You are on page 1of 34

Kod Kursus: BPMN 3023

Nama Kursus: Pengurusan Strategik

1.0 PROFIL SYARIKAT TM

 Ringkasan Eksekutif

Telekom Malaysia Berhad merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan


kedua terbesar di Asia Tenggara. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan
rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran
komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan
menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.

TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang
menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. TMNet juga merupakan satu-satunya
penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini (menurut pengenalan Telekom
Malaysia Berhad petikan ayat http://ms.wikipedia.org/wiki/Telekom_Malaysia).

Visi TM adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan penumpuan ke arah
menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang
berkepentingan dalam Syarikat.

Kesimpulannya ialah TM akan terus menjangkaui dan mendekati kepada lebih ramai
insan, bukan sahaja demi meningkatkan kehidupan individu, malah juga kemajuan negara
(menurut About TM petikan ayat www.tm.com.my/about-tm/pdf/annual-
reports/TMAR06BM.pdf).

 Latar belakang Telekom Malaysia Berhad

Telekom Malaysia Berhad merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan


kedua terbesar di Asia Tenggara di mana ia memegang hak monopoli untuk penyediaan
rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran
komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan
menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri iaitu dikenali sebagai
TMTouch.

1 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
Syarikat ini juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM
Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar
disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx.

Oleh sebab syarikat ini hampir memonopoli kesemua perkhidmatan perhubungan


pengguna akhir, TMNet juga merupakan satu-satunya penyumbang jalur lebar DSL
broadband di negara ini. Meskipun ia mempunyai ramai pelanggan, TM Net menghadapi
kritikan pengguna yang amat lantang, terutamanya aduan mengenai perkhidmatan kurang
memuaskan dan pengurusan pelanggan yang tidak tentu arah (menurut pengenalan
Telekom Malaysia Berhad petikan ayat
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telekom_Malaysia).

Subsidari luar negara Telekom Malaysia Berhad ialah seperti berikut:


 MobileOne (Singapura)
 XL (Indonesia)
 Dialog Telekom (Sri Lanka)
 Aktel (Bangladesh)
 Multinet Pakistan
 Cambodia Samart Communication Co. Ltd.
 Spice Telecom (India)

Dari awal penubuhannya sebagai Jabatan Telekomunikasi Malaya pada tahun 1946 dan
pengkorporatannya pada tahun 1987, syarikat ini merupakan penawaran awam yang
pertama tersenarai di Bursa Securities pada tahun 1990 dan identiti jenama barunya pada
tahun 2005 juga telah menyebabkan TM muncul sebagai pembekal penyelesaian
telekomunikasi bersepadu yang terbesar di Malaysia dan salah satu daripada peneraju
Syarikat Telekomunikasi di Asia biarpun beroperasi dalam persekitaran yang sangat
kompetitif.

Selain itu, TM juga telah berjaya mencapai kejayaan dan perkembangan yang sangat
membanggakan. Dengan tenaga kerja kumpulan seramai lebih 36,000 orang pekerja serta
operasi dan kepentingan di 13 buah Negara di Asia dan serata dunia fokus TM adalah
memberi nilai yang terbaik kepada pelanggannya

2 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
dan menjadi peneraju di dalam pasaran yang diterokainya. TM juga berusaha
menawarkan produk dan perkhidmatan yang berteraskan pelanggan di mana fokus
kumpulan adalah untuk mencapai pertumbuhan yang berkekalan di persekitaran tempatan
dan juga antarabangsa.

Pada bulan Ogos 2006, TM telah melaksanakan fasa kedua penstrukturan semula untuk
struktur korporatnya yang mana ia menyaksikan penubuhan sebuah Unit Perniagaan
Strategik iaitu Malaysia Business bagi menyepadukan semua perkhidmatan talian tetap
tempatan dan menyelaraskan perniagaan-perniagaan
dengan satu agenda yang sama.

Dengan penyertaan TM Retail, TM Wholesale dan TM Net Sdn Bhd, fokus Malaysia
Business adalah talian tetap dan data TM, serta perniagaan multimedia
dan internet. Pada 31 Disember 2006, pelanggan perkhidmatan talian tetap TM berjumlah
7.5 juta yang merangkumi talian tetap, Internet dan Multimedia.

Celcom (Malaysia) Berhad, subsidiari mudah alih TM ialah antara peneraju pembekal
komunikasi mudah alih di Malaysia. Celcom telah menempa nama di dalam pasaran
melalui produk dan perkhidmatannya yang telah meningkatkan piawaian komunikasi
mudah alih di dalam negara.

Celcom merupakan pengendali mudah alih yang pertama di Malaysia yang melancarkan
perkhidmatan 3G secara komersil. Syarikat ini terus menjadi pemain yang kompetitif
dengan penawaran produk dan perkhidmatan yang berinovasi kepada pelanggan. Hasil
kerjasamanya dengan Vodafone, Celcom telah melancarkan kad data Vodafone Mobile
Connect 3G Broadband (HSDPA) dan Blackberry by Vodafone.

Celcom juga telah melancarkan PowerTools untuk pasaran perniagaan, bekerjasama


dengan enjin carian dalam talian Google dan juga dengan Maybank untuk
memperkenalkan perkhidmatan kewangan mudah alih pertama di Malaysia iaitu
Perkhidmatan Mudah Alih Maybank2u. Sehingga 31 Disember 2006, jumlah pelanggan
Celcom adalah sebanyak 6.1 juta.

3 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu, TM menawarkan pelbagai
penyelesaian dan perkhidmatan komunikasi dalam talian tetap, data, mudah alih serta
Internet dan multimedia. Barisan produk dan perkhidmatan yang ekstensif ini disokong
oleh infrastruktur komunikasi bertaraf dunia di seluruh negara dan melangkaui sempadan
Malaysia. Dalam memudahkan perkhidmatan telekomunikasi serantau dan antarabangsa,
TM telah menyediakan gabungan

sistem satelit, kabel gentian optik daratan dan dasar laut bagi memenuhi perkhidmatan
data tempatan dan antarabangsa (menurut About TM petikan ayat www.tm.com.my/about-
tm/pdf/annual-reports/TMAR06BM.pdf).

 Visi TM

Visi TM adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan penumpuan ke arah
menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang
berkepentingan dalam Syarikat.

 Misi TM

Untuk mencapai Visi ini, TM berazam melaksanakan perkara-perkara berikut:

• Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang TM ceburi


• Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan
yang menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh
• Membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan rakan niaga kami
berdasarkan kepercayaan

• Menjana nilai pemegang saham dengan merebut peluang-peluang perniagaan


di Asia Pasifik dan lain-lain pasaran serantau terpilih

• Menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi ke arah kecemerlangan prestasi

4 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
 Carta Organisasi Kumpulan TM

5 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

2.0 PROFIL INDUSTRI

Dalam hasratnya untuk mencapai pertumbuhan masa depan yang berkekalan, motif
Syarikat TM adalah untuk terus meluaskan industrinya dalam pasaran, pendapatan,
keuntungan, aset, kecairan dan sumber modal melalui serantau yang berhampiran. Kini,
TM merupakan peneraju yang kian meningkat dalam pasaran komunikasi Asia dengan
operasi dan kepentingannya di rantau ini dan serata dunia. Oleh itu, industri TM
mempunyai sembilan pasaran utama di Asia, iaitu Indonesia, Singapura, Kemboja,
Thailand, Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka dan Iran dengan fokus utama perniagaan
dalam pasaran mudah alih. Jumlah pelanggan mudah alih serantau TM adalah sebanyak
28.5 juta pada akhir tahun 2006 termasuk operasi mudah alih di Malaysia.

Falsafah pelaburan industri TM ialah untuk memainkan peranan yang aktif dalam operasi
antarabangsanya (yang ia mempunyai kawalan pengurusan), dengan tujuan untuk
mempertingkatkan nilai pelaburannya. Ini termasuk dengan mengambil dan mengasah
bakat tempatan, perkongsian kepakaran, pengetahuan dan amalan terbaik, menyumbang
kepada pembangunan infrastruktur negara-negara pelaburannya, serta menyediakan
peluang kepada masyarakat tempatan menikmati kekayaan.

