You are on page 1of 29

Tajuk :APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DLM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA:

KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA

ABSTRAK
Perbincangan mengenai hubungan etnik di Malaysia masih lagi relevan. Ini adalah disebabkan sifat
masyarakat majmuk yang masih lagi memiliki sifat-sifat dan ketaaatan primordial yang sukar
dipisahkan daripada kehidupanya. Oleh itu dalam perkembangan semasa, isu-isu yang berlegar dalam
kalangan masyarakat seperti isu sosioekonomi, pendidikan, bahasa, budaya, agama dan sisitem
kepercayaan serta politik mudah dimanupulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan
masing-masing. Berbagai teori telah cuba menghuraikan persoalan hubungan etnik ini. Berbagai dasar
dan tindakan telah dilancarkan oleh kerajaan untuk cuba menangani isu dan permasalahanya.

PENGENALAN
Kebudayaan merangkumi aspek agama, adat resam,bahasa,politik dan ekonomi. ( YANG INI KENA
BUAT PEMBETULAN . HANYA GUIDELINE AJE)
EKONOMI DAN POLITIK SAYA AKAN MASUKAN ISI NANTI.

nuri & kak siti (sy nak letak lepas pendahuluan hunungan etnik ) tak tau nak ubah tpt
Pengenalan

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka kebudayaan ialah cara hidup sesuatu masyarakat,
tamaddun, peradaban, kemajuan yang berteras kepada akal dan budi.

Menurut masyarakat kita di Malaysia, kebudayaan berasal daripada perkataan budaya adalah adat resam dan
kepercayaan atau segala macam perbuatan yang sentiasa dilakukan pada setiap hari ataupun mengikut musim,
pertukaran bulan mahupun tahun. Kebanyakan kebiasaan ini merupakan cara harian kita seperti berpakaian, cara
makan dan minum, penyediaan jadual harian dari pagi hingga petang, cara bertemu dan bergaul dengan rakan-rakan
dan kenalan ataupun cara menyapa seseorang tetamu .
Sebahagian lagi, adat resam pula merupakan upacara-upacara dalam pusingan kehidupan seseorang
manusia seperti kelahiran, adat berkhatan, perkahwinan, adat kematian dan lain-lain. Pendekata ia
merupakan upacara-upacara dalam kalender tahunan sesuatu masyarakat tersebut. Sebahagian yang
lain pula berpendapat, adat resam merupakan upacara-upacara dalam kalender kehidupan sepanjang
tahun iaitu daripada seseorang itu dilahirkan hinggalah tamat riwayatnya iaitu meninggal dunia. Oleh
yang demikian dapat kitaringkaska di sini, kebudayaan adalah cara mengurus perjalan hidup yang juga
merangkumi aspek diri,agama, pergaulan dalam masyarakat, bahasa dan juga penglibatan dalam bidang
politik.

Pendahuluan
Perhubungan etnik menurut perspektif Islam
Maksudnya :
" Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu terdiri daripada lelaki dan wanita dan
Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak,
supaya kamu salin kenal mengenali. (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi
amat mendalam pengetahuan-Nya". ( 13:49 Al Hujerat )

Penciptaan Allah S.W.T ke atas manusia terdiri daripada jenis lelaki dan wanita serta pelbagai bangsa
dan warna kulit, merupakan satu hikmah Ilahi bagi memperkembangkan zuriat keturunan manusia di
bumi. Tamadun manusia mungkin sukar dibangunkan tanpa ada naluri dan semangat ingin berlumba dan
bersaing dengan orang lain atau lebih jauh lagi puak, etnik dan bangsa lain dalam usaha menbangunkan
tamadun bangsanya. Melalui perhubungan dengan pelbagai etnik sekurang-kurangnya seseorang atau
puak atau etnik berkenaan dapat menerima dan memberi dalam proses pertukaran nilai-nilai murni dan
ilmu pengetahuan yang menjadi budaya dalam kehidupan kelompok atau etnik masing-masing. Nilai -
nilai murni ini nantinya akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kebahagian hidup secara
bersama. Barangkali inilah maksud yang tersirat di sebalik sabdaan baginda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya :
Hikmah (ilmu pengetahuan ) itu adalah barang hilang kepunyaan orang yang beriman, di mana sahaja ia
ditemui, dialah yang paling berhak memilikinya.

Nuri dan Kak Siti

Sejarah pengaruh Hindu dalam Masyarakat Melayu

Dalam Masyarakat Melayu terdapat banyak amalan kepercayaan, adat resam dan pantang larang.
Walaupun agama islam adalahagama rasmi masyarakat melayu tetapi mereka masih lagi
mengamalkan sebahagian adat resam dan pantang larang yang mempunyai pengaruh-pengaruh
agama hindu seperti yang terdapat dalam adat perkahwinan dan sebagainya. Pengaruh
Hinduisma amat kuat dalam budaya masyarakat melayu adalah disebabkan oleh pengaruh ajaran
hindu yang telah lama bertapak dalam sejarah masyarakat melayu lingkungan nusantara sebelum
kedatangan islam sekitar abad ke-13. Pengaruh Hindu yang diamalkan meliputi pelbagai aspek
kehidupan seperti kehidupan sosial iaitu kelahiran, bertindik, perkahwinan, kematian, pengaruh
keagamaan dan perayaan. Mengikut sejarah Melayu, kepercyaan pertama orang melayu adalah
animism. Animisme adalah bentuk sistem kepercayaan primitive yang semenjak awal lagi telah
wujud di kalangan orang Melayu purba sebelum pertembungan dengan mana-mana pengaruh
luar yang dikatakan ‘ fork religion’. Ia merupakan kepercayaan kepada semangat roh dan sebagai
satu aspek kepercayaan terhadap kuasa pada unsur-unsur ghaib menunjukkan bahawa bangsa
melayu sudah maju pada zaman itu dan sudah mempunyai sistem kepercayaan yang kompleks.
Apabila agama hindu sampai ke kepulauan melayu, maka masyarakat di sekitar kawasan tersebut
telah menganuti agama tersebut dengan dicampuradukkan degan agama asal mereka iaitu
animism. Pengaruh agama hindu semakin penting apabila dikatakan telah bermula sejak pihak
Istana telah melantik orang- orang Hindu Brahmin sebagai ketua agama dan perunding hal-hal
kerohanian bagi raja-raja melayu pada masa itu. Mereka lebih dikenali sebagai pawang atau
bomoh dalam masyarakat melayu. Bermula daripada itu ia semakin popular dan peranannya
mula diterima dikalangan masyarakat melayu pada zaman tersebut.

