You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


JALAN TUN FATIMAH
75400 MELAKA

MUZIK

Topik : Elemen-elemen di dalam muzik.

DISEDIAKAN OLEH:
RASHIDAH BINTI ABD RASHID (821206-01-5098)
NOR NAIMAH BINTI MOHD SALIM (850721-10-5680)

PK2
UNIT PENDIDIKAN KHAS
KPLI-KDC AMBILAN NOV 2009
Huraikan elemen-elemen dalam muzik.

Apakah yang dimaksudkan dengan muzik. Al Ghazali telah menukilkan sebuah madah,
“muzik ibarat tahi lalat di muka, ia kelihatan manis tetapi jika terlalu banyak tahi lalat ia
akan membuatkan muka jadi hodoh”. Kita sedar pada realiti yang muzik kini bukan lagi
sekadar menjadi gaya hidup dunia moden tetapi telah menjadi satu keperluan, seperti
kopi, teh dan pakaian. Dari piring hitam hinggalah caller ringtone, semua itu ialah muzik
yang sentiasa akan menghiburkan manusia. Muzik dilihat sebagai suatu unsur yang
memainkan peranan sebagai alat untuk manusia meluah rasa, berkomunikasi dengan
harapan dan impiannya. Terdapat tujuh elemen dalam seni muzik iaitu irama, harmoni,
melodi, dinamik, bentuk, tempo dan tekstur .

RITMA / IRAMA

Irama di dalam bahasa Greek adalah 'mengalir' atau dalam bahasa Greek Moden, 'gaya'
ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait dengan
berlangsungnya masa. Irama melibatkan pola-pola jangka masa yang wujud pada tahap
yang luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa dikesan melalui jarak waktu
interonset. Apabila ditentukan oleh peraturan ini, irama dipanggil meter. Irama wujud
dalam mana-mana satu perantara bersandar masa, tetapi ia paling berkait dengan muzik,
tarian, dan kebanyakan puisi. Irama merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh
masa ( duration ) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi.

Kajian irama, tekanan, dan nada dalam pertuturan dipanggil prosodi; irama adalah salah
satu topik dalam linguistik. Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi
menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram
dan pemain genderang.

‘Rhythm section’ adalah persoalan instrumentasi dan susunan muzik. Ianya motivate lagu
dan ritma pula motivate melody dan inilah fungsi ritma. Sejauh mana keberkesanannya
tetap bergantung kepada keinginan dan kefahaman individu yang berkarya. Perasaan
individu kekal sebagai unsur utama. Perasaan ini pula kadangkalanya datang tanpa
kefahaman, ini biasa terjadi tetapi inilah juga masalahnya. Kita gagal untuk
mengenalpasti antara keperluan dan kebebasan berkarya. Ini bukan persoalan genre
muzik atau teknik-teknik tipikal, tetapi ini fundamental. Asas yang kukuh dengan idea
yang jelas serta perasaan yang tulus pasti akan memberi hasil yang lumayan.

HARMONI

Harmonium atau pun Harmonika ialah nama yang berinti kata daripada harmoni. Kita
tidak pernah mendengar instrumen yang diberi nama ‘melodium-melodi’ atau ‘ritmanika-
ritma’ mahupun ‘temponium-tempo’. Justeru, elemen harmoni ini telah memberi isyarat
jelas tentang keistimewaannya dalam muzik. Instrumen-instrumen ini pada asasnya
dimainkan dengan mengikut melodi yakni bersama-sama dengan nyanyian vokal.
Permainannya akan memberi kesan harmoni kepada ditelinga kita, ia bagaikan bingkai
pada melodi. Maka kesan bunyi solo akan mati dan timbul garis bunyi duo atau lebih
yang menjadi penarik dalam lagu. Perhatikan ( dengar ) lagu-lagu Zapin mahupun
Ghazal, mainan harmoniumnya meransang sekali. Begitu juga dengan lagu-lagu Country
dan Blues, harmonikanya mengkhayalkan telinga. Harmoni merupakan penghubung di
atas ‘pergerakkan’ sistem kod (chord), ‘paduan’ diantara nada-nada bunyi.

