You are on page 1of 28

Wah!

Pandainya Dia Berkata-Kata


Author: Robiah K. Hamzah
Binding: Softcover, 144 Pages (2006)
Publisher: PTS Millennia Sdn Bhd
ISBN: 9833603122
Price: RM12.00
 
Sinopsis
Kemahiran komunikasi membolehkan remaja berasa yakin yang dia mampu mengatasi
kegagalan, mencapai tujuan positif dan menangani dirinya dengan tenang dalam pelbagai situasi.

Kajian menunjukkan apabila kita berkomunikasi secara berhadap-hadapan, hanya 10 peratus


sahaja kesan komunikasi yang dihasilkan dari perkataan. Selebihnya 90 peratus kesan
komunikasi datangnya daripada gerak bukan lisan seperti ekspresi muka, pertemuan mata, gerak
tubuh, postur, penampilan keseluruhan dan nada suara. Oleh itu, semua kita bertanggungjawab
penuh mengasuh semua remaja kita untuk menguasai kemahiran berkomunikasi yang baik dan
efektif.

Tanggungjawab mendidik anak adalah penting dan berat. Mengabaikan tanggungjawab itu
mengakibatkan masa depan anak-anak muram dan terdedah kepada kepincangan.
Tanggungjawab mendidik ini berjalan terus sejak anak di dalam kandungan, semasa bayi, di
peringkat kanak-kanak, sehinggalah anak itu mencapai peringkat remaja dan seterusnya
mencapai alam dewasa. Oleh itu, bakal ibu bapa dan semua golongan pembimbing yang
menjalankan tugas sebagai pengasuh dan pembimbing remaja sebaik-baiknya mempunyai
pengetahuan, kefahaman dan kesedaran yang cukup lengkap dan mendalam berhubung ilmu
mendidik anak daripada peringkat bayi hinggalah ke peringkat remaja dan dewasa.

Malah pengetahuan mendidik anak pada peringkat remaja adalah lebih penting lagi kerana anak
pada peringkat ini berada di ambang alam dewasa dan menghadapi banyak cabaran daripada segi
fizikal, emosi, mental dan sosial yang begitu kritikal. Andainya anak pada peringkat remaja ini
kurang mendapat bimbingan dan asuhan yang sewajarnya, maka masa depan remaja itu di alam
dewasanya juga akan turut terjejas.

Ibu bapa perlu sedar, sebuah keluarga adalah seperti sebuah kapal. Ibu bapa nakhodanya dan
anak-anak kelasinya. Bagi menjamin supaya kapal itu mampu bergerak menuju lautan
mengharungi cabaran ombak dan angin di lautan maka nakhoda dan kelasi perlu mampu
memahami antara satu sama lain dan membina komunikasi dengan berkesan supaya dapat
bekerjasama. Kesemuanya sama penting. Kesemua ahli perlu faham pelabuhan mana yang akan
dituju oleh nakhoda. Tanpa hubungan yang erat ini, sudah pasti kapal itu tidak sampai ke
pelabuhan yang diidamkan. Begitulah pentingnya peranan ibu bapa untuk membina hubungan
komunikasi dengan anak-anak, lebih-lebih lagi anak remaja. Sebab itulah dikatakan menjadi ibu
bapa adalah tugas yang sulit, terutamanya untuk membina komunikasi berkualiti bagi
meningkatkan tahap keyakinan dalam diri anak remaja.

Kemahiran komunikasi membolehkan remaja berasa yakin yang dia mampu mengatasi
kegagalan, mencapai tujuan positif dan menangani dirinya dengan tenang dalam pelbagai situasi.
Remaja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik akan mempunyai keyakinan diri
juga akan memiliki sikap menghargai dirinya dan mempercayai orang lain serta percaya dengan
kemampuan dirinya. Akhirnya anak ini akan membesar sebagai anak yang penuh dengan
harapan. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi hingga
dapat membina rasa cinta dalam diri anak remaja dengan penuh keyakinan bahawa dia mampu
mengendalikan hidupnya dengan baik.

Buku ini juga memaparkan beberapa cadangan yang boleh difahami dan diamalkan dalam
kehidupan seharian. Buku ini memberi banyak tumpuan bagi membantu ibu bapa membina
keyakinan dalam diri anak remaja di samping panduan-panduan untuk berkomunikasi dan
mendampingi anak remaja masing-masing. Sebagai bahan pemikiran dan renungan penting
untuk ibu bapa, Bab 7 khusus memaparkan lima belas kisah benar yang terjadi pada remaja yang
berpunca daripada sikap dan layanan ibu bapa untuk membolehkan kita belajar dari pengalaman.
Semua ibu bapa dan pembimbing remaja diharapkan dapat memanfaatkan panduan dan
bimbingan ini untuk menambah dan meningkatkan lagi kepekaan dan kesedaran sebagai
pendamping remaja yang berkesan dan dikagumi oleh semua remaja. Dengan izin Tuhan.
ROBIAH KULOP HAMZAH

Isi Kandungan
Pengenalan
1. Remaja pada Pandangan Ibu Bapa
Mengenal Remaja
Peranan Ibu Bapa

2. Bimbingan Harga Diri Remaja


Pengertian Konsep
Remaja dengan Harga Diri Tinggi
Remaja dengan Harga Diri Rendah
Pembinaan Harga Diri
3. Gaya Berkomunikasi dengan Remaja
Mengapa Berinteraksi?
Kemahiran Berinteraksi
4. Memahami Keistimewaan dan Kelainan Remaja
Bagaimana Remaja Dapat Dibantu
5. Peranan Model dalam Pertumbuhan Remaja
Jenis Model
Siapa Model Remaja?
6. Kerengangan Hubungan Remaja dengan Keluarga
7. Belajar dari Pengalaman Lalu
Kes Pertama
Kes Kedua
Kes Ketiga
Kes Keempat
Kes Kelima
Kes Keenam
Kes Ketujuh
Kes Kelapan
Kes Kesembilan
Kes Kesepuluh
Kes Kesebelas
Kes Kedua Belas
Kes Ketiga Belas
Kes Keempat Belas
Kes Kelima Belas
8. Kaedah Mendampingi Remaja
Langkah 1: Pelajari Seni Memberi Pujian
Langkah 2: Seni Berterima Kasih
Langkah 3: Dapatkan Pandangan Anak Anda
Langkah 4: Menghormati Hasil Karya Anak Anda
Langkah 5: Membantunya dalam Pergaulan
Langkah 6: Tegakkan Peraturan
Langkah 7: Dorong Anak Anda Bertanya
Langkah 8: Kepentingan Berasa Penting
Langkah 9: Melahirkan Bintang
Langkah 10: Latih Anak Berdoa
Langkah 11: Bina Sikap Suka Memberi
Langkah 12: Dorong Anak Anda Menghafal
Langkah 13: Biar Anak Mempunyai Orang Lain yang Dihormatinya
Langkah 14: Elakkan Ancaman Kosong
Langkah 15: Membantu Anak Menghadapi Kegagalan
Langkah 16: Terangkan Apa Harapan Anda
Langkah 17: Minta Maaf pada Anak
Langkah 18: Ucapkan Rasa Sayang
Bibliografi
Biodata Pengarang
Motivasi
membina
aras harga
diri

by Cikgu
Cyber -
Wednesday,
22 February
2006, 01:25
PM

TIDAK dapat disangkal lagi bahawa aras keyakinan dan motivasi diri
banyak bergantung kepada harga diri (self-esteem) seseorang pelajar.