PERAYAAN

Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk yang terdiri daripada pelabagai kaum yang kaya dengan
pelbagai kebudayaan, adat resam dan perayaan. Setiap perayaan yang disambut oleh setiap kaum di Malaysia
mempunyai tujuan dan acara sambutan yang tersendiri. Perayaan tersebut merangkumi perayaan yang
berunsur kemenangan dan perayaan kegamaan. Contoh perayaan kemenangan bagi umat islam ialah hari raya
aidilfitri sementara bagi masyarakat india ialah deepavali.
Dalam perayaan yang berunsurkan kemenangan, pada kebiasaannya, perayaan tersbut bukan sahaja disambut
oleh masyarakat dalam kaum itu sendiri, malah turut juga disambut oleh semua kaum. Contohnya dalam
masyarakat Melayu,Hari Raya Aidilfitri merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh umat islam sebagai
tanda kemengan setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan. Sebelum sambutan perayaan itu sendiri
terdapat suasana kemeriahan dimana terdapatnya pelbagai jualan juadah berbuka puasa di setiap taman
perumahan atau kawasan kediaman, jualan perayaan di pusat-pusat membeli belah diadakan. Aktiviti-aktiviti
seperti jualan juadah berbuka puasa ini secara tidak langsung dapat mengeratkan dan merapatkan hubungan
antara kaum kerana mereka turut serta tanpa menghiraukan latar belakang agama, politik dan sosial. Hal ini
kerana masyarakat lain terutamanya kaum india dan cina juga turut serta membeli dan ingin merasai masakan
masyarakat Melayu yang sesetengah daripadanya tidak terdapat di luar bulan berkenaan. Keadaan ini dapat
menimbulkan suatu suasana yang meriah di kalangan umat islam malah ia merupakan satu aktiviti yang
ditunggu-tunggu oleh masyarakat india dan cina. Terdapat segelintir masyarakat bukan islam yang menunggu-
nunggu saat ini kerana terdapat juadah tertentu yang hanya popular di waktu bulan puasa sahaja seperti jualan
bubur lambuk, kuih buah Melaka dan sebagainya. Semasa aktiviti tersebut berjalan, terdapat interaksi yang
berlangsung dalam aktiviti penjualan tersebut seperti berjumpa kawan lama yang sudah lama terpisah
disebabkan terputus hubungan, malah sering berlaku juga, interaksi dan tegur menegur antara jiran semasa
membeli juadah disebabkan kurang kesempatan di hari biasa oleh kesibukan kerja masing-masing. Secara tidak
langsung, keadaan ini seterusnya dapat mewujudkan semangat intergriti yang tinggi antara kaum di Malaysia.
Selain itu, pada bulan puasa, kebanyakan sector pekerjaan telah memendekkan waktu bekerja untuk memberi
peluang kepada umat islam bagi menyediakan juadah berbuka puasa sendiri. Peluang ini turut diambil oleh
masyarakat bukan islam untuk turut menyediakan juadah makan malam. Sebagai contoh, terdapat jiran
tetangga terutama masyarakat yang tinggal di taman yang bejiran dengan kaum lain seperti india atau cina.
Mereka mengambil peluang ini untuk saling bertukar juadah untuk berkongsi perasaan merasai kenikmatan
berbuka puasa. Oleh kerana ibadah puasa disambut oleh umat islam dalam masa yang agak panjang iaitu
sebulan, lantaran itu masyarakat lain turut sama ingin memberi juadah untuk tujuan berbuka puasa kerana
mereka telah tahu dan faham waktu umat isalm berbuka puasa.
Sebelum sambutan sesuatu perayaan, terdapat berbagai-bagai jualan murah yang diadakan di pusat-pusat
membeli belah seperti jualan murah, jualan durian runtuh, jualan separuh harga, jualan penghabisan stok,
bazaar khas hari raya dan lain-lain semata-mata untuk menarik perhatian terutamanya umat islam untuk
membuat persediaan menyambut perayaan khususunya hari raya aidilfitri. Ini satu lagi masa yang ditunggu –
tunggu oleh semua masyarakat Malaysia kerana mereka akan berpusu-pusu menuju pusat membelibelah dan
bazaar tersebut dan peluang ini bukan sahaja diambil oleh umat islam malah, masyarakat lain juga turut serta
membeli belah bagi memenuhi kaperluan seharian mereka. Kesempatan sebegini telah memberi peluang
kepada kaum lain untuk mendekati secara lebih mendalam tentang adat-istiadat perayaan umat islam seperti
memakai baju kurung, jubah,tudung dan selendang bagi wanita dan baju melayu, samping, serta songkok bagi
lelaki. Selain umat islam, masyarakat india dan cina turut teruja untuk membeli dan cuba untuk menggayakan
sendiri pakaian berkenaan bagi menghadiri majlis rumah terbuka yang menjadi kebiasaan diadakan sama ada
oleh orang perseorangan, komuniti, daerah serta di peringkat kebangsaan. Keadaan ini dapat menunjukkan
sikap saling hormat-menghormati antara kaum kerana mereka memakai pakaian yang sopan dan apabila dilihat
secara imbas, kita tidak sedar mereka bukan umat islam kerana kebanyakannya cuba menggayakan pakaian
melayu. Justeru, fenomena ini membangkit dan menonjolkan semangat kekitaan di kalangan kaum di Malaysia.
Bagi golongan pekedai pula, mereka bukan sahaja terdri daripada kalangan orang melayu, malah kebanyakan
pasaraya besar dimonopoli oleh masyarakat india, cina dan pelabur asing. Oleh kerana masyarakat melayu
mengamalkan sikap terbuka, maka mereka tidak menghiraukan bangsa yang menjualnya kerana bagi mereka,
keutamaan diberikan kepada penjual yang menawarkan harga yang rendah dan berpatutan. Ini menujukkan
betapa rasionalnya masyarakat melayu dalam kehidupan mereka.
Keprihatinan tampuk pemerintahan di Malaysia terhadap mayarakat majmuk untuk mengekalkan keharmonian
hubungan masyarakat di Negara ini, kerajaan telah mengambil langkah terbaik dengan mengisytiharkan
perayaan-perayaan besar bagi masyarakat majority iaitu melayu, india dan cina sebagai cuti umum. Situasi
sebegini bukan sahaja memberi peluang kepada setiap kaum menyambut perayaan mereka malah, ia secara
tidak langsung dapat merapatkan hubungan inter dan intra kaum. Hubungan inter kaum bermaksud hubungan
dalam keluarga dan kaum itu sendiri kerana anak-anak akan pulang ke pangkuan keluarga, adik-beradik akan
bekumpul di rumah ibu bapa mereka, sementara sanak-saudara serta sahabat handai akan saling kunjung-
mengunjungi semasa sambutan perayaan tersebut. Jalinan kemesraan dan semangat intra kaum pula akan
wujud semasa majlis hari terbuka yang diadakan atau bagi sesetengah keluarga, mereka akan menggunakan
peluang cuti ini untuk beriadah dan bercuti di tempat yang popular serta berkemungkinan besar dapat
menemukan rakan taulan yang telah lama terpisah dek arus kehidupan masing-masing.
Pada perayaan aidilfitri itu sendiri, hubungan antara etnik diaplikasikan sepenuhnya elemen-elemen yang
tersebut diatas telah dihimpunkan dalam satu majlis. Contohnya, dalam aspek pakaian, mereka memakai
pakaian yang melambangkan identiti kemelayuan, dari segi makanan pula, mereka cuba menikamati pelabagai
juadah yang disajikan seperti ketupat,rending, kuih-muih dimana sesetengah juadah tersebut hanya masyrakat
melayu sahaja yang memiliki kepakaran untuk menyediakannya. Selain daripada itu, semangat muhibbah dapat
diterapkan antara kaum kerana mereka saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain tanpa megira kaum.
Budaya bemaaf-maafan semasa sambutan hari raya aidilfitri dapat meleraikan persengketaan antara mereka
tanpa mengira bangsa yang seterusnya boleh mencetuskan keharmonian dan kesejahteraan.

(Diterima drp Syida - sila pada link di bawah untuk baca)


1) pendahuluan syida.doc

2) hubungan masyarakat syida.doc

Kemasyarakatan
Di antara aspek-aspek aplikasi yang melibatkan hubungan etnik dalam kehidupan bermasyarakat adalah:
i) Gotong-royong
ii) Ziarah-menziarahi
iii) Rukun tetangga
iv) Hari Keluarga/ Sukaneka

i) Gotong-royong
Gotong-royong adalah aktiviti yang dilakukan secara bekerjasama beramai-ramai di dalam suatu kelompok
masyarakat. Gotong-royong biasanya diadakan untuk membersih persekitaran perumahan, semasa mengadakan
kenduri kendara ataupun mengadakan majlis-majlis rasmi. Gotong-royong juga merupakan satu platform yang
begitu baik bagi masyarakat untuk mengenali antara satu sama lain dengan berganding bahu untuk membersihkan
kawasan sekeliling perumahan supaya bertambah bersih. Dengan itu ia dapat mengelakan dari pelbagai penyakit.
Bukan itu sahaja hubungan yang erat dalam masyarakat dapat dieratkan lagi melalui pelbagai aktiviti seperti itu.
Segala kerja yang berat menjadi ringan bila kita bersama-sama bergotong-royong menjayakannya. Melaluinya kita
dapat membina hubungan baik dengan rakan-rakan lain yang berlainan agama dan bangsa. Dengannya juga kita
dapat memupuk satu semangat sukarela dan bantu-membantu di kalangan masyarakat terutama di kalangan anak-
anak muda.

ii) Ziarah-menziarahi
Ziarah-menziarahi bermaksud kunjung-mengunjungi ataupun lawat-melawati. Ia merupakan satu amalan
yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga dan juga sanak saudara. Kita hendaklah
menjaga adab-adab ziarah semasa hendak mengunjungi seseorang. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith di mana
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya,
tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak,
baliklah.”
(At-Tabrani).
Daripada hadith ini dapatlah dihuraikan bahawa
1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang
dilakukannya.
2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek
hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana
masyarakat yang aman dan harmoni.
3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu
i) Memberi salam terlebih dahulu
ii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
iii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan
muhrim
iv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
v) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
vi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.
4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan
keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan
penting yang hendak dilaksanakannya.
Di samping kita mengunjungi jiran-jiran, kita juga akan dikunjungi oleh jiran, kenalan ataupun sanak saudara. Maka
sebagai tuan rumah hendaklah kita memuliakan tetamu. Sebagaimana sebuah hadith iaitu:
Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari
kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat,
hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia
berkata yang baik atau diam.”
(Muslim)
Daripada hadith di atas dapatlah dihuraikan di sini bahawa tetamu, secara pasti datang dengan maksud dan
tujuan tertentu. Dalam konteks inilah Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar
memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat).
Dengan perkataan lain seseorang itu belum disebut beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, selama ia tidak
memuliakan tetamunya. Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa tetamu itu, sama ada kaya,
miskin, Islam ataupun kafir, Allah memerintahkan kita agar memuliakan mereka.
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat baginda
didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasa
tidak perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda memuliakan dan menghargai tetamunya dari
sesama pengikutnya. ‘Disebabkan ia bukan umatku yang beriman’, begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda
hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s
menyampaikan teguran Allah: "Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti
itu ? Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?" Jibril bertanya:"Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi ini?" "Allah!" Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. "Siapakah yang menciptakan
malaikat, jin dan manusia?" "Allah!" "Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?" "Allah!"
"Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?" "Allah!"
"Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?"
Nabi Sulaiman a.s terdiam dan terus bersujud.
"Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini." Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu
Allah:”Wahai nabi Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada
kemaafannya.". Bergegaslah Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-
cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar
tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: "Saudara,
tunggu...!" Tetamu tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. "Kenapa?" "Saudara... sudikah engkau
memaafkan perlakuan saya , ketika mana saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?" Orang itu diam. Dalam
hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam
golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda. Tetapi dia terus
juga bertanya: "Kenapa, wahai Sulaiman?" "Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku."
"Allah? Siapakah dia?" Tetamu itu bertanya. "Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang
menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa,
tidak ada sekutu bagi-Nya."
"Lalu, kenapa Dia menegurmu?" "Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak
memuliakanmu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku
berlaku tidak adil terhadapmu?"
"Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?" Tetamu itu
bertanya penuh taajub ."Iya...! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan
kemaafanmu" Nabi Sulaiman meminta.
"Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!" Orang itu memeluk nabi
Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.
Maka dengan sikap memuliakan serta hormat-menghormati di antara satu sama lain, ia adalah salah satu faktor
hubungan kemesraan di antara kaum dapat dikekalkan sehingga ke hari ini.

