You are on page 1of 7

Definisi Ulum al-Quran

Bahasa: ilmu-ilmu tentang al-Quran

Istilah: ilmu-ilmu yang membincangkan aspek-aspek yang terkandung dalam al-Quran. Aspek-aspek yang
dimaksudkan ialah penurunan al-Quran, bacaan, pengumpulan, penyusunan, penulisan, pentafsiran,
�ijaz al-Quran, al-nasakh wa al-mansukh, asbab al-nuzul, �irab dan gharib al-Quran.

Faedah mempelajari ulum al-Quran

1. mengetahui perkembangan ulum al-Quran sejak ia diturunkan


2. menguasai bidang ilmu yang terkandung dalam al-Quran
3. mempertahankan keaslian al-Quran dan memeliharanya daripada penyelewangan

Sejarah ulum al-Quran di zaman Rasul Allah s.a.w

� Rasul Allah memahami dan menghafaz wahyu yang diterima baginda


� Rasul Allah menerangkan pengertian serta rahsia wahyu tersebut kepada Sahabat
� Sahabat menghafaz atau mencatatnya

Sejarah ulum al-Quran di zaman al-Khulafa al-Rasyidin

� Abu Bakr mengumpulkan al-Quran atas cadangan Umar bin al-Khattab kerana ramai huffaz syahid
dalam peperangan al-Riddat di al-Yamamah
� Di zaman Utsman, pelbagai bangsa yang menganut Islam membaca al-Quran mengikut lahjat mereka
sendiri
� Utsman menyusun semula al-Quran Abu Bakr dalam satu tulisan dan lahjat dalam satu mushaf

Perkembangan ulum al-Quran

� Bermula pada awal abad ke-10H dengan penyusunan buku yang berjudul al-Burhan fi Ulum
al-Quran oleh Ali bin Ibrahim al-Khufi
� Diikuti oleh al-Jawzi (m. 598H) yang menyusun Funun al-Afnan fi Ulum al-Quran
� Ilm al-Din al-Sakhawi (m. 641H) yang menyusun Jimal al-Quran
� Abu Syamat (m. 665H) yang menyusun al-Mursyid al-Wajiz fi ma yata�aluq bi al-Quran al-
�Aziz
� Badr al-Din al-Zarkasyi (m. 794H) yang menyusun al-Burhan fi Ulum al-Quran
� Jalal al-Din al-Balqini yang menyusun Mawaqi� al-Ulum min Mawaqi� al-Nujum
� Al-Sayuti yang menyusun al-Tajbir fi Ulum al-Tafsir dan al-Itqan fi Ulum al-Quran
� Tahir al-Jazari yang menyusun al-Tibyan fi Ulum al-Quran
� Muhammad Ali Salamat yang menyusun Minhaj al-Furqan fi Ulum al-Quran
� Muhammad Mustafa al-Maraghi yang menyusun Masalat Tarjamat al-Quran
� Muhammad Abd Allah yang menyusun al-Naba al-�Azim fi al-Quran al-Karim wa al-Tariq
al-Mitsli fi Dirasatih
� Abd al-Azim al-Zarqani yang menyusun Sahil al-�Irfan fi Ulum al-Quran
� Muhammad Ali al-Sabuni yang menyusun al-Tibyan fi Ulum al-Quran
� Abd al-Ghani �Audh al-Rajihi yang menyusun al-Minhaj al-Qawim fi Dirasat Ulum al-
Quran
� Muhammad Ahmad Yusuf al-Qasim dan Mani� Abd al-Halim Mahmud yang menyusun
Ulum al-Quran al-Karim

Definisi al-Quran

Bahasa: yang dibaca

Istilah: kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sebagai mukjizat dalam bahasa
Arab, membacanya dianggap ibadah dan disampaikan kepada kita secara mutawatir (bersambung
sanad).

Nama-nama al-Quran

� Al-Furqan
� Al-Kitab
� Al-Dzikr
� Al-Bayan
� Al-Tanzil

Kelebihan al-Quran

Al-Quran bersifat mutlak. Ia mengatasi ruang dan masa yakni ia sesuai untuk semua tempat dan
masa. Isi kandungan berkait dengan semua aspek kehidupan manusia.

