P. 1
Mengapa Malaysia Dibanjiri Oleh Pendatang Asing Terutama Dari Negara

Mengapa Malaysia Dibanjiri Oleh Pendatang Asing Terutama Dari Negara

|Views: 76|Likes:
Published by Joe Lozzoll

More info:

Published by: Joe Lozzoll on Dec 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/24/2011

pdf

text

original

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Sekapur Sireh. Saya bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinya saya telah diamanahkan untuk membuat tugasan bertaip Kajian Geografi Malaysia Oleh yang demikian saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada …………………..selaku pensyarah bagi tugasan ini kerana terlalu banyak tunjuk ajar yang diberikan, nasihat untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti sejajar dengan kehendak tugasan. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana tanpa kehadiran dan pertolongan beliau tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini, dan sudah tentu saya tidak akan berpeluang mempelajari sesuatu yang baru dalam kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu saya iaitu Pn Hjh Zaleha Bt Edar dan ahli keluarga yang telah banyak membantu saya dari segi keewangan dan tidak jemu-jemu memberi nasihat agar saya belajar dengan tekun dan bertindak sebagai tulang belakang saya. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalan usaha mengumpulkan bahan-bahan untuk tugasan ini,. Jasa kalian tidak terbalas oleh saya hanya Allah s.w.t sahaja yang membalasnya kelak. Sekalung penghargaan saya tujukan kepada Perpustakaan UPSI di atas segala bantuan yang telah dihulurkan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Kepada semua jasa kalian akan tetap dikenang. Tanpa kalian, mungkin kajian ini tidak sesempurna ini. Hanya tuhan yang membalasnya. Sekian terima kasih.

Yang Benar, …………………… ( ……………………………………..)

1

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Ojektif Kajian. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kepentingan negara Malaysia terhadap pendatang tanpa izin. Selain itu mencari keistimewaan Malaysia sehingga negara Malaysia di anggap lombong emas.

Kaedah kajian. Kajian ini merupakan tugasan individu dan tajuk adalah berbeza-beza setiap pelajar. . Oleh yang demikian kaedah yang dijalankan lebih secara individual. Kaedah yang saya jalankan adalah melalui rujukan buku dan pembacaan buku yang berkaitan. Perpustakaan adalah sumber rujukan utama saya. Walaubagaimana pun kaedah pertukaran atau perkongsian maklumat yang berkaitan antara saya dan rakan-rakan juga banyak meringankan beban saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu perbincangan dan pertukaran pendapat memberi kita lebih sumber pengetahuan dan secara tidak langsung dapat membuat perbandingan.

2

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Soalan :Mengapa Malaysia dibanjiri oleh pendatang asing terutama dari negara jiran ? Pengenalan. Malaysia sebuah negara membangun yang sedang dalam proses menuju negara maju semakin menjadi perhatian dunia masa kini. Tidak hairanlah jika dulu dunia tidak memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu berkembang dengan begitu pesat sekali. Hasil kesungguhan serta kewibawaan para pemimpin negara, nama Malaysia mula meniti di bibir setiap warga asing di serata dunia. Dengan kestabilan ekonomi serta keadaan negara yang aman serta makmur menjadi faktor kepada pendatang asing datang membanjiri Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Pelbagai kemungkinan yang menyebabkan pendatang asing membanjiri Malaysia terutama dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Myammar, Bangladesh serta negara-negara di Asia Barat. Pada tahun 1992 pula, dianggarkan terdapat 1.2 juta buruh asing yang bekerja di Malaysia. Ramai daripada mereka adalah pendatang yang tidak sah (haram) kerena mereka tidak memiliki dokumen perjalanan rasmi. Di bawah di senaraikan sumber anggaran penadatang asing yang membanjiri Malaysia.

3

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

JUMLAH PEKERJA ASING BERDAFTAR MENGIKUT NEGERI (Tidak termasuk pendatang haram) NEGERI JUMLAH PEKERJA ASING (ORANG) Johor 120,000 Sabah 102,873 Sarawak 88,000 Selangor 49,475 Pulau Pinang 23,708 Perak 20,000 Pahang 19,995 Kedah 15,118 Melaka 13,614 Negeri Sembilan 8,329 Perlis 6,100 Terengganu 4,323 Kelantan 707 Kuala Lumpur / Labuan (tidak diperolehi) Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia, 2000/2001

Jumlah pekerja pendatang asing yang membanjiri negara Malaysia di seleruh negeri di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa terlalu ramai pendatang asing di Malaysia. Dianggarkan hampir 1,000,000 pendatang asing yang berdaftar yang belum berdaftar tidak di ketahui.

