You are on page 1of 5

Kolaj dan mozek

A-Kolaj
Kolaj bermaksud menyusun dan melekatkan bahan-bahan seperti kertas, tali,
perca kain dan bahan-bahan kutipan dan digunakan dengan menggunakan gam
untuk menghasilkan sebuah gubahan. Bahan yang biasa digunakan ialah
carikan kertas berwarna, keratan akhbar, kepingan besi, perca kain dan
kepingan-kepingan nipis yang lain. Perkataan kolaj adalah berasal dari bahasa
Perancis iaitu coller yang bermaksud gam.

Teknik-teknik kolaj

1 Teknik koyak dan potong kertas.

Teknik ini menggunakan kertas sama ada digunting atau dipotongkan kertas dalam
pelbagai bentuk yang dikehendaki, kemudian digamkan di atas permukaan kertas atau
di papan. Kertas yang dikoyak atau dipotong dicantumkan untuk menimbulkan satu
gubahan yang menarik.
2 Teknik kolaj fabrik.
Teknik ini sama seperti teknik koyak dan potong kertas, bezanya ialah menggunakan
perca kain atau benang. Perca kain yang berbagai corak sungguh cantik apabila
digamkan menjadi satu gubahan kolaj.
3 Teknik kolaj asemblaj atau kolaj timbulan.
Teknik ini menggunakan bahan-bahan lembut dan keras untuk digamkan menjadi satu
gubahan. Bahan-bahan seperti papan,zink, polistrin dan sebagainya apabila digamkan
menjadi satu gubahan kolaj asemblaj atau kolaj timbulan.
4 Teknik kolaj Fotomontaj

Teknik ini sama juga seperti teknik koyak dan potong kertas, bezanya teknik ini
mengambil gambar-gambar yang mempunyai kaitan antara satu sama lain untuk
dipotong dan digamkan menjadi sebuah gubahan kolaj.

B-Mozek

Mozek adalah hasil susunan rupa yang sama dalam bentuk ulangan
tertentu.Mozek boleh menggunakan teknik potong dan tampal. Motif corak boleh
dipilih berdasarkan imej-imej seperti benda alam, huruf atau angka dan bentuk
geometri. Garisan grid amat penting untuk menghasilkan corak yang menarik, kemas
dan indah. Garisan grid digunakan pada peringkat awal untuk menghasilkan corak
berulang .

Mozek dilakukan dengan menggunakan pelbagai alatan dan bahan. Antara bahan dan
alatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan mozek ialah kertas lukisan, kertas
warna / kad warna, gam, pensel dan gunting. Contoh untuk menghasilan mozek
bermotifkan rama-rama adalah seperti berikut:

1 Lakarkan gambar rama-rama yang besar pada kertas lukisan dengan


menggunakan pensel
2 Sediakan kepingan-kepingan kecil kertas warna ataupun kad warna
3 Mulakan proses melekat pada bahagian kepak rama-rama.Susun bagaimana
lantai jubin disusun
4 Ulangi melekat kertas warna hingga terbentuk seekor rama-rama yang cantik

Mozek bebas

Mozek bergambar

Kolaj Bahan Semula


jadi

Kolaj campuran
(Kertas dan Bahan
Semulajadi)
Kolaj Daripada Kertas

Penjelasan tujuan dan fungsi objek dan karya seni.

Secara umumnya, tujuan pendidikan seni visual di sekolah rendah


adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja pemikiran
mereka melaui seni. Malah kita tahu bahawa kanak – kanak dilahirkan
penuh
dengan sifat yang dinamik dan ingin berkembang mengikut proses
tumbesaran
mereka. Malah kita juga tahu bahawa tahap perkembangan kanak – kanak
adalah berbeza – beza.

Merujuk kepada Modul OUM HBAE1203 Perkembangan Seni dan


Kanak
– Kanak (2007), penglibatan kanak – kanak di dalam aktiviti seni visual
berupaya
memberikan ransangan dan pembangunan dari pelbagai aspek.
Pembangunan
tahap kreativiti kanak – kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa
sensiviti kanak – kanak terhadap sekelilingnya. Ianya dinilai dan dilihat
daripada
aspek kognitif, fizikal, kraetiviti, persepsi dan aspek sosial dan emosi.

Setelah kita ketahui antara tujuan pendidikan seni visual di sekolah


rendah, maka sekara kita lihat pula tujuan dan fungsi kolaj kepada pelajar di
sekolah. Kolaj ada termasuk di dalam kumpulan seni halus. Tujuan
penghasilan
kolaj kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada
pelajar
menjana idea mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak
membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak apa dan
bahan apa yang perlu digunakan dan teknik yang sesuai dan menarik.

Seterusnya kita lihat daru sudut fizikal pula. Kolaj melatih pelajar dari
segi
psikomotor mereka terutama motor – tangan mereka. Ini kerana mereka akan
menggunting kertas – kertas warna kepada bentuk kecil kecil. Kemahiran
menampal dan menjahit juga membantu pelajar meningkatkan kemahiran
psikomotor mereka.
Di lihat dari aspek kreativiti pula, kolaj banyak membantu pelajar
mencipta
dan mencetuskan idea mereka masing – masing. Kebebasan menggambarkan
kolaj mereka sedikit sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka

You might also like