You are on page 1of 25

ISI KANDUGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN

2 CARTA ORGANISASI KKP

KELEMAHAN MANUSIA YANG SERING


3 MENGAKIBATKAN KEMALANGAN DI TEMPAT
KERJA

KES-KES KEMALANGAN YANG BERLAKU DI


4
TAPAK BINA

5 LAMPIRAN

6 KESIMPULAN
PENGENALAN

Aspek keselamatan dan kesihatan tidak boleh dikompromi. Di mana, bila,


mengapa, siapa dan apa cara sekalipun, ia wajar disedari, difahami dan
diamalkan setiap waktu supaya bahaya tidak menimpa kita, rakan sekerja
atau mereka yang berada di sekitarnya. Menyedari hakikat itu, Majlis
Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) yang
ditubuhkan pada 1995 mengikut kehendak Seksyen 8 Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), memainkan peranan penting ke
arah itu dengan sokongan padu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) serta Institut Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (NIOSH). MNKKP ditubuhkan bagi menjadikan semua tempat
kerja di Malaysia selamat, di samping meningkatkan tahap keselamatan
dan kesihatan pekerjaan serta menjadikan amalan kerja selamat dan sihat
sebagai sebahagian daripada budaya rakyat negara ini yang berlandaskan
kepada proses tiga pihak iaitu pekerja-majikan-kerajaan.

MNKKP mempunyai kuasa melakukan semua perkara yang wajar,


munasabah atau bersangkutan dengan pencapaian tujuan Akta 514. Ia
boleh menjalankan penyiasatan dalam isu keselamatan dan kesihatan yang
luas serta boleh menubuhkan jawatankuasa untuk membantunya dalam
menjalankan fungsinya. Pembentukan budaya kerja selamat dan sihat
adalah matlamat utama MNKKP bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan
rakyat. Aktiviti MNKKP yang berterusan dan berkesan ialah mengadakan
Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kempen KKP). Selama
lebih 10 tahun MNKKP ditubuhkan, banyak program kempen ke arah
mewujudkan budaya itu sudah dianjurkan dan mendapat sambutan
menggalakkan daripada orang ramai, pekerja dan majikan. Konsep Kempen
KKP yang dianjurkan terbahagi kepada dua iaitu peringkat MNKKP - secara
besar-besaran meliputi sebulan promosi budaya selamat dan sihat.
Biasanya kempen ini meliputi dialog bersama pihak industri berhubung isu
semasa KKP.
Selain itu, larian KKP (OSH Run) dengan penyertaannya terbuka kepada
semua golongan masyarakat dan berkonsepkan lari dan jawab soalan
berkaitan KKP. MNKKP juga menganjurkan seminar dua hari yang dihadiri
penceramah tempatan dan luar negara yang berpengalaman bagi
membentang dan membahas isu semasa berkaitan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dalam konteks negara ini.

Di samping itu, pameran juga diadakan serentak dengan seminar yang


mempamerkan sistem dan peralatan keselamatan serta kesihatan terkini
daripada pembekal tempatan dan luar negara. Kemuncaknya adalah
penyampaian Anugerah Cemerlang KKP kepada calon industri yang
berjaya mencapai tahap cemerlang KKP di tempat kerja masing-masing.
MNKKP juga mengadakan kempen mini, kempen selamat dan sihat yang
dianjurkan sepanjang tahun, contohnya sempena perayaan Deepavali dan
Aidilfitri, Kempen Tempat Kerja Bebas Dadah anjuran bersama dengan
Pemadam Kebangsaan. Untuk peringkat industri pula, MNKKP melalui
JKKP menggalakkan program atau aktiviti promosi budaya kerja selamat
dan sihat di pelbagai industri semasa kempen berkenaan dijalankan.

