You are on page 1of 14

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL

MASALAH REMAJA MASA KINI - SEKS BEBAS

Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari digandingkan
bersama.Dan ia kini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks
dikatakan kolot dan ketinggalan zaman. Pandangan saya ini bukan hanya satu sangkaan tapi mempunyai
asas bukti untuk menyokong dakwaan saya. Kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat lebih kurang
400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur 1,dan menurut The Washington
Post, sebanyak 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan
istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun.2 Dan baru-baru ini juga kita
dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan setiap seorang
remaja wanita dalam sepuluh wanita melakukan seks secara bebas.Dan ini betul-betul mengejutkan. Ada
juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia
bukan dinamakan cinta. MasyaAllah begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini dan menakutkan bagi
masyarakat Malaysia khususnya. Saya mengatakan begini kerana saya pernah bersama dengan remaja
begini dan mereka beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu
diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya

“Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi lelaki, minuman
arak dan lagu-lagu yang melalikan.”

Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya,dan
memang kini sudah berlambak dan dan menjadi barah dikalangan remaja kita. Dan apa yang
menyedihkan ialah tiada sesiapa yang perduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah
dilarang dalam Islam,malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang. Sepertimana Allah berfirman:

 “Janganlah kamu mendekati kepada zina,sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan
yang keji.Dan satu jalan yang buruk”  3

Memanglah kita bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar dan ingat bahawa gelora
seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan
hawa nafsu kita.Dan memag kita sedar bahawa. Islam menggangapnya sebagai satu fitrah yang sengaja
Allah ciptakan pada manusia (terutama remaja) kerana dsitu terdapat beberapa hikmah yang amat besar.
Dorongan atau keinginan ini tidaklah satu perbuatan yang jijik. Tidak sesekali tapi ia akan berubah
menjadi kotor dan jijik apabila kita melampaui batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah dan
1
Kajian oleh Universiti Pensylvania 
2
The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000
3
Surah Al-Israk , ayat 32
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL
MASALAH REMAJA MASA KINI - SEKS BEBAS

melanggar syariat. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan
pernikahan. Sabda Nabi Muhammad :

“Wahai pemuda,siapa diantara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah.


Sesungguhnya dengan pernikahan,penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan
akan lebih terjaga.4

Penyataan sanffup dalam hadis tersebut bermana berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan
memberi nafkah5 . Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks yang
halal diantara suami dan isteri iaitu 

“Dalam perhubungan badan terdapat nilai sedekah”


Sahabat bertanya “Wahai RasulAllah,apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan
shawatnya akan mendpat pahala?”
Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa?
Maka,jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”

Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan
seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease,dan penyakit ini kerap
menjangkiti inidividu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini
sudah dikednal pasti antarnya ialah,syphilis,gonorrhea,genital herpes,genital art,trichomoniasis,bacterial
vaginosis,ifeksi cytomegalovirus,infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika
saha ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita(sumberperubatan islam
dan bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $ 10
Billian. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-penyakit ini ialah mengandung diluar rahim atau
dikenali sebagai ectopic pregnancy, barah kemandulan, sakit jantung, infeksi dan sakit puan. Dan bagi
bayi yang dilahirkan pula akan mengalami penyakit radang paru-paru, terencat akal, ganguan sistem saraf
dan sakit mata. Menurut sumber tertentu,jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada
hari ini,ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping
berleluasa seks bebas didalam masyarakat.6

4
Hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari,muslim.at-tirmidzi,dan an-nasai.
5
Al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib,al-Qardhawi:2/549 no 1095
6
Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan(NAID) Amerika. (rujuk NAID fact sheet,An Introduction to sexually transmitted
disease,July 1999,http://www.naid.nih.gov/facsheet/stdinfo.htm)
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL
MASALAH REMAJA MASA KINI - SEKS BEBAS

