You are on page 1of 16

WARNA DALAM MULTIMEDIA

oleh
Mohamad Asrin Abdul Latif
• Definasi
Penggunaan warna didalam rekabentuk grafik (multimedia) berfungsi
sebagai :-
 Penegasan
 Mempunyai maksud dan makna tertentu serta kesan emosi

Warna sebenarnya adalah milik cahaya dan apabila berubahnya


cahaya maka berubahlah warna ( Lauer, 1990 ). Warna juga
mempunyai rasa dan pada sesetengah orang setiap hari di dalam
seminggu pilihan warna yang berbeza.

SIR ISSAC NEWTON adalah orang yang bertanggung jawab


menghasilkan DIAGRAM PUTARAN WARNA pada tahun 1666 dan ia
menjadi rujukan kepada kita semua hinggalah ke hari ini.

Di bawah ini terdapat contoh Diagram Putaran Warna yang asasnya


dari warna MERAH,KUNING dan BIRU. Didalam teori WARNA terdapat
3 pigmen warna yang boleh dicampur dan diolah dan PIGMENT warna
ini dibahagi kepada tiga bahagian.

TOP

Warna Premier

- Merah, Kuning dan Biru.

TOP
Warna Sekunder

- Hijau, Jingga dan Unggu.


( Ketiga-tiga warna ini terjadi dengan mencampur 3 warna premier).

TOP

Warna Tertiari

- Kuning - Jingga, Merah - Jingga, Merah - Unggu, Biru - Unggu, Biru -


Hijau dan Kuning ke Hijau. (Kesemua warna ini terjadi daripada
camuran Warna Kedua).

TOP

Penggunaan warna premier iaitu biru, merah dan kuning sering


dikaitkan dengan warna yang digemari oleh kanak-kanak . Warna
skunder (campuran daripada warna premier) digemari oleh golongan
remaja . Manakala orang dewasa pula menggemari warna tertiar
(campuran warna premier dan skunder). Orang tua pula lebih selesa
dengan warna komplimentari (campuran warna premier, skunder dan
tertiar). Sebarang kombinasi warna adalah asas penting dalam
mengkonsepsikan warna di dalam karya masing-masing.
Warna juga telah terbahagi kepada 2 kategori iaitu Warna Panas dan
Warna Sejuk. Warna panas ialah warna Kuning ke Merah, manakala
Warna Sejuk pula ialah dari Hijau ke Unggu.

Berikut adalah perihal beberapa warna utama dan maknanya :

i. Warna Merah
Dikaitkan dengan warna pendahulu bagi kategori warna panas. Warna
api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan,
kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ada yang
menyifatkankan sebagai warna berahi dan warna hati. Dapat menarik
perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan
dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan warna
mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga
membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap
memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala Merah muda
menggambarkan alam percintaan.

TOP

ii. Warna Biru


Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna
yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan
keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti
pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan.
Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam
mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan
kemurungan.

TOP

iii. Warna Kuning


Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden.
Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat.
Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya
girang akan menyebabkan kita sentaiasa ceria. Warna kuning pudar
akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan
sebagai warna panas dan berinovasi.
TOP

iv. Warna Hijau


Hijau di dalam mod positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi
seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan
ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton
tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan
peniruan.

TOP

v. Warna Hitam
Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga
dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna
kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna
malam, ilmu hitam dan elegen.

TOP

vi. Warna Putih


Putih melambangkan keseimbangan di antara warna. Anda boleh
membina laman web yang ringkas dengan meninggalkan banyak
ruang kosong putih atau ruang kosong di antara elemen muka surat di
dalam 'lay-out' terutamanya bagi laman web yang dipenuhi dengan
teks. Hadkan warna palet dengan menggunakan 2 atau 3 warna
utama. Penggunaan warna yang terhad pada web dan warna palet
grafik bermakna saiz fail digunakan adalah kecil. Ia penting kerana
masa 'loading' lebih pantas.

TOP
Set Warna Merupakan Identiti.
Antaramuka mestilah direka berdasarkan warna yang sesuai, supaya
warna pada anataramuka tidak kelihatan pelik. Warna yang dipilih
hendaklah harmoni di antara satu sama lain. Ini adalah penting kerana
antaramuka biasanya direka dengan menggunakan warna tertentu
yang telah dipilih menggunakan warna berkaitan.

TOP

Gabungan Warna
Sesetengah warna apabila digunakan bersendirian akan menampakkan
kebosanan. Akan tetapi ia akan menjadi lebih hidup jika digandingkan
dengan warna lain. Misalnya, warna hitam dan kelabu merupakan
warna-warna yang kurang menarik dan membosankan. Cuba anda
gandingkan warna-warna ini dengan warna jingga. Anda akan terkejut
melihat kombinasi warna tersebut. Anda boleh lawati laman web
http://www.zoon.com/ dan http://www.breathe.net untuk mendapatkan
contoh idea gabungan warna ini.