Saya akan huraikan beberapa strategi yang boleh dilakukan oleh diri
sendiri guru serta ibu bapa untuk membantu seseorang pelajar
meningkatkan aras harga diri.

STRATEGI MEMBINA HARGA DIRI

PERANAN PELAJAR

(a) Bebaskan diri anda daripada sifat teragak-agak atau dikongkong


dengan persoalan bolehkah saya? dalam melaksanakan sesuatu perkara
yang positif. Oleh itu jangan melayani perasaan ini dan teruskan tindakan
anda tanpa ragu-ragu untuk memenuhi potensi yang ada pada diri anda.

(Contoh: Ketika menjawab soalan jangan rasa takut, malu, atau merasakan
jawapan anda tidak baik atau tidak setanding dengan rakan-rakan yang
lain, tetapi terus jawab dengan sepenuh hati dan sebaik mungkin kemudian
tunggu apa yang akan diterangkan oleh guru.

Ingat! anda adalah seorang pelajar dan sedang belajar.

Oleh itu kesilapan yang berlaku ialah perkara biasa dan ia merupakan
salah satu daripada proses pembelajaran).

(b) Hormatilah keperluan dan impian yang anda ingini. Kenal pasti apa
kehendak anda sebenarnya dan jangan cuma merungut sahaja.

(Contoh: Tanya pada diri sendiri apa yang anda ingini sebagai seorang
pelajar? Anggapkan keinginan anda itu boleh dicapai dan setanding
dengan orang lain).

(c) Tetapkan matlamat atau objektif yang boleh dicapai pada satu-satu
situasi. Kemudian buat perancang dan lakukan tindakan yang spesifik dan
sistematik untuk mencapai matlamat tersebut.

(Contoh: Sewaktu belajar tetapkan masa, latihan yang hendak dibuat, dan
tetapkan apa yang anda boleh pelajari dalam masa yang anda akan
gunakan nanti. Gunakan pelbagai teknik untuk mencapai objektif anda
seperti hafalan, catatan dan lakaran rajah atau peta minda. Uji diri sendiri
dengan membuat latihan.)

PERANAN GURU

(a) Galakkan pelajar memberi pendapat dan gunakan alat pemikir (thinking
tools) sewaktu berinteraksi.

Contoh: apabila pelajar berinteraksi jangan biarkan pelajar diam, gelang


kepala atau berkata tidak tahu. Galakkan mereka berkata sesuatu
walaupun jawapan tersebut tidak tepat.

Kaitkan jawapan pelajar dengan jawapan sebenarnya supaya terdapat


anggapan pelajar bahawa jawapan yang diberikan adalah baik tetapi
hanya tidak menepati kehendak soalan sahaja.

(b) Anggapkan apa yang diimpikan oleh pelajar ialah sesuatu yang terbaik
pada dirinya. Beri bimbingan dan panduan bagaimana untuk mencapai
keinginan pelajar. Contoh: Jika keinginan pelajar mendapat A dalam mata
pelajaran Matematik, terangkan persiapan dan langkah satu persatu yang
perlu dilakukan ke arah mencapainya.

(c) Bantu pelajar untuk menentukan apa yang perlu dilakukan sewaktu
belajar. Contoh: sewaktu pelajar mengulangkaji, pastikan mereka
menetapkan tugas yang mereka hendak lakukan, berapa banyak latihan
yang hendak dibuat dan tindakan susulan yang perlu diambil.

PERANAN IBU BAPA


(a) Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mencuba dan jangan
merendahkan kebolehan mereka.

(b) Mengambil tahu tentang keinginan dan cita-cita anak. Memberi


perangsang dan sokongan terhadap apa yang dicita-citanya.

(c) Pastikan anak-anak mempunyai masa yang terancang. Memantau


untuk melihat apa yang harus anak-anak lakukan dalam masa mereka
berada di rumah. Mewujudkan keadaan di rumah yang selesa untuk belajar
tanpa banyak gangguan.

CABARAN DALAM KEHIDUPAN

Setiap kehidupan akan menghadapi cabaran. Cabaran dalam satu definisi


a situation or difficulty that tests ones ability to do something yang
membawa maksud satu situasi atau kesukaran yang menguji kebolehan
kita membuat sesuatu.

Situasi - Cabaran hadir dalam pelbagai situasi, sama ada yang berkaitan
dengan perubahan cuaca, perubahan teknologi, perubahan fizikal, mental
atau rohani.

Kesukaran - setiap situasi akan disusuli dengan kesukaran.

Menguji kebolehan - setiap kesukaran pula adalah bertujuan untuk menguji


kebolehan. Kebolehan berfikir, kebolehan bersabar dan kebolehan
menyelesaikan masalah.

Membuat sesuatu - Kebolehan yang diuji memerlukan kita melakukan


sesuatu tindakan. Tanpa tindakan setiap cabaran akan berakhir dengan
kegagalan tetapi jika disusuli dengan tindakan maka cabaran akan
bertukar kepada kejayaan.

Berdasarkan huraian di atas, sebagai seorang pelajar anda harus bijak


mengharungi setiap cabaran yang diterima dengan hati yang terbuka,
sabar dan mengambil inisiatif menyelesaikannya. Antara cabaran yang
mungkin anda hadapi dan tindakan penyelesaian adalah seperti berikut:

1. Kesuntukan masa belajar

Sediakan jadual belajar yang strategik (apa yang hendak dibuat pada
masa yang spesifik)

2. Kesukaran memahami sesuatu perkara atau topik.


Beri tumpuan

- Rujuk pelbagai sumber

- Tanya guru

- Buat latihan tambahan.

3. Bosan ketika belajar

- Tentukan hala tuju (apa yang hendak diulang kaji).

- Perlu ada bahan (pelbagai bahan).

- Perlu ada aktiviti (membuat latihan, menghafal, membuat nota, membuat


peta minda dan lain-lain).

4. Tidak boleh beri tumpuan ketika belajar (di sekolah)

- Cuba ubah tempat duduk.

- Jangan duduk dengan rakan yang suka bersembang ketika guru


mengajar.

- Cari tempat duduk di hadapan atau yang tidak mempunyai halangan.

- Pastikan anda tahu apakah topik yang sedang diajar oleh guru.

- Bertanya guru dengan segera ketika terkeliru.

- Catat nota ringkas atau lakarkan peta.

5. Tidak boleh beri tumpuan ketika belajar (di rumah)

- Pastikan tempat belajar tidak terlalu berselerak.

- Terhindar suasana kebisingan (atau gangguan radio dan TV).

- Adakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan (tidak tertumpu pada satu


cara belajar sahaja).

