You are on page 1of 15

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19,
dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya
ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya
ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang
dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya
Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik
yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.
Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh
Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang
membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia
berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika
Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya
gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini
merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan
berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta
memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan
kepopularan gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana
sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.
• Peraturan

• Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan


sukan olahraga. Ia adalah salah satu acara padang yang
memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang
tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak.

• Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya


melepasi ketinggian palang yang diletakkan. Setiap peserta akan
diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan
lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang. Sekiranya peserta
gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Para
peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang
dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam
acara tersebut.
FAKTOR MEKANIKAL

1. Kelajuan Lonjakan
• Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
• Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila mlakukan pergerakan
daripada berlari sehingga melonjak.
• Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak.
• Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan.
• Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan.
• Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat.
• Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak
terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna.
• Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur.
• Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada
menegak.
• Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:-

o Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.
o Berhenti dengan kaki lonjakan.

o Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
• Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang.
• Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan
mendatar.
KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK

Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh
dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu
meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.

1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa
fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di
bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan
menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah.

2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk
memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan
menybabkan pinggang naik atau berada diatas.

3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting
pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan
kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.
SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan
atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan.
Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan
dan mendarat pada sudut yang sama.

Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa
gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah
sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang
tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah
pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta
kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam
lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang
kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.
KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan
pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah
untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan
untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara.
Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam
hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang
sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku
perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan
atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap
acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.
LATIHAN ANSUR MAJU

• Gaya Straddle
• Langkah 1 :
• Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi
pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila
melakukan lompatan.
• Langkah 2 :
• Adakan beberapa barisan mengadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas tanah. Larian
dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat
lonjakan.
• Langkah 3 :
• Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedudukan
pelatih pula ialah; pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada di sebelah kanan
mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri
mengadap palang.
• Langkah 4 :
• Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar memberi
keyakinan kepada pelatih. Ikatkan sesuatu tanda seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu
tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan.
• Langkah 5 :

• Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh
supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada aras
pinggang sehinggalah paras bahu.

• Langkah 6 :
• Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti
berikut:
• a)     Kedudukan badan hendaklah disandarkan kebelakang.
• b)     Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.
• c)      Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.
• d)     Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang
dihayunkan ke atas.
• Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini
belum lagi aksi bagi memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu
perlu ditegaskan.

• Langkah 7 :
• Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikkan di tali getah yang menggantikan palang. Maklumkan bahawa gaya yang
dipraktikkan adalah gaya straddle.

• Langkah 8 :
• Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan sekarang adalah berpasangan. Satu demontrasi
cara membuat putaran diperkenalkan dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas.
Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki
sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu secara otomatik badan akan berputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan
ditekankan ialah badan haruslah diangkat ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan.

• Langkah 9 :
• Bangku panjang disediakan dan diletakkan disisi tilam. Satu langkah diambil di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan
jatuhan ialah di atas tulag belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.
• Langkah 10 :
• Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah
mengikut keselesaan.
Fasa latihan
• LARIAN PENUJUAN

Objektif larian penujuan ialah supaya dapat melatih atlit mencapai


kelajuan secara mendatar yang maksimum, menukar kelajuan mendatar
kepada kelajuan menegak semasa lonjakan. Larian penujuan juga diajar
supaya atlit dapat mempelajari posisi tubuh yang efisien, tegak dan tinggi
semasa langkah yang keempat dan kelima terakhir sebelum fasa lonjakan.

Prinsip utama dalam larian penujuan ini adalah :

1. Mencapai kelajuan maksimum yang terkawal semasa melakukan


lonjakan.

2. Mengekalkan postur badan yang tegak semasa lonjakan.

3. Berusaha mendapatkan sudut yang rendah dan mendatar semasa


lonjakan.
• LENGKUNGAN PECUTAN

Penujuan yang dikehendaki mestilah menggunakan konsep “lengkungan pecutan”, konsep yang
digunakan oleh ramai jurulatih acara lari pecut. Lengkungan pecutan ialah atlit yang mencuba
untuk memecut dalam suatu tempoh masa. Jaraknya mestilah mengikut sesuatu satu set corak
sehinggalah pecutan maksimum dicapai. Pada beberapa tahap semasa atlit sedang berusaha keras
ini, tubuhnya akan mencapai puncak kelajuan, mengekalkan kelajuan itu untuk tempoh masa yang
pendek, dan akhirnya, berikutan keletihan, atlit akan mula memperlahankan larian.

Perwatakan setiap individu atlit akan menentukan tempoh masa dan jarak untuk mencapai
pecutan yang maksimum. Lonjakan mestilah dilakukan selaras dengan tempoh masa ini. Inilah
tempo yang diingini oleh atlit – suatu pembinaan kelajuan dan frekuensi yang segera di
keseluruhan fasa penujuan.

Berapakah jarak yang ideal kepada pelompat untuk berlari dalam fasa penujuan ini? Ini akan
ditentukan oleh individu atlit itu sendiri namun akan dikawal oleh faktor ketinggian badan, jarak
langkah, dan kebolehan untuk memecut. Umumnya, lebih pantas seseorang atlit itu, lebih lama
masa yang diperlukan untuk proses pecutan. Sebaliknya, lebih muda atau perlahan seseorang atlit
itu, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk melakukan proses pecutan.Seorang atlit yang
muda atau perlahan mungkin akan mencapai puncak kelajuan dalam langkah yang lebih sedikit,
mungkin dalam 20 hingga 30 meter sahaja. Seorang pelari pecut kelas dunia mungkin memerlukan
sehingga 60 meter untuk mencapai kelajuan maksimumnya. Walau bagaimanapun, jurulatih
perlulah bekerj dengan setiap atlit agar dapat memahami perbezaan individu itu.
JARAK LARIAN

Formula yang am untuk melakukan larian ditunjukkan dalam jadual di bawah.