4

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Faktor-faktor Malaysia dibanjiri oleh pendatang asing dari negara-negara jiran. Terdapar pelbagai kemungkinan atau pendorong utama mengapa Malaysia destinasi utama bagi warga pendatang asing datang membanjiri Malaysia. Antara faktor utama ialah faktor politik negara Malaysia itu sendiri. Keadaan politik yang stabil dan aman damai memberi gambaran jelas kepada pendatang asing Malaysia selamat untuk mereka tinggal. Jika politik berada dalam keadaan yang tidak selamat tentunya pendatang asing tidak membanjiri Malaysia. Walaupun Malaysia mempunyai kepelbagaian fahaman politik yang terdiri dari pada anggota kerajaan sendiri iaitu UMNO dan bukan kerajaan seperti PAS. KEADILAN , DAP dan sebagainya kepentingan negara dijadikan asas dalam kerajaan yang aman dan damai walaupun perbezaan fahaman politik.. Contoh di Indonesia dan Thailand faktor kekacauwan politik menyebabkan negara tersebut mundur dan menyebabkan banyaknya rakyat keluar dan menjadi pendatang asing kepada negara lain seperti Malaysia Faktor yang lain ialah faktor peluang pekerjaan di Malaysia. Peluang pekerjaan yang terlalu banyak memungkinkan kenapa pendatang asing tersebut datang membanjiri Malaysia. Keperluan yang tinggi dalam pelbagai sektor menyebabkan permintaan pekerja meningkat dan ini semestinya memerlukan ramai pekerja. Kekurangan buruh tempatan menyebabkan tenaga buruh asing diperlukan. Contohnya dalam bidang pembinaan dan perkilangan tenaga tempatan amat kurang dan memerlukan tenaga pendatang asing. Seperti kilang Sony di Prai, Pulau Pinang tenaga asing sama banyak dengan tenaga buruh tempatan begitu juga dalam sektor pembinaan. Jadual 1 di bawah menerangkan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pendatang asing di bumi Malaysia.

5

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Jadual 1 Pendatang Tanpa Izin Berdasarkan Negara Asal dan Jenis Pekerjaan di Malaysia Jenis Pekerjaan Bil 1 1. 2. 3. 4. 5. P.Rumah Negara Asal ASIA TENGGARA INDONESIA NEGARA THAI MYANMAR FILIPINA SINGAPURA 39,087 3,563 99 117 Pertanian 88,681 14,029 500 5 Pembinaan 182,137 4,926 8,790 289 2 Jumlah Bilangan 342,226 309.905 22,518 9,389 411 2 Peratus 91.93 83.24 6.05 2.52

Sumber : Jabatan Imigrasi Malaysia, 1 Julai 1992. Negara Indonesia paling banyak bilangan penadatang asing yang berkerja di Malaysia. Ini mungkin disebabkan kekacuan di negara sendiri dan sebab tertentu.

Faktor yang seterusnya ialah faktor ekonomi. Keadaan ekonomi negara Malaysia yang semakin berkembang pesat menjadi faktor utama kemasukan pendatang asing ke Malaysia. Hal ini kerana tahap kekuatan ekonomi akan menjamin kehidupan mereka selesa dan sempurna. Pendatang asing dapat bekerja dengan bersungguhsungguh kerana tidak perlu risau akan masalah gaji dan sebagainya. Ini amat penting kerana jika ekomoni teruk pastinya urusan yang melibatkan wang akan tergendala dan pastinya berlaku kegiatan yang tidak sihat akan seperti rusuhan dan sebagainya. Di negara jiran kebanjiran pendatang asing kurang berlaku kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil seperti yang dialami di negara Filiphina, Kemboja, Indonesia dan sebilangan negara di dunia. .