iii) Rukun tetangga


Rukun Tetangga adalah satu Jawatankuasa sukarela di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional.Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat
sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Penubuhannya diutamakan di kawasan-
kawasan kediaman di Bandar, pinggir Bandar , kawasan yang berisiko tinggi serta kawasan yang penduduknya
berbilang keturunan. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah
bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun
Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan
keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara.
Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan
Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029
aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam
menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin
dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
Antara aktiviti yang diadakan rukun tetangga adalah Aktiviti Jiran Wanita dan juga Aktiviti Belia. Aktiviti Jiran
Wanita adalah menjaga anak-anak yang umur kurang 4 tahun, aktiviti belajar memasak dan juga menjahit. Manakala
Aktiviti Belia pula adalah mengadakan latihan serta pertandingan sukan untuk para belia. Aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan bertujuan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berdikari, berdaya maju serta mewujudkan suasana
harmoni dan perpaduan di kalangan penduduk sejiran. Ia juga dapat menangani masalah sosial di kalangan remaja
dan belia yang kian berleluasa sekarang ini.

iv) Hari Keluarga/ Sukaneka

Hari Keluarga merupakan hari di mana semua ahli keluarga di dalam sesebuah jabatan ataupun di
sesuatu kawasan perumahan, dikumpulkan untuk melakukan pelbagai aktiviti yang biasanya
berkonsepkan kesukanan. Acara-acara yang disediakan juga berbeza mengikut kumpulan seperti untuk
kumpulan ibu-ibu acaranya seperti menganyam ketupat, acara memasak dan lain-lain. Acara untuk lelaki
dewasa seperti tarik tali, terompah gergasi dan sebagainya. Terdapat juga acara untuk kanak-kanak
seperti membawa bola dalam sudu, mengutip gula-gula dalam tepung dan sebagainya. Disamping itu
terdapat juga cabutan nombor bertuah dan juga jamuan makan. Dengan adanya acara seperti hari
keluarga ini maka masyarakat akan dapat kenal-mengenali di antara satu sama lain dan juga dapat
mengeratkan lagi hubungan sesama kaum.

AGAMA (PIPAH & K.YATI)

Dari segi keagamaan:

Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia merupakan sumber kekuatan. Satu aspek penting yang
menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah agama. Kepelbagaian agama di kalangan pelbagai penduduk Malaysia
merencamkan pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa , warna kulit, adat resam dan lain-lain lagi. Agama
memainkan peranan yang penting dan merupakan penanda jati diri yang kuat oleh pemimpin kita sejak awal lagi. Contohnya
prinsip Rukun Negara yang pertama telah menegaskan bahawa “ Kepercayaan Kepada Tuhan” ialah sebahagian daripada cara
hidup rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agamanya. Para penggubal Perlembagaan Malaysia telah mengutarakan
dengan jelas perihal mengamal agama masing-masing . Perkara 3 Ceraian (1) telah menegaskan agama Islam sebagai agama
Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Negara ini. Masyarakat yang menjunjung
dan mengamalkan agama ialah masyarakat yang diharapkan mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.

Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan kepada ajaran agama disertai dengan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t . Islam sebagai Al –Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan
kemanusiaan dan kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik). Justeru itu hubungan kemanusiaan sosial sudah
terkandung dalam ajaran agama Islam yang mementingkan perpaduan, perdamaian , keharmonian dan keamanan tanpa
mengira bangsa, ras , kaum dan etnik. Islam mewajibkan penganutnya menjalin dan memelihara hubungan baik dan beradap
sesama manusia walaupun dengan bukan Islam kerana ia adalah ajaran Islam yang mengajar umatnya agar menghindarkan diri
daripada permusuhan, perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfal, ayat 25
yang bermaksud: “ Dan jagalah diri kamu daripada berlaku dosa ( yang membawa bala bencana ) yang bukan sahaja akan
menimpa orang-orang zalim di antara kaum secara khusus, tetapi akan menimpa kaum secara umum)” .

Nilai-nilai murni yang bersifat universal bermanfaat kepada masyarakat tanpa mengira latarbelakang agama dalam sebuah
masyarakat majmuk seperti Malaysia. Nilai-nilai universal seperti ini terdapat juga dalam agama-agama lain yang diamalkan di
Malaysia. Kitab Veda agama Hindu yang tertua, iaitu Rig Veda mengungkapkan sebagai Loka Samastha Sukino Bhavantu yang
bermaksud “ Semoga semua makhluk di dunia hidup bergembira dan bebas” dan ayat ini diucapkan oleh penganut Hindu ketika
mereka beribadat. Petikan ini menunjukkan betapa universalnya penghargaan agama-agama utama dunia terahadap
keamanan. Malah keuniversalan ini bukannya satu kebetulan kerana istilah “ Islam “ dari segi etiologinya bermaksud
“keamanan” . Para penganut agama yang menghayati agama akan menjadi insan yang mencintai keamanan dan nilai-nilai
universal yang lain seperti bantu-membantu satu sama lain, sikap bermaaf-maafan, membanteras kemiskinan, menghormati
ilmu pengetahuan dan mencintai keadilan sosial adalah sebahagian daripada nilai sejagat yang dikongsi bersama oleh agama-
agama utama di Malaysia.

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk menjana kemajuan manusia untuk pembangunan fizikal, spiritual, pembangunan insan,
pembangunan ilmu demi kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. Pendekatan Islam Hadhari tidak hanya melibatkan bangsa
Melayu dan umat Islam sahaja, tetapi meliputi keseluruhan masyarakat di Malaysia. Kehidupan yang berteraskan akidah,
syariah dan akhlak Islam merupakan satu tuntutan dalam pendekatan Islam Hadhari untuk umat Islam di Malaysia. Masyarakat
yang memenuhi hak dan tanggungjawab sosial perlu mengatur hubungan dan pergaulan sesuai dengan peraturan yang telah
ditetapkan oleh Islam. Mereka mengatur hubungan dan pergaulan sesuai dengan kehendak dan tujuan syariat untuk
mewujudkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat terutama dalam jiran tetangga. Prinsip-prinsip yang ditekankan ini
amat bersesuaian sekali dengan nilai sejagat agama-agama lain di Malaysia yang masing-masing berteraskan konsep sipiritual
masing-masing. Peraturan, adab dan asas yang dimaksudkan merangkumi aspek seperti berikut:

a). Berkenal-kenalan antara satu sama lain

Perkara utama dan asas dalam kehidupan sosial masyarakat Islam adalah berkenal-kenalan kerana menjadi fitrah manusia
untuk hidup berkasih sayang dan saling berhubung di antara satu sama lain. Manusia dicipta dengan wujudnya kaum lelaki dan
perempuan yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik agar dapat hidup bersama dalam suasana yang harmoni, sejahtera ,
bersatupadu bagi mencorak dan membentuk sebuah masayarakat yang lebih berkualiti dan mantap dari segala aspek.

b). Persefahaman

Asas kedua penting dalam hubungan hidup bermasyarakat ialah saling memahami antara satu sama lain bagi mencapai
matlamat kehidupan yang berharmonis dan sejahtera. Persefahaman dalam konteks hubungan etnik boleh dicapai melalui cara
dimana perlu saling mengenali antara satu sama lain dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian.

c). Bekerjasama

Bagi mewujudkan kehidupan sosial yang lebih mantap di kalangan masayarakat majmuk terutamanya semangat berkerjasama ,
tolong menolong, saling bantu membantu antara satu sama lain merupakan elemen yang amat penting.

d). Persaudaraan

Menurut Kamus Dewan ( 2005 ) , persaudaraan bermaksud seperti bersaudara atau pertalian yang rapat sekali ibarat isi dengan
kuku. Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada konsep persaudaraan atas dasar beriman
dan bertakwa. Hal ini disebabkan hubungan berasaskan nilai tersebut lebih penting berdasarkan kebendaan , pertalian darah,
kesukuan atau yang lebih bersifat duniawi.

Segala asas hubungan sosial yang harmonis dan berteraskan prinsip-prinsip Islam Hadhari serta nilai-nilai keagamaan sejagat
boleh diwujudkan melalui langkah-langkah seperti :
i). Kemesraan dalam berkomunikasi
ii). Budaya ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi
iii). Sikap mengambil berat antara satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakat
iv). Saling hormat-menghormati dan memuliakan antara satu sama lain boleh
mewujudkan kemesraan dalam masyarakat
v). Menghormati jiran tetangga

Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar dalam soal-soal keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang lebih
penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang berbilang agama dan kaum. Justeru itu
program-program sosioekonomi untuk meningkatkan status ekonomi mereka yang memerlukan , pembangunan lebih
ditumpukan di kawasan di luar bandar dan desa contoh seperti sektor pertanian dan industri asas tani dan sebagainya.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk membentuk bangsa Malaysia melalui pelbagai program termasuklah pengukuhan konsep
perpaduan nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu menyumbang dan berbakti kepada negara serta
menumpahkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara di samping bersatu padu, saling menghormati, tolong
menolong dan berkongsi masa depan. Pendekatan ” Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian ” dalam proses
pembentukan bangsa Malaysia yang kuat telah diperkenalkan oleh kerajaan. Selain itu , Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)
telah digubal sebagai garis panduan dalam membentuk ,mewujudkan dan mengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat
berbilang kaum yang bersatu padu.

