You are on page 1of 3

Minda Madani Online

Sistem Tarbiyyah ABIM : Satu Pengenalan

Oleh: Prof Madya Dr Ab Halim El-Muhammady

Pendahuluan

Tarbiyyah merupakan suatu yang amat penting untuk membawa perubahan kepada manusia. Justeru, al-Qur’an
diturunkan sebagai bahan utama dalam pengisian tarbiyyah melalui proses pembacaan, penulisan, pengajaran dan
penguasaan ilmu yang berasaskan ketuhanan mengikut penghuraian dan penghayatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah
s.a.w. dalam realiti hidupnya. Manusia yang tidak peka kepada ilmu tidak mampu untuk mengubah pandangan dan cara
hidupnya ke arah yang lebih maju dan lebih sempurna.

ABIM sebagai sebuah badan gerakan yang berperanan untuk mengubah masyarakat dan mengislahkan cara hidup
mereka mestilah bertolak dari penguasaan ilmu; ilmu yang berteraskan tauhid, dan mengislahkan manusia dalam segala
aspeknya. Kemudian ia mampu pula mengolah dan menggunapakai dalam realiti kehidupan masyarakat bagi mencapai
kehidupan yang bahagia (hasanah) di dunia dan di akhirat.
Definisi Tarbiyyah
Terdapat beberapa istilah berkaitan dengan pendidikan dalam Islam, ia mencakup perkataan taclim , tarbiyyah , dan
ta’dib. Tetapi perkataan tarbiyyah kerap digunakan dalam konteks membincangkan tentang pendidikan.
Tarbiyyah yang dimaksudkan ini ialah, ”proses mendidik dan melatih akal, rohani dan jasmani manusia dengan
asas nilai-nilai islamiah, yang bersumberkan wahyu al-Qur’an dan Sunnah bagi melahirkan manusia yang
bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.”

Bertolak dari definisi ini dapat disimpulkan bahawa pendidikan Islam itu menekankan konsep-konsep berikut:

1.Pendidikan seumur hidup.

2. Pembangunan seluruh potensi manusia (roh, akal dan jasad) secara padu dan mencakupi aspek kognitif, efektif dan
rasional sekaligus.

3.Menyampaikan dua fungsi:


a)sebagai hamba Allah (cubudiyyah, latitude); dan
b)sebagai khalifah Allah (wakil Allah di bumi, vicegerent of Allah)

4.Memakmurkan seluruh alam di atas dasar;


a)kesepaduan dan kesempurnaan iman (Faith)
b)Ilmu (knowledge) dan amal soleh (virtous deeds) demi untuk mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Dalam konteks ABIM, aspek asas yang ditekankan dalam pendidikan sebagaimana yang disebutkan di atas adalah
merupakan inti pati lepada pendidikan harakiyyah yang diperlukan oleh ABIM, dan proses pendidikan itu berteraskan
ilmu, membangun syakhsiyyah secara sepadu, membina kesedaran tanggungjawab terhadap Allah, manusia dan
persekitaran serta melibatkan diri dalam mengislah dan memakmurkan alam seluruhnya di atas asas iman dan amal
soleh demi kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.

Pengisian Tarbiyyah

Pengisian tarbiyyah dari sudut tuntutan hukum ada dua iaitu; tuntutan wajib 'aini yang pengisiannya memerlukan lepada
perkara-perkara berkaitan Islam, iman dan Ihsan. Ia menjurus kepada pembinaan peribadi muslim. Islam pula
pengisiannya merangkumi syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Manakala iman pengisiannya meliputi keimanan
kepada Allah s.w.t., Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kiamat dan Qadha’ serta Qadar. Ihsan pula membina keikhlasan
hati dalam hubungan dengan Allah s.w.t. dan urusan Ibadah khusus dan umum. Maka, ia perlu kepada penyucian sifat-
sifat keji yang menghalang dan mengganggu ketelusan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. dalam segala urusannya
seperti kewujudan sifat cujub, takabur, pemarah, tamak, cintakan dunia, mengikut nafsu serta bakhil.

Pengisian-pengisian keilmuan dan kemahiran beramal dalam perkara-perkara asas keagamaan ini perla diambil
sumbernya secara langsung dari Qur’an, Sunnah pengalaman sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. serta huraian-
huraian ilmuan dan ulama’ yang muktabar.

Dalam konteks kehidupan keluarga termasuk juga dalam kategori fardhu cain ini perkara-perkara asas keperluan
keluarga, isteri dan anak-anak seperti pendidikan asas,agama, keperluan makanan, pakaian, kesihatan, tempat tinggal
dan kemudahan-kemudahan keluarga yang lain untuk kebahagiaan hidup mereka.

Satu lagi tentang pengisian tarbiyyah ini termasuk dalam kategori tuntutan fardu kifa’i; iaitu tuntutan yang
berbentuk jamaci di mana kumpulan umat Islam dituntut perlu menyelesaikan keperluan tersebut. Ia lebih kepada
perkara-perkara yang bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat seperti bidang perubatan, bidang pertanian,
http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 30 November, 2010, 15:28
Minda Madani Online

bidang preusan, bidang pertukangan, bidang matematik dan sains, bidang perdagangan dan hukum.

