You are on page 1of 4

Teknik-teknik

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah melalui program KMK antara alat-alat dan teknik-teknik
yang digunakan adalah seperti:

(a)Percambahan fikiran (brainstorming)


(b)Analisis sebab akibat (course and effect analysis)
(c)Pengumpulan Data
(d)Graf
(e)Analisis Pareto

Ahli-ahli KMK boleh menggunakan berbagai-bagai teknik dalam proses penyelesaian masalah.
Teknik-teknik yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

a. Percambahan Fikiran (Brainstorming);

Percambahan fikiran boleh ditafsirkan sebagai kaedah yang digunakan bagi menggalakkan tiap-
tiap individu dalam Kumpulan mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing dalam sesuatu
perbincangan secara bebas.

Proses percambahan fikiran boleh digunakan untuk menyenaraikan masalah-masalah yang


dihadapi oleh sesebuah organisasi, sebab-sebab sesuatu masalah timbul atau akibat-akibat yang
mungkin akan timbul sekiranya sesuatu cadangan dilaksanakan.

Untuk menentukan kejayaan proses ini, adalah penting bagi setiap Kumpulan mengikut
peraturan-peraturan berikut:

i. Perkara untuk percambahan fikiran adalah jelas dan tepat. Contohnya, ahli-ahli berbincang
untuk mengenalpasti punca atau sebab-sebab tugas tidak dapat diselesaikan mengikut jadual.

ii. Tiap-tiap ahli hanya akan memberi satu pendapat/idea sahaja dalam satu giliran tidak kira
berapa banyak idea yang ada padanya.

iii. Suasana yang tidak tegang sentiasa diwujudkan untuk menggalakkan pengeluaran idea.

iv. Tiap-tiap idea yang diberikan hendaklah dicatatkan sama ada diatas papan hitam/putih atau
carta selak atau dicatatkan oleh seorang setiausaha.

v. Apabila sesi percambahan fikiran selesai iaitu semua idea telah diberikan, idea-idea ini akan
dikaji satu persatu dan disenarai pendekkan.

vi. Teknik undian digunakan untuk menyenaraikan idea-idea yang telah dikemukakan mengikut
keutamaan. Keutamaan ini adalah dibuat berdasarkan jumlah undian bagi setiap idea.
TEKNIK PERCAMBAHAN FIKIRAN
(BRAINSTORMING)

TAFSIRAN

1.‘Brainstorming’ atau Percambahan Fikiran boleh ditafsirkan sebagai kaedah yang digunakan
bagi menggalakkan tiap-tian seorang individu di dalam kumpulan mengeluarkan pendapat atau
idea masing-masing di dalam sesuatu perbincangan.

2.Ianya adalah lebih berkesan dari hanya mendapat pendapat dari seorang individu sahaja.

PROSES
1.Sebelum memulakan ‘brainstorming’ adalah penting untuk ditentukan apakah topik yang
hendak dibincangkan. Dalam hal ini ahli-ahli adalah diminta untuk menentukan apakah masalah-
masalah yang ada kaitan dengan kerja ataupun masalah-masalah yang terdapat di tempat kerja.

2.Walau bagaimanapun adalah penting untuk ditentukan dengan tepat dan jelas topik yang akan
di bincangkan.

3.Teknik akan lebih berkesan jika ianya dilakukan dengan tertib dan mengikut peraturan-
peraturan yang tertentu. Ketua kumpulan atau pengerusi akan memberi taklimat atau panduan
kepada ahli-ahli sebelum sesi dimulakan. Tiap-tiap ahli, secara bergilir-gilir akan diminta
mengeluarkan pendapat. Ini dilakukan sehingga tidak ada lagi pendapat yang hendak diutarakan.
Tentukan masa yang akan diambil untuk bercambah fikiran misalnya 15 minit.

4.Tiap-tiap ahli hanya akan memberi satu sahaja pendapat/idea dalam satu pusingan tidak kira
berapa banyak idea yang ada padanya.

5.Proses ini diulang untuk mendapat seberapa banyak idea yang boleh

6.Jika ada diantara ahli yang tidak mempunyai idea apabila sampai kepada pusingannya, ianya
akan berkata “Pass”.