Contoh terbaik dalam usaha ini ialah kejayaan tinggi yang dicapai oleh pelopor pelaburan
TM di Sri Lanka, Dialog Telekom Limited (Dialog) menerusi penyenaraiannya di
Colombo Bursa Saham pada bulan Julai 2005. Dengan pasaran modal melebihi US1
bilion, Dialog merupakan syarikat Penawaran Awal Awam yang terbesar dalam sejarah
korporat Sri Lanka. Kejayaan penyenaraian Dialog memberi peluang kepada pemilikan
tempatan terhadap sebuah syarikat yang kukuh dan perkongsian kekayaan syarikat dengan
rakyat awam Sri Lanka. Dialog terus menerajui industri mudah alih di Sri Lanka dengan
pasaran saham melebihi 60% (menurut mengenai TM petikan ayat www.tm.com.my).

Melengkapi pelaburannya di luar negara, syarikat antarabangsa bagi perniagaan wholesale


TM iaitu TM Global menyediakan kapasiti bagi perkhidmatan suara, lebar jalur

6 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
antarabangsa dan perkhidmatan IP serta data merentasi enam benua iaitu Asia, Eropah,
Amerika, Oceania, Timur Tengah dan Afrika. Di rantau ASEAN, TM Global mempunyai
kerjasama perniagaan dan perjanjian dengan telco di Singapura, Filipina, Brunei,
Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam.

TM Global juga telah membina Nod IP Global di Singapura, Hong Kong, Jepun, United
Kingdom, Amerika Syarikat, Netherland, Mesir, Bahrain dan Indonesia manakala Nod IP
Global di Sri Lanka dan Pakistan akan siap pada tahun 2007. Selain daripada itu, Syarikat
TM juga mempunyai motif untuk mengukuhkan jenama Tm di peringkat antarabangsa
melalui fokus ke arah peningkatan profil pelaburan-pelaburan serantau TM, usaha
pembinaan dan meletakkan kedudukan jenama telah dijalankan selama enam bulan
bermula dari bulan Julai 2006. Program tersebut telah dilaksanakan dengan penumpuan
khusus kepada promosi dan pengiklanan selain komunikasi strategik di seluruh rantau ini.
Melaluinya, jangkauan dan skop pelaburan serantau TM telah diperjelaskan, selain
mengenengahkan operasi-operasi dalam negara.

Program dan industri ini turut melibatkan kerjasama rapat dengan pihak media tempatan
mahu pun serantau melalui taklimat media, temu ramah bersemuka, peluang-peluang
ceramah selain pengedaran berita-berita melalui kenyataan akhbar serantau. Kesemua ini
telah dilaksanakan seiring dengan komponen pengiklanan dan promosi yang jelas
termasuk iklan-iklan secara menyeluruh di CNN dan BBC World, iklan bercetak di Asian
Wall Street Journal (AWSJ), The Economist, Fortune dan Forbes serta papan-papan iklan
di lokasi-lokasi strategik di setiap negara.

Selain itu, industri TM juga komited dalam meningkatkan nilai kepada penyumbang
modal para pemegang saham dan pemegang bon melalui semakan struktur modal TM

7 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
secara berterusan untuk menyeimbangkan kecekapan modal, fleksibiliti kewangan dan
peningkatan pulangan (menurut mengenai TM petikan ayat www.tm.com.my).

Dalam usaha TM untuk memperkukuh dan memantapkan industrinya sebagai sebuah


peneraju Syarikat Komunikasi di rantau ini, TM sentiasa kekal fokus dalam mencipta nilai
kepada para pemegang saham mereka. Pada tahun 2006, TM telah mengisytiharkan
cadangan jumlah pembayaran dividen berjumlah RM1.14 bilion kepada para pemegang
saham industrinya yang merangkumi cadangan dividen akhir kasar sebanyak 30 sen
sesaham tolak cukai sebanyak 27% dan dividen kasar interim 16 sen sesaham tolak cukai
sebanyak 28%. Ini mewakili peningkatan pembayaran dividen sebanyak 55% dan selaras
dengan polisi pembayaran dividen TM antara 40% sehingga 60% daripada keuntungan
milik para pemegang saham mereka.

Pembayaran dividen TM telah meningkat sepanjang enam tahun yang lalu daripada 19%
pada tahun 2001 kepada 55% pada tahun 2006 daripada

keuntungan bersih milik pemegang saham (menurut Kumpulan TM menyertai Pakatan


Serantau Asia Mobility Initiative petikan ayat www.tm.com.my).

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyertai Asia
Mobility Initiative (AMI), satu pakatan pengendali mudahalih serantau lantas
mengukuhkan lagi rangkaiannya di rantau ini. Penglibatan TM adalah melalui anak-anak
syarikatnya iaitu TM International Sdn Bhd (TM International) dan Celcom (Malaysia)
Berhad. Dengan menyertai AMI, TM akan memperkukuhkan kedudukan serantaunya di
Asia. Selain itu, Syarikat turut dapat melindungi dan meningkatkan milikan pasarannya
serta memperbaiki kadar keuntungannya. Sila rujuk pada bahagian Lampiran untuk
carta pengagihan keuntungan TM.

Gambarajah 1 dibawah menunjukkan pembayaran keuntungan dividen TM kepada


pemegang sahamnya.

8 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

Gambarajah 1

“Industri kami juga perlu merebut peluang yang ada, dan menyertai pakatan seperti AMI
ini dapat memastikan langkah ke hadapan yang terbaik. Melalui sinergi, kerjasama dan
pergandingan, kami di TM yakin dapat meraih manfaat sepenuhnya melalui AMI. Pada
masa yang sama, kami juga ingin menyumbang dan memainkan peranan dalam
membangunkan kerjasama ini”.

“Pakatan ini memudahkan strategi bersama yang memberi manfaat kepada ahli-ahli
pengendali dan pelanggan melalui pelbagai langkah-langkah yang positif. Bagi ahli-ahli
pengendali, ianya akan membantu menggabungkan sumber-sumber dan bekerjasama
dalam

pembangunan produk baru, mempertingkatkan kedudukan kompetitif ahli dan meraih


pulangan yang lebih baik melalui peningkatan hasil dan milikan pasaran” (menurut
9 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
Kumpulan TM menyertai Pakatan Serantau Asia Mobility Initiative petikan ayat
www.tm.com.my).

Syarikat TM memilih negara Sri Lanka kerana produknya boleh dipasarkan secara
komersial dan dekat jika dibandingkan dengan negara Afrika di mana kos untuk
memasarkan produk TM amat tinggi. Dengan strategi konsisten penawaran perkhidmatan
pada berpatutan untuk segmen berpendapatan rendah dalam pasaran, Dialog telah berjaya
menjana pasaran-pasaran baru untuk segmen prabayar merangkumi pelanggan dengan
kadar ARPU yang rendah. Melalui penawaran pakej-pakej kompetitif digabungkan dengan
usaha-usaha pemasaran yang mantap, ARPU keseluruhan kekal melebihi SLR600
walaupun terdapat pengurangan tarif secara agresif, dengan lebih 95% penambahan
pelanggan dijana melalui segmen prabayar dengan ARPU yang rendah. Dialog turut
menjadi syarikat yang pertama melancarkan platform BlackBerry di Sri Lanka. Selain itu,
tahun lepas turut menyaksikan Syarikat melancarkan perkhidmatan penyumberluaran
perniagaannya (BPO) untuk Sri Lanka dan enterpris global. Pada bulan Januari 2006,
Dialog menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi di Sri Lanka yang melaksanakan
Sistem SAP Perancangan Sumber Syarikat (ERP)

selain menjadi rakan perniagaan kepada Vodafone, syarikat telekomunikasi mudah alih
terbesar di dunia.