Tumpuan utama MNKKP apabila menganjurkan kempen ialah untuk: -


Mempromosi dan meningkatkan kesedaran semua peringkat masyarakat,
terutama golongan bekerja supaya mementingkan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan; - Sebagai platform untuk menunjukkan keprihatinan
dan komitmen kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan
tempat kerja terjamin; - Memperkenalkan peraturan dan perundangan baru
atau bentuk penguatkuasaan terkini yang akan dikuatkuasakan oleh JKKP;
dan - Mengenengahkan sistem atau peralatan KKP terkini daripada luar
negara, melalui penceramah atau pembekal antarabangsa semasa seminar
dan pameran.
PENGENALAN

ASPEK keselamatan dan kesihatan kepada semua pihak, terutama


golongan pekerja tidaklah harus dipandang ringan. Biarpun perhatian
kepada kualiti dan kecepatan masa projek yang dijalankan amat penting
dan kritikal, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja juga harus diberi
perhatian sewajarnya.Jika kita kaji sejarah pembangunan di mana-mana
negara sekalipun, kegiatan pembinaan adalah pemangkin pembangunan
ekonomi dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, bagi memastikan
kegiatan ini dapat berkembang dengan pesat dan maju, kita amat
memerlukan bukan saja tenaga kerja profesional dan berkemahiran tinggi,
malah kontraktor dan pekerja yang diberi pendedahan secukupnya dalam
aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Seperti yang kita
maklum, sesuatu kemalangan atau penyakit di tempat kerja akan
mengakibatkan penderitaan dan kesengsaraan ke atas pekerja yang
malang itu. Selain itu, mereka juga memerlukan rawatan untuk pemulihan
dan ini akan menjejaskan kehidupan pekerja itu serta ahli keluarganya.

Majikan turut tergugat perancangannya disebabkan kemalangan ini kerana


ia adalah suatu kerugian kepada pihak kontraktor berikutan pembiayaan
kos baik pulih, pemberhentian kerja dan juga kos perubatan.
Kemampuan syarikat pembinaan di negara maju mengurangkan jumlah
kemalangan dan penyakit pekerjaan hasil daripada penyelidikan,
pembangunan dan pengalaman itu menyebabkan mereka berada di depan
dari segi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Contohnya di Jepun, pembinaan Jambatan Gantung terpanjang di dunia


yang menghubungkan Tanah Besar Jepun dan Pulau Shikoku telah
merekodkan tiada kes kematian dan dapat disiapkan dalam jangka masa
yang ditetapkan. Ia bukan saja menjadi kebanggaan negara dan rakyatnya
dari segi reka bentuk dan kecanggihan teknologi, tetapi juga dari segi
pencapaian keselamatan dan kesihatan pekerjaannya.Berdasarkan
perangkaan kemalangan di sektor pembinaan, Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO) menganggarkan pada 2003 saja sebanyak 60,000 kes
kemalangan maut dicatatkan.
Menurut laporan Perkeso pada 2003, di Malaysia jumlah kemalangan maut
yang dicatatkan adalah 95 kes daripada 4,654 kes yang dilaporkan,
berbanding 88 kes maut daripada 5,015 kes kemalangan pada 2002.
Walaupun jumlah kemalangan berkurangan, kes maut menunjukkan
pertambahan. Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kemalangan yang
dilaporkan adalah berkurangan sebanyak 13 peratus daripada 73,858 kes
pada 2003, berbanding 81,810 kes pada 2002.

Majikan mestilah meletakkan komitmen dan kefahaman bahawa isu


keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sebahagian daripada
tanggungjawab korporat syarikat dan tidak boleh dipandang remeh.
Kejayaan ini tidak boleh dicapai tanpa persefahaman dan kerjasama antara
majikan dan pekerja. Perlu diberi perhatian juga bahawa keselamatan dan
kesihatan pekerjaan tidak mendiskriminasikan antara jantina, rupa paras
dan warganegara. Pekerja tempatan dan pekerja asing mestilah mendapat
hak sama dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kemalangan
tidak mengenal siapakah sama ada ia projek besar, sederhana atau kecil.
Kita yang mengenali bahaya di tempat kerja dan mampu mengambil
tindakan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan itu.

Beberapa kemalangan yang baru-baru ini berlaku seperti seorang pekerja


asing maut tertimbus runtuhan tanah di Seremban, kabel pelantar putus
menyebabkan seorang pekerja maut dan tiga pekerja cedera di Kuala
Lumpur, lantai bangunan dalam pembinaan runtuh di Shah Alam yang
mengakibatkan kematian tiga pekerja asing, dengan jelas membuktikan
bahawa tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dipertingkatkan
di tempat kerja, terutama yang berisiko tinggi seperti di kawasan
pembinaan. Pekerja perlu dilindungi daripada terdedah kepada bahaya dan
risiko yang kadangkala tidak dapat diduga.

