You are on page 1of 4

Slide 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF MELALUI PENGGUNAAN

BAHAN MANIPULATIF

Slide 2 Apa itu bahan manipulatif?


 Bahan manipulatif ialah bahan yang konkrit.
 Bahan yang boleh dipegang dan dimanipulasikan oleh kanak-kanak.
 Bahan yang kanak-kanak boleh gunakan secara langsung untuk bermain,
meneroka, membina, menguji, membilang.
 Contoh: butang, bongkah, manik, batu, penutup botol dll.

Slide 3 Bincangkan kepentingan bahan manipulatif dalam perkembangan kognitif kk.

Slide 4 Kegunaan bahan manipulatif


 Bahan manipulatif berguna untuk kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif
seperti
* pengelasan
* mengenal konsep ruang,
* mengenal konsep nombor,
* melakukan proses sains dan
* membuat penyelesaian masalah

Slide 5 Apakah kemahiran kognitif?


 Kemahiran Kognitif Peringkat Prasekolah terdiri daripada
 pengelasan
 konsep ruang
 konsep nombor
 proses sains dan
 penyelesaian masalah

Slide 6 Konsep pengelasan


• Konsep pengelasan merupakan peringkat kemahiran paling asas dalam
kemahiran kognitif di prasekolah.
• Kanak-kanak boleh mengelaskan objek dengan mengumpulkan objek
berdasarkan ciri-ciri yang sama atau sepunya.
• Contohnya ialah mengelaskan objek seperti butang, bongkah, guli atau manik
mengikut ciri bentuk, saiz dan warnanya.

Slide 7 …..Pengelasan
 Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan

satu ciri dua ciri

tiga ciri negatif


Slide 8 …..Pengelasan
Satu ciri
 warna

 bentuk

 saiz

Slide 9 …..Pengelasan
Dua ciri
 warna dan bentuk

 Saiz dan warna

 Bentuk dan saiz

Slide 10 …..Pengelasan
Tiga ciri
 Warna, bentuk dan saiz sama

Negatif
 Contoh: Butang yang tidak digunakan pada baju sekolah

Slide 11 Mengenal konsep ruang


• Konsep ruang pula memberi kefahaman kanak-kanak kepada tentang
lingkungan dan kedudukan objek dalam ruang.
• Kanak-kanak boleh gunakan bahan manipulatif untuk memerihalkan lokasi, arah,
bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa seperti depan,
belakang, atas, bawah, sisi, tepi, tengah luar dan dalam.

Slide 12 …..Keabadian

Air mana yang lebih banyak?


Slide 13 Mengenal konsep nombor
 Untuk memahami konsep nombor, kanak-kanak prasekolah perlu menguasai
kemahiran pra-nombor seperti seriasi dan padanan satu dengan satu secara
logik.
 Mereka boleh menyusun objek mengikut seriasi berdasarkan saiz, panjang dan
tinggi (pra-nombor).
 Mereka sekurang-kurangnya boleh membilang dan mengetahui konsep nombor
1 hingga 50.
 Mereka perlu dilatih memadankan bilangan objek dengan simbol nombor supaya
memahami konsep nombor.

Slide 14 Tiga prinsip asas mengira:


One-to-one principle:
 There must be one and only one number name for each object that is
counted.
 A child who counts three objects as “1, 2, 3” understands this principle the
number of number words matches the number of objects to be counted.

Slide 15 Tiga prinsip asas mengira:


Stable –order principle:
Number names must be counted in the same order.
A child who counts in the same sequence – for example, consistently counting four
objects as “1, 2, 4, 5”—shows understanding of this principle.

Slide 16 Tiga prinsip asas mengira:


Cardinality principle:
The last number differs from the previous ones in counting sequence by
denoting the number of objects.
Typically, 3-year-olds reveal their understanding of this principle by repeating the last
number name, often with emphasis: 1,2,3 …8 eight!”

Slide 17 Kemahiran proses sains


 Bagi penguasaan kemahiran proses sains, murid digalakkan berinteraksi dengan
bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat.
 Kemahiran asas sains boleh dikuasai oleh kanak-kanak di prasekolah melalui
aktiviti memerhati, membanding dan membeza, mengukur, meramal dan
membuat inferens.
 Fikir sebentar….Berikan contoh bahan manipulatif yang boleh digunakan utk
menguasai kemahiran proses sains.

Slide 18 Penyelesaian masalah


 Penyelesaian masalah adalah tahap tertinggi dalam kemahiran berfikir.
 Daripada aktiviti penyelesaian masalah kanak-kanak dilatih membuat keputusan
yang bijak dan membuat refleksi serta menilai keputusan yang telah diambil.
 Contoh: bermain dengan puzzle.
Slide 19 Bincangkan bagaimana meningkatkan penguasaan kemahiran kognitif di kalangan
kanak-kanak.
 Kemahiran kognitif ini mudah dikuasai oleh kanak-kanak dengan menggunakan
bahan-bahan manipulatif yang memberi peluang kepada mereka belajar melalui
 pengalaman membuat (learning by doing),
 membina dan
 meneroka.

Slide 20 Senaraikan aktiviti-aktiviti kemahiran kognitif dengan penggunaaan bahan-bahan


manipulatif yang sesuai dan melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut .
Contoh: Klasifikasi, seriasi

Slide 21 Kesimpulan
 Kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan
membina, meneroka, menilai dan membina konsep menggunakan pelbagai
bahan maujud atau konkrit daripada pelbagai jenis bahan yang mudah didapati
di persekitaran mereka.
 Mereka memahami kehidupan dan alam sekitarnya melalui pengalaman
pembelajaran sebenar dan manipulasi yang berulang-ulang.

Slide 22 Tamat

You might also like