You are on page 1of 2

Ucapan Guru Bertugas:-

Yang berusaha Guru Besar SK.Sri Gaya,En.Abdul Gahni Hj.Md.Kassim,Penolong Kanan Satu Pn.Quin
Maslinah,Penolong Kanan H.E.M ,En.Nordin ,Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Sopiah Hj.Nor,Guru-guru
,ustaz dan Ustazah serta murid –murid yang dikasihi sekalian.Assalamuzlaikum dan Selamat pagi semua.
Berikut adalah merupakan laporan guru bertugas minggu lepas,yang meliputi 3 aspek penting iaitu :
a. kehadiran
b. kebersihan
c. Disiplin.

a.kehadiran
Kehadiran secara keseluruhan pada minggu lepas adalah memuaskan iaitu secara purata ialah 95
peratus.Antara penyebab kepada ketidakhadiran murid pada minggu lepas adalah disebabkan beberapa
faktor di antaranya ialah seperti masalah kesihatan iaitu seperti demam,batuk ,sakit perut justeru itu murid
– murid dinasihat agar menjaga kesihatan diri.
b.Kebersihan
Sepanjang minggu lepas, kebersihan kelas tidak begitu memuaskan kerana ada sesetengah kelas yang
masih tidak dibersihkan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Walaupun jadual
bertugas telah disediakan namun murid masih tidak menjalankan tugas seperti yang diarahkan.Guru
bertugas terpaksa memantau setiap pagi dan mengarahkan murid baharulah murid – murid bertindak
malah terdapat murid yang baharu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru di sekolah yang
sepatuhnya disiapkan dirumah dan bukannya disekolah pada keesokkan harinya.Selain itu,Sampah-sarap
bertaburan dan tidak dibuang ke dalam tong sampah walaupun sudah disediakan. 

Kebersihan di kantin juga tidak begitu memuaskan kerana pinggan dan mangkuk tidak dimasukkan ke
dalam besen yang disediakan tetapi sebaliknya terbiar di atas meja. Sisa-sisa makanan juga bertaburan di
atas meja dan menyebabkan keadaan persekitaran kantin kotor.Pengawas yang bertugas di kawasan
kantin, sila jalankan tugasan anda.
Selain itu sikap murid terhadap kebersihan,diharapkan murid – murid dapat menanamkan sikap suka
menjaga kebersihan sekolah dan sekiranya terlihat sampah ,sila kutip dan buanglah kedalam tong sampah
dan jangan dibiarkan.

Penggunaan tandas:
Makluman kepada semua murid yang menggunakan tandas sama ada membuang air kecil ataupun air
besar dinasihat agar mengepam selepas menggunakan tandas tersebut.Ini bagi menggelakkan bauan
yang tidak menyenangkan kepada murid yang menggunakan tandas tersebut.
c.Displin
Disiplin murid – murid secara keseluruhan adalah terkawal dan mengikut arahan dan peraturan yang
disediakan.Namun beberapa kecacatan dapat dilihat terutamanya yang melibatkan arahan kawad kaki
semasa murid berbaris diluar kelas masing – masing sama ada sebelum dan selepas sesi pembelajaran
dijalankan.Murid – murid didapati tidak mengikuti arahan kawad kaki dengan baik malah terdapat murid
yang masih melengah-lengahkan aktiviti tersebut,sebagai contoh bercakap,tolak - menolak dan bercerita
walaupun dihadapan mereka guru sedang memerhatikan mereka.
Justeru pemantauan akan dibuat dan diharapkan tidak akan berlaku lagi selepas ini.
Kesimpulannya,sepanjang minggu lepas masih terdapat kelemahan yang ketara di kalangan murid
terutamanya yang melibatkan kebersihan dan disiplin murid,justeru diharapkan kelemahan – kelemahan ini
dapat diatasi.
Jadi itu sahaja,laporan guru bertugas pada minggu lepas kembali kembali kepada pengacara majlis
perhimpunan.

You might also like