Mukjizat al-Quran

1. diakui pakar bahasa dan penyair Arab


2. tidak dapat ditandingi
3. ungkapan yang padat, ringkas dan tepat
4. melembutkan hati
5. susunannya teratur
6. merangkumi semua bidang ilmu (usul al-din, syariat, kanun, sains, matematik dsb.)
7. tidak dibatasi ruang dan waktu
8. kandungannya kekal dan tidak berubah
9. isi kandungannya tidak bercanggah antara satu sama lain
Definisi wahyu

� pemberitahuan Allah kepada rasul-Nya tentang segala petunjuk dan pengetahuan yang
dikehendakinya secara luar biasa
� kalam Allah yang diturunkan kepada nabi-Nya
� pengetahuan yang diperolehi nabi dengan keyakinan bahawa ia datang daripada Allah melalui
perantaraan atau tanpa perantaraan

Cara penurunan wahyu

� turun terus ke dalam hati


� disampaikan dari belakang tabir iaitu rasul mendengar kalam Allah tanpa melihat-Nya
� disampaikan melalui perantaraan Jibril
� melalui mimpi yang benar
� disampaikan Jibril ke dalam hati rasul dalam keadaan mereka tidak melihatnya
� datang seperti bunyi loceng.
� disampaikan melalui Jibril yang menjelma sebagai manusia

Peranan wahyu

� membimbing manusia ke jalan yang benar


� membawa manusia kepada mentauhidkan Allah
� menyuruh kepada melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya
� menyuruh kepada mencontohi Rasul Allah

Perbezaan antara wahyu, ilham dan fikiran

Wahyu : Pengajaran yang diberi oleh Allah kepada rasul-rasul melalui Jibril atau tanpa Jibril

Ilham : Pengetahuan yang diyakini seseorang tanpa menyedari dari mana datangnya

Fikiran : Hasil pendapat akal manusia yang terbatas


Ayat al-Quran yang pertama dan terakhir diturunkan

� ulama bersepakat bahawa ayat pertama yang diturunkan ialah ayat-ayat 1~5 Surat al-�Alaq
� ulama berselisih pendapat mengenai ayat terakhir yang diturunkan. Ayat- ayat yang dianggap sebagai
ayat terakhir diturunkan ialah
 ayat 278 Surat al-Baqarat
 ayat 281 Surat al-Baqarat
 ayat 282 Surat al-Baqarat
 ayat 195 Surat Ali �Imran
 ayat 93 Surat al-Nisa
 ayat 176 Surat al-Nisa
 ayat 3 Surat al-Ma�idat
 ayat 128 Surat al-Tawbat
 ayat 110 Surat al-Kahf
 Surat al-Nasr
� Pendapat yang rajih ialah ayat 281 Surat al-Baqarat seperti yang dipegangi al-Sayuti berdasarkan
hadith al-Nasai dari �Ikrimah dari Ibn Abbas
� Ayat 281 ini diturunkan sembilan hari sebelum kewafatan Rasul Allah
� Pendapat yang mengatakan bahawa ayat 3 Surat al-Maidat sebagai ayat terakhir diturunkan adalah
lemah kerana ayat itu diturunkan ketika Hujjat al-Wida� iaitu 81 hari sebelum kewafatan Rasul Allah
� Buktinya ialah kisah dari al-Bukhari iaitu seorang Yahudi menemui Umar bin al-Khattab dan berkata
�Wahai Amir al-Mu�minin! Ada satu ayat dalam kitab tuan, sekiranya ayat itu diturunkan kepada
Yahudi nescaya kami akan menjadikan hari itu sebagai hari raya�. Umar bertanya, �ayat manakah
yang kamu maksudkan?� Jawab orang Yahudi itu �Alyawmu akmaltu lakum dinakum��. Lalu Umar
berkata, �demi Allah! Aku tahu di mana dan bila ayat itu diturunkan. Ia diturunkan pada hari Jumaat
selepas Asar ketika Rasul Allah berada di �Arafat. Memang ayat itu diturunkan pada hari raya yang
dianggap sebagai hari besar kaum muslimun�.

Definisi nuzul al-Quran

Definisi nuzul secara literal: menetap di satu tempat, turun dari tempat yang tinggi

Definisi nuzul secara istilah: Pemberitahuan (mujaz) yang menunjukkan ketinggian Allah

Nuzul al-Quran: penurunan wahyu dari Lawh Mahfuz ke Bait al-�Izzat di langit dunia dan dari langit
dunia kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Jibril selama 23 tahun

Peringkat-peringkat nuzul al-Quran

1. al-Quran diturunkan dari Allah ke Lawh Mahfuz secara sekali gus


2. dari Lawh Mahfuz al-Quran diturunkan secara sekali gus ke Bait al-�Izzat pada malam al-Qadr (Lailat
al-Qadr)
3. dari Bait al-�Izzat al-Quran diturunkan kepada Rasul Allah secara beransur-ansur melalui Jibril selama
23 tahun.

