You are on page 1of 2

Sejarah Perkembangan Qawaidul 

Fiqhiyah
Sejarah perkembangan dan penyusunan Qawaidul Fiqhiyah diklarifikasikan menjadi 3fasa
iaitu :

1. Faspertumbuhan dan pembentukan

Masa pertumbuhan dan pembentukan berlangsung selama tiga abad lebih. Dari zaman
kerasulan hingga abad ke-3 hijrah. Zaman ini dari segi fasa sejarahh hukum Islam, dapat
dibahagi menjadi tiga zaman Nabi muhammad SAW, yang berlangsung selama 22 tahun lebih
(610-632 H / 12 SH-10 H), dan zaman tabi’in serta tabi’ tabi’in yang berlangsung selama 250
tahun (724-974 M / 100-351 H). Tahun 351 H / 1974 M, dianggap sebagai zaman kejumudan,
kerana tidak ada lagi ulama pendiri mazhab. Ulama pendiri mazhab terakhir adalah Ibn Jarir
al-Thabari (310 H / 734 M), yang mendirikan mazhab jaririyah.

Dengan demikian, ketika fiqh telah mencapai puncak kejayaan, kaedah fiqh baru dibentuk.
Ciri-ciri kaedah fiqh yang dominan adalah Jawami al-Kalim (kalimah ringkas tapi cakupan
maknanya sangat luas). Atas dasar ciri dominan tersebut, ulama menetapkan bahwa hadis
yang mempunyai ciri-ciri tersebut dapat dijadikan kaedah fiqh. Oleh kerana itulah tempoh
sejarah kaedah fiqh dimulai sejak zaman Nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi Muhammad SAW, Jawami al-Kalim dapat ditinjau dari dua segi, iaitu :

 Segi sumber : Ia adalah hadis, oleh kerana itu, ia menjadi dalil hukum Islam yang
tidak mengandung al-Mustasnayat
 Segi cakupan makna dan bentuk kalimah : Ia dikatakan sebagai kaedah fiqh kerana
kalimahnya ringkas, tapi cakupan maknanya luas.

Beberapa sabda Nabi Muhammad SAW yang dianggap sebagai kaedah fiqh, iaitu :

”pajak itu disertai imbalan jaminan”

”Tidak boleh menyulitkan (orang lain) dan tidak boleh dipersulitkan (oleh orang lain)”

Demikian beberapa sabda Nabi Muhammad SAW, yang dianggap sebagai kaedah fiqh.
Generasi berikutnya adalah generasi sahabat, sahabat berjasa dalam ilmu kaedah fiqh, kerana
turut serta membentuk kaedah fiqh. Para sahabat dapat membentuk kaedah fiqh karena dua
keutamaan, iaitu mereka adalah murid Rasulullah SAW dan mereka tahu situasi yang menjadi
turunnya wahyu dan terkadang wahyu turun berkenaan dengan mereka.

Generasi berikutnya adalah tabi’in dan tabi’ tabi’in selama 250 tahun. Diantara ulama yang
mengembangkan kaedah fiqh pada generasi tabi’in adalah Abu Yusuf Ya’kub ibn Ibrahim
(113-182), dengan karyanya yang terkenal kitab Al-Kharaj, kaedah-kaedah yang disusun
adalah :
”Harta setiap yang meninggal yang tidak memiliki ahli waris diserahkan ke Bait al- mal”

Kaedah tersebut berkenaan dengan pembahagian harta pusaka Baitulmal sebagai salah satu
lembaga ekonomi umat Islam dapat menerima harta peninggalan apabila yang meninggal
dunia tidak memiliki ahli waris.

Ulama berikutnya yang mengembangkan kaedah fiqh adalah Imam Asy-Syafi’i, yang hidup
pada fasa kedua abad kedua hijrah (150-204 H), salah satu kaedah yang dibentuknya, iaitu :

”Sesuatu yang dibolehkan dalah keadaan terpaksa adalah tidak diperbolehkan ketika tidak
terpaksa”

Ulama berikutnya iaitu Imam Ahmad bin Hanbal (W. 241 H), diantara kaedah yang dibangun
oleh Imam Ahmad bin Hanbal, iaitu :

”Setiap yang dibolehkan untuk dijual, maka dibolehkan untuk dihibahkan dan digadaikan”

2. Fasa perkembangan dan kodifikasi

Dalah sejarah hukum Islam, abad IV H, dikenal sebagai zaman taqlid. Pada zaman ini,
sebagian besar ulama melakukan tarjih (penguatan-penguatan) pendapat imam mazhabnya
masing-masing. Usaha kodifikasi kaedah-kaedah fiqhiyah bertujuan agar kaedah-kaedah itu
bisa berguna bagi perkembangan ilmu fiqh pada masa-masa berikutnya.

Pada abad VIII H, dikenal sebagai zaman keemasan dalam kodifikasi kaedah fiqh, kerana
perkembangan kodifikasi kaedah fiqh begitu pesat. Buku-buku kaedah fiqh terpenting dan
termasyhur abad ini adalah :

 Al-Asybah wa al-Nazha’ir, karya ibn wakil al-Syafi’i (W. 716 H)


 Kitab al-Qawaid, karya al-Maqarri al-maliki (W. 750 H)
 Al-Majmu’ al-Mudzhab fi Dhabh Qawaid al-Mazhab, karya al-Ala’i al-Syafi’i (W.
761 H)
 Al-Qawaid fi al-Fiqh, karya ibn rajab al-Hambali (W. 795 H)

3. Fasa kematangan dan penyempurnaan

Abad X H dianggap sebagai tempoh kesempurnaan kaedah fiqh, meskipun demikian tidak
bererti tidak ada lagi perbaikan-perbaikan kaedah fiqh pada zaman sesudahnya. Salah satu
kaedah yang disempurnakan di abad XIII H adalah

“seseorang tidak dibolehkan mengelola harta orang lain, kecuali ada izin dari pemiliknya”

Kaedah tersebut disempurnakan dengan mengubah kata-kata idznih menjadi idzn. Oleh kerana
itu kaedah fiqh tersebut adalah :

“seseorang tidak diperbolehkan mengelola harta orang lain tanpa izin”

You might also like