PERUBATAN TRADISIONAL SITI NORUWA BT ABD.

AZIZ (A58719) DEFINISI Perubatan tradisional ialah sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu. Perubatan tradisional terbahagi kepada dua bahagian iaitu: a. a. Perubatan tradisional profesional. b. b. Perubatan tradisional bukan profesional atau perubatan tempatan. Perubatan tradisional profesional Perubatan tradisional profesional telah terbukti beberapa tahun yang lampau dan penggunaannya telah diamalkan oleh pelbagai peringkat kumpulan dan masyarakat sehingga kini. Konsep-konsep asasnya telah diterima manusia sejagat. Diantara ubatan tersebut ialah: a. a. Perubatan ayurveda diamalkan oleh masyarakat India b. b. Perubatan ginseng dan akupuntur diamalkan oleh masyarakat Cina dan telah sedia dimaklumi oleh orang-orang di Asia. Perubatan tradisional bukan profesional. Perubatan tradisional bukan profesional mempunyai berbagai-bagai ciri-ciri tertentu dan telah tersebar secara meluas tetapi konsep dan kepercayaannya terbatas bagi masyarakat kecil diperingkat tempatan. Perubatan tradisional mempunyai berbagai-bagai cara mengamalkannya mengikut adat dan budaya sesuatu kaum. Perubatan jenis ini dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu: 1. 1. Tradisi mengikut kelahiran. 2. 2. Herba-herba sebagai ubatan. 3. 3. Teknik-teknik khas seperti tulang-tulang asas. 4. 4. Semangat dan agama sebagai penyembuh. Perubatan tradisional bagi masyarakat orang asli Dikalangan masyarakat orang asli mimpi sangat berperanan dalam keagamaan dan juga sistem perubatan tradisional. Melalui mimpi pengamal-pengamal perubatan tradisional (bomoh atau pawang) yang dikenali sebagai ´halaµ mendapat ilham tentang jampi, nyanyian, cara mengubat penyakit yang berkaitan dengan mahluk halus yang dikenali sebagai superhuman dan sebagainya.

Tumbuhan dan perubatan Penggunaan tumbuhan di dalam sistem perubatan tradisi menunjukkan hubungan yang rapat antara manusia dan sekitarannya. Bagi masyarakat yang berhampiran hutan menggunakan tumbuhan hutan sebagai ubatan seperti daun mengkudu, daun geruda, daun ati-ati, pokok putat daun jambu dan sebagainya.Manalaka bagi masyarakat pantai mereka menggunakan tumbuhan pantai sebagai ubatan. Satu kajian kes yang dijalankan di Melaka oleh Halifah bt Yusof pada tahun 1988 mendapati tumbuhan pantai boleh merawat penyakit luaran, penyakit dalaman dan rawatan selepas bersalin. Penyakit luaran PENYAKIT UBATAN Kudis Pognia pinata Gatal-gatal Pognia pinata Bobol @Puru tapak kaki Phyllanthus niruni Bisul Stathytarpheta indica Penyakit dalaman PENYAKIT UBATAN Sakit kepala Acanthus abracteatus Ardisia littoralis Catharanthus rosaus Sakit perut Rhodomyrtus tomentosa Lelah Carapa granatum Sakit lutut Crinium asiaticum Penyakit yang berkaitan dengan mahluk ghaib Halau hantu Pandanus atrocarpus Casuarina equisetifolia Memulih semangat tanah Pluchea indica Cara pengubatan penyakit ialah dengan merebus tumbuhan tersebut samaada sendirian atau sebagai salah satu campuran dalam ramuan mandian, minuman atau air cucian. Tumbuhan tersebut boleh juga diramas atau ditumbuk dan ditampalkan pada tempat yang sakit. Bahagian-bahagian tumbuhan yang biasa digunakan ialah akar, daun, batang dan buah. Terdapat berbagai jenis tumbuhan yang boleh merawat sejenis penyakit. CONTOH: SAKIT KEPALA Jenis tumbuhan yang boleh digunakan seperti 1. Acanthus ebracteatus atau daun Ardisia littoralis - digiling dan disapu di kepala 2. Bunga Catharantus roseus - diramas dan disapu pada kepala 3. Daun Justica gendarussa, daun kemuning , - diramas dan disapu pada kepala daun durian belanda dan daun nona

Ada pula sejenis tumbuhan boleh mengubati berbagai jenis penyakit. CONTOH: PES CAPRAE Tumbuhan ini boleh mengubati sakit lutut, wanita lepas bersalin, bisa-bisa badan dan demam panas. Pada kebiasaannya penggunaan ubatan ini disertai dengan bacaan shalawat dan ayat-ayat Al- Quran supaya mendapat keberkatan dan lebih mujarab. Rawatan wanita bersalin Kelebihan seorang wanita yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. ialah melahirkan anak. Semasa proses melahirkan banyak urat saraf yang halus terputus dan banyak tenaga telah hilang. Justru itu urutan adalah salah satu rawatan yang bertujuan memulihkan kembali sistem saraf yang terganggu dan melancarkan peredaran darah bagi mengembalikan tenaga yang telah hilang. Dalam urutan bagi ibu yang bersalin ialah menggunakan bedak panas yang dinamakan param yang mengandungi campuran cekur, jerangau, bonglai, halia bara, lempoyang, daun pulut-pulut, ubu karot, kunyit dan daun pegaga yang disapu di seluruh badan. Bedak panas ini berfungsi menghalang kemasukan angin ke dalam badan melalui liang-liang roma. Param ini dapat menghaluskan dan menegangkan kulit serta memutihkannya. Bagi wanita yang mengamalkan penggunaan param ini akan kelihatan berseri-seri selepas habis pantang. Pada biasanya urutan dilakukan dari bahagian kepala dan menurun hinggalah ke bahagian kaki kerana dipercayai bahagian panas bermula dari kepala. Urutan boleh dilakukan sebanyak tiga kali, lima kali atau tujuh kali mengikut kemahuan ibu yang bersalin. Selepas berurut ibu-ibu akan dipakaikan bengkung yang boleh membantu mengecilkan perut walaupun tidak seratus peratus seperti sediakala. Bengkung ini boleh mengembalikan perut sebanyak 90 % ke asalnya. Bengkung ini akan di pakai selama 44 hari kerana dengan menggunakan bengkung ini akan menjadikan gerak-geri lebih yakin dan selesa dan kedudukan rahim akan lebih tetap. Di dalam mandian daun-daun sirih,daun nangka, daun serai dan daun halia akan dimasak dengan air untuk dijadikan herba mandian untuk mengelakkan sakit tulang dan badan akan sentiasa harum. Amalan bertungku pula adalah satu cara rawatan untuk mengecutkan rahim dan disamping itu boleh mengurangkan lemak-lemak di bahagian perut. Bertungku adalah ubat yang paling berkesan pada bahagian rahim. REMPAH RATUS Rempah ratus ini berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daundaun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahan-bahannya seperti akar

telunjuk langit , akar Siti Fatimah , tongkat Ali , akar tutup bumi , bunga pakma dan akar seringan. Daun-dan akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum , dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul. Memakan rempah ratus dalam bentu serbuk adalah lebih berkesan dan ianya akan lebih berkesan dengan mencampurkan sedikit madu dan telur ayam kampung. Akar kayu juga bagus untuk memanaskan badan. Selain makanan yang bertindak dari dalam terdapat juga senaman bagi ibu-ibu sama ada selepas bersalin atau sebagai amalan harian. Senaman ringkas ini ialah apabila bangun tidur pagi duduk dan luruskan kaki bongkok badan dan cecahkan hujung jari tangan dengan hujung jari kaki . Kemudian bengkokkan kaki kiri dan tarik ke sebelah kanan dan pusingkan tubuh dan ulangi semula kaki yang sebelah kanan. Mengamalkan jamu dari muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan kita awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus , daum selom , buah putat , lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh menpercepatkan monopous. KHASIAT DAN KEGUNAAN Jintan hitam Selain sebagai bahan masakan jintan hitam juga mempunyai banyak khasiat. Jintan hitam lebih popular bagi masyarakat India. Dari segi perubatan jintan hitam telah digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Hadis riwayat Bukhari, Muslim menceritakan Abu Hurairah r.a. berkata ´ Tetaplah dengan Habbah Al Sawdah (jintan hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit kecuali Al-sam atau maut. Antara khasiat jintan hitam ialah menguatkan tenaga , mengelakkan penyakit dan mengurangkan kolesterol dengan memakan tujuh biji jintan sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur setiap hari. Bagi penyakit kencing tidak lawas , haid tidak lancar ialah dengan menggoreng tanpa minyak dan dijadikan serbuk lalu diminum dengan air panas dan madu. Bagi menguatkan tenaga batin ialah dengan memasak susu segar dan dicampurkan dengan jintan hitam dan madu dan diminum sebelum tidur. Bagi ibu yang menyusukan anak jintan hitam boleh membanyakkan air susu dengan memakan tujuh biji sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur. Bagi menghilangkan demam selsema dan sakit tekak campurkan serbuk jintan dengan perahan limau nipis dan satu sudu besar madu.

Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit. Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan. membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal. gatal-gatal dan depilatori. Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional. Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang . Bawang putih Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggil allinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. mengurangkan toksin hati. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. menyekat pembekuan darah yang bahaya. Bagi masyarakat India. menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin. Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih . Greek. Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.Kunyit Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna. kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon. setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. terbitan sejenis asid amino. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu. Roman dan Mesir. Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah. Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian.

Tumbuhtumbuhan dan bahan asli banyak menafaatnya.putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Campuran antara lempoyang . Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Antara beberapa petua yang penting untuk kecantikan ialah: . tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga. Segala yang ada di sekeliling kita ada gunanya. Bagi mengubati keguguran pula campuran lempoyang dengan sedikit akar pinang dan akar kelapa yang belum mencecah bumi dikisar dan diminum airnya. cekur berserta daun. jerangau daun bonglai. vitamin A. Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 % kulat lain. Bawang putih juga kaya dengan protein. kalsium. sulfur. iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya. biji kani. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). PETUA-PETUA ORANG TUA-TUA Sebenarnya untuk kelihatan cantik tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal.C. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah.gusi dan gigi yang longgar   Merawat batuk dan batuk kering   Merawat selesema   Merawat sakit telinga   Menghalau serangga   Merawat bisul dengan menuamnya Lempoyang Lempoyang dan cekur banyak kegunaannya. Bawang putih juga agen anti kulat. germanium dan selenium. Jika kedua-duanya ditumbuk dan dicampurkan dengan garam jantan ia boleh mengubati gastrik. Allicin yang bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi.   Membuang angin   Menambah dan mengawal selera makan   Mengurangkan sakit gigi. Kegunaan bawang putih yang lain. Bawang putih jugan boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. daun pegaga.potassium. kedawong dan ramuan adas sepuluh sari dan digiling lumat dan diminum airnya boleh membanyakkan air susu ibu yang baru melahirkan. kayu angin. Sejak turun temurun banyak petua yang diamalkan oleh generasi terdahulu untuk cantik dan manis dipandang. zink .