Beroperasi dengan lebih 900 stesen pemancar di seluruh negara dengan konfigurasi
spektrum Dwijalur GSM 900 dan 1800, Dialog GSM kini terus meluaskan rangkaiannya
merentasi Sri Lanka pada tahun semasa. Sehingga kini, ia telah meliputi 60% kawasan
berpenduduk dan 80% kawasan tidak berpenduduk (menurut Sri Lanka Dialog Telekom
Limited (Dialog) petikan ayat http://www.dialog.lk/).

 CARA KEMASUKAN INDUSTRI SYARIKAT TM KE PASARAN


ANTARABANGSA

Ekonomi global dalam tahun 2006 agak memberangsangkan dengan pertumbuhan 5.1%
dengan momentum di Asia seperti yang telah dijangkakan, yang mengalami pertumbuhan
10 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
8.7% dan di Eropah yang mengalami pertumbuhan lebih sederhana iaitu 2.8%. Tekanan
inflasi semakin tinggi namun kesannya kurang dirasai di Asia.

Dolar A.S adalah lemah berbanding Euro dan juga Yen, sementara kadar faedah jangka
panjang semakin kukuh. OECD telah meramalkan pertumbuhan cergas dalam sektor ICT
serata dunia pada kadar pertumbuhan tinggi sebanyak 6% pada tahun 2006 berbanding
5.6% setahun antara 2000 ke 2005.

Internet berkelajuan tinggi, sama ada menerusi DSL ataupun teknologi-teknologi wayarles
baru. Revolusi wayarles juga akan membawa perhatian kita kepada spektrum sebagai satu
sumber yang terhad dan pengagihannya. Semua ini memberikan implikasi yang besar
kepada bagaimana kami beroperasi di seluruh dunia hari ini.

Tahun 2006 telah menyaksikan pelaburan-pelaburan luar negara TM di Indonesia, Sri


Lanka dan Bangladesh menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik(menurut mengenai TM
petikan ayat www.tm.com.my).

Secara keseluruhannya, Kumpulan TM mencatatkan sumbangan yang lebih baik daripada


kesemua operasi antarabangsanya iaitu 25.3% kepada pendapatan TM dan 30.6% kepada
keuntungan berbanding 12.7% dan 22.3% masing-masing dalam tahun sebelumnya.
Jumlah pelanggan mudah alih serantau kami meningkat 39.7% sepanjang tahun kepada
28.5 juta daripada 20.4 juta.

Sementara itu pelaburan baru TM di India, Kemboja dan Thailand telah memastikan
kedudukan kukuhnya di rantau ini.

Dengan berbekalkan teknologi terkini, Kumpulan TM berupaya menawarkan produk dan


perkhidmatan yang baru dan berinovatif. Selepas merintis perkhidmatan 3G komersil di
Malaysia pada tahun 2005, kumpulan ini terus merintis kehadiran 3G di Sri Lanka melalui
Dialog dan Indonesia melalui XL yang akan memberi pelanggan peluang untuk menikmati

11 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
penawaran produk dan perkhidmatan yang pelbagai dengan lebih sentuhan peribadi dan
kaya dengan kandungan.

Sementara itu, di Sri Lanka dan Bangladesh yang mencapai pertumbuhan kecil, subsidiari-
subsidiari TM di kedua-dua pasaran tersebut menikmati kedudukan dominan yang
membolehkannya masing-masing berkembang pada atau melebihi kadar pertumbuhan
dalam pasaran masing-masing.

Di sini juga, kadar penembusan adalah terlalu rendah dan potensi pertumbuhan kini
sedang direalisasi dengan pesat. Dengan pengurangan keadaan politik yang tidak menentu
di Bangladesh apabila pilihan raya diadakan di bawah rejim baru, pertumbuhan ekonomi

berkemungkinan bertambah pesat daripada kadar baru-baru ini sebanyak 5-6% setiap
tahun.

Telekom Malaysia telah memiliki tapak yang besar di seluruh benua kecil India – dengan
Spice (pemain selular ke-9 terbesar di pasaran India yang pesat berkembang), Dialog
(penyedia rangkaian selular digital bertaraf perdana 87.7% dimiliki oleh TM, di Sri Lanka,
menjadi syarikat pertama dengan permodalan di pasaran sebanyak AS$1 bilion di Bursa
Saham Colombo, TMI Bangladesh/Aktel (dengan penguasaan bahagian pasaran sebanyak
30% dalam pasaran selular Bangladesh) dan Multinet (penyedia tulang belakang gentian
optik di Pakistan) menyediakan sebuah ekologi aset selular yang teguh di seluruh benua
kecil India, di mana kadar penembusan menyediakan ruang yang cukup untuk berkembang
dan kini semakin pesat meningkat). Langkah penjenamaan bersama yang diatur oleh TM
dengan Vodafone bakal menjana sumber hasil di seluruh rangkaian antarabangsa yang
semakin berkembang di seluruh ASEAN dan rantau SAARC, khususnya (menurut
mengenai TM petikan ayat www.tm.com.my).

Setelah meneliti ekonomi global di rantau ini, Syarikat TM telah memilih cara kemasukan
produknya ke pasaran antarabangsa melalui usahasama, kerjasama strategik dan juga
persetujuan berkontrak. Syarikat TM telah memeterai

12 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
perjanjian dengan negara Sri Lanka melalui perlesenan yang melibatkan pemberian hak
kepada syarikat tempatan untuk menghasil atau memasarkan produk keluaran syarikat
pada kadar bayaran yang telah ditetapkan. Pemberian hak ini termasuklah menggunakan
tanda dagangan, paten, rahsia dagangan atau lain-lain item yang mempunyai nilai.

Manfaat yang akan diterima oleh pemberi lesen ialah risiko penerokaan yang rendah.
Apabila memulakan perniagaan, penerima lesen juga memperolehi beberapa manfaat, iaitu
memperolehi teknologi dan kepakaran pengeluaran, keuntungan yang cepat, dan nama
jenama yang lebih kukuh dalam pasaran antarabangsa. Walaubagaimanapun, perlesenan
juga mempunyai beberapa kelemahan iaitu:

i. Syarikat mempunyai kawalan yang kurang ke atas penerima lesen.


ii. Kadangkala penerima lesen menjadi begitu berjaya dan ini menyebabkan
syarikat kehilangan keuntungan yang berpotensi.
iii. Apabila kontrak tamat, syarikat mungkin telah membentuk sebuah syarikat
saingan yang kuat.

Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang kesulitan daripada berlaku syarikat mesti
membentuk kelebihan bersama dengan penerima lesen. Satu daripada caranya ialah
dengan mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat yang berinovatif.

Selain daripada keadah perlesenan, Syarikat TM juga mengamalkan cara kemasukannya


ke pasaran antarabangsa melalui usaha sama yang mana ramai pelabur gemar memilih
kaedah ini apabila meroka pasaran baru. Usahasama merupakan satu kaedah penyatuan
antara sebuah atau beberapa buah syarikat asing bagi mengeluar atau memasarkan sesuatu
produk atau servis. Strategi usaha sama boleh mengurangkan risiko politik dan ekonomi
yang mungkin dihadapi oleh pelabur yang memilih kaedah pelaburan secara langsung.

Usaha sama mempunyai beberapa kelebihan iaitu:

13 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
i. Membolehkan pelabur asing menggunakan kemahiran tertentu yang dimiliki
oleh rakan kongsi tempatan.
ii. Memudahkan pelabur asing menggunakan sistem pengedaran yang dimiliki
oleh rakan kongsi tempatan.

iii. Membolehkan pelabur asing meneroka pasaran negara yang menghalang


aktiviti pemilikan asing sepenuhnya.
iv. Memudahkan penerokaan ke dalam pasaran yang dilindungi oleh sekatan
perdagangan seperti tariff atau kuota.
v. Menjadi tarikan kepada pelabur yang kekurangan modal atau keupayaan
personel.
vi. Meluaskan aktiviti perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Kontrak pengurusan juga dipilih sebagai satu cara kemasukan Syarikat TM ke pasaran
antarabangsa yang mana kontrak ini diwujudkan untuk membolehkan syarikat
membekalkan kepakaran dari segi pengurusan kepada syarikat dari negara asing yang
menyediakan modal. Syarikat tempatan adakalanya mengeksport perkhidmatan
pengurusan sahaja. Syarikat yang memilih kontrak pengurusan menghadapi risiko
penerokaan pasaran asing yang rendah, di samping mampu menghasilkan keuntungan
yang cepat apabila perniagaan bermula (menurut konsep usahasama petikan ayat
www.mpaj.gov.my).