Selain perkara-perkara di atas, keperluan kepada tahap keilmuan yang lebih tinggi dan lebih mendalam terhadap
sesuatu bidang juga statu tuntutan hukum syarac kerana mereka yang pakar ini akan menjadi kumpulan untuk
peningkatan ilmu dan sebagai benteng untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan budaya hidup mereka. Tanpa
ilmu yang mendalam dan tidak kreatif serta kritis, kita tidak dapat menyaingi pihak-pihak lain dan mungkin juga kita akan
tenggelam dalam arus persaingan dengan mereka yang lebih tinggi kedudukannya dalam keilmuan dan
ketamadunannya.
Mekanisme Pendidikan

Dalam konteks tarbiyyah harakiyyah ABIM ada tiga mekanisma digunakan untuk meningkat ahli dalam pendidikan.
Mekanisma-mekanisma itu ialah:

(1)Usrah mingguan: usrah merupakan mekanisma asas untuk tarbiyyah ABIM

(2) Pengisian ilmu : Dalam usrah ahli dilantik memahami perkara-perkara asas Islam terutamanya tentang bacaan dan
memahami al-Qur’an dan Hadith, sirah, akidah, fiqh dan akhlak. Selain dari componen asas ini mereka juga diberi
kefahaman tentang gerakan Islam dari sudut pemikiran dan lokasi operasi mereka di dunia Islam serta pemikiran-
pemikiran semasa. Ini adalah aspek keilmuannya.

(3) Kerohanian : Selain dari aspek keilmuan, aspek kerohanian juga ditekankan iaitu solat maghrib atau isya’
berjemaah, berzikir selepas solat, beramal dengan zikir al-Ma’thurat dan bacaan al-Qur’an 30 juzu’
pada bulan Ramadhan sebagai ganti dan usrah dan solat terawih bersama.

(4) Ikatan ukhuwwah : Ikatan ukhuwwah cuba dibina melalui makan bersama yang disediakan oleh ahli di rumahnya
dengan penglibatan keluarga, zikir bersama dan solat jamaah.

(5) Membina potensi kepimpinan : Usrah merupakan satu bentuk pengajian halaqah, tetapi ia mempunyai struktur
organisasi dari sudut gerak kerjanya. Ia ada naqib dan penolongnya, setiausaha dan penolongnya serta bendahari.
Maka melalui kegiatan usrah ini secara tidak langsung kita mendidik ahli ciri-ciri kepimpinan; kepimpinan dalam
kerohanian dalam solat, dan kepimpinan dalam menggerakkan kerja-kerja masyarakat. Setiap ahli perla dilatih menjadi
Imam solat, sekurang-kurangnya ketika usrah di rumah.
Merealisasi Pemikiran Gerakan dalam Masyarakat
Pendidikan : Pemikiran dan pemahaman yang dibincnag dalam usrah cuba direalisasikan dalam kerja-kerja amal di
tempat di mana ahli usrah itu bergerak. Kegiatan yang dijalankan dalam bidnag pendidikan ialah pendidikan asas agama
seperti TASKI, TAHFIZ dan kelas al-Qur’an.

Kegiatan ini banyak membantu masyarakat untuk keperluan anak-anak mereka dan sekaligus memberikan gambaran
yang baik buat ABIM.

Ekonomi : Menjalankan aktiviti ekonomi secara kecil-kecilan di tempat di mana usrah digerakkan sama ada melalui
kelompok usrah atau melalui KBI. Kegiatan bisnes itu selalunya yang ada kaitan dengan pendidikan dan keperluan
bahan-bahan harian untuk ahli dan masyarakat.

Kebajikan : Selain itu, aktiviti kebajikan juga dijalankan secara bekerjasama seperti kerja gotong-royong, membantu
orang-orang miskin pada bulan Ramadhan atau hari raya, dan juga derma kematian dan orang-orang sakit setempat.
Kegiatan ko-kurikulum turut diadakan untuk para pelajar.

Usrah Gabungan : Usrah gabungan merupakan satu kegiatan untuk mendekatkan ahli-ahli dari pelbagai kumpulan usrah
dalam sesuatu daerah. Kegiatan usrah gabungan ini lebih kepada hubungan persaudaraan dan tajuk perbincangan
selalunya berkaitan dengan isu-isu semasa sama ada dalam konteks organisasi atau luarnya; dalam negara atau luar
negara.

Tamrin
Tamrin mempunyai tiga peringkat iaitu Tamrin asas, Tamrin peningkatan dan Tamrin lanjutan.

-Mukhayyam: Program mukhayyam penumpuannya lebih kepada pembangunan fizikal dan ketahanan serta amalan
kerohanian di samping menimbulkan kesedaran terhadap pertahanan agama, negara dan umat.