Dalam pengetahuan umum masyarakat kita, apabila disebut tentang harmoni ianya sering
dirujuk dengan lagu-lagu patriotik. Mengapakah fenomena ini terjadi? Telah dijelaskan
fungsi harmoni dalam komposisi lagu, iaitu ‘paduan suara-suara’. Elemen ini hanya akan
lebih efektif apabila digubah dengan komposisi lagu berbentuk ‘folk music’ atau lagu
rakyat. Lagu rakyat tidak semestinya lagu patriotik. Lagu patriotik diberi nama kerana
kesan nyanyiannya iaitu memberi semangat kebangsaan secara khusus, itulah patriotik.
MELODI

Dalam sesebuah karya muzik, melodi menjadi ‘nyawa’ karya tersebut. Tanpa melodi
tidak mungkin wujudnya sebuah lagu. Pada melodilah tempat segala cerita diceritakan
dan disitulah letaknya suara penyanyi, nafas, lirik, tenaga dan attitude lagu secara
keseluruhannya. Elemen-elemen lain bertindak sebagai penyokong cerita, sama
pentingnya tetapi keutamaan yang berbeza.

Pada umumnya kita memahami melodi itu dalam bentuk yang dinyanyikan oleh penyanyi
dan berlirik. Namun ada kalanya melodi ini hanya bersifat bunyi-bunyian sahaja atau
dengan maksud lain ialah komposisi. Bagi nyanyian berlirik yang digubah semula
menjadi melodi bunyi semata-mata, namanya ialah instrumental. Bagaimana hendak
membezakan antara melodinya dengan elemen lainnya? Melodi boleh berdiri dengan
sendiri tanpa irama, tempo tertentu atau lain-lain elemen. Tetapi elemen-elemen seperti
ritma, tempo tidak akan sanggup berdiri sepertimana berdirinya melodi. Buktinya, kita
boleh bersiul bersahaja tanpa bantuan sebarang instrumen lain, masih boleh berhibur,
sedangkan untuk mendapatkan elemen selain dari melodi, kita harus mempunyai
instrumen setidak-tidaknya bertepuk tangan atau memetik jari dan ia juga terikat pada
disiplin-disiplin tertentu iaitu masa.

Penciptaan dan pengolahan melodi merupakan proses utama dalam penghasilan sesebuah
karya. Ia memberi kesan terus kepada penghasilan lirik, tempo, mood dan seterusnya
kepada gubahan muzik secara keseluruhannya. Jadi, apabila proses utama ini tidak
disokong oleh kesedaran intelek yang jelas, maka keseluruhan karya akan turut kabur
bentuk dan arahnya. Melodi memberi lebih nilai pada lirik, lirik tanpa nada akan tawar
makna dan nilainya. Ia merupakan ‘sense’ yang menjadi alat, samaada sesuatu melodi itu
sesuai, disenangi atau tidak dikalangan umum. Maka, proses utama ini sangat kritikal jika
kita sedar tentang nilai intelek pada insan komposer dan kerjanya.
DINAMIK

Dinamik adalah lanturan dang red muzik kuat dan perlahan. Peringkat dinamik seiring
dihuraikan daripada emosi. Dinamik yang menggambarkan mood yang beremosi adalah
lebih berbentuk semulajadi.

Dinamik yang berbentuk kuat merangkumi vigor turmoil, konflik, volor atau march.
Dinamik berbentuk ataupun lebih lembut lebih ke arah ketenangan, kecintaan dan lagu
kanak-kanak yang berbentuk perlahan. Dinamik yang tersasar memberi kesan yang tidak
efektif dan tidak logik untuk emosi seseorang.
.
Dinamik merupakan salah satu faktor di dalam pengulangan, variasi dan proses yang
bertentangan di dalam muzik yang mana menyumbang pada pembentukan melodi itu
sendiri dan kepada emosi di dalam muzik. Dinamik harus ada flow dan direction.

