P. 1
Kebaikan Internet

Kebaikan Internet

|Views: 651|Likes:
Published by arveana

More info:

Published by: arveana on Dec 05, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/16/2012

pdf

text

original

KEBAIKAN INTERNET

Pengenalan Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluasluasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Peranan komputer dan internet dalam pendidikan
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ). Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa: y Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.

y y

1994 ).y Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. permainan. Integrasi internet dalam pendidikan Internet atau µInternasional Network of Networks¶ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB. kertas persidangan. Mesej yang dihantar sejauh 25. Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru.000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada . projek dan sebagainya. guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning). telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman. Dalam kursus ini. majalah. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. 1996). Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. 1996). Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa. 1995). 1996 ). terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. khususnya bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. seperti spreadsheet. sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi. Bahan-bahan ini termasuklah artikel. Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia . Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik. al. audio. video. walaupun kurang berjaya. Dalam perkembangan terbaru. melalui Bahagian Pendidikan Guru. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Melalui projek ini. Telah pun diumumkan bahawa. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. perisian komputer. multimedia dan internet. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern. Dalam rangkaian Internet.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini. lebih daripada 6. imej grafik. Program ini. Kementerian PendidikanMalaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa. pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat. teratur dan sistematik. Keempat Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. termasuklah matematik.guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Pertama Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . khususnya warga pendidik dan para ibubapa. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. antaranya: y y y y y y E ± mail (Mel Eletronik) Laman Web (WWW) Internet Relay Chat (IRC) Telnet Kumpulan Diskusi dan Berita File Transfer Protocal (FTP) Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. . Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail. Ketiga Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas. khususnya dalam bidang IT. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Malah sebaliknya . Kedua Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru.beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan . Internet telah menyediakan beberapa kemudahan. Oleh itu. perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting.

Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "online".Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli. teknik pengajaran terbaik. latihan dan penilaian. Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini. dan pihak jabatan serta kementerian. Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal. bahan bantu mengajar dan sebagainya. pelajar. dan Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir. ibu-bapa. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa. 1998): y y y Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru. kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi . Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran . idea kreatif dan inovatif. 1996): y y y Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan . y Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah: y y y y Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.

Antara kebaikan Internet adalah maklumat begitu mudah dan cepat disalurkan untuk digunakan dalam pelbagai urusan. dan permainan video. Sektor awam dan swasta telah memanfaatkan penggunaan komputer dan IT dalam memantapkan operasi mereka. cuma manusia saja yang menyalahgunakan Internet ke arah kerosakan moral dan etika. setiap penduduk dunia. tidak mahu ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan teknologi yang begitu pesat. Antara penyalahgunaan Internet pula ialah Internet digunakan untuk melayari laman-laman web lucah dan tidak berfaedah. Urusan perniagaan dan perbankan semakin mudah dengan pengenalan e-banking . seperti dalam bidang penyelidikan dan pengumpulan data. ³Technology changes every second. Bahkan. Dalam kita mengejar arus kemodenan. Ada belia yang duduk sepanjang hari di depan komputer untuk melayari talian chat . Internet telah banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur maklumat penting dan terkini. Pembayaran bil juga kini dilakukan menerusi Internet dan ini merupakan kemudahan yang paling mendapat sambutan ramai kerana kemudahan ini nyata menjimatkan masa pengguna. jika boleh. Selain itu komunikasi antara negara di dunia menjadi semakin mudah dan ringkas dengan wujudnya e-mel dan chat . Penggunaan komputer dan rangkaian yang diwujudkan memudahkan perdagangan bebas merentasi sempadan negara. pelanggan bank tidak perlu bersusah payah beratur di kaunterkaunter bank kerana urusan perbankan boleh dilakukan menerusi Internet.´ Berdasarkan pengertian ini. di mana kos perhubungan begitu murah jika dibandingkan dengan penggunaan telefon dan juga begitu cepat jika kita membuat perbandingan dengan penghantaran surat biasa melalui pos.P ENDEDAHAN kepada komputer dan teknologi maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer di kalangan masyarakat terutama belia. Banyak faedah yang boleh didapati menerusi penggunaan Internet. Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilah pisau. Pembaziran waktu bekerja kerana sering berada di chat room untuk berbual sesama rakan. Kemudahan yang ada membolehkan pelbagai jenis laman web baru ditubuhkan untuk tujuan tidak sihat. Kini. Kita khuatir terhadap kecenderungan sesetengah golongan masyarakat terutama belia yang membuang masa di depan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yang boleh ditimba. anak-anak kecil juga sudah mula mengenali apa itu Internet kerana pendedahan awal ibu bapa dan sekolah yang mahu generasi muda tidak ketinggalan dalam mengenali teknologi maklumat dan komunikasi. seperti . Adalah lebih baik jika kita kupaskan serba sedikit kebaikan serta keburukan Internet di negara ini. ia boleh memotong dan juga membunuh. pornografi .