Dapat jua dilihat dengan jelas peningkatan kes pengguguran dan pembuangan bayi. Pengguguran
menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan peluang untuk dijangkiti penyakit akan meningkat.
Mereka berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan, jangkitan pada
organ pembiakan dan kematian. Selain masalah-masalah fizikal yang telah dibincangkan, pengguguran
juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah, resah
gelisah dan hilang keyakinan diri. Untuk kes pembuangan bayi, implikasinya jauh lebih serius berbanding
dengan pengguguran. Hal ini disebabkan akan menjejaskan bukan sahaja individu tersebut malah lapisan
masyarakat. Individual tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa
bersalah. Lebih-lebih lagi, individu yang membuat perancangan untuk membuang bayinya tidak akan
meminta bantuan perubatan dari doktor. Hal ini menyebabkan individu tersebut berkemungkinan
kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan semasa bersalin. Tambahan pula, kadar kematian bayi
akan meningkat kerana tidak mendapat jagaan perubatan yang rapi dan sempurna. Bayi yang dibuang
akan mengalami masalah mental dan bersikap ekstrem jika tidak diberi tumpuan dan kasih sayang yang
secukupnya. Masalah ini akan bertambah serius apabila mereka melangkah ke dunia dewasa. Sikap
mereka yang ekstrem akan mendorong mereka ke arah penjenayahan.

Punca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi.
Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar
globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya
dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas
dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan
untuk melakukan agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu
terhadap perkara baru dan trendy,  yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh
terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti
mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk
seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah -masalah
gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena
yang biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB)
seperti Brunei Darussalam, ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan. Globalisasi
bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij
dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan
denganmasyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi
menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional seperti
memuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya kita sebagai
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL
MASALAH REMAJA MASA KINI - SEKS BEBAS

orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam. Ukhuwah atau
persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan
dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim. Firman Allah SWT :

” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak,
supayakamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orangyang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi MahaMendalam Pengetahuan-Nya.”7

Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka 
kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat  perhatian daripada segenap lapisan
masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang
masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial
dan perbuatan  jenayah membabitkan  pelajar dan remaja  benar-benar membimbangkan  kita. Pada
peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada
dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di
luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar
banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran
sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku,
sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup  daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang
dan dewasai8 . Perubahan secara tidak terkawal ini mengakibatkan kecelaruan dalam diri mereka dan
akhirnya membawa mereka kearah satu keinginan untuk mencuba. Sayangnya, keadaan seperti ini bukan
sahaja berlaku di sekolah bandar dan di pinggiran  bandar, malah  di sekolah luar bandar. Pelajar yang
sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar  pelajar devian. Pada zaman modenisasi ini,
perlakuan seks bebas merupakan sesuatu yang agak umum di kalangan masyarakat. Seks merupakan
desakan reproduktif yang semula jadi bagi seseorang untuk memulakan satu keluarga dan juga tarikan
seksual yang biasanya dikongsi di antara satu pasangan. Perlakuan seks bebas ialah pergaulan seks tanpa
mengira pasangannya. Seks bebas merupakan aktiviti yang tidak sihat kerana ianya membawa banyak
implikasi yang negatif. Persoalannya, apakah yang mendorong orang ramai terjebak dalam perlakuan seks
bebas ini? 

7
Surah Al Hujuraat : Ayat 13
8
Bettelheim, 1950. 
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL
MASALAH REMAJA MASA KINI - SEKS BEBAS

Seks bebas dan jenayah seksual kini semakin  menular dan membimbangkan  kita terutamanya
pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita  ialah  penglibatan mereka mula 
dikesan  seawal usia 13 tahun   ketika mereka mereka berada di tingkatan  satu dan dua. Seorang guru
disiplin di sebuah sekolah menengah  mendedahkan bahawa beliau menemui kondom  yang disimpan
dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui
ketika  pemeriksaan mengejut dilakukan  di sekolah tersebut. Peningkatan pembabitan remaja perempuan
dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia
bertambah serius. Seorang lagi guru  di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau
pernah  membuat tinjauan  di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh
terkejut kerana  mendapati  pelajarnya, lelaki dan perempuan  meneguk minuman keras  tanpa segan silu
di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan  terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya  terlibat
dalam  pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah  dan apabila disiasat , pihak sekolah
mendapati pelajar itu adalah  ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.  Menurut Ketua Siasatan Jenayah
Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan  pelajar terutamanya di sekitar
Kuala Lumpur semakin  meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka
lakukan seperti  mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa  yang dicabul oleh mereka
bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga  wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau
mendedahkan  mengenai  masalah seks rambang, hamil luar nikah dan  pelacuran  dikalangan  pelajar di 
institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah
umur  berjaya diselamatkan  daripada kancah pelacuran  dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan
sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat  berjaya diselamatkan   dan
dihantar ke pusat pemulihan akhlak.  