Majallah Wanita keluaran Mei 1997. Perubatan Tradisional dan Penerimaanya Di kalangan Masyarakat Melayu Kelantan. Tetapi ternyata ianya memberi kesan yang memberangsangkan. 1. 2. Segala apa yang kita lakukan semuanya hendaklah yakin pada kuasa Allah kerana apa yang ada di mukabumi ini adalah dengan kehendakNya. nampak tidak bermaya dan sebagainya. Ini kerana sistem perubatan pada masa dahlu adalah berkurangan dengan itu mereka terpaksa menggunakan bahan semulajadi sebagai ubatan. RUJUKAN 1. Juli Edo (1988). 2. Hashimah Nik Jaafar (1982). . PENUTUP Perubatan tradisional adalah warisan turun-temurun yang kian kurang orang mengamalkannya. Majallah Ummi keluaran Ogos 1990.W. 5.1. 4. 5. tengahari dan malam. Menghilangkan bau ketiak Makan putik limau kasturi pada waktu pagi. Walau apa pun cara perubatan semua itu dengan izin Allah S. amalkan selama 7 hari dan boleh dijadikan amalan harian. 4. 1. ´Penggunaan Tumbuhan Kawasan Pantai Dalam Perubatan Tradisiµ kajian kes di Melaka. Perubatan ini tidak menunjukkan kesan tindakan secepat perubatan alopati tetapi mengamalkannya adalah untuk kesejahteraan jangka masa panjang. Badan kurus ingin gempal Minum segelas air masak tengah malam dan segelas lagi waktu subuh. Melebatkan kening Sapu kedua-dua kening dengan batang pucuk paku yang subur dan masih belum kembang daunnya. 3. 3. Agama Dan Perubatan Masyarakat Semai. Menghilangkan jerawat Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Perubatan ini terbukti keberkesanannya kerana generasi lama walaupun sudah tua dan mereka kebanyakannya mempunyai anak yang ramai tetapi mereka kelihatan masih gagah dan cergas berbanding generasi kini mempunyai seorang atau dua orang anak telah mengalami sakit pinggang. Lakukan selama seminggu.T. Mulut berbau Ramas beberapa helai daun sirih hingga hancur. buah dada mengeleber . Tapi airnya dan dijadikan kumuran setiap pagi dan malam. Ini disebabkan mereka yang terdahulu mengamalkan petua dan mengamalkan perubatan tradisional. 2. Halifah bt Yusof (1988). 4. 3. Tepek pada muka dan biarkan kering dan barulah dicuci dengan air yang bersih. 5.

.

\ .

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat hariini kerana beberapa faktor .racun dan pengaruh makhluk halus.PERUBATAN TRADISIONAL Perubatan cara trdisional adalah warisan turun temurun .Penyakit -penyakit seperti darah tinggi. sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan daripada perubatan moden. Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik . keadaan atau cara telah dilakukan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesanan .khasnya dalam mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden.Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan dan pedalamaan . Ia telah bermula pada nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan .Kedua-dua jenis . Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan negara ini. akupunktur dan ubat-an sinseh terkenal sejak zaman berzaman lagi.Manakala di kalangan masyarakat Cina.Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan begitu kencang bertiup.Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin .Malahan dalam beberapa jenis penyakit. Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit bermula daripada lebihan kecairan .Selain itu. Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat .Kaedah perubatan tradisional memang berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini.patah tulang dan penyakitpenyakit yang ada kaitan dengan urat saraf kebiasanya lebih serasi dengan perubatan tradisional jika dibandingkan dengan perubatan moden.muntah darah atau menjerit-jerit .Oleh sebab itulah golongan seperti ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan seperti ini.Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin canggih.lumpuh .Kalau hendak menyembuhkan penyakit yang sebegitu rupa .amalan perubatan tradisional diperlukan .histeria atau rasukan hantu. Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika waktu. perubatan moden masih gagal mngubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib .lelah .misalnya santau .Penyakit ²penyakit ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden. Perubatan tradional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya .Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.

kencing manis dan penyakit mental.Untuk penyakit hilang akal atau gila umpamanya . Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum mampu hendak membiayai belanja dan kos perubatan moden.kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan oleh orang ramai.perubatan tradisional tidak diperlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit . pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan tradisional .Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS . Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan tradisional .Bayaran perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden.Ini membuktikan bahawa sistem rawatan tradional ini digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat dan tidak terhad kepada sesuatu kaum sahaja.Contohnya kos sebanyak RM20.Dari segi rawatan pula .bayarannya murah kerana perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan .Dalam penagihan dadah pula. Begitu juga dengan buta.berapa orangkah yang mampu membiayainya ?Bagi rawatan tradisional .Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden.000 yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan laser. malahan oleh masyarakat lain seperti India dan Cina.Semua kaum mempunyai sistem rawatan tradisional masing-masing.terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional . bisu.penagihan dadah .terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya. .Dan perubatan tradisional semakin mendapat sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab .bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden. Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk Di negara ini.Hakikat bahawa amalan ini ada pada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat . sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan daripada sinseh dan bomeh Cina .sakit lelah dan lumpuh .perubatan ini mujarab bagi beberapa penyakit seperti darah tinggi .Maksudnya kian canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden .tetapi perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan .tetapi dengan kos yang tinggi itu. Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubat-ubatan tradisional yang murah.Maka . boleh mengurangkan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional.bayaran yang murah dalam perubatan tradisional.Tambahan pula rawatan akupunktur boleh menggantikan ubat bius dalam proses pembedahan.Lebih-lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit ayng berbahaya .bayaran biasanya mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit . Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi. Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan daripada Bomoh atau dukun Melayu.Perubatan cara ini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja.

Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden demi meninggikan mutu perubatan di negara ini. traditional medicine John L. Dalam semua jenis penyakit.Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang .Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dan kehidupan manusia.mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau dukun untuk menyembuhkannya. Penerbitan Dewan bahasa Pustaka. Pretice Hall Introduction to Plant.JCS?108/03?JC3319P// .com// traditional medicine 1980 Faizah Din.com.kemajuan ilmu dan materialistik yang kita capai. 1980 http://www bologist. Bagi masyarakat yang tinggal di pedalaman dan masih tertinggal dalam arus pembangunan moden.Kepercayaan ini telah dibuktikan benar melalui pengalaman sehari-harian mereka . Rujukan Introductiun .Selain itu sistem rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini masih diperlukan di negara ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian daripada kepercayaan mereka.Jelaslah bahawa perubatan tradisional.Mereka berpegang kepada amalan dalam agama Islam bahawa tidak boleh disembuhkan.Cara untuk mengekalkan perubatan Traditional.sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek moyang sejak zaman-berzaman lagi. Nicholas Polunin.Vancat 1970. Kesimpulannya.medicine. Kita tidak seharusnya menyebabkan kita melupkan sistem perubatan Tradisional. Longman //www.yahoo.

Smart Ibadah ..sempena Nuzul Quran o August (6)      Erti kemerdekaan! Berita Harian: 26 Ogos 2009 -Alternatif pengambila..draayusof Blog tentang Islam dan Kesihatan.. Antara rahsia kehebatan perjuangan Palestin Pengambilan ubat dan prosedure yang tidak membatal. View my complete profile Blog Archive y 2010 (1) o January (1)  Asrama tarbiyah dan tahfiz al-amirin y 2009 (25) o September (4)     Kegembiraan di 1 Syawal Selamat Hari Raya Ramadhan bakal pergi! Ibadah juga akan pergi! Al Quran dan Perubatan . Me? draayusof Founder of Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah and Hospital Pakar An-Nur..

. Tanpa ilmu..... Agar mereka menjadi penguna yang bijak dan berilmu. 2009 Perubatan moden Perubatan moden Tulisan ini adalah bertujuan mendidik penguna-penguna kesihatan memahami hakikat sebenar pilihan-pilihan perubatan yang ada. .. pembinaan sebuah h. Tip belajar perubatan Hari Thalasemia Rayuan derma maahad Perubatan moden o April (1)  Angan-angan menjadi kenyataan o March (3)    Cerpen: Angan-angan kah aku . Aspek ini jarang dijelaskan kepada orang awam.sambungan o May (7)        Hari Tanpa Merokok Panduan memilih kolej perubatan Di sebalik peraturan. Perkenalkan diri 1st time Monday. Telitilah setiap dakwaan yang dilakukan dengan ilmu. o H1N1 July (3)    Kegagalan tanda kejayaaan! Smart hafal/belajar Hotel Txxx o June (1)  Hari tanpa merokok. May 4... Lantas mereka sangat mudah terpengaruh dengan pelbagai dakwaan.

merawat penyakit dan juga pencegahan penyakit. Maksudnya sebelum sesuatu rawatan itu dijadikan sebahagian dari perubatan moden. Ia mesti melalui ujian toksisiti yang meliputi ujian penentuan dose toksik. Syarikat-syarikat ubat gergasi dunia sentiasa mencari-cari ubat-ubat baru dan mereka biasanya sangat peka dengan perubatan traditional dan alternative ini. Ia mesti melalui ujian keberkesanan. kesan keatas bayi dalam kandungan dan sebagainya. rawatan homeopathi. terbukti ia memberi manafaat perubatan tanpa kesan mudarat yang teruk. Atau dengan kata lain ia adalah berasaskan evidence base. atau apa-apa jua rawatan perubatan traditional dan alternative selagi mana rawatan itu dibuktikan oleh kajian saintifik. Ini bermakna perubatan moden boleh berasal dari rawatan herba. banyak ubat-ubat traditional akhirnya menjadi ubat modern setelah melalui kajian. Dalam sejarah. kesan mutasi. rawatan refleksilogi. Tatacara ini diperolehi berdasarkan kajian saintifik. rawatan traditional. Perubatan moden Perubatan moden juga dikenali sebagai perubatan conventional. Apakah sebenarnya perubatan moden ini? Ini adalah satu tatacara mengenali penyakit. Mereka akan melakukan kajian dan seterusnya jika ia berkesan ubat itu akan menjadi sebahagian dari perubatan modern. Posted by draayusof at 8:24 PM 0 COMMENTS: POST A COMMENT Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) . Jika selepas melalui kajian saintifik ini. kanser.anda akan disesatkan. rawatan acupuncture. Ia mesti melalui kajian ke atas haiwan dan manusia. maka rawatan itu akan diterima sebagai perubatan moden. perubatan barat ataupun alopathy. ia mesti melalui kajian-kajian saintifik yang biasanya memakan masa sekurang-kurangnya 10 tahun.

View shoutbox ShoutMix chat widget Subscribe To Atom Atom Posts Comments Followers World Clocks TQ. Send Money Worldwide .Link y y y Persatuan Perubatan Islam Malaysia Hospital Pakar An-Nur Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) Shout BoX..