Jika ditafsirkan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. pengaruh budaya luar. Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isu jenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernah mendedahkan bahawa sebahagian respondan yang terlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugian dari segi kewangan akibat serangan penceroboh. Tidak kurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam. Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda negara? Adakah kita akan membiarkan saja. nilai kerugian terkumpul dari segi kewangan tidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit. Akan tetapi.laman-laman web politik yang tidak memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak. serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea. dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain. terutama dari barat. kerana berpendapat ini adalah akibat daripada impak globalisasi seperti yang diwar-warkan Kerajaan? Adakah masih menjadi tugas ibu bapa sematamata untuk memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada budaya negatif ini? Atau perlukah penapisan laman Internet dikuatkuasakan demi menjaga budaya dan tatasusila timur? Masyarakat perlu sedar Internet bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu. telah merosakkan minda masyarakat kita. Mampukah kita? . Kita perlu ingat. Selain itu penyalahgunaan yang sering kita dengar adalah pengiriman spam dikategorikan sebagai sampah Internet merupakan salah guna yang terbesar. yang selama ini terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan santun. Wujud juga kes penyebaran virus dan ugutan menggodam. kita tidak perlu menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur. kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas.

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN Pembangunan infrastruktur moden dan canggih yang.A. Namun. Perdana Menteri telah mengklafikasikan ciri-ciri minda kelas pertama yang meranngkumi aspek pendidikan. Pada ketika itu Y. ³Minda kelas pertama tidak terbentuk dalam persekitaran sinonim dengan budaya hedonisme. iaitu Islam Hadhari dan pelan integriti nasional. dalam konteks ekonomi. pengetahuan. Minda kelas pertama tidak bercambah jika ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap kelayakan akademik. kerajaan tetap memberi penekanan kepada pembangunan modal insan bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing pada masa depan. Pakar Perunding Kaunseling UIAM. belum ada pihak yang dapat menentukan secara spesifik ´extent´ (tahap) kemampuan sumber itu. istilah modal insan menjadi popular¹ dalam kalangan rakyat Malaysia (khususnya orang Melayu) hanya setelah Y. Setakat ini. ukuran ilmu dan pencapaian ialah kegigihan. agama dan moral.B Perdana Menteri. Maklumat terkini hanya menunjukkan betapa ´varified´ (pelbagainya) kemampuan manusia.B Perdana Menteri Malaysia. Ciri-ciri inilah yang terangkum dalam gagasan minda kelas pertama. istilah itu belum timbul. 17 Januari 2005). . Semua ini tidak akan berfungsi dan bermakna. kepentingan sumber manusia dilihat secara perbandingan. keluarga.A. khususnya dalam bidang ilmu ekonomi dan perniagaan. khususnya ketika menjadi negara maju menjelang 2020. Dalam persekitaran merangsang pembangunan minda kelas pertama. 1 Januari 2005). prointelektual dan berasaskan pencapaian. iltizam. Perubahan dan kemajuan yang dicapai oleh dunia secara keseluruhannya. Dari istilah ini juga jelas ia menggambarkan daripada fahaman kapitalisme. modal insan bermutu tinggi satu keperluan. negara dan dunia. Antara definisi yang agak komprehensif tentang modal insal ialah definisi yang ditampilkan oleh Aini Jaafar. Modal insan diperlukan mempunyai ciri yang memenuhi keperluan pembangunan individu.B Perdana Menteri memperkatakan perihal RMK-9 sekali lagi pada 16 Januari 2005. sumbangan konkrit dan gaya hidup berasaskan kepentingan nilai ilmu´. dinikmati negara ini tidak membawa makna sekiranya pembangunan modal insan diketepikan. Demikianla di antara ungkapan Perdana Menteri. Kualiti ini pula dilihat dari sudut aset´. dan pelbagai sumber kekayaan semula jadi lain lagi. hasil galian. pembangunan modal insan dalam RMK-9 turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup. iaitu dengan sumber semula jadi lain seperti tanah. Walau bagaimanapun. masyarakat.A. membuatkan pakar ekonomis melihat manusia mempunyai kualiti yang lebih dari sekadar buruh atau pun pengusaha. ³Dalam konteks dunia global. aktif dan inovatif. Selepas 49 tahun merdeka. Beliau juga menyatakan manusia adalah suatu sumber yang sungguh besar dalam mengaktifkan segala kegiatan ekonomi. menyeluruh dan bersepadu. bukan lagi kemewahan´. istilah ini belum diketengahkannya (rujuk Berita Harian. apabila Y. ampuisme dan rasuah.A. Seperti beberapa dasar terdahulu yang dikemukakan Perdana Menteri. menyebut bahawa RMK-9 memberikan penekanan pada usaha mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni. Beliau mentakrifkan modal insan sebagai :³Suatu istilah ekonomi yang baru. Pembangunan minda kelas pertama memerlukan persekitaran mesra ilmu. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menggunakannya semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 30 Mac 2006. Semasa Y. Malah.Pengenalan Istilah modal dan modal insan bukanlah istilah baru. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). dan mempertingkatkan kebolehan tinggi tenaga manusia (Utusan Malaysia. sekiranya usaha manusia tidak dilibatkan secara langsung. antara lain. Dengan kata lain. Dengan itu manusia hanya dilihat sebagai buruh dan pengusaha.B Perdana Menteri menyampaikan perutusan Tahun Baru 2005 (dalam mood yang terkesan oleh Tsunami yang melanda beberapa bahagian dunia pada 26 Disember 2004) yang menyentuh perihal RMK-9. pembangunan modal insan dalam RMK-9 juga dirangka supaya bersifat holistik. dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

