P. 1
cara2 kawad kaki

cara2 kawad kaki

2.0

|Views: 8,045|Likes:
Published by Puteri Rembulan

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Puteri Rembulan on Dec 05, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/26/2013

pdf

text

original

Pengertian kawad kaki ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak; ~ cam proses mengecam orang yg disyaki dlm sesuatu jenayah dgn membariskan mereka di hadapan pihak berkuasa atau orang yg dianiayai; ~ kaki kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis yg mengutamakan pergerakan kaki serentak; ~ perpisahan kawad yg diadakan bagi meraikan perpisahan seseorang pegawai tinggi (spt polis dan tentera) yg akan bersara; ~ senjata kawad (polis, tentera dsb) dgn membawa senjata api spt M16; berkawad berbaris atau berjalan dgn rentak yg sama (bkn tentera, polis, dll), mengadakan perbarisan: satu pasukan Askar Melayu Diraja akan ~ di Stadium Merdeka.

berkawat bermaksud berjalan dengan rentak kaki yang sama; berbaris; mengadakan perbarisan.
Kawad kaki ialah kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis yang mengutamakan pergerakan kaki serentak.

PENGENALAN KAWAD KAKI TUJUAN KAWAD 1. Untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia. 2. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan. 3. Huraian adalah seperti berikut: a. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib didalam organisasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dan panduan tatatertib adalah berdasarkan kawad-kawad yang diperbaiki berkali-kali. kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira dimana tempatnya maka upacara perbarisan akan dilaksanakan demi kepentingan untuk menyatukan semua anggota sebagai satu keluarga. b. Apabila mengajar kawad kaki hendaklah menerangkan tujuan berkawad bukanlah sebagai satu hukuman mendera, tetapi untuk membina tatatertib satu-satu kumpulan. c. Kawad yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari diatas padang kawad semata-mata dan kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja. d. Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota supaya mempercayai diri sendiri dan bertatatertib pada setiap masa. sekiranya berkelakuan tidak senonoh dan buruk semasa rekrut atau selepasnya maka kejatuhan atau kekalahan akan dialamai oleh pasukan itu.

JURULATIH YANG BAIK 1. Cergas 2. Boleh mengajar dengan betul 3. Boleh membuat semua pergerakan dan pertunjukkan dengan betul 4. Boleh membetulkan kesalahan dengan cepat 5. Boleh memberi perintah kawad dengan jelas, betul dan terang 6. Jangan berpuas hati melainkan yang baik SIFAT-SIFAT SEORANG JURULATIH 1. Disiplin Mempunyai tahap disiplin yang tinggi Tidak hilang sabar dan naik darah yang bukan-bukan sehingga 2. Kesabaran melupakan perikemanusiaan Ketabahan & Tegur selalu pergerakan-pergerakan yang salah kerana iakan membina 3. kesungguhan kemahuan belajar. Sediakan diri anda dan Skuad dalam keadaan tahap yang tinggi, jangan 4. Kemahuan berpuas hati melainkan yang baik Hendaklah memahami segala kesukaran dan masalah Skuad, puji 5. Perikemanusiaan apabila mereka membuat kebaikan, tetapi jangan lah terlalu bergaul Sebagai seorang Jurulatih, selalu cergas dan kemas serta mengawal 6. Akhlak squad dengan baik Kepercayaan diri Selalu fikirkan, saya mesti boleh buat dan saya akan memberi 7. sendiri pertunjukan yang baik sekali bukan sebaliknya 8. Tepat dan cepat Boleh memberi perintah dengan tepat dan betul. UCAPAN JURULATIH SEBELUM MENJALANKAN KAWAD Pada pagi / petang ini, saya akan mengawadkan skuad, Penanda di sebelah kanan siapa dia, Penanda di sebelah kiri siapa dia, Itu adalah barisan hadapan, Barisan tengah, tengah juga, Barisan belakang, belakang juga, Apa yang saya mahu,

Perintah saya yang betul hendaklah skuad buat dengan betul dan cergas, Perintah yang salah jangan dibuat, Peringatan! Apabila berjalan skuad hendaklah pacakkan tumit, Lenggangkan tangan kehadapan sama paras dengan bahu, Dan juga kebelakang seberapa yang boleh Faham itu skuad!
• • • •