Selain daripada itu, kerjasama strategik juga digunakan oleh Syarikat TM untuk
memperluaskan produknya ke pasaran antarabangsa yang mana jenis kerjasama
merupakan perhubungan sinergi perniagaan yang dibentuk oleh dua atau

beberapa syarikat untuk bekerjasama menghasilkan keuntungan dan berkongsi risiko


dalam usaha mencapai objektif masing-masing. Kerjasama objektif boleh dilaksanakan
sekiranya kriteria berikut wujud iaitu:

i. Objektif perniagaan yang sama.

14 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
ii. Kelemahan di satu pihak boleh diatasi dengan adanya kekuatan di satu pihak
yang lain,
iii. Sekiranya pencapaian objektif secara bersendirian adalah terlalu berisiko,
mahal atau lambat, dan
iv. Gabungan kekuatan akan memudahkan pencapaian objektif.

Oleh sebab itulah, banyak syarikat memilih kaedah kerjasama strategik untuk memiliki
posisi perasingan yang kompetitif. Antara bentuk-bentuk kerjasama strategik adalah
seperti perlesenan, usahasama, pemilikan ekuiti, pengambilalihan dan sebagainya.
Syarikat tempatan bergabung dengan pelabur asing untuk membentuk satu perniagaan
yang mana mereka bersama-sama berkongsi tugas pemilikan dan kawalan. Syarikat
mungkin membeli saham dalam firma asing atau bersama-sama membentuk syarikat baru
(menurut perancangan strategik petikan ayat www.scribd.com).

Pemilihan bersama ini diperlukan mungkin atas sebab-sebab politik, ekonomi, kekurangan
sumber kewangan fizikal atau pengurusan, dan mungkin juga merupakan salah satu
daripada syarat yang dikenakan oleh kerajaan tuan rumah.

Cara-cara kemasukan ini adalah rasional dengan mengambil kira motif Syarikat TM untuk
memasuki negara ini yang mana ia berteraskan kepada konsep untuk memperluaskan
pasaran produknya ke peringkat anatarbangsa dan boleh mengukuhkan lagi kedudukan
dan perhubungannya dengan negara serantau yang dipilih oleh Syarikat TM ini. Sila
rujuk pada bahagian Lampiran untuk perluasan kawasan yang diterokai oleh
Syarikat TM di peringkat antarabangsa dan juga produk yang di tawarkan oleh
TM.

3.0 PENILAIAN PERSEKITARAN DALAMAN

Penilaian Lembaga terhadap keberkesanan kawalan dalaman dalam Kumpulan adalah


berdasarkan criteria yang dibangunkan di bawah Rangka Kerja Bersepadu Kawalan
Dalaman COSO (Jawatankuasa Organisasi Penajaan Suruhanjaya Treadway). Ia telah
diterima secara umum sebagai rangka kerja bagi kawalan dalaman dan diiktiraf secara
15 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
meluas sebagai piawaian yang digunapakai oleh Kumpulan dalam mengukur keberkesanan
system kawalan dalaman. Sistem

kawalan dalaman saling berkait dengan aktiviti-aktiviti operasi Kumpulan dan wujud atas
sebab-sebab dasar perniagaan.

Di bawah model COSO, penilaian kawalan dalaman terbahagi kepada lima komponen
yang saling berkait seperti berikut (menurut mengenai TM petikan ayat
www.tm.com.my):
a. Persekitaran Kawalan
Persekitaran kawalan merupakan struktur organisasi dan budaya yang dicipta oleh
pihak Pengurusan dan pekerja untuk mengekalkan sokongan organisasi bagi
kawalan dalaman yang efektif. Komitmen Pengurusan dalam membina dan
mengekalkan kawalan dalaman yang efektif telah dimaklum dan diserapkan di
seluruh persekitaran kawalan Kumpulan, seterusnya membantu perlaksanaan
kawalan dalaman yang berjaya. Aktiviti-aktiviti penting yang terlibat adalah:
 Struktur Organisasi
 Agihan Kuasa dan Tanggungjawab
 Nilai-nilai Teras
 Kod Etika Perniagaan
 Etika Perolehan
 Rangka Kerja Pembangunan Berasaskan Kecekapan

 Lembaga dan Jawatankuasa Audit


 Polisi dan Prosedur Sumber Manusia
b. Penilaian Risiko
Penilaian risiko adalah proses mengenal pasti dan menganalisa risiko yang relevan
bagi mencapai objektif Kumpulan, yang membentuk asas bagi menentukan
bagaimana risiko diuruskan daripada segi kebarangkalian dan impak. Aktiviti-
aktiviti utama yang terlibat dalam bahagian ini adalah:
 Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM)
16 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
 Penilaian Diri Kawalan (CSA)
c. Kawalan Aktiviti
Kawalan aktiviti merupakan polisi dan prosedur yang membantu dalam
memastikan arahan pihak pengurusan dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti berkaitan
dalam Kumpulan TM adalah seperti:
 Polisi dan Garis Panduan Pengurusan Prestasi Perniagaan(BPM)
 Polisi Urus Tadbir Teknologi Maklumat (IT)
 Polisi Subsidiari
 Perlindungan Insurans dan Fizikal
d. Maklumat dan Komunikasi

Informasi dan Komunikasi bertujuan untuk memastikan bahawa maklumat penting


dikenal pasti, disimpan dan disalurkan dalam bentuk dan jangka waktu tertentu
bagi membolehkan anggota menjalankan tanggungjawab
masing-masing. Aktiviti-aktiviti utama yang berkaitan dalam Kumpulan adalah
seperti:
 Polisi Komunikasi
 Sistem Pengurusan Sumber Perusahaan Kumpulan (GEMS)
 Laporan Insiden Kawalan Dalaman(ICI)
 Jawatankuasa Amalan Terbaik
e. Pemantauan
Pemantauan terhadap keberkesanan kawalan dalaman telah menjadi sebahagian
daripada operasi sesebuah perniagaan. Penilaian dari masa ke semasa disepadukan
menjadi sebahagian daripada pemantauan kawalan dalaman yang berterusan.
Terdapat beberapa proses yang sistematik yang boleh dimanfaatkan dalam
mencegah kelemahan seperti:
 Jawatankuasa Pengurusan
 Penilaian Sendiri Berkala
 Audit Dalaman Kumpulan
 Unit Hal Ehwal Khas
17 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

4.0 PENILAIAN PERSEKITARAN LUARAN

Keadaan pasaran antarabangsa yang dimasuki dari aspek persekitaran perniagaan yang
mempengaruhi pemilihan Syarikat TM ke negara tersebut dipengaruhi oleh beberapa jenis
keadaan persekitaran seperti berikut (menurut konsep pemasaran petikan ayat
http://infosky.wordpress.com/2007/04/08/5-konsep-pemasaran/):

1. Persekitaran Demografi
- Persekitaran demografi ini boleh mempengaruhi prestasi semua produk yang
dipasarkan oleh Syarikat TM yang mana ia berkait rapat dengan saiz, kepadatan,
lokasi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan serta statistik lain berhubung populasi
penduduk dalam sesebuah negara atau di peringkat antarabangsa dan persekitaran
jenis ini merupakan faktor yang akan mendapat pengawasan berterusan dari ahli
pemasar kerana ia merujuk kepada penduduk yang membentuk pasaran.