- Pastikan sekurang-kurangnya anda telah memahami 40 peratus daripada


apa yang diajar di kelas.
- Boleh menjemput rakan untuk berbincang.

Oleh DR. ISMAIL ZAIN

PERANAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-


ANAK
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam
hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal,
mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah
satu jihad.Dalam satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : "seorang anak itu dilahirkan
dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi ,
Nasrani , atau Majusi ". Apabila membincangkan soal untuk mempertingkatkan potensi intelek seseorang
kanak -kanak , aspek -aspek lain seperti perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak boleh
diketepikan. Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhi perkembangan dalam bidang yang
lain. Umpamanya , perkembangan aspek komunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan kemahiran
sosial si anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan daya kreatif
dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyangnya. Peranan ibu bapa
dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibu -
bapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau
personaliti si anak itu supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan
kehendak ibu bapa, keluarga , masyarakat dan negara .Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada
anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku
yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan
kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral
yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Ibu bapa mestilah
mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak , strategi pendidikan dan strategi
pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak
mereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah
laku seseorang kanak -kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar dan
faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan
berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik
-beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa.
Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan , taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya
terhadap dunia luar , pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau
sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya

yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap komponen yang memain peranan
dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh
ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping
menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak -kanak itu boleh
diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi -strategi tertentu. Kekuatan
atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta
peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya . Setiap pemgalaman yang memberinya kepuasan
dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya
lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran -cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya .
Keupayaan intelek (intellectual capacity ) seseorang itu adalah kurniaan Allah s.w.t yang tiada siapa
boleh memahami. Kebiasaannya , kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada
sesuatu ketika sahaja. Manusia sentiasa berubah dari segi kebolehan , tingkah laku dan sikap.
Perubahan - perubahan ini adalah akibat pengaruh -pengaruhi luar , pengaruh -pengaruh dalam dirinya
atau perasaannya pada peringkat trimester kedua kehamilan sehingga dua tahun selepas kelahiran.
Pertumbuhan otak berkembang pesat pada waktu ini. Bayi yang baru lahir hanya tidur , bangun

untuk menyusu dan mula mengenal persekitarannya melalui deria-deria yang dimilikinya. Daya
pemikirannya meningkat dengan peredaran masa dan pada usia tiga tahun dia sudah boleh berlari,
melompat, bercakap menggunakan ayat yang penuh, bergaul mesra dengan rakan sebaya dan makan
minum serta memakai baju tanpa pertolongan orang lain. Perasaan ingin tahu sangat ketara ini dan dia
bertubi-tubi mengemukakan pelbagai soalan kepada ibu bapanya dan sesiapa sahaja yang rapat
dengannya bagi memenuhi kehausan pengetahuan pada dirinya.

Jika hakikat imi disedari, maka mudahlah difahami mengapa penjagaan yang rapi dan perhatian yang
secukupnya harus diberikan daripada peringkat janin lagi untuk memastikan pertumbuhan dan
perkembangan bayi yang optimum. Kesihatan ibu yang hamil adalah suatu aspek penting yang perlu
diberikan perhatian serius. Ibu hamil yang menghidap penyakit atau mengamalkan tabiat hidup yang
moden mengancam kesihatan seperti merokok, meminum arak, mengambil dadah atau ubat-ubatan yang
dicegah dan juga mereka yang terdedah kepada unsur sinar-X boleh menjejaskan pertumbuhan dan
perkembangan janin yang didalam kandungan. Demikian juga halnya dengan bayi yang dilahirkan secara
kecemasan. Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak-nya atau serangan penyakit yang boleh
merosakkan otaknya akan menjejaskan perkembangan dan pertumbuhannya. Amalan -amlan yang sihat
yang boleh mempertingkatkan kesihatan ibu hamil perlu diberikan perhatian. Di negara kita , kadar
kematian di kalangan bayi akibat keadaan -keadaan yang sepatutnya boleh dicegah masih lagi berada di
tahap yang tinggi. Ini tidak seharusnya berlaju memandangkan teknologi untuk mencegah atau merawat
penyakit -penyakit ini telah ada dan mudah pula di dapati.

Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa
adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang
luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi mengawasi
perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa
tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka. Kunci kepada
perkembangan dan tumbesaran yang optimum seseorang kanak -kanak itu ialah taraf kesihatan yang
tinggi tanpa sebarang kecacatan atau penyakit yang serius. Andainya seseorang anak itu pekak atau
buta ibu bapa haruslah bijak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sianak itu dan mengetahui
strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak mereka.

Anak yang menghidap penyakit perlulah mendapat rawatan segera agar doktor dapat mengenal pasti
penyakit tersebut diperingkat awal serangannya dan mencarikan ubat yang sesuai. Usaha-usaha untuk
mempertingkat ketahanan diri sianak supaya tidak selalu diserang penyakit juga perlu dijalankan.

Amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka sendiri.
Mereka harus memikirkan sama ada ciri-ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifat yang
terdapat pada anak mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara merotan mempunyai kesan
yang negetif terhadap anak itu. Sebaliknya, banyak kaedah positif lain yang boleh meningkatkan daya
pemikiran dan kematangan sosial sianak. Caragayanya keibubapaan sudah semestinyalah sedikit
sebanyak akan mempengaruhi seseorang anak apabila dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa
pula. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan
orang tua mereka cenderung untuk menganiayai anak-anak mereka sendiri.

Keperluan dan citarasa seorang kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Umpamanya, jenis
makanan yang digemarinya akan berubah-ubah mengikut seleranya. Corak pakaian, permainan dan cara
berkomunikasi dengannya juga perlu diubahsuai mengikut kematangan fikirannya. Tingkah lakunya
sering berubah-ubah.Tabiat yang dianggap lazim pada satu peringkat usia mungkin tidak manis atau
tidak lagi sesuai apabila umur meningkat. Umpamanya, tabiat menghisap jari biasanya akan hilang
dengan sendirinya bagi kebanyakan kanak-kanak tetapi jika ia berterusan sehingga usia enam tahun
keatas, ini mungkin ada kaitannya dengan suasana yang kurang selesa baginya. Ibu bapa boleh
menolong mengikis tabiat anak yang kurang manis jika mereka mengetahui asas kelakuan yang
ditunjukkan serta kaedah modifikasi tingkahlaku.

Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan dalam tahun satu mempamerkan berbagai-bagai
corak perwatakan. Seseorang guru yang cekap memerhatikan tingkah laku anak-anak muridnya boleh
mengagak sama ada suasana dimana kanak-kanak itu dibesarkan merupakan suasana yang baik
dengan segala keperluannya dipenuhi atau sama ada kanak-kanak itu datang dari kalangan keluarga
yang kurang sejahtera, serba kekurangan dan kerap tidak dapat memenuhi keperluannya.

 Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu
merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk daripada setiap
pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu ,
ibu bapa memain peranan untuk memastikan agar anak mereka sering didedahkan kepada pengalaman -
pengalaman positif yang meninggalkan kenangan -kenangan manis kepadanya supaya dia dapat
menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap pencapaiannya.