7.Tidak ada idea yang akan dianggap sebagai pendapat “bod*h”. Mengkritik dan merendahkan
pendapat seseorang akan membunuh kreativiti ahli-ahli. Bagi setengah ahli, mungkin ini kali
pertama mereka bercakap dalam ‘courage’ untuk memulakannya. Banyak bersabar. Berilah
galakan dan mendengar dengan penuh minat terhadap idea-idea mereka akan memberangsang
dan menggalakkan mereka.

8.Keadaan yang tidak formal yang diselitkan dengan senda gurau yang berpatutan akan
menggalakkan aktiviti yang “inovatif.”
9.Setelah panduan-panduan dan peraturan diberi kepada semua ahli, sesi percambahan fikiran
bolehlah dimulakan.

10.Ketua kumpulan akan menggunakan kepintarannya untuk memendekkan/menyimpulkan idea


yang panjang/meleret tetapi mestilah dipersetujui oleh ahli yang memberi pendapat.

11.Semasa percambahan fikiran penilaian kepada pendapat/idea tidak boleh dilakukan oleh ahli-
ahli termasuk pengerusi. Bukan sahaja komen yang negatif malahan komen seperti ‘itu pendapat
yang baik’ juga tidak boleh digalakkan. “No comment please!!”. Penilaian awal akan
menghalang kreativiti.

12.Tiap-tiap idea yang diberikan hendaklah dicatatkan sama ada diatas papan hitam/putih atau
‘flip-chart’ atau dicatatkan oleh seorang setiausaha.

13.Apabila sesi percambahan fikiran selesai iaitu semua idea telah diberikan, idea-idea akan
dikaji satu persatu dan di senarai pendekkan.

UNDI
1.Untuk menjimatkan masa, teknik undian yang mudah akan digunakan. Tiap-tiap ahli akan
mengundi bagi tiap-tiap idea yang telah disenaraikan. Mereka boleh mengundi seberapa banyak
idea yang disukai yang mengandung nilai. Hanya undi menyokong saja yang dikira. Tidak ada
ahli yang diminta untuk mengundi menentang sebarang idea. Idea-idea yang mendapat undian
yang banyak akan ditandakan dan disusun semual mengikut jumlah undi atau ditandakan saja
angka bilangan seperti 1, 2, 3 dan seterusnya.

2.Jika difikirkan perlu, sebelum undian dijalankan, perbincangan menyokong atau tidak
menyokong sesuatu idea boleh lah diadakan.

CONTOH-CONTOH TOPIK
Contoh-contoh bagi topik percambahan fikiran bagi KMK seperti berikut:

(i)Bagi kumpulan yang baru, nama kumpulan, tata kelakuan ahli-ahli (code of conduct), objektif
kumpulan merupakan perkara dibincangkan di peringkat awal.

(ii)Masalah-masalah yang ada kaitan dengan kerja seperti mutu kerja, kos, tempat kerja,
kelicinan kerja, perkhidmatan kepada orang ramai dan lain-lain.

MESYUARAT
1.Ahli-ahli dikehendaki mengenal pasti masalah-masalah di dalam bidang kerja dan keahlian
masing-masing. Tiap-tiap pasukan akan menyediakan senarai masalah-masalah.
2.Setelah sebab-sebab masalah berlaku dikenal pastikan, ahli-ahli bolehlah mengambil bahagian
dalam percambahan fikiran.

3.Agenda mesyuarat hendaklah diedarkan kepada  ahli-ahli lebih awal supaya ahli-ahli
berpeluang untuk meneliti topik-topik yang akan dibincangkan dan akan menyediakan diri
dengan idea-idea apabila mesyuarat dijalankan.

4.Galakkan ahli-ahli mengeluarkan idea berpandu kepada soalan-soalan Apa, mengapa, bila, di
mana, siapa dan bagaimana.

ALAT-ALAT
i.Kertas yang besar hendaklah digunakan supaya tulisan senang dibaca oleh ahli-ahli dan ianya
boleh digunakan kemudian untuk persembahan pengurusan (management presentation).

ii.Overheat projektor dan transparensi


iii.Papan putih/hitam
iv.Markers/kapur/pemadam
v.Langkah

5.Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas sesi percambahan fikiran
diringkaskan seperti berikut:
i).Jelas peraturan-peraturan atau panduan-panduan kepada semua ahli-ahli
ii)Menyenarai idea-idea
iii)Undian
iv)Pemilihan
v)Menganalisis
vi)Membuat keputusan/ penyelesaian.

You might also like