You are on page 1of 19

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Aktiviti kokurikulum merujuk kepada aktiviti di luar kelas yang melibatkan aktviti yang
berpersatuan, lasak dan mungkin memerlukan kemahiran tertentu. Kegiatan luar kelas ini
berupaya untuk memberikan satu perspektif baru kepada pelajar dalam menjalani kehidupan
mereka di sekolah dan luar sekolah. Kelebihan kegiatan ini turut dipaparkan di dalam
pelbagai media massa di negara ini yang membuktikan manfaat menyertainya. Jadi,
pembabitan pelajar dalam kegiatan ini memang membawa pelbagai impak positif dalam
kehidupan mereka. Namun, kegiatan kokurikulum ini turut memberikan impak negatif
kepada pelajar yang terlalu aktif menyertainya.

Sememangnya pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum membolehkan pelajar


memiliki tahap disiplin diri yang tinggi. Pemilikan disiplin yang tinggi ini terhasil kerana
semua aktiviti kokurikulum memerlukan seseorang pelajar itu mematuhi beberapa peraturan
tertentu yang meliputi pakaian seragam, aktiviti, masa berlatih dan tempoh akhir untuk
menyiapkan sesuatu projek itu. Namun, semua aktiviti ini hanya boleh dilakukan jika
seseorang pelajar itu mempunyai disiplin yang tinggi kerana masa untuk belajar dan
beraktivti hanya boleh diseimbangkan menerusi satu disiplin yang tinggi.

Aktiviti kokurikulum juga menyebabkan pelajar sering memberikan alasan penat dan
tidak bermaya ketika di dalam kelas. Akibat daripada keletihan itu, pelajar kurang
memberikan penumpuan ketika guru mengajar. Pelajar lebih cenderung untuk tidur di dalam
kelas dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
Pelajar yang sering melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum juga selalunya tidak
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Alasan yang sering diberikan adalah
mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat kerja sekolah tersebut. Ini
disebabkan banyak masa diluangkan untuk berlatih aktiviti kokurikulum sebagai contoh
aktiviti kawad.

1
Malah, pembabitan pelajar secara aktif di dalam aktiviti kokurikulum juga
menyebabkan pelajar banyak ketnggalan pelajaran. Ini menjadi satu masalah bukan sahaja
kepada pelajar tersebut malah kepada guru subjek juga yang perlu mencari masa untuk
membolehkan pelajar tersebut tidak ketinggalan subjek itu. Lebih-lebih lagi sekiranya aktiviti
kokurikulum yang diceburi memakan masa yang agak lama seperti 4 hingga 5 hari dan dalam
waktu terdekat untuk menghadapi ujian atau peperiksaan semester.

Ini turut menimbulkan sikap sambil lewa pelajar terhadap akademik mereka.
Berdasarkan pemantauan yang pernah dibuat sebelum ini, pelajar yang sudah jauh
ketinggalan pelajaran ini berasa malas untuk mengulangkaji pelajaran yang tertinggal. Apatah
lagi untuk berjumpa guru subjek mereka. Selain faktor masa, pelajar juga memberikan alasan
yang mereka terlalu banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Maka, kebanyakkan pelajar
belajar sendiri atau melalui kawan mereka yang belum tentu betul apa yang diajarkan.
Konklusinya, pelajar yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti kokurikulum secara aktif
akan menyebabkan prestasi akademik mereka menurun.

1.2 Pernyataan Masalah

Kokurikulum merupakan aktiviti-aktiviti di luar kurikulum dan menjadi sampingan atau


pelengkap kepada aktiviti-aktiviti kurikulum. Di sekolah pelajar-pelajar diwajibkan
mengikuti kegiatan kokurikulum samada yang berbentuk persatuan, unit berniform, sukan
atau permainan (Amir Hasan Dawi, 2009). Perkara yang selalu dibahaskan ialah sejauh
manakah kegiatan kokurikulum patut disertai oleh para pelajar. Ini kerana kejayaan pelajar
dikaitkan dengan pencapaian dalam kurikulum bukan dalam kejayaan kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum yang berlebihan dan melibatkan waktu (PnP) menimbulkan


beberapa masalah seperti:-

1. Pelajar tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan secukupnya kerana aktiviti
kokurikulum yang dijalankan melibatkan waktu PnP.
2. Prestasi akademik pelajar merosot kerana pelajar tidak dapat mengulangkaji pelajaran
dengan sebaiknya
3. Pelajar juga hilang tumpuan terhadap pelajaran kerana keletihan.
4. Sikap pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran

2
1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian pengkaji adalah seperti berikut:

1. Untuk melihat perkaitan antara kokurikulum dan kurikulum (akademik).


2. Untuk melihat aktiviti kokurikulum sebagai faktor yang menyumbang kepada
kemerosotan pelajar dalam akademik
3. Untuk mencadangkan langkah-langkah yang wajar dalam mengatasi masalah yang
mempengaruhi prestasi pelajar.

1.4 Soalan Kajian

Persoalan kajian ini bertujuan untuk meninjau pelajar-pelajar yang aktif dalam aktiviti
kokurikulum dan kesannya terhadap pencapaian akademik berdasarkan objektif kajian:

1. Bagaimanakah kokurikulum mempunyai kaitan dengan kurikulum?


2. Adakah aktiviti kokurikulum merupakan faktor kemerosotan akademik pelajar?
3. Apakah cadangan yang wajar dalam mengatasi masalah yang mempengaruhi prestasi
pelajar?

1.5 Definisi Konsep

Menurut Amir Hasan Dawi (2009), kokurikulum merupakan aktviti-aktiviti di luar kurikulum
dan menjadi sampingan atau pelengkap kepada aktiviti-aktiviti kurikulum. Di sekolah
pelajar-pelajar diwajibkan mengikuti kegiatan kokurikulum sama ada yang berbentuk
persatuan, unit beruniform, sukan atau permainan. Kokurikulum penting untuk
perkembangan seseorang pelajar. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar akan
mempunyai peluang berekreasi dan berinteraksi. Kokurikulum juga dapat membina sifat-sifat
kepimpinan dalam kalangan para pelajar. Kokurikulum adalah aktiviti pelengkap kepada
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah.

3
Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pelajar diberi peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah. Aktiviti kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada pendidikan
yang membantu memantapkan lagi keupayaan dan prestasi pelajar. Kokurikulum juga boleh
dikatakan sebagai proses pembangunan modal insan.

Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan


menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan serta berteraskan
konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh. Ia juga
merangkumi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur
intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada
alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, kebudayaan
integrasi nasional dan sebagainya. Kokurikulum akan membantu murid-murid menentukan
hala tuju kehidupan masa depan masing-masing.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk membantu guru, Pengetua, Jawatankuasa Kerja
Sekolah, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri, dan agensi yang
berkaitan dalam merancang program kokurikulum di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk
membantu mempertingkatkan lagi prestasi akademik pelajar dan kualiti keseimbangan
penglibatan program kokurikulum di sekolah agar lebih teratur dan efisen. Dapatan kajian ini
diharap dapat membantu dan menggalakkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
yang seimbang seterusnya masyarakat akan lebih prihatin terhadap kepentingan akademik
dan kokurikulum demi masa depan pelajar.

1.7 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di MRSM Bentong, Pahang.

4
1.8 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang belajar di MRSM Bentong, Pahang
yang berlainan latar belakang. Pelajar yang terpilih adalah pelajar-pelajar dari Tingkatan Dua
dan Tingkatan Lima. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh. Purata
pencapaian akademik agak menurun prestasi pencapaiannya jika dibandingkan tahun
sebelumnya.

Menurut Tuckman (1978) saiz sampel perlu dimaksimumkan supaya dapat


meminimakan persampelan. Manakala menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan
saiz sampel perlu digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal biasanya
dipenuhi apabila saiz subjek melebihi 30. Saiz subjek seramai 30 orang ini akan
mengurangkan ralat persampelan.