Antara cara yang telah disarankan oleh pihak kerajaan ialah dengan mengadakan pendidikan seks
di sekolah. Banyak sekali perbezaan persepsi mengenai pendidikan seks ini. Perbezaan persepsi ini
berimplikasi pada masalah perlu dan tidaknya pendidikan seks diberikan kepada remaja. Malah hal ini
juaga menjadi isu hangat akan keperluannya diperwujudkan, perlu dan tidaknya remaja mendapat
pendidikan seks masih menjadi bahan perdebatan. Apakah pendidikan seks itu? Pendidikan seks
merupakan sebuah perbincangan yang realisti, jujur, dan terbuka, bukan merupakan hanya bertautan
dengan moral belaka. Dalam pendidikan seks diberikan pengetahuan yang fakta, menempatkan seks pada
perspektif yang tepat, berhubungan dengan self-esteem (rasa penghargaan terhadap diri), penanaman rasa
percaya diri dan difokuskan pada peningkatan kemampuan dalam mengambil keputusan. Dalam
pengambilan keputusan hal-hal yang perlu diperhatikan adalah mengetahui informasi,
mempertimbangkannya, mengambil keputusan, dan ketrampilan mengkomunikasikan.
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL
MASALAH REMAJA MASA KINI - SEKS BEBAS

Islam dengan keras mengharamkan penganutnya daripada melakukan seks bebas 9. Hubungan
diantara lelaki dan perempuan hanya akan menjadi halal dengan akad perkahwinan. Agama Buddha,
Hindu, dan Kristian menuturkan perkara yang sama seperti Islam iaitu mengharamkan penganut mereka
daripada perbuatan zina10. Seorang ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
berpendapat, setiap pihak bermula daripada diri sendiri hinggalah kepada pihak kerajaan perlu berganding
bahu menyelesaikan penyakit seks bebas. Di bawah adalah cadangan-cadangan penyelesaian, pertama
ialah diri sendiri. Setiap rakyat Malaysia perlu kembali kepada agama masing-masing khususnya di dalam
hal akhlak dan tabiat. Kembali kepada agama bermaksud patuh dan taat kepada agama. Setiap agama
menyeru penganutnya berakhlak dengan akhlak yang baik. Maka penganut seharusnya patuh dan taat
kepada seruan agama. Setiap agama melarang penganut daripada melakukan seks bebas dan seharusnya
penganut taat dan patuh dengan larangan tersebut. Hal yang lain, setiap rakyat Malaysia perlu
menetapkan dan menjernihkan tujuan hidup masing-masing di atas muka bumi Allah ini. Tujuan yang
tetap dan jernih akan membendung daripada melakukan perkara yang sia-sia. Kedua ialah Keluarga.
Keluarga seharusnya mengambil berat diantara satu sama lain. Ibu dan ayah yang menjadi tunjang kepada
keluarga seharusnya menyediakan pendidikan agama kepada anak-anak bermula daripada bangku sekolah
lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang sudah dewasa tanpa dilentur dengan agama
akan menjadi keras untuk beragama. Hal yang lain, keluarga khususnya ibu dan ayah perlu istiqamah
memantau pergerakkan anak-anak. Anak-anak perlu kepada pemantauan untuk memastikan mereka tidak
melencong daripada tujuan. Ibu bapa yang mempunyai kemampuan seeloknya mengahwinkan anak-anak
mereka yang dilihat cenderung kepada perbuatan seks bebas. Ketiga ialah Anggota Masyarakat.
Peribahasa ‘Jaga Tepi Kain Orang’ perlu dihapuskan daripada kamus hidup anggota masyarakat. Setiap
anggota masyarakat bertanggungjawab untuk melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Sebagai contoh,
menegur dan jika perlu melaporkan kepada pihak berkuasa pasangan-pasangan tidak berkahwin yang
dilihat cenderung kepada perbuatan seks bebas. Hal yang lain, anggota masyarakat seharusnya berusaha
menguatkan perpaduan diantara satu dengan lain. Keempat ialah Kerajaan. Kerajaan seharusnya
menyedari tugas yang besar ketika memerintah, khususnya untuk mengubati penyakit seks bebas ini.
Kerajaan dengan kuasa yang ada, seharusnya mengubah sistem pendidikan dengan mamberi suntikan
pendidikan agama. Janganlah dibiarkan pendidikann agama ditinggakan jauh dibelakang. Pelajaran moral
perlu kembali diperkenalkan dan dikuatkan perlaksanaaannya. Kerajaan tidak seharusnya terpedaya
dengan mainan politik pembangkang. Kerajaan dengan jumlah majoriti di Parlimen seharusnya
memperkenalkan atau mengubal undang-undang yang sepatutnya supaya penguatkuasaan dan apa-apa

