You are on page 1of 12

Nombor soalan 3:

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ditubuhkan atas kesedaran dan usaha
berpasukan untuk menyelesaikan masalah atau mengadakan penambahbaikan
kepada sesuatu unit dalam sesebuah organisasi. Dengan mengambil satu contoh,
jelaskan proses yang perlu dilakukan sebelum melakukan penambahbaikan atau
menyelesaikan sesuatu masalah.
 

Jawapan soalan 3:

A. Pengenalan

KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit kerja
yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan
menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini
mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan
dan keputusan, seterusnya mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh
pihak pengurusan.

B. Matlamat

Matlamat KMK adalah bertujuan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja dan


memupuk semangat bekerjasama secara kumpulan dengan menyemai nilai serta etika
kerja yang positif terhadap penglibatan dan minat terhadap kerja. KMK juga mampu
memberi dorongan kerja yang tinggi dan mewujudkan kesedaran serta tanggungjawab
terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan dan negara.

C. Proses Sebelum Penambahbaikan

Pendekatan yang digunakan oleh KMK dalam urusan meningkatkan kualiti kerja
ialah mengikut kaedah Perancangan, Pelaksanaan, Penyemakan dan Tindakan (Plan, Do,
Check, Action - P.D.C.A). Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam P.D.C.A adalah seperti di
Rajah 1.

1
Rajah 1: Kaedah P.D.C.A

Contoh projek yang diambil adalah ketua panitia sains di sekolah membuat
rancangan untuk mendapat kelulusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
100% dalam subjek sains. Dengan mengambil masalah di atas sebagai contoh, proses
yang perlu dilakukan sebelum melakukan penambahbaikan telah dijelaskan seperti di
bawah:

Langkah 1 - Perancangan

Di peringkat perancangan, Ketua Panitia Sains akan memanggil guru-guru sains


untuk bermesyuarat bagi mengenalpasti dan memilih projek/masalah yang perlu
diselesaikan. Bagi projek/masalah yang telah dikenalpasti untuk diselesaikan, satu jadual
pelaksanaan perlu disediakan untuk memastikan agar projek/ masalah ini diselesaikan
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

2
Peringkat perancangan ini memerlukan tiga aktiviti untuk dilaksanakan iaitu:

a. Mengenalpasti Projek/Masalah

Projek yang dikenalpasti adalah untuk mendapat kelulusan peperiksaan Penilaian


Menengah Rendah (PMR) 100% dalam subjek sains. Projek atau masalah KMK dapat
dikenalpasti atas permintaan pengurusan ataupun cadangan dari guru-guru sains, guru-
guru lain dan pekerja sokongan lain.

b. Pemilihan projek /masalah

Pada peringkat permulaan, semasa percambahan fikiran dijalankan, guru-guru


sains dalam KMK akan mengenalpasti beberapa projek/masalah yang perlu diselesaikan.
Walau bagaimanapun mereka dibenarkan untuk memilih hanya satu projek/masalah
sahaja. Pemilihan projek/ masalah ini boleh dibuat melalui undian ataupun dengan
menyusun projek/masalah mengikut kepentingan. Projek/masalah yang terpilih adalah
mendapat kelulusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 100% dalam subjek
sains kerana ia merupakan projek/masalah yang paling penting untuk diselesaikan
terlebih dahulu ataupun yang paling kritikal.

c. Penyediaan Jadual Pelaksanaan Projek/Masalah

Selepas memilih projek/masalah yang hendak diselesaikan, guru-guru sains


adalah dikehendaki untuk menyediakan satu jadual pelaksanaan seperti di Jadual 1.
Langkah-langkah yang terlibat dalam penyediaan jadual pelaksanaan tersebut
ialah:
i. Mengenalpasti segala aktiviti yang perlu dilaksanakan seperti mengadakan kelas
tambahan, mengesan pelajar yang lemah dan membimbing mereka untuk lulus
dan sebagainya.
ii. Menganggarkan tempoh masa bagi mengadakan kelas tambahan iaitu dari bulan
Februari hingga Oktober.

3
iii. Mengenalpasti peringkat-peringkat penting bagi pencapaian aktiviti dengan
memastikan tarikh mengadakan kelas tambahan itu disemak dan diawasi;
iv. Mencatatkan pencapaian sebenar berbanding dengan apa yang dirancang bagi
setiap aktiviti. Keputusan pelajar dalam Peperiksaan Percubaan PMR harus
dicatat.