Sebagai warganegara Malaysia yang berjiwa merdeka, Rukun Negara merupakan teras ke arah mengwujudkan bangsa yang
berwibawa dan berprinsip. Rakyat mestilah mendokong kepercayaan kepada Tuhan dan menolak atheisme.

Lantaran itu, dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama , institusi agama merupakan
pemangkin ke arah membina integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan integriti ini dapat diterapkan dalam
pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan , media, ekonomi, politik dan pentadbiran dengan berlandaskan nilai-nilai
murni sejagat yang dikongsi bersama dalam setiap agama seperti Islam, Buddhisme, Hinduisme, Kristian, Sikhisme, Taoisme
dan fahaman Konfusianisme. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi keharmonian antara etnik melalui pemahaman terhadap
nilai-nilai sejagat di Malaysia di samping nilai-nilai murni yang dikongsi bersama seperti amanah, jujur, ikhlas, keadilan dan
keharmonian. Iklan TV3 ” Ikan dilaut, asam didarat ” membuktikan bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum boleh menjalin
hubungan baik dan bersatupadu. Media massa adalah mekanisme paling berkesan untuk memupuk perasaan muhibah dan
hubungan etnik yang positif. Perumpamaan ” bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat ” menggambarkan
signifikan kerjasama berkumpulan , bermesyuwarah dan saling memahami serta tolong menolong. Tanpa muafakat dan terlalu
banyak persengketaan akan menyebabkan negara kita mudah ditewaskan oleh musuh. Dalam Islam, orang yang
mempertahankan agama dan negara diberi penghormatan tinggi oleh Allah.

Kesimpulannya, di Malaysia agama merupakan satu institusi yang cukup penting dalam kehidupan setiap rakyatnya. Agama
bukan sahaja menjadi pegangan kerohanian dan spiritualiti untuk semua rakyat Malaysia yang beragama tetapi merupakan
faktor yang menentukan jati diri sesuatu kaum. Contohnya setiap kaum etnik Melayu dari segi Perlembagaan Persekutuan ialah
penganut agama Islam, majoriti etnik India beragama Hindu dan sebagainya. Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan
tetapi kedudukan agama-agama lain tetap diperakukan dan mempunyai tempatnya tersendiri.

Oleh itu, perkongsian harmoni atau co-existence, nilai-nilai agama Islam dan nilai agama lain di Malaysia mempunyai banyak
persamaan dari segi nilai-nilai sejagat yang diterima dan diamalkan, merupakan asas yang kukuh untuk membina sebuah
masyarakat bersatu padu dari segi hubungan etnik. Selain itu , pendekatan Islam Hadhari dalam kehidupan masyarakat pelbagai
golongan etnik boleh diterima sebagai satu usaha kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Pendekatan ini
akan membawa pembaikan dalam semua aspek kehidupan untuk menuju ke arah sebuah masyarakat dan negara maju bagi
mencapai objektif Wawasan 2020 di mana pendekatan ini mebawa kebaikan kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan
agama dan etnik.

ADAT RESAM
i) Kelahiran
( Adat kelahiran dan kematian kaum India yg di terima dari Neve)
Adat kelahiran India.doc
Adat Resam Kaum India Sewaktu Kelahiran

1. Ketika mengandung

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga
sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai
Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu? dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai
bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di
rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil
cumanggali.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan
emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan
untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

2. Sewaktu kelahiran
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang
bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan
membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun
begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan
moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.
Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum
mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga,
serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang
liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula
juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga
kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang
sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi
pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.

3. Selepas kelahiran
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya
iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk
mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur
barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai
sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan
mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang
sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan
perubatan.
Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas
sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin
normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan
bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap
kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin.
Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini
dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur
dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai
bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok.
Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan,
kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan
penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah
kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap
kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali
bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan
bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang
berkaitan dengan dewa-dewa.
Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara
memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan
dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan
persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya
dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi
pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh
sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama
yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

ADAT RESAM KELAHIRAN MASYARAKAT MELAYU


Pengenalan
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai
setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap
kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak
mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi
peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Melenggang Perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan
kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan
tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau
kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi
membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk
Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
Segantang beras
Sebiji kelapa
Beberapa urat benang mentah
Damar
Minyak kelapa atau minyak urut
Lilin
Tepak sirih yang lengkap isinya
Pengeras sebanyak RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil
tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Upacara Adat Melenggang Perut
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal
lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan
membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang
lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut
ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan
mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di
atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa
berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan
perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut
pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada
bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa
selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru.
Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari.
Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas
bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang
berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat
tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan
makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa
menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong
dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di
sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut
bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan
di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

Bayi yang baru lahir diazankan/diqamatkan


Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan
upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur
keagamaan.
Membelah Mulut

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan
membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap
atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang
dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu
menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak
diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang
yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama
empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama
seratus hari.
Ramuan asli untuk
wanita lepas bersalin
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara
makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota
badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai
sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada
badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau
direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Bengkung
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku
dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku
diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain
yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai
dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan
dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah
kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air
limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini
bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di
samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.

Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.
Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika
itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai
kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur
disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.

Nasi kunyit dan lauk-lauk


Seekor ayam hidup
Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian
Upacara cuci lantai
Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan
memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki
ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak
bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan
dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi
beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.
Memberi Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik
kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi
manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong
jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.
Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit
dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku
seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.
Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya
dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
Alatan potong jambul
Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang
dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa
ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung
tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan
menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan
orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu
tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara
menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak
menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan
atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan
dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah
bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu
dilahirkan.
Upacara potong jambul
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah
membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.
Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing,
lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan
berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih
haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi.
Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi
perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi
pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh
dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga
boleh dilakukan pada hari yang lain.
Naik Buai
Bayi dikelilingi ibu bapa dan
saudara mara
Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh
meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.

Bayi diletakkan di dalam buaian


yang dihias indah
Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang
menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang
akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung.
Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.
Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari
ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat
cukur rambut.

Jejak Tanah/Turun Tanah

Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan
anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan
untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan
secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun
barangan yang digunakan.
Upacara jejak tanah
Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri
selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di
atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan
dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam
tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang.
Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan
dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.
Upacara jejak tanah
Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan
kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu
mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini
juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke
piring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah
dijampi oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.
Bersunat / Berkhatan
Kanak-kanak mandi untuk berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan
akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini
akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat
atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.
Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau
berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping
itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah
majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan
majlis perkahwinan.
Rujukan:
http://malaysiana.pnm.my
http://www.ashtech.com.my

Adat kematian India.doc


Adat Resam Kaum India Sewaktu Kematian

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga akan melaksanakan beberapa adat sebagai penghormatan terakhir pada si
mati sebelum jenazah di bakar atau di kebumikan.
 Apabila seorang individu meninggal dunia, ahli keluarganya atau waris terdekat perlu mendapatkan Sijil
Kematian dan permit untuk melangsungkan upacara pembakaran mayat.
 Selepas mendapat permit, ahli keluarga atau waris perlu menghubungi syarikat yang menyediakan perkhidmatan
pengurusan upacara kematian bagi menentukan masa dan tempat jenazah boleh dibakar. Selain itu, kenderaan untuk
membawa keranda ke tempat pembakaran juga perlu ditempah.
 Di rumah, beberapa persediaan perlu dilakukan untuk menjalankan upacara kematian. Hanya anak lelaki, (anak
sulung jika ibu yang meninggal dan anak bongsu jika ayah meninggal) atau saudara lelaki terdekat dengan si mati
akan melangsungkan adat-adat tersebut.
 Jenazah akan diletakkan diruang tamu dengan kepala jenazah menghadap kearah selatan, ibu jari kedua-dua kaki
diikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan diatas dada dengan ibu jari kedua-dua tangan diikat bersama.
Jenazah ditutup sampai ke paras leher dengan kain putih untuk lelaki atau janda atau kain berwarna jingga, kuning
atau merah untuk wanita yang berkahwin atau bujang.
 Sebelum jenazah dimandikan, ahli keluarga terdekat akan menyapu minyak dan serbuk “seeka” pada dahi
jenazah. Hanya kaum lelaki akan memandikan jenazah jika simati adalah lelaki dan begitu juga jika simati adalah
seorang wanita.
 Selepas dimandikan, jenazah akan dipakaikan pakaian kegemaraanya atau pakaian yang digunakan ketika majlis
perkahwinan.
 Jenazah kemudian akan dimasukkan dalam keranda and di letakkan di anjung rumah dengan kaki simati
menghala ke pintu masuk rumah.
 Ahli keluarga dan kawan akan memberi penghormatan terakhir dengan mendendangkan lagu-lagu sembahyang,
meletakkan beras dan duit berdekatan dengan mulut jenazah dan berjalan keliling keranda sebanyak 3 kali. Ketika
ini, cucu-cucu simati akan berdiri di keliling keranda dengan memegang pandam, iaitu batang pisang yang diikat
dengan kain yang direndam dalam minyak sapi dan dinyalakan.
 Keranda kemudian diarak keluar dan di masukkan kedalam kenderaan khas untuk jenazah dengan diiringi anak
lelaki atau waris yang akan melangsungkan upacara pembakaran dan kaum lelaki sahaja.Kaum wanita tidak
dibenarkan ke tempat pembakaran mayat.
 Di tempat pembakaran, mula-mula, orang yang membantu dalam upacara kematian akan berjalan mengelilingi
keranda sebanyak 3 kali bermula dari kaki jenazah diikuti dengan ahli keluarga lelaki yang akan mengelilingi
keranda hanya sekali.
 Bacaan doa akan dilakukan dan seterusnya, anak lelaki atau waris akan mengangkut sebuah pasu tembikat berisi
air di bahu kirinya dan berjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali. Diakhir setiap pusingan, waris terdekat akan
membuat satu lubang pada pasu dan di pusingan akhir belanga itu dijatuhkan ke tanah. Selepas itu, jenazah akan
dibakar oleh anak lelaki atau waris.
 Di rumah, kaum wanita akan membersihkan rumah dan segala alatan yang digunakan untuk upacara kematian
akan dibuang.
 Keesokan hari, anak lelaki atau waris dan beberapa orang yang terlibat dengan upacara pembakaran akan
mengumpul abu dan tulang jenazah dan membawanya ke laut atau sungai dan dikocakkan dalam air.
 Selepas itu, pada hari ke 10, 12, 16 atau 31, anak lelaki akan ke kuil dan sembahyang.
 Tempoh berkabung adalah selama setahun dan orang yang melakukan upacara pembakaran tidak akan ke luar
negara, sembahyang di kuil atau menyambut sebarang perayaan.