- Amalan Kerohanian: Amalan kerohanian dalam gerakan ABIM diserap dalam aktivitinya berterusan seperti bacaan
Ma’thurat al-Kubra. Tetapi penumpuan agak lebih dalam Tamrin, terutamanya solat Tahajjud, Tilawah al-
Qur’an, Tafakkur, Solat Dhuha, Solat Hajat, Solat Awwabin dan sebagainya. Penumpuan tilawah al-
Qur’an secara jamacah lebih ditumpukan pada bulan Ramadhan, dan solat Tarawih sebagai ganti majlis usrah
biasa.

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 30 November, 2010, 15:28


Minda Madani Online

Pendekatan Gerakan ABIM

1. ABIM dalam gerakannya tidak menekankan aspek lahiriyyahnya, terutama dalam aspek pakaian yang ditekankan
aspek tuntutan penutupan auratnya, dan tidak terikat kepada pakaian tradisional. Ini memudahkan untuk melebarkan
pergerakan dalam masyarakat kerana tidak ada halangan psikologi antara pendakwah ABIM dengan masyarakat.

2. ABIM sebagai badan dakwah bergerak dalam semua bidang keperluan masyarakat. Ia menggunakan pendekatan
terbukan dalam menjalankan kegiatan masyarakat dan keperluan masyarakat, dapat bekerjasama dengan pertubuhan
lain yang tidak keterlaluan percanggahannya dengan Islam sama ada pertubuhan Islam atau bukan Islam. Ini bertujuan
untuk meletakkan ABIM sebagai sebuah gerakan yang peka terhadap kepentingan masyarakat secara umum.

3. Mewujudkan model institusi Islam dalam keupayaannya dalam bidang pendidikan, ekonomi, dan hubungan
kemasyarakatan. Iman dan amal perlu seiring dalam amalan ABIM.

4. Mewujudkan rangkaian hubungan baik dengan semua kelompok dan organisasi yang dianggap boleh bekerjasama
dalam kegiatan-kegiatan kemanusiaan, dan keislaman di dalam dan di luar negeri. Sebagai badan dakwah, kita tidak
mewujudkan musuh, tetapi mewujudkan kawan dan teman lebih banyak.

Kesan Gerakan ABIM


Gerakan ABIM selama lebih tiga dekad telah dapat dilihat kesan-kesannya yang positif dalam pembangunan masyarakat:
1. Dapat menimbulkan kesedaran Islam harakiyyah yang menjurus kepada orientasi kerja dalam aspek pendidikan
ekonomi dan kemasyarakatan.

2. Dalam mengubah falsafah pendidikan negara melalui pegawai-pegawai yang mendokong fiqrah ABIM dengan
falsafah pendidikan sepadu yang menggabungkan aspek keislaman dan akademik. Mengasaskan sistem pendidikan
Islam sepadu dari peringkat Taski, menengah dan tinggi.

3. Dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam ekonomi yang berteraskan syaricah Islamiyyah, melalui
pengalaman KBI tahun 1970an yang menjadikan prinsip Islam sebagai asas perniagaan untuk menjana keuntungan
yang membawa perubahan kepada Akta Koperasi yang dapat menerima prinsip Islam dalam pembiayaannya, dan
demikian juga kemunculan bank Islam kemudiannya.

4. Membina kesedaran masyarakat hidup berbudaya Islam dari sudut pakaian dan perhubungan masyarakat serta
kegiatan-kegiatan lain.

5.Mewujudkan institusi pendidikan, institusi perniagaan yang dikendalikan sendiri oleh ABIM sebagai model institusi
Islam.

6. Membina kesedaran masyarakat dalam pemikiran politik masyarakat dalam negara yang lebih terarah dan lebih
bermoral. Demikian juga sumbangan ABIM dalam aspek perundangan Islam tidak ketinggalan.

7. Penglibatan ABIM dalam arena antarabangsa yang menyumbang kepada masyarakat antarabangsa yang berada
dalam kelompok seperti Palestin, Bosnia, Sri Lanka, Acheh, Filipina, Thailand dan lain-lain.
Penutup
Pergerakan ABIM yang telah bergerak lebih 3 dekad dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dari aspek
keislaman, kemasyarakatan dan kemanusiaan masih bergerak aktif sejak dari penubuhannya. Kekuatan ahli dan
ketahanannya dalam mendokong gerakan ini berterusan adalah hasil dari Tarbiyyah ABIM serta berterusan sebagai
sebuah gerakan belia, kebiasaannya agak sukar untuk dipupuk ketahanannya. Hal ini dapat dilihat kepada pertubuhan-
pertubuhan belia yang lain yang seangkatan dengannya telah lesu dan sebahagiannya telah mati, sama ada ia gerakan
NGO biasa atau badan-badan dakwah Islam. Kita bersyukur di atas pencapaian ini dan diharapkan Allah akan memberi
kekuatan kepada kita secara berterusan dan merestui kerja-kerja untuk menegakkan agamanya di muka bumi ini.

http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 30 November, 2010, 15:28

You might also like