You are on page 1of 43

JABATAN PERUBATAN FORENSIK

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN


KUANTAN PAHANG

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)


HTAA – JPF – SOP/001:

PENGENDALIAN

SPESIMEN

MEDIKOLEGAL

Ketua Jabatan Perubatan Forensik


Hospital Tengku Ampuan Afzan
Tarikh:

1
SINGKATAN

C&S - Culture & Sensitivity


DNA - Deoxyribo Nucleid Acid
FEME - Full Examination & Microscopic Examination
FSO - Forensic Scientific Officer
HTAA - Hospital Tengku Ampuan Afzan
IMR - Institute of Medical Research
JKM - Jabatan Kimia Malaysia
JPF - Jabatan Perubatan Forensik
KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia
MA - Medical Assistant
MLT - Medical Laboratory Technician
MO - Medical Officer
PJ - Petaling Jaya
PPK - Pembantu Perawatan Kesihatan
SN - Staff Nurse
SOP - Standard Operating Procedure
VDRL - Venereal Disease Research Laboratory

2
ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL. TOPIK
SURAT

Pengenalan 4

1. HTAA-JPF-SOP/001-1: 6
SOP Pengumpulan Spesimen Medikolegal

2. HTAA-JPF-SOP/001-2: 22
SOP Pengendalian Spesimen Medikolegal Di Patologi Forensik
(Autopsi) JPF HTAA

3. HTAA-JPF-SOP/001-3: 26
SOP Pengendalian Spesimen Medikolegal Di Klinikal Forensik JPF
HTAA

4. HTAA-JPF-SOP/001-4: 30
SOP Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik
HTAA Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai
Perubatan sahaja)

5. HTAA-JPF-SOP/001-5: 38
SOP Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik
HTAA Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai
Polis sahaja)

Lampiran

3
TAJUK Pengendalian Spesimen Medikolegal

NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001

PENGENALAN

Spesimen ialah sesuatu sampel khasnya sampel biologi yang bertujuan diambil
untuk dijalankan diagnosis atau analisis. Mengikut definisi undang-undang, spesimen
medikolegal adalah seperti berikut:
 Spesimen yang diambil dari kes post mortem di bawah “Inquiries of Death” (S331
and S332 Criminal Procedure Code).
 Spesimen yang diambil dari mangsa jenayah – sexual assault, interpersonal assault,
child abuse cases di bilik klinikal forensik/wad pediatric/wad sakit puan. (Rape
Protocol 1986, OSCC Guideline HKL 1998, Clinical Forensic-Sexual Assault Form
2003, Child Abuse Protocol – SCAN HKL).
 Spesimen yang diambil daripada pesakit atau orang tahanan atas permintaan polis di
bawah Akta Polis 1967.
 Spesimen yang diambil atas arahan Pegawai Perubatan untuk tujuan medikolegal.
Kesemua spesimen medikolegal yang diambil ini akan dihantar ke makmal untuk
analisis dan keputusannya akan diguna sebagai fakta samada seseorang itu akan
didakwa dalam mahkamah atau tidak. Jadi, spesimen yang diambil tesebut secara
langsung akan dikategorikan sebagai bahan bukti. Oleh yang demikian, spesimen
tersebut mesti sahih untuk dianalisis tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, jika tidak,
kes ini akan dibuang di mahkamah. Untuk tujuan ini, terdapat dua aspek vital yang perlu
difokus:
1. Kualiti dan kuantiti spesimen tersebut adalah optimum untuk dianalisis. Ini
termasuklah mengambil spesimen yang betul mengikut jenis analisis diminta,
menggunakan bekas spesimen yang betul dan mengambil spesimen dalam kuantiti
yang mencukupi untuk analisis yang diminta.
2. Rantaian bahan bukti (chain of custody) spesimen mesti dipelihara dan dijaga
sehingga diserah kepada pihak yang sepatutnya.

4
TAJUK Pengendalian Spesimen Medikolegal

NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001

Rantaian Bahan Bukti (Chain Of Custody)


Menurut definisi perundangan, rantaian bahan bukti merujuk kepada keupayaan
untuk menjamin identiti dan integriti bahan bukti sejak ia dikumpul sehingga laporan
keputusan analisis atau pemeriksaannya dikeluarkan. Ia melibatkan pemeliharaan dan
dokumentasi sejarah kronologi bahan bukti tersebut supaya dapat menjamin kesahihan
bahan bukti tersebut untuk dianalisis/diperiksa oleh pakar yang berkaitan demi
menghasilkan laporan yang sah dari segi undang-undang. Oleh itu, rantaian bahan bukti
merupakan salah satu kekunci yang penting untuk menentukan sama ada keputusan
laporan analisis/pemeriksaan sahih diterima sebagai bahan bukti di dalam makmal.
Sebarang kesilapan akan menyebabkan sesuatu kes dibuang di mahkamah, seseorang
silap dituduh mahupun seseorang pesalah terlepas daripada tuduhan.
Demi menjaga rantaian bahan bukti, proses pengumpulan sesuatu bahan bukti
dan proses setiap kali penyerahan bahan bukti dari satu pihak ke satu pihak lain
semestinya didokumentasi dengan jelas, di mana individu yang menyerah dan individu
yang menerima mesti direkod dengan mencatatkan tarikh dan masa
pengumpulan/penyerahan dilakukan serta jenis bahan bukti yang dikumpul/diserah.
Pendek kata, kesahihan bahan bukti tersebut semestinya tidak menimbulkan persoalan
atau kekeliruan apabila di mahkamah.

5
JABATAN PERUBATAN FORENSIK
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN
KUANTAN PAHANG

HTAA – JPF – SOP/001 - 1:

Pengumpulan
Spesimen Medikolegal

Ketua Jabatan Perubatan Forensik


Hospital Tengku Ampuan Afzan
Tarikh:

6
TAJUK Pengumpulan Spesimen Medikolegal

NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-1

1. POLISI

1.1 Jenis spesimen medikolegal yang dikumpul HTAA terbahagi kepada tiga kategori:
a. Spesimen medikolegal yang dikumpul semasa post mortem medikolegal di Unit
Patologi Forensik JPF HTAA.
b. Spesimen medikolegal yang dikumpul semasa kes klinikal forensik di Unit
Klinikal Forensik JPF HTAA.
c. Spesimen medikolegal yang dikumpul di wad-wad/klinik-klinik HTAA atas
arahan/permintaan MO/pihak polis.
1.2 Walau bagaimanpun, cara pengumpulannya adalah sama dan cara yang dinyatakan
dalam dokumen ini adalah standard untuk kesemua hospital di negeri Pahang.
1.3 Cara pengumpulan ini merupakan hasil perbincangan dan persetujuan di kalangan
Jabatan Perubatan Forensik HTAA, hospital-hospital daerah Pahang, JKM Pahang
dan pihak polis Pahang.
1.4 Spesimen medikolegal ini sama ada akan dihantar ke makmal JKM, Makmal
Patologi HTAA atau Makmal Perubatan Forensik HTAA, bergantung kepada jenis
analisis yang diminta.

2. OBJEKTIF

Objektif dokumen ini adalah untuk memberi satu garis panduan kepada kesemua
kakitangan JPF HTAA dan MA/SN/MO yang terlibat dalam pengambilan spesimen
medikolegal berkenaan dengan pengetahuan pengambilan spesimen medikolegal yang
betul. Ini adalah supaya spesimen medikolegal yang dikumpul adalah optimum, sesuai
dan sahih dianalisis nanti.