9
Surah Al-Isra’: 32, Surah Al-Furqan: 68
10
Dr. Ridhuan Tee Abdullah
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM TEKNIK DAN VOKASIONAL
MASALAH REMAJA MASA KINI - SEKS BEBAS

yang berkaitan menjadi lebih efisien dan berkesan. Penguatkuasa yang menjadi sub-kerajaaan perlu
menguatkuasa dengan penuh rasa takwa dan tanggungjawab. Hal yang lain, pihak kerajaan seharusnya
menapis dan jika perlu menyekat media massa yang mempengaruhi perbuatan seks bebas. Majalah-
majalah, surat khabar, siaran televisyen, dan siaran radio perlu ditapis daripada menyiarkan perkara-
perkara yang berunsur lucah dan memberi ruang yang lebih untuk hal-hal berkaitan dengan agama. Ini
seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan untuk patut dan taat kepada perintah agama sekaligus menjaga
adab-adab timur. Setiap pihak perlu berganding bahu untuk mengubati penyakit seks bebas ini. Seorang
pesakit tidak akan sembuh jika dia diberi ubat, pada masa yang sama diberi racun padanya. Penyakit seks
bebas perlu disembuhkan dengan kadar segera dengan cara menyuntik penawar agama dan menyekat
racun-racun barat dengan menghormati adab-adab timur. Memberi kondom dan mendirikan lagi pusat
asuhan bayi-bayi tanpa ayah bukanlah penyelesaian yang bagi orang-orang yang berakal. Pemimpin yang
baik akan berusaha melaksanakan penawar agama. Janganlah pula hanya berkata: “Lelaki juga perlu
bertanggungjawab” tanpa melakukan apa-apa tindakan. Jika penyakit seks bebas tidak diubati, Malaysia
pada masa hadapan akan dipenuhi dengan anak-anak tanpa ibu dan ayah. Penulis yang beragama Islam
mengakhiri dengan berkata: “Al-Quran diutamakan, As-Sunnah didahulukan”.

Kesimpulannya, remaja haruslah selalu diperhatikan karana tanpa perhatian dar iorang
tua, guru dan kerajaan jua masyarakat lainnya, mereka dapat melakukan penyimpangan social
atau kemungkaran dan mereka akan lebih berani untuk mencuba apa sahaja yang dating dalam
hidup mereka.Kita masyarakat yang lebih dewasa haruslah menitikberatkan masalah ini kerana
hanya merekalah penerus bangsa kita ini. Dan mereka inilah generasi penyambung masyarakat
kita kini. Nasihat dan pantauan perlu diberikan kepada remaja, kerana perubahan keatsa
dirinya akan diketahui paling oleh orang yang berada disekitarnya. Pemerhatian dan
pemantauan kepada mereka sangat perlu untuk memupuk rasa patriotisme dan nasionalisme
bangsa kita. Juga dengan cara ini dapatlah kita mengelakkan dari maslah social keatas anak-
anak remaja ini menular ke sesuatu yang sukar tuk dijangkau oleh minda kita.
i

ARKIB : 17/02/2010

Seks bebas remaja luar bandar membimbangkan

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Masalah sosial seperti seks bebas kebiasaannya dihubungkaitkan dengan para remaja yang
tinggal di bandar-bandar besar yang sentiasa terdedah kepada gejala itu.

Kajian sebuah pertubuhan baru-baru ini mendapati gejala seks bebas termasuk pendedahan kepada bahan pornografi di
kalangan remaja Melayu di luar bandar juga semakin membimbangkan.

Kesimpulan itu diperoleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah selepas menjalankan kajian terhadap 127
pelajar perempuan di sebuah sekolah luar bandar di negeri tersebut.

Naib Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Midin berkata, kajian itu mendapati lima peratus daripada remaja berusia 14 tahun di
sekolah itu telah melakukan hubungan seks secara sukarela.

"Manakala, 30 peratus daripada responden pula mengakui sudah terdedah kepada bahan pornografi atau unsur seks melalui
telefon bimbit dan cakera padat video (VCD)," katanya.

Katanya, kajian terhadap 56 pelajar lelaki tingkatan satu pula mendapati 43 peratus daripada mereka terdedah kepada filem
lucah, manakala 61 peratus daripada 67 pelajar lelaki tingkatan dua pula didapati telah menonton dan terdedah kepada
gejala seks bebas.