2. Persekitaran Ekonomi

- Persekitaran jenis ini juga turut mempengaruhi semua produk Syarikat TM dengan
memberi kesan kepada kuasa membeli dan pola pembelajaran

pengguna. Perubahan dalam pembolehubah utama ekonomi seperti trend


pendapatan, kos hidup, kadar faedah, simpanan dan pinjaman akan memberi impak
utama terhadap produk pasaran Syarikat TM.
3. Persekitaran Semula Jadi
- Persekitaran ini mempengaruhi prestasi semua produk TM dari segi kenaikan
harga minyak di pasaran global. Kenaikan harga minyak ini turut memberi kesan
terhadap kos tenaga dan pengangkutan untuk pasaran produk ini dalam negara dan
di peringkat antarabangsa. Minyak juga mempengaruhi situasi politik dan
ekonomi dunia dan menyumbang kepada peningkatan kos tenaga.
4. Persekitaran Teknologi
- Persekitaran teknologi mempengaruhi prestasi produk telekomunikasi Syarikat TM
dengan mewujudkan lebih banyak peluang dan pasaran baru kepada pemasar.
18 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
Selain itu, teknologi baru ini turut menyumbang kepada peningkatan kepada
peruntukan kepada penyelidikan dan pembangunan
( R&D).
5. Persekitaran Kebudayaan
- Persekitan kebudayaan mempengaruhi prestasi produk Syarikat TM dengan
mewujudkan lebih banyak tawaran produk, strategi komunikasi

pemasaran yang dipilih misalnya penggunaan nama jenama, bahasa, muzik, dan
reka bentuk logo juga perlu diadaptasikan. Oleh sebab itu, tugas mengadaptasi
kebudayaan dalah tugas yang paling mencabar dan penting kerana syarikat perlu
menyesuaikan semua aktiviti dan usaha pemasaran mereka dengan budaya
tempatan, misalnya penyesuaian dari segi agama, bahasa dan adat resam.
6. Persekitaran Politik
- Persekitaran politik juga menjadi salah satu sebab produk Syarikat TM menembusi
pasaran antarabangsa. Persekitaran politik terbahagi kepada tiga jenis iaitu
persekitaran dalam negara tuan rumah, persekitaran antarabangsa dan persekitaran
dalam negara sendiri.
- Persekitaran politik di setiap negara adalah berbeza dan sememangnya negara yang
stabil politiknya serta memiliki kerajaan yang mesra akan mendorong kemakmuran
pertumbuhan perdagangan antarabangsa. Oleh itu bagi mengurangkan risiko
politik syarikat asing seperti Malaysia yang ingin memasuki pasaran antarabangsa
boleh memilih strategi penerokaan bersama ( joint venture), memperluaskan
aktiviti pelaburan kepada pelabur tempatan, mengawal aktiviti-aktiviti pengedaran
dan pemasaran barangan
-

ke luar negara, perlesenan atau bersikap proaktif yakni bersiap sedia dengan
kemungkinan tindakan kerajaan mendomestikasikan aset syarikat.
7. Persekitaran Perundangan
- Persekitaran Perundangan di setiap negara adalah sangat berbeza. Oleh itu, sistem
perundangan dalam dunia adalah didasarkan kepada empat sistem undang-undang
iaitu undang-undang kanun, sivil, syariah dan Marxist-Sosialis.
19 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
- Undang-undang yang dibentuk oleh sesebuah negara selalunya lebih cenderung
untuk menyebelahi syarikat tempatan maka syarikat luar perlu memahami segala
syarat dan peraturan sesebuah negara terlebih dahulu sebelum meneroka pasaran
negara tersebut. Dalam kes Syarikat TM pula, mereka telah meneliti faktor
persekitaran perundangan untuk negara yang dipilihnya sebelum memasarkan
produknya kepasaran antarabangsa.
8. Persekitaran Persaingan
- Syarikat TM bukan sahaja menghadapi persaingan daripada pesaing sedia ada
tetapi juga pesaing baru yang mungkin memberikan cabaran yang lebih besar.
Syarikat TM menghadapi tiga jenis persaingan iaitu persaingan yang wujud dalam
negara sendiri, persaingan yang ada di peringkat antarabangsa dan persaingan
dalam negara tuan rumah. Oleh

itu, terdapat tiga pendekatan yang dipilih oleh Syarikat TM untuk menghadapi
persaingan-persaingan ini iaitu bersaing berdasarkan kos rendah, pembezaan
produk atau memilih satu “niche”.
- Syarikat TM memilih pendekatan kos yang rendah akan mengeluarkan produknya
atau servis pada harga yang lebih rendah daripada pesaing tetapi tetap memelihara
kualiti produk atau servis masing-masing.
- Selain itu, Syarikat TM juga mengamalkan strategi pembezaan produk yang mana
ia menawarkan produk yang tidak dimiliki oleh pesaing misalnya produk yang
mempunyai reka bentuk yang istimewa atau berprestasi lebih tinggi daripada
produk pesaing.
- Yang ketiga pula ialah TM memilih satu pasaran yang memiliki “niche” atau
pengkhususan tertentu sahaja. Oleh itu, walau apapun strategi atau pendekatan
yang dipilih oleh Syarikat TM yang ingin berjaya di peringkat antarabangsa ia
perlu memiliki daya saing yang tinggi serta sentiasa mencari peluang baru untuk
meningkatkan pencapaian produknya.
9. Persekitaran Geografi dan prasarana
- Geografi adalah berkaitan dengan mukabumi, cuaca, negara, manusia, sumber dan
industri. Persekitaran ini juga merupakan satu daripada elemen persekitaran yang
sukar dikawal dan boleh mempengaruhi
20 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

tindakan mengadaptasi produk dan juga pembangunan sistem pemasaran produk


Syarikat TM.
- Pemasar seperti Syarikat TM perlu memahami masalh berkaitan dengan geografi
negara yang dipilihnya dengan memiliki pengetahuan tentan geografi negara
tersebut seperti Sri Lanka supaya TM boleh melaksanakan strategi pemasaran yang
sesuai dengan gegrafi setempat negara Sri Lanka.
- Sebagai contoh, sekiranya sesebuah negara dikelilingi oleh lautan seperti Sri Lanka
dan Filipina sudah tentu TM perlu memilih kaedah pengedaran dengan
menggunakan pengangkutan laut dan udara.
- Kos pengedaran dalah berbeza-beza bergantung kepada jenis pengedaran dan
pengangkutan yang dipilih oleh TM. Selain daripada faktor geografi, prasarana
yang baik seperti jalan raya yang sempurna dan kemudahan sistem komunikasi
yang sempurna juga amat mustahak kerana kedua-duanya boleh menjadi
pemangkin kepada kejayaan dan keberkesanan aktiviti pemasaran antarabangsa
Syarikat TM.
9. Persekitaran Sosial
- Tahap sosial masyarakat setempat dalam sesebuah negara sememangnya kan
mempengaruhi jenis pembelian, dan kategori produk

atau servis yang dicari. Selain itu, tahap sosial juga berkait rapat dengan tahap
pendidikan dan pendapatan individu. Sebagai contoh, di Sri Lanka tahap sosial
kini semakin berubah kerana wujudnya pertambahan bilangan wanita dan graduan
universiti dalam berbagai-bagai bidang kerjaya, bilangan pelajar di institusi tinggi,
peluang baru dalam berbagai-bagai bidang perniagaan, dan sebagainya yang boleh
mempengaruhi keadaan pasaran antarabangsa yang dimasuki oleh Syarikat TM
untuk memasarkan produknya.

5.0 PEMBENTUKAN ANALISIS SWOT DAN MATRIKS TOWS

21 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
Dalam subtopik ini saya akan menyenaraikan bentuk-bentuk kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman yang dimiliki oleh Syarikat TM.

Definasi SWOT ialah seperti berikut (menurut SWOT Analysia petikan ayat
http://www.12manage.com/methods_swot_analysia.html):

1. Kekuatan/Strengths: sifat-sifat organisasi yang adalah berguna untuk mencapai


objektif.

