You are on page 1of 2

Kemahiran menggunakan papan tulis/pengajaran

Pengenalan
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan
pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah
alih.
Terdapat beberapa jenis papan unjuran:
1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. papan Elektronik

Papan Tulis
Para guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di
kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.
• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah• Penggunaannya tidak memerlukan bakat
atau peralatan istimewa.• Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.• Mudah alih
serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan

Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan
satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas
yang mudah dipadamkan.
• Tidak ada habuk• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.• Mudah dicuci dengan menggunakan
pemadam berkain lembut.• Boleh dihasilkan sendiri

Papan Magnetik
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan
tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.
Kelebihan :
• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah• Kesan tarikan magnet tidak
dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan
dalam banyak keadaan, tempat dan masa.• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau
pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru atau dapat tindan tindihkan
visual-visual itu.

Papan Flip
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk
ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk
pembelajaran dan pameran.
Kelebihan.
• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.• Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan
sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.• Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Papan Pameran Papan Kenyataan


Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut
untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan
lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah
alih serta berkaki.
Kelebihan
• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat• Senang ditampal maklumat• Tidak memakan ruang• Sangat
mudah untuk mengantikan maklumat baru.

Papan Flanel
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah
rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang
mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping
kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad
visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan
pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan
papan flannel dengan mudah.

Kelebihan :
• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.• Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan
subjek.• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan• Perubahan atau perkembangan tajuk
boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual
tersebut.• Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti
mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.• Senang disimpan, dibawa atau
digunakan.

Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh
dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah
atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan
terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada
murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau
perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Kelebihan;
• Mudah dibuat• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan• Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh
disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.• Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan
di dalam atau diluar bilik darjah.

Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-
kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit
hampir-hampir sama dengan papan flannel.
Kelebihan :
• Boleh dibuat sendiri• Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah• Visualnya
senang, cepat serta mudah dibuat.• Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff

http://bmp3013x.blogspot.com/2008/09/kemahiran-menggunakan-papan.html

You might also like