Melihatkan peratusan tersebut, beliau berkata, keputusan kajian pastinya akan lebih menggerunkan jika ia dilakukan
terhadap remaja Melayu berusia 16 tahun dan ke atas terutama yang tinggal di kota besar.

"Keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menjadi antara punca berlakunya kes pembuangan bayi yang begitu
berleluasa kebelakangan ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Lukman, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menjadi punca utama gejala seks bebas semakin
membimbangkan di kalangan remaja Melayu.

Katanya, era multimedia dan teknologi maklumat dengan trend penggunaan telefon bimbit yang berleluasa serta penjualan
video lucah di tempat terbuka dan boleh dibeli oleh sesiapa tanpa mengira usia nyata meruncingkan lagi masalah tersebut.

ARKIB : 21/09/2010
Atas jejantas pun sempat buat maksiat

PAKAIAN dalam wanita ditinggalkan bersepah di atas jejantas di


Mersing, semalam.

MERSING 20 Sept. - Penduduk di daerah ini runsing dengan gejala maksiat yang semakin berleluasa hingga terdapat
pasangan remaja sanggup menjadikan sebuah jejantas di sini sebagai sarang melakukan kegiatan tidak bermoral dan seks
bebas.

Baru-baru ini, pihak penguat kuasa Majlis Daerah Mersing (MDM) mengesan satu sudut di atas jejantas berhampiran
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing dijadikan lokasi kegiatan negatif itu.

Anggota penguat kuasa MDM yang membuat pemantauan telah menjumpai pakaian dalam wanita yang ditinggalkan di atas
jejantas tersebut dipercayai tidak sempat dipakai kerana tergesa-gesa untuk melarikan diri.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penduduk berpendapat, masalah itu berlaku kerana terdapat dua kain
rentang atas jejantas tersebut yang menutupi pandangan orang ramai seterusnya memberi peluang kepada mereka yang
tidak bermoral untuk melakukan maksiat.

Selain itu, lokasi berkenaan didapati amat terlindung daripada pandangan umum dan sebab itu ia strategik bagi pasangan
yang melakukan maksiat.

Penduduk memberitahu, mereka tidak perasaan dan mengetahui gejala itu berlaku di lokasi tersebut kerana memang
menjadi kebiasaan kenderaan memberhentikan kereta di bawah jejantas berkenaan untuk berehat.

Pengerusi Persatuan Anggota Wanita dan Suri Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Mersing, Datin Khalizah
Kahar memberitahu, perbuatan tidak bermoral dan memalukan tersebut sepatutnya tidak berlaku, apatah lagi di tempat
awam begitu.

"Saya berasa sedih dan terkejut dengan sikap remaja sekarang yang terlalu berani melakukan maksiat tanpa segan dan
takut akan kesan yang mereka terima, malah tidak takut kepada ibu bapa dan Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia di
sini, hari ini.
Beliau menasihatkan remaja terbabit agar berhenti melakukan perbuatan berkenaan dan menjaga moral serta adab kerana
mereka adalah pelapis negara pada masa depan.

Sementara itu, seorang penduduk, Rosnani Bustani, 39, berkata, dia kesal dengan kejadian tersebut dan berharap ia tidak
akan berlaku lagi.

"Sudah tentu perkara itu dilakukan oleh golongan muda yang tiada hubungan yang sah dan tidak memikirkan kesan buruk
yang akan berlaku kepada mereka,'' katanya.

Kenakalan Remaja (makin) Merajarela


September 5, 2008nonoTinggalkan komentarGo to comments

SUDAH bukan rahasia lagi kalau siswi/siswa SMP apalagi SMA banyak yang sudah melakukan hubungan
intim seperti suami istri, narkoba, tindak kekerasan, dll.
apakah hal ini masih dalam kewajaran?
dan apa yang menyebabkan mereka melakukan hal tersebut?
Diluar batas kewajaran jika usia remaja melakukan hubungan seks bebas, narkoba dan tindak kriminal. Tapi
kita tidak bisa menetralisasikannya begitu saja. Memang, dari informasi yang ada kenakalan remaja dewasa
ini sangat meningkat drastis, dan itu bisa saja disebabkan karena perubahan zaman yang begitu cepat,
dalam bahasa gaulnya disebut “shock cultural“.

sumber foto : disini

sumber foto : disini


Dengan pengetahuan minim mereka berani coba-coba dan ikuti nafsu dan kebodohan tanpa berfikir akibat
nyata yang langsung mereka rasakan. Pada kenyataannya mereka bukan hanya berasal dari keluarga
‘broken home‘ ataupun keluarga atheis. Maka ternyata tidak ada hubungannya antara agama apa yang
mereka anut ataupun kondisi keluarga mereka.