2. Kelemahan/Weakness: sifat-sifat organisasi yang adalah merbahaya untuk

mencapai objektif.

3. Peluang/Opportunities: keadaan luaran yang adalah berguna untuk mencapai

objektif.

4. Ancaman/threats: keadaan luaran yang adalah merbahaya untuk mencapai

objektif.

Analisa SWOT adalah satu akronim untuk kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan


firma dan peluang-peluang persekitaran dan begitu juga ancaman-ancaman kepada firma.
Ia adalah satu teknik-teknik yang agak mudah dan asasi di mana kelebihan terhadap
pengurusan adalah satu gambaran keseluruhan yang dapat mempengaruhi keadaan
strategik firma. Ia adalah berdasarkan kepada satu strategi yang berkesan yang menjurus
kepada kesesuaian antara sebuah syarikat terhadap faktor keupayaan-keupayaan dan
kelemahan dalaman dan keadaan luarannya yang boleh memberi kesan terhadap syarikat.

22 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

Strengths/Kekuatan
Weaknesses/Kelemahan

1. Sumber yang banyak: tenaga kerja 1. Kelonggaran kerjasama antara unit dalaman TM.
yang berpengalaman/skil dan 2. Kemampuan asset semakin berkurangan–
cawangan yang banyak. diwarisi sejak zaman kerajaan 1950-an.
2. Kewangan/modal kukuh. 3. Kebergantungan mendalam terhadap
3. Kekuatan imej/brand. pembekal – risiko kelemahan pembekal.
4. Kekuatan kepimpinan.
5. Kekuatan pasaran/hubungan
pembekal.

Threats/Ancaman
Opportunities/Peluang
1. Pencerobohan ke atas asset TM (kecurian
1. Keadaan yang positif seperti
kabel).
kesedaran pengguna.
2. Kemasukan pesaing baru.
2. Perubahan pada persaingan dan
3. Pasaran yang perlahan.
peraturan semasa.
4. Perubahan teknologi dan peraturan undang-
3. Perubahan teknologi dan hubungan
undang.
pembekal.
Pendekatan Analisis SWOT Syarikat TM

Bagi pihak pemasaran, syarikat seharusnya mengambil kesempatan daripada kekuatan-


kekuatan dan kelemahan-kelemahan. Mereka perlu memaksimumkan peluang-peluang
dan berusaha untuk meminimumkan kesan ancaman-ancaman. Kefahaman terhadap
peluang dan ancaman adalah satu kelebihan kepada pengurusan sesebuah syarikat untuk
mengenalpasti pilihan yang realistik dan seterusnya memilih satu strategi yang sesuai dan
23 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
berkesan untuk dilaksanakan oleh TM (menurut reka bentuk komunikasi petikan ayat
ms.wikipedia.org/).

Analisis SWOT Syarikat TM berasaskan 4Ps

1) Produk

Produk yang ditawarkan oleh TM adalah seratus peratus mengikuti keperluan semasa.
Variasi yang ada pada produk dan servisnya tidak amat jarang ditemui pada pesaing yang
lain disebabkan kepelbagaian perkhidmatan yang ada. Di dalam usaha meletakkan
kedudukan TM di mata pelanggan, TM amat menitikberatkan khidmat pelanggan yang
berkualiti. TM sejak tahun 2004 telah melaksanakan “Standard People Practice” (SPP) di
mana ia menekankan cara layanan pelanggan semasa berurusan di kaunter. Setiap anggota
pekerja TM di peringkat antarabangsa telah diajar bagaimana melayan pelanggan bermula
dari senyuman hinggalah ucapan terima kasih ketika selesai layanan di kaunter.

Ini bermakna seluruh kakitangan di semua cawangan TM di seluruh Negara adalah


mengamalkan “standard” yang sama ketika melayan pelanggan di kaunter. Sebagai
contoh bagi peralatan IT seperti modem jalur lebar Streamyx, TM menyediakan modem
yang berkualiti dan berjenama.

Langkah ini adalah amat penting memandangkan sebagai sebuah syarikat korporat, imej
TM perlu diberi keutamaan dan perbezaan harus ditunjukkan kepada umum bahawa
perbezaan imej ini dapat dilihat jika dibandingkan dengan syarikat perniagaan yang lain.

Selain itu, produk adalah titik permulaan dalam pembentukan campuran pemasaran.
Seseorang pengurus syarikat tidak boleh menentukan harga, merekabentuk strategi
pemasaran atau merancang saluran pengedarannya sehinggalah syarikat tersebut
mempunyai produk untuk dijual. Oleh sebab itu, Syarikat TM menawarkan produknya ke
pasaran antarabangsa dengan melihat dari segi:

a) Kualiti Produk

24 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
b) Jenama Produk
c) Pembungkusan Produk
d) Rekabentuk Produk
e) Harga Produk
f) Jaminan dan perkhidmatan selepas jualan

Selain itu, Syarikat TM juga menggunakan tiga bentuk strategi reka bentuk untuk
produknya seperti penyeragaman (standardization), pengadaptasian (customization) dan
penciptaan produk baru (menurut marketing mix petikan ayat
http://www.netmba.com/marketing/mix/2002).

2) Harga
Secara umumnya harga ke atas produk yang ditawarkan kepada pengguna adalah
kompetitif jika dibandingkan dengan pasaran semasa. Sebagai pusat setempat bagi produk
dan perkhidmatan TM yang mana ia bertanggungjawab menyediakan produk yang
berdaya saing dengan harga yang setara dengannya. Sebagai contoh modem Riger tanpa
wayar dijual serendah RM149.00 sahaja dan ditambah dengan percuma “wireless adaptor”
untuk kegunaan komputer desktop. Manakala jika dibandingkan dengan harga pasaran
yang ditawarkan oleh kedai komputer yang lain sekitar RM170.00. Di antara faktor yang
mendorong TM mendapat harga yang lebih rendah daripada pembekal adalah(menurut
Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan TM petikan ayat http://www3.intra.tm/):

i. Faktor kekuatan jenama syarikat itu sendiri.


ii. Lokasi yang banyak diseluruh negara menyebabkan kuantiti produk boleh dibeli
lebih banyak dan seterusnya berjaya mendapatkan harga yang lebih rendah.
iii. Keyakinan pembekal untuk berurusniaga dengan syarikat yang kukuh seperti TM.

Seperti harga pada produk TM, harga pada servis yang ditawarkan oleh syarikat ini juga
berpatutan dan sesuai dengan pasaran semasa. Sebagai contoh sewa talian telefon
kediaman hanyalah RM25.00 sahaja dan ia didatangkan dengan pemberian set telefon
percuma. Tambahan pula set telefon ini akan ditanggung oleh TM selama mana

25 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
pelanggan masih lagi menjadi pelanggan TM. Ini bermakna setiap kali peralatan telefon
TM itu rosak, syarikat akan menggantikannya dengan set yang baru.

Selain itu, harga produk yang ditawarkan oleh Syarikat TM adalah mengikut pasaran dan
kemampuan kuasa pembeli di setiap lokasi yang berlainan. Harga yang ditawarkan oleh
Syarikat TM adalah berpatutan berbanding dengan syarikat telekomunikasi yang lain di
peringkat antarabangsa. Harga bagi produk Syarikat TM adalah ditentukan kepada 3
kaedah iaitu:

a) Penentuan harga berasaskan pembeli


b) Penentuan harga berasaskan kos pengeluaran
c) Penentuan harga berasaskan persaingan

3) Promosi
Strategi Promosi Syarikat TM adalah untuk memaklumkan produk TM dan perkhidmatan
yang ditawarkan oleh syarikat ini. Strategi promosi syarikat ini juga menerangkan cara
untuk mendapat, membeli dan kebaikan produk ini. Selain itu, strategi syarikat ini juga
boleh menggalakkan pembelian dengan mempengaruhi pemikiran dan tanggapan
pelanggannya dengan mengingatkan pelanggan tentang wujudnya produk dalam pasaran
antarabangsa. Strategi promosinya dibuat dengan cara yang tersusun yang ditujukan
kepada pasaran sasaran. Strategi promosi yang digunakan ialah iklan, galakan jualan dan
publisiti(menurut marketing mix petikan ayat
http://www.netmba.com/marketing/mix/2002).