ADAT RESAM KEMATIAN MASYARAKAT MELAYU


Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup.
Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan
mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah.
Semasa Kematian
Begitulah bagi kaum masyarakat Melayu Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang
perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian
itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di
kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam supaya
dituliskan di atas papan pemberi tahu masjid itu untuk pengetahuan orang-orang kampung
tentang siapa yang mati, bila dan di mana dikebumi atau dikuburkan. Kemudian dihebohkan
dengan mulut kepada kaum keluarga dan sahabat handai terdekat dan bagi sanak saudara
yang tinggal jauh pula diberitahu melalui telefon atau telegram atau dengan surat . Adalah
menjadi perkara mustahak untuk dihebohkan agar tidak ada sesiapa yang akan terkecil hati
disebabkan tidak mengetahui akan kematian si mati.

Sekiranya si mati meninggal pada sebelah petang atau malam, biasanya waktu
mengkebumikan mayat itu ditetapkan pada waktu tengah hari atau selewat-lewatnya pada
waktu petang esoknya. Jika si mati meninggal pada waktu subuh atau pada waktu pagi
maka masa mengkebumikannya akan dilakukan pada sebelah petang itu juga. Ini
disebabkan kerana adalah menjadi tuntutan agama Islam supaya mayat itu dikebumikan
dengan seberapa cepat yang mungkin. Pada sisi Islam adalah lebih afdal mayat
dikebumikan di dalam tempoh enam jam selepas waktu hayatnya.

Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari
kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-
dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Di
sebelah mayat itu diletakkan bara atau tempat perasap yang sentiasa berbara api dan
dibakar di dalamnya sejenis serbuk harum. Apabila dibakar atau dipanggil oleh masyarakat
Melayu "setanggi", atau kalau tidak setanggi maka dibakarlah serbuk kayu gaharu dan
bakaran ini diadakan berterusan selagi mayat itu ada di dalam rumah. Bahkan ada yang
meneruskan bakaran tepak bara dengan gaharu atau setanggi itu setiap siang dan malam
selama tiga hari.

Sementara menunggu alat-alat kelengkapan mandi, kapan dan keranda mayat itu disiapkan
yang akan mengambil masa beberapa jam lamanya, maka sesiapa daripada kaum keluarga
dan sahabat handai si mati itu yang ingin melihatnya bolehlah bergilir-gilir masuk melihat
mayat dengan hanya menyingkap kain tudung muka mayat itu. Setiap orang perlulah
cermat dan hormat ketika melihat mayat. Menjadi adat, selagi mayat itu masih berada di
dalam rumah hendaklah ahli-ahli pelawat yang datang berkumpul menziarah dan juga jiran-
jiran di sekeliling rumah mayat itu tidak membuat hingar bingar dan berbual-bual perkara
yang tidak senonoh. Ini adalah diadatkan oleh adat resam Melayu dan dikehendaki oleh
syariat Islam sebagai tanda menghormati insan yang telah pergi buat selama-lamanya dan
menganggap setiap mayat itu akan masuk syurga. Orang yang menziarah si mati akan
menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Semasa mayat masih berada di dalam rumah,
sebarang jamuan tidak akan diadakan.

Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan
cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan
begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di
kalangan ahli keluarga si mati sendiri. Mayat itu pun diangkat dan dibawa ke tempat yang
disediakan untuk dimandikan. Selesai memandikan mayat itu, tubuh badannya dilumur
serata-ratanya dengan dua jenis serbuk atau kapur barus dan cendana. Di celah-celah
pelipat dan lain-lain tempat yang mustahak diselitkan dengan kapas, kemudian barulah
mayat itu diangkat dan dibawa ke tengah atau ke serambi rumah itu untuk dikapankan iaitu
dipakaikan kain dan seluar daripada kain putih yang tidak berjahit. Setelah itu, dibungkus
atau disarung mayat itu dengan kain putih yang juga tidak berjahit. Kedua-dua jenis
pakaian yang dipakaikan ke atas mayat itulah yang dipanggil atau dinamakan kapan mayat.
Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain
putih.
Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula
sebanyak lima lapis beserta telekung. Mayat yang telah dibungkus itu tadi dililit dan diikat
dengan beberapa ikatan dari kaki hingga ke leher kecuali di bahagian kepalanya dibiarkan
tidak berikat untuk sementara waktu. Ini bertujuan pada masa itu diadatkan kaum keluarga
si mati itu dipanggil untuk menaburkan sejemput daripada serbuk cendana yang memang
sediakan, disekeliling kepala mayat itu, sebagai isyarat atau tanda penghormatan terakhir
kepada si mati. Setelah selesai adat menabur cendana itu barulah kepala mayat itu
dibungkus dan diikat.Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim
dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah.

Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.Kemudian dimasukkan


mayat itu ke dalam sebuah peti yang dipanggil keranda yang diperbuat daripada kayu yang
ringan. Di bawah keranda itu lantainya diregang tutup dengan sebidang kain putih yang
dilekatkan disekeliling papan keranda itu dengan pin-pin lekap. Setelah itu, keranda itu pun
diangkat dan diletakkan di atas usungan dan ditutup keranda itu dengan beberapa lapis
kain panjang yang elok-elok. Kain lapis pada atas sekali, biasanya diletakkan kain yang
bertulis ayat-ayat Al-Quran.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama
hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan
meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat
dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda
diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda
tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di
bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini.
Semasa Pengebumian
Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda untuk usung ke tanah perkuburan.
Kemudian barulah dipikul dan diusung oleh orang ramai dengan bergilir-gilir dan berjalan
secara perlahan-lahan ke masjid yang berhampiran dengan tanah perkuburannya untuk
disembahyangkan jika mayat itu tidak disembahyangkan di rumahnya. Sepanjang
perjalanan orang ramai dikehendaki mengiringi mayat di sepanjang jalan mayat itu ke
kuburnya, di mana bacaan surah al-fatihah disedekahkan sebagai hadiah kepada roh si
mati.
Setibanya di masjid, diturunkan keranda itu daripada usungannya lalu dibawa masuk ke
dalam masjid dan diletakkan berhadapan dengan mihrab masjid itu dan kemudian tampillah
sekalian haji-haji, lebai-lebai dan juga orang yang mengiringi mayat itu tadi
menyembahyangkan mayat itu. Setelah itu, mayat itu pun dipikul kembali oleh beberapa
orang untuk di bawa ke kubur yang telah siap sedia digali. Kaum lelaki digalakkan
menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana
dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan
terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.Mayat dengan kerandanya
itu pun dimasukkan ke dalam kubur itu. Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atau
sesiapa berkenaan akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu dan
mengerengkan mayat itu serta dibukanya ikatan kapannya. Mayat itu disendal dengan
kepal-kepal tanah yang kebanyakannya dikepal oleh keluarga si mati, kubur itu ditimbus
dengan tanah.

Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untuk
memacakkan batu nesan pada kemudian hari. Ada juga yang sudah sedia membawa dua
batang batu nesan untuk dipacakkan pada masa itu juga. Siap sahaja kubur itu ditimbus,
tampillah seorang haji, imam atau orang alim di tepi kubur itu dimana telah dibentang
untuknya duduk sebidang di atas tikar sila atau tikar kecil. Di tepi kubur itu disediakan
setalam bunga rampai atau pelbagai bunga changa dan disediakan juga satu atau dua
balang air cendana. Di atas tikar sila itulah duduk tuan haji, lebai atau tuan alim membaca
talkin dan bertahlil serta membaca doa untuk si mati itu. Ada juga dahulu, diadatkan orang
yang membaca talkin itu dipayungkan walaupun hari tidak hujan atau cahaya matahari
tidak memacar ke atasnya. Setelah selesai talkin, tahlil dan doa dibaca dan diaminkan oleh
sekalian pengiring-pengiring mayat yang masih ditempat perkuburan itu, lalu air kedua-dua
balang itu pun disiramkan ke atas kubur itu dari kepala sampai ke bahagian kakinya
sehingga habis air di dalam balang itu. Kemudian bunga di dalam talam itu pun ditaburkan
serata di atas kubur itu. Dengan demikian, selesaiah adat mengkebumikan mayat itu dan
bersurailah sekalian yang hadir ditempat perkuburan itu. Ada juga yang sebelum bersurai,
bertemu dan bersalaman dengan bapa atau waris si mati itu.