Kelemahan orang tua yang masih saja tabu, bingung dan malu untuk memberikan pendidikan sex, juga
hanya sekedar menakut-nakuti tentang bahaya narkoba tanpa mampu mendalami dan memberikan
pengarahan yang lebih baik.

Pemerintah juga konyol, dengan memberikan izin siar untuk sinetron-sinetron gak mutu yang
mempertontonkan adegan pacaran…rebutan pacar…dengan (ck..ck…) bintang-bintang di bawah umur…masih
seragam SD!

Keluarga dan lingkungan juga sangat berperan penting, jika keluarga dan lingkungan mengajarkan nilai-nilai
moral yang baik maka secara otomatis kita pun tidak akan terjerumus, tapi balik lagi ke iman, walaupun
keluarga dan lingkungan baik tapi kalau iman individu itu lemah maka dia bisa berbuat kerusakan.

Dan jika keluarga dan lingkungan tidak mengarahkan kita pada kebaikan maka secara otomatis yang kita
lakukan pun hanya kerusakan-kerusakan, tapi jika iman individu itu kuat maka tidak akan terpengaruh
walau pun keluarga dan lingkungan tidak mendukung pada arah yg baik.

Pendidikan menjadi faktor yang berperan penting untuk mendukung maupun menghambat kerusakan
(peradaban umat manusia) ini. Baik ilmu pengetahuan agama maupun ilmu pengetahuan umum sangat
menentang kerusakan ini. Jadi peningkatan pendidikan sangat diperlukan untuk mengatasi masalah besar
ini…

MASIH PENGEN COBA-COBA ?

Budaya Pergaulan Bebas Punca Maksiat


Dikalangan Remaja
IN: AGAMA

13Aug 2010

Apa yang boleh saya katakan di sini ialah masalah sosial sekarang ini semakin parah. Terutama sekali di
kalangan remaja, belia dan muda mudi negara ini. Semua kaum hadapi masalah yang sama. Setiap hari
media sibuk melaporkan kes dadah, rempit, pergaulan bebas, seks bebas, buang bayi, bunuh bayi dan
sebagainya. Tetapi bagi saya pergaulan bebas dan salah pilih kawan adalah punca utama, bertambahnya
masalah sosial dan jenayah di kalangan remaja.

Mungkin gambar di bawah akan memberi gambaran kepada punca masalah sosial dan jenayah di kalangan
remaja;

 
     

Punca utama ialah BUDAYA PERGAULAN BEBAS di kalangan muda mudi dan remaja. Salah siapa semua
ini.

Banyak sebab pergaulan bebas  jadi begitu merebak:

1. Apabila penekanan agama tidak di ajar sejak kecil oleh ibubapa atau penjaganya

2. Longgarnya pihak kerajaan mendidik  masyarakat. Mereka tidak fokus kepada masalah ini sejak awal
dengan memperkenalkan dasar yang lebih keagamaan ke arah  mendidik masyarakat. Pemimpin negara
banyak fokus kepada ekonomi dan politik. Berdiri sahaja di pentas mereka akan cakap pembangunan yang
mereka buat. Jarang sekali saya dengar PM atau TPM cakap, soal sembahyang anak-anak muda Islam
negara ini.

3. Terlalu ramai ibubapa dan anak-anak muda yang tak sembahyang.

4. Tarikan kuat media luar dan TV dalam Malaysia dan Luar, dalam program budaya bebas adalah antara
punca merebaknya budaya pergaulan bebas.

Itu sebahagian punca utama.

Kalau kita lihat sekarang ini pergaulan bebas sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita. Kenapa kita
agungkan budaya ini. Ibu bapa dah tak kisah anak dara dia kawan dengan jantan mana pun.

Memang parah isu ini, kalau kita masih begini sampai bila masalah tak akan selesai. Cadangan kerajaan
perbagai tetapi masalah semakin meningkat. Kes buang bayi semakin meningkat, pelacuran meningkat,
tempat maksiat meningkat, minum arak meningkat, dadah meningkat. Apa sudah jadi.

You might also like