4) Tempat
Dalam memasarkan produk Syarikat TM di negara yang dipilihnya ia tidak mempunyai
batasan yang spesifik dalam memilih konsumernya. Tempat yang digunakan oleh TM
untuk mempromosi produknya adalah seperti berikut(menurut Unit Pengurusan
Perhubungan Pelanggan TM petikan ayat http://www3.intra.tm/):

i. Pengiklanan Elektronik – di mana setiap cawangan TM akan dibekalkan Online


TV Plasma yang di kawal secara berpusat di Ibupejabat. TV plasma ini

26 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
mempromosi produk dan servis terkini yang sedang ditawarkan oleh TM di
peringkat tempatan dan juga antarabangsa.
ii. Pengiklanan Secara Online – di mana Syarikat TM mempunyai website yang yang
di kawal secara berpusat di Ibupejabat. Website ini akan mempromosi produk dan
servis terkini yang sedang ditawarkan oleh TM di peringkat tempatan dan juga
antarabangsa.
iii. Iklan pandang terus – melalui “banner”, “bunting”, “leaflet”, “broucher”,
“wallpaper”, “mini bunting” dan “poster panel” juga telah diadakan di setiap
cawangan pejabat TM untuk mempromosi produk dan servis terutama barangan di
bawah tempoh promosi untuk pasaran antarabangsa.
iv. Kerjasama di antara Syarikat TM dan Maybank melalui bayaran bil menggunakan
kad e-Debit / Maybankard yang mana ia akan mempromosi produk TM ke
peringkat antarabangsa melalui pembayaran bil dan keadah ini akan memberi
“treat point” oleh pihak Maybank secara automatic kepada pelanggan yang
menggunakannya.
v.

vi. Kerjasama Syarikat TM dengan syarikat makanan segera seperti KFC dan juga
Syarikat Komputer Hewlet Packat (HP) untuk mempromosi produknya ke
peringkat antarabangsa.

Matriks TOWS

27 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

Kekuatan - K/Strengths - S Kelemahan - Kn/Weaknesses - W

1. Sumber yang banyak: tenaga 1. Kelonggaran kerjasama antara


kerja yang unit dalaman TM.
berpengalaman/skil dan 2. Kemampuan asset semakin
cawangan yang banyak. berkurangan– diwarisi sejak zaman
2. Kewangan/modal kukuh. kerajaan 1950-an.
3. Kekuatan imej/brand. 3. Kebergantungan mendalam
4. Kekuatan kepimpinan. terhadap pembekal – risiko
5. Kekuatan pasaran/hubungan kelemahan pembekal.
pembekal.

Peluang - P/Opportunities - O STRATEGI KP / SO STRATEGI KnP / WO

1. Keadaan yang positif 1. Tubuhkan syarikat kerjasama


seperti kesedaran 1. Tubuhkan kerjasama dengan syarikat
yang beroperasi dalam dan luar
pengguna. di Asia Tenggara untuk pasarkan produk
perkembangan pasaran) negara
2. Perubahan pada dan perkhidmatan TM (Kn1,Kn2,P2)
(K1,K2,K3,K4,P2) (Strategi
persaingan dan (Strategi Pertumbuhan)
Pertumbuhan)
peraturan semasa. 2. Memperkenalkan penggunaan jalur
2. Membuka cawangan baru di
3. Perubahan teknologi dan lebar dalam dan luar negara (Kn3,P1,P3)
rantau Asia (K2,K3,K5,P1) (Strategi
hubungan pembekal. (Strategi Pembangunan Produk)
Pertumbuhan)
3. Membangunkan lebih banyak
penggunaan jalur lebar dalam dan
luar negara (K1,K2,K3,P3) (Strategi
Pembangunan Produk)

28 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
Ancaman-A/Threats-T STRATEGI KA / ST STRATEGI KnA/ WT
1. Pencerobohan ke atas
1. Buka cawangan lebih banyak 1. Tutup anak syarikat yang tidak
asset TM (kecurian
(K1,K2,K4,K5,A1,A2) (Strategi menguntungkan (Kn1,Kn2,A1,A2)
kabel).
Perkembangan Pasaran) (Strategi pelupusan sepenuhnya)
2. Kemasukan pesaing baru.
2. Tingkatkan promosi di rantau 2. Ceburi industri baru (Kn3,A3,A4)
3. Pasaran yang perlahan.
Asia Tenggara dan Eropah (Strategi Perkembangan Pasaran)
4. Perubahan teknologi dan
(K3,K5,A3,A4)
peraturan undang-undang.

Syarikat TM perlu meletakkan diri mereka dalam kedudukan yang sesuai untuk
merebut peluang daripada inovasi teknologi di pasaran matang yang mencatatkan
pertumbuhan dalam jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang
sementara pada masa yang sama, mereka juga perlu menyesuai kepada suasana kos
rendah dan penyelesaian berskala yang akan membolehkan mereka mendapat akses
kepada pelbagai peluang di pasaran negara-negara sedang membangun di Asia
yang pesat berkembang serta mempunyai kadar penembusan yang rendah. Oleh
itu, terdapat beberapa strategi pengubahsuaian terhadap pemasaran produk atau
servis Syarikat TM untuk menembusi pasaran antarabangsa berbanding dengan
pasaran domestik.

Pengubahsuaian terhadap strategi pemasaran produk atau servis TM terdiri daripada


beberapa strategi. Dibawah ini merupakan dua jenis strategi jangka masa pendek iaitu:
1. Strategi saluran pengedaran
- Saluran pengedaran ini boleh mempengaruhi produk Syarikat TM melalui aktiviti
yang dilakukan oleh Syarikat TM dari segi mempromosi, menjual dan
mengagihkan produk kepada pengguna persendirian.
2. Strategi peranan pihak awam

- Pihak awam memainkan pengaruh yang amat penting untuk produk Syarikat TM
mencapai objektifnya. Pihak awam ini terdiri daripada pihak media, kewangan,
kerajaan, petindak awam rakyat, orang awam tempatan, orang awam, kakitangan
dalaman sesebuah organisasi/syarikat.

29 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

Manakala terdapat dua jenis strategi telah dikenalpasti daripada matriks TOWS untuk
jangka masa sederhana iaitu:

1. Strategi pesaing
- Pesaing boleh mempengaruhi kesemua produk Syarikat TM. Oleh itu secara
umumnya kewujudan pesaing adalah baik kerana Syarikat TM akan dimotivasikan
untuk terus gigih menghasilkan sesuatu produk yang jauh lebih baik dan berkualiti
berbanding dengan produk pesaing.
2. Strategi promosi
- Pengiklanan, promosi jualan, jualan peribadi dan perhubungan awam adalah
merupakan elemen-elemen campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat TM.
- Pengiklanan adalah merupakan kaedah promosi yang paling popular dan paling
mudah dipengaruhi oleh persekitaran budaya sesebuah negara Sri

Lanka. Syarikat TM membuat pengubahsuaian terhadap keputusan strategik sama


ada mahu memindahkan kaedah pengiklanan yang sedia ada ke luar Sri Lanka
ataupun mahu mencipta iklan yang baru. Syarikat TM telah memilih beberapa
pengubahsuaian dalam strategi pengiklanan berikut:
a. Strategi penyeragaman ( standardization)
- beberapa manfaat yang diberi melalui strategi ini iaitu:
i. Menjimatkan kos pengiklanan.
ii. Membolehkan Syarikat TM menikmati skala bidangan kerana
mempraktikkan keputusan yang berpusat.
iii. Syarikat TM menggunakan kepakaran pengiklan dalam syarikatnya
sendiri.
iv. Syarikat TM mengelakkan kewujudan perbezaan dalam mesej dan
penggunaan media.
v. Memudah TM mengawal tindakan aktiviti pemasarannya.
b. Strategi penyeragaman ( standardization)