.

WARISAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN PENGGUNAAN TUMBUHAN AHMAD AZAM BIN SULAIMAN @ MOHAMAD KANDUNGAN PENDAHULUAN DEFINISI PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL PERDUKUNAN DAN PERBOMOHAN BAHAN ASAS y y Air Tumbuh-tumbuhan KAEDAH RAWATAN y y y y y y Jampi Ayat al-quran dan hadis Penggunaan alat muzik Penggunaan makhluk halus Penggunaan bahan perantaraan Penggunaan haiwan PENGGUNAAN TUMBUH-TUMBUHAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL Beberapa jenis penyakit yang ringan y y y y y y y y y Senak perut atau cirit-birit Dipatuk ular Kurap Santau Sakit perut Resdung Batu karang Darah tinggi Penyakit keputihan KESIMPULAN BIBLIOGRAFI .

Pengubatan cara ini biasanya dilakukan oleh orang yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan dan berpegang teguh dengannya. Dalam hal ini islam mengharuskan amalan pengubatan ilmu putih. pawang.PENDAHULUAN Perubatan tradisional seperti juga perubatan moden yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyembuhkan penyakit dan kesengsaraan dengan cara konsep yang tersendiri. . Ilmu hitam biasanya dikaitkan dengan ilmu yang bertujuan melakukan kejahatan. bomoh dan dukun. Secara ringkas dapat disimpulkan iaitu setiap mereka mahir dalam mengubat pesakit dengan cara berbeza. DEFINISI PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL Menurut kamus dewan . Pada kebiasaannya ia melibatkan penggunaan hantu iaitu iblis dan syaitan serta jin-jin jahat. PERDUKUNAN DAN PERBOMOHAN Terdapat dua fungsi yang berbeza yang dimainkan oleh mereka. Ilmu putih secara amnya digunakan adalah untuk tujuan yang baik seperti mengubati pesakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan jampi-jampi yang tidak menyeleweng dan tidak menyekutukan Allah. Perubatan tradisional melibatkan pakarpakar perawat tradisional seperti tabib. bomoh didefinisikan sebagai orang yang mencari pesakit serta menawarkan penyakit tanpa diminta. manakala tabib orang yang mahir dan ahli dalam hal kaedah-kaedah mengubat penyakit serta berpengetahuan dalam ubat-ubatan. Oleh itu ilmu perdukunan dan perbomohan boleh dikelaskan kepada dua iaitu ilmu putih dan hitam. Pawang pula orang yang mempunyai kebolehan yang istimewa untuk melakukan sesuatu (biasanya mengunakan kuasa ghaib dan pandai mengubat orang dengan jampi dan mentera. Ilmu putih juga boleh menjadi ilmu hitam apabila ia disalah gunakan untuk melakukan kejahatan atau pengkhianatan ke atas seseorang yang tidak disukai. Malah terdapat di kalangan mereka yang pakar dalam bidang perubatan moden membuatkan mereka dipandang tinggi disisi masyarakat sekitar. Dukun pula orang yang mengubat pesakit dengan cara kampung. Manakala fungsi kedua adalah untuk menyakiti atau mendatangkan penyakit pada seseorang. Mereka mempunyai tugas yang hampir sama tetapi berbeza dari segi pengalaman serta ilmu yang dituntut. Fungsi pertama adalah merawat dan mengubati sesorang pesakit.

Bomoh yang lebih tinggi ilmunya melibatkan diri dengan rawatan yang lebih mencabar dan berat seperti mengubati sakit buatan orang atau menggunakan kuasa ghaib bagi merawat atau menyakiti seseorang. Semua bomoh memiliki ilmunya dangan cara yang berbeza menurut kaedah tempat masa serta ilmu yang dperolehi ketika menuntut atau ilmu yang diiperturunkan. Perbomohan jenis ini biasanya melibatkan penggunaan roh. Bomoh pusaka ini biasanya memiliki ilmu secara semulajadi dan secara tidak langsung mewarisi ilmu melalui keturunannya. Terdapat satu lagi ccara bomoh memperolehi ilmu iaitu dengan pewarisan turun temurun. Melalui upacaraupacara pembelajaran dan pelbagai ujian dan dugaan akhirnya penuntut berkenaan berhak mengunakan ilmu yang dipelajari. rawatan yang diberi hanya jenis ringan sahaja seperti demam. Antaranya air dan tumbuh-tumbuhan. Mereka biasanya dapat berhubung dengan makhluk di alam ghaib. jin dalam perubatannya. Jenis-jenis air tersebut. Dalam konteks menuntut ini seseorang yang ingin menjadi bomoh boleh menuntut dengan lebih daripada seorang guru. Air biasanya digunakan untuk memandikan pesakit bagi penyakit yang tidak serius. patah dan sebagainya. hantu. resdung. Seseorang tidak boleh menjadi penuntut kepada bomoh yang diiktiraf kecuali ia berkenan untuk menurunkan ilmunya.Kepakaran seseorang bomoh bergantung pada kedalaman ilmu dan keberkesanan rawatan dan ubatan yang diberikan. Bagi bomoh biasa. o Air zam-zam . BAHAN ASAS Dalam perubatan tradisional terdapat beberapa bahan asas yang penting dalam perawatan seseorang pesakit. seseorang itu perlu mendapatkan ilmu perbomohan dan perdukunan. Makhluk ini dipelihara oleh keturunan bomoh ini secara turun temurun dan memainkan peranan cukup penting dalam perawatan atau pengkhianatan. Pewarisan ilmu biasanya dari keluarga terdekat seperti ayah ataupun saudara mara yang paling hampir. Bomoh ini dipanggil bomoh pusaka atau bomoh warisan. Air Air merupakan bahan yang terpenting dalam perawatan. Ini telah menjadi darah daging pada keluarga tersebut. Cara yang paling biasa iaitu melalui latihan atau pratikal yang rasmi. Namun begitu terdapat beberapa jenis air mengikut keutamaan yang boleh digunakan. Untuk menjadi bomoh.

dikatakan tumbuhan tersebut akan hilang kuasa atau tidak berjaya untuk menjadi penawar kepada sesuatu penyakit. Tanpa menurut mengunakan kaedah tertentu. timah dan sebagainya Air hujan tiruan (air suling) Air yang diperolehi dari tanah (air mineral) Air perigi (air mutlak ) yang mengalir melalui akar-akar kayu Air paip biasa yang dimasak Penggunaan air adalah bersertakan doa-doa dan ayat al-quran. Sebagai contoh. Keadaan tersebut adalah disebabkan oleh kepercayaan bahawa setiap tumbuhan mempunyai penunggu atau penjaga yang tinggal di sekitar pokok tersebut. Namun demikian setiap tumbuhan yang digunakan terdapat prosedur yang perlu dipatuhi ketika mengambilnya. Oleh kerana bahan tumbuhan diperlukan dalam pengubatan. Tumbuh-tumbuhan Tumbuh-tumbuhan turut memainkan peranan yang penting dalam pengubatan tradisional. seseorang itu perlu mengelilingi beberapa kali sambil memegang pokok tersebut. tembaga. untuk rawatan kencing manis.atau terkena najis. o . Menghadap kiblat dan mengucapkan dua kalimah syahadat diikuti dengan membaca bismillah dan selawat ke atas Rasullah sebanyak tiga kali o Membaca Al Fatihah yang dihadiahkan kepaada Rasulullah dan para sahabat nabi. Terdapat juga hari-hari dan masamasa yang tertentu untuk mengambil sesetengah pokok. daun betik yang kering yang jatuh ke bumi diperlukan. Sebaik-baik cara mengambil tumbuhan adalah seperti berikut. Manakala untuk mengambil pokok tongkat ali. Akhirnya tanah akan menjadi longgar dan mudah untuk mencabutnya. Maka orang yang ingin mengambil tumbuhan perlu berada dalam keadaan bersih dan suci.o o o o o Air tadahan hujan malam Jumaat. Air yang hendak digunakan perlu ditiup tanpa mengeluarkan air liur sama ada 3 atau 7 kali. maka ia perlulah diambil dari jenis yang baik bukan yang telah dimakan oleh ulat. air tersebut perlu ditadah menggunakan bekas palstik dan bukannya bekas yang dibuat daripada besi.doa khas. Setiap kali meniup ke arah pesakit perlu didahulukan dengan bacaan alquran dan doa. Contohnya pokok hujan panas hendaklah diambil ketika hujan panas. kotor dipijak. wali dan syuhada. Air juga digunakan untuk merebus tumbuhtumbuhan ubatan.

Ayat al-quran dan hadis Penggunaan ayat al-quran ini dikonsepkan sebagai doa. syaitandan alat perantaraan seperti patung kayu dan binatang. keserupaannya. Al-quran merupakan ubat dan mampu untuk merawat penyakit dalaman dan luaran. cara-cara mencincang hinggalah proses pencampurannya. Oleh percampuran bahan-bahan ubatan perlu kepakaran agar ia berkesan untuk dijadikan ubatan percampuran yang terbaik adalah 44 atau 144 jenis bahan tumbuhan. ayatayat al quran dan hadis.khadam. rata dan sebagainya. alat muzik. Ini kerana setiap tumbuhan mempunyai sifat panas dan sejuk.o Memberi salam kepada Nabi Alias (a. dan bentuknya. "Dan Kami turunkan daripada al-quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman" . KAEDAH RAWATAN Pelbagai kaedah dan tatacara yang digunakan oleh para pengamal perubatan tradisional dalam perawatan pesakit. Jampi Kebanyakkan jampi menggunakan seruan tertentu pada permulaannya seperti ah. Firman Allah surah Al Isra ayat 82 yang bermaksud. minta izin daripada-Nya mengambil bahan tersebut untuk mengubati penyakit (sebutkan nama pesakit) Untuk mendapat tumbuhan perubatan bukankah mudah seperti yang yang disangka. Didalam jampi ini ada yang berunsur syair atau pantun. Untuk mengetahui khasiat dan kegunaan pokok-pokok tertentu tidak boleh melalui teori sahaja tetapi melalui pratikal yang bermula daripada proses mengenali pokok. jin. hei dan hai. Terdapat unsur-unsur hindu dan islam yang terdapat dalam bacaan jampi ini berikutan kemasukan pedagang-pedagang asing ke Tanah Melayu dikunjungi pedagang tersebut ketika Zaman Keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Cara mengenali pokok adalah berpandukan daunnya dari segi saiz. setiap baitnya tersusun dengan bahasa yang indah yang memberi gambaran bahawa masyarakat melayu yang kaya dengan kesusasteraan. lekuk. Antaranya menggunakan jampi. Adalah penting untuk memerhatikan ciri-ciri khasnya contohnya urat daun yang tenggelam atau timbul dan bentuk daun sama ada bergerigi.s).