Warna-warna lain merupakan campuran dari warna-warna tersebut dan


melibatkan pencantuman makna. Penggunaan warna perlu dilakukan
dengan berhati-hati untuk mewujudkan sesuatu kesan yang tepat
dengan mesej atau subjek. Ini boleh dilihat pada :-

 Warna Panas : Warna kuning dan merah yang digunakan pada


label sos cili. Penggunaan warna elegen pada kotak minyak wangi
untuk kelihatan ekslusif, anggun dan mahal. Warna krim dan
lembut lagi ceria untuk perkakasan kosmetik bagi wanita.
 Warna panas juga dari secara praktisnya sesuai digunakan pada
waktu malam manakala warna sejuk pula sesuai pada waktu
siang.
 Penggunaan warna panas untuk menulis adalah disyorkan untuk
kegiatan pengajaran di sebelah pagi dan warna sejuk iaitu biru
dan hijau pada sebelah tengahari dan awal petang.
 Kajian menunjukkan kekuatan warna merah hilang apabila
dititiskan di atas permukaan berwarna hijau, di mana wujud pula
kesan lain iaitu estetika.
 Jika penggunaan papan tanda warna jingga dan merah di
sepanjang jalan atau garisan di atas jalan dicatkan dengan warna
merah sudah tentu akanmembangkitkan suatu perasaan yang
boleh menganggu emosi dan minda pemandu.
 Kajian juga menunjukkan warna putih atau cerah akan dilihat dulu
oleh mata sekiranya kita menggunakan lebih dari satu warna.
Umpamanya papan tanda kedai atau papan arah selain daripada
warna latar dan warna perkataan perlu juga dikenalkan pasti
warna latar belakang persekitaran. Ini kerana untuk mengelakkan
kecelaruan warna dan mewujudkan kesan holistik serta
pendahulu. Manakala penggunaan warna cerah atau wrna atas
warna cerah akan menghasilkan kesan yang ringan, pucat serta
kehilangan kontras.

Untuk mewujudkan kesan kontras dan penegasan di dalam rekaan,


seseorang pereka bentuk akan membahagikan kepada warna kontra
iaitu warna panas dan warna harmoni iaitu warna sejuk. Selain
daripada itu, warna lembut, riangan, keras, gelap, cerah dan garang.
Suhu warna dan nilai kroma (kekuatan warna) juga boleh menjadi
pendahulu di samping membentuk ruang dan perspektif.
Tinker (1936) di dalam kajiannya menyenaraikan tentang
penggunaan warna mengikut sususnan yang tertinggi iaitu dimulai
dengan :-

 Hitam atas putih


 Hijau atas putih
 Biru atas putih
 Hitam atas kuning
 Merah atas kuning
 Merah atas putih
 Hijau atas merah
 Oren atas hitam
 Oren atas putih
 Merah atas hijau
 Hitam atas ungu

TOP

Perwakilan Imej Berwarna


 Bukan seperti imej grayscale, setiap piksel mengandungi satu set
nilai tersusun (a set of ordered values) sebalik satu nombor
 Setiap set nilai tersusun mewakili satu ‘shade’ warna atau ‘hue’
 Terdapat beberapa sistem yang digunakan bagi mewakili warna
 Satu daripadanya ialah sistem warna RGB (Red, Green, Blue)
 Sistem RGB adalah sistem yang menggabungkan warna primer
gabungan (additive primary colours) untuk memperolehi
gabungan-gabungan warna
TOP

Gabungan warna RGB


 Bila nilai ketiga-tiga primer ialah sifar, warna ialah hitam
 Bila ketiga-tiga primer ialah maksima iaitu 1, warna ialah putih
 Gabungan (1,0,0) ialah merah
 (0,1,0) ialah hijau
 (0,0,1) ialah biru
 Warna utama lain ialah - (1,0,1) ialah magenta
 Kaedah RGB bagi perwakilan imej warna ialah popular kerana ia
adalah sama dengan cara peranti paparan warna berfungsi
 Seperti yang dilihat dengan gabungan 3 fosfor dalam CRT
(Cathode Ray Tube)

TOP

Additive colors (RGB)

TOP

Jadual warna RGB


Jadual 1 3 langkah ke hadapan menghala ke sempadan warna
pelangi (merah, jingga, Kuning, hijau, biru, indigo dan ungu)
dengan bucu hitam (000000) pada kedudukan tengah
jadual.

Jadual 2 3 langkah ke belakang menghala ke sempadan yang sama


tetapi, bucu putih (FFFFFF) berada di tengah-tengah.

