P. 1
Sinopsis Novel BM Tingkatan 3

Sinopsis Novel BM Tingkatan 3

|Views: 373|Likes:
Published by IkhwanMozzani

More info:

Published by: IkhwanMozzani on Dec 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/07/2011

pdf

text

original

Sinopsis Novel BM Tingkatan 3 - Merdeka! Merdeka!

Analisis Novel Merdeka! Merdeka! Penulis: A. Rahman Hanafiah Bab: 1 - Das-Das Tembakan Sinopsis: Kudin berumur 15 tahun. Dia seorang anak yang bijak dan sentiasa ingin berjuang untuk negara. Pada suatu hari, Kudin dijemput untuk memberikan ucapan pada majlis persidangan di Kuala Lumpur. Mak Bibah dan Pak Awang, iaitu ibu bapa Kudin amat berasa bangga. Kudin berada di hutan selama seminggu untuk menyiapkan kubu pertahanan. Apabila sampai di rumah, Kudin terdengar akan bunyi das tembakan dari arah bukit. Jika penjajah dapat melepasi jambatan , iaitu satu-satunya jalan untuk masuk ke kampung, maka Kampung Teras Jernang akan jatuh ke tangan musuh. Semangat Kudin berkobar-kobar untuk pergi ke hutan. Tetapi Pak Awang tidak membenarkanya kerana berbahaya. Pak Awang dan Kudin teringat akan zaman Jepun, yakni pengganas banyak menangkap dan membunuh orang yang dipercayai telah bekerjasama dengan Jepun. Sedang mereka leka melayan perasaan masing-masing, Bustam, iaitu sahabat Kudin telah menyampaikan suatu berita mengejut, iaitu bapa Si Bakar, iaitu Pak Karim telah terbunuh. Mak Bibah, Pak Awang dan Kudin berasa terkejut. Kosa Kata / makna: 1. Kepalang - Sedikit, tidak memadai, tidak berapa, terlanjur 2. Tali barut - Orang yang membantu perbuatan jahat 3. Culas - Malas, tidak cergas, liar, curang, tidak jujur 4. Bumiputera - Anak negeri 5. Berputik - Mulai mempunyai putik, mulai berbuah, tanda-tanda akan Berjaya (usaha dll) 6. Jeram - Air terjun di sungai, penderasan 7. Teras - Hati kayu, bahagian beras, sesuatu yang terpenting 8. Awan - Wap air yang bergumpal-gumpal di udara, corak ukiran 9. Markas - Pejabat ketua turus tentera, pejabat parti politik 10 Sukar - Tidak mudah, payah, sulit

MERDEKA! MERDEKA!
Analisis Novel MERDEKA! MERDEKA! Penulis: A. Rahman Hanafiah Bab 2: Sampai ke Larut Malam Sinopsis: Mesyuarat yang dihadiri oleh Kudin dan Bustam telah membincangkan hal keselamatan Kampung Teras Jernang berikutan kes pembunuhan Pak Karim. Selepas itu mereka membincangkan persiapan mereka ke Kuala Lumpur apabila Persatuan Pahlawan Kemerdekaan diberikan penghormatan untuk mengendalikan urusan-urusan keselamatan dan susunan acara.

datang melihat-lihat atau menyiasat. Pelbagai masalah dibincangkan sehingga larut malam.menakluk 7. termasuklah Persatuan Pahlawan Kemerdekaan walaupun pada awalnya ramai yang takut namun oleh kepetahan Kudin berkata-kata dapat meyakinkan orang ramai. Kudin telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam pertemuan agung itu kerana Kudinlah yang paling petah bercakap dan menghidupkan Persatuan Pahlawan Kemerdekaan semula. Jepun pada mulanya berjanji ingin memberikan kemerdekaan tetapi telah memungkiri janji sama seperti kerajaan Inggeris ketika hendak menghalau Jepun daripada menjajah Tanah Melayu semula.Perwakilan . Persatuan Pahlawan Kemerdekaan yang ditubuhkan pada 1933 telah menghadapi banyak kesukaran apabila zaman Jepun hampir-hampir melumpuhkan kegiatannya.mengusap anggota badan 3.bersifat patriot .Pembelot .Tinjau . Pihak Inggeris pula akan memburu mereka yang terlibat dalam persatuan.Benak . perihal wakil 4.Mendaulat . Banyak persatuan berjuang semula menuntut kemerdekaan.hati yang agak sukar untuk menerima 2.Cemuhan .Menjajah .Melumpuhkan .menjunjung (berkhidmat kepada raja) 9.orang yang mengkhianati.kata-kata untuk mengejek atau menghina 8.memerhatikan.sesuatu mengenai wakil. penderhaka 6. mengintip 5. Kosa Kata / Makna: 1.melemahkan 10.Urut . Pihak British tetap mengintip setiap pergerakan mereka.Selain itu.Patriotik .