Kanak -kanak tidak sunyi daripada dilanda perasaan hiba , sama ada di sebabkan kehilangan orang yang
disayanginya atau penyakit yang memerlukan rawatan di hospital dan berbagai -bagai lagi peristiwa yang
menyedihkan. Tetapi , melalui belaian kasih dan cara berkomunikasi yang berkesan , pengalaman -
pengalaman sedih ini boleh meneguhkan iman dan perwatakannya. Pengalaman -pengalaman ini
merupakan detik peristiwa yang boleh memberikan pedoman dan pengajaran yang berguna dalam
hidupnya. Umpamanya , kanak -kanak yang kematian ayahnya akibat kemalangan boleh dibantu jika ibu ,
datuk ,nenek dan saudara mara terdekat mencurahkan kasih sayang dan perhatian serta memberi
nasihat - nasihat dan pandangan -pandangan positif yang boleh menolong mencorakkan personalitinya.
Dia mungkin akan menjadi lebih cekal dan berfikiran lebih matang jika dibandingkan dengan kanak
-kanak lain yang belum pernah mengalami situasi yang sebegitu mencabar. Sebaliknya , jika si anak tidak
mendapat sokongan emosi dan perhatian yang amat -amat diperlukan , kesedihannya mungkin akan
berlanjutan dan akan menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya.

Kanak -kanak pekak , buta , yang cacat anggota atau yang mempunyai masalah perubatan seperti sawan
memerlukan kemahiran keibubapaan yang khusus. Ibu bapa yang terlibat perlu mengorbankan masa
mereka untuk menjalani latihan -latihan dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan keperluan
keperluan seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan perubatan atau terapi. Malah , mereka
mungkin perlu peka terhadap kemajuan - kemajuan dalam teknologi pendidikan khas (special aducation )
melalui majalah - majalah , buku -buku serta latihan - latihan khas untuk melengkapkan diri mereka
dengan pengetahuan -pengetahuan yang boleh digunakan bagi melatih anak mereka. Ibu bapa juga perlu
tahu tentang perkhidmatan untuk kanak -kanak cacat sama ada yang ditawarkan oleh badan -badan
kerajaan , swasta atau pertubuhan -pertubuhan sukarela. Kadangkala , ada baiknya ibu bapa sendiri
menganggotai organisasi -organisasi yang menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan khas untuk kanak
-kanak cacat dan yang bermasalah agar mereka dapat berhubung dengan pihak -pihak yang berkenaan
yang boleh mengaturkan keperluan -keperluan khas untuk anak -anak mereka.

Rumusan

Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta
pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih
mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri
-ciri positif

yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.
     
   

 Mengendali Tekanan Rakan Sebaya

 Kekalutan Hari Pertama

 Diam-diam Ubi Bukan Semestinya Berisi

 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Anda


10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Anda

Kanak-kanak yang ada harga diri adalah optimistik, bijak hadapi tekanan,
mampu mencari penyelesaian dan biasanya bangga dengan diri mereka.

Oleh Professor Madya Dr M Swamenathan, Ahli Psikologi

 
Harga diri ialah kepercayaan pada diri sendiri yang kanak-kanak ada terhadap diri mereka. Cara mereka
menilai diri akan mempengaruhi motivasi, sikap dan tingkah laku mereka dalam setiap situasi dan terhadap
setiap orang yang mereka berinteraksi.

Harga diri ialah aspek penting membayangkan cara


mereka menghadapi cabaran kehidupan. Kanak-kanak
yang ada harga diri yang tinggi biasanya cemerlang di
sekolah dan bersedia mencuba perkara baru.
Kebiasaannya, mereka lebih gembira dan sihat
berbanding kanak-kanak yang rendah harga diri.

 
Disebabkan harga diri bermula dari kecil, ia penting untuk anda memainkan peranan aktif dalam membantu
anak anda meningkatkan harga diri. Inilah beberapa langkah mudah sebagai permulaan.

1. Tiada Perbandingan
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak
anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda
memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.

2. Ketepikan Jenaka
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa
yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada
penghujungnya.

3. Jangan Memberi Gelaran


Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal
melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya
diperlukan.

4. Elakkan Hukuman Automatik


Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan
membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan
dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra.

5. Sentiasa Positif
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang
anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan
padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja.

6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok


Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka
pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan
takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut.

7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah


Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih
risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi
dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi.

8. Adakan Masa Bersama


Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan
bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa
penting dan dihargai.

9. Didik Berdikari
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?”
Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya.

10. Tingkatkan Pujian


Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri
dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya.
 
Bantu Anak Anda Belajar Dengan Lebih Baik

Cara untuk membantu anak anda belajar dengan lebih baik bukan terletak pada aktiviti atau
teknik pengajaran, tetapi dengan membantu membentuk perkembangan emosinya.

Oleh Woo Pei Jun, Pakar Psikologi

 
Artikel sebelum ini mengenai pelbagai gaya
pembelajaran kanak-kanak tentu menyedarkan anda
betapa uniknya anak anda. Memahami gaya
pembelajaran anak anda membina asas cara untuk
mengajarnya. Menyemai tabiat pembelajaran yang
baik juga penting dalam proses membantu anak anda
belajar dengan lebih baik dan cemerlang di tadika.
Cara asuhan sepanjang tahun-tahun awal membentuk
emosinya. Ini penting dalam keupayaannya untuk
belajar.

Asuhan bukan sahaja tentang mendisiplin perangai anak anda tetapi juga mengajarnya cara mengawal
emosinya. Para pakar telah mengenal pasti satu cara asuhan iaitu bimbingan emosi yang boleh membantu
kanak-kanak membentuk ikatan kukuh dengan ibubapa mereka (sila rujuk kotak). Bimbingan emosi
bermakna membantu pembangunan emosi kanak-kanak, mula-mula dengan membantu mereka memahami
emosi mereka sendiri dan kedua, dengan ibu bapa bertindak balas terhadap emosi ini. Anda boleh
melakukannya dengan cara berikut:

Berbual dengan anak anda


Tanya anak anda bagaimana perasaannya dan berikan perhatian sepenuhnya bila dia bercakap. Dengar
dengan berempati. Beri galakan bila dia cuba mengenal pasti dan memberitahu anda perasaannya.
Bantunya jika perlu.

Fahami perasaannya
Ketahui bagaimana perasaan anak anda dengan memerhatikan bahasa isyarat badannya, ekspresi
wajahnya dan mendengar nada suaranya. Dengan kepekaan kepada komunikasi tidak verbal ini, anda dapat
memberi sokongan dan simpati bila dia sedih, marah atau kecewa, dan bergembira bersama bila dia riang
atau gembira.

Jawab pertanyaannya
Anak anda dalam usia prasekolah gemar bertanya. Cuba sedaya upaya untuk menjawabnya. Jangan
bersikap acuh tak acuh atau menyuruhnya jangan mengganggu anda dengan soalannya. Anda membuatnya
takut untuk bertanya dan hilang semangat untuk belajar. Jika anda tidak tahu jawapannya, luangkan masa
untuk mencari jawapan bersamasamanya.