Jadual 3 dipisahkan oleh warna pelangi yang beransur-ansur malap


& yang terdiri dari pinggir dalam 4X4X4 separa kiub, dengan
Jadual 4 warna kelabu gelap di tengah (CCCCCC) pada kedudukan
tengah jadual 3 dan di bucu kelabu cerah (333333) pada
kedudukan tengah jadual 4

Jadual 5 terdiri dari warna yang lebih malap pada warna pelangi yang
merangkumi bucu di sebelah dalam 2X2X2 separa kiub,
dengan warna kelabu yang sederhana (999999
dan 666666) di tengah-tengah jadual.

TOP

JADUAL 1

CCFF0 99FF 66FF0 33FF0 00FF0


FFFF00
0 00 0 0 0

FFCC0 CCCC 99CC 66CC 33CC 00CC 00FF3


0 00 00 00 00 00 3

FF990 CC990 99990 6699 3399 0099 00CC 00FF6


0 0 0 00 00 00 33 6

FF660 CC660 99660 6666 3366 0066 0099 00CC6 00FF9


0 0 0 00 00 00 33 6 9

FF330 CC330 99330 66330 3333 0033 0066 0099 00CC9


00FFCC
0 0 0 0 00 00 33 66 9

FF00 CC000 66000 3300 0000 0033 0066 00999 00CCC 00FFF
990000
00 0 0 00 00 33 66 9 C F
FF003 CC003 99003 66003 3300 0000 0033 0066 0099C
00CCFF
3 3 3 3 33 33 66 99 C

FF006 CC006 99006 6600 3300 0000 0033 0066C 0099F


6 6 6 66 66 66 99 C F

FF009 CC009 99009 6600 3300 0000 0033 0066F


9 9 9 99 99 99 CC F

FF00C CC00C 9900 6600 3300 0000 0033F


C C CC CC CC CC F

CC00F 9900 6600 3300F 0000


FF00FF
F FF FF F FF

TOP

JADUAL 2

FFFF0 CCFF0 99FF0 66FF0 33FF0 00FF0


0 0 0 0 0 0

FFCC0 FFFF3 CCFF3 99FF3 66FF3 33FF3 00FF3


0 3 3 3 3 3 3

FF990 FFCC3 FFFF6 CCFF6 99FF6 66FF6 33FF6 00FF6


0 3 6 6 6 6 6 6

FF660 FF993 FFCC6 FFFF9 CCFF9 99FF9 66FF9 33FF9 00FF9


0 3 6 9 9 9 9 9 9

FF330 FF663 FF996 FFCC9 FFFFC CCFFC 99FFC 66FFC 33FFC 00FFC
0 3 6 9 C C C C C C

FF00 FF333 FF666 FF999 FFCCC FFFFF CCFFF 99FFF 66FFF 33FFF 00FFF
00 3 6 9 C F F F F F F

FF003 FF336 FF669 FF99C FFCCF CCCCF 99CC 66CC 33CCF 00CCF
3 6 9 C F F FF FF F F

FF006 FF339 FF66C FF99F CC99F 9999F 6699 3399F 0099F


6 9 C F F F FF F F

FF009 FF33C FF66F CC66F 9966F 6666F 3366F 0066F


9 C F F F F F F

FF00C FF33F CC33F 9933F 6633F 3333 0033F


C F F F F FF F

FF00F CC00F 9900F 6600F 3300F 0000F


F F F F F F

TOP

JADUAL 3

CCCC33 99CC33 66CC33 33CC33

CC9933 999933 669933 339933 33CC66

CC6633 996633 666633 336633 339966 33CC99

CC3333 993333 663333 333333 336666 339999 33CCCC

CC3366 993366 663366 333366 336699 3399CC

CC3399 993399 663399 333399 3366CC

CC33CC 9933CC 6633CC 3333CC

TOP
JADUAL 4

CCCC33 99CC33 66CC33 33CC33

CC9933 CCCC66 99CC66 66CC66 33CC66

CC6633 CC9966 CCCC99 99CC99 66CC99 33CC99

CC3333 CC6666 CC9999 CCCCCC 99CCCC 66CCCC 33CCCC

CC3366 CC6699 CC99CC 9999CC 6699CC 3399CC

CC3399 CC66CC 9966CC 6666CC 3366CC

CC33CC 9933CC 6633CC 3333CC

TOP

JADUAL 5

999966 669966
666666
66999
996666 999999
9

996699 666699

TOP

Sistem warna CMY


 Satu lagi sistem warna yang popular diguna dalam media
percetakan ialah CMY (Cyan, Magenta, Yellow)
 Ia berdasarkan sistem singkiran cyan, magenta dan yellow
(substractive primaries of cyan, magenta and yellow)
 Ia diperolehi dengan mengabungkan pigmen
 (0,0,0) bagi CMY ialah putih
 (1,1,1) adalah hitam
 Cyan dan kuning hasilkan hijau
 CMYK di mana hitam ditambah kerana hitam yang sebenarnya
diperolehi tidak begitu hitam maka satu saluran tambahan bagi
hitam diadakan