Satu daripada cara untuk mencapai matlamat itu ialah majikan seharusnya
melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
bagi mengelakkan kejadian kemalangan atau penyakit pekerjaan daripada
berlaku di tempat kerja. Kejadian kemalangan atau penyakit pekerjaan
mencerminkan serba sedikit ada ketidaksempurnaan pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan ia perlu diperbaiki.
Pihak Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah
berusaha mempromosikan standard sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja iaitu MS 1722: OSH-MS pada akhir 2003, iaitu
standard pengurusan berdasarkan ILO.Kita sepatutnya mengambil berat
mengenai kadar kemalangan yang agak tinggi dalam industri pembinaan.
Dalam hubungan ini, tidak ketinggalan juga peranan NIOSH, yang
mempunyai visi menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang keselamatan
dan pekerjaan dan bertujuan untuk menjadi rakan pilihan bagi
mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. NIOSH
mengambil peluang untuk mempromosi program keselamatan dan
kesihatan Pekerjaan kepada industri pembinaan. Objektifnya adalah untuk
memberi kesedaran mengenai bahaya yang boleh dihadapi oleh majikan
dan pekerja dalam industri pembinaan supaya langkah proaktif untuk
menanganinya dan mengelak kemalangan di tapak pembinaan.
SIFAT KELEMAHAN MANUSIA YANG SERING
MENGAKIBATKAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
a) Sikap mementingkan diri sendiri

Seseorang akan merasakan impak sesuatu kemalangan dan peka serta


mengambil berat terhadapnya jika kemalanghan yang berlaku mempunyai
kepentingan kepada dirinya sendiri. Ini termasuklah kemalangan yang
melibatkan diri sendiri, keluarga, kenalan dan harta benda. Selain itu mereka
turut tidak mengambil berat jika kemalangan yang berlaku melibatkan orang
yang tidak dikenali mereka.

b) Salah dan betul

Tanggungjawab untuk menanggung kesalahan berlakunya kemalangan,


kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan terletak di
atas majikan dan orang yang bekerja sendiri.

c) Fokus yang salah

Jika berlaku sesuatu kemalangan di tapak pembinaan, persoalannya bukan


untuk mencari sebab musabab berlakunya kemalangan dan mencegah
kemalangan serupa daripada berlaku berulang kali tetapi fokusnya adalah
lebih kepada siapa yang menyebabkan kemalangan itu berlaku dan apakah
yang menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. Pihak majikan juga turut
harus berusaha untuk mengubah sikap dan budaya sesetengah pekerja dan
bukan hanya setakat mematuhi peraturan di tempat kerja sahaja.

d) Orang ramai mengatasi individu

Pihak berkuasa selalunya hanya mengambil berat terhadap kemalangan


yang mengakibatkan bilangan mangsa yang banyak dan mengabaikan bagi
kemalangan yang melibatkan sebilangan individu sahaja. Hal ini boleh
mengundang kepada kecelakaan yang lebih tragis dan hal ini sepatutnya
diambil perhatian oleh pihak berkuasa dan bukan bergantung kepada
bilangan mangsanya barulah pihak berkuasa mengambil langkah-langkah
keselamatan dan sebagainya.
e) Meremehkan insiden nyaris

Seringkali dianggap tidak penting kerana ia tidak akan mengundang kepada


masalah yang serius dan mungkin tidak mengakibatkan kematian.

f) Tidak memahami apa sebenarnya keselamatan

Bagi sebilangan majikan dan pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang


mutlak dan risiko sifar tidak wujud. Ini bermakna setiap pekerjaan
mempunyai risikonya dan kita haruslah behati-hati dan utamakan
keselamatan diri sendiri.
BAGAIMANA AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
MELIBATKAN ANDA SEBAGAI

• MAJIKAN
• PEKERJA
• PEREKABENTUK/ PERUMUS/ PEMBUAT/ PEMBEKAL/
PENGIMPORT

APAKAH KEWAJIPAN ANDA SEBAGAI MAJIKAN?

Akta menghendaki anda,

• Untuk menyedia dan menyenggara loji dan system kerja


yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan
• Untuk menyusun langkah-langkah bagi mempastikan
keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan atau
pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan
loji dan bahan
• Untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan
penyeliaan bagi mempastikan keselamatan dan kesihatan
pekerja semasa bekerja
• Untuk menyenggara tempat kerja supaya selamat dan tanpa
risiko kepada kesihatan, termasuk cara masuk kedalamnya
dan keluar darinya
• Untuk menyedia dan menyenggara persekitaran kerja yang
selamat dan tanpa risiko kepada kesihata, dengan
kemudahan yang mencukupi bagi kebajikan pekerja.

