P. 1
Kesan-Kesan Kenaikan Harga Minyak

Kesan-Kesan Kenaikan Harga Minyak

|Views: 475|Likes:
Published by Stephanie Ng

More info:

Published by: Stephanie Ng on Nov 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/26/2013

pdf

text

original

Kesan-kesan Kenaikan Harga Minyak Dewasa ini, isu kenaikan harga minyak begitu hangat diperkatakan dalam

media massa. Baru-baru ini, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak iaitu sebanyak 78 sen seliter. Ini tidak dapat dielakkan kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara kita, malahan ia turut berlaku di negara-negara lain. Selain itu, pelbagai tunjuk perasaan telah berlaku sebagai tanda protes dengan kenaikan harga minyak ini. Kenaikan harga minyak telah memberikam impak yang besar kepada masyarakat di negara kita. Harga barangan telah melambung tinggi atas alasan kenaikan harga minyak. Justeru itu, masyarakat menjadi tertekan terutamanya yang tinggal di kota-kota besar. Maka, untuk golongan yang berpendapatan kecil, ia seolaholah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bukan itu sahaja, ada sesetengah golongan peniaga yang tidak beretika yang telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dengan sesuka hati dengan kenaikan harga minyak ini. Malah, fenomena ini menjadi amat berleluasa akibat kekurangan pemantauan daripada pihak berkuasa. Akhirnya, rakyat menjadi mangsa dan golongan peniaga pula memperolehi laba yang berlipat ganda. Kesan kenaikan harga minyak yang lain ialah peningkatan dalam kos perkhidmatan. Para pengusaha telah memberi seribu macam alasan sehingga harga tambang bas meningkat sekali ganda dan ini pastinya menekan para pengguna. Para pengusaha telah menggunakan alasan kos penyelenggaraan telah meningkat termasuk kos alat ganti akibat kenaikan harga minyak untuk menaikkan kos perkhidmatan. Maka, masyarakat terpaksa menerimanya kerana mereka tiada pilihan lain memandangkan itulah pengangkutan untuk anak-anak mereka pergi ke sekolah. Selain itu, terdapat juga sesetengah golongan yang turut bertindak “menangguk di air yang keruh”. Mereka menaikkan harga barangan seperti pakaian, alat tulis, buku dan pelbagai lagi. Golongan ini telah memberi alasan yang kos pengangkutan dan penghantaran telah meningkat dengan mendadak. Maka, apa yang pasti ialah setiap sudut yang melibatkan perniagaan telah meningkat dari segi harga barangan yang diniagakan. Di samping itu, yuran pembelajaran anak-anak turut mengalami nasib yang sama. Pengusaha pusat-pusat tuisyen dan kolej swasta turut tidak ketinggalan dalam menaikkan yuran bulanan mereka dengan alasan kos pemberian kertas telah meningkat. Mereka turut mendakwa yang mereka terpaksa membayar gaji yang tinggi kepada pengajar. Sebagai intiha, dapat disimpulkan bahawa kenaikan harga minyak telah memberikan kesan kepada masyarakat. Oleh itu, mereka terpaksa bijak berbelanja dan berhemah dalam apa jua yang dilakukan. Hal ini penting supaya mereka dapat mengimbangi senario yang melanda negara buat waktu ini. Justeru itu, kerajaan mestilah bijak dalam memainkan peranan supaya rakyat tidak terus tertindas agar keharmonian yang dinikmati ini tidak terjejas gara-gara rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->