TOP

Subtractive colors (CMY)

TOP

Sistem warna HSB


 Pelukis biasanya perlukan suatu sistem yang berlainan bagi
perwakilan warna
 Suatu kaedah yang lebih subjektif dan berdasarkan persepsi iaitu
ciri-ciri warna dibahagi sebagai hue (shade warna), brightness
(kecerahan) dan saturation (ketumpatan)

TOP

a) Hue
 adalah warna-warna spektra

 pancaran cahaya sama ada dari atau menerusi objek

 diukur dengan kiraan sudut 0º hingga 360º

TOP

Model HSB : A. Saturation B. Hue C. Brightness D. All


hues

TOP

b) Saturation
 ialah kekuatan hue yang digunakan

 Kepekatan warna

 Diukur dalam 0% hingga 100%

TOP

c) Brightness
 ialah kecerahan dan kegelapan relatif suatu

 Diukur dengan 0% (hitam) hingga 100% (putih)

 Merujuk kepada kegelapan atau kecerahan warna

TOP

Storan Imej
 Kebanyakkan sistem warna mewakili dan menyimpan warna imej
digital berwarna sebagai komposit (gabungan) beberapa saluran.
 Contoh : Suatu imej RGB piawai terdiri dari tiga saluran, setiap
warna primer menyimpan nilai piksel 8 bit yang mewujudkan 256
nilai
 Maka bagi ‘color depth’ 24 bit, jumlah warna yang mungkin
dipaparkan iaitu julat dinamik adalah berjuta-juta warna
 Cth : 256 nilai-nilai bagi warna merah X 256 nilai-nilai bagi warna
hijau X 256 nilai-nilai bagi warna biru
 Imej 24 bit ini biasanya memerlukan storan yang tinggi
 Contoh : Bagi imej bersaiz 800 x 600 = 480, 000 piksel x 3 bait
setiap piksel = 1,440,000 bait

TOP

Imej berwarna berindeks


• Indexed color images
• Berbanding dengan kaedah komposit, indexed colour images
mengurangkan imej kepada satu saluran dengan 8 bit
• Setiap piksel diberi satu nombor yang boleh diguna untuk merujuk
satu palette bagi satu gabungan warna spesifik yang dikenali
sebagai ‘color lookup table/palette’ – CLUT (Jadual rujukan warna).
• Maka dengan 8 bit, satu jadual dengan 256 indeks boleh
diwujudkan bagi menyimpan gabungan warna yang diperlukan.

TOP

Kesimpulan
Pemilihan warna yang tepat adalah penting untuk menentukan
mood dalam sesuatu rekaan. Alat ujian warna Max Luscher’s adalah di
antara instrument terkenal untuk menguji warna dan personaliti
seseorang (Jute, 1993).

Sehingga ada kenyataan yang begitu beremosi yang di petik dari kata-
kata Lauer berbunyi :-

“ EVER SINCE OUR ARGUMENT. I’VE BEEN BLUE ”

“ I SAW RED WHEN SHE LIED TO ME ”.

“ YOU’RE CENTAINLY IN A BLACK MOOD TODAY ”.

“ I WAS GREEN WITH ENVY WHEN I SAW THEIR NEW HOUSE


”.

Tidak dapat dinafikan pula, makna yang dibawa oleh warna berubah-
ubah terutama apabila dipengaruhi oleh :

• Budaya serta agama kawasan terbabit

• Situasi atau keadaan

• Suhu
Namun begitu terdapat juga beberapa persamaan makna untuk warna
walaupun pada bangsa dan agama yang berlainan. Umpamanya,
warna hitam yang membawa makna kematian, dukacita dan muram.
Misalnya, warna melambangkan api dan darah, tidak boleh dikaitkan
dengan keamanan dan ketenangan. Di China, topi hijau
melambangkan isteri yang curang sementara di India warna hijau
dikaitkan dengan wang, kekayaan dan kesempurnaan. Oleh itu anda
harus peka pada penggunaan warna dan hubung kaitnya dengan
kebudayaan supaya warna yang digunakan adalah bersesuaian.

TOP

Rujukan
1. PC.com vol.2 December 2002

2. www.sifoo.com/v4/artikel/art018.php

3. www.ftsm.ukm.my/jabatan/tp/mas/kuliah4_imej.doc

4. www.matfoto.com/digital/istilah/c(digital).htm

5. Gernot Metze, “Color Tables”, 1996

http://members.fortunecity.com/mantis3/Asrin.htm

You might also like