Bila anak anda membuat kesilapan


Pujuknya dengan memahami perasaannya selepas dia membuat kesilapan. Terangkan bahawa perasaan
bersalah itu adalah normal. Bantu anak anda membetulkan kesilapannya. Dengan cara ini, anda
memberikan penyelesaian kepada situasinya. Jangan memarahinya kerana ini hanya akan menjadikannya
takut. Dia tidak akan belajar cara menyelesaikan masalah, mengulangi kesilapan sama dan
menyebabkannya dimarahi lagi lalu menyangka dia tidak akan dapat melakukannya dengan betul.

Tetapkan batas
Meskipun semua perasaan – baik dan buruk – boleh diterima, bukan semua perangai boleh diterima.
Sebagai contoh, dia marah dengan kawannya kerana menconteng bukunya tetapi itu tidak bermakna dia
boleh memukul rakannya itu. Pastikan anak anda tahu apa yang diterima dan apa yang tidak patut dilakukan,
dan bantunya mencari penyelesaian kepada masalahnya. Daripada tidak memukul kawannya, apa yang
boleh dia lakukan?
 

Ikatan kukuh

Ikatan kasih merujuk kepada hubungan antara ibu bapa dan anak. Anak
yang rapat dengan ibu bapanya akan mencari perlindungan daripada
ibu bapanya, dan kurang takut bila ke tadika. Dia dapat berinteraksi
dengan guru-gurunya, berkawan dengan kanak-kanak sebaya dan lebih
mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dia mempunyai
kesungguhan untuk belajar, bersifat ingin tahu dan berani bertanya dan
belajar daripada kesilapan. Dengan itu, dia lebih berkelakuan baik,
kurang bermasalah dan dapat menyelesaikan pertikaian dengan lebih
bijak. Bila dewasa, dia akan menjadi seorang yang bermaruah tinggi,
yakin pada diri sendiri, mudah berkongsi perasaan dengan orang lain
dan dapat mengekalkan hubungan dengan mereka.
FRIDAY, DECEMBER 5, 2008

Celik komputer dan peranan ibu bapa

Mac 2007, Ms. 84-85.

Teknologi komputer kini semakin diterima dalam proses perkembangan dan pendidikan
awal kanak-kanak. Ia menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan meluas. Anak-
anak kini jelas mempamirkan kecenderungan mereka belajar menggunakan peralatan ICT
berbanding kaedah lama dan konvensional.

Penglibatan ibu bapa

Dalam memastikan media pembelajaran seperti komputer dan internet berfungsi dengan
sempurna, penglibatan serius ibu bapa adalah sangat penting. Sebagai contoh, dalam kes
anak yang baru hendak lancar membaca, anda sudah tentu tidak dapat membiarkannya
membaca seorang diri. Begitu juga dengan penggunaan komputer dalam kalangan kanak-
kanak.

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat yang melibatkan 2000 keluarga yang melanggan
majalah Sesame Street, secara purata 1.7 jam dihabiskan oleh ibu bapa membaca
bersama-sama anak-anak mereka.

Begitu juga dengan aktiviti atas talian berasaskan program tersebut yang disediakan di
laman web www.sesamestreet.com. Ia direkabentuk untuk digunakan oleh kedua-dua
pihak ibu bapa dan anak-anak. Justeru ibu bapa memainkan peranan utama
menerakangkan dengan jelas kepada anak-anak mereka tentang arahan dan proses aktiviti
online tersebut.

Mereka juga bertindak sebagai pemudah cara bagi memantapkan proses interaksi antara
anak mereka dengan laman web. Dalam media elektronik seperti ini, satu daripada
peranan utama ibu bapa ialah untuk memudahkan penggunaannya untuk kali yang
pertama.

Ini kerana mungkin bagi kali kedua dan seterusnya kanak-kanak sudah boleh
mengendalikannya sendiri.

Selain itu, bagi anak-anak yang kelihatan agak tidak berminat dengan penggunan
komputer, ibu bapa berperanan memupuk, sesuai dengan cara dan minda anak-anak.
Keadahnya pula perlulah disemai mengikut cara yang digemari oleh anak-anak.

Kanak-kanak harus digalak untuk menggunakan komputer dari awal usia mereka. Ini
kerana mereka dijangka akan menjadi pengguna tetap teknologi ini mungkin untuk
keseluruhan hidup mereka. Ia sejajar dengan arus perkembangan era digital ini dan
tuntutan trend kehidupan semasa.

Masa yang diperuntukkan bersama-sama memantau penggunaan komputer dalam kalangan


kanak-kanak janganlah dikira sebagai pembaziran. Anggaplah ia sebagai masa berkualiti
yang dimanfaatkan untuk perkembangan kanak-kanak.

Ikatan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak sebenarnya akan lebih kukuh bertaut
kerana anak dan ibu bapa mempunyai asas dan pengalaman yang sama serta berbincang
tentang perkara yang sama iaitu tentang komputer.
     
   
Archive for the 'Keibubapaan' Category

Luang lebih masa bersama anak

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Mar 22 2008 | Keibubapaan

Artikel ini adalah wawancara wartawan dengan Dr. Tengku Asmadi dan telah diterbitkan dalam Harian
Metro, Rabu, 19 Mac 2008.

Oleh Noriah Idris


noriah@hmetro.com.my

ADA yang bertanya mengapa wujudnya istilah ‘jiwa kosong’ dalam diri anak? Apakah ibu bapa terlalu
menumpukan perhatian mengejar kebendaan sehingga mengabaikan anak?

Ada pihak menyalahkan bapa yang terlalu tegas atau garang sehingga anak tiada masa menikmati
zaman kanak-kanak.

Bagi ibu bapa bekerja, mereka hanya mempunyai lima hingga 10 minit berkomunikasi dengan anak.
Bakinya, apabila ibu bapa pulang ke rumah, anak masuk ke bilik masing-masing.

Anak pula terperap di bilik dan tidak berlaku proses komunikasi antara ayah dengan anak. Ini
menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa semakin renggang.

Apabila kemesraan tiada, senang bagi anak mencari rakan sebaya di luar sehingga mengundang
pelbagai masalah lain.

Perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berkata apabila ibu bapa terlalu sibuk dengan
kerjaya, anak akan mencari jalan keluar mengisi kesepian bertemu rakan atau mencari hiburan lain
menghilangkan kebosanan.

“Corak pembelajaran hari ini yang terlalu menekankan kejayaan akademik menyebabkan ibu bapa
terpaksa mencatur kehidupan anak dengan rutin harian yang membebankan.

“Di sekolah, mereka belajar hingga lewat petang di samping menyiapkan kerja sekolah yang banyak.

“Anak juga terbabit dengan kegiatan kokurikulum menyebabkan mereka tiada masa menikmati zaman
kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata, ada ibu mungkin berkata pada anak sulung dan adiknya: “Abang, emak tak nak kamu
balik lambat. Kakak, emak tak mahu tengok kamu asyik bergayut di telefon.”

