Professional Documents
Culture Documents
Muqadimah Ulum
1 2 jam -
Hadis
2 Al-Hadis 4 jam -
Hadis Sumber
3 kedua syariat 4 jam -
Islam
Pengalaman Pengajaran
Pengetahuan Kemahiran Pembelajaran
Secara umum Rasulullah saw melarang menuliskan hadits karena takut tercampur baur
Amr Bin Ash yang mempunyai catatan hadits dan dikenal sebagai “Shahifah Ash Shadiqah”
juga Jabir Bin Abdullah Al Anshary mempunyai catatan hadits yang dikenal sebagai
“Shahifah Jabir”
Pada ketika tertentu orang arab badawi ingin fatwa Nabi dituliskan, maka Nabi meluluskan
permintaannya untuk menuliskan hadits untuknya.
Para sahabat masih disibukkan dengan peperangan penaklukan kabilah-kabilah di seluruh
jazirah Arab.
Para sahabat yang belum faham tentang suatu hukum mereka saling bertanya kepada
hadits
Period Ketiga
Para sahabat besar telah berhijrah keluar dari Madinah.
“Tuliskan kepada aku hadith baginda rasulullah yang ada padamu dan
dari hadith riwayat oleh Amrah binti Abd rahman sebab aku takut
akan hilang dan hancurnya ilmu”
(riwayat Ad-Darimy).
Usaha Penulisan
perintah khalifah maka dikumpulkanlah hadith baik yang
dipunyai oleh beliau serta dari tabien wanita itu yang banyak
meriwayatkan dari ummul Mukminah Aisyah ra serta beliau (ibn
hazm) turut juga mengarahkan Ibn Syihab Az-Zuhri seorang
ulama besar Hijjaz (wafat 124 Hijrah) untuk membantu
pengumpulan hadith rasulullah salallahualaihiwasalam
setelah berlakunya zaman fitnah dan pembunuhan, lahirnya
Khawarij, Syiah dan beberapa puak sesat yang mendorong para
ulamak dan muslihin Islam memikirkan jalan untuk
menyelamatkan hadith baginda dengan mengumpulkan hadith
yang sahih dan memperkenalkan ilmu isnad atau disebut
mustalahah.
Kerana arahan pelaksanaan membukukan hadith itu dilaksanakan
oleh Ibn Syihab Az-Zuhri maka disebut bahawa beliaulah yang
pertama mengumpulkan hadith secara tersusun
Usaha diteruskan
Pada zaman khalifah Abbasiyah muncullah pula
golongan ulama seperti Ibn Juraij (150 H) yang
mengumpulkan hadith di Makkah
Abu Ishaq (151 H) dan Imam Malik (179 H) yang
mengumpulkan hadith di Madinah
Ar-Rabi ibn Syabih (160 H) , Hammad ibn
Salamah (176 H) yang mengumpulkan hadith di
Basrah
Sufyan As-Sauri (116) di Kufah
Al-Auzaie (156 H) yang mengumpulkan di Syam
Perkembangan
Manakala selain menumpukan pada usaha menghimpunkan hadith para
ulama’ juga mula meneliti hadith- hadith yang sampai kepada mereka dan
perawi-perawi yang meriwayatkan hadith
Mereka mula meneliti siapakah perawi hadith, keadaan dan sifat
peribadinya, kaedah menerima dan menyampaikan hadithnya, tarikh lahir
dan kematiannya, perawi yang meriwayatkan darinya dan yang
diriwayatkan olehnya dan pelbagai lagi demi menjaga kesahihan dan
kebenaran hadith itu dari kepalsuan.
Demikianlah terpeliharanya sunnah dan dijagai serta diwarisi ilmu ketelitian
hadith dan sunnah ini oleh para sahabat kepada tabien dan mereka iaitu
tabie seperti Said ibn Musayyib ra (93 H) , Amir ibn Syarhabil (104 H),
Muhammad ibn Sirin (110 H), Al-A’masy (148 H) sewaktu berlakunya fitnah
dan pembohongan serta dusta yang berganda kepada sunnah maka
berganda dan bergigih jugalah mereka dalam meneliti dan mengetatkan
syarat penerimaan hadith dan melakukan penelitian kepada perawi hadith
serta sanadnya.
Seterusnya….