Bunyi boleh dibentuk melalui pitch, duration, amplitude dan timbre. Empat perkara inilah
yang menjadi elemen bunyi yang bisa digunapakai oleh manusia dalam hidupnya. Untuk
membentuk bunyi perlu pendengaran yang tajam dan kehalusan idea muzik. Di sinilah
titik perbezaan antara bunyi mesin dan bunyi dari sentuhan manusia iaitu sentuhan
dengan rasa.

Satu bunyi dari satu not ( tidak kira tinggi atau rendah ) yang mengikut dinamik iaitu dari
senyap dan berkembang kuat dan menguncup kembali akan memberi kesan perasaan
turun dan naik secara tersusun dan kemas. Pujukkan ini memberi memotivasikan
pendengar menghayati keindahan mahupun kisah dalam sebuah karangan muzik.
BENTUK

Kadangkala, bentuk muzik ini terolah dengan sendirinya, iaitu pada ketika melodi sedang
dikarang. Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan seni, setiap inci
pergerakkan melodi sudah punya naratif, " sudah sedia ada kata golongan naturalis! ",
dibelakangnya pula punya seribu satu pola motif rekaan yang ‘hidup’. Setiap naratif
melodi akan terus meransang rasa dan idea. Maka, inilah yang dikatakan dengan ilham
sudah punya petanya, arahnya dan bentuknya.

Dalam disiplin gubahan lagu, bentuk ini adalah elemen yang boleh disusun tanpa perlu
mengikut tertib proses gubahan sama ada muziknya dahulu atau melodinya. Ini kerana
proses membentuk melodi saling berreaksi dengan gubahan muzik. Intronya,
pengulangan versanya, korusnya dan yang lain akan sentiasa dibentuk sedikit demi
sedikit. Proses ini tiada disiplin khusus yang wajib diikuti. Oleh kerana itu, bentuk muzik
boleh berubah disaat-saat akhir sebelum rakaman mahupun persembahan. Binary atau
Ternary bentuk lagu terletak pada kesesuaian dan hala tuju muzik dalam genrenya.

Perkembangan bentuk lagu dan muzik sentiasa berjalan selari dengan kreativiti dan idea
manusia. Lihat bagaimana Isabella dibentuk semula dengan muzik orkestra, selain dari
vokal dan bunyi instrumen yang berbeza. Ia tetap menarik kerana di samping form
enhancement, melodi dan bentuk asal lagu masih dikekalkan. Ia dapat memikat hati
pendengar hingga kini. Istimewanya muzik klasik yang single idea, peranan elemen
dinamik diutamakan dan kemas sekali, selain kerana melodi yang sememangnya enak,
dinamik pada muziknya telah memberi watak untuk menaratifkan idea muzik dari awal
ke akhir. Rhythm flow yang meransang.

Dengan bentuk, mudah bagi kita memahami dan mengenali perbezaan antara lagu.
Dengan bentuk, akal mudah menerima, jiwa mudah merasainya, mudah pula
menyanyikannya bersama-sama.
TEMPO

Tempo punya peranan yang amat besar. Ia begitu tersunyi fungsinya dalam persembahan
lagu. Tempo adalah sebahagian faktor yang diperlukan oleh para pejuang kebenaran
dalam setiap zaman. Tiada tempo tiada momentum maka tiadalah arus. Dengan tempo,
sifat-sifat pelakunya akan mudah kelihatan. Tidak kira apa jua hadlaju muzik itu harus
berada dalam temponya. Tidak kira deras, lambat, ketat atau longgar semuanya harus
dalam tempo.

TEKSTUR

Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu.
Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau
bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.
Ciri-ciri jalinan suara dalam lagu:
- Monofoni
- Heterofoni
- Homofoni
- Polifoni

You might also like