Penalti kerana gagal mematuhinya ialah:

DENDA RM 50,000 atau DUA TAHUN PENJARA atau KEDUA-DUANYA


SEKALI
APAKAH KEWAJIPAN ANDA SEBAGAI PEKERJA?

Akta menghendaki anda,

• Untuk memberi perhatian yang munasabah semasa bekerja


bagi keselamatan dan kesihatan diri dan orang lain
• Untuk bekerjasama dengan majikan atau orang lain dalam
menunaikan apa-apa kewajipan di bawah Akta atau
Peraturan-peraturannya
• Untuk memakai atau menggunakan apa-apa kelengkapan
atau pakaian perlindungan diri yang disediakan
• Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah keselamatan
dan kesihatan yang dikehendaki oleh Akta atau Peraturan-
peraturannya

Penalti kerana gagal mematuhinya ialah:


DENDA RM 1,000 atau TIGA BULAN PENJARA atau KEDUA-DUANYA
SEKALI
APAKAH KEWAJIPAN ANDA SEBAGAI PEREKABENTUK/ PERUMUS/
PEMBUAT/ PEMBEKAL/ PENGIMPORT

Akta menghendaki anda,

• Untuk memastikan loji atau bahan adalah selamat dan tanpa


risiko kepada keesihatan apabila digunakan dengan
sepatutnya
• Untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan
ujian atau pemeriksaan yang perlu ke atas loji atau bahan
• Untuk menyediakan maklumat mengenai kegunaan loji atau
bahan tersebut supaya selamat dan tanpa risiko kepada
kesihatan apabila digunakan
• Perekabentuk atau pengilang loji, dan pengilang atau
pembekal bahan untuk kegunaan semasa bekerja hendaklah
menjalankan atau mengaturkan penyelidikan yang perlu
untuk menghapus atau mengurangkan apa-apa risiko
terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin
ditimbulkan oleh loji atau bahan itu
• Pembina atau pemasang loji hendaklah mempastikan loji
dibina dan dipasang supaya selamat dan tanpa risiko kepada
kesihatan apabila digunakan oleh pekerja

Penalti kerana gagal mematuhinya ialah:

DENDA RM 20,000 atau DUA TAHUN PENJARA atau KEDUA-DUANYA


SEKALI

Peruntukan-peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994


adalah berasaskan kepada pendekatan PENGATURAN KENDIRI, iaitu
tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terletak
pada mereka yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko tersebut.

Konsep pengaturan kendiri ini menggalakkan perundingan, kerjasama


serta penglibatan pekerja-pekerja dan majikan dalam usaha-usaha untuk
meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
KES-KES KEMALANGAN YANG BERLAKU DI
TAPAK BINA

Tajuk : Tertimpa batang cerucuk (Concrete pile).


Tempat : Pahang
Tarikh : 22/05/2000

Ringkasan kemalangan :
Seorang pekerja sedang berdiri di tepi susunan batang-batang cerucuk
yang setiap satu batang berukuran 300mm x 300 mm x 12 meter dan berat
2800 kg. Kerja-kerja yang dijalankan pada masa itu ialah mengangkat dan
memindahkan batang-batang cerucuk tersebut ke tempat lain dengan
menggunakan kerin bergerak. Semasa kemalangan susunan batang-
batang cerucuk ialah sebanyak 6 lapisan iaitu baki yang tinggal setelah 4
lapisan dipindahkan. Selepas kerin mengangkat dan memindahkah
cerucuk ke kawasan pemindahan baru, tiba-tiba cerucuk di lapisan atas
telah jatuh dan menimpa mangsa. Si mangsa meninggal di tempat
kejadian akibat cedera parah di bahagian badan.

Faktor Penyebab :
Sebab Langsung 1. Tertimpa objek berat-batang cerucuk Sebab Asas 1.
Majikan tidak menyediakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja
mengangkat dan memindahkan cerucuk. 2. Penggunaan batang kayu
pengalas yang reput dan menjejaskan kestabilan susunan cerucuk. 3.
Tiada pengawasan dari pihak pengurusan semasa kerja-kerja pemindahan
cerucuk dijalankan. 4. Tiada latihan dan penerangan tentang keselamatan
di tempat kerja.