30 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

Untuk jangka masa panjang pula dua jenis strategi juga telah dikenalpasti iaitu:

1. Strategi pelanggan
- Pelanggan pula boleh mempengaruhi prestasi produk Syarikat TM dengan
menumpukan kepada 2 jenis pasaran iaitu pasaran pengguna persendirian dan
pasaran organisasi. Pasaran pengguna persendirian terdiri daripada semua
individu/kumpulan contohnya unit keluarga manakala pasaran organisasi pula
dibahagikan kepada pasaran industri, penjual semula dan kerajaan serta pasaran
antarabangsa.
2. Strategi pengedaran fizikal dan pemasaran generik
- Syarikat TM mempunyai dua pilihan dalam keadah pengedaran di peringkat
antarabangsa iaitu mewujudkan saluran pengedaran sendiri di negara asing dan
berurusniaga dengan beberapa perantara yang berlainan. Kebanyakan syarikat
yang beroperasi di peringkat antarabangsa memilih untuk menggunakan sistem
pengedaran yang sedia ada dalam negara terbabit bagi memudahkan urusan
pengedaran tanpa melalui orang tengah.
- Selain itu, pemilihan perantara pengedaran juga dibuat berdasarkan kepada
beberapa kriteria iaitu kekuatan kewangan calon perantara, hubungan perniagaan
yang dimiliki oleh perantara, bilangan dan jenis

syarikat yang diwakili oleh mereka, kualiti personnel, fasiliti dan peralatan yang
disediakan.
- Syarikat TM juga perlu mempelajari corak peruncitan dan pemborongan di negara
Sri Lanka yang dipilihnya.
- Ini kerana terdapat variasi dan ciri-ciri peruncitan dan pemborongan dalam negara
itu dan pengetahuan yang dimiliki TM boleh mendedahkan syarikat kepada sistem
ekonomi, sosial, politk dan budaya setempat yang sememangnya boleh memberi
kesan kepada sistem pengedaran.

31 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik
- Strategi ini dikatakan generik apabila ia boleh diaplikasikan kepada semua situasi
pemasaran Syarikat TM. Untuk pengubahsuaian terhadap strategi pemasaran ini,
TM memerlukan pemikiran yang kreatif bagi memikirkan tentang jenis tindakan
yang biasa dilakukan oleh pemasar bagi sesuatu jenis perniagaan. Yang paling
penting ialah strategi generik boleh memandu ke arah mempertahankan kebaikan
bersaing atau daya saing syarikat. Empat jenis strategi generik yang dikemukakan
oleh Porter (1985) iaitu pemimpin kos, pembezaan, fokus kos dan fokus
pembezaan.

Kesemua strategi terhadap pengubahsuaian pemasaran produk ini telah diambil dan diberi
perhatian oleh Syarikat TM untuk melaksanakan strategi pemasaran produk TM ke
pasaran antarabangsa untuk mengelakkan risiko-risiko yang bakal
dihadapi untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Melalui pengubahsuaian ini
TM boleh mengukuhkan lagi produknya melalui kualiti dan servis produk yang
ditawarkan olehnya ke negara Sri Lanka dan yang lain-lain.

6.0 CADANGAN DAN PENUTUP

Untuk memantapkan lagi produk dan servis TM dalam menghadapi era globalisasi,
syarikat perlu melantik pembekal tempatan di setiap lokasi di mana cawangannya berada.
Tujuan langkah ini dibuat adalah supaya pembekal lebih mudah dihubungi bagi tujuan
keperluan stok dan penyelenggaraan peralatan – khidmat selepas jualan.

Manakala bagi perkhidmatan talian tetap telefon, harga pada sewa bulanan talian
kediaman dan perniagaan perlu dikurangkan sedikit memandangkan rakyat pada masa kini
kebanyakannya sudah beralih kepada perkhidmatan talian mobile. Serentak dengan itu
adalah dicadangkan produk tanpa wayar bagi segmen talian tetap TM perlu
diperkembangkan lagi diperingkat tempatan dan antarabangsa. TM mempunyai produk
talian tetap telefon tanpa wayar menggunakan “Code

32 No. Matrik: 75935


Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

Division Multiple Access (CDMA)”. Ia adalah talian tetap tetapi menggunakan peralatan
mobile sama seperti “handphone”. Cuma ia menggunakan nombor talian tetap iaitu
bermula 04-xxxx. Perkhidmatan tanpa wayar pada masa kini hanya menawarkan suara dan
data (bagi dail-up 1515).

Adalah dicadangkan pihak pengurusan tertinggi TM membuka laluan bagi produk ini
untuk membolehkan akses jalur lebar. Jika hasrat ini menjadi kenyataan, ini bermakna
CDMA akan menjadi perkhidmatan tanpa wayar talian tetap pertama yang menawarkan
akses jalur lebar. Jadi ancaman kes kecurian kabel tidak lagi perlu dibimbangkan lagi
memandangkan TM telah mengadakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar.

Secara kesimpulannya, Syarikat TM telah maju ke hadapan di mana TM telah mencapai


kemajuan yang sangat membanggakan dalam meluaskan kehadirannya ke dalam pasaran-
pasaran utama di dalam dan di luar rantau ini dan pencapaian TM yang paling penting
ialah jumlah pelanggan mudah alihnya yang telah mencapai 28.5 juta dalam 13 negara
yang beroperasi di bawah TM. Jumlah ini melebihi jumlah penduduk Malaysia sendiri
dan ini membuktikan usaha gigih TM dalam membina satu jenama Malaysia yang boleh
kita semua banggakan dan yang berupaya bersaing aktif dalam pasaran global.

Oleh itu, kita harus sedar bahawa telekomunikasi kekal sebagai sektor pertumbuhan, baik
di Malaysia mahu pun seluruh rantau ASEAN serta benua kecil di Sri Lanka atau India.
Setelah berjaya membina rangkaian antarabangsa dengan teliti, cabaran yang wujud bagi
syarikat-syarikat yang beroperasi di peringkat rantauan seperti TM adalah untuk
membangunkan sinergi rentasan sempadan yang bakal membolehkan ia mengurangkan
kos di seluruh rangkaian serta membolehkan syarikat menikmati perkongsian teknologi
dan proses bagi seluruh aset telekomunikasi yang diambil alih untuk dikonglomerat
dengan tersusun dan diserapkan di rantau yang pesat berkembang.

Selain itu ,penilaian berterusan ke atas rancangan perniagaan, prestasi kewangan, analisis
persekitaran perniagaan dan ekonomi, melaksanakan program pengurusan risiko dan
program audit dalaman juga harus dilaksanakan oleh Syarikat TM untuk terus maju.
33 No. Matrik: 75935
Kod Kursus: BPMN 3023
Nama Kursus: Pengurusan Strategik

Sebelas syarikat yang dikendalikan oleh TM International ialah (Bangladesh) Ltd., Dialog
Telecom Plc. (Sri Lanka), Sotelgui s.a (Guinea), Telekom Malaysia International
(Cambodia), Company Ltd., PT Excelcomindo Pratama tbk, (Indonesia), Sunshare
Investment Ltd., Multinet Pakistan (Private) Ltd., Samart I-Mobile Public Co. Ltd.
(Thailand), Spice Communication (India) dan Mobile

Telecommunication Company of Esfahan (Iran). Kesebelas-belas syarikat yang diterajui


oleh TM ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan
membanggakan TM.

Oleh itu, Telekom Malaysia International (TMI) merupakan antara 10 syarikat berhad
awam terbaik daripada segi permodalan pasaran di Malaysia dan penyedia perkhidmatan
selular seluruh Asia pertama di rantau ini.

34 No. Matrik: 75935

You might also like