Ujang tidak menyangka bahawa ayahnya menyertai perjuangan pengganas komunis. Kudin memaklumkan pemergiannya ke Kuala Lumpur kepada mereka. Kepetahan Kudin berucap dengan penuh semangat memang diakui oleh penduduk kampung. Sebelum perhimpunan itu berlangsung. Sementara itu. Kudin juga teringat akan pengalamannya belajar menggunakan senjata api daripada ayahnya. Sementara itu. . Kumpulan Pengawal Kampung ditubuhkan untuk mengawal keselamatan kampung dan Murad dilantik untuk mengetuainya. Lantaran itu. Bustam memberitahu Kudin bahawa Pak Karim mati dibunuh oleh dua orang pemuda yang tidak dikenali. Di khemah pertahanan kampung di hutan.Sinopsis Novel Merdeka! Merdeka! SINOPSIS Bab 1 Kudin terperanjat bercampur gembira dan terharu kerana dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam majlis perhimpunan di Kuala Lumpur. Rakan-rakan Kudin berasa bangga kerana Kudin dijemput untuk menyampaikan ucapan. Bab 3 Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Malah. Kudin pernah bertungkus-lumus meyakinkan orang ramai untuk menghidupkan Persatuan Pahlawan Kemerdekaan kembali. Mak Bibah memberikan sebahagian wang hasil jualan kuih-muihnya kepada pejuang-pejuang kemerdekaan. orang kampung menghadapi dua ancaman. Seterusnya mereka berbincang tentang persiapan ke Kuala Lumpur. Orang-orang kampung kebanyakannya bersemangat tinggi untuk mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung. Dalam perjalanan ke khemah di dalam hutan itu. dia tidak dapat pergi kerana bimbang diintip oleh pihak Inggeris. Mak Bibah. Pengganas memang berhasrat menawan Kampung Teras Jernang. Kudin dijemput menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung itu. Akhirnya keputusan diambil dengan mewakilkan Ibrahim pergi bersama Kudin. namun mereka kekurangan peralatan seperti senjata dan peluru. Dalam perhimpunan agung di Kuala Lumpur nanti. iaitu emak Kudin turut berasa bangga walaupun suatu masa dulu dia tidak menyetujui penglibatan Kudin dalam perjuangan menentang penjajah. Sebenarnya. Pak Awang selaku Pengerusi Persatuan Pahlawan Kemerdekaan dijemput hadir ke Kuala Lumpur. iaitu pengganas komunis dan penjajah Inggeris. Penghormatan itu diberikan kepadanya sebagai menghargai pengorbanannya yang mewakili generasi muda di Kampung Teras Jernang berjuang menentang penjajah Inggeris. Kubu tersebut dijadikan penghalang kemaraan pengganas ke kampungnya. Bapa Kudin. Pak Awang pula diberi amaran oleh majikannya. Namun. rakan-rakan Kudin sibuk menggali kubu pertahanan. Kudin teringat akan kekejaman komunis yang telah membunuh Pak Cik Barman selepas Jepun berundur dan ketika itu Inggeris belum tiba lagi. Kudin terdengar bunyi tembakan. Kudin ingin menjenguk rakan-rakannya di kubu pertahanan di dalam hutan. Persatuan Pahlawan Kemerdekaan ditugaskan mengendalikan urusan keselamatan dan penyusunan acara program. Bab 2 Mesyuarat Persatuan Pahlawan Kemerdekaan di rumah Tuk Ketua membincangkan tragedi pembunuhan Pak Karim. Ujang pula bersedih kerana ternampak akan ayahnya di pihak komunis semasa pertempuran semalam. Tuan White supaya tidak terlibat dalam perjuangan menentang Inggeris. Dia tahu bahawa komunis sedang menyerang kubu pertahanan kampung.

