You are on page 1of 2

Nama:Thavakumaran a/l Jeyananthan

Kelas:1 Ixora

Demam Denggi dan Cara Pencegahannya

Demam denggi adalah sejenis virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk
betina (aegypti aedes dan aibopictus aedes).Demam denggi terdapat di hutan-
hutan tropika dan bukan tropika di benua dan biasanya bilangan nyamuk akan
meningkat pada bulan yang panas dan lembap.Demam denggi bukan penyakit
baharu.Demam denggi telah diketahui beberapa abad dahulu.Baru–baru
ini,demam denggi telah menjadi penyakit yang membimbangkan kesihatan
manusia di seluruh dunia.

Demam denggi dinamakan “breakbone fever”kerana pesakit damam


denggi selalu mengalami kesakitan di bahagian otot-otot dan tulang.Demam
denggi berterusan selama 7 hari.Walau bagimanapun,langkah-langkah
keselamatan perlu diamalkan selepas sembuh daripada demam
denggi.Penyakit demam denggi boleh menyebabkan seseorang menemui ajal
walaupun seseorang itu masih muda.

Untuk mencegah daripada merebaknya penyakit ini,terdapat beberapa


cara berkesan yang dapat dijalankan demi menylamatkan orang ramai
daripada maut.Cara pertama ialah dengan memelihara kebersihan alam sekitar
dan mengurangkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.hal ini,dapat
dilakukan dengan memusnakan bekas-bekas dan botol-botol kosong,tayar
buruk dan tempurung.Selain itu,pasu bunga,tempayan,buyung,dan kolam
harus sentiasa dibersihkan.Air yang telah lama bertakung seperti bekas
perangkap semut harus ditukarkan atau dibubuh ubat jentik-
jentik.penambahan garam atau minyak tanah ke dalam perangkap semut juga
dapat mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Langkah seterusnya,pihak Kementerian Kesihatan harus sentiasa


menghantar pegawai-pegawainya memeriksa setiap isi rumah bagi
memastikan tiada tempat-tempat berpotensi bagi pembiakan nyamuk
aedes.Para penghuni juga harus diingatkan menjaga kebersihan kawasan
sekitar rumah mereka.
Di kawasan-kawasan yang telah belakunya wabak penyakit denggi
ini,pegawai-pegawai kesihatan akan menyembur ubat atau asap pembunuh
nyamuk ini.Langkah kawalan biologi adalah lebih baik daripada penggunaan
ubat pembunuh nyamuk.Dalam hal ini,ikan-ikan kecil seperti tilapia akan
dapat membunuh semua jentik-jentik nyamuk aedes dalam masa seminggu.]

Akhir sekali,cara memberi pendidikan kesedaran melalui media massa


dapat menyedarkan masyrakat umum tentang bahayanya penyakit-penyakit

You might also like