Hasil Pemerhati :
-

Klasifikasi Kemalangan :
Ditimpa objek.
Tajuk : Terjatuh melalui bahagian platform yang reput.
Tempat : Johor
Tarikh : 02/01/2000

Ringkasan kemalangan :

Seorang pekerja sedang berada di atas platform yang reput di atas Shell
Bunker di dalam sebuah kilang sawit. Semasa sedang melakukan kerja-
kerja penyelenggaraan, beliau telah terjatuh ke lantai menerusi bahagian
platform yang telah reput setinggi 40 kaki. Mangsa telah dikejarkan ke
hospital dan disahkan mengalami keretakan tulang punggung dan
kecederaan ibu jari tangan kiri. Walau bagaimanapun mangsa telah
meninggal dunia empat hari selepas itu.

Faktor Penyebab :
Sebab Langsung 1. Terjatuh melalui bahagian lantai platform yang reput.
Sebab Asas 1. Platform kerja yang reput dan tidak selamat 2. Kegagalan
pihak pengurusan mengenal pasti dan memperbaiki kawasan yang reput.

Hasil Pemerhati :
-

Klasifikasi Kemalangan :
Jatuh dari tempat yang tinggi
Tajuk : Terjatuh bersama pelantar beban yang runtuh.
Tempat : Kuala Lumpur
Tarikh : 13/05/2000

Ringkasan kemalangan :

Dua orang pekerja am sedang bekerja mengangkut beg-beg simen di atas


sebuah pelantar beban yang berukuran 3.5 x 2 meter , tingkat 7 sebuah
bangunan yang masih di dalam pembinaan. Secara tiba-tiba pelantar
beban tersebut telah menggelungsur sebelum jatuh ke tingkat bawah
bangunan. Salah seorang daripada pekerja tersebut sempat melarikan diri
menyelamatkan diri ke dalam bangunan sementara rakannya telah jatuh
bersama-sama dengan pelantar beban tersebut.

Faktor Penyebab :
Sebab Langsung 1. Terjatuh bersama-sama pelantar beban yang runtuh.
Sebab Asas 1. Rekabentuk penyokong atau tupang yang tidak selamat. 2.
Asas lantai yang tidak kukuh.

Hasil Pemerhati :
-

Klasifikasi Kemalangan :
Terjatuh dari tempat tinggi.

Tajuk : Terjatuh dari menara talian elektrik.


Tempat : Sabah
Tarikh : 04/01/2001

Ringkasan kemalangan :

Satu kemalangan maut telah berlaku di salah sebuah tapak projek


pemasangan kabel elektrik voltan tinggi di Sabah. Kemalangan dipercayai
berlaku apabila bahagian sambungan di antara kabel voltan tinggi dan
ceramic insulator patah menyebabkan pelantar kerja dan kabel melantun
dan seterusnya menyebabkan mangsa tersebut tercampak dan jatuh ke
bawah. Kedua-dua mangsa adalah pekerja kepada sub-kontraktor kepada
majikan utama.

Faktor Penyebab :
Sebab langsung: 1. Gagal menggunakan PPE dengan betul 2.
Penggunaan peralatan (working platform) yang tidak berkesan. Sebab
asas: 1. Kurang pengawasan majikan untuk kerja-kerja berisiko tinggi. 2.
Tidak mempunyai prosedur kerja selamat bersesuaian dengan kerja yang
dilakukan. 3. Tiada penilaian untuk penyediaan operasi yang sesuai.
Kekurangan latihan keselamatan untuk kerja-kerja di tempat tinggi.

Hasil Pemerhati :
-

Klasifikasi Kemalangan :
Terjatuh dari tempat tinggi.

Tajuk : Terkena renjatan elektrik.