Mengusung Keranda Ke Tanah Perkuburan

Selepas Kematian
Dari zaman-berzaman hingga ke sekarang ini telah dijadikan adat resam Melayu
mengadakan kenduri arwah, pada hari-hari ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh
dan keseratus kemudian selepas hari mati itu dan kadang kala setiap tahun mengadakan
kenduri arwah sebagai tanda memperingati si mati sambil mensedekahkan mendoakan
kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang
melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan
membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu
meninggal dunia.
Rujukan :
http://www.ashtech.com.my
http://malaysiana.pnm.my

ii)Perkahwinan (untuk bahagian ini kak CT dah bagi isinya...sila kik untuk baca)
Hubungan Etenik.doc
1. Pendahuluan :
Etnik atau kumpulan etnik secara umumnya difahami sebagai masyarakat suku,
atau masyarakat yang secara tradisi memiliki persamaan identitas. Wujud identitas
itu misalnya bahasa, tempat tinggal pola kekerabatan, pola perkahwinan, makanan
dan lain-lain. Bahasa sebagai salah satu identity bangsa.
Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup dalam
aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan bertoleransi.
YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah
secara kebetulan tetapi menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan
perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada
pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang.
[Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]
DiMalaysia kita mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina India dan lain-
lain. Kaum melayu merupakan kaum yang terbesar di Malaysia dan kaum India
merupakan kaum yang ketiga terbesar. Orang Melayu juga menerima bahasa
kelompok etnik lain walaupun bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaian
kebangsaan yang berasaskan kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik
walaupun setiap kelompok etnik mempunyai pakaian etnik masing-masing.
2. Masyarakat melayu:
Terkenal dengan adat dari awal kelahiran sehingga ke perkahwinan seseorang
berbangsa melayu.
i) Perkahwinan
Sesuatu perkahwinan itu dimulai dengan adat merisik atau dipanggil menengok
yang bertujuan untuk memastikan gadis yang dihajati oleh sesorang lelaki masih
belum berpunya, ia juga bertujuan untuk menyelidiki latarbelakang sigadis
berkenaan.

ii) Bertunang
Setelah perbincanngan diadakan majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak
lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara maranya untuk upacara
bertunang. Pada hari pertunangan majlis kenduri akan diadakan dirumah pihak
perempuan.
Pertunangan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada
wakil pihak perempuan menyatakan lamaran mereka secara resmi. Pantun sering
digunakan untuk memulakan majlis.
Setelah pertunangan diterima secara resmi wakil pihak lelaki akan berbincang
tentang belanja hantaran perkahwinan dan tempoh pertunangan dan lain-lain yang
berkaitan. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan ikatan pertunangan tersebut
semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira
hangus sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian semua harus
dikembalikan sebanyak dua kali ganda.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah acara menyarungkan cincin oleh wakil
pihak lelaki yang terdiri daripada ibu atau saudara perempuannya akan
menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda kejari manis gadis yang
dilamar.Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
Mengikut adat sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum
berkahwin hantaran untuknya juga harus diberikan. Adat ini dipanggil langkah
bendul.
Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu ada 5,7,9,atau 13
dulang kerana jumlah genap dikatakan kesan yang tidak baik. Jumlah hantaran
yang diberi oleh pihak perempuan biasanya melebihi jumlah hantaran pihak lelaki.
Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan
utama, sebentuk cincin berserta hantaran lain seperti bunga rampai ,buaha-buahan,
persalinan pakaian dan lain lain yang digubah akan diberi kepada pihak
perempuan.

iii) Akad nikah


Merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan Melayu iaitu orang
Islam. Dijalankan selepas segala perjanjian yang diikat diantara kedua mempelai
dilaksanakan seperti wang belanja , mas kahwin dan barangan hantaran. Bapa
pengantin perempuan akan menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Sementara
menantikan kedatangan rombongan pengantin lelaki majlis berzanji atau pukulan
kompang diadakan. Selepas itu tok kadi akan membacakan lafaz nikah sambil
berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki
mengulang sebaik tok kadi menggoncangkan tangannya. Saksi akan mengesahkan
samada lafaz tersebut jelas atau tidak jelas.
Selepas itu terdapat adat membatalkan air sembahyang iaitu isteri bersalamnan
dengan si suami sebagai tanda air sembahyang telah dibatalkan. Pengantin lelaki
akan memakaikan cincin atau rantai kepada isteri mengikut daerah atau negeri
masing-masing.
iv) Bersanding
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari berlangsung atau hari bersanding. Ia
merupakan kemuncak istiadat perkahwinan digelar raja sehari. Pengantin
perempuan diandam oleh mak andam sebelum persandingan bermula. Bagi mak
andam tradisional solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk
menaikkan seri muka pengantin. Terdapat juga majlis makan berdamai atau
beradab antara kedua belah pihak
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

iii)Perayaan

BAHASA

KAUM INDIA : Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam


KAUM MELAYU : Bahasa Melayu
Komunikasi antara kaum kebanyakan di dalam bahasa Melayu dan sebahagian bahasa inggeris

POLITIK
Secara umumnya di kebanyakan Negara Sedang Membangun, isu perkauman selalunya mencorakkan
pentas politiknya. Begitu juga politik di Malaysia yang tidak terlepas dari dipengaruhi unsur-unsur ini. Oleh
itu usaha untuk memelihara kestabilan politik yang bersandarkan kepada kerjasama antara kaum terus
menjadi agenda utama negara. Walaupun berhadapan dengan berbagi cabaran, Malysia masih lagi
dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksankan sistem demokrasi dengan berkesan.
Dalam konteks politik domestik, demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak
pilihan raya umum yang pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, Melayu, Cina dan India
telah bersatu untuk mendesak Inggeris memberikan kemerdekaan. Di peringkat ini perjuangan menuntut
kemerdekaan menjadi pengikat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan parti
iaitu Perikatan.

Selain itu pimpinan parti Perikatan yang mengamalkan sikap bersederhana juga turut mengukuhkan
kerjasama di antara kumpulan-kumpulan etnik yang mereka wakili. Menurut R.K.Vasil, pakatan dalam
parti Perikatan pada dasarnya telah menerima kepimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan murni
antara kaum. Tuanku senagai Perdana Menteri pertama telah diterima oleh kaum-kaum lain selain
keupayaan Tuanku mempengaruhi orang-orang Melayu dan bukan Melayu bertolak ansur dalam
beberapa perkara asas.

Walaubagaimanapun perjalanan politik Malaysia telah menjalani jalan yang berliku terutamanya tempoh
tahun 1957 hingga 1959. Terdapat beberapa pergolakan dalaman anggota parti Perikatan. MIC
menunjukan sikap tidak puas hati kepada Perikatan dengan menentang calon UMNO dalam pilihanraya
kecil di Selangor tahun 1958. Lebih jauh lagi, sekitar tahun 1950an hingga lewat 1960an, majoriti ahli-ahli
majlis kerajaan tempatan di Ipog, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur terdiri dari kalangan anggota
pembangkang.

Selepas era 1960an perjalanan politik Mlaysia terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik
dalam pakatan pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya. Hal ini terbukti dengan
penubuhan Barisan Nasional 1974. Rekod Barisan Nasional yang terus kekal memerintah sehingga kini
sebahagiannya adalah kerana kerjasama parti-parti komponennya. Membina ikatan kerjasama dan
merancang serta melaksanakan program pembangunan negara secara berterusan telah berjaya
mengikat sokongan rakyat setiap kali pilihanraya umum hingga kini.

Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik
melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekang anasir-anasir yang cuba memecahbelahkannya.
Justeru, struktur hubungan etnik di Malaysia kini adalah dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang memiliki
batas keetnikan yang nipis. Bentuk perhubungan mereka adalah berasaskan perkiraan non-etnik. Secara
rasional hubungan mereka lebih bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jaringan silang budaya
dan merentas etnik masing-masing ( Mnsor Mohd Noor, 2005).

Namun demikian, cabaran dasar yang dihadapi ialah kewujudan kumpulan tertentu yang memanipulasi
isu tertentu dan mengaitkannya dengan keetnikan yang sempit demi kepentingan mereka . Perkara ini
sering dilakukan dalm tempoh-tempoh tertentu sperti pilihanraya dan kemasukkan ke institusi pengajian
tinggi. Kumpulan ini masih kabur dengan bentuk identiti bangsa yang diinginkan dan ia mnyukarkan tugas
membentuk negara bangsa yang telahpun diasaskan binaannya oleh arkitek kemerdekaan yang
terdahulu (Mansoor Mohd Noor, 2005).

Dasar dan Iltizam Kerajaan untuk Perpaduan

Dengan kedudukan politik secara relatifnya kuat dan stabil, kerajaan telah beriltizam merancang dan
melaksanakan pelan tindakan mengukuhkan perhubungan antara etnik ke arah mewujudkan perpaduan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas adalah mengarah kepada lndasan yang tepat demi
mewujudkan masyarakat yang harmonis. Ini adalah kerana asas yang dijadikan landasan dasar dalam
orientasi dan falsafah pendidikan negara menggunakan acuan tempatan, contohnya bahasa pengantar,
sukatan mata pelajaran dan kurikulumnya.