syaitan."bismillahirahmanir rajim" yang bermaksud dengan nama Allah yang pemurah dan kena rejam. Sebagai contoh.Islam menetapkan konsep keesaan kepada Allah dimana hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk mendatangkan dan menyembuhkan segala penyakit yang datang dan kita sebagai hamba perlu berusaha kerana Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa. Belbagai cara digunakan untuk memilikinya seperti mengamalkan wirid-wirid atau bacaan tertentu ditempat yang sunyi yang bertujuan supaya makhluk datang mendampingi mereka. Di dalam islam. Jika tiada keizinan Allah. kebanyakkan orang yang alim. Kemudian diadakan perjanjian antara makhluk ghaib dengan manusia yang ingin memiliknya. Begitu juga dalam konsep rawatan. Keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh keghairahan seseorang menggunakan ayat al-quran tanpa merujuk kepada maksudnya dan pada kebiasaannya ilmu tersebut diamalkan oleh orang yang rosak akidah dan pegangannya Penggunaan alat muzik Alat muzik turut memainkan peranan tertentu dalam pengubatan. Bukan sebarang orang yang mampu untuk didampingi oleh jin islam kerana pemiliknya mestilah orang yang betul-betul taat dan ikhlas kepada Allah sahaja. . iaitu jin yang taat dengan perintah Allah. rebab. Ia digabungkan dengan bacaan jampi dan serapah. Alat muzik tradisional yang dimaksudkan ialah serunai. maka penyakit tersebut tidak akan sembuh. Antaranya menora. main peteri dan ulik mayang. Bacaan al-quran digunakan dalam perubatan biasanya untuk mengubat. Biasanya untuk mendapatkan jin islam ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-quran. pengasih. Namun begitu penggunaan alat muzik adalah untuk menghidupkan suasana semasa rawatan. iblis dan hantu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun manusia mempunyai akal mampu untuk menguasai atau memiliki mereka. pendinding memukau dan lain-lain. Ini bukanlah menolak kewujudan jin dan syaitan dalam sesuatu penyakit. Mahluk tersebut hanyalah sebagai penyebab dengan izin Allah. Apa yang menimbulkan masalah iaitu terdapatnya orang yang menyalahgunakan ayat al-quran untuk jahat serta meminda sedikit ayatnya atau memesongkan maksud sebenarnya. Pada amnya ia diguna dalam upacara tertentu. iaitu sebagai ikhtiar yang menyembuhkannya adalah Allah. mereka didampingi oleh jin islam. gong dan gendang Pengggunaan makhluk halus Walaupun jin. Bahan-bahan seperti akar akar kayu hanyalah sebagai sebab atau perantaraan.

pakaian dan katak digunakan. haiwan juga boleh digunakan sebagai penawar kepada penyakit tertentu. ayam katak dan lain-lain. menganggu ketenteraman seseorang atau keluarga dan sebagainya. semasa pesakit tidur maka barulah sibomoh mengarahkan peliharaannya merawat pesakit tersebut. ¶Peliharaan· juga dapat digunakan untuk mendapatkan bahan perubatan yang sukar didapati.bahkan setiap huruf atau abjad al-quran mempunyai khadam-khadamnya yang tersendiri. Makhluk halus ini digunakan untuk pelbagai tertentu seperti menjaga keselamatan harta dan termasuk bidang perubatan. ayam. Untuk mengenali orang yang memiliki peliharaan iaitu ketika berjalan orang itu berjalan tunduk. jika melanggarnya boleh menyebabkan peliharaan memakan tuan yang memeliharanya. terpelecok dan sebagainya. tanah bekas tapak kaki dan pakaian boleh digunakan untuk pengasih atau upacara tertentu. Sebagai contoh. Penggunaan bahan perantaraan Bahan perantaraan biasanya terdiri daripada patung manusia (yang dibuat dari tanah. terseliuh. cuma menjampi minyak untuk disapukan oleh pesakit apabila malam. tanah bekas tapak kaki dan pakaiannya. Patung tersebut akan dicucuk jarum atau sebagainya. Penggunaan haiwan Selain mendatangkan penyakit. Bomoh akan memuja bahan-bahan tersebut menyebabkan orang yang dituju akan merasai kesannya. matanya merah dan berjalan pantas. dimasukkan kedalam pisang dan ditelan bersama. Walaupun penggunaan makhluk halus ini memudahkan rawatan namun terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi. kemudian dipuja dengan bacaan tertentu. patung seperti manusia akan dibuat. Untuk membalas dendam dan sebagainya patung. Air ludah. kayu dan sebagainya). sipencuri akan merasa sakit hingga ia memulangkan kembali barang yang dicuri. Ia digunakan untuk pemindahan darah o . Sibomoh tidak perlu mengurut. Mereka dapat dikesan ketika berubat iaitu meminta mereka menyeru kepada ¶khadamnya· ketika berubat pesakit. serta dapat memberi rawatan dalam rawatan patah. Sesetengahnya didapati dari pada orang yang ingin dituju seperti air liur. Untuk memulangkan barang dicuri. o Lintah sawah. Ia dapat menyembuh penyakit lelah. Seekor anak tikus yang baru dilahirkan. Ada di kalangan bomoh yang menggunakan peliharaan untuk menyantau secara ghaib. Anak tikus.

Bahan yang diperlukan adalah daun gelenggang besar. Kunyah daun jambu dan minum airnya. Sapukan pada tempat yang kena patuk. Memang tidak dapat dinafikan perubatan masa kini dapat mengubat pelbagai penyakit namun perubatan tradisional yang masih menggunakan bahan asli masih diteruskan. Lipan. Ambil lima atau enam ekor lipas kemudian digoreng dan dimakan. Masukkan seekor lipan ke dalam botol yang mengandungi minyak kelapa dan simpan beberapa ketika. Dipatuk ular Dalam kecemasan. Malah ada juga penyakit yang perubatan moden tidak mampu untuk menandingi perubatan tradisional. Gonggok. Sebagai contoh penyakit yang memerlukan urutan atau picitan. belerang kuning. Ia mempercepatkan sembuh selerpas pembedahan Lipas.o o o o o Minyak kambing gurun. ambil minyak tadi dan sapukan di tempat yang digigit PENGGUNAAN TUMBUH-TUMBUHAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL Perubatan tradisional tidak dapat dilupakan dalam arus sains dan teknologi nasa kini. Ia digunakan untuk sakit lelah. Boleh hilangkan bisa sengatan. Kurap Kurap merupakan penyakit kulit yang gatal dan kulit menjadi kasar. Ikan haruan. Buah ciku juga boleh digunakan. Selain pucuknya. tawas. pokok kapal terbang dan gambir. lidah buaya. Bomoh kampung menggunakan belbagai ramuan seperti akar-akar kayu dan kulit-kulit kayu yang dicampurkan dengan pucuk tumbuh-tumbuhan tertentu. cepat-cepat kencing pada bahagian dipatuk dan ambil tanah dibawah tapak kaki yang dipatuk. sakit perut dan menyembuh luka. sebagai langkah permulaan ketika didalam hutan. ambil seekor gonggok dan gosok tempat yang digigit. Biasanya bomoh-bomoh mengetahui jenis-jenis pokok atau ramuan bagi kegunaan menyembuhkan penyakit. Sekiranya digigit lipan. Ia boleh digunakan untuk merawat sakit urat. jika dipatuk ular. putik jambu batu juga boleh digunakan. Sekiranya digigit binatang berbisa yang lain. . Beberapa jenis penyakit yang ringan Senak perut atau cirit birit Pucuk jambu batu boleh digunakan untuk merawatnya. Keringkan bahan-bahan tersebut.

Sakit perut Ambil kulit pokok kekabu lebih kurang setengah inci panjang dan rebus dalam air dan minum airnya. Darah tinggi Bahan-bahan yang di perlukan seperti berikut. iaitu sejenis rumput yang berkhasiat. Sapukan pada kulit. Kemudian perah dan ambil lendirnya ahaja. 2. Batu karang Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut. Insya-allah bahan-bahan yang digunakan untuk santau akan keluar. 7. Santau Rebus beberapa biji kacang bendi. Masukkan minyak lilin yang didapati daripada lemak madu lebah. 4. Air rebusan diminum tiga kali sehari. Bahan-bahan tersebut boleh direbuskan hingga tawar. Tetapi mesti diamalkan selalu. iaitu akar dan duri buahnya Akar rumput senayan halus Daun dan akar pokok mempelas kasar Akar daun tepus keralai Akar pokok memali Kesemua bahan tersebut dijerang diatas api dan bubuh air secukupnya. iaitu pucuk daun yang masih bergulung Pucuk buluh Mengkuang tikus. Daun yang telah kering boleh dicampurkan dengan sedikit tembakau dan digulung dengan rokok daun nipah. 1. Daun pokok ini dijemur kering. Hasil daripada menghisap rokok ini boleh menyembuhkan penyakit resdung. Pantang rawatan ini adalah tidak boleh makan nanas dan asam limau. Campurkan pada gula batu dan minum. 3.kemudian tumbuk hingga lumat. 6. Belimbing buluh . Buluh akar. daunnya panjang berbulu halus. 5. Resdung Penyakit resdung boleh diubati dengan menggunakan daun ketumbit. 1. Tinggi pokoknya lebih kurang satu setengah kaki.

Akar lalang 4. Setelah rebusan tersebut mendidih. KESIMPULAN Perubatan tradisional bukanlah warisan yang ketinggalan zaman tetapi ia boleh menjadi sumber perubataan alternatif bagi perubatan masa kini. Bahan-bahan yang diperlukan. 6. 5. 3. air rebusan itu seakan-akan warna air teh. Jika tiada bahan lain. Ia adalah bahan yang paling utama. Pada awal kewujudannya. tambahkan air yang baru dan direbuskan air yang baru dan direbus sehingga air rebusan itu hilang rasa pahitnya. kerana ia berperanan untuk membantu manusia yang memerlukan bantuan. Akar pokok kriangdot 7. 100 helai daun sireh Buah pinang berusia 3 tahuun Kulit pokok setar Pokok pulai putih(akar dan batang) Pokok inai (akar dan batang) Pokok mengkula (bunga tanjung) Akar periuk kera Akar pokok rumput salit.2. 2. Daun misai kucing Kesemua ramuan dicampurkan dan direbus dengan sedikit. biarkan ia suam-suam kuku barulah rendam tubuh dalam air tersebut rawatan seelok-eloknya dijalankan pada waktu pagi. 7. 8. Kulit pokok melaka 6. Kesemua bahan tersebut direbuskan dengan air secukupnya. 1. 3. Namun begitu perawatan tradisional kini makin kurang mendapat tempat dikalangan masyarakat. Akar poko semalu 5. Apabila air rebusan itu habis. 4. profesion perawatan tradisional adalah profesion yang mulia. Penyakit keputihan Penyakit keputihan merupakan penyakit yang terdapat dikalangan wanita. Daun dan kulit pokok mambu. Semasa rawatan pesakit dilarang mengambil makanan yang gatal. ia sahaja sudah mencukupi syrat untuk mengubati penyakit darah tinggi. Sebaik-baiknya air tersebut boleh menenggelamkan badan paras pinggang apabila merebusnya. Tanda penyakit ini adalah keluar lendir daripadda kemaluan berwarna putih dan berbau hanyir. Malahan terdapat juga kebelakangan ini orang-orang yang mengambil kesempatan dengan berlakon sebagai bomoh .