7
TAJUK Pengumpulan Spesimen Medikolegal

NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-1

3. SKOP

Dokumen ini akan menyatakan jenis spesimen yang sesuai untuk analisis yang berlainan,
kuantiti yang diperlukan, bekas spesimen yang sesuai, jenis borang yang diperlukan
mengikut makmal yang berlainan dan pelabelan yang sesuai.

4. KEPERLUAN

4.1 Bekas Spesimen


a. Plain tube vacutainer (red cap)
b. Potassium oxalate vacutainer (grey cap)
c. Sodium fluoride vacutainer (grey cap)
d. Sodium nitrate tube vacutainer (grey cap)
e. Universal sterile container (red cap)
f. Universal sterile container (yellow cap)
g. Sterile container (white cap)
h. Universal bottle (glass, gold cap)
i. Microscope slide
j. Slide container / wallet
k. K2EDTA tube vacutainer (purple cap)
l. Classic FTA card
m. Potassium oxalate vacutainer (grey cap)
n. Sodium fluoride vacutainer (grey cap)
o. Sodium nitrate tube vacutainer (grey cap)
p. Plain test tube
q. Cotton swab
r. Specimen container
s. Envelopes(different sizes)
t. Paper bag

8
TAJUK Pengumpulan Spesimen Medikolegal

NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-1

4.2 Bahan Kimia / Reagent


a. 0.9% saline
b. Stuart’s media
c. 70% alcohol
d. 10% formalin

4.3 Dokumen/Alatan Tulis


a. Borang Makmal Patologi HTAA: Borang PER-PAT 301
b. Borang JKM: Borang Kimia 15
c. Borang Makmal Perubatan Forensik: Borang HTAA-JPF-B004b
d. Label
e. Label pelekat “KKM”
f. Pita pelekat
g. Sampel surat
h. Beg plastik ‘Biohazard’
i. Pen/Pen marker
j. Gam

4.4 Alatan
a. Syringe (10ml & 50 ml)
b. Forsep
c. Surgical blade
d. Sarung tangan lateks
e. Stainless steel post mortem long neck scoop
f. Pisau panjang
g. Gunting
h. Sikat
i. Pemotong kuku

9
TAJUK Pengumpulan Spesimen Medikolegal

NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-1

5. PROSEDUR

5.1 Spesimen Medikolegal Post Mortem:


Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.1.1 Spesimen post mortem medikolegal hanya boleh diambil oleh Pakar Forensik
MO/Pakar Forensik yang menjalankan post mortem tersebut dan /MO/MA
boleh dibantu oleh MA.
5.1.2 Spesimen yang boleh diambil semasa post mortem medikolegal Pakar Forensik
adalah seperti berikut: /MO/MA

Makmal yang
Jenis Ujian Spesimen Kuantiti Bekas Spesimen Bertanggung
jawab
HISTOPATOLOGI Organ yang Bahagian yang Specimen Makmal
terlibat / whole
berkenaan container filled with Perubatan
organ
10% formalin Forensik
HTAA
TOKSIKOLOGI Darah 10 ml Plain tube JKM Kuantan
vacutainer (red
cap)
Air Kencing 25 ml Universal bottle JKM Kuantan
(glass, gold cap)
Cucian Semua or ≥ 25 Universal bottle JKM Kuantan
ml
perut/muntah (glass, gold cap)
Kandungan perut Semua or ≥ 25 Universal bottle JKM Kuantan
ml
(glass, gold cap)
Vitreous Humor Semua Universal bottle JKM Kuantan
(glass, gold cap)
Hempedu Semua Universal bottle JKM Kuantan
(glass, gold cap)
Cecair Semua Universal bottle JKM Kuantan

10
Cerebrospinal (glass, gold cap)
Otak 50 – 100 gram Specimen JKM Kuantan
container
Hati 50 – 100 gram Specimen JKM Kuantan
container
Buah pinggang 50 – 100 gram Specimen JKM Kuantan
container
ALKOHOL Darah 2.5 ml Potassium oxalate, JKM Kuantan
(Dewasa),
Sodium fluoride,
15 – 20 titisan
(Bayi) Sodium nitrate tube
vacutainer (grey
cap)
DADAH Air kencing 5 – 10 ml Universal sterile JKM Kuantan
container (red cap)
DNA Darah (pilih salah 1 sampel / org Kad FTA JKM Petaling
satu cara) dimasukkan ke Jaya
dalam sampul surat
selepas air-dried.
2.5 ml K2EDTA tube JKM Petaling
(Dewasa),
vacutainer (purple Jaya
15 – 20 titisan
(Bayi) cap)
Swab vaginal 2 swab Swab letak dalam JKM Petaling
(1 External & 1
plain test tube Jaya
Internal)
Swab rektal 1 sampel Swab letak dalam JKM Petaling
plain test tube Jaya
Swab 1 swab untuk 1 Swab letak dalam JKM Petaling
gigitan/1
gigitan/swab plain test tube Jaya
bahagian
badan
BLOOD Darah 2.5 ml K2EDTA tube JKM Kuantan
GROUPING vacutainer (purple
cap)
HIV SCREENING Darah 2.5 ml Plain tube Makmal
vacutainer (red Patologi
cap) HTAA
HAIR Rambut kepala > 12 helai Sterile container JKM Petaling
(potong
COMPARISON (white cap) Jaya
/cabut/sikat)
Rambut pubic > 12 helai Sterile container JKM Petaling
(potong)
(white cap) Jaya
KRIMINALISTIK Peluru Semua yang Letak berasingan JKM Petaling

11
dikeluarkan dari ke dalam Universal Jaya
mayat
sterile container
(yellow / red cap)
masing-masing
yang dilapisi
kapas/gauze
Baju/Barangan Semua Letak berasingan Pihak polis
Personal ke dalam sampul
surat /bag kertas
yang sesuai saiz
masing-masing
Loose trace Semua Letak berasingan JKM Petaling
eveidnece ke dalam Sterile Jaya
container
(white cap) atau
Universal sterile
container (yellow /
red cap) masing-
masing
Nail Scraping Semua Sterile container JKM Petaling
(white cap) Jaya
ENTOMOLOGI Moggot(s) Live Sample: Universal sterile IMR
20-30 maggots
container
(red / yellow cap)
punctured cap with
food
Killed Sample: Universal sterile IMR
20-30 maggots
container
(red / yellow cap)
with 70% alcohol
or 10% formalin
MIKROBIOLOGI Spermatozoa 1 Swab / Setiap swab disapu Makmal
kawasan
pada satu slaid Patologi
mikroskop lalu HTAA
dimasukkan ke
dalam slide
container/wallet