Mereka menaiki bas dari Gerik ke Kuala Kangsar lalu menaiki kereta api ke Kuala Lumpur. makanan. Datuk Onn memperkenalkan Kudin sebagai seorang pemuda yang berani menentang pengganas komunis. iaitu menentang pengganas komunis dan penjajah Inggeris. Sementara itu. Kudin berhasrat untuk menyelamatkan Bustam tetapi keadaan amat bahaya. Kudin gembira kerana berpeluang menemui Datuk Onn. Pak Awang amat marah dan mengambil keputusan nekad. Kudin pula meneruskan pungutan derma bersama dengan Ibrahim. orang Cina juga berjuang menuntut kemerdekaan. Pak Awang pergi ke rumah Ibrahim bersama dengan Kudin. Tuan White memberi kata dua kepada Pak Awang. iaitu berhenti kerja. Datuk Onn menjelaskan sikap Inggeris yang memaksa sultan-sultan supaya bersetuju dengan penubuhan Malayan Union. iaitu berhenti berjuang atau berhenti bekerja. Di samping orang Melayu. peluru. Dia terpaksa menangguhkan hasratnya itu lalu pulang ke rumah dengan kehampaan. ayah Bustam. Kudin terperanjat dan sedih kerana sahabatnya. Bab 6 Sebaik saja tiba di kampung. Di sana. Mereka juga telah mengambil keputusan untuk mengadakan perhimpunan raksasa di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada 1-4 Mac 1946. Dalam perbincangan tersebut. mereka menemui Encik Hasmun. Kudin terus ke khemah dengan bapanya untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kejadian penangkapan Bustam itu. mereka yang hadir telah bersepakat untuk menentang penubuhan Malayan Union. Encik Hasmun bercerita tentang Inggeris yang tidak menunaikan janjinya untuk memberikan kemerdekaan kepada MPAJA. Tujuan mesyuarat itu ialah untuk membincangkan cara yang terbaik menentang Inggeris. Mereka akan mencuba mengatasi masalah kewangan melalui pungutan derma. Dalam mesyuarat itu juga. Perjuangan menuntut kemerdekaan pun bermula. Bab 7 Kudin terdengar akan perbualan bapanya dengan Osman dan Kassim. Mereka membuat pungutan derma daripada orang kampung. Bab 8 . Raja-raja Melayu juga mesti dipujuk untuk memulaukan majlis pengisytiharan Malayan Union itu. Kudin sedar bahawa mereka kekurangan senjata. Pak Awang menyertai keluarga Pak Kasa dalam misi mencari dan menyelamatkan Bustam. iaitu tokoh yang menjadi pujaannya. iaitu Pak Kasa dan saudara-maranya bertekad untuk menyelamatkan Bustam. dan pakaian. Jumlah pungutan tidak begitu banyak tetapi sumbangan itu membuktikan bahawa orang kampung menyokong perjuangan menentang Malayan Union. Bustam telah dilarikan oleh pengganas komunis ke dalam hutan. Mereka datang ke rumah kerana disuruh oleh Tuan White. Ibrahim dan Kudin berjalan kaki dari stesen kereta api ke Bangunan Sultan Sulaiman. Datuk Onn menegaskan bahawa perjuangan mereka ialah perjuangan serampang dua mata. Walaupun masih keletihan. Bab 5 Mesyuarat persatuan-persatuan dipengerusikan oleh Datuk Onn.Bab 4 Ibrahim dan Kudin bertolak ke Kuala Lumpur.