Jadual itu menggunakan bilangan langkah berbanding jarak yang diukur. Konsep
ini boleh digunakan di dalam proses melatih fasa larian penujuan kepada
pelompat. Satu kaedah yang efektif untuk mencapai teknik ini ialah dengan
memulakan larian lompatan dari 12 jumlah langkah pada awal musim. Untuk
mengajarkan konsep tempo, atlit perlu berdiri pada satu titik dengan kaki lonjakan
di hadapan. Daripada kedudukan statik, atlit perlu menolak diri dengan sekuat
yang mungkin, dan memulakan kiraan setiap kali kaki lonjakan berpijak pada
tanah. Kiraan itu hendaklah berbunyi begini, “satu dan dua,tiga dan empat”
sehinggalah kiraan enam. Pada tahap ini, atlit akan melonjak sedikit sebagai
simulasi kepada lonjakan. Sistem kiraan ini akan membolehkan atlit mendapat
gambaran frekuensi langkah yang semakin meningkat semasa melonjak.

Keseluruhan proses ini haruslah dibuat di trek atau rumput dan selalunya jauh
daripada papan tandaan lonjak. Ini adalah supaya atlit membiasakan diri dengan
tempo dan frekuensi dan bukannya dengan papan anjal.
Semasa atlit belajar untuk memecut dan membuat penukaran daripada mendatar
kepada menegak, jarak itu dapat diukur dan diubah kepada papan anjal, tetapi
tidak sehingga atlit memperoleh semua komponen yang diperlukan. Apabila atlit
berjaya mempelajari larian 12 langkah, secara perlahan-lahan tambahkan lagi 2
langkah. Sentiasa ingat bahawa semakin sedikit langkah, semakin kurang peluang
untuk melakukan kesilapan.
• POSTUR BADAN SEMASA BERLARI

Adalah penting untuk mengingati bahawa posisi badan yang condong ke depan
adalah disebabkan oleh pecutan. Semasa peringkat pertama pecutan, badan atlit
akan condong dengan darjah yang besar. Semasa atlit mencapai puncak kelajuan,
badannya akan menjadi tegak. Semasa menyahpecutan, badan atlit akan menjadi
ke belakang sedikit.

Semasa hip pelompat bergerak sepanjang larian, secara semula jadi ia akan
menaik sedikit. Untuk melakukan lompatan, satu perubahan akan berlaku di mana
kedudukan hip akan merendah sedikit sebelum ia menaik semasa atlit melompat.
Atlit mestilah melakukan perubahan ini untuk mengekalkan kelajuan. Sasarannya
ialah untuk merendahkan badan tanpa memperlahankan kelajuan.

Seperti yang telah diberitahu, setiap langkah semasa berlari perlu bertambah
panjang. Semasa langkah bertambah panjang, kedudukan hip akan menjadi lebih
rendah. Tambahan lagi, disebabkan oleh pembengkokan lutut dan sendi buku lali,
hip akan menjadi lebih rendah. Ini akan dapat dicapai oleh extension yang tidak
sempurna pada langkah ketiga yang terakhir sebelum melonjak. Teknik ini
membenarkan langkah yang kedua terakhir dilakukan dengan kedudukan betul-
betul di bawah badan dan kaki berada mendatar di atas tanah. Seterusnya,
langkah yang terakhir dipendekkan, maka ini akan menyebabkan hip berada pada
kedudukan yang tinggi untuk melonjak. Langkah yang terakhir seharusnya
mendatar, supaya kaki dapat dilepaskan dengan pantas.
CHECK MARKS

Tidak kira berapa bnyak pun langkah yang diambil


semasa larian penujuan, format yang mudah dan
konsisten perlulah digunakan. Larian seharusnya
mempunyai 3 check mark. Check mark yang paling
penting ialah ketika permulaan larian. Untuk pelompat
yang baru, seelok-eloknya diajarkan teknik memulakan
larian dari keadaan pegun. Kaki lonjakan berada di
hadapan. Atlit menolak kuat dengan menggunakan
kaki lonjakan yang sentiasa melakukan kontak dengan
permukaan tanah. Badan dihayun ke belakang dan atlit
akan menggunakan kaki bebasnya untuk menapak dan
menolaknya dengan sepenuh tenaga. Pelompat yang
lebih mahir pula selalunya memulakan larian dengan
langkah yang seakan-akan melompat.

PERKEMBANGAN KEKUATAN DAN KUASA

Telah lama diketahui bahawa sesuatu organisma


itu tidak akan berkembang sekiranya ia tidak
menjalani latihan yang berlebihan daripada
sepatutnya. Untuk suatu otot, saraf mahupun
keseluruhan badan untuk berkembang, salah satu
atau semua cara di bawah haruslah dilakukan :
- Meningkatkan kelajuan semasa persembahan
- Menambahkan masa latihan
- Menambahkan beban
- Meningkatkan kekerapan latihan

You might also like