You are on page 1of 2

Bahagian B Karangan Bahan Ransangan

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda tidak
boleh melebihi 120 patah perkataan.

PENJAGAAN KESIHATAN

Pendahuluan:
a. Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam
kehidupan manusia.
b. Jadi, kita memainkan peranan yang penting dalam usaha ,menjaga kesihatan
tubuh badan.
Isi 1
a. Dalam konteks ini, langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga
kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang
pada setiap hari.
b. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan,
daging, buah-buahan, dan sebagainya dapat menjamin kesihatan.
c. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi
kandungan gulanya seharusnya dihindari.

Isi 2
a. Selain itu, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan.
b. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin menjalankan aktiviti-
aktiviti rekreasi serta bersukan, maka semua otot kita akan bergerak dan hal ini
membolehkannya berfungsi dengan baik.
c. Kita sekurang-kurangnya harus melakukan senaman tiga kali seminggu dan 20
minit setiap sesi.

Isi 3
a. Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang
adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
b. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain
berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil.
c. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja
mereka dengan baik, malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit.
d. Oleh itu kita disarankan memperuntukkan masa selama lapan jam sehari untuk
berehat dan tidur.

Penutup
a. Sebagai rumusan, langkah - langkah menjaga kesihatan perlu diimplementasikan
oleh setiap orang seperti kata pepatah “Mencegah Lebih Baik daripada
Merawat”.
b. Selain itu, kerajaan harus menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan kepada
rakyat.
c. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan
kemakmuran negara selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”.

(280 patah perkataan)

You might also like