Dari kalangan tabi’ tabien yang berguru kepada tabien seperti Ma’amar
ibn Rasyad (153 H), Syu’bah ibn Hajjaj (160 H), Sufyan As-Sauri (161H) ,
Malik Ibn Anas ( 179 H) mereka ini merupakan tabi tabien yang menjadi
pewaris dari tabien dan menulis serta meneliti ilmu jarah wal ta’dil serta
mengkaji hal ehwal rawi dan halnya serta menghukumkan mereka
dalam soal penerimaan hadith
Kemudian selepas berlalunya mereka maka datanglah generasi
Abdullah ibn Mubarak (181 H) , Yahya ibn said Al-Qathan (189 H) ,
Sufyan Ibn Uyainah (197 H) yang mewarisi ilmu dan menguasai sunnah
dari penipuan.
Kemudian muncul kurun ketiga iaitu zaman Abu Daud At-Thiyalisi
(204H) , Yazid ibn harun (206 H), Abd Razak ibn Humam ( 211 H), Abu
Asim Al-nabil ( 212 H), Yahya ibn Yahya naisaburi (226H) dan Abu
Walid At-Tiyalisi (271 H). Selepas zaman mereka ini maka lahirlah
zaman penulisan khusus dalam masalah ilmu rawi dan rijal serta
munculnya ilmu jarah wal ta’dil secara terperinci yang mengkhususkan
bahagian tertentu dalam ilmu rijal.
Kesimpulan
ilmu sunnah yang berkembang melalui perkembangan zaman dan
diwarisi oleh ulama sebelumnya kepada ulama selepasnya menjaga
keaslian sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam dengan berpandukan
kepada ilmu isnad dan riwayat yang dikenali sebagai ilmu rijal atau jarh
wal ta’dil yang semua ini dikumpulkan dalam ilmu yang disebut
mustalahah hadith
Demikianlah sehingga terputusnya mata rantai ilmu ini pada zaman
mutakhir ini apabila para ulama sudah tidak mengenal lagi riwayat yang
sahih dan dhaif dan mencampur adukkan di antara hadith yang sahih
dan tidak sahih dalam penulisan –penulisan mereka lalu membuat
istinbat hukum dan lahirlah fiqih yang pelbagai didasari ta’asub pada
mazhab dengan meninggalkan hadith dan sunnah yang sahih dan
berpegang kepada hadith dhaif, maudhu’ dan mungkar.
Sesungguhnya sunnah itu terpelihara sehingga ke hari ini dalam kitab-
kitab dan tulisan ulama terdahulu salaf soleh yang sampai kepada kita
melalui jalan riwayat dan dipelihara di dalam naskah-naskah maktutokh
(tulisan tangan) mereka dan disimpan di muzium-muzium dan
perpustakaan seluruh dunia
Peranan para ulama hadith masa kini dan
pelajar hadith
a) Mempelajari ilmu hadith dan memahiri kaedah para ulama
yang berbeza-beza dalam manhaj penerimaan riwayat, penulisan
hadith , penghukuman hadith, kaedah penyusunan hadith.
Sanad:
iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.
Isnad:
iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang
mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama
ertinya; keduanya adalah penting untuk
menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak
berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan
kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah
orang yang mau apa yang ia mau berkata."
Musannid:
iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan
isnadnya
Musnad:
iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya,
yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih.
Matan:
iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad
Riwayat:
iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada
seorang yang lain, dan orang yang memindahkan
disebut rawi.
Istikhraj dan Ikhraj:
iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan
mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu,
atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh
penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan:
Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu
oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam
Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya.
Muhaddis:
iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta
mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan
tentang 'adil dan kecacatannya.
Hafiz:
iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith
dengan isnadnya.
Hujjah:
iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith
dengan isnadnya.
Hakim:
iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan
urusannya hadith.
Pandangan Orientalis terhadap Hadis
Para orientalis dan misionaris Yahudi dan Kristian
telah menimbulkan kesan yang cukup besar. Melalui
tulisan-tulisan yang diterbitkan dan dibaca luas,
mereka telah berhasil mempengaruhi dan meracuni
pemikiran sebagian kalangan Umat Islam.
muncullah gerakan anti-hadis di India, Pakistan,
Mesir, dan Asia Tenggara. Pada 1906 sebuah gerakan
yang menamakan dirinya Ahl-Qur’an muncul di
bahagian barat Punjab, Lahore dan Amritsar.
Pimpinannya, Abdullah Chakrawali dan Khwaja
Ahmad Din, menolak hadits secara keseluruhan.