Faktor yang seterusnya ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran boleh juga dianggap penyebab utama kerana faktor ini dijadikan sumber rujukan oleh 6

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

pendatang asing yang datang ke Malaysia. Perkhabaran dari teman-teman yang pernah tinggal di Malaysia mungkin menjadi faktor persekitaran utama. Keadaan sekeliling dan masyarakat yang berbilang kaum serta keramahan rakyat Malaysia menjadikan Malaysia sebuah negara yang sempurna untuk didiami disamping kemakmuran serta kemewahan Malaysia. Perkhabaran rakyat asing yang mendapat pemaustatin tetap negara ini serta keadaan persekitaran yang sempurna sememangnya menarik minat pendatang asing datang membanjiri Malaysia dan tidak hairanlah mengapa Malaysia menjadi destinasi utama bagi pendatang asing berhijrah. Faktor yang seterusnya ialah faktor keselamatan . Kebanjiran pendatang asing disebabkan faktor keselamatan kerana mereka mempunyai wakil negara iaitu Duta Besar ke negara Malaysia serta Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia. Jika keselamatan di ancam mereka boleh melaporkan kepada duta masing-masing. Ini menjadikan mereka boleh berkerja tanpa penindasan oleh majikan. Kepentingan keselamatan yang dititik beratkan oleh Kerajaan Malaysia menjadi faktor utama kebanjiran pendatang asing. Undang-undang negara yang tidak memberi sebarang perlindungan kepada pesalah meyakinkan lagi keselamatan pendatang asing terjamin di Malaysia. Kekuatan keselamatan negara yang di terajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), serta anggota keselamatan yang lain. Contohnya keselamatan pendatang asing yang berkerja di Malaysia akan dibela sewajarnya seperti mana majikan menyeksa pekerja dari Indonesia iaitu Nirmala Bonat. Majikan Nirmala sedang dalam proses dijatuhkan hukuman oleh makamah. Faktor inilah yang menjadikan pendatang asing membanjiri Malaysia kerana kebajikan mereka akan terpelihara.

Faktor yang seterusnya ialah faktor migran warga asing itu sendiri. Dengan mendapat pelbagai gambaran dari para pendatang sebelumnya di Malaysia ia terbukti mampu mengangkat ekonomi keluarga mereka di kampung sendiri. Keadaan ini

7

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

sememangnya menarik minat pendudukIndonesia datang berhijrah ke bumi bertuah iaitu Malaysia kerana peluang pekerjaan dan gaji yang lumayan. Selain itu gelombang kebanjiran pendatang asing juga disebabkan ketidak-samarataan proses perindutrian di negara-negara ASEAN yang menimbulkan mobilasi tenaga pekerja wilayah tenggara ini. Dengan itu munculnya negara yang memerlukan tenaga pekerja bagi tujuan pembangunan insfrastruktur sebagai syarat perindustrian. Kesanya penghijrahan pendatang asing ke Malaysia.

Kesimpulanya

Secara kesimpulanya kebanjiran pendatang asing ke bumi Malaysia sememangnya telah berjaya menaikkan tahap perindustrian. Walau bagaimanapun kebanjiran pendatang asing telah banyak mendatangkan gejala yang tidak sihat khususnya keamanaan Malaysia. Banyak kes-kes jenayah dilaporkan yang melibatkan pendatang asing khususnya dalam kes-kes yang berat seperti membunuh, merompak dan pengedaran dadah. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah berkerjasama agar dapat menyekat kebanjiran pendatang asing ke Malaysia. Pihak yang terbabit perlulah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Ini bertujuan agar keamanan Malaysia terus terpelihara walaupun dengan kebanjiran pendatang asing.

Bibliografi :

8

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Rujukan Buku. A. Samad Ismail. Ogos 1992. Dewan Budaya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Cheng Ngai Weng 1993. Pengantar Geogarafi. Dewan Bahasa Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Nurashikin Abdullah dan Rusly Musa 2002. Geogarafi. Penerbit Pearson Malaysia Sdn Bhd. Longman Pramoedya Ananta Toer, Pengantar buku Greg Pougrain: The Genesis Of Malaysia Konfrontasi Brunei and Indonesia 1945-1965. Rujukan Internet: http:// www.bkn.gov.my/buletin http://www.brunet.bn/news/pelita/27mac/kanhal.htm.

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->