You are on page 1of 16

KONSEP KEJADIAN MANUSIA

MENURUT
ISLAM DAN SAINS
PENGENALAN
MANUSIA DAN AGAMA

 Unsur-unsur Kejadian Manusia

 Manusia pertama yang dihidupkan di atas


muka bumi ini oleh allah s.W.T ialah adam A.S.

 Dalam islam, manusia dikatakan berasal


daripada tanah dan roh di mana unsur jasad
dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa
kepada adam a.S.
1 Nutfah bermaksud
percantuman air mani
lelaki di dalam rahim
wanita.
7
roh
roh akan
akan ditiupkan
ditiupkan untuk
untuk
memberi
memberi nyawa
nyawa kepada
kepada bayi
bayi di
di 2
dalam kandungan dan seterusnya
dalam kandungan dan seterusnya Alaqah juga dikenali sebagai embrio
sehinggalah
sehinggalah berlakunya
berlakunya kelahiran.
kelahiran. dalam bahasa sains di mana air mani
yang telah masuk ke dalam rahim
wanita akan membentuk segumpal
darah.
6

Seterusnya tulang-temulang
yang diselaputi atau di tumbuhi 3
daging-daging akan membentuk
Seterusnya alaqah akan
janin iaitu bayi yang berada di membentuk pula sepotong
dalam kandungan wanita. daging iaitu mudghah

5 4
Dari sepotong daging, akan
Lahman ialah daging-daging terbentuk pula tulang-temulang
yang akan tumbuh di dalam rahim yang dikenali
menyelaputi tulang- sebagai idzam.
temulang yang terbentuk
FALSAFAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT
PANDANGAN BARAT  
 Ahli falsafah barat menganggap fitrah kejadian manusia berasaskan 3 konsep
iaitu:
i. Semulajadi berdosa,
ii. Tabula rasa dan
iii. “innate goodness”.

 Pada kurun ke pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan


kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersih
mereka daripada dosa tersebut.

 Pada kurun ke 17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-
kanak diibaratkan seperti “blank blanket” keperibadiannya terbentuk daripada
pengalaman.

 Pada kurun berikutnya, Jean-jacques Rousseau memperkenalkan konsep


“innate goodness”. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan yang
sedia baik.
TEORI DARWIN
 Manusia terdiri daripada tiga unsur,
antaranya ialah: mind, body, dan
spiritual. Dengan kata lain,
manusia terdiri daripada akal/minda,
biologikal/fizikal, dan roh.

 Dengan adanya otak yang dapat berfikir


dengan baik, manusia menjadi pemimpin di
kalangan semua haiwan/makluk yang
ada di alam/bumi. Komponen fizikal
merangkumi semua organ/anggota tubuh
manusia serta bahagian lain yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara
langsung.

 Manakala komponen rohani pula komponen yang wujud


tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam
setiap manusia.
 Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama
Kristian dan merupakan sarjana muda teologi.  

 Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup


sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia.
Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup
banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang
berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti
bahawa evolusi demikian pernah terjadi.

 Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui


fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera
dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada
tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana
dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi
teori Darwin.
 Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia
dan kera.

 Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue


(Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia
manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini,
makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan
tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya
jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc.

 Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori


bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah
itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori
Darwin.
KEJADIAN MANUSIA BERDASARK
AN SUMBER AL-QURAN
Dalam surah az-zumar ayat 6 allah s.W.T berfirman yang bermaksud:

“dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu. Kejadian demi kejadian dalam tiga
kegelapan”.

Ahli
sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia mengetahui tentang proses
perkembangan manusia dalam uterus(rahim) ibu, tetapi rajah disebelah
menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh leonardo da vinci
pada kurun ke-15.

Pada kurun ke-2 masehi, seorang ahli sains yunani bernama gelen mengatakan
bahawa plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul “on the formation
of the foetus”.

 
 Sehubungan dengan itu, ahli perubatan pada kurun ke-7
berkemungkinan besar mengetahui bahawa embrio manusia
terbentuk dalam uterus. Tetapi tidak mungkin mereka
mengetahui bahawa embrio terbentuk secara berperingkat,

 Walaupun aristotle telah mengatakan bahawa embrio ayam


terbentuk secara berperingkat pada kurun ke-4. Kesedaran
bahawa embrio manusia terbentuk secara berperingkat tidak
pernah dibincangkan sehingga kurun ke -15 masehi. Dalam
surah az-zumah ayat 6 “tiga kegelapan” mungkin merujuk
kepada: dinding uterus, dinding anterior abdomen, dan
dinding amniochorionic.
“Dan kami letakkannya dalam tempat yang kukuh”

Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 13, titisan atau nutfah


yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsiran yang lebih
bermakna ialah zigot yang membahagi untuk membentuk
blastosis yang menempel pada dinding uterus (tempat rehat).

 Tafsiran ini diperkuatkan lagi oleh ayat dalam Al-Quran

“Manusia dicipta daripada titisan yang bercampur.”


“Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah”

 Pernyataan dalam surah 23;14. Perkataan ‘alaqah’ merujuk


kepada pacat. Perkataan ini merupakan perkataan yang sesuai
untuk menggambarkan bentuk embrio manusia pada hari yang ke
7 hingga ke 24 ketika ia bergantung kepada edometrium uterus.
 
 Embrio pada hari ke 23 hingga ke 24 menyerupa seekor pacat.
“Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah”
 
 Kenyataan ini juga terdapat dalam surah 23;14. Perkataan arab bagi ‘mudighah’ bermaksud
bahan yang dikunyah atau benda yang dikunyah. Pada akhir minggu ke 4, embrio manusia
kelihatan seakan-akan daging. Bentuk seperti kunyahan adalah disebabkan oleh somites yang
menyerupai bekas gigitan gigi. Somites merupakan permulaan pembentukan tulang belakang.

“Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang tersebut kami bungkus dengan
daging.”
 
 Sambungan surah Al-Mu’minun ayat 14 menunjukkan bahawa daripada benda yang dikunyah
tersebut membentuk tulang. Ini sebenarnya selaras dengan perkembangan embriologi.
Mulanya tulang membentuk tulang rawan (cartilage) dan kemudian otot (daging) terbentuk
daripadanya mesoderma somatik.

“Kemudian kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain”

 Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 14 mengatakan bahawa tulang dan otot
melahirkan makhluk lain. Ini mungkin merujuk kepada embrio berbentuk manusia yang
terbentuk pada minggu ke 8. Pada masa itu, ia mempunyai sifat-sifat khusus manusia dan
mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran. Selepas 8 bulan ianya dinamakan fetus.
“Dia menjadikan bagimu pendengaran , penglihatan, dan hati”
 
 Surah As-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria
tertentu seperti pendengaran, penglihatan dan perasaan
terbentuk. Alat pendengaran terbentuk sebelum terbentuknya
alat penglihatan dan otak.

“Kemudian dari mudighah yang sempurna kejadiannya dan yang


tidak sempurna kejadiannya.”

 Surah Al-Hajj ayat 5 menunjukkan bahawa embrio mengandungi


tisu yang telah mengalami proses pembezaan dan yang belum
berlaku proses pembezaan. Umpamanya apabila tulang rawan
telah mengalami proses pembezaan, tetapi tisu sambungan
embrio yang berada di sekitarnya belum lagi mengalami
perbezaan. Tisu-tisu ini kemudiannya membeza menjadi otot
dan ligamen yang berpaut pada tulang.
KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT
ISLAM
 ADAM A.S MANUSIA PERTAMA DAN KHALIFAH ALLAH S.W.T DI
ATAS MUKA BUMI

 Adam a.s dipilih oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi untuk
menjadi pengurus dan pengatur kehidupan manusia di bumi
berdasarkan syariat dan peraturan Allah S.W.T bersesuaian
dengan matlamat penciptaannya iaitu mengabdikan diri kepada
Allah S.W.T.

 Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T berasaskan perancangan


yang sungguh unik, istimewa dan teratur. Beliau dibekalkan
pelbagai keistimewaan seperti tenaga, perasaan, fikiran, ilmu
pengetahuan dan lain-lain lagi untuk melayakkan dirinya sebagai
hamba dan khalifahNya di atas muka bumi ini.
 Peranan sebagai hamba dan khlaifah di atas bumi
adalah satu tugas yang amat berat dan tidak
sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain
tetapi hanya sanggup dipikul oleh manusia sahaja
kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran.

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MANUSIA


• Manusia mempunyai kesempurnaan kejadian.
• Manusia mempunyai unsur jasmani dan rohani.
• Manusia mempunyai akal fikiran dan nafsu.
• Manusia adalah khalifah Allah S.W.T di bumi.
• Manusia menikmati kemudahan alam tabii.
KESIMPULAN

 Jelas di sini, manusia adalah sebaik-baik ciptaan kerana dikurniakan


akal fikiran.

 Kita seharusnya bersyukur dengan segala kurniaan daripada


pencipta kita. Sesungguhnya setiap kejadian ada kepentingannya,
contohnya kita sebagai manusia dipertanggungjawabkan untuk
mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya.

 Dengan adanya akal fikiran, manusia boleh melakukan sesuatu


dengan rasional berbanding makhluk yang lain di muka bumi ini.
Sehingga kini, Teori Darwin masih dipertingkaikan oleh segelintir
masyarakat kerana mengikut teori beliau, manusia adalah gabungan
kera tetapi hakikatnya kera itu adalah haiwan sedangkan manusia
itu individu yang tersendiri.
BIBLIOGRAFI
 Baihaqi, M. (1999). Perjalanan Roh Manusia Melalui 4
Alam. Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publisher.

 Barr, D. M. (2001). Hikmah Kejadian Organ & Tubuh


Manusia. Kuala Lumpur: Darul Nu'Man.

 Din, D. H. (2002). Manusia Dan Islam. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 Shouwy, A. A. (1997). Mukjizat Al-Quran dan As-Sunnah


tentang Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur, Malaysia:
DarulFikir.

You might also like