12
Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.1.3 Jenis spesimen yang sesuai diambil adalah atas arahan atau nasihat Pakar Forensik
MO/pakar forensik menjalankan post mortem tersebut. /MO/MA
5.1.4 Semasa spesimen diambil, sarung tangan lateks mesti dipakai untuk Pakar Forensik
mengelakkan kontaminasi spesimen dan juga demi keselamatan /MO/MA
kakitangan.
5.1.5 Spesimen-spesimen ini boleh diambil dengan cara berikut: Pakar Forensik
5.1.5.1 Kesemua spesimen organ boleh diambil dengan /MO/MA
menggunakan surgical blade, pisau atau gunting;
5.1.5.2 Spesimen darah boleh diambil dengan memakai syringe
atau stainless steel post mortem long neck scoop;
5.1.5.3 Spesimen cecair yang lain boleh diambil dengan bantuan
stainless steel post mortem long neck scoop, syringe atau
diambil secara terus dengan bekas spesimen;
5.1.5.4 Spesimen rerambut boleh dipotong dengan gunting, disikat
dengan sikat atau dicabut dengan tangan;
5.1.5.5 Semua spesimen swab boleh diambil dengan cotton swab;
5.1.5.6 Peluru mesti dipegang dengan forsep yang hujungnya
dibaluti dengan pelapik plastik/kapas/guaze;
5.1.5.7 Bahan bukti surih boleh dikumpul dengan menggunakan
forsep, untuk spesimen fiber boleh dikumpulkan dengan
bantuan pita selofan lalu dilekatkan ke atas slaid mikroskop;
5.1.5.8 Spesimen kuku boleh dikikis dengan pemotong kuku;
5.1.5.9 Baju/barang personal boleh dikutip dengan tangan;
5.1.5.10 Maggots boleh dikutip dengan forsep.
5.1.6 Selepas kesemua spesimen telah diisikan ke dalam bekas spesimen MA
masing-masing, bahagian luar bekas mesti dilap bersih dan kering
diikuti dengan pelekatan pita pelekat pada sempadan di antara
penutup dengan bekas untuk mengelakkan penumpahan.
5.1.7 Setiap spesimen mesti dilabel dengan maklumat seperti berikut: MA
d. Nama
e. Nombor kad pengenalan/passport
f. Nombor laporan polis
g. Jenis spesimen/jenis ujian yang diminta
13
h. Tarikh dan masa spesimen diambil
5.1.8 Selain spesimen organ yang diisi ke dalam spesimen container, bekas MA
spesimen yang lain akan diletakkan dalam beg plastik ‘Biohazard’
kemudian dimasukkan ke dalam sampul surat yang sepadan dengan
saiznya lalu digamkan.
5.1.9 Kedua-dua hujung bahagian belakang sampul surat akan dimaterai MA
dengan label pelekat “KKM” manakala bahagian depan pula perlu
dituliskan maklumat seperti berikut:
a. Nama
b. Nombor kad pengenalan/passport
c. Nombor laporan polis
d. Jenis spesimen/jenis ujian yang diminta
e. Tarikh dan masa spesimen diambil
5.1.10 Untuk spesimen organ yang diisikan ke dalam specimen container MA
pula, bekas itu akan dimaterai pada penutupnya dengan label pelekat
“KKM” selepas dilekat dengan pita pelekat.
5.1.11 Untuk spesimen yang tidak diisi ke dalam bekas spesimen tetapi MA
sampul surat atau beg kertas, pemateraian akan dilakukan pada
kedua-dua hujung bahagian belakang sampul surat atau bahagian
penutup beg kertas selepas digamkan.
5.1.12 Setiap spesimen akan disertai dengan satu borang makmal yang MA
berkenaan. Untuk spesimen yang akan dihantar ke makmal JKM
Kuantan dan makmal JKM PJ, Borang kimia 15 akan diisi; untuk
spesimen yang akan dihantar ke Makmal Patologi HTAA, Borang
PER-PAT 301 akan diisi; untuk spesimen yang akan dihantar ke IMR,
Borang IMR akan diisi; untuk spesimen yang akan dihantar ke Makmal
Perubatan Forensik HTAA, Borang HTAA-JPF-B004b akan diisi.
5.1.13 Kesemua borang tersebut mesti lengkap diisi dan mesti Pakar Forensik
ditandatangani oleh MO/Pakar Forensik yang mengambil spesimen /MO/MA
tersebut.
5.1.14 Selain spesimen yang akan dihantar untuk Ujian Histopatologi, MA
spesimen yang lain akan diserah kepada IO yang berkenaan.
5.1.15 Rekodkan kesemua jenis dan bilangan spesimen yang akan diserah MA
kepada pihak polis ke dalam Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal
Patologi.

14
5.2 Spesimen Medikolegal Yang Dikumpul Semasa Kes Klinikal Forensik:
Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.2.1 Spesimen untuk kes klinikal forensik mesti dikumpul oleh MO/Pakar Pakar Forensik
Forensik yang menjalankan pemeriksaan dan boleh dibantu oleh MA /MO/MA/SN
atau SN.
5.2.2 Jenis spesimen yang dikumpul hendaklah mengikut kesesuaian kes Pakar Forensik
dan boleh dilakukan atas nasihat Pakar Forensik. /MO/MA/SN
5.2.3 Spesimen yang boleh dikumpul semasa kes klinikal forensik:

Makmal Yang
Spesimen Jenis Ujian Kuantiti Bekas Spesimen Bertanggung
jawab
Darah HIV / Hep B / 2.5 ml Plain tube vacutainer (red Makmal
Hep C cap) Patologi HTAA
VDRL 2.5 ml Plain tube vacutainer (red Makmal
cap) Patologi HTAA
Blood Grouping 2.5 ml K2EDTA tube vacutainer JKM Kuantan
(purple cap)
DNA (pilih salah 1 sampel Kad FTA dimasukkan ke JKM Petaling
satu cara) /orang dalam sampul surat Jaya
selepas air-dried.
2.5 ml K2EDTA tube vacutainer JKM Petaling
(dewasa),
(purple cap) Jaya
15 – 20 drops
(bayi)
Alkohol 2.5 ml Potassium oxalate, JKM Kuantan
(Dewasa),
Sodium fluoride,
15 – 20 titisan
(Bayi) Sodium nitrate tube
vacutainer (grey cap)
Toksikologi 10 ml Plain tube vacutainer (red JKM Kuantan
cap)
Air Kencing C&S / FEME / 3 - 5 ml Universal sterile container Makmal
PT (red cap) Patologi HTAA
Dadah 5 – 10 ml Universal sterile container JKM Kuantan
(red cap)
Toksikologi 25 ml Universal bottle (glass, JKM Kuantan
gold cap)
Swab Spermatozoa 2 swab Setiap swab akan disapu Makmal
(1 External &
Vaginal di atas slaid mikroskop Patologi HTAA
1 Internal)
15
lalu dimasukkan ke dalam
slide container/wallet
Trichomonas 2 swab Swab diletak berasingan Makmal
sp. (1 External &
dalam sterile container Patologi HTAA
1 Internal)
with 0.9% saline
Gonococcus sp. 2 swab Swab diletak berasingan Makmal
(1 External &
dalam Stuart’s media Patologi HTAA
1 Internal)
DNA 2 swab Swab letak dalam plain JKM Petaling
(1 External &
test tube Jaya
1 Internal)
Swab Rektal Spermatozoa 1 swab Swab akan disapu Makmal
di atas slaid mikroskop Patologi HTAA
lalu dimasukkan ke dalam
slide container/wallet
DNA 1 swab Swab letak dalam plain JKM Petaling
test tube Jaya
Rambut Hair > 12 helai Sterile container (white JKM Petaling
(potong
Kepala Comparison cap) Jaya
/cabut/sikat)
Rambut Hair > 12 helai Sterile container (white JKM Petaling
(potong)
Pubik Comparison cap) Jaya
Nail DNA Semua Sterile container (white JKM Petaling
Scraping cap) Jaya
Pakaian Ikut kesesuaian Semua Setiap helai dimasukkan Pihak Polis
ke dalam sampul surat
atau beg kertas secara
berasingan
Swab DNA 1 swab Swab letak dalam JKM Petaling
/gigitan atau 1
Gigitan/ plain test tube Jaya
swab
Swab Badan /kawasan
Loose Trace Kriminalistik Semua Letak berasingan ke JKM Petaling
Eveidnece dalam Sterile container Jaya
(white cap) atau Universal
sterile container (yellow /
red cap) masing-masing

Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.2.4 Semasa spesimen diambil, sarung tangan lateks mesti dipakai untuk Pakar Forensik
mengelakkan kontaminasi spesimen dan juga demi keselamatan /MO/MA/SN

16
kakitangan.
5.2.5 Spesimen-spesimen ini boleh diambil dengan cara berikut: MA/SN
5.2.5.1 Spesimen darah boleh diambil dengan memakai syringe;
5.2.5.2 Spesimen air kencing boleh suruh pesakit untuk mengumpul
sendiri di tandas yang disediakan.
5.2.5.3 Spesimen rerambut boleh dipotong dengan gunting, disikat
dengan sikat atau dicabut dengan tangan;
5.2.5.4 Spesimen kuku boleh dikikis dengan pemotong kuku di
mana boleh dilakukan oleh MO/Pakar Forensik ataupun
pesakit sendiri;
5.2.5.5 Semua spesimen swab boleh diambil dengan cotton swab;
5.2.5.6 Bahan bukti surih boleh dikumpul dengan menggunakan
forsep, untuk spesimen fiber boleh dikumpulkan dengan
bantuan pita selofan lalu dilekatkan ke atas slaid mikroskop;
5.2.5.7 Baju/barang personal boleh dikutip dengan tangan;
5.2.6 Selepas kesemua spesimen telah diisikan ke dalam bekas spesimen MA/SN
masing-masing, bahagian luar bekas mesti dilap bersih dan kering
diikuti dengan pelekatan pita pelekat pada celah penutup untuk
mengelakkan penumpahan.
5.2.7 Setiap spesimen mesti dilabel dengan maklumat seperti berikut: MA/SN
a. Nama
b. Nombor kad pengenalan/passport
c. Nombor laporan polis
d. Jenis spesimen/jenis ujian yang diminta
e. Tarikh dan masa spesimen diambil
5.2.8 Bekas spesimen yang lain akan diletakkan dalam beg plastik MA/SN
‘Biohazard’ lalu dimasukkan ke dalam sampul surat yang sepadan
dengan saiznya lalu digamkan.
5.2.9 Kedua-dua hujung bahagian belakang sampul surat akan dimaterai MA/SN
dengan label pelekat “KKM” manakala bahagian depan pula perlu
dituliskan maklumat seperti berikut:
a. Nama
b. Nombor kad pengenalan/passport
c. Nombor laporan polis
d. Jenis spesimen/jenis ujian yang diminta

17
e. Tarikh dan masa spesimen diambil
5.2.10 Untuk spesimen yang tidak diisi ke dalam bekas spesimen tetapi MA/SN
sampul surat atau beg kertas, pemateraian akan dilakukan pada
kedua-dua hujung bahagian belakang sampul surat atau bahagian
penutup beg kertas selepas digamkan.
5.2.11 Setiap spesimen akan disertai dengan satu borang mengikuti makmal MA/SN
yang spesimen bakal dihantar. Untuk spesimen yang akan dihantar ke
makmal JKM Kuantan dan makmal JKM PJ, Borang kimia 15 akan
diisi; untuk spesimen yang akan dihantar ke Makmal Patologi HTAA,
Borang PER-PAT 301 akan diisi.
5.2.12 Kesemua borang tersebut mesti lengkap diisi dan mesti Pakar Forensik/
ditandatangani oleh MO/Pakar Forensik yang mengambil spesimen MO/MA/SN
tersebut.

5.3 Spesimen Medikolegal Yang Dikumpul Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik


Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.3.1 Spesimen medikolegal ini akan dikumpul oleh MO semasa pesakit MO/SN
yang terlibat dalam kes polis dimasukkan ke dalam wad HTAA atau
melawat ke klinik HTAA.
5.3.2 Polis boleh meminta ujian ataupun MO boleh memberi khidmat MO
nasihat dalam hal ini.
5.3.3 Kebiasaan ujian yang diminta adalah ujian toksikologi, ujian dadah MO
dan ujian aras alkohol.
5.3.4 Spesimen yang sesuai diambil untuk ujian-ujian tersebut adalah MO/SN
seperti berikut:

Makmal yang
Jenis Ujian Spesimen Kuantiti Bekas Spesimen Bertanggung
jawab
TOKSIKOLOGI Darah 10 ml Plain tube JKM Kuantan
vacutainer (red
cap)
Air Kencing 25 ml Universal bottle JKM Kuantan
(glass, gold cap)
Cucian Semua or ≥ 25 Universal bottle JKM Kuantan
ml
perut/muntah (glass, gold cap)

18
ALKOHOL Darah 2.5 ml Potassium oxalate, JKM Kuantan
(Dewasa),
Sodium fluoride,
15 – 20 titisan
(Bayi) Sodium nitrate tube
vacutainer (grey
cap)
DADAH Air kencing 5 – 10 ml Universal sterile JKM Kuantan
container (red cap)
DNA Darah (pilih salah 1 sampel / org Classic FTA card JKM Petaling
satu cara) dimasukkan ke Jaya
dalam sampul surat
selepas air-dried
2.5 ml K2EDTA tube JKM Petaling
(Dewasa),
vacutainer (purple Jaya
15 – 20 titisan
(Bayi) cap)
BLOOD Darah 2.5 ml K2EDTA tube JKM Kuantan
GROUPING vacutainer (purple
cap)

Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.3.5 Semasa spesimen diambil, sarung tangan lateks mesti dipakai untuk MO/SN
mengelakkan kontaminasi spesimen dan juga demi keselamatan
kakitangan.
5.3.6 Spesimen-spesimen ini boleh diambil dengan cara berikut: MO/SN
5.3.6.1 Spesimen darah boleh diambil dengan memakai syringe;
5.3.6.2 Spesimen air kencing boleh suruh pesakit untuk mengumpul
sendiri di tandas yang disediakan.
5.3.7 Selepas kesemua spesimen telah diisikan ke dalam bekas spesimen SN
masing-masing, bahagian luar bekas mesti dilap bersih dan kering
diikuti dengan pelekatan pita pelekat pada sempadan penutup dengan
bekas spesimen untuk mengelakkan penumpahan.
5.3.8 Selepas itu, setiap bekas spesimen mesti dimaterai dengan label SN
pelekat “KKM” selepas lapisan pita pelekat. Ini merupakan materai
tahap pertama.
5.3.9 Setiap spesimen mesti dilabel dengan maklumat seperti berikut: SN

19
a. Nama
b. Nombor kad pengenalan/passport
c. Nombor Daftar Hospital (R/N)
d. Nombor laporan polis
e. Jenis spesimen/jenis ujian yang diminta
f. Tarikh dan masa spesimen diambil
5.3.10 Setiap spesimen akan disertai dengan Borang kimia 15 untuk dihantar SN
ke makmal JKM Kuantan dan makmal JKM PJ.
5.3.11 Kesemua borang tersebut mesti lengkap diisi dan mesti MO/SN
Unit Patologi Unit Klinikal Wad-
ditandatangani oleh MO yang meminta ujian tersebut.
Forensik Forensik wad/Klinik-
HTAA HTAA klinik HTAA

6. RUJUKAN

6.1 Lampiran A: Risalah “Handling Of Medico-Legal Spesimen” dari JPF HTAA


Pengambilan
6.2 Lampiran B: Borang kimia 15 Spesimen atas
arahan polis dan/atau MO
6.3 Lampiran C: Borang PER-PAT 301
6.4 Lampiran D: Borang HTAA-JPF-B004b
6.5 Lampiran E: IMR
Pengambilan spesimen dengan
TAJUK cara yang
Pengumpulan betul, Medikolegal
Spesimen kuantiti yang
betul dan pengisian ke dalam
NOMBOR bekas spesimen yang betul
HTAA-JPF-SOP/001-1

