antara guru
dan pelajar, yang merupakan soal jawab yang berkaitan
dengan isu yang sedang dibincangkan.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Melodi
◦ Nada dan ritma yang enak didengar atau dibacakan.
◦ Digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati
sesuatu isi atau fakta.
◦ Fakta atau isi yang akan diajarkan digubah dalam
bentuk melodi yang indah.
◦ Pelajar lebih mudah mengingati fakta yang
bermelodi, berbanding fakta yang disampaikan
secara tradisional.
TEKNIK DAN AKTIVITI P&P
Nyanyian
◦ Teknik ini hampir sama dengan melodi.
◦ Isi atau fakta yang akan diajarkan digubah seperti
rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular.
◦ Fakta tersebut disebut seperti menyanyikan lagu yang
dipilih itu.
◦ Teknik ini akan menjadi lebih menarik jika diiringi
muzik ‘minus one’ lagu berkenaan.

You might also like