Tempat : Negeri Sembilan
Tarikh : 19/02/2001

Ringkasan kemalangan :

Satu kejadian kemalangan telah berlaku disalah sebuah stesyen


pencawang elektrik 11kv di dalam daerah di Negeri sembilan. Stesen ini
menempatkan 3 buah suis iaitu satu suis bekalan masuk dan 2 bekalan
keluar yang kesemuanya berkapasiti 11kv. 2 suis bekalan luar itu akan
disalurkan ke pencawang yang mempunyai transformer untuk diturunkan
kapasiti menjadi 240v sebelum disalurkan kepada kediaman pengguna.
Pada hari kemalangan, si mati dan empat orang pekerjanya telah
menyiapkan dinding batu sekeliling pencawang. Si mati telah memanjat
pagar berkunci untuk masuk ke dalam pencawang menutup suis bekalan
masuk dan kemudiannya membuat penyambungan haram menggunakan
kabel penyambung yang mempunyai kekuatan hanya 1 kv. Hujung kabel
penyambung dipasang three pin socket dan hujung yang satu lagi
mempunyai dua penyepit dipasang ke bus bar. Setelah itu si mati
menghidupkan semula bekalan masuk kemudian membawa keluar socket
dari bilik pencawang dan menguji bekalan dengan menggunakan test pen.
Percikan api terjadi dan menyebabkan si mati terpelanting tidak jauh dari
socket itu. Melihat itu pekerja-pekerjanya memberikan bantuan
kecemasan sebelum dibawa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan
bantuan tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Faktor Penyebab :
Sebab langsung: - Terkena renjatan elektrik Sebab asas: - Membuat
sambungan elektrik secara haram - Tiada sistem kerja selamat. -
Kesalahan pekerja

Hasil Pemerhati :
Majikan utama perlu menyediakan satu sistem kerja selamat untuk diikuti
oleh semua kontraktor. Majikan utama perlu memantau supaya semua
kontraktor yang menjalankan kerja di bawah mereka mengikut prosedur
kerja selamat yang ditetapkan.

Klasifikasi Kemalangan :
Terkena kejutan elektrik.
Tajuk : Pekerja maut digilis tayar trailer.
Tempat : Ladang, Johor
Tarikh : 03/12/2003

Ringkasan kemalangan :

Seorang pekerja ladang telah meninggal dunia setelah digilis oleh tayar
trailer yang dinaikinya. Ketika kejadian, mangsa bersama lima (5) pekerja
lain menaiki trailer tersebut. Mangsa dipercayai duduk di atas pagar trailer
di sebelah kiri manakala pekerja-pekerja lain duduk di dalam trailer.
Semasa menaiki bukit tiba-tiba pemandu traktor terdengar jeritan pekerja-
pekerja tersebut dan dia terus memberhentikan traktor. Dia terus keluar
pergi ke belakang trailer dan mendapati mangsa luka parah di kepala.
Mangsa didapati digilis tayar trailer sebelah kiri. Mangsa disahkan
meninggal dunia di hospital.

Faktor Penyebab :
Penyeliaan yang kurang berkesan dan tiada peringatan keselamatan
semasa menaiki dan berada di dalam trailer. Pemandu traktor tidak
menerima latihan dan maklumat.

Hasil Pemerhati :
Majikan gagal menyediakan prosedur kerja selamat berkaitan dengan
membawa pekerja menggunakan trailer. Selain daripada itu, ketika latihan
dan penyeliaan perlu diadakan.

Klasifikasi Kemalangan :
Tersepit antara objek.
Dua maut perancah tapak binaan The
Pavillion runtuh
Oleh S. ANAND KUMAR dan KHAIRUL AZRAN
HUSSIN

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Dua buruh binaan maut


manakala 10 lagi cedera apabila perancah yang
mereka naiki terjatuh dari ketinggian kira- kira 15
meter di tapak pembinaan kompleks The Pavillion KEADAAN di tapak
Kuala Lumpur, di Jalan Bukit Bintang di sini, hari ini. pembinaan The Pavillion,
yang mana perancah di
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, dua pekerja bangunan itu runtuh dan
binaan mati di tempat kejadian akibat kecederaan mengakibatkan dua
parah di kepala setelah dipercayai dihempap batu pekerja binaan terbunuh
granit. di Jalan Bukit Bintang,
Kuala Lumpur, semalam.
Mangsa yang terbunuh ialah rakyat tempatan dikenali
sebagai Liew Wan Chew, 50, dan warga Myanmar dikenalpasti sebagai Hram UK,
25.

Semua mangsa yang cedera berketurunan Punjabi dan berasal dari India. Mereka
kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Penolong Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pembinaan Putra Perdana Sdn.