Utusan Melayu (M·sia) BHD. Malaysia. Dewan budaya. Dato· Dr. Perubatan tradisional.1993 Pro.1995 Hashim Awang AR. Al islam (Mei 1995). Oleh itu tidak mustahil pada masa akan datang ia akan lenyap ditelan zaman.Malaysia. Harun Din. 1988 . BHD.1997. Al islam(September 1993). Dato· Dr.Dewan Bahasa dan Pustaka.menyebabkan istitusi perbomohan dipandang serong oleh masyarakat. Utusan Melayu (M·sia) BHD. BIBLIOGRAFI Norhalim Haji Ibrahim. Pro.Kuala Lumpur. Harun Din. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti SDN.

0 Takrifan 3. perubatan Herba. Tetapi wujudnya persamaan dari segi konsep dan cara perubatan antara satu dengan yang lain dalam bahagian-bahagian tertentu. Tiaptiap sistem perubatan berkenaan mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Sebagai tumpuan kepada artikel ini.1 Perubatan Melayu 4. terdapat berbagai-bagai sistem perubatan seperti perubatan Yunani (Greek).0 Potensi Ubat-ubat Tradisional 7.3 Perubatan Iban 5. perbincangan selanjutnya hanya akan berbataskan kepada perubatan tradisional di kalangan penduduk Malaysia. perubatan China (Acupuncture). oesteopathy dan perubatan tabii menurut susunan usianya.0 Perubatan Tradisional 4. homeopathi.0 Kesimpulan Bibliografi 1.0 Peranan Perubatan Tradisional Dalam Masyarakat Tempatan 6. 1.0 Pengenalan 2. alopathy. perubatan Islam.0 PENGENALAN Dalam sejarah manusia di muka bumi ini.2 Perubatan Cina 4.Perubatan Tradisional Tempatan Moh Mei Ing 1. TAKRIFAN .0 Jenis-jenis Perubatan Tradisional 4. perubatan India (Ayurveda).

Ia diwarisi turun-temurun dengan cara penyampaian dari mulut ke mulut seperti daripada ayah kepada anak atau daripada guru kepada murid. bahan-bahan semulajadi dan sebagainya untuk dijadikan sebagai ubat. berita seorang dukun ¶patah· boleh memulihkan kaki atau tangan yang patah akibat kemalangan dengan pengubatan yang lebih baik daripada cara moden. Di Malaysia. cara perubatan tradisional mempunyai kaitan dengan kehidupan harian manusia yang terus kekal diamalkan sebelum perubatan moden diperkenalkan. Pengubatan tradisional dengan istilah lainnya ialah perubatan alternatif. Oleh itu. rawatan akupuntur dan ubat singse amat popular semenjak zaman berzaman lagi. sama ada dengan cara dimakan atau disapu. Perubatan cara ini tidak menggunakan rawatan secara saintifik malahan kadang-kadang hanya menggunakan jampi serapah untuk mengubati sesuatu jenis penyakit. Semua bangsa di dunia ini mempunyai cara perubatan tradisional masing-masing. Rawatan akupuntur pula didapati dapat menggantikan ubat bius dalam proses perbedahan. Yang jelas ialah ubat-ubatan tradisional tetap menjadi nenek moyang kita dalam bidang farmasi atau ubat-ubatan. misalnya Melayu (bomoh atau dukun). herba. Perubatan tradisional mempunyai matlamat yang sama dengan perubatan moden iaitu untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit yang dihadapi oleh manusia. 3. Kedua-dua kaedah perubatan ini mempunyai konsep tersendiri. Misalnya. lelah dan lumpuh. Cina (tabib Cina.0 PERUBATAN TRADISIONAL Perubatan cara tradisional merupakan cara perubatan lama yang telah wujud sebelum adanya cara perubatan moden. singse). ¶Pengubatan tradisional· banyak menggunakan bahan-bahan tempatan asli seperti tumbuhtumbuhan. Manakala ¶tradisional· pula bermaksud bercorak tradisi. Perubatan tradisional adalah penggunaan ubat-ubatan tradisional yang masih merupakan satu warisan iaitu penghayatan adalah menerusi kepada satu generasi yang berikutnya.¶Pengubatan· adalah berasal daripada perkataan ubat yang membawa maksud sesuatu benda yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan. cara perubatan tradisional mempunyai banyak jenis dan setiap kaum mempunyai caranya yang tersendiri. adalah sukar bagi kita mengetahui tentang evolusi masa dan ruang pertumbuhan ilmu ubat-ubatan tradisional ini. Perubatan tradisional kini mula mendapat pandangan yang positif daripada orang ramai memandangkan pihak media turut menyiarkan kejayaan penemuan khasiat ubat-ubatan tradisional dan rawatan yang mujarab. Kemasyhuran kedua-dua jenis pengubatan ini terbukti berkesan dan mujarab bagi penyakit seperti darah tinggi. atau dengan kata lain mesyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun. Tambahan pula. Iban (manau) dan India. Pakar-pakar perubatan tradisional seperti . Di kalangan masyarakat Cina.

Bagi penyakit yang serius masa yang diambil mungkin lebih dari sebulan sementara penyakit ringan memerlukan dua atau tiga hari sahaja.bomoh. Sungguhpun begitu. Misalnya di daerah Serian. daun. di Sarawak perubatan tradisional masih terus diamalkan oleh penduduk luar bandar terutama dari kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pusat-pusat kesihatan moden. Begitu juga dengan penggunaan ilmu-ilmu batin yang masih diamalkan untuk menyembuhkan penyakit. Begitu juga. bomoh atau dukun sanggup mengunjungi rumah pesakit yang tidak berupaya atau tenat. Maka tidak hairanlah masyarakat sekarang masih mencampurkan perubatan moden dengan tradisional apabila seseorang itu mengalami penyakit yang teruk atau ganjil. minyak bijan dan daun sirih untuk mengubat sakit kepala. pawang. bayaran yang dikenakan ialah di antara RM10 hingga RM15. tabib Cina dan lain-lain memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas untuk memberi rawatan masing-masing. Doa dan jampi juga digunakan untuk mengurangkan kesakitan seperti dipatuk ular. pesakit dikenakan bayaran maksimum lebih kurang seratus ringgit. Contohnya. Bagaimanapun. Sarawak kemungkinan besar yang amalan ini masih dipraktikan oleh suku kaum Bidayuh. Cara perubatan ini memerlukan mainan muzik dan korban beberapa ekor binatang. Ini merupakan satu keistimewaan yang agak sukar kita dapati daripada klinik moden. Selain itu. Kesemua amalan ini terkenal di kalangan Iban dan Dayak. Bagaimanapun. bahan-bahan untuk membuat ubat tradisional terdiri daripada akar kayu. Di samping itu. Misalnya ada klinik perubatan tradisional di Kota Kinabalu yang menggunakan sinar ² X bagi mengesan jenis penyakit. ada yang beranggapan perubatan tradisional sebagai cermin masyarakat kurang maju dan kolot berbanding dengan perubatan moden. kayu dan haiwan yang tidak mengandungi bahan kimia. Akan tetapi. dukun. Mereka ini tinggal di kawasan pergunungan yang jauh terpencil. Amalan ini dinamakan ¶sampi· atau ¶pengap· dan ¶gawai sakit·. Bagi penyakit yang serius dan mengambil masa yang lama. ada para bomoh dan ¶mahagumi· yang menggunakan alat teknologi moden dalam mengesan sesuatu penyakit sebelum diubati. Lazimnya kos perubatan tradisional berkenaan adalah mengikut kemampuan seseorang itu. Pendapat demikian memang berat sebelah walaupun perkembangan perubatan moden memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan . Perubatan tradisional amat penting untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan ilmu ¶guna· seperti santau yang sukar disembuhkan dengan perubatan moden. Namun tempoh untuk mengubati penyakit pula berbeza-beza iaitu bergantung kepada jenis penyakit. buah-buahan. pengubatan tradisional banyak menggunakan ilmu batin berdasarkan kepercayaan sesuatu kaum.

Bomoh tidak menggunakan sebarang tumbuhan di dalam hutan tetapi mengenal past . bomoh. dukun dan bidan. bomoh tetap menjadi ¶pakar rujuk· kepada semua lapisan rakyat di Malaysia. ranting-ranting. bomoh dicari jika anak menangis waktu tengah malam. sirih pinang tidaklah ketinggalan. Di samping itu.taraf kesihatan rakyat amnya. pelbagai jenis akar kayu. 4. Bomoh Atau Dukun Dan Ubat-ubatan Bomoh dalam masyarakat Malaysia bukan sekadar seorang tukang ubat. daun-daun dan tumbuhan. bawang merah. bunga-bunga. Kepada orang kampung. Secara terbuka atau diam-diam. lada hitam dan sebagainya. Meskipun begitu. Kepada ahli politik pula.0 JENIS-JENIS PERUBATAN TRADISIONAL 1. bomoh penting sebagai pembekal tangkal untuk mereka menghadapi pencabaran hidup kota yang menekan. Ini dapat dilihat daripada penerimaan masyarakat moden terhadap perubatan tradisional sebagai jalan akhir mengubati penyakit tertentu yang gagal diubati secara moden. Kepada anggota kelas menengah di bandar. Jenis-jenis pengeras yang digunakan untuk menjalankan upacara menjampi seperti akar-akar pokok. halia. bomoh penting untuk menujum masa depan dan mengenal mana kawan dan lawan. Perubatan Melayu Golongan Melayu juga mempunyai gelaran doktor tersendiri seperti pawang. Kepada para peniaga gendut lagi kaya. tulang dan bahan-bahan makanan seperti bawang putih. Ubat-ubatan yang digunakan oleh bomoh kebanyakannya diperbuat daripada bahagian tumbuhan seperti daun. Ubat-ubatan ini akan ditukar sekiranya penyakit yang diubati tidak juga sembuh. perubatan tradisional masih diamalkan dan taraf perubatannya semakin meningkat setanding dengan perubatan moden. batu kawi. Jika kita halusi kedudukannya dari segi sosial ternyata ia merupakan salah satu institusi terpenting yang mencerminkan tradisi peribumi yang cukup kaya lagi histori. bomoh membantu membuka peluang baru dan mengekal kemewahan.