Jadual 1: Jadual Perancangan Pelaksanaan Projek/Masalah

Perancangan dibuat bagi mengenalpasti dan memilih projek yang perlu


diselesaikan. Ini melibatkan proses teknikal dan prosedur dalam melaksanakan sesuatu
tugasan atau pekerjaan yang dilakukan dalam kumpulan tersebut. Perancangan aktiviti
seperti jangka masa pelaksanaan, kos dan petugas yang mengajar dalam kelas tambahan
sains perlu ditentukan. Selain itu, kumpulan kerja KMK mesti menyediakan alatan
seperti computer, LCD, bilik KMK, masa pertemuan, jadual pertemuan, jangka masa
pertemuan (1 jam setiap sesi ).

4
b. Pelaksanaan

Penganalisisan masalah ialah mengkaji punca-punca masalah yang timbul dalam


tugasan yang dibuat, samaada bentuk teknikal, prosedur dan peraturan. Cadangan
penyelesaian berupa pandangan, teguran, penjelasan atau kertas kerja yang dapat
memberikan idea-idea baru. seterusnya, cadangan perlu dipersembahan kepada pihak
pengurusan agar segala aktiviti, kerja atau tugasan dapat dilihat dan dinilai oleh pihak
pengurusan. Selepas itu, ia perlu mendapat pertimbangan daripada pihak pentadbiran atau
pengurusan sekolah. Setelah dipertimbangkan maka KMK perlu dijalankan oleh ahli-ahli
KMK tersebut. Perkembangan KMK pula perlu diketahui oleh semua pihak.

Jawatankuasa bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, menyelaras dan


mengambil tindakan terhadap perakuan yang dilaksanakan. Contohnya, dalam proses
pelaksanaan ini, Ketua Panitia Sains yang telah siap merangka perancangan untuk projek
100% lulus subjek sains akan mula melaksanakannya. Antara aktiviti yang dijalankan
adalah mengadakan kelas tambahan, mengesan pelajar yang lemah dan membimbing
mereka untuk lulus dan sebagainya.

c. Penyemakan

Proses penyemakan bertujuan menilai cadangan untuk menentukan objektif


tercapai melalui pengumpulan dan analisa data. Seterusnya adalah proses membuat
keputusan samaada projek dilaksanakan atau tidak. Contohnya, ketua panitia sains dan
guru-guru sains akan menilai kelas tambahan yang telah dijalankan iaitu samaada dapat
meningkatkan peratus kelulusan pelajar dalam subjek sains.

d. Tindakan

Penyeragaman tindakan pembetulan hasil daripada penilaian. Kemudian membuat


pembetulan dan penambahbaikan dan seterusnya memberi taklimat prosedur baru kepada
anggota jabatan. Di samping itu KMK perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi

5
menerusi media, slogan dan notis. Contohnya disini, ketua panitia sains bersama guru-
guru sains akan mencari jalan untuk memperbaiki aktiviti yang telah dijalankan bagi
lebih menjayakan dan memperbaiki kekurangan dalam projek yang mereka jalankan.

Kesimpulan

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) adalah usaha yang amat baik dilakukan
oleh jabatan. Sekiranya dilakukan akan mendatangkan hasil yang sungguh baik. Ini
kerana pekerja dapat bekerja dalam satu pasukan dan tidak tertekan dengan tugasan yang
diberikan oleh pihak pengurusan atau pentadbiran. Peranan ketua kumpulan dan
sokongan ketua jabatan sangat diperlukan dalam merealisasikan pencapaian dan
kecemerlangan KMK di peringkat jabatan atau sekolah. Dengan adanya KMK segala
perancangan yang ingin dibuat juga akan lebih teratur dan tersusun. Segala kekurangan
juga mudah untuk dicari penyelesaiannya.

6
Bibliografi

Ismail Yusof (2006). Modul Konprehensif, Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia.
Setapak, Kuala Lumpur : Udesa Enterprise.

Mok Soon Sang (2008). Kursus Induksi Perkhidmatan Awam Dan Kenegaraan. Puchong,
Selangor : Multimedia-ES Resources Sdn Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Teks Komprehensif P.T.K. (Penilaian Tahap Kecekapan)
Kompetensi Umum : Teras untuk Pegawai Perkhidmatan Awam & Pelajaran.
Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991: Panduan Mengenai


Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) diakses pada 16 November
2009, daripada http//www.mampu.gov.my/pdf/pkpa071991.pdf

Haji Tajuddin Bin Haji Hussein (2003). Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 1991-
2001. Kuala lumpur : MDC Publishers Sdn. Bhd.