Bhd. (PPCSB), syarikat kontraktor utama projek itu, Mejar (B), Abu Bakar Abdul
Rahman berkata, pihaknya mendengar bunyi gegaran yang kuat di kawasan
pembinaan berdekatan Zon A berdekatan pintu lima The Pavillion ketika kejadian.

‘‘Apabila kami pergi melihat ke tempat kejadian, didapati perancah yang


digunakan oleh pekerja memasang batu granit di tingkat tiga bangunan telah
roboh dan menghempap perancah di bawahnya iaitu di tingkat dua.

Cedera

‘‘Pada waktu itu kira-kira tujuh orang pekerja berada di atas perancah manakala
lima orang lagi sedang bekerja di bawahnya.
‘‘Kami mendapati beberapa pekerja yang cedera terbaring kemungkinan akibat
jatuh bersama perancah yang roboh,’’ katanya kepada pemberita ketika
membentangkan laporan kemalangan di sini, hari ini.

Difahamkan, berat satu batu granit ialah 50 kilogram (kg) dan semasa kejadian
terdapat 10 batu granit bersama tujuh pekerja tersebut.

Menurut Abu Bakar, pihaknya membuat pertolongan cemas dengan


mengeluarkan mereka yang cedera.

Tambahnya, pegawai keselamatan dan beberapa orang pegawai PPCSB telah


membuat panggilan ke HKL untuk meminta bantuan kecemasan.

‘‘Beberapa ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian. Kami juga telah


menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Balai Bomba dan Pejabat,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berhubung perkara itu.’’
katanya.

Menurut beliau, semua pekerja yang terlibat adalah dari syarikat Usaha Tiga Sdn.
Bhd., iaitu subkontraktor kepada PPCSB.

Pekerja-pekerja itu sedang menjalankan kerja-kerja memasang batu granit pada


dinding kompleks di atas perancah.

‘‘Pihak kami mempunyai pasukan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi


dan berpengalaman untuk membuat pemantauan keselamatan.

‘‘Namun apa yang berlaku hari ini adalah tidak dapat dielakan dan amat dikesali,’’
katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain
Abd. Rahman berkata, perancah yang membawa kesemua buruh binaan bersama
muatan batu granit itu dipercayai melebihi muatan sebelum ia terjatuh
menghempap bahagian bawahnya.

‘‘Ekoran kejadian ini kerja pembinaan akan dihentikan buat sementara waktu bagi
siasatan lanjut dijalankan,’’ ujarnya ketika ditemui ditempat kejadian.

Menurut beliau, mayat dibawa ke HKL untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh
keluarga masing-masing.

2 maut, 2 cedera tangki gas meletup


BUTTERWORTH 28 Feb. - Dua pekerja kimpalan
terbunuh, dua lagi cedera termasuk seorang parah
apabila tangki berisi bahan kimia metanol di sebuah
kilang pengeluar bahan mentah kosmetik, Fatty
Chemical (M) Sdn. Bhd., di sini meletup pagi ini.

Semasa kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu,


keempat-empat mangsa sedang melakukan kerja-
kerja membaiki paip tangki di kilang tersebut yang
terletak di Kawasan Perindustrian Perai.
Zaily Md. Din... cedera.

Dua mangsa yang terbunuh ialah Yip Hock Teong,


41, dari Jalan New Ferry dan Ko Chin Nam, 39, dari Taman Limau Manis, Bukit
Tengah.

Sementara mangsa yang cedera ialah M. Gunasegaran, 45, dari Taiping, Perak
yang luka parah apabila 80 peratus badannya melecur dan Zaily Md. Din, 24, dari
Johor.

Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Seberang Jaya, di sini.

Difahamkan, kesemua mangsa merupakan pekerja sebuah syarikat kontraktor


luar iaitu Sankyu (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat dari Jepun yang
melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kilang tersebut.

Pengarah Urusan syarikat itu, Mikio Takagi dalam satu kenyataan akhbar berkata,
tidak ramai pekerja berada di kilang itu ketika kejadian kerana ia ditutup selama
sebulan mulai 18 Februari lepas hingga 19 Mac ini untuk kerja-kerja
penyelenggaraan tahunan.

Katanya, ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan, tangki berisi 30 meter


padu metanol yang terletak di bahagian belakang loji itu iaitu kira-kira 200 meter
dari pintu masuk utama meletup menyebabkan api menjulang tinggi.