7. CARTA ALIRAN
Pengisian ke dalam borang yang
betul. Pastikan maklumat yang
diisi adalah betul dan lengkap

Dokumentasi

Pemateraia
n

YA Tidak

20
Serak kepada pihak polis dengan Hantar ke Makmal Perubatan
rekod serahan Forensik HTAA
JABATAN PERUBATAN FORENSIK
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN
KUANTAN PAHANG

HTAA – JPF – SOP/001 - 2:

Pengendalian
Spesimen Medikolegal Di
Patologi Forensik (Autopsi)
21
JPF HTAA

Ketua Jabatan Perubatan Forensik


Hospital Tengku Ampuan Afzan
Tarikh:
Pengendalian Spesimen Medikolegal Di Patologi Forensik (Autopsi)
TAJUK JPF HTAA
NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-2

1. POLISI

1.1 Sepanjang proses pengambilan spesimen, pengisian spesimen ke dalam bekas


spesimen, pelabelan spesimen, dokumentasi spesimen sehingga penyerahan
kepada pihak seterusnya merupakan kekunci untuk menjaga rantaian bahan bukti
agar spesimen tersebut sahih untuk dianalisis lalu keputusan atau laporan
keputusan diterima di dalam mahkamah nanti.
1.2 Untuk tujuan ini, pihak polis perlu bekerjasama dengan Unit Patologi Forensik
HTAA.

22
1.3 Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan di mana pihak polis akan mengambil
spesimen tersebut sebaik sahaja segala prosedur dokumentasi spesimen telah
selesai.
1.4 Unit Patologi Forensik telah mempraktiskan amalan ‘zero specimen’ di mana unit
Patologi Forensik tidak akan menyimpan spesimen medikolegal semalaman tetapi
akan serah kepada pihak polis sebaik sahaja spesimen telah siap diproses.

2. OBJEKTIF

Objektif dokumen ini adalah untuk memaklumkan kepada semua kakitangan JPF HTAA
bagaimana untuk mengendalikan spesimen medikolegal yang dikumpul daripada post
mortem medikolegal selepas spesimen tersebut selesai diproses dan cara untuk
menyerah kepada pihak polis ataupun makmal yang berkenaan.

3. SKOP

Dokumen ini akan merangkumi prosedur yang perlu diikuti apabila mengendalikan
spesimen medikolegal yang diserahkan kepada pihak polis dan juga spesimen
histopatologi yang akan diserahkan ke Makmal Perubatan Forensik HTAA.

Pengendalian Spesimen Medikolegal Di Patologi Forensik (Autopsi)


TAJUK JPF HTAA
NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-2

4. KEPERLUAN

4.1 Dokumen/Borang
a. Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal Unit Patologi Forensik
b. Borang Makmal Patologi HTAA: Borang PER-PAT 301
c. Borang JKM: Borang Kimia 15
d. Borang Makmal Perubatan Forensik: Borang HTAA-JPF-B004a

23
5. PROSEDUR

Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.1 Untuk setiap post mortem medikolegal, setelah spesimen yang dikumpul MA
selesai diproses, ianya semestinya dicatatkan ke dalam Buku
Penyerahan Spesimen Medikolegal Unit Patologi Forensik dengan
secepat mungkin.
5.2 Dalam Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal Unit Patologi Forensik, MA
maklumat berikut mesti dicatat dengan jelas dan betul:
a. Nombor Laporan Polis
b. Nombor Autopsi
c. Tarikh dan Masa Spesimen diambil
d. Jenis dan bilangan spesimen/jenis ujian yang diminta
e. Nama dan tandatangan MO/Pakar Forensik yang mengambil
spesimen
f. Nama dan tandatangan MA yang mematerai spesimen
5.3 Selain spesimen untuk Ujian Histopatologi, spesimen yang lain perlu MA
diserah kepada IO yang menguruskan kes berkenaan.
5.4 Semasa IO menerima spesimen tersebut, IO itu perlu mencatatkan MA
nama, nombor ID, pangkat dan tandatangannya sebagai pengakuan
dia telah menerima spesimen bersamaan dengan borang yang
berkenaan.
5.5 Untuk spesimen yang akan dihantar untuk Ujian Histopatologi di Makmal MA
Perubatan Forensik, spesimen ini akan dihantar ke Makmal Perubatan
Forensik oleh MA yang bertugas bersama dengan borang makmal
yang telah diisi.
5.6 Semasa di Makmal Perubatan Forensik, pendaftaran spesimen akan MA
dilakukan dan satu resit penerimaan akan diberi kepada MA yang
menghantar spesimen tersebut.
5.7 Resit penerimaan ini akan dikepilkan ke dalam muka surat yang sama MA
dalam Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal Unit Patologi
Forensik.

6. RUJUKAN

24
6.1 Lampiran F: Contoh Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal Unit Patologi Forensik
6.2 Lampiran G: Resit penerimaan spesimen oleh Makmal Perubatan Forensik

JABATAN PERUBATAN FORENSIK


HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN
KUANTAN PAHANG

HTAA – JPF – SOP/001 - 3:

Pengendalian
25
Spesimen Medikolegal Di
Klinikal Forensik JPF HTAA

Ketua Jabatan Perubatan Forensik


Hospital Tengku Ampuan Afzan
Tarikh:

TAJUK Pengendalian Spesimen Medikolegal Di Klinikal Forensik JPF HTAA

NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-3

1. POLISI

1.1 Klinikal Forensik merupakan klinik yang menguruskan pesakit (sama ada mangsa
atau suspek) kes polis, termasuklah kes gangguan seksual, kes keganasan rumah
tangga, kes penganiayaan kanak-kanak, kes keganasan serangan peribadi, kes
memandu di bawah pangaruh alkohol, kes penyalahgunaan dadah dan kes
pemeriksaan suspek kes jenayah.
1.2 Sepanjang proses pengambilan spesimen, pengisian spesimen ke dalam bekas
spesimen, pelabelan spesimen, dokumentasi spesimen sehingga penyerahan
26
kepada pihak seterusnya merupakan kekunci untuk menjaga rantaian bahan bukti
agar spesimen tersebut sahih untuk dianalisis lalu keputusan atau laporan
keputusan diterima di dalam mahkamah nanti.
1.3 Untuk tujuan ini, pihak polis perlu bekerjasama dengan Unit Klinikal Forensik HTAA.
1.4 Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan di mana pihak polis akan mengambil
spesimen tersebut sebaik sahaja segala prosedur dokumentasi spesimen telah
selesai.
1.5 Unit Klinikal Forensik telah mempraktiskan amalan ‘zero specimen’ di mana unit
Klinikal Forensik tidak akan menyimpan spesimen medikolegal semalaman tetapi
akan serah kepada pihak polis sebaik sahaja spesimen telah siap diproses.
1.6 Klinikal Forensik merupakan klinik yang menguruskan pesakit (sama ada mangsa
atau suspek) kes polis, termasuklah kes gangguan seksual, kes keganasan rumah
tangga, kes penganiayaan kanak-kanak, kes keganasan serangan peribadi, kes
memandu di bawah pangaruh alkohol, kes penyalahgunaan dadah dan kes
pemeriksaan suspek kes jenayah.
1.7 Sepanjang proses pengambilan spesimen, pengisian spesimen ke dalam bekas
spesimen, pelabelan spesimen, dokumentasi spesimen sehingga penyerahan
kepada pihak seterusnya merupakan kekunci untuk menjaga rantaian bahan bukti
agar spesimen tersebut sahih untuk dianalisis lalu keputusan atau laporan
keputusan diterima di dalam mahkamah nanti.
1.8 Untuk tujuan ini, pihak polis perlu bekerjasama dengan Unit Klinikal Forensik HTAA.