Selain itu kekuasaan politik juga boleh membawa kepada perancangan untuk memperbetulkan jurang
ekonomi antara etnik. Ini adalah kerana jurang ekonomi antara etnik masih lagi belum ditangani secara
efektif. Bermula dengan Dasar Ekonomi Baru dengan objektif serampang dua mata, diikuti dengan Dasar
Pembangunan Nasional, dan kini negara ini di era Pembangunan Wawasan. Hingga kini usaha dan
tindakan yang dijalankan oleh pihak kerajaan telah sedikit sebanyak berupaya mengurangkan jurang
tersebut. Walau bagaimanapun matlamat yang disasarkan menjelang tahun 2020 masih lagi jauh. Justeru
komitmen senua pihak yang tidak berbelah bagi boleh mempercepatkan pencapaiannya.

Perpaduan politik juga tereus menjadi agenda utama kerajaan. Salah satu kaedah yang sering
dipraktikan dalam spektrum politik ialah konsensus atau persetujuan di mana pemerintah mendapat
kuasanya dengan persetujuan rakyat melalui pilihan raya bebas. Pemimpin parti yang memerintah harus
mengamalkan semangat perundingan bagi memastikan penyertaan bersama dalam proses tadbir urus
negara. Formula ini diterapkan dalam Barisan Nasional yang telah berjaya menyatukan pelbagai
kumpulan etnik khususnya kaum Melayu dan India dengan pelbagai perbezaan dengan semangat
musyawarah. Gagasan Barisan Nasional telah berjaya menyelesaikan masalah-masalah dalam bidang
politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Natijahnya sebarang pertelingkahan dapat
dibenteras dan kestabilan politik dapat negara dapat dipertahan sehingga kini.

Iltizam yang berterusan oleh pihak kerajaan disamping sokongan pihak masyarakat merupakan formula
utama mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu dan maju.

EKONOMI

Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi
pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara
dibahagikan kepada tiga peringkat; (i) rancangan pra-merdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan
Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan separuh Rancangan Malaya Pertama (1956-1960); (ii)
perancangan lepas merdeka, merangkumi Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan sebahagian
daripada Rancanagn Malaysia Pertama (1966-1970); dan (III) perancangan dalam era Dasar Ekonomi
Baru hingga kini.

Secara umumnya sistem ekonomi Malaysia adalah berasaskan laissezfaire atau sistem ekonomi pasaran
bebas yang diadaptasikan daripada warisan Inggeris. Kerajaan pada asasnya membataskan kuasanya
dalam regulasi perniagaan., pengurusan dan perbankan demi menjaga pelabur-pelabur asing (Lim Mah
Hui dan William Canak, 1981). Semasa era penjajahan, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem
ekonomi moden. Walau bagaimanapun sistem ekonomi tradisional masih dikekalkan. Kesan langsung
daripada sistem ini ialah mewujudkan sistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme ini merujuk
kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza serta bergerak seiringan dengan garis etnik.

Pertama, sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdaganganmoden terutamanya berasaskan


perusahaan getah dan bijih timah. Sistem ekonomi ini berorientasikan budaya bandar dengan asas
pasaran bandar, corak pengurusan dan teknik organisasi berteraskan berteraskan bandar. Mobilisasi
modal juga berasaskansumber-sumber bandar. Ekonomi jenis ini adalah di bawah kawalan Inggeeris dan
juga firma asing. Sektor ini banyak melibatkan kelompok etnik India berbanding Melayu. Kedua, sistem
ekonomi tradisional yang diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah
padi dan perikanan. Teknik pengeluaranya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh
kaum peribumi. Ia bercirikan budaya luar bandar (Ness, 1967).

Secara langsung ekonomi dualisme ini dapat mengidentifikasi agihantenaga kerja mengikut kaum utama
di Malaysia. Oramg Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional. Ciri-ciri ekonomi orang Melayu di
sektor ini ialah pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi dan nelayan kcil-kecilan. Di sektor ini insiden
kemiskinan adalah tertinggi. Sektor termaju, jelas ketidakseimbangan antara etnik berlaku. Kaum Melayu
dan India masing-masing cuma menguasai satu perempat sahaja daripada keseluruhan sektor ini. Lebih
daripada itu, dalam lingkungan sektor ini jurang etnik lebih luas lagi. Sebagai contoh, separuh daripada
kaum Melayu yang terlibat dalam sektor ketiga (tertiary) adalah di sektor kerajaan (termasuk polis).
Sementara itu kaum India pula ramai terlibat dal sektor pengangkutan awam (terutamanya keretapi),
dalam perkhidmatan awam serta perniagaan dan kewangan.

Sehubungan denagn corak taburan perekonomian semasa, jurang purata pendapatan antara kumpulan
etnik seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan jelas belum seimbang lagi. Bumipetera
masih lagi tertingal ke belakang berbanding etnik lain. Begitu juga bandingan antara kawasan bandar dan
luar bandar yang jelas memperlihatkan jurang yang luas.

Berdasarkan gambaran umum ketara sekali isu yang berkaitan dengan eonomi memerlukan iltizam yang
kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan
kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama dalam
memupuk kerjasama antara kaum.

PERKAHWINAN

Adat Perkahwinan India

Sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam
perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa adat yang
perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum India itu sendiri. Di
antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat kad jemputan, mukurtta kaal
dan lain-lain.

Parisam adalah suatu adat seumpama pertunangan di dalam masyarakat melayu. Ia adalah adat memberi
hadiah kepada bakal pengantin perempuan. Terdapat dua jenis adat parisam iaitu parisam biasa dan udan
parisam. Adat ini akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam
akan disediakan dalam jumlah yang ganjil oleh pihak lelaki.

Bakal pengantin lelaki akan mengetuai rombongan membawa parisam ke rumah pengantin perempuan.
Ketibaan rombungan akan disambut dengan bunyian alat-alat muzik tradisional. Selepas upacara
sembahyang dijalankan, bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari
kepada anaknya. Setelah memakai sari tersebut, bakal pengantin perempuan akan dibawa keluar ke ruang
tamu. Saudara mara akan mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai, pada masa yang sama kad
jemputan akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

Bagi masyarakat India beragama Hindu, kad jemputan kahwin memainkan peranan yang penting.
Ia akan dibuat berpandukan kalender Hindu, yang mana akan dipasti tidak berlaku sebarang kesilapan.
Kad yang telah siap dihasilkan akan menjalani beberapa upacara keagamaan seperti disapukan dengan
cecair kunyit dan dibawa ke kuil, kemudian barulah dibawa kerumah bakal pengantin untuk diberikan
kepadanya.

Thaali atau Tjrumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher yang dikalungkan ke
leher kedua-dua pengantin semasa upacara perkahwinan dijalankan. Ia adalah lambang suci sesuatu
perkahwinan itu. Thaali boleh diperbuat daripada emas ataupun hanya daripada kunyit sahaja yang
kemudiannya diikat pada benang. Proses pembuatan thaali dilakukan tujuh atau sembilan hari, sebelum
hari perkahwinan oleh pembuat thaali. Apabila siap ia akan menjalani upacara sembahyang dan akan
dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

Lima hari sebelum hari perkahwinan adat Mukuurta Kaal akan dilakukan dirumah pengantin
lelaki. Untuk menjadikan mukuurtta kaal, sebatang pokok muda akan ditebang, pokok tersebut hendaklah
lurus, berukuran dua atau tiga meter dan berukur lilit diantara 20 hingga 30 sentimeter. Mukuurtta Kaal
akan didirikan setelah menjalani upacara keagamaan yang khusus. Adat ini dilakukan bagi
menandakan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

Thirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami dan


isteri. Terdapat tiga jenis Thirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbeza mengikut
suku kaum masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam
dan Diya Thairumanam.

Upacara perkahwinan akan dilakukan oleh Pedanda. Pengantin lelaki akan


mengalungkan thaali ke leher pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin akan
memberi hormat kepada kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai segala upacara
keagamaan dan jamuan, pengantin perempuan akan ke rumah pengantin lelaki sebagai
menghormati suami selepas disahkan sebagai suami isteri.
Kemudian pengantin lelaki akan dikehendaki ke rumah pengantin perempuan pula selama
tiga hari.

Tiga hari selepas majlis perkahwinan upacara meroboh khemah akan lilakukan.
Sedikit jamuan akan dilakukan yang mana hanya melibatkan mereka yang terlibat sahaja.