``Api berjaya dipadamkan oleh skuad kecemasan loji kira-kira 20 minit selepas
letupan.
``Kami telah melaporkan kemalangan ini kepada pihak berkuasa berkenaan dan
situasi adalah terkawal,'' ujarnya sambil menambah bahawa punca kejadian
masih disiasat.

Sementara itu, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada sidang akhbar
selepas melawat kilang itu melahirkan perasaan sedih dengan kejadian itu dan
mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Menurutnya, beliau prihatin dengan kemalangan yang berlaku itu kerana kilang
tersebut merupakan pengeluar bahan asid lemak kelapa sawit dan gliserin yang
terbesar di dunia iaitu sebanyak 200,000 metrik tan setahun.

Ia merupakan bahan mentah yang digunakan untuk membuat barangan kosmetik


dan penjagaan diri seperti sabun mandi, bahan pencuci dan losen serta plastik.

``Kilang ini sentiasa mengamalkan standard keselamatan yang tinggi dan pihak
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan kerjasama pihak bomba
dan polis sedang menyiasat punca kejadian,'' ujarnya.

Menurutnya, kilang tersebut yang telah beroperasi selama 15 tahun merupakan


usaha sama antara Kao Jepun yang memiliki 70 peratus ekuiti manakala 30
peratus lagi dipegang oleh Kumpulan IOI Malaysia.

Dalam pada itu, jurucakap bomba berkata, sebanyak tiga jentera dengan 30
anggota termasuk sepasukan Unit Hazmat diketuai Penguasa Bomba Abdul
Manaf Che Isa dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.
AKTA 514

Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)


mengkehendaki majikan memberitahu pejabat Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan yang terdekat sebarang kemalangan, kejadian berbahaya,
keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang terjadi di tempat kerja. Akta
514 juga menyatakan bahawa setiap pengamal perubatan atau pegawai perubatan
yang merawat, atau dipanggil untuk melawat pesakit yang di percayai mengidap
penyakit pekerjaan atau keracunan pekerjaan untuk melaporkan perkara tersebut
kepada Ketua Pengarah. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan dan penyakit pekerjaan) 2004 [NADOPOD] mengadakan peruntukan
dan maklumat lanjut keatas kaedah memberitahu, prosedur dan proses yang
perlu diikuti oleh majikan dan pengamal perubatan bagi memenuhi kehendak
seksyen 32 Akta 514.

Tujuan utama melapor insiden-insiden yang dinyatakan dibawah seksyen


32 Akta 514 adalah bagi pihak berkuasa (JKKP) menentukan punca sebenar
insiden supaya tindakan pencegahan dapat diambil agar kejadian yang sama
tidak berulang di masa akan datang. Pada masa yang sama, data-data yang
dikumpul akan menjadi pengkalan data yang penting bagi JKKP untuk
menjalankan analisis dan menyediakan pelan strategik bagi mentadbir dan
menguatkuasakan undang-undang.

Merekod kemalangan dan keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan


adalah perlu untuk memastikan perlaksanaan dan pematuhan Akta. Rekod-rekod
juga akan dapat membantu majikan dan pekerja dalam mengenalpasti faktor-
faktor yang menyebabkan kemalangan, kecederaan, keracunan pekerjaan atau
penyakit pekerjaan di tempat kerja. Tambahan pula rekod-rekod ini akan
membantu pegawai keselamatan dan kesihatan dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka dalam menjalankan pemeriksaan di tempat kerja mereka.
KESIMPULAN

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994(akta 514) merupakan sebuah


pertubuhan yang bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran
keselamatan dikalangan pekerja dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-
langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan.Bagi memenuhi objektif dan
tujuan keselamatan dan kesihatan 1994(akta 514) ini,seseorang individu dan
pihak berkuasa perlu memainkan peranan penting bagi mengurangkan risiko
kemalangan seterusnya dapat mencegahnya.

Melihat kepada kelemahan di dalam sifat seseorang individu,kita dapat


simpulkan bahawa untuk mencegah dan mengurangkan kemalangan perlu ada
anjakan paradigma di dalam sifat individu itu.Daripada sifat negatif dan reaktif
berubah kepada sifat positif dan proaktif,seterusnya akan lahirlah budaya kerja
selamat yang bukan digerak oleh pihak tertentu tetapi lebih berpegang kepada
prinsip tanggungjawab sendiri.

You might also like