campak. Majun ini sejenis makanan yang boleh menyegarkan badan yang kurang sihat. Ini tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Ubat-ubat majun. Bahan-bahan ramuan untuk membuat tenik itu adalah baharu belaka. sekiranya tiada sebarang langkah diambil untuk menghidupkannya. diminum atau dicampur dengan air mandi. tenik adalah ubat Melayu yang paling baru. tetapi peranannya tetap juga .kemujaraban tumbuhan tersebut sebelum mengubati pesakit. Minyak urut ini digunakan untuk mengurut urat-urat yang tergeliat. kena buatan orang. Orang-orang Melayu Kelantan berusaha membuat tenik dengan banyak. kudis-kudis. barah. peranan bidan kampung didapati semakin berkurangan dan mungkin lenyap. sebagaimana yang kita tahu ubat Tenik Melayu mendapat pasaran yang baik pada masa ini. Kebetulan pula banyak pesakit sembuh apabila kena ubat-ubat bomoh itu. naik angin. Bidan Kampung Semenjak Akta Bidan 1986 (Pindaan 1990) diluluskan. Tenik ini ada banyak kebaikannya. dilumur pada dada atau dahi. Di samping itu. mereka menggunakan doa. minyak urut dan tenik adalah ubat Melayu yang telah menjadi dagangan dan perusahaan. Keaslian ubat-ubatan tradisional terjamin kerana hanya tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai ubat. Selain daripada bahan-bahan ubat. Ia diperbuat daripada berbagai-bagai ramuan rempah untuk memanaskan badan. ubat pengasih dan lain-lain. Majun ialah sejenis ubat Melayu sudah lama dikenali. Sesetengah bomoh menggunakan doa yang bercampur aduk dengan ayatayat suci al-Quran. jampi atau serapah bagi menghalau penyakit atau hantu yang kononnya membawa penyakit itu. Di bawah akta ini semua bidan kampung tradisional perlu mendaftarkan diri untuk diberi latihan dan kawalan yang lebih baik. Oleh sebab itu ramailah orang yang percaya kepada kemampuan mereka. Bomoh telah mengaku kemampuan mereka untuk mengubati berjenis-jenis penyakit seperti demam. Ubat-ubat itu digunakan untuk disapukan pada badan atau kepala si sakit.

Kedah dan Pulau Pinang telah menghadiri bengkel selama tiga hari. kaedah bersalin di hospital turut menimbulkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati di kalangan ibu-ibu yang bakal . malah mungkin generasi akan datang tidak akan dapat lagi mengenali atau mendengar perkataan "bidan dan kampung". Berdasarkan pengalaman beberapa orang ibu yang bersalin di hospital dan juga apa yang didengar oleh bidan-bidan kampung sendiri. satu bengkel untuk bidan-bidan kampung telah diadakan di bawah kelolaan Bahagian Kesihatan CAP. mereka dituduh tidak pandai menjaga kebersihan. PANDANGAN BIDAN KAMPUNG TERHADAP KAEDAH BERSALIN DI HOSPITAL Sebagai manusia biasa.terbatas dan mereka tidak digalakkan dalam menyambut kelahiran bayi. Seramai 36 orang bidan kampung dari Pulau Langkawi. Apatah lagi setelah menerima pelbagai tuduhan dn sekatan yang dikenakan secara tidak langsung terhadap ilmu perbidanan yang mereka warisi daripada ibu atau nenek moyang masing-masing. Pada tahun 1988.481 orang bidan kampung yang mendaftar dengan kerajaan dan ramai lagi yang belum mendaftar (Utusan Pengguna. bidan-bidan kampung juga mempunyai perasaan dan pandangannya sendiri terhadap kaedah bersalin di hospital. terlalu tua dan mempunyai banyak pantang larang. Untuk meninjau masalahmasalah yang dihadapi oleh bidan-bidan kampung itu. tetapi dengan berbekalkan kemahiran dan kesabaran menyambut kelahiran bayi. Hal ini sememangnya diakui oleh bidan kampung sendiri. Begitu juga. tahun 1989). Tidak hairanlah jika generasi akan datang tertanya-tanya bagaimana seseorang ibu boleh melahirkan anak di rumah tanpa bantuan doktor dan alat perubatan moden. tiada latihan yang lengkap. proses bersalin itu sejak beberapa generasi lalu biasanya berjalan dengan selamat. Berdasarkan fakta-fakta inilah peranan bidan kampung semakin hari semakin pupus. tidak kurang daripada 2.

perut ibu berkenaan akan diurut perlahan-lahan untuk merasa kandungan rahim ibu itu. Setelah bayi itu selamat dilahirkan. Anggota ibu yang renggang akan dirapatkan. . Bidan-bidan kampung nampaknya lebih sabar di dalam menjalankan tugas. ibu itu akan diajar mengucap kalimah yahadah dan anak yang dilahirkan akan disambut perlahan-lahan. tidak baik untuk ibu-ibu bersalin. tali pusatnya akan dikerat sepanjang 1½ inci. Ini mungkin disebabkan bilangan ibu yang akan bersalin di hospital lebih ramai berbanding dengan ibu yang bersalin di rumah. Kaedah Bersalin Secara Tradisional Jampi serapah menjadi senjata utama bidan-bidan kampung. Ketuban si ibu akan dipastikan sama ada cekang atau tidak. Pembedahan akan dilakukan jika timbul kesulitan ketika bersalin. Ibu yang di dalam kesakitan untuk bersalin juga sering tidak mendapat simpati daripada kakitangan hospital yang bertugas. Pada keseluruhannya. Selain itu. bidan-bidan kampung juga tidak suka jika pihak hospital memaksa ibu yang mengandung itu bersalin di hospital.melahirkan anak. kaedah yang digunakan di hospital seolah-olah mendesak ibu yang hendak bersalin itu melahirkan anaknya dengan cepat. Kaedah bersalin di hospital itu jauh berbezanya dengan kaedah tradisional yang digunakan oleh bidan-bidan kampung. Di samping itu. terutamanya anak pertama. sungguhpun terdapat kes ibu yang terpaksa mengambil masa berhari-hari untuk bersalin. Minyak selusuh akan disapu di seluruh rahim itu. "Pinang Perangsang" (pinang jampi untuk mencepatkan sakit untuk bersalin) akan diberikan. Apabila seseorang ibu itu mengalami sakit untuk bersalin. Bayi itu akan diselawat. Ibu berkenaan akan dibiarkan berehat sekejap. Selepas itu. Di hospital juga tiada pantang larang untuk makan. Pihak hospital selalu menggunakan gunting di mana menurut bidan kampung. Suami pula tidak dibenarkan memberi pertolongan kepada isteri ketika bersalin.

"batu merian" (rahim ibu) akan dirasa sama ada keras atau lembut. Bahagian merah telur ayam akan dicampurkan dengan manisan lebah dan air gamat. Deni kayu cenderat akan disapu pada pusat bayi itu. Ibu itu juga perlu memakan ubat-ubat tradisional seperti tongkat ali. Doa buka pintu ketujuh (petikan ayat suci al-Quran) akan dibacakan untuk memudahkan kelahiran.kemudian diazan (bagi bayi lelaki) atau iqamat (bagi bayi perempuan). Setelah itu. si ibu perlu dimandikan dengan air daun capa. Selepas itu. Selepas 10-12 jam besalin. ibu juga disuruh berehat dan menjaga kebersihan diri. Begitulah antara kaedah yang digunakan oleh bidan kampung di dalam mengurus ibu yang bersalin. paha ibu akan diurut sampai ke pinggang. PERUBATAN CINA . Selain itu. daun ringan-ringan. Selepas 25 hari "batu merian" (rahim) itu akan kembali kepada kedudukan asalnya. Ini adalah melindungi ibu itu daripada mengalami perdarahan berlebihan dan penyakit sengal-sengal tulang serta untuk memulihkan sistem tubuhnya. rusa jatuh. gajah beranak. Jika tiada daun. 1. daun pisang kelat. digunakan halba sahaja. Tujuannya ialah untuk membiar pulih urat saraf ibu yang bersalin itu. bidan kampung akan memusingkan kedudukannya secara perlahan-lahan. gendang rusa dan inai. urat saraf dan otot si ibu akan mengembang dan rahimnya tidak berada di dalam kedudukan asal. Selepas bersalin. Daun-daun itu perlu direbus dan dibiarkan suam airnya unutk memandikan ibu itu selama tiga hari berturut-turut. Selain itu. pusat bayi pula akan didemah dengan daun sirih yang dilayur. kacip fatimah dan akar perapat. Untuk memulihkan keadaan ini kaedah "bertungku" akan dilakukan selama 40 hari. cemamak. Di dalam "masa pantang" pula ibu yang telah bersalin itu akan diberi makanan yang berzat. Begitu juga. ia akan dimandikan. Sekiranya bayi yang dikandung berada dalam keadaan songsang.

ubatan moden boleh mengawal gejala-gejala penyakit asma atau lelah tetapi ubatan Cina boleh menghapuskannya sama sekali. Ubat-ubat yang diberi tidak mempunyai label dan tarikh luput penggunaan. Ramai pula yang kembali mengguna kaedah ini sebagai usaha terakhir apabila rawatan moden gagal untuk menyembuhkan penyakit mereka. ¶Tabib Cina· dan ¶Singse·. "Jika anda mengguna ubat ini. jenis gelaran bagi doktor tradisional berlainan. Mereka yang memilih cara rawatan ini mengesahkan tentang keberkesanannya. Justeru itu. Encik Lim menegaskan bahawa. wang kertas palsu dan pedang ¶Mao Shan Tien·. Lim. Berjuta-juta rakyat Malaysia mengamalkan perubatan tradisional ini. Di samping itu. sikap kerajaan yang ¶lepas tangan· bermakna tiada peraturan yang mengawalnya. pakar akupuntur Cina yang bekerja sambilan di Pusat Perubatan Cina Hospital Lam Wah Ee mendakwa terdapat beberapa jenis penyakit yang tidak berkesan dengan rawatan moden boleh disembuhkan dengan menggunakan ubatan Cina. migran dan batu karang di buah pinggang. akupuntur juga boleh mengurangkan kesakitan sewaktu pembedahan. Sebagai contoh. pengeras yang digunakan untuk menjalankan upacara menjampi ialah kayu gaharu. Kejayaan rawatan tradisi Cina ini mungkin disebabkan ia tidak merupakan satu cara penyembuhan sahaja tetapi gabungan peraturan dalam bentuk pemakanan dan perubahan corak hidup yang mengubah seluruh kedudukan badan. anda hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan dan tidak melanggar segala pantang yang berhubungan dengan cara rawatan ini. Akupuntur juga boleh merendahkan paras kolesterol di dalam aliran darah. Menurut Encik L. tibalah masanya kini untuk mereka mendapat perlindungan. Perubatan Cina semakin meluas dan ramai orang yang serasi dengan ubatan penyembuhannya. Bagaimanapun. ¶Dai Fu·. Bagi masyarakat Cina. Di samping itu. Adalah sukar bagi seseorang pengguna untuk menentukan siapakah yang betul-betul berkelayakan dalam bidang ini dan siapa pula yang hanya berpura-pura. doktor tradisional digelar ¶Fashe·. S. PERBINCANGAN SETERUSNYA MENGENAI SINGSE Ramai rakyat Malaysia keturunan Cina lebih gemar mendapat rawatan secara tradisi daripada singse apabila mereka jatuh sakit. dengan itu akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu. sementara bekas-bekas pesakit dan singse mendakwa bahawa terdapat beberapa jenis penyakit yang dianggap tidak dapat disembuhkan dengan cara rawatan moden yang sebenarnya boleh disembuhkan sepenuhnya dengan campuran herba dan bahan-bahan yang diambil daripada binatang." Menurut Encik Liew Choak . penyakit reumatik boleh disembuhkan dengan kaedah akupuntur atau mengambil campuran herba yang selalunya berjaya diubati oleh singse termasuklah gastrik.Dalam perubatan tradisonal.