7
Nombor Soalan 17:
Mengikut peraturan 4(2)(d), peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan
tatatertib) 1993, seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan dengan
sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam. Huraikan perbuatan yang boleh melanggar tata kelakuan ini.

Jawapan soalan 17:

Setiap masa pegawai awam hendaklah menjaga tingkahlaku & perbuatan supaya
nama baik perkhidmatan awam tidak terjejas. Tatakelakuan secara umum terkandung
dalam Peraturan 4, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
[Per. 4(1),(2)(a….j)].
Mengikut peraturan 4(2) (d), seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan
cara yang boleh memburukkan dan mencemar nama baik perkhidmatan awam.

Contoh perbuatan yang melanggar Peraturan 4(2)(d) adalah seperti berikut:


• Terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
• Berjudi di pejabat/waktu bertugas.
• Disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah syariah.
• Kesusahan berat kerana hutang.
• Menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi.
• Melakukan gangguan seksual

Perbuatan yang boleh melanggar tata kelakuan mengikut peraturan 4(2)(d)


antaranya ialah terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Masalah mengenai
penyalahgunaan dadah di kalangan kakitangan kerajaan telah beberapa kali dibangkitkan
dalam Parlimen dan menteri berkenaan telah menegaskan tindakan tegas akan diambil
terhadap kakitangan yang terlibat. Masalah penyalahgunaan dadah ini masih berleluasa di
kalangan penduduk negara ini terutamanya dikalangan mereka yang muda. Ketua-ketua
Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan adalah juga telah diperingatkan supaya

8
mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang di bawah jagaan mereka yang
terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat ini. Mereka yang didapati terlibat hendaklah
dikenakan tindakan tatatertib termasuk untuk tujuan dibuang kerja. Mereka yang
memerlukan rawatan dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan dan kemungkinan pula
pulih dalam tempoh yang awal diberi cuti tanpa gaji dan sekiranya terpaksa mendapat
rawatan yang berpanjangan, haruslah diambil tindakan menamatkan perkhidmatan
mereka.

Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh menggunakan, mengambil,


menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya. Pegawai boleh diambil tindakan di
bawah Perkara 4(2)(d) Tatatertib dengan tujuan buang kerja. Perkhidmatan pegawai
boleh ditamatkan atas kepentingan awam [peraturan 49] sekiranya pegawai mencapai
umur persaraan pilihan. Perbuatan melanggar Peraturan 4(2)(d) Tatatertib termasuklah
menghisap ganja, morfin, heroin dan lain-lain serta menagih dadah.

Pelanggaran yang kedua adalah berjudi di pejabat atau dalam waktu bertugas. Ini
menjadi kesalahan yang berat sekiranya kakitangan kerajaan berjudi di pejabat atau
dalam waktu bertugas. Ini adalah kerana jika kakitangan kerajaan tersebut menjalankan
aktiviti judi di tempat kerja, mereka telah mengabaikan kerja-kerja mereka. Selain itu,
mereka juga akan menjatuhkan nama kakitangan kerajaan jika diketahui oleh orang
ramai.

Seterusnya adalah perbuatan ketiga yang melanggar Peraturan 4(2)(d) Tatatertib


iaitu disabitkan kesalahan jenayah atau mahkamah syariah. Kesalahan jenayah yang
dilakukan adalah termasuk membunuh, merogol, rasuah dan sebagainya. Kakitangan
kerajaan yang disabitkan dengan jenayah akan dihadapkan ke mahkamah atau mahkamah
syariah. Bagi meraka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman.

Pelanggaran Peraturan 4(2)(d) Tatatertib yang keempat adalah kesusahan berat


kerana hutang. Bagi maksud peraturan ini adalah tanggungan hutangnya menyebabkan
kesulitan kewangan yang serius, iaitu

9
i) agregat hutang/ tanggungan tak bercagar lebih 10 kali emolumen bulanannya
kecuali pinjaman pendidikan.
ii) penghutang penghakiman (judgement debtor) dan tidak dijelaskan dalam tempoh
1 bulan.
iii) bankrap atau pemakan gaji tak solven (insolvent).

Contoh perbuatan keterhutangan kewangan yang serius adalah penjamin yang


gagal membayar hutang peminjam dalam tempoh satu bulan dari perintah mahkamah.
Selain itu, perkara seperti peminjam diisytihar bankrap oleh mahkamah dan gaji dipegang
atau diurus oleh Amanah Raya serta gaji tidak mencukupi untuk melepaskan tanggungan
juga dianggap sebagai perbuatan yang melanggar Peraturan 4(2)(d).

Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa-apa pun sebab, selain akibat
malang yang tidak dapat dielakkan hendaklah dianggap sebagai memburukkan nama
perkhidmatan awam. Ini akan menyebabkan pegawai itu boleh dikenakan tindakan
tatatertib. Jika keterhutangan kewangan yang serius telah berlaku akibat malang yang
tidak dapat dielakkan, kerajaan boleh memberi pegawai itu apa-apa bantuan yang
sewajarnya mengikut hal keadaan. Jika seseorang pegawai mendapati keterberhutangan
kewangannya serius harus serta-merta melaporkan kepada ketua jabatannya. Jika pegawai
tersebut tidak melaporkannya atau melengahkan laporannya atau melaporkannya tetapi
tidak memberitahu jumlah hutang yang sebenarnya juga boleh dikenakan tindakan
tatatertib.

Seterusnya pelanggaran Peraturan 4(2)(d) yang kelima iaitu menerima keraian


dari orang yang ada hubungan rasmi. Keraian adalah bermaksud sesuatu samaada dalam
bentuk wang atau benda yang diterima oleh seseorang individu daripada individu yang
lain. Contoh keraian adalah belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain.

Seseorang pegawai kerajaan boleh dianggap memberi atau menerima daripada


mana-mana orang apa-apa jenis keraian jika keraian itu tidak dalam apa-apa cara
mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugasnya untuk kepentingan orang tersebut. Contoh

10
perbuatan pelanggaran adalah kontraktor meraikan Ketua Jabatan yang menjadi ahli
Lembaga Tender. Sebarang bentuk keraian yang diterima oleh kakitangan awam itu
dalam sebarang apa-apa bentuk atau cara adalah dianggap telah melanggar peraturan. Jika
kakitangan kerajaan ini didapati menerima sebarang bentuk keraian akan dikenakan
tindakan tatatertib.

Pelanggaran Peraturan 4(2)(d) yang keenam iaitu melakukan gangguan seksual.


Seseorang pegawai yang melakukan gangguan seksual iaitu cubaan merapati/meminta
layanan seksual atau melakukan perbuatan bersifat seksual sehingga menyebabkan
seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut adalah melanggar tata kelakuan.
Seseorang pegawai tidak boleh melakukan bentuk perbuatan bersifat seksual samaada
secara lisan, bertulis dan lain-lain. Perlakuan seksual yang dilakukan juga tidak terhad
kepada pelakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi
perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam. Contoh
perbuatan gangguan seksual termasuklah
• Bercerita / jenaka / isyarat yang lucah
• Menyentuh anggota sensitif badan
• Mempamer atau mengedarkan alat-alat atau gambar-gambar lucah
• Membuat cadangan behawa layanan seks akan di balas dengan ganjaran
• meraba, mencubit, menepuk atau menyentuh secara seksual

Kesimpulan

Sebagai kakitangan atau pegawai kerajaan, kita harus memelihara dan menjaga
tingkahlaku bagi mengelakkan syak wasangka orang awam terhadap kejujuran dan
kesungguhan pegawai kerajaan dalam menjalankan tugas. Sekiranya terdapat pegawai
kerajaan yang melanggar peraturan juga bukan sahaja menyusahkan dan memalukan
dirinya sendiri tetapi juga boleh menjatuhkan nama sesebuah jabatan dan boleh
menyebabkan orang awam berpandangan negatif terhadap kakitangan kerajaan.Oleh
kerana itu, sebagai kakitangan kerajaan haruslah berkelakuan baik dan tidak membuat
kegiatan-kegiatan yang akan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

11
Bibliografi

Haji Dr. Syed Ibrahim Mohd Ismail (1998). Perintah- perintah Am dan Arahan
Pentadbiran. Kuala Lumpur. Internatinal Law Book Services.

Ismail Yusof (2006). Modul Konprehensif, Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia.
Setapak, Kuala Lumpur : Udesa Enterprise.

Mok Soon Sang (2008). Kursus Induksi Perkhidmatan Awam Dan Kenegaraan. Puchong,
Selangor : Multimedia-ES Resources Sdn Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Teks Komprehensif P.T.K. (Penilaian Tahap Kecekapan)
Kompetensi Umum : Teras untuk Pegawai Perkhidmatan Awam & Pelajaran.
Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Dan Profil Perkhidmatan Awam. (2008). Ulu
Kelang, Kuala Lumpur : MDC Publishers Sdn Bhd.

Peraturan Tatatertib. Diakses pada 16 November 2009, daripada


http://www.interactive.jpa.gov.my/psikologi/jmis/Koleksi%.

12

You might also like