Hikmah al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat

� membezakan al-Quran dan Rasul Allah daripada kitab-kitab suci dan nabi-nabi terdahulu. Kitab-kitab
suci terdahulu diturunkan secara sekali gus.
� Untuk disesuaikan dengan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasul Allah

Penurunan al-Quran secara beransur-ansur

� Penurunan berlaku dalam tempoh 23 tahun; 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah
� Beberapa sejarawan mengatakan bahawa Rasul Allah berada di Makkah sesudah menjadi rasul ialah
selama 12 tahun, 5 bulan dan 3 hari iaitu daripada 17 Ramadhan tahun 41 daripada mawlud baginda
(Tahun Gajah 41) hingga awal Rabi� al-Awwal tahun 54 (Tahun Gajah 54, 1 Hijrah)
� Baginda menetap di Madinah selama 9 tahun, 9 bulan dan 9 hari iaitu dari awal Rabi� al-Awwal
tahun 54 hingga baginda wafat

Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur

� Untuk menetapkan jiwa Rasul Allah dan menguatkan hatinya. Melalui penurunan yang berterusan,
Rasul Allah dapat merasakan Allah sentiasa bersama baginda.
� Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Mereka mudah menghafaz al-Quran
dan memahaminya berdasarkan peristiwa yang berlaku
� Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang berlaku

Bentuk wahyu yang diturunkan

1. lafaz hakiki yang melemahkan hujah makhluk yang diciptakan Allah sendiri
2. hadith qudsi yang hanya maknanya sahaja yang diwahyukan
Sejarah penulisan dan pengumpulan al-Quran

ZAMAN RASUL ALLAH

� al-Quran belum ditulis sebagai satu mushaf


� sebabnya Rasul Allah masih mnerima wahyu
� Rasul Allah sangat prihatin terhadap setiap nas ayat
� Untuk mengelakkan pertukaran atau perubahan, Rasul Allah mengingat dan membaca semula
seperti yang diajarkan Jibril
� Baginda memanggil penulis terpilih untuk mencatatkan wahyu
� Antara penulis wahyu ialah Zaid bin Tsabit, �Ali bin Abu Talib, �Uthman bin �Affan,
Abu Bakr, �Umar bin al-Khattab, Anas bin Malik, Ubayy bin Ka�ab, Mu�awiyah bin Abu
Sufyan dan �Abd Allah bin Mas�ud
� Mereka menulis wahyu di atas pelepah tamar, batu atau tulang

ZAMAN ABU BAKR / �UMAR

Terdapat beberapa masalah iaitu

1. golongan yang enggan membayar zakat


2. golongan murtad
3. Perang al-Yamamah

Ramai huffaz yang mati syahid dalam perang melawan golongan di atas. Ini membawa kepada
ancaman lenyapnya al-Quran dengan kematian mereka. Atas gesaan Umar, al-Quran ditulis dan
dikumpulkan. Tugas penulisan dan pengumpulan al-Quran diketuai oleh Zaid bin Tsabit yang
merupakan penulis wahyu utama dan tetap pada zaman Rasul Allah. Beliau seorang amat teliti,
berhati-hati, dihormati ramai dan selalu menghadiri majlis Rasul Allah. Al-Quran yang
dikumpulkan disimpan di rumah Hafsah binti Umar yang juga merupakan isteri Rasul Allah.

ZAMAN UTHMAN

� Wilayah baru yang dibuka bertambah luas


� Berlaku pembangunan pelbagai bidang
� Islam tersebar di seluruh negeri yang dikuasai kerajaan Islam
� Ramai bangsa-bangsa bukan Arab (Ajam) memeluk Islam
� Mereka membaca al-Quran menurut dialek masing-masing sehingga menimbulkan pelbagai
qiraat
� Kepelbagaian qiraat ini akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan sesama orang
Islam
� Huzaifah ibn al-Yaman yang menyaksikan fenomena ini semasa menyertai ekspedisi ke
Armenia melaporkan hal tersebut kepada Khalifah Uthman dan menasihatkan beliau agar
melaksanakan penyeragaman bacaan al-Quran
� Khalifah Uthman menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai Zaid ibn Thabit untuk
pelaksanaan penyeragaman itu
� Berpandukan naskah yang dikumpulkan semasa zaman Khalifah Umar yang disimpan di
rumah Hafsah bint Umar, jawatankuasa ini menjalankan projek besar itu dan berjaya
menghasilkan naskah yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani
� Lima buah naskah dihasilkan dan dihantar ke Makkah, Kufah, Basrah dan Damsyik
� Sebuah naskah diletakkan di Madinah di bawah jagaan Khalifah Uthman sendiri
� Dari lima buah inilah orang-orang Islam menyalin naskah untuk kegunaan masing-masing
� Sehingga ketika ini, seperti penulisan Arab lain al-Quran masih tidak bertitik dan berbaris.
Penggunaan titik dan baris hanya bermula pada zaman Khalifah Ali dan mencapai tahap
penyempurnaan pada era pemerintahan Bani Abbasiyah

You might also like