“Itu bukan komunikasi tetapi lebih kepada arahan, syarahan atau sindiran. Ibu bapa harus menilai
semula apa itu komunikasi.

“Proses komunikasi gagal kerana ramai yang tidak memahami konsep itu. Apabila anak meluahkan
perasaan, ibu bapa sepatutnya menjadi pendengar yang baik,” katanya.

Kebanyakan anak pula memerlukan ibu bapa ketika mereka menghadapi masalah manakala pada saat
gembira, mereka lupa ibu bapa. Fenomena berkenaan proses biasa dalam perkembangan diri anak.

Bahkan katanya, ada kalanya ibu bapa diuji dengan kerenah dan kepelbagaian tingkah laku anak yang
kadangkala memeningkan kepala.

“Mungkin Allah mahu menyedarkan kita yang sudah lama tidak ‘mendekati-Nya’.

“Kalau sebelum ini solat pun jarang-jarang, kini ibu bapa kena lebih bermuhasabah diri. Sebagai
manusia biasa, ujian ini boleh meningkatkan tahap keimanan diri.

“Nabi Noh diuji Allah dengan keingkaran anak dan isterinya yang tidak mahu mengikutinya menaiki
bahtera apatah lagi kita manusia biasa,” katanya.

Dr Tengku Asmadi menyarankan anak sentiasa dibekalkan dengan motivasi dalam membentuk sahsiah
diri yang sempurna di samping jati diri yang kuat supaya jiwa mereka tidak rapuh.

Ibu bapa jangan terlalu menekankan anak untuk menjadi yang terbaik atau cemerlang jika tahap
pencapaian mereka tidak sehebat mana.

“Timbul masalah apabila ibu bapa terlalu teruja untuk melihat anak jadi cemerlang, ia memberi kesan
yang tidak baik pada mereka.

“Jika tahu tahap kemampuan anak amat rendah, alihkan minatnya ke arah lain supaya mereka turut
diberi peluang membina keyakinan diri.

“Ertinya, jika anak tidak cemerlang dari sudut akademik, dia masih boleh berjaya dalam aspek lain.
Sikap mendesak merugikan masa depan mereka kerana bukan semua anak mempunyai kecerdasan yang
tinggi,” katanya.

Kajian Universiti California, Amerika Syarikat mendapati ibu bapa yang mempunyai masa lebih banyak
dengan anak akan membuatkan anak-anak lebih banyak melakar kecemerlangan.

“Ia berbeza dengan mereka yang tiada masa bersama anak. Anak lebih terjebak dalam gejala sosial,
kemerosotan dalam pelajaran di samping terbabit dengan aktiviti kurang sihat,” katanya.

Beliau mencadangkan ibu bapa menjalankan aktiviti bersama seperti bermain boling atau permainan
lain yang boleh menggembirakan semua.

“Mereka juga boleh makan malam atau melancong bersama. Ibu bapa juga seharusnya menanam
kepercayaan terhadap anak-anak dalam sesetengah perkara. Mungkin itu antara cara mempercepatkan
proses kematangan mereka.
“Selain itu, hendaklah mendidik anak mengikut zamannya dan bukan zaman ibu bapa dulu,” katanya.

no comments for now


Makanan Untuk Perkembangan Otak

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Feb 05 2008 | Keibubapaan

Sumber Artikel : Anmum

SEBAGAI ibu bapa anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah pemakanan boleh membantu
perkembangan otak anak anda. Oleh itu, perkara paling asas anda perlu tahu ialah selepas anak anda
dilahirkan otaknya akan sibuk membina sistem ‘pendawaian’. Sistem ini membabitkan neuron (sel
otak), gentian saraf (akson) dan penghubung di antara kedua-duanya (sinaps).

Sebagai contoh, jika anda bercakap dengan anak anda, otaknya akan menghantar isyarat kimia melalui
neuron yang menyeberangi sinaps dan menyebabkan lebih banyak hubungan dibuat dengan neuron yang
lain. Kelajuan maklumat ini disalurkan bergantung kepada penyalut khas neuron yang disebut mielin.

Proses membina hubungan ini (sinaptogenesis) penting untuk perkembangan otak anak. Ketika ini
pemakanan mempunyai fungsi penting.

Apakah zat yang penting untuk otak anak? Ada beberapa zat penting perlu anda tahu. Antaranya;

Gangliosida (GA)

GA adalah sejenis komponen semula jadi yang ada dalam sel membran. Ia boleh menggalakkan
pertumbuhan dan perkembangan neuron. Ini menambahkan pembentukan sinaps di otak. Penambahan
sinaps boleh meningkatkan keupayaan pembelajarannya. Ada kajian yang dibuat menunjukkan GA
mungkin dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran dan daya ingatan.

Asid sialik (SA)

Sejenis bahan yang membantu dalam perkembangan otak dan penghantaran maklumat. Ia komponen
penting tisu-tisu otak. Sel membran otak kanak-kanak mengandungi 20 kali lebih banyak SA daripada
sel membran yang lain dalam badan.

Penghantaran maklumat yang lebih cepat memberikan keupayaan pembelajaran yang baik. Kajian pada
mamalia menunjukkan SA mempunyai kaitan dengan peningkatan daya pembelajaran. Susu ibu adalah
sumber yang kaya dengan SA. Malah, sesetengah penyelidik percaya SA mempunyai kaitan dengan
penambahan hubungan otak kanak-kanak.

DHA

Tubuh menggunakan DHA sebagai bahan binaan untuk pembentukan sinaps. DHA banyak tertumpu di
dalam membran sinaps berbanding bahagian lain dalam badan. Lebih banyak sinaps menandakan
peningkatan perkembangan otak dan pembelajaran yang lebih baik.

DHA juga membantu dalam penghantaran maklumat. Apabila maklumat (dalam bentuk isyarat elektrik)
sampai pada satu sinaps, ia akan dibawa menyeberangi neuron yang seterusnya oleh bahan kimia yang
dipanggil penghantar maklumat (neurotransmitter). Perubahan pada dinding membran membenarkan
maklumat ini melalui neuron berikutnya.

DHA memudahkan perkara ini berlaku. Jika otak tidak menerima DHA yang cukup, keupayaan
penghantaran maklumat akan menjadi lemah dan hubungan kurang dibina.

Dalam konteks susu ibu, DHA dan lemak lain di dalamnya menyumbang secara langsung pada
perkembangan otak. Ini dilakukan dengan bahan-bahan yang betul untuk penghasilan mielin dan
menyalutnya supaya laluan ini membawa maklumat lebih cepat. Justeru, ia membolehkan proses
pembelajaran berlaku lebih baik.

Asid lemak Perlu (EFA)

Badan memerlukan EFA untuk tumbesaran yang sempurna. Selain itu, EFA merangsang perkembangan
otak yang lebih baik kerana ia komponen penting sel membran. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan
kerana ia mesti diperoleh daripada makanan yang diambil.