´ ujar beliau. sejarah dan bangunan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan peralatan canggih tetapi insan di dalamnya perlu mempunyai kekuatan fizikal. sesebuah universiti ternama bukan hanya pada nama. kerajaan menerusi RMK-9 bakal melaksanakan program pembangunan modal insan itu secara bestari. mahupun kemajuan bangsa dan ummah. perlu diteruskan bersesuaian dengan tahap ketinggian ilmu yang mereka sedang pelajari. dan samseng memerlukan penerapan nilai murni dalam kegiatan di luar bilik darjah supaya nanti anak didik ini menjadi warga yang tahu menghormati hak orang lain khususnya ketika di jalan raya. Modal ini perlu digerudi. penekanan terhadap modal insan di kalangan remaja dan belia perlu ditekankan dalam semua aspek kerana merekalah generasi pelapis´. ³Pendedahan dan pendidikan mengenai kemanusiaan yang mengetepikan prejudis. merangkumi pemerolehan ilmu pengetahuan serta kemahiran atau modal intelek yang praktikal. ³Apa yang perlu kita lihat ialah pendidikan secara menyeluruh dan lengkap atau disebut sebagai holistik. Minda kelas pertama tidak bercambah jika ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap kelayakan akademik. memiliki sikap. Pendidikan tidak harus dilihat semata-mata untuk kepentingan peperiksaan. Samsuddin menambah. memang wajar guru diberi pendedahan dan kursus intensif untuk mendapatkan pendekatan baru bagi menggiatkan bidang berkenaan´. Pastinya nanti pembaharuan dalam sistem pendidikan negara secara berperingkat-peringkat itu bakal melahirkan insan yang serba boleh lagi berketerampilan. Hal demikian dapat dilakukan apabila sistem pendidikan jangan terlalu menekankan keputusan cemerlang. ³Kecenderungan kini adalah menumpukan kepada pemulihan golongan belia bermasalah atau meraikan belia cemerlang dengan pelbagai insentif. Bagi memastikan negara terus maju.´ tambah beliau lagi. individualistik dan sebagainya. Dalam persekitaran merangsang pembangunan minda kelas pertama. ³Kecemerlangan pelajar harus dilihat daripada semua aspek mencakupi sahsiah. kroni. di samping pemantapan asas akhlak dan keinsanan yang kukuh. sumbangan konkrit dan gaya hidup berasaskan kepentingan nilai ilmu. berbanding usaha memajukan golongan majoriti belia yang mungkin tidak menonjol kerana kurang bimbingan untuk memaksimumkan keupayaan. ukuran ilmu dan pencapaian ialah kegigihan. Prof Dr. ³Usaha murni ini tentunya perlu bermula pada peringkat awal lagi iaitu seawal sekolah rendah. Shamsuddin Abdul Rahim. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi serta kemanusiaan membolehkan Malaysia membina satu tamadun yang disegani di dunia.³Dengan itu. ekstremis.´ ujar Shamsuddin lagi. Shamsudin menjelaskan bahawa pendekatan paling wajar ke arah merealisasikan kelahiran insan kelas pertama ini ialah pemerolehan ilmu pengetahuan sepanjang hayat. iltizam. mental dan rohani. Begitu juga dengan aspek patriotik. Pendekatan strategik yang bakal digunakan termasuk keupayaan keusahawanan. ampuisme dan rasuah. ³Mencapai kemerdekaan hanyalah permulaan. nilai dan etika positif serta progresif menerusi pendidikan dan latihan. Beliau turut menyentuh isu masalah remaja yang terbabit dengan vandalisme. Pembangunan modal insan di kalangan remaja dan belia juga perlu diseimbangkan supaya tidak pihak terpinggir. ³Minda kelas pertama tidak terbentuk dalam persekitaran sinonim dengan budaya hedonisme. iaitu sebagai suatu aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi. dinamik dan berpengetahuan untuk melakukan pembaikan dan inovasi. Sehubungan itu. inisiatif RMK-9 untuk meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti pada semua peringkat perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Inisiatif ini diharap dapat membuka mata dan minda agar lebih proaktif. menjelaskan bahawa pembangunan modal insan penting sebagai pengisian utama di kalangan remaja dan belia khususnya pelajar masa kini. dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum memanfaatkannya. pembangunan negara. Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkap Ketua Pegawai eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. gemilang dan terbilang dalam peperiksaan´. boleh didedahkan kepada mereka dengan menyelami secara menuding ke arah diri sendiri´. Inisiatif lain seperti melahirkan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa juga perlu dirangka dalam perspektif minda kelas pertama. manusia dilihat sebagai suatu jenis modal yang dinamakan sebagai modal insan. rupa diri hingga kepada pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. dan diganti dengan toleransi dan sebagainya. salah laku. Bagi maksud ini. ataupun amalan rasuah kolar putih. Tamadun Malaysia perlu dibangunkan mengikut acuan sendiri dan ia hanya dapat ditampilkan melalui penguasaan sains dan teknologi serta tidak lupa kepada jati diri bangsa . Justeru. penagihan dadah. Penimbaan ilmu secara berterusan pastinya dapat menjana kelahiran modal insan bertaraf minda kelas pertama´. pengetahuan sains dan teknologi.

lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang amat mencabar ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mantap bersifat holistik dan menyeluruh serta bertunjangkan sains dan teknologi´. ³Dengan nilai modal insan yang tinggi. ia akan menggalakkan peningkatan produktiviti negara. pembangunan modal insan secara menyeluruh dan bersepadu perlu dijalankan supaya dapat membentuk individu berketerampilan dan berkualiti dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. ³Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.´Memperkasa sumber modal insan bakal menyediakan Malaysia dengan satu corak pembangunan berasaskan acuan sendiri yang tidak menolak faedah dari Barat dan Timur. Rakyatnya mempunyai kesetiaan tinggi bukan saja terhadap negara. Melihat kepada contoh negara yang mana aset materialnya rendah seperti Korea Selatan dan Jepun. sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan´. ³Sememangnya modal insan negara perlu terus digilap kerana ianya merupakan elemen terpenting dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan. Menurut beliau lagi. berkata pembangunan modal insan bukan saja penting kepada pertumbuhan masyarakat.´ ujar beliau lagi . ³Modal insan mempunyai dimensi yang luas iaitu daripada aspek individu. peranan pembangunan sosial perlu diseimbangkan dengan pembangunan fizikal kerana modal insan juga mampu meningkatkan mobiliti masyarakat dalam membentuk anjakan paradigma ke arah mencapai masyarakat yang cemerlang. Bangsa Malaysia perlu berciri global dan glokal. Apabila kita tawan dunia ia turut disertai jati diri bangsa Malaysia yang asli dan utuh. Perdana Menteri memfokuskan golongan pekerja yang merupakan aset terpenting sesebuah negara hingga mampu menentukan turun naik dan jatuh bangunnya sesebuah negara. Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech. Selain itu. malah memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi. mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara maju lain. pembangunan modal insan berminda kelas pertama harus diutamakan´ . Dalam perutusan sempena Hari Pekerja 2006 Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan bahawa pembangunan modal insan bermindakan kelas pertama perlu diberi keutamaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju beridentiti sendiri. termasuk pesaing dalam menangani aspek nilai dan jati diri sebagai pemacu kepada pertumbuhan negara.sendiri. gemilang dan terbilang.´ ujarnya. Bagi memastikan Malaysia maju mengikut acuan yang tersendiri. masyarakat dan ekonomi. Perdana Menteri yang mengharapkan rakyat sebagai modal insan pula perlu terus memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membudayakan semangat pendidikan sepajang hayat. malah pekerjaan. Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh. Kesimpulannya pemahaman mengenai kepentingan modal insan perlu diberi penekanan di kalangan rakyat supaya mereka memahaminya dan memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan serta mencapai matlamat . rakyat Jepun dan Korea Selatan berjaya membuka mata dunia terhadap kemajuan yang dicapai.´ ujar Ismail. ³Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu. Kejayaan yang dicapai kedua-dua negara itu sering dijadikan model oleh negara lain. ³Ini penting agar modal insan negara sentiasa menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini dan ditunjang pula dengan nilai-nilai murni agar menjadi tenaga kerja yang dinamik dan menghayati budaya kerja berprestasi tinggi´. Dengan memperkukuhkan modal insan itu sendiri. jangan sampai lupa bumi yang dipijak. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->