TAJUK Pengendalian Spesimen Medikolegal Di Klinikal Forensik JPF HTAA

NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-3

1.9 Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan di mana pihak polis akan mengambil
spesimen tersebut sebaik sahaja segala prosedur dokumentasi spesimen telah
selesai.
1.10 Unit Klinikal Forensik telah mempraktiskan amalan ‘zero specimen’ di mana unit
Klinikal Forensik tidak akan menyimpan spesimen medikolegal semalaman tetapi
akan serah kepada pihak polis sebaik sahaja spesimen telah siap diproses.

2. OBJEKTIF
27
Objektif dokumen ini adalah untuk memaklumkan kepada semua kakitangan JPF HTAA
bagaimana untuk mengendalikan spesimen medikolegal yang dikumpul daripada kes
klinikal forensik selepas spesimen tersebut selesai diproses dan cara untuk menyerah
kepada pihak polis ataupun makmal yang berkenaan.

3. SKOP

Dokumen ini akan merangkumi prosedur yang perlu diikuti apabila mengendalikan
spesimen medikolegal yang diserahkan kepada pihak polis dan juga spesimen
histopatologi yang akan diserahkan ke Makmal Perubatan Forensik HTAA.

4. KEPERLUAN

4.1 Dokumen/Borang
a. Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal Unit Klinikal Forensik
b. Borang Makmal Patologi HTAA: Borang PER-PAT 301
c. Borang JKM: Borang Kimia 15

TAJUK Pengendalian Spesimen Medikolegal Di Klinikal Forensik JPF HTAA

NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-3

5. PROSEDUR

Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.1 Untuk setiap kes klinikal forensik, setelah spesimen yang dikumpul MA/SN
selesai diproses, ianya semestinya dicatatkan ke dalam Buku
Penyerahan Spesimen Medikolegal Unit Klinikal Forensik dengan

28
secepat mungkin.
5.2 Dalam Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal Unit Klinikal Forensik, MA/SN
maklumat berikut mesti dicatat dengan jelas dan betul:
a. Nombor Daftar Hospital (R/N)
b. Nombor Laporan Polis
c. Tarikh dan Masa Spesimen diambil
d. Jenis dan bilangan spesimen/jenis ujian yang diminta
e. Nama dan tandatangan MO/Pakar Forensik yang
mengambil spesimen
f. Nama dan tandatangan MA yang mematerai spesimen
5.3 Semasa IO menerima spesimen tersebut, IO itu perlu mencatatkan nama, MA/SN
nombor ID, pangkat dan tandatangannya sebagai pengakuan dia telah
menerima spesimen bersamaan dengan borang yang berkenaan.
5.4 Hasil keputusan analisis spesimen medikolegal Unit Klinikal Forensik
dihantar terus kepada IO manakala Unit Klinikal Forensik dan Pejabat MA/SN
Rekod HTAA akan menyimpan salinan tersebut sebagai dokumentasi.

6. RUJUKAN

6.1 Lampiran H: Contoh Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal Unit Klinikal Forensik

JABATAN PERUBATAN FORENSIK


HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN
KUANTAN PAHANG

HTAA – JPF – SOP/001 - 4:

29
Pemprosesan
Spesimen Medikolegal Dari
Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA Oleh
Jabatan Perubatan Forensik HTAA
(Permintaan Pegawai Perubatan
sahaja)

Ketua Jabatan Perubatan Forensik


Hospital Tengku Ampuan Afzan
Tarikh:
Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA
TAJUK Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai
Perubatan sahaja)
NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-4

1. POLISI

1.1 Spesimen medikolegal yang dikumpul di wad-wad/klinik-klinik HTAA oleh MO


terbahagi kepada dua kategori:
a. Spesimen medikolegal yang akan dihantar ke makmal JKM dan kebiasaan
melibatkan permintaan oleh pegawai perubatan hospital.
30
b. Spesimen medikolegal yang akan diserah semula kepada pihak polis dan ini
biasanya melibatkan kes polis yang urgent, berat dan dipohon oleh pihak polis
sendiri.
1.2 Kedua-dua kategori spesimen ini akan dibalut dengan pita di wad-wad/klinik-klinik
masing-masing.
1.3 Untuk spesimen kategori pertama, ianya akan dihantar ke Kuanter Penerimaan JPF
untuk pemateraian di Kaunter Penerimaan JPF lalu akan disimpan di JPF dihantar
ke makmal JKM Kuantan nanti
1.4 Untuk spesimen kategori kedua, ianya akan dimaterai di Bilik Cempaka (Klinikal
Forensik) lalu diserah balik kepada pihak polis.
1.5 Spesimen medikolegal kategori pertama akan disimpan di dalam Bilik Penyimpanan
Bahan Bukti (Evidence Storage Room) yang berkunci di mana hanya FSO yang
bertugas boleh memegang kunci tersebut dan kunci pendua disimpan oleh ketua
jabatan. Kunci bilik ini adalah tidak dibenarkan dikeluarkan daripada kawasan JPF.
1.6 Keseluruhan proses ini semestinya didokumentasikan untuk tujuan memelihara
rantaian bahan bukti dan memastikan kesahihan spesimen medikolegal tersebut.
1.7 Polisi ini tercapai setelah mendapat persetujuan Pengarah HTAA.

Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA


TAJUK Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai
Perubatan sahaja)
NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-4

2. OBJEKTIF

Dokumen ini bertujuan untuk menyatakan prosedur kerja dan peraturan yang dipraktiskan
oleh JPF HTAA dalam memproses spesimen medikolegal yang kumpul dari wad-
wad/klinik-klinik HTAA atas permintaan pegawai perubatan untuk analisis. Selain itu,
dokumen ini juga bertujuan untuk menyatakan tugasan kesemua kakitangan JPF dalam

31
menjalankan tanggungjawab pemprosesan spesimen medikolegal yang kumpul dari wad-
wad/klinik-klinik HTAA atas permintaan pegawai perubatan untuk analisis.

3. SKOP

Dokumen ini akan merangkumi makluman berkenaan prosedur kerja, peraturan dan
syarat penerimaan, pemprosesan dan penghantaran spesimen medikolegal oleh JPF
HTAA.

4. KEPERLUAN

4.1 Dokumen
a. Buku Penerimaan Spesimen Medikolegal dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA di
JPF HTAA
b. Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal dari JPF HTAA ke JKM Kuantan
c. Jadual Tugas yang menyatakan giliran kakitangan yang bertanggungjawab
untuk mematerai dan menghantar spesimen
d. Borang penolakan spesimen: HTAA-JPF-B004c

4.2 Keperluan Ruangan


a. Kaunter Penerimaan untuk menerima spesimen dan mematerai spesimen.
b. Bilik Penyimpanan Bahan Bukti (Evidence Storage Room) yang berkunci dan
bersuhu 25oC.

Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA


TAJUK Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai
Perubatan sahaja)
NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-4

4.3 Alatan
a. Pita pelekat
b. Label Pelekat “KKM”
c. Sampul surat
d. Gam
e. Specimen carrier box

32
f. Pen
g. Beg plastik ‘Biohazard’

5. PROSEDUR

Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.1 Kesemua spesimen medikolegal yang dikumpul di wad-wad/klinik-klinik MO/SN
HTAA oleh MO yang telah dimaterai tahap pertama hendaklah dihantar
ke Kaunter Penerimaan JPF untuk materai sebelum dihantar ke
Makmal JKM Kuantan/PJ (untuk spesimen yang dihantar ke JKM PJ
akan dihantar ke JKM Kuantan juga, dari situ JKM Kuantan akan
menghantarnya ke JKM PJ).
5.2 Kaunter Penerimaan JPF akan terbuka untuk penerimaan spesimen FSO/MA /MLT
pada hari kerja jam pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
5.3 JPF akan menyediakan satu jadual giliran bertugas untuk FSO/MA /MLT
menempatkan sekurang-kurangnya seorang FSO/MA/MLT dan
sekurang-kurang seorang PPK di Kaunter Penerimaan JPF pada masa
tersebut.
5.4 Hanya FSO/MA/MLT dibenarkan untuk memeriksa dan mematerai FSO/MA /MLT
spesimen yang dihantar manakala PPK dibenarkan dalam membantu
dokumentasi dan pengangkutan spesimen.
5.5 Sebelum menerima spesimen tersebut, FSO/MA/MLT yang bertugas FSO/MA /MLT
akan memeriksa spesimen medikolegal ini. Syarat-syarat untuk
menerima spesimen adalah seperti berikut:
 Balut yang betul
 Label yang betul
 Borang yang betul dan lengkap diisi
 Spesimen yang betul dan cukup
 Spesimen yang tidak rosak
 Bekas yang betul dan tidak bocor
5.6 FSO/MA/MLT yang bertugas berhak menolak spesimen tersebut jika FSO/MA /MLT
ianya gagal menepati syarat-syarat seperti di atas. Dalam kes ini,
spesimen ini akan dipulangkan kepada panghantar spesimen
bersamaan dengan Borang Penolakan Spesimen: HTAA-JPF-B004c.

33
5.7 Borang ini akan diisi dan ditandatangani oleh FSO/MA/MLT yang FSO/MA /MLT
bertugas dengan menyatakan sebab penolakan dilakukan. Satu
salinan borang ini akan disimpan di Kaunter Penerimaan JPF sebagai
rekod.
5.8 Jika spesimen yang dihantar menepati syarat-syarat di atas, maka FSO/MA /MLT
petugas di kaunter akan mencatatkan bilangan dan jenis
spesimen/jenis ujian diminta ke dalam Buku Penerimaan Spesimen
Medikolegal dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA di JPF HTAA.
Penghantar spesimen akan menandatangani dalam buku tersebut
sebagai bukti bahawa spesimen tersebut telah diterima oleh JPF.
5.9 FSO/MA/MLT yang bertugas akan menjalankan materai di Kaunter FSO/MA /MLT
Penerimaan. Spesimen medikolegal yang diterima tersebut akan
dimasukkan ke dalam beg plastik ‘Biohazard’ lalu dimasukkan ke
dalam sampul surat yang sepadan saiznya.
5.10 Sampul surat ini akan digamkan. FSO/MA /MLT
5.11 Bahagian belakang kedua-dua hujung sampul surat dikehendaki FSO/MA /MLT
dilekatkan dengan label pelekat “KKM”
5.12 Bahagian depan sampul surat pula perlu dilabel dengan maklumat FSO/MA /MLT
berikut:
a. Nama
b. Nombor kad pengenalan/passport
c. Nombor Daftar Hospital (R/N)
d. Nombor laporan polis
e. Jenis spesimen/jenis ujian yang diminta
f. Tarikh dan masa spesimen diambil
5.13 Selepas itu spesimen itu akan dihantar ke dalam Bilik Penyimpanan FSO/MA /MLT
Bahan Bukti (Evidence Storage Room) di dalam JPF.
5.14 Bilik Penyimpanan Bahan Bukti merupakan bilik yang sentiasa perlu FSO/MA
dikunci dan suhu bilik perlu dikekalkan dalam lingkungan 25 oC. Kunci /MLT/PPK
ini hanya akan dipegang oleh FSO yang bertugas dan kunci pendua
akan disimpan oleh ketua jabatan. Kunci ini adalah tidak dibenarkan
dikeluarkan dari kawasan JPF. Setiap kali MA/MLT/PPK yang bertugas
ingin menyimpan spesimen ke dalam bilik ini perlulah meminta kunci
daripada FSO yang bertugas.
5.15 Di dalam Bilik Penyimpanan Bahan Bukti, kesemua spesimen akan FSO/MA /MLT

34
disimpan mengikut jenis spesimen, iaitu darah, air kencing, cucian
perut/muntah, dan kad FTA.
5.16 JPF akan menghantar kesemua spesimen ini seminggu sekali ke JKM FSO/MA /MLT
Kuantan, iaitu pada petang setiap hari Jumaat (atau hari kerja yang
terakhir pada minggu itu).
5.17 Sebelum penghantaran, FSO/MA/MLT yang bertugas akan mengira FSO/MA /MLT
dan mencatatkan jenis dan bilangan spesimen yang bakal dihantar ke
JKM Kuantan ke dalam Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal
HTAA ke JKM Kuantan.
5.18 Selepas itu, kesemua spesimen ini akan dimasukkan ke dalam FSO/MA /MLT
specimen carrier box.
5.19 Setiap kali penghantaran sekurang-kurangnya seorang PPK yang FSO/MA
bertugas akan membantu FSO/MA/MLT yang bertugas untuk /MLT/PPK
menghantar spesimen tersebut ke JKM Kuantan.
5.20 Semasa penghantaran, FSO/MA/MLT yang bertugas mesti membawa FSO/MA /MLT
Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal HTAA ke JKM Kuantan
sekali.
5.21 Semasa di JKM Kuantan, kesemua spesimen dalam specimen carrier FSO/MA /MLT
box akan diserah kepada individu yang bertugas di JKM. Rekod
penerimaan JKM perlu dicatatkan ke dalam Buku Penyerahan
Spesimen Medikolegal dari JPF HTAA ke JKM Kuantan. Butiran yang
perlu direkodkan termasuklah:
 Nama Penerima
 Jenis spesimen dan bilangan spesimen diterima
 Masa dan tarikh penerimaan
 Tandatangan penerima
5.22 Selepas itu, Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal dari JPF HTAA FSO/MA /MLT
ke JKM Kuantan akan dibawa balik bersama specimen carrier box
untuk diletakkan semula ke dalam Bilik Penyimpanan Bahan Bukti.

Spesimen Yang Dikumpul Semasa Cuti Hujung Minggu dan Cuti Am


5.23 Untuk spesimen yang dikumpulkan semasa cuti hujung minggu dan FSO/MA /MLT
cuti am, jika tiada justifikasi menunjukkan keseriusan kes, wad-
wad/klinik-klinik akan menghantar spesimen apabila Kaunter
Penerimaan Spesimen JPF buka.

35
5.24 Akan tetapi, jika spesimen melibatkan kes yang urgent (atas justifikasi FSO/MA /MLT
pegawai perubatan), wad-wad/klinik-klinik perlu menghubungi MA yang
on-call lalu menghantar spesimen tersebut untuk dihantar ke Bilik
Cempaka (Klinikal Forensik) untuk proses pemateraian.
5.25 Selepas itu, MA yang on-call tersebut akan membawa spesimen yang MA
telah dimaterai ke Jabatan Perubatan Forensik untuk direkod ke dalam
Buku Penerimaan Spesimen Medikolegal dari Wad-Wad/Klinik-Klinik
HTAA lalu disimpan ke dalam Bilik Penyimpanan Bahan Bukti.

