You are on page 1of 6

Ekonomi Malaysia Sebelum Kemerdekaan dan Selepas Kemerdekaan

1. Pengenalan
2. Ekonomi sebelum kemerdekaan
3. Ekonomi selepas kemerdekaan
i) Dasar pecah dan perintah (divide and rule policy)
- Latar belakang dasar pecah dan perintah (the introduction of divide
and rule)
- Dasar Pecah dan Perintah (divide and rule policy)
- Kesan Pecah dan Perintah (the implication of divide and rule policy)
-
ii) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Pengenalan DEB
- Kepentingan DEB
- Kesan DEB kepada masyarakat dan pembangunan negara
iii) Model Ekonomi Baru (MEB)
4. Ekonomi semasa

5. Kesimpulan dan penutup

Latar belakang dasar pecah dan perintah (the introduction of divide and rule)

 Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan


perpaduan masyarakat di Tanah Melayu
 Orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung)
dan bekerja sebagai nelayan dan petani,
 Orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta
bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah,
 Manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan
bekerja sebagai buruh.
 secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara
satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13
Mei 1969.
Dasar Pecah dan Perintah
 Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering
dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah
Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:

i. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan


menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko
penentangan terhadap penjajahan.

ii. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung


serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan
bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas.

iii. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan


penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Kesan Dasar Pecah dan Perintah

 Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan


sektor pertanian tradisional.
 Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti
perniagaan dan perlombongan.
 Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

Kepincangan yang wujud hasil pelaksanaan dasar Pecah dan Perintah adalah punca


berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran peristiwa rusuhan kaum ini telah
memaksa kerajaan merangka satu dasar yang bersepadu.

Oleh itu, dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan
yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di
negara ini.
Latar belakang Dasar pecah dan perintah

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan


masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem
pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu
yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui
dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung)
dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar
dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih
timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan
bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga
mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi
teras peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi


sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh
dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan
majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih
terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain
memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan
perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat
merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat
kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-
syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk
menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun


mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan
kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun
menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya
merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil
kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana,
kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang
Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat
pada 1948–1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia


untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew
menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut
akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah
mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara
kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13
Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan
serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei
1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung.
Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak
bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai
pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab
menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang
diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan


MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang
dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah
masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara
yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati
masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan.
Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja
tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan.
Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu
ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai
lima prinsip utama iaitu:

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan
Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai
jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk
mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk
muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah
dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu
(Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

Dasar Pecah dan Perintah

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan
akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat
dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:

1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat


sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap
penjajahan.

2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta


mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan
penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing
adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai
matlamat integrasi nasional

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang


menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara
kawasan (bandar dan luar bandar).

3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Kesan Dasar Pecah dan Perintah

1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan


sektor pertanian tradisional.

2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti


perniagaan dan perlombongan.

3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak
wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melahirkan
perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang
terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

Kepincangan yang wujud hasil pelaksanaan dasar Pecah dan Perintah adalah punca


berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran peristiwa rusuhan kaum ini telah
memaksa kerajaan merangka satu dasar yang bersepadu.
Oleh itu, dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan
yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di
negara ini.

 Bagaimanapun, dasar ini tidak berjaya mencapai keseluruhan matlamatnya.


Justeru, kerajaan terpaksa melaksanakan langkah lain yang sewajarnya bagi
menjamin pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan pada masa sama
cuba mewujudkan keseimbangan antara kaum.

You might also like