Apabila mendapat perintah Penanda Kanan / Kiri siapa dia, Jawab : Saya / Pangkat / Nombor anggota / Nama Cikgu / Encik / Tuan Jika faham jawab : Faham Cikgu/Encik/Tuan Jika tidak faham : Semua anggota dalam barisan hendaklah diam

CONTOH DAN TAULADAN Apabila mengawadkan Skuad perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik oleh yang dimikian pastikan :1. Apabila anda mengawadkan Skuad atau mengajar kawad, anda hendaklah sentiasa berdiri dalam keadaan sedia 2. Apabila bergerak atau berpusing, berjalan dan membuat pergerakan yang lain, tentukan anda tunjukkan yang betul dan tentukan Skuad itu buat seperti mana kemahuan anda. 3. Apabila memberi pertunjukkan, mesti dibuat dengan betul. jika pergerakan itu dengan menggunakan tongkat, gunakan tongkat sahaja jangan dicapur adukkan dengan yang lain 4. Jangan gunakan perkataan "Maki" 5. Pakaian anda mestilah kemas dan segak. 6. Jangan gopoh dan menggelabah BERBARIS Perkara-perkara berikut hendaklah ditentukan:1. Jurulatih hendaklah menentukan memeriksa pakaian Skuadnya dan menegur yang salah serta diperbetulkan sebelum berkawad (tidak memakai pakaian/peralatan selain daripada yang di bekalkan sepeti waist, porce, kacamata hitam, capa yang tidak berkaitan dll) 2. Pergerakan keluar dan masuk baris yang dilakukan oleh anggota semasa dalam perbarisan hendaklah mendapat kebenaran jurulatih 3. Rancangkan pelajaran yang hendak diajar dan persiapan yang rapi hendakalah disediakan sebelum mengajar 4. Setelah selesai pelajaran, anggota-anggota hendakalah bersuarai dan memberi hormat kepada jurulatih dan pegawai yang terlibat.

5. 6. 7. 8.

Apabila berbaris pastikan perbarisan itu tidak mengadap matahari Apabila anggota kurang daripada 12 orang hendaklah membuat satu barisan sahaja. Jumlah anggota untuk membuat 2 barisan ialah 12 hingga 17 orang Jumlah anggota yang melebihi daripada 18 orang bolehlah di buat dalam 3 barisan..

CARA-CARA MENGAWADKAN SKUAD BARU/KAWAD PERHUBUNGAN Bagi anggota yang baru atau pelatih hendaklah mereka diajar cara-cara membina bahasa hukuman kawad menggunakan suara yang kuat seperti harkat, bahasa hukuman kawad dan panggilan masa 1-2-3-1 untuk memudahkan mereka di latih adalah seperti berikut:1. Tujukan bahasa hukuman kawad semasa statik/berhenti, serta latihan berjalan/dinamik. 2. Cuba seorang demi seorang dengan berteriak bahasa hukuman kawad. 3. Tiap-tiap seorang akan kawadkan kawannya yang dihadapan. 4. Tukarkan barisan itu tiap-tiap 10 minit dengan kedua-dua bahagian skuad itu dapat peluang untuk mengawadkan kawannya. PERINGATAN Dalam keadaan skuad berbaris 3 barisan, hendaklah diterangkan kepada skuad yang mana penanda kanan dan kiri bagi barisan masing-masing PANGGILAN MASA Anggota yang baru (pelatih) dan untuk permulaan berkawad hendaklah berteriak panggilan masa pada semua pergerakan 1. Tiap orang didalam skuad itu akan faham masa itu apabila mereka berteriak beramai-ramai 2. Mereka akan membuat pergerakan itu dan belajar bersama-sama MASA DAN LANGKAH Masa dan jarak langkah didalam berkawad adalah seperti berikut:•

MASA BERJALAN 116 - 120 langkah seminit 140 langkah seminit 65 langkah seminit 180 langkah seminit

Masa cepat jalan biasa Masa cepat jalan rekrut Masa perlahan jalan Masa berlari • JARAK LANGKAH Masa cepat dan perlahan jalan Langkah panjang Langkah pendek

30 inci 33 inci 21 inci

Langkah berlari Langkah sebelah Senang diri nota tambahan Kembali

40 inci 12 inci 12 inci

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->