Rujukan : http://malaysiana.pnm.my/01/0103ind

Adat perkahwinan
MASYARAKAT MELAYU

Dalam masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan adalah ciri budaya yang
penting, Upacara perkahwinan telah dianggap sebagai suatu tanggungjawab
bersama.
Sesuatu majlis perkahwinan itu dibuat bergantung kepada keupayaan keluarga yang
menganjurkannya. Sama ada besar atau kecil sesuatu majlis perkahwinan yang diadakan yang
penting adalah kemeriahannya. Bagi masyarakat kampung biasanya majlis hanya diadakan
secara sederhana sahaja.
Sebelum pasangan Melayu itu disatukan, mereka perlu melalui beberapa peringkat adat didalam
masyarakat Melayu. Adat-adat tersebut adalah adat merisik, meninjau,meminang dan akad
nikah.
Bagi masyarakat Melayu lama, jodoh anak-anak adalah ditentukan oleh ibu bapa. Anak-anak
perlu patuh pada pilihan yang telah mereka tentukan.
Memilih pasangan hidup bukan hanya berdasarkan paras rupa sahaja, malah asal usul turut
dititik beratkan.
Didalam masyarakat Melayu moden sekarang, peranan ibu bapa tetap penting bagi
memilih pasangan anak-anak. Biasanya anak-anak akan meminta pandangan ibu bapa
berkenaan pasangan mereka, walaupaun pasangan itu pilihan mereka sendiri.
Merisik dan Meninjau
Adat merisik adalah suatu istiadat yang dilakukan oleh pihak lelaki untuk memastikan gadis
yang menjadi pilihan masih belum berpunya. Di dalam Islam adalah menjadi kesalahan jika
meminang gadis yang telah menjadi tunangan orang lain. Oleh sebab itulah istiadat merisik
dibuat bagi mengelakkan kejadian tersebut terjadi. Adat merisik ini akan dilakukan oleh saudara
mara terdekat pihak lelaki dan ia dilakukan secara tertutup
Adat meninjau atau menengok pula dilakukan dengan keadaan lebih terbuka. Adat ini dilakukan
bertujuan untuk mengetahui latarbelakang bakal pasangan. Meninjau boleh dilakukan dengan
bertanya jiran tetangga,di kedai atau tempat orang ramai berkumpul yang berhampiran rumah
bakal pasangan. Meninjau boleh juga dilakukan terus ke rumah bakal pasangandengan cara
bertandang ke rumahnya tampa memaklumkan terlebih dahulu, ini bertujuan untuk melihat
suasana sebenar rumah bakal pasangan itu. Adalah dipercayai jika semasa wakil sampai,
perempuan tersebut sedang mandi atau membasuh, ia dikatakan serasi atau sejuk dan sesuai
untuk dibuat isteri. Sebaliknya jika perempuan terbabit sedang memasak, ia dianggap panas
dan tidak serasi. Wakil tidak akan bertanya sebarang soalan secara langsung, tetapi penilaian
hanya dibuat melalui percakapan biasa dan pemerhatian.
Walau bagaimanapun adat merisik dan meninjau jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan
terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
Melamar atau meminang
Melamar bermaksud, menanyakan persetujuan daripada pihak perempuan
sebelum adat bertunang dilakukan. Adat ini dilakukan secara tidak terbuka dan
tidak rasmi oleh wakil lelaki yang terdiri daripada saudara mara terdekat.
Biasanya sebentuk cincin akan diberikan, ia disebut sebagai ’cincin tanda’, di
Kelantan ia disebut sebagai ’tanda mulut’. Tanda ini boleh juga terdiri dari benda
lain selain daripada cincin.
Pada kebiasaannya pihak perempuan akan meminta tempoh bagi
memberikan jawapan, supaya tidak dikatakan ‘menjual murah’ disamping
mengambil masa untuk menyiasat latar belakang lelaki terbabit. Bagi pihak si gadis ,
terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki
antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai
pekerjaan yang baik
Setelah lamaran diterima, kedua-dua belah pihak akan berbincang bagi
menetapkan tarikh peminangan. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan
berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang
untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.
Upacara melamar ini tidak menjadi suatu yang wajib bagi sesetengah keadaan
atau tempat, sebaliknya diteruskan sahaja kepada upacara pertunangan.
Bertunang
Meminang adalah suatu aturcara yang dilakukan secara rasmi sebagai tanda
penerimaan pihak perempuan. Istilah meminang berasal berasal dari perkataan pinang. Buah
pinang merupakan bahan utama dalam istiadat tersebut. Pinang melambangkan lelaki kerana ia
keras dan sirih melambangkan perempuan.
Upacara peminangan lazimnya dilakukan secara sederhana. Si teruna akan mewakilkan dua
orang atau lebih saudara maranya yang terdekat untuk pergi ke rumah gadis bagi melakukan
peminangan secara rasmi. Si gadis pula akan diwakili oleh kedua-dua ibu bapanya, dan juga
saudara mara terdekat.
Pihak si teruna akan datang membawa barang barang hantaran seperti sirih junjung,
sebentuk cincin, set persolekan, bunga rampai, kuih muih dan buah buahan. Barang-barang
yang dibawa berbeza mengikut negeri, tetapi sirih junjung dan cincin adalah merupakan barang
wajib.
Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran
untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya
ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi
yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak
lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang
menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis
persandingan dijalankan.
Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak
perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan
untuk memeriahkan majlis.
Setelah menetapkan tempoh pertunangan dan hari perkahwinan serta hal-hal yang berkaitan
degannya, barulah jurucakap pihak lelaki menyerahkan barang-barang hantaran kepada pihak
perempuan. Wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan
lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua
belah pihak.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau
saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar.
Si gadis pula sudah siap berpakaian kemas dan sopan, biasanya baju kurung atau kebaya, dan
duduk di dalam billk tidur yang turut dihias indah.
Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Mengikut adatnya jika pihak
lelaki mungkir janji dan menyebabkan perkahwinan dibatalkan maka semua pemberian semasa
bertunang tidak akan dikembalikan. Tetapi jika pihak perempuan yang mengambil keputusan
untuk memutuskan pertunangan, maka semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali
ganda.
Di sesetengah tempat, majlis pertunangan akan dihadiri oleh Datuk Penghulu, Imam atau orang
tua-tua yang berpengaruh di kampung itu untuk menjadi saksi kepada segala perkara yang
dibincangkan serta persetujuan yang telah dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

Akad nikah
Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang
rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan
merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Setelah tiba hari yang ditentukan,
majlis akad nikah diadakan, Upacara itu dijalankan selepas segala perjanjian
atau syarat yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang
belanja, mas kahwin dan barang-barang lain, seperti mana yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Upacara akad nikah adalah kemuncak kesahihan perkahwinan sepasang suami
isteri. Upacara akad dilakukan oleh kadi atau imam atau orang yang telah
ditauliahkan oleh syarak.
Upacara akad nikah boleh dilakukan sama ada di masjid, di rumah
pengantin perempuan atau di pejabat kadi, Jikalau di rumah pengantin
perempuan, akad nikah biasanya diadakan pada sebelah malam, iaitu selepas
sembahyang Isyak. Lazimnya, sementara menanti kedatangan rombongan
pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan rebana diadakan.

Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali
untuk menikahkan anaknya. Bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkan kepada
Tok Imam untuk melaksanakan akad itu jika dia mahu.
Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan
diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki
akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan
menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak
dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara
umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut
agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan
dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam
menggoncangkan tangannya.
Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak
jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa
selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai
telah selamat diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air
sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang
menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan
sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai
akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar.
Malam berinai

Setelah selesai majlis akad nikah,diadakan pula adat berinai besar.


Biasanya pengantin lelaki duduk di atas pelamin seorang diri, Kemudian
Saudara mara pihak perempuan akan melakukan upacara berinai untuknya.
Setelah selesai, pengantin perempuan pula mengambil tempat duduk manakala
saudara mara pihak lelaki pula akan melakukan upacara berinai untuknya.
Sesetengah tempat, upacara diadakan pada malam hari di atas pelamin, iaitu untuk
pengantin perempuan sahaja. Majlis itu boleh dikatakan sebagai majlis untuk
keluarga kerana tiada tetamu yang diundang, sebaliknya hanya kaum keluarga
yang terdekat dan sahabat handai yang rapat sahaja.
Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah
pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan
tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang
berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

Berandam
Sebelum tiba waktu bersanding, pengantin perempuan akan di andam oleh mak andam.
Adat berandam ini ialah mengerat anak rambut di atas dahi dan di pelipis. Bakal pengantin
perempuan itu akan diperelokkan bulu keningnya. Kononnya, adat berandam ini dibuat untuk
membuang sial atau kecelakaan, serta untuk mengetahui sama ada gadis itu masih mempunyai
dara ataupun tidak,
Ada juga yang melakukan upacara mengasah gigi pengantin perempuan dengan menggunakan
sejenis batu khas. Ini dilakukan untuk menyamakan semua gigi serta menambahkan seri pada
wajah bakal pengantin. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.

Berarak dan bersanding


Sebelum adat bersanding dimulakan di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki
ditempatkan di rumah penanggak.
Di rumah penanggak, pengantin lelaki disiapkan dengan pakaian khas, iaitu sepasang baju
melayu, biasanya yang dibuat daripada songket, Dia juga dihias dengan tanjak, bengkung can
sebilah keris yang disisipkan di pinggang.
Manakala pengantin perempuan pula berbaju kebaya panjang songket, dan biasanya
dipadankan dengan warna pakaian pengantin lelaki. Pengantin perempuan turut dihiasi dengan
berbagai-bagai jenis perhiasan seperti anting-anting, gelang Langan, cincin dan cokoh.
Setelah kedua-dua pihak siap berpakaian, pengantin lelaki diarak dari rumah penanggak ke
rumah pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki ini diiringi dengan bunga manggar
dan pasukan kompang atau rebana.
Apabila sampai di pekarangan rumah pengantin perempuan,
Perarakan itu disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin lelaki disuruh
berdiri sebentar di luar rumah kemudian pengantin
perempuan akan turun menyambut pengantin lelaki. Kemudian pasangan
pengantin itu dibawa ke halaman rumah, Mereka duduk di tempat khas yang
disediakan. Suatu persembahan pencak silat diadakan sebagai penghormatan
untuk raja sehari.
Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka
pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu
membayar tebus pintu atau tebus pelamin.
Setelah selesai, pasangan pengantin itu dibawa naik ke rumah untuk
disandingkan. Mereka bersanding di atas pelamin yang dihias indah, dengan
disaksikan oleh saudara mara kedua-dua belah pihak. Semasa adat bersanding diadakan,
adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari
tersebut.
Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya
dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman
dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah
tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi
sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis
bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa
mengadakan majlis persandingan.
Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah
kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua
pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.

You might also like