Bab 9 Perhimpunan 1 Mac 1946 mengumpulkan pemimpin-pemimpin Melayu dari seluruh negara. Mereka membincangkan persiapan dan atur cara perhimpunan selama empat hari itu. generasi muda akan mengikut jejak mereka apabila dewasa kelak. Dalam pada itu. Kudin tiba di Bangunan Sutan Sulaiman pada awal pagi. Datuk Onn dalam ucapannya pula menyarankan orang Melayu mengubah nasib bangsa melalui perpaduan dalam persatuan yang dinamakan UMNO. Sultan Selangor bersetuju untuk merasmikan perhimpunan raksasa tersebut. Encik Hasmun berhasrat untuk mendidik Kudin menjadi seorang tokoh politik yang berjaya. Pada waktu tengah hari itu. Hasrat Encik Hasmun disokong oleh Datuk Onn. Sultan Selangor menekankan peri pentingnya orang Melayu bersatu padu. Keputusan yang dibuat ialah meminta raja-raja Melayu memulaukan hari perasmian Malayan Union. Dalam ucapan perasmian baginda. Perarakan membantah penubuhan Malayan Union akan diadakan juga. iaitu untuk menentang Malayan Union. Kudin pulang ke kampung. Mak Bibah pula tidak membantah sekiranya Kudin hendak tinggal di Kuala Lumpur. Perarakan menentang Malayan Union bermula di . Bab 11 Penduduk Kampung Teras Jernang termasuk Kudin membina kubu dan khemah di sekeliling kampung. Sultan Selangor turut memuji kebijaksanaan Kudin. Pada malam itu Kudin tidur di khemah bersama rakan-rakannya. Datuk Onn dan Za¶ba mengucapkan tahniah kepada Kudin. Tugas yang banyak di Kuala Lumpur menyebabkan Kudin lupa akan peristiwa yang berlaku di Kampung Teras Jernang. Kudin menziarahi pusara bapanya. Perhimpunan itu akan membincangkan penentangan terhadap Malayan Union dan hal pelajaran. Dalam masa yang sama Kudin bersiap-siap untuk pergi ke Kuala Lumpur. Kudin menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat dan menyeru kaum bapa dan kaum ibu supaya sanggup berkorban untuk negara. Za¶ba selaku Pengerusi menerangkan tujuan perhimpunan. Padang Kelab Sultan Sulaiman dan bangunannya dibanjiri oleh berpuluh-puluh ribu orang. Mesyuarat dihentikan apabila mereka terdengar bunyi tembakan di kawasan pertahanan sebelah hilir. Datuk Onn dan Kudin akan menyampaikan ucapan. Encik Hasmun datang ke rumah Kudin dan mengajaknya menghadiri perarakan di Kuala Kangsar. Kudin mencuba untuk menyembunyikan kesedihannya itu. Mak Bibah dan Kudin berasa bimbang. Mereka turut membincangkan sistem pelajaran dan ekonomi orang Melayu yang perlu diperbaiki. cadangan untuk menubuhkan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) mendapat sokongan daripada semua perwakilan. Kudin terharu akan semangat tinggi orang Melayu yang bersatu padu dan menentang Malayan Union. UMNO akan menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Bab 10 Dalam perhimpunan itu juga. Menurutnya. Dia sedih kerana jambatan dan khemah telah dimusnahkan oleh pengganas komunis.Pak Awang dan keluarga Pak Kasa belum pulang setelah tiga hari masuk ke dalam hutan. Namun Kudin bersedih apabila mendapat berita bahawa rombongan Pak Kasa dan bapanya mati dibunuh oleh pengganas komunis. Perbincangan di rumah Tuk Ketua untuk mencari Pak Awang tidak mencapai kata sepakat kerana tugas itu berbahaya.

membuka surat. Kuala Kangsar hingga Bukit Chandan. Dengan itu. menaip surat. Terengganu. Perarakan anti-Malayan Union diadakan di seluruh negara. . raja-raja Melayu mengambil keputusan memulaukan majlis perasmian Malayan Union dan bertindak meninggalkan Hotel Stesen. Apabila melihat kesungguhan rakyat jelata. Perhimpunan bersurai dan Kudin terus tinggal di Kuala Lumpur untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. dan menyusun agenda mesyuarat. Kudin mendapati semangat orang Melayu menentang Malayan Union berkobar-kobar.Padang Polo. Raja-raja Melayu digesa supaya memulaukan Malayan Union dan orang Melayu akan berkabung selama seminggu. Bab 12 Raja-raja Melayu bersedia menghadiri upacara perasmian Malayan Union pada 1 April 1946 di Hotel Stesen. Hari perasmian Malayan Union akan diadakan pada bulan April. Datuk Onn menemui raja-raja Melayu dan menerangkan hasrat orang Melayu menentang Malayan Union. Datuk Onn mengingatkan orang Melayu supaya terus berjuang menuntut kemerdekaan. Seterusnya Kudin menjelajah ke Pahang. Kudin membantu kerja-kerja pejabat seperti menyusun fail. dan Kelantan. Raja-raja Melayu melihat orang Melayu berhimpun di luar Hotel Stesen. Orang Melayu dari seluruh negara berkumpul di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat diadakan kerana pihak Inggeris telah merasmikan penubuhan Malayan Union dan melantik Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama. Kudin mengikut Datuk Onn dan Encik Hasmun ke Johor Bahru untuk menyertai perarakan di sana. Selepas perarakan. penubuhan Malayan Union telah dapat digagalkan. Mereka berarak ke Hotel Stesen dengan membawa ratusan sepanduk yang mengecam penjajah. Kuala Lumpur. Kudin dan Encik Hasmun bertolak ke Kuala Lumpur.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->