You are on page 1of 14

DIM SUM

Dim Sum dalam bahasa Kantonis bermakna makanan kecil yang ‘menyentuh hati’. Salah satu
makanan tradisional masyarakat cina, Ia biasanya dimakan semasa acara minum teh dan ia cukup
popular di seluruh dunia pada masa kini.
HINAVA
Hinava adalah merupakan salah satu makanan tradisional kaum Kadazan di Sabah. Hinava
merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan
untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang
telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
MANOK @ AYAM PANSOH
Manok Pansoh merupakan makanan yang terkenal di Sarawak. Manok Pansoh atau ayam kampung
yang dimasak dalam buluh adalah makanan suku kaum Iban yang paling digemari. Buluh yang
digunakan untuk memasak ayam tersebut memberikan satu rasa tersendiri kepada makanan
tersebut.

Manok Pansoh sangat terkenal dan sesuai dimakan ketika sarapan pagi, tengahari, makan malam
mahupun pada bila-bila masa. Ia akan lebih sedap jika dimakan bersama nasi pulut atau lemang. Ia
adalah makanan yang perlu dirasa apabila berkunjung ke Sarawak.
CAPATI
Capati adalah merupakan salah satu daripada makanan tradisional kaum India. Ia diperbuat
daripada tepung dan dimasak atau dipanaskan di atas kuali tanpa menggunakan minyak.
Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan salah satu makanan tradisi orang Melayu dan kini menjadi kegemaran bagi
orang Malaysia terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang
dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun
pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal.
MAKANAN KAUM CINA
Satu hidangan dalam budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama:

1. satu sumber karbohidrat atau kanji, yang dikenali sebagai zhǔshí ("主食" "makanan utama",

makanan ruji) — biasanya nasi, mi, atau mantou (pau kukus); dan
2. penyertaan hidangan sayur-sayuran, daging, ikan, atau benda-benda lain, dipanggil cài (菜,

"sayur").
DATARAN LANG
KLCC
KLCC
MASJID KRISTAL
MAKAM MAHSURI
DATARAN MERDEKA
DATARAN MERDEKA
PETA MALAYSIA

You might also like