You are on page 1of 3

Kertas cadangan penubuhan kelab kembara & rekreasi pusat latihan MEA Technology Centre

Disediakan oleh:

Unit Ko-kurikulum Kelab kembara & rekreasi

Pusat latihan MEA Technology Centre,

Mantin, Negeri Sembilan darul khusus


1.0 Pendahuluan

Pusat latihan kemahiran MEA Technology Centre telah ditubuhkan semenjak 1996 dan berfungsi
sebagai Pusat Latihan Kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang terletak di
Mantin, Negeri Sembilan. Pusat ini menyediakan latihan-latihan kemahiran dalam bebarapa bidang
dan tahap antaranya pemesin am, mekatronik dan rekabentuk industri. Latihan ini terbuka kepada
pelajar lepasan sekolah mahupun pelatih yang berminat dengan bidang kemahiran khususnya.

Dengan pendekatan ini, pihak Tenaga Pengajar Pusat ini bercadang untuk menubuhkan Unit Ko-
kurikulum Kelab Kembara & Rekreasi yang mana pengurusan kelab ini akan dikendalikan oleh
Tenaga Pelajar dan Kakitangan Pusat ini. Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi mengerakkan selari
dengan matlamat penubuhan Kelab Kembara & Rekreasi ini.

Dengan maksud itu, Kertas Cadangan ini dibentangkan untuk mendapat kelulusan dari Pihak
Pengurusan untuk membenarkan kelab ini ditubuhkan di pusat ini. Bagi memastikan perjalanan
aktiviti kelab ini berjalan lancar, beberapa objektif utama telah ditetapkan agar kelab ini sentiasa
mencapai segala matlamat dengan jayanya.

2.0 Objektif
Objektif kertas cadangan ini dibentangkan adalah:
2.1 untuk menubuhkan Kelab Kembara & Rekreasi.
2.2 untuk memberi pendedahan kepada para pelatih dalam aktiviti pengembaraan dan
rekreasi.
2.3 membuka minda pelatih-pelatih kepada persekitaran.
2.4 untuk mempromosi pusat ini melalui aktiviti sokongan.
2.5 membina dan mengeratkan hubungan antara pelatih-pelatih, pihak luar serta
persekitaran.

3.0 tujuan
tujuan kertas cadangan ini dibentangkan adalah
3.1 untuk mendapatkan persetujuan dan kelulusan dari pihak pengurusan bagi menjalankan
aktiviti sokongan Unit Ko-kurikulum Kelab Kembara & Rekreasi.
3.2 untuk merealisasikan aktiviti luaran dikalangan ahli melalui aktiviti kembara,
perkhemahan dan sebagainya.
3.3 Untuk mendedahkan suasana berbeza dalam setiap aktiviti kembara dan rekreasi yang
dilaksanakan.

4.0 Penyertaan
Penyertaan adalah terdiri dari kalangan
4.1 pelatih-pelatih dari Pusat Latihan Kemahiran MEA Technology Centre, Mantin, Negeri
Sembilan Darul Khusus.
4.2 Kakitangan Pusat Latihan Kemahiran MEA Technology Centre, Mantin, Negeri Sembilan
Darul Khusus.

5.0 Tempat
Tempat yang dicadangkan adalah di Bilik 4 Bangunan MEA Technology Center, Mantin

6.0 tarikh perlaksanaan

setelah mendapat mandat dari Pihak Pengurusan

7.0 peralatan

Pihak kami akan membuat permohonan dalam menyediakan kemudahan peralatan yang
diperlukan dari semasa ke semasa sesuai dengan aktiviti yang dirancang.

8.0 jadual aktiviti

aktiviti pertemuan dijalankan pada setiap hari jumaat di sebelah petang bermula 3.30 hingga
5.30 petang. Manakala aktiviti luaran akan dijalankan pada hari sabtu dan ahad mengikut
rancangan yang diatur dalam setiap pertemuan.

9.0 Jurulatih

Bagi peringkat permulaan kelab ini akan memohon bantuan dari pihak Kelab Kembara UTHM
(Universiti Tun Hussien On Malaysia) untuk mendapatkan jurulatih yang bertauliah menjalankan
aktiviti mengikut silibus yang ditetapkan. Pengajar juga akan mendapatkan pentauliahan serta
kelayakan yang secukupnya sebelum mengambil alih tugas jurulatih.

10.0 Kesimpulan

Sehubungan dengan itu, unit ini berharap dengan terbentangnya Kertas Cadangan Kelab
Kembara & Rekreasi di pusat ini dengan harapan kelulusan serta kebenaran dari Pihak
Pengurusan untuk menjalankan aktiviti kembara dan rekreasi sepertimana objektif
penubuhannya.

You might also like