Ramai pengamal ubatan Cina tidak mematuhi peraturan melabelkan bahan-bahan kandungan yang digunakan. TIADA KAWALAN Memandangkan tiada peraturan yang menguasai kegiatan singse. Di samping itu. Ini termasuklah ubatan Cina dan secara tidak langsung merupakan kawalan ke atas singse. Pihak Kementerian seharusnya mengadakan undangundang penglabelan yang mewajibkan semua ubatan tradisional Cina menyenaraikan bahan-bahan ramuan yang mereka gunakan. Seorang pegawai kanan di Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan memberitahu mereka sedang dalam proses untuk mendaftarkan semua jenis ubat yang terdapat di pasaran termasuk ubat tradisional. berikan masa kepadanya untuk bertindak secara perlahan-lahan. "sejuk". undang-undang tidak mewajibkan ubatan tradisional mempunyai label dan disertai dengan kandungan bahan-bahan yang digunakan.Yoon. dalam setiap rawatan empat perkara perlu dipertimbangkan sama ada penyakit itu "panas". Begitu juga. Begitu juga. tetapi ubat yang diberi bukan mengikut arahan doktor merupakan ubat terakhir yang diberi keutamaan. Amalan ubatan tradisi Cina mendapat kebenaran di bawah Akta Perubatan yang memberi kelulusan kepada sesiapa untuk mengamalkan sistem terapeutik atau pembedahan mengikut kaedah asli keturunan Melayu. "lemah" atau "kuat". Bagaimanapun pemeriksaan dengan Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa pendaftaran ubatan tradisi Cina masih belum dibuat. singse pun tidak berkelayakan untuk menjalankan operasinya. Cina dan India dan boleh mendapat bayaran berdasarkan kaedah yang diberikan. Adalah dipercayai sekiranya kedua-dua kuasa ini tidak seimbang maka ia akan menimbulkan penyakit. Pindaan kepada Akta Ubatan 1986 (Pengiklanan dan Jualan) telah mewajibkan pendaftaran semua ubat yang mengandungi racun. pengguna tidak mempunyai label dan tidak mempunyai tarikh tamat penggunaannya. Alasan utama kenapa ubat tradisional begitu berkesan ialah kerana prinsip ¶ying· (negatif) dan ¶yang· (positif) ataupun mengimbangkan semula badan yang merupakan asas segala rawatan. . seorang lagi pakar perubatan singse yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun memberi amaran bahawa ubat herba Cina mestilah diamalkan bersama-sama dengan corak pemakanan yang khusus. Alasan ini sebenarnya begitu lemah sekali. Mereka mendakwa bahan-bahan di dalam ubatan herba begitu kompleks hingga sukar untuk dinyatakan bahan-bahan campurannya melalui label. seseorang pesakit jangan menjangka akan segera sembuh selepas mengambil ubat ini. Ubat yang diberi adalah menurut diagnosa yang dibuat.

Bath Circles. Teknik rawatan tradisional yang diamalkan di institut itu ialah mangurut dan mengawal pemakanan manakala rawatan moden pula membabitkan penggunaan mesin ¶Modulated Nid-fre-quency Electrotherapy· (akupuntur tanpa jarum) dan khidmat kaunseling yang teratur. . lutut. dijangka akan mengubah imej ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana perkhidmatan rumah urut sering kali dikaitkan dengan kegiatan maksiat. Mereka mungkin menjadi ahli kepada Persatuan Tabib Cina tetapi pendaftarannya dibuat secara sukarela. melainkan jika pihak Kementerian mewajibkan singse mendaftar dengan persatuan tersebut. gout. tidak ada juga undang-undang yang mewajibkan perletakan tarikh luput bagi ubatan traidisional Cina. Ramai singse yang ditemui menasihatkan orang ramai supaya membuat perbezaan antara ubatan lama dan baru dengan cara menghidu dan melihat keadaannya. Dr Chai Sooi Fatt mengatakan bahawa pusat mengurut tradisional dan penjagaan kesihatan itu yang bertempat di Petaling Jaya adalah yang pertama di negara ini yang mengasingkan tempat mengurut bagi lelaki dan wanita iaitu tukang urut lelaki untuk mengurut pelanggan lelaki dan gadis yang dilatih untuk mengurut pelanggan wanita sahaja. Pemiliknya. sebuah pusat kesihatan yang menggabungkan penggunaan kaedah rawatan tradisional dan perubatan moden untuk merawat pelbagai penyakit urat saraf serta yang berkaitan dengan sistem pengaliran darah yang tidak betul. Penggabungan penggunaan kaedah rawatan tradisional dan perubatan moden dapat merawat penyakit Reumatik Arthritis. RUMAH URUT SEDIA KEMUDAHAN MODEN Biasanya orang yang mengunjungi rumah urut dipandang serong oleh masyarakat. Kurangnya kawalan dalam bidang ini hanya akan menimbulkan penyelewengan. Oleh itu. Tukang urut di situ diajar kemahiran mengurut berdasarkan teknik mengurut tradisional Cina serta Jepun yang dikenali sebagai ¶Shiatsu dan Swiss· atau ketiga-tiga kaedah sekaligus. Osteoarthritis. terutamanya bagi mereka yang mendapat latihan di luar negeri. tiada alasan bagi pengguna-pengguna di negara kita untuk tidak mendapat perlindungan dalam undang-undang. Namun kini.Selain daripada itu. Dengan ini akan memudahkan pihak persatuan mengenalpasti antara pengamal yang berkelayakan dan sebaliknya. Bagaimanakah pengguna biasa dapat mengetahui perbezaannya? Ubatan Cina yang dijual di Singapura diwajibkan mempunyai tarikh luput penggunaan. Pada masa sekarang. singse tidak wajib mendaftar dengan mana-mana badan pengawasan.

Hakikatnya. PERANAN PERUBATAN TRADISIONAL DALAM MASYARAKAT TEMPATAN Sejarah dunia sebenarnya telah bermula serentak dengan kewujudan manusia yang hidup berjuta-juta tahun yang lampau. Mengurut cara tradisional Cina menggerakkan semula tenaga dalaman badan bagi memastikan pengaliran darah sempurna dan menguatkan sistem ketahanan badan. urat saraf. Memanglah sesuatu yang primitif itu. Penyakit Reumatisma berpunca daripada sistem metabolisma badan yang tidak teratur.3 PERUBATAN IBAN Memang merupakan gelaran doktor tradisional bagi orang-orang Iban. kawalan pemakanan terapi serba. Bath Circles sudah merawat lebih daripada 3000 pesakit pelbagai jenis menerusi teknik mesin Modulated Nidfre-quency Electrotherapy (akupuntur tanpa jarum). sakit kepala termasuk migraine. Terdapat banyak perbezaannya. Hal yang paling penting untuk diperkatakan ialah peranannya di dalam masyarakat tempatan. 5. Orang Melanau yang menggunakan buai atau ayun dan juga menggunakan patung-patung kayu buat mengganti roh si sakit bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu zaman dahulu. mempunyai perbezaan dengan yang moden hari ini. Hal ini dapat dipastikan dengan penemuan prasasti-prasasti yang menunjukkan bahawa manusia purba telah mengetahui ilmu perubatan. Sehingga kini.penggang sendi. seringkali dihubung-kait dengan pesakit. hormon yang tidak seimbang. Orangorang Iban menggunakan darah ayam sebagai pengeras yang digunakan untuk menjalankan upacara menjampi. mengurut cara tradisional Cina menggunakan minyak akar kayu. tidak cuma setakat itu. kekurangan antibodi. Mungkin ada pihak-pihak yang mengatakan apabila disebut sahaja perubatan. Namun demikian. kawalan makan diet. Begitu juga apabila orang Bidayuh menghalau makhluk-makhluk jahat dengan menggunakan perahu kecil samalah seperti orang Melayu membuang ancak atau melayarkan lancang untuk menghilangkan penyakit. Dunia perubatan . latihan jasmani dan kaunseling. kemalangan dan pelbagai jenis jangkitan kuman. 4. kita tidak dapat mengatakan bahawa ilmu perubatan masa lampau sama dengan yang ada kini.

Satu hal yang amat ketara berbeza dengan dunia perubatan moden adalah bahan yang digunakan serta cara mengubati penyakit. perubatan tradisional juga mempunyai fungsi yang lain iaitu untuk menghindari seseorang daripada mendapat kecelakaan atau penyakit. tetapi masyarakat tradisional amat mempercayainya. Bagi masyarakat Melayu dan Melanau. Oleh itu. keris tua. Di samping itu. Pakar perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu digelar bomoh.tradisional menyelam jauh ke dasar kehidupan manusia. demikian juga dengan masyarakat-masyarakat lain. Di dalam hal untuk menyembuhkan penyakit selalunya terdapat persamaan di kalangan kaum-kaum yang mengamalkannya. bunga-bunga dan lain-lain kerap digunakan. hal ini disebut BERSUDIK. terdapat orang atau pakar yang bertanggungjawab. bahan-bahan seperti kemenyan. Sebelum membicarakan peranan-peranan perubatan tradisional di dalam masyarakat tempatan ini. malah mereka berpegang teguh kepada amalan-amalan itu. Hal ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan masyarakat tempatan terhadap kuasa-kuasa atau makhlukmakhluk halus. di samping jampi serapah yang tidak pernah ditinggalkan. berbanding dengan dunia perubatan moden. Hal ini tidak dapat dinafikan meskipun ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa kesihatan merupakan soal ringan bagi masyarakat primitif. Jikalau di dalam masyarakat Melayu terdapat unsur-unsur pemujaan kuasa-kuasa halus atau roh (ini terdapat di dalam masyarakat Melayu kuno). kita hendaklah tahu sedikit sebanyak tentang alatalat serta orang yang bertanggungjawab di dalam hal ini. Perlakuan mereka turut menunjukkan persamaan. Peranan utama perubatan tradisional adalah untuk menyembuhkan penyakit. buah limau. Jikalau masyarakat Melanau mempercayai bahawa DAKAN (gendang) mempunyai fungsi yang tidak dapat diketepikan di dalam menyembuhkan penyakit. dapat dikatakan masyarakat tempatan yang mengamalkan perubatan tradisional ini. mempunyai anggapan yang hampir sama tentang fungsi bahanbahan dan jampi serapah tadi. tokoh seperti bidan juga turut memainkan peranan yang agak ketara di dalam masyarakat tempatan. kita tidak dapat melihat bagaimana ia dapat mengubati penyakit. masyarakat tempatan khasnya. maka di dalam masyarakat Iban turut terdapat pemujaan. . Di samping berfungsi sebagai menyembuhkan penyakit. Seandainya kita meneliti dengan lebih mendalam lagi tentang peranan bahanbahan atau perlakuan "pakar-pakar" tadi. Dalam masyarakat Iban. Masyarakat Melayu dan Iban umpamanya. dukun atau pawang sementara dalam masyarakat Iban mereka digelar ¶beliau· atau ¶menang·.