Zat besi (Iron)

Tahukah anda kekurangan zat besi dikaitkan dengan perubahan neurotransmitter dan perkembangan
otak yang lewat. Ia juga membolehkan sel darah merah membawa oksigen sekali gus membantu
membekalkan oksigen ke otak untuk perkembangannya. ~
sumber Anmum.

4 comments for now


CCTV Bukan Penyelesaian Total

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Jan 14 2008 | Keibubapaan, Laman

Bersekutu

Kes penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi dan ini


membimbangkan semua ibu bapa. Saya yang mempunyai tujuh
anak juga bimbang kalau satu hari peristiwa yang sama menimpa
anak sendiri seperti nasib adik Nurin Jazlin, Nur Sharlinie, dan
yang lain-lain. Apabila berlaku penculikan lagi, maka semua
orang bagaikan dikejutkan dari tidur. Masing-masing
mengeluarkan pendapat termasuklah MB Selangor, Dato’ Seri
Khir Toyo. Beliau terus menegaskan bahawa CCTV akan dipasang
di semua padang permainan kanak-kanak di Negeri Selangor.

Persoalannya sekarang adakah CCTV ini akan menyelesaikan


masalah penculikan kanak-kanak ini? Si penculik juga bukannya
bodoh, tidak dapat di padang pemainan dia tunggu di tempat
lain pula. Malah kalau penculik itu datang dengan memakai
topeng dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu
maka CCTV tidak membawa apa-apa makna. Kini sudah ramai
tauke-tauke CCTV yang sedang mengira-ngira keuntungan apabila
tender untuk memasang CCTV ini diperolehi nanti. Sudah ada
yang mimpi tidur berbantalkan duit.  RM75 juta yang bakal
diperuntukkan oleh kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bukanlah satu
jumlah yang kecil.

Oleh itu, CCTV bukanlah penyelesaiannya malah kos pemasangannya juga bukan murah.  Memang CCTV
akan banyak membantu dan satu keperluan, tetapi ia bukan penyelesaian jangka panjang.  Kesedaran
ibu bapa serta masyarakat sekeliling perlu ditingkatkan.

Kenapa tidak kos untuk memasang CCTV itu disalurkan untuk tingkatkan jalankan satu kempen iaitu
Kempen Keselamatan Rumahtangga. Hari ini ibu bapa kita ramai yang cuai, leka, bersifat tidak apa,
dalam mendidik dan menjaga anak-anak mereka. Mereka tidak terfikir bahawa sesuatu yang buruk
memang boleh berlaku terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka. Wujudkanlah program
memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang keselamatan di dalam dan di luar rumah. Ini
merangkumi semua aspek seperti:

 Suis-suis dan ‘powerpoint’ yang dibiarkan terdedah serta dipasang rendah hingga boleh

dijangkau oleh anak-anak

 Seterika elektrik yang dibiarkan terpasang hingga membahayakan anak kecil

 Cerek air panas yang boleh dicapai oleh anak kecil

 Baldi yang dipenuhi air dibiarkan terdedah

 Anak dibiarkan mandi sendirian dalam bilik air

 Anak-anak dibiarkan main di luar rumah dan ada yang mbermain hingga ke tengah jalan

 Anak-anak bermain jauh dari pandangan ibu bapa atau penjaganya

 membiarkan adik kecil dijaga oleh abang atau kakak yang masih remaja tanpa pengawasan

orang dewasa

 Anak-anak dibiarkan bermain dengan benda-benda tajam

 Anak-anakdiberikan keizinan untuk keluar ke pasar malam tanpa ditemani oleh orang dewasa

 Ibu bapa asyik membeli belah di pasar atau di pusat membeli belah hingga terlepas pandang

anaknya

 Anak-anak dibiarkan bermain dengan bunga api atau mercun sewenang-wenangnya.

 Dan bermacam-macam lagi.


Semua perkara di atas boleh mengundang mala petaka. Sama ada berbentuk kemalangan, kehilangan
nyawa atau diculik. Keselamatan rumah tangga yang begitu asas ini diambil mudah oleh ibu bapa hari
ini. Mereka tidak mendidik dan membimbing anak-anak tentang kemahiran menjaga diri dan
keselamatan. Ibu bapa perlu disedarkan bahawa Keselamatan Rumahtangga yang melibatkan anak-anak
adalah tanggung jawab mereka bukannya tanggun jawab orang lain atau pun kerajaan.

Apabila kesedaran ibu bapa meningkat maka kes-kes yang tidak diingini yang menimpa anak-anak akan
dapat dikurangkan atau dielakkan.

6 comments for now


Tingkatkan IESQ anak-anak anda.

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Nov 09 2007 | Keibubapaan

Kebelakangan ini anak-anak dan remaja semakin berani melakukan perkara-perkara yang tidak terfikir
oleh kita. Ada anak ditikam hanya disebabkan seekor ayam belanda. Ada yang mati setelah bergaduh
atas perkara yang kecil. Malah kes juvana dikalangan remaja turut meningkat. Kes-kes seperti Lumba
haram, penagihan dadah, bohsia, hedonism, lari dari rumah, seks bebas, dan banyak lagi telah. Sebagai
ibu bapa, kita tidak mampu untuk berada di sisi anak-anak sepanjang masa. Kita hanya mampu
menasihat, menegur dan memantau selebihnya adalah bergantung kepada kemampuan anak-anak
membuat pertimbangan mereka sendiri.

Anak-anak perlu bijak membuat keputusan agar tidak terpengaruh dengan ajakan atau pergaulan yang
boleh merosakkan masa depan mereka sendiri. Mereka perlu tahu batas-batas kenakalan mereka agar
tidak sehingga membawa kepada perkara-perkara yang menyalahi peraturan, norma kehidupan dan
undang-undang.

Anak-anak juga perlu ada kemahiran untuk mengesan hadirnya satu bentuk ancaman atau unsur
kejahatan ke atas diri mereka. Apabila mereka memiliki kebolehan ini maka mereka boleh mengambil
langkah berkesan untuk mengelak daripada terperangkap dalam situasi yang membahayakan diri
mereka.

Sekiranya anak-anak mempunyai IESQ yang tinggi maka sebahagian daripada masalah yang kita dengar
hari ini mampu dielakkan oleh mereka. Oleh itu adalah penting ibu bapa dan guru-guru berusaha
meningkatkan IESQ anak-anak agar mereka mampu menjadi anak-anak yang selamat daripada pelbagai
bentuk ancaman yang ada.

IESQ adalah singkatan kepada Intellectual-Emotional-Spiritual-Quotient. Ia berkaitan dengan tiga


perkara penting yang perlu diasuh, dikembangkan dan ditajamkan dalam diri anak-anak iaitu
kecerdasan intelek, emosi dan rohani.

Menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

Langkah pertama melahirkan anak-anak yang tinggi IESQ ialah mulakan dengan diri kita sendiri. Ibu
bapa dan para guru secara langsung atau tidak langsung menjadi contoh kepada anak-anak. Anak-anak
lebih cenderung mencontohi apa yang mereka nampak dan bukannya apa yang mereka dengar. Malah
Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki akhlak, peribadi dan tingkahlaku yang menjadi contoh kepada
sahabat dan musuh. Akhlak, peribadi dan tingkahlaku ini membentuk kredibiliti. Kredibiliti
membuatkan mereka yang ada disekeliling kita menghormati dan mempercayai kita. Ibu bapa dan guru-
guru yang mempunyai kredibiliti yang tinggi akan mampu membentuk anak-anak yang mempunyai IESQ
yang hebat.
Ajar anak-anak konsep tauhid dan ketuhanan seawal mungkin.

Anak-anak bukan sahaja perlu diajar tentang cara mengerjakan solat, membaca al-quran, fardhu ‘ain
dan sebagainya sahaja. Sebaliknya mereka perlu difahamkan tentang konsep tauhid seawal mungkin.
Mereka perlu tahu dan yakin bahawa semua yang ada ini dicipta oleh Tuhan Yang Satu dan hanya
kepadaNya sahajalah kita patu beribadah. Anak-anak yang memahami konsep takwa takut untuk
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang meski pun tiada sesiapa
mungkin yang akan mengetahui perbuatannya. Semuanya ini kerana keyakinan dan kepercayaan yang
telah ditanam dalam diri mereka bahawa semua yang dilakukan akan dibalas dan hidup sentiasa
diperhatikan oleh Tuhan. Semua ini akan menjadi benteng diri yang mampu membantu anak-anak
berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

Lahirkan generasi yang membudayakan ilmu.

Anak-anak yang pintar dan bijak hanya lahir daripada generasi yang membudayakan ilmu. Ibu bapa
perlu jadikan budaya membaca sebagai salah satu amalan harian mereka. Galakkan anak-anak
membaca pelbagai bentuk bahan bacaan. Dedahkan mereka dengan cabang pengetahuan yang pelbagai
seperti buku-buku yang membina minat dalam bidang sains dan teknologi, buku-buku cerita yang
membina akhlak dan peribadi, kisah-kisah perjuangan, buku-buku mempunyai unsur motivasi, dan
banyak lagi. Kurangkan bahan-bahan picisan yang berbentuk hiburan, tahyul, lucah dan sebagainya.
Dedahkan juga anak-anak dengan pelbagai isu semasa dan bincangkan dengan mereka tentang isu-isu
tersebut dan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan atau diatasi. Bawa anak-anak ke
perpustakaan, kedai buku dan pesta buku. Sediakan ruang membaca dan perpustakaan mini di rumah.

Serlahkah kehebatan dan keunikan dalam diri anak.

Setiap anak itu unik dan mempunyai kehebatannya sendiri. Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan
diri anak-anak dan dedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti sosial dan ko-kurikulum. Lebih banyak
pendedahan yang dilakukan maka lebih bagus sebab disitu nanti anak-anak menyedari kebolehan dan
bakat mereka dalam sesuatu bidang. Semua orang perlukan pengiktirafan dalam hidup ini dan anak kita
juga tidak terkecuali. Apabila anak-anak menerima pengiktirafan terhadap penglibatan mereka dalam
sesuatu aktiviti maka mereka lihat diri mereka berharga dan ini meningkatkan tahap IESQ mereka.
Nicol Ann David dan Shalin Zulkifli adalah antara mereka yang telah dikesan bakat sukannya oleh kedua
ibu bapa mereka sejak dari usia kecil. Kesannya, lihatlah pencapaian mereka hari ini.

Suburkan kebaikan anak-anak.

Ibu bapa begitu cepat menegur kesilapan anak tetapi lupa menyuburkan kebaikan yang anak-anak
mereka lakukan. Apabila anak-anak melakukan sesuatu yang baik, ibu bapa menganggap itulah yang
sepatutnya anak-anak mereka lakukan dan tiada apa yang perlu diberikan sebagai balasan. Sebaliknya
apabila anak-anak melakukan perkara yang buruk, ibu bapa segera menegur, memarahi, menyindir dan
menasihati. Anak-anak perlu diberitahu apa yang salah telah mereka lakukan dan apa pula yang betul.
Kalau setiap yang salah kita berikan teguran maka setiap perkara yang betul kita perlu berikan pujian.
Puji-pujian menunjukkan yang kita peka dan prihatin terhadap perlakuan dan perkembangan anak-anak
dan ini akan menyuburkan kebaikan.

Wujudkan sikap berkasih sayang sesama insan dan makhluk tuhan.

Sikap berkasih sayang ini perlu dipupuk dalam diri anak-anak. Dalam keadaan Malaysia yang terdiri dari
pelbagai bangsa ini sikap berkasih sayang itu mestilah tanpa mengira bangsa dan agama. Anak-anak
perlu diajar bahawa setiap insan itu sama meski pun berbeza warna kulit dan rupa. Jangan sesekali
memupuk rasa permusuhan dan kebencian. Integriti kaun perlu dipupuk dari awal. Malah sifat kasih
sayang ini juga perlu ada terhadap hidupan yang lain. Ajar dalam diri anak-anak kita bahawa setiap
nyawa itu berharga dan setiap hidupan itu juga punya perasaan. Sifat ini menjana IESQ anak-anak dan
membuatkan mereka cenderung melakukan kebaikan dalam apa jua keadaan.

Tanam sikap hargai harta benda.

Anak-anak perlu ditanam dengan sikap sayangkan harta benda sama ada harta benda sendiri atau harta
benda awam. Nyatakan pada mereka bahawa harta benda itu adalah salah satu nikmat yang Tuhan
berikan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Tunjukkan kepada anak-anak betapa susahnya hidup ini
kalau sampah dibuang merata-rata hingga membawa kepada banjir kilat, telefon awam dirosakkan
hingga menyukarkan orang lain membuat panggilan kecemasan, tandas dikotorkan hingga menyulitkan
kita menggunakannya, dinding-dinding diconteng hinga menyakitkan pandangan mata dan sebagainya.
Apabila ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan ini dan tidak mengambil mudah maka generasi
yang tinggi IESQnya boleh dilahirkan.

Asuh anak-anak dengan adab.

Orang timur kalau tanpa adab itu biadab namanya. Adab-adab perlu diasuh dalam diri anak-anak
seawal mungkin. Anak-anak yang beradap adalah anak-anak yang halus jiwanya dan prihatin
terhadap persekitaran dan perasaan orang lain. Adab-adap seperti adab makan, adab bertandang,
adab dengan orang tua, adab dalam menuntut ilmu dan sebagainya mesti diajarkan. Lihatlah hari
ini apabila ibu bapa bertandang ke rumah kenalan, anak-anak dibiarkan begitu sahaja dan bebas
berlari dan melompat. Ada kalanya hingga merosakkan barangan tuan rumah. Ibu bapa ini secara
tidak langsung merestui tindak tanduk anak-anak mereka dan jangan hairan apabila anak-anak ini
dewasa nanti mereka lakukan pelbagai perkara tanpa mengendahkan teguran dan nasihat kita.
Oleh itu marilah kita lahirkan semula generasi yang beradab kerana adab akan membentuk IESQ
yang tinggi dalam diri anak-anak.

You might also like