Subjek kajian adalah terdiri daripada 50 orang di kalangan pelajar lelaki dan
perempuan yang belajar di MRSM Bentong, Pahang Pelajar yang terpilih merupakan pelajar-
pelajar yang sedang menuntut di Tingkatan 2 dan 5. Pemilihan sampel adalah menggunakan
persampelan rawak mudah kerana populasi sample tidak seragam dan teknik dapat
mengurangkan ralat persampelan (Mohd Majid Konting 1998).

1.9 Batasan Kajian

Kajian dijalankan di MRSM Bentong, Pahang ke atas 30 orang pelajar yang terdiri daripada
Tingkatan 2 dan Tingkatan 5, semasa soal selidik diedarkan pelajar sedang membuat
persiapan untuk menghadapi ujian selaras bagi Semester 1. Walaubagaimanapun semua
responden telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi menjawab soal selidik
dijalankan.

5
1.10 Kaedah Kajian

Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat
mengenai latar belakang sampel kajian serta menjawab item-item soalan yang berkaitan
dengan kajian ini.. Rasionalnya penyelidik menggunakan set soal selidik ini adalah
berasaskan kepada pendapat Majid Konting (1993) yang berpendapat bahawa soal selidik
digunapakai untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya.

Tuckman (1985), berpendapat bahawa soal selidik merupakan satu cara berkesan
untuk mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada pemerhatian terhadap
tingkahlaku. Isaac dan Michael dalam Ghazali (2002) juga mengutarakan idea yang hamper
sama iaitu soal selidik digunakan untuk memperolehi maklumat mengenai fakta,
kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Dalam kajian ini data dikumpulkan dengan
mengunakan borang soal selidik yang telah dibentuk. Borang soal selidik ini telah diagih
kepada responden untuk mengkaji penglibatan pelajar dalam kokurikulum.

2.0 DAPATAN KAJIAN

6
Kajian

Sampel Kajian soal selidik ini terdiri daripada pelajar tingkan 2 dan pelajar tingkatan 5. 67%
orang pelajar merujuk kepada pelajar lelaki dan 33% orang pelajar adalah perempuan.

Carta 1

Berdasarkan sampel kajian soal selidik ini, hasil dapatan kajian penyelidik mendapati
bahawa sebanyak 40% orang pelajar yang mengikuti badan beruniform Kadet Polis, 17%
orang pelajar bagi badan beruniform Bomba, diikuti dengan 13% badan beruniform
Pancaragam, 10% badan beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah, 7% badan berunifoirm
Kadet Remaja Maktab, 7% badan beruniform Jabatan Pertahanan Awam, 3% badan
beruniform Puteri Islam dan 3% badan beruniform Pengangkap.

Carta 2

7
Merujuk kepada dapatan dari item B1, terdapat 87% pelajar yang menyertai lebih
daripada 1 kegiatan kokurikulum. Berdasarkan peratusan yang diperolehi, ini menyumbang
kepada kesan pencapaian akademik pelajar.

Carta 3

Item B2 77% menunjukkan pelajar merasa letih selepas menjalani aktiviti kokurikulum.

Carta 4

8
Item B3 menunjukkan 47% pelajaran pelajar akan terganggu disebabkan oleh penglibatan
dalam aktiviti kokurikulum.

Carta 5

Item B4 mendapati bahawa 27% pelajar berjumpa dengan guru selepas menjalani aktiviti
kokurikulum berbanding 73% yang sebaliknya.

Carta 6

Item B5 menunjukkan pelajar mengulangkaji sendiri mencapai peratus tertinggi iaitu 80%.

9
Carta 7

Item B6 menjelaskan 97% pelajar yang bertanyakan rakan tentang kerja sekolah yang
diberikan oleh guru, manakala 3% adalah sebaliknya.

Carta 8
Item B7 menghuraikan 93% pelajar yang mendapat sokongan ibubapa untuk terlibat dengan
aktiviti kokurikulum.

10
Carta 9

Bagi item B8, dapatan kajian menunjukkan 27% orang pelajar yang pernah mengikuti
aktiviti kokurikulum semasa minggu ujian dan peperiksaan. Perkara ini juga adalah antara
faktor utama yang menyumbang kemerosotan akademik pelajar.

Carta 10
Item B9 menjelaskan 37% pelajar mengambil semula peperiksaan bagi mata pelajaran yang
tidak dapat diikuti.

11
Carta 11

Item B10 menunjukkan 27% pelajar yang mempunyai masa yang secukupnya untuk
membuat persediaan bagi mengambil peperiksaan ulangan.

Carta 12
Bagi item C1, peratusan tertinggi adalah 23% yang menunjukkan tempoh masa paling
lama pelajar-pelajar meninggalkan sekolah untuk mengikuti aktiviti kokurikulum iaitu 5-6
hari berdasarkan sampel kajian penyelidik. Diikuti pula 37% selama 3-4 hari, seterusnya 27%
dan bagi tempoh masa 1-2 hari.

12
Carta 13

Item C2 menjelaskan 47% pelajar yang mengulangkaji pelajaran secara persendirian,


manakala 43% pelajar yang belajar dengan rakan dan 10% pelajar memilih untuk belajar
bersama guru subjek.

Carta 14
Item C3 pula menunjukkan 53% bergiat aktif dalam bidang Unit Beruniform. Diikuti
10% Kelab dan Persatuan dan 37% pelajar yang menyertai Sukan dan Permainan.

13
Carta 15

Item C4 menerangkan 90% pelajar yang mengikuti aktiviti kerana minat, 7% pula
adalah kerana disuruh oleh guru dan 3% pelajar adalah kerana terpaksa.

Carta 16

Item C5 mendapati 17% pencapaian pelajar adalah meningkat, manakala 10% orang
pelajar menunjukkan keputusan merosot dan 57% orang pelajar pula tiada perubahan dalam
pencapaian mereka.
14
Carta 17

3.0 PERBINCANGAN

Kajian menjelaskan bilangan pelajar yang menyertai badan beruniform Kadet Polis mencatat
jumlah tertinggi iaitu sebanyak 40 peratus. Ini berbeza dengan penyertaan badan beruniform
lain yang masing-masing memperolehi peratusan yang rendah. Keadaan ini berlaku
disebabkan aktiviti Kadet Polis adalah lebih menarik berbanding aktiviti unit lain. Kadet
Polis juga banyak menertai aktiviti luar lain seperti di peringkat negeri dan peringkat
kebangsaan.

Kajian ini juga jelas menunjukkan kebanyakkan pelajar yang aktif dalam menyertai
aktiviti kokurikulum adalah pelajar lelaki iaitu sebanyak 67 peratus berbanding pelajar
perempuan yang hanya 33 peratus. Ini mungkin disebabkan pelajar lelaki lebih cenderung
terhadap aktiviti luar bilik darjah. Mereka lebih berminat dengan aktiviti yang melibatkan

15
fizikal. Manakala pelajar perempuan pula agak pasif dan kurang berminat terhadap aktiviti
lasak.

Berdasarkan kajian, hanya 13 peratus pelajar mendapat gred purata 3.50 hingga 4.00.
Manakala, sebanyak 47 peratus pelajar mendapat gred purata 3.00 hingga 3.40. Peratusan
pelajar yang mendapat gred purata 2.50 hingga 2.90 sebanyak 27 peratus. Terdapat 10 peratus
pelajar yang mendapat gred purata 2.00 hingga 2.40 dan 3 peratus pelajar mendapat gred
purata 1.5 hingga 1.90. Jika dinilai secara keseluruhan hanya terdapat 13 peratus sahaja
pelajar yang mendapat gred purata 3.50 hingga 4.00. Ini menunjukkan penglibatan yang aktif
dalam aktiviti kokurikulum, menyebabkan bilangan pelajar yang mendapat gred purata yang
cemerlang merosot. Mereka yang terlalu aktif dalam aktiviti kokurikulum sehingga kurang
memberi tumpuan terhadap prestasi akademik.

Daripada kajian yang dilakukan, peratusan pelajar yang menyertai lebih daripada satu
kegiatan kokurikulum lebih banyak daripada peratusan pelajar yang menyertai hanya satu
kegiatan kokurikulum. Ini menunjukkan sistem kokurikulum di tempat kajian lebih
menitikberatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Keletihan adalah salah satu
faktor yang menyebabkan tumpuan pelajar terhadap pelajaran sedikit sebanyak terganggu.
Sikap pelajar yang tidak berjumpa guru setelah ketinggalan pelajaran juga menyebabkan
prestasi akademik mereka merosot. Pelajar juga tidak mengambil inisiatif untuk
mengulangkaji sendiri dan bertanya dengan rakan tentang kerja sekolah yang perlu
diselesaikan.

Hasil kajian mendapati tempoh paling lama pelajar meninggalkan waktu persekolahan
untuk mengikuti aktiviti kokurikulum adalah selama seminggu. Tempoh paling singkat pula
adalah sekurang-kurangnya 1 hingga 2 hari. Keadaan ini menyebabkan pelajar ketinggalan
pelajaran ditambah pula dengan sikap pelajar yang tidak berjumpa dengan guru atau
bertanyakan rakan-rakan.

Berdasarkan kajian, hanya 17 peratus sahaja pelajar yang menyatakan keputusan


peperiksaan mereka meningkat berbanding dengan keputusan peperiksaan yang sebelumnya.
Manakala, 83 peratus pelajar yang lain pula menyatakan bahawa keputusan peperiksaan
mereka merosot.

16
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pencapaian cemerlang pelajar adalah penting bagi menjamin arah tuju pelajar pada masa akan
datang. Kajian yang dijalankan jelas menggambarkan penglibatan aktif dalam bidang
kokurikulum mendatangkan impak negatif terhadap prestasi akademik. Bagi mengatasi
masalah ini pelbagai cara boleh dilakukan agar situasi ini tidak berulang lagi. Pihak sekolah
terutamanya perlu bijak mengatur tatacara dan perjalanan aktiviti agar seimbang serta tidak
menyentuh atau mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran hingga boleh
menyebabkan pelajar tidak memasuki kelas pembelajaran.

Di samping itu, guru-guru juga perlu memainkan peranan bagi memastikan pelajar
tidak ketinggalan dalam pelajaran dan kelas. Guru juga perlu mengambil perhatian terhadap
perkembangan akademik pelajar. Kegiatan pelajar tanpa kawalan guru menjadikan mereka
tidak mengikuti peraturan akademik.

Selain itu, ibu bapa perlu memantau dan memberi perhatian terhadap prestasi
akademik anak-anak. Keadaan ini adalah untuk memastikan anak-anak tidak bebas dalam apa
jua perkara yang dilakukan. Bagaimanapun, tanpa kesedaran pelajar itu sendiri, masalah ini
tidak akan dapat diselesaikan. Pelajar seharusnya bijak mengatur masa dan aktiviti mengikut
kemampuan diri sendiri. Pelajar juga perlu peka terhadap prestasi pencapaian akademik
mereka agar tidak merosot. Kesimpulannya, hal ini perlu diatasi dengan segera bagi
memastikan pencapaian akademik pelajar seimbang dengan penglibatan aktiviti kokurikulum.

RUJUKAN

17
1. Amir Hasan Dawi, (2009), Sekolah dan Masyarakat, Kuala Lumpur: Prospecta
Printers Sdn Bhd.

2. Kementerian Pelajaran Rangka Pembangunan Pendidikan bagi RMK-10.


Retrieved January 7, 2010, from http://webesonline.rtm.gov.my/details

3. Rancangan Pendidikan Malaysia. Retrieved January 7, 2010, from http://moe.gov.my

4. Kurikulum Sekolah. Retrieved January 7, 2010, from http://wikipedia.org

5. Rancangan Malaysia ke 9. Retrieved January 7, 2010, from http://wikipedia.org

18
LAMPIRAN

19

You might also like