Perlu disebut bahawa hal ini masih kekal dilakukan oleh kebanyakan wanita sehingga sekarang.Hal ini diadakan kerana masyarakat tempatan amat mempercayai sesuatu penyakit atau perkara-perkara buruh yang terjadi adalah disebabkan oleh kuasa-kuasa halus. Tentang hal-hal kecantikan misalnya. Berbanding dengan perubatan moden (meskipun terdapat kebaikannya) prubatan tradisional amat dipercayai oleh masyarakat tempatan. selain mengubati penyakit. disebabkan tidak terdapat alat-alat solek. tetapi juga berfungsi sebagai pakar-pakar di dalam hal-hal kecantikan dan kecerdasan. Selain itu. Maksudnya Pesta Petani dipraktik untuk memohon kepada "penjaga pantai" supaya membenarkan nelayan-nelayan mendapat tangkapan ikan dengan banyak. maka mereka menggunakan susuk. Jadi. tetapi juga memastikan agar tidak ada makhluk-makhluk jahat yang mengiringnya semasa lahir. Oleh sebab itulah hal seperti BERSUDIK dan Pesta Petani dilakukan. Sebab itulah kita sering mendengar perkara-perkara seperti "susuk". tidak dapat dipastikan adakah bahan tersebut benar-benar dapat mendatangkan kebaikan. kita tidak dapat menafikan terdapatnya tumbuh-tumbuhan yang dapat menyihatkan tubuh badan. telah terbukti khasiatnya. contohnya ulam-ulaman. Bagaimanapun. pakar-pakar seperti bomoh atau MANANG dapat menghalau penyakit tertentu daripada menyerang seseorang. Walau bagaimanapun. maka mereka boleh mendatangkan bala. tokoh seperti bidan turut mempunyai sumbangan dalam perubatan tradisional. "mandi berlimau". Walau bagaimanapun. Cuma perkara yang ketara ialah masyarakat tempatan amat mempercayai hal ini. di dalam . upacara Pesta Petani yang dilakukan oleh masyarakat Melanau bertujuan untuk memohon rezeki yang banyak. Ini kerana bidan-bidan tradisional bukan setakat untuk memastikan bayi itu selamat dilahirkan. Selalunya bidan-bidan melakukan pekerjaan mereka di kawasan-kawasan yang jauh terpencil atau di luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan bidan kerajaan. di dalam hal untuk mendapat kecerdasan otak melalui air akar-akar kayu yang dimasak. Di samping itu. Masyarakat tempatan turut mempercayai pakar-pakar perubatan tradisional bukan setakat dapat menjamin kesihatan mereka. Masyarakat primitif juga mempercayai seandainya makhluk-makhluk itu tidak "dihormati". kerana dari kajian pakar-pakar hari ini. Walau bagaimanapun. Jadi bolehlah dikatakan bahawa ubat-ubatan tradisional dapat menjamin kecerdasan mental dan kekuatan fizikal manusia. peranan bidan tradisional lebih dipercayai oleh masyarakat tempatan berbanding dengan peranan bidan-bidan kerajaan yang terdapat sekarang. atau menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada bunga-bunga atau akar-akar kayu untuk mencantikkan diri. akar-akar kayu yang boleh memberi kecerdasan otak dan lain-lain lagi.

dan hal ini adalah bertentangan denga ajaran Islam yang lebih mempercayai kekuasaan Allah. Terdapat beberapa sebab hal ini terjadi. Jika dahulu. Seandainya kita melihat masih ada yang mengamalkan corak perubatan tradisional di tengah-tengah arus permodenan. ia tidaklah mempunyai persamaan fungsi seperti apa yang dilakukan oleh masyarakat primitif dahulu. yang lebih banyak bertujuan untuk mendapatkan wang ataupun untuk dijadikan sumber rezeki. seperti akar-akar kayu yang hanya terdapat di hutan. Pertama mungkin disebabkan oleh bahan-bahan perubatan yang sukar dicari. Malah sesetengahnya tidak mempunyai fungsi apa-apa di dalam menyembuhkan penyakit.masyarakat Melayu. Masyarakat primitif lebih mempercayai kuasa-kuasa halus dan sesetengahnya mempercayai kuasa-kuasa syaitan. Hal ini amat ketara sampai ke hari ini terutama sekali jika kita meninjau kepada mereka yang tinggal jauh di pendalaman. Walaupun di sesetengah tempat. maka bayaran dikenakan. Contoh yang dapat diambil untuk melihat hal ini adalah penjual-penjual ubat di kaki lima atau bomoh atau pawang yang menuntut upah apabila memberikan perkhidmatan. kepercayaan terhadap adat yang telah . apabila datangnya Islam. Selain itu. Jadi. tetapi bilangannya berkurangan. hari ini kita mendapati perubatan tradisional yang dijalankan hanya untuk mendapatkan wang. unsur-unsur moden seperti bahan-bahan yang digunakan telah bercampur aduk dengan bahanbahan aslinya. Pada hari ini. Sebagai ganjaran mencarinya. Bukan mudah untuk mencari orang yang betul-betul pakar di dalam perubatan tradisional pada hari ini. Di samping itu. Daripada peranan-peranan yang telah dijelaskan tadi. dapat dikatakan kepercayaan masyarakat tempatan terhadap prubatan tradisional amat menebal. kita melihat perubatan tradisional ini menjadi amalan yang dipegang teguh. Di sesetengah tempat. kita dapat melihat di dalam masyarakat Melayu. Sebaliknya pada masa lampau perubatan tradisional semata-mata untuk mengubati seseorang atau membantu orang-orang sekeliling. malah ada yang boleh membahayakan kesihatan. tetapi hari ini ia menjadi satu amalan yang bertujuan komersial. tetapi amatlah sedikit. mungkin juga disebabkan oleh keperluan hidup hari ini yang memerlukan wang di dalam semua urusan. dapat dikatakan ianya sebagai satu warisan budaya yang tinggal seperti abu di atas tunggul. Jadi dapat dikatakan bahawa peranan perubatan tradisional telah berubah mengikut perubahan zaman. perubatan tradisional meskipun masih diamalkan. masyarakat kita masih mengamalkannya. sedikit sebanyak peranan perubatan tradisional berkurangan. yang hanya dijadikan sebagai pilihan kedua selepas perubatan secara moden. Jadi. Inilah peranan perubatan tradisional yang dapat dilihat pada hari ini.

7.ditelan oleh kepercayaan agama dan arus zaman.0 POTENSI UBAT-UBAT TRADISIONAL Di merata dunia usaha-usaha sedang diperbaharui untuk mengkaji ubat-ubat tradisional dengan lebih saintifik. Teknologi dan Alam Sekitar berhubung dengan kepentingan program pemeliharaan atau pemuliharaan biodiversiti perlu diambil perkiraan lebih serius. apatah lagi mencapai taraf "high tech pharmaceutical industri".0 KESIMPULAN Terdapat tren di seluruh dunia untuk memperakui kepentingan ubat-ubat tradisional di samping perubatan lain seperti akupuntur. perubatan tradisional hanya tinggal sebagai bahan cerita yang tidak diamalkan lagi. peluang untuk mengintensifkan penyelidikan ke atas ubat-ubat tradisional akan jadi lebih cerah. Ini juga mengurangkan pergantungan ke atas kepakaran dari negara luar. Soalan yang mendesak ialah apakah kerajaan bersedia memberikan pengiktirafan sah kepada semua jenis ubat tradisional di samping memberikan status "profesion" kepada pengamal perubatan tradisional yang mungkin mewujudkan "dualisme" dalam perkhidmatan perubatan di Malaysia? Akhir sekali. Berhadapan dengan prospek ekonomi ini. ubat herba dan lain-lain. 6. membantu awet muda. Malaysia yang mengimport ubat-ubat dan produk farmasi bernilai berjuta-juta ringgit setiap tahun sebenarnya mempunyai banyak aset ubat-ubat tradisional yang boleh dimodenkan bagi mengurangkan pergantungan kepada import ubat-ubat dari luar negeri. Bagaimanapun. Ada sesetengah jenama ubat tradisional dalam pasaran sekarang yang dipercayai boleh meninggikan kecerdasan otak. gesaan Menteri Sains. Penemuan-penemuan terbaru dalam dunia perubatan dan kesan ubat tradisional yang menakjubkan memberikan insentif kepada pembangunan industri tersebut. mencegah kolesterol dan darah tinggi serta berbagai ciri perubatan lain. mesti ada pengusaha kecil dan sederhana di kalangan penduduk tempatan tampil meneroka. rawatan homeopati. selain menjamin status pemuliharaan . Ruang untuk memajukan ¶industri· ini masih terbuka sangat luas memandangkan ia belum mencapai status industri dalam ertikata sebenar. mencari peluang dan kepakaran dalam indurtri ubat-ubat tradisional di samping mengekalkan warisan budaya perubatan tradisional tempatan. Dengan tertubuhnya beberapa pusat penyelidikan di negara ini. Program pemeliharaan atau pemuliharaan tumbuhan ubat-ubat tradisional perlulah mendapat fokus yang lebih tertumpu memandangkan nilai ekonomi dan perubatan yang tidak terhingga.

.my/HomePage/Publications/ResearchPaper/Articles/revie w43.moa.html http://www.ids.tumbuhan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan sumber berkekalan.org. penyelidikan dan pembangunan haruslah dipergiatkan bagi membolehkan pembangunan sub-sektor ini dengan lebih terancang BIBLIOGRAFI: http://www.agrolink.org.html http://www.1997 & 1998 .my/iadp/penang/paman/p83.ids.my/HomePage/Publications/ResearchPaper/Articles/revie w59.html Journal of Secret Heart Secondary School.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful