You are on page 1of 12

SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 - Perkara-Perkara Tatatertib Yang


Dianggap Berat.
Kandungan:
Menyatakan tentang 17 perkara tatatertib yang dianggap berat
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976: Potongan Rambut Murid.
Kandungan:
Menyatakan tentang potongan rambut murid yang dibenarkan dan mengharapkan
semua guru dan kakitangan yang lain menjadi contoh kepada murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1981 - Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah.
Kandungan:
Menyatakan tentang ingatan kepada Pengetua / Guru Besar agar menyedarkan guru-
guru, kakitangan, dan murid-murid mengenai pentingnya amalan ketetapan masa.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1981 - Penggunaan Waktu Luang Oleh Guru-
Guru ,
Kandungan:
Menyatakan tentang waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) adalah masa
bekerja dan Pengetua
/ Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru untuk membuat kerja-kerja yang
memberi kebaikan kepada murid dan sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1981 - Kebersihan Di Sekolah-Sekolah.


Kandungan:
Menyatakan tentang tanggungjawab Pengetua / Guru besar supaya menjaga
kebersihan sekolah mereka dan memberikan cadangan-cadangan bagaimana
kebersihan sekolah dapat dipertingkatkan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Sekolah
Sebagai institusi Masyarakat.
Kandungan:
Menyatakan tentang langkah-langkah yang dijalankan untuk melibatkan masyarakat,
guru, dan pelajar dengan sepenuhnya dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah
sekolah demi kebaikan pelajar dan masyarakat
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1985 - Rancangan Mencantikkan Dan
Mengindahkan Sekolah Dan Kawasannya (Landscaping)
Kandungan:
Menyatakan tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak pengurusan
sekolah untuk mencantikkan dan mengindahkan sekolah dan kawasannya.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 - Peraturan Pakaian Guru/Pensyarah


Maktab dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran
Kandungan:
Menyatakan tentang penetapan peraturan pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah/
kuliah, di luar bilik darjah, di makmal/bengkel, praktik sains pertanian, di pejabat,
dan sewaktu menghadiri Majlis Upacara Rasmi.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986 - Rekod Kedatangan Dan Laporan Gerak Kerja
Kokurikulum Pelajar
Kandungan:
Menyatakan tentang gerak kerja kokurikulum akan diambil kira dalam pemilihan
pelajar-pelajar ke Tingkatan Enam dan Maktab – Maktab Perguruan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 –Panitia Mata Pelajaran.
Kandungan:
Menyatakan tentang struktur dan organisasi panitia mata pelajaran, tujuan panitia
mata pelajaran dan peranan panitia mata pelajaran.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 22/1990 - Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah
Kandungan:
Menyatakan tentang larangan menggunakan buku kerja sewaktu mengajar dalam
kelas, larangan (menyenaraikan buku kerja dalam senarai buku di sekolah-sekolah
dan larangan segala bentuk promosi buku kerja dalam kawasan sekolah.
Surat Pekeliling Kewangan Kementerian Pendidikan Bil.17/1995 - Elaun
Penginapan dan Makanan Bagi Guru-Guru Yang Membawa Pelajar
Menyertai Kegiatan Kokurikulum.
Kandungan:
Menyatakan tentang peraturan-peraturan yang perlu diikuti dalam melaksanakan
Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/1992.
1998
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1998 - Pakej Penerapan Nilai Murni Di
Sekolah.
Kandungan:
Menyatakan tentang pakej penerapan nilai-nilai murni di sekolah kerana didapati
perlakuan sesetengah
pelajar tidak menunjukkan nilai-nilai yang diajar telah diserapkan secara berkesan
di kalangan mereka.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998 - Menjaga Kesihatan Pelajar di Sekolah


Kandungan:
Menyatakan tentang lapan langkah untuk menjaga kesihatan pelajar di sekolah
untuk mewujudkan sekolah sihat iaitu sesuai dengan konsep dan matlamat Program
Bersepadu Sekolah Sihat.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1998 - Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Arab di Sekolah Kebangsaan.
Kandungan:
Menyatakan tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di
sekolah rendah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 - Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan Bagi
Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta.
Kandungan:
Menyatakan tentang pelaksanaan kohot umur sekolah rendah berasaskan Akta
Pendidikan 1996 yang berkuat kuasa pada 31 Disember 1997.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998 - Program Tabiat Membaca.


Kandungan:
Menyatakan tentang pelaksanaan Program Membina Tabiat Membaca secara
terancang dan berterusan di sekolah-sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998 - Menangani Kegiatan Gangster Di
Sekolah.
Kandungan: .
Menyatakan tentang langkah-langkah tindakan pemulihan dan pencegahan kegiatan
gangster di Sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.18/1998 - Penggunaan Budi Bicara Ketika


Mengambil Tindakan.
Kandungan:
Menyatakan tentang penggunaan budi bicara pihak pentadbiran sekolah ketika
mengambil sesuatu tindakan
Terhadap pelajar.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/1998 - Tindakan Segera Terhadap Aduan
Awam.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, dan sekolah supaya segera mengambil
tindakan terhadap semua aduan awam yang diterima.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 21/1998 - Persediaan Menghadapi Bencana Alam.


Kandungan:
Menyatakan langkah-langkah yang patut diambil sebagai persediaan menghadapi
bencana alam dan strategi mengatasi kesan bencana alam seperti banjir.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998 - Penglibatan Guru dan Murid Dalam
Aktiviti Pasukan Seragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya
memaklumkan dan mendapatkan kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri terlebih
dahulu, sebelum gum dan murid dibenarkan menyertai aktiviti-aktiviti anjuran agensi
kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 - Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan


Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berkuat kuasa mulai sesi persekolahan Tahun
1999.
1999
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1999 - Penganjuran Program Motivasi di
Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan pihak pentadbiran sekolah sentiasa
mengutamakan kepakaran yang terdapat di kalangan guru, sama ada guru-guru di
sekolah sendiri, guru-guru dari sekolah lain atau dari kalangan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, apabila menganjurkan program motivasi murid-murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 – Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan
256: "Buku Rekod & Mengajar Guru", bertarikh 1 Julai 1963.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1999 - Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan
Politik Anti kerajaan.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan supaya semua Ketua Jabatan, Pengetua, dan Gum Besar
mengambil tindakan / tegas terhadap mana-mana pegawai, staf, atau murid yang
didapati bersalah mengingkari larangan melibatkan diri dalam kegiatan politik anti
kerajaan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 - Keselamatan Diri Murid Dalam
Perjalanan Pergi Dan Balik.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan menegaskan kepentingan mewujudkan peraturan-
peraturan mengenai keselamatan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu
diamalkan, untuk melindungi murid daripada menjadi mangsa kepada perbuatan
jenayah yang tidak diingini, sama ada di dalam atau di luar kawasan
sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2000 - Mencegah Kebakaran di Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan semua Pengetua dan Gum Besar
supaya mengambil langkah-langkah proaktif yang sewajarnya bagi menangani
masalah kes kebakaran daripada berlaku di sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2000 –Panduan Penubuhan dan Pengurusan


Kelab Komputer Teknologi Maklumat Sekolah.
Kandungan:
Menyatakan tentang panduan penubuhan dan pengurusan Kelab Komputer /
Teknologi Maklumat Sekolah dan membatalkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
5/1986.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000-Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa
Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan di Dalam dan di Luar Kawasan Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar
supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh
berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas murid serta mengambil
langkah-langkah proaktif untuk mengelakkannya.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000 - Membanteras Jenayah di Kalangan
Murid Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan mempergiatkan usaha membanteras kegiatan jenayah di
kalangan murid-murid sekolah dan mengembalikan imej Kementerian Pelajaran
dalam melahirkan warganegara yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000 - Lawatan Pendidikan Murid di Hari


Persekolahan.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan keputusan Kementerian Pelajaran
membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid
semasa waktu persekolahan secara terancang. .
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2000 - Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat
Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memberi garis panduan kepada semua sekolah, dalam
merancang dan melaksanakan program-program sempena sambutan Hari
Kemerdekaan setiap tahun.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/2000—Peraturan Secara Pentadbiran Supaya


Ibu/Bapa/ Penjaga Di benar Menandatangani Borang Rasmi.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan persetujuan kerajaan supaya peraturan
dibuat secara pentadbiran dengan menyediakan dalam borang-borang tertentu yang
membolehkan ibu selain dari bapa dan penjaga anak menandatangani borang rasmi
yang tidak melibatkan hak penjagaan anak.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000 - Salah Laku Memasukkan Unsur Politik
Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan
Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan mengingatkan semua Ketua Jabatan, Pengetua, dan Guru
Besar serta guru-guru agar mematuhi semua arahan yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran tentang salah laku berunsur politik.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 19/2000 - Panduan Menggalakkan Kerjasama dan


Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi
di Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memberikan panduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian, dan sekolah dalam urusan menerima
sumbangan, tajaan, dan kerjasama dari pihak luar dalam Program Teknologi
Maklumat dan Komunikasi di sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/2000 - Panduan Penubuhan Persatuan Bukan
Islam di Sekolah-Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memberi penjelasan tentang kekeliruan mengenai dasar
dalam penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di sekolah-sekolah.
2001
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2001 - Pindaan Bagi Para 2 Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 10/ 1998 - Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah
Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah
Swasta.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan meminda tarikh perlaksanaan tentang umur masuk
sekolah rendah dan sekolah menengah serta umur menduduki peperiksaan bagi
sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan,dan sekolah swasta.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2001 Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam


Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan.
Kandungan:Dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan pindaan terbaru syarat
kelayakan meminjam buku teks
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2001 - Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG)di Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan batasan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru-Guru di sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2001 - Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif
Cybercafe dan / Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar
supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi memastikan murid-murid
sekolah tidak terlibat dengan gejala negatif.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 - Garis Panduan Pakaian Guru Ketika
Bertugas di Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu bahawa pakaian jubah bukanlah
dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 - Pemantapan Pengurusan Disiplin
Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah (PPB/PPD), semua Pengetua, dan Guru
Besar supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan
pengurusan disiplin di sekolah-sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 - Penglibatan Pelajar Dengan
Kegiatan Negatif.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah (PPB/PPD), semua
Pengetua, dan Guru Besar supaya mengambil langkah-langkah yang
berkesan untuk menangani penglibatan pelajar dengan kegiatan negatif.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 - Semua Guru Adalah Guru


Disiplin.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan menyatakan bahawa semua guru adalah
bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2001 - Pindaan Syarat Kelayakan
Meminjam Buku Teks (^ Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Kementerian Pendidikan.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan pindaan terbaru syarat
kelayakan meminjam buku teks SPBT di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2001 - Gerakan Membaca di Sekolah-


Sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk mempergiatkan gerakan membaca melalui
aktiviti-aktiviti perpustakaan/ pusat sumber sekolah dan mengarahkan setiap
Jabatan Pendidikan Negeri menubuhkan Persatuan Perpustakaan Sekolah
Peringkat Negeri jika persatuan yang seumpama itu belum diwujudkan di
negeri masing-masing.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 - Lawatan Sekolah Pada Hari
Persekolahan
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memperincikan beberapa panduan yang
perlu diikuti oleh setiap sekolah semasa merancang sebarang lawatan
sekolah pada hari persekolahan.
2003
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2003 - Ke Arah Membudayakan Nilai
Berterima Kasih.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi panduan pelaksanaan aktiviti
pembudayaan nilai berterima kasih di sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 - Kuasa Guru Merotan Murid.


Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi panduan kepada Pengetua atau
Guru Besar dan guru-guru yang diberikan kuasa ketika melaksanakan
hukuman rotan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2003 - Penggunaan Buku Log Bagi


Tujuan Memantau Laku Musnah (Vandalisme) Di Kalangan Murid-
Murid Sekolah.
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan mengarahkan penggunaan 'buku log laku
musnah' untuk memantau gejala salah laku dan data-data yang terkumpul
boleh dijadikan sumber untuk membuat perancangan bagi membasmi
perbuatan vandalisme.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2003 - Inisiatif Meningkatkan
Keselamatan, Kesihatan, Dan Keceriaan Sekolah (3K)
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa mulai tahun
2004, hanya terdapat satu program sahaja yang dikenali sebagai
Inisiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan, Dan Keceriaan
Sekolah ,(3K) yang mana di bawah program ini terdapat tiga program
berasingan iaitu Program Sekolah Selamat,
Program Kesihatan dan Kebersihan, dan Program Keceriaan dan
Keindahan Sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/2003 - Masalah Salah laku


Murid Dijadikan Agenda Tetap

Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ibu


Bapa dan Guru (PIBG)
Kandungan:
Dikeluarkan dengan tujuan mencadangkan supaya semua Persatuan
Ibu bapa dan Guru menjadikan
masalah salah laku murid sebagai agenda tetap Mesyuarat Agung
dan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

You might also like