6. RUJUKAN Pengumpulan specimen


medikolegal di wad-wad/klinik-klinik
HTAA atas permintaan
6.1 Lampiran I: Buku Penerimaan Spesimen MOMedikolegal dari Wad-Wad/Klinik-Klinik
HTAA di JPF HTAA
6.2 Lampiran J: Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal dari JPF HTAA ke JKM
Kuantan
Pembalutan spesimen dengan pita.
6.3 Lampiran K: Buku Rekod Materai Spesimen Medikolegal Wad-Wad/Klinik-Klinik
HTAA
6.4 Lampiran L: Borang penolakan spesimen: HTAA-JPF-B004c
Penghantaran spesimen ke Kaunter
Penerimaan JPF

Pemeriksaan spesimen dan borang

Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA


TAJUK Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai
Perubatan sahaja) TIDAK
Memenuhi
NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-4
syarat-syarat

7. CARTA ALIRAN YA
Menolak spesimen
Dokumentasi dan pemateraian dengan mengisi
Borang Penolakan
Spesimen

Penyimpanan di
Bilik Penyimpanan Bahan Bukti

36
Penghantaran spesimen ke
JKM Kuantan
JABATAN PERUBATAN FORENSIK
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN
KUANTAN PAHANG

HTAA – JPF – SOP/001 - 5:

37
Pemprosesan
Spesimen Medikolegal Dari
Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA Oleh
Jabatan Perubatan Forensik HTAA
(Permintaan Pegawai Polis sahaja)

Ketua Jabatan Perubatan Forensik


Hospital Tengku Ampuan Afzan
Tarikh:

Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA


TAJUK Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai Polis
sahaja)
NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-5

1. POLISI

1.1 Spesimen medikolegal yang dikumpul di wad-wad/klinik-klinik HTAA oleh MO


terbahagi kepada dua kategori:

38
a. Spesimen medikolegal yang akan dihantar ke makmal JKM dan kebiasaan
melibatkan permintaan oleh pegawai perubatan hospital.
b. Spesimen medikolegal yang akan diserah semula kepada pihak polis dan ini
biasanya melibatkan kes polis yang urgent, berat dan dipohon oleh pihak polis
sendiri.
1.2 Kedua-dua kategori spesimen ini akan dibalut dengan pita di wad-wad/klinik-klinik
masing-masing.
1.3 Untuk spesimen kategori pertama, ianya akan dihantar ke Kuanter Penerimaan JPF
untuk pemateraian di Kaunter Penerimaan JPF lalu akan disimpan di JPF dihantar
ke makmal JKM Kuantan nanti
1.4 Untuk spesimen kategori kedua, ianya akan dimaterai di Bilik Cempaka (Klinikal
Forensik) lalu diserah balik kepada pihak polis.
1.5 Spesimen medikolegal kategori pertama akan disimpan di dalam Bilik Penyimpanan
Bahan Bukti (Evidence Storage Room) yang berkunci di mana hanya FSO yang
bertugas boleh memegang kunci tersebut dan kunci pendua disimpan oleh ketua
jabatan. Kunci bilik ini adalah tidak dibenarkan dikeluarkan daripada kawasan JPF.
1.6 Keseluruhan proses ini semestinya didokumentasikan untuk tujuan memelihara
rantaian bahan bukti dan memastikan kesahihan spesimen medikolegal tersebut.
1.7 Polisi ini tercapai setelah mendapat persetujuan Pengarah HTAA.

Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA


TAJUK Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai Polis
sahaja)
NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-5

2. OBJEKTIF

Dokumen ini bertujuan untuk menyatakan prosedur kerja dan peraturan yang dipraktiskan
oleh JPF HTAA dalam memproses spesimen medikolegal dari wad-wad/klinik-klinik

39
HTAA yang diminta oleh pihak polis atau kes polis yang berat dan urgent. Selain itu,
dokumen ini juga bertujuan untuk menyatakan tugasan kesemua kakitangan JPF dalam
menjalankan tanggungjawab pemprosesan spesimen medikolegal dari wad-wad/klinik-
klinik HTAA yang diminta oleh pihak polis atau kes polis yang berat dan urgent.

3. SKOP

Dokumen ini akan merangkumi makluman berkenaan prosedur kerja, peraturan dan
syarat penerimaan, pemprosesan dan penghantaran spesimen medikolegal oleh JPF
HTAA

4. KEPERLUAN

4.1 Dokumen
a. Buku Penyerahan Spesimen Medikolegal HTAA ke JKM Kuantan
b. Buku Rekod Materai Spesimen Medikolegal Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA
c. Borang penolakan spesimen: HTAA-JPF-B004c

4.2 Keperluan Ruangan


a. Bilik Cempaka (Klinikal Forensik)

4.3 Alatan
a. Pita pelekat
b. Label Pelekat “KKM”
c. Sampul surat
d. Gam
Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA
TAJUK Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai Polis
sahaja)
NOMBOR HTAA-JPF-SOP/001-5

e. Pen
f. Beg plastik ‘Biohazard’

5. PROSEDUR

40
Tanggungjawab/
Cara Kerja
Petugas
5.1 Jika spesimen medikolegal yang dikumpul dari wad-wad/klinik-klinik FSO/MA /MLT
HTAA adalah kes polis yang urgent dan berat di mana pihak polis akan
mengambil spesimen tersebut tanpa memerlukan bantuan JPF HTAA
untuk penghantaran ke JKM, maka JPF HTAA hanya akan
bertanggungjawab dalam proses pemeriksaan dan proses materai
spesimen sahaja.
5.2 Spesimen ini akan dimaterai di Bilik Cempaka (Klinikal Forensik). MA
5.3 Sebelum spesimen dihantar ke Bilik Cempaka, wad-wad-klinik-klinik MA
berkenaan dikehendaki untuk menghubungi MA JPF yang on-call.
5.4 Apabila spesimen dihantar ke Bilik Cempaka, MA yang on-call akan MA
akan memeriksa spesimen medikolegal ini dari aspek berikut:
 Materai tahap pertama yang betul
 Label yang betul
 Borang yang betul dan lengkap diisi
 Spesimen yang betul dan cukup
 Spesimen yang tidak rosak
 Bekas yang betul dan tidak bocor
5.5 Jika spesimen yang dihantar gagal menepati syarat-syarat ini, MA yang MA
on-call akan menasihati supaya kesilapan dibetulkan sebelum
pemateraian tahap kedua dan penyerahan kepada pihak polis.
5.6 Jika spesimen yang diterima menepati syarat-syarat di atas ini, maka MA
MA yang on-call akan menjalankan materai tahap kedua. Spesimen
medikolegal yang diterima tersebut akan dimasukkan ke dalam beg
plastik ‘Biohazard’ lalu dimasukkan ke dalam sampul surat yang
sepadan saiznya.
5.7 Sampul surat ini akan digamkan. MA
5.8 Bahagian belakang kedua-dua hujung sampul surat dikehendaki MA
dilekatkan dengan label pelekat “KKM”
5.9 Bahagian depan sampul surat pula perlu dilabel dengan maklumat MA
berikut:
a. Nama
b. Nombor kad pengenalan/passport

41
c. Nombor Daftar Hospital (R/N)
d. Nombor laporan polis
e. Jenis spesimen/jenis ujian yang diminta
f. Tarikh dan masa spesimen diambil
5.10 Spesimen yang dimaterai akan direkod ke dalam Buku Rekod Materai MA
Spesimen Medikolegal Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA. Butiran yang perlu
dicatatkan adalah seperti berikut:
 Nama
 Nombor kad pengenalan/pasport
 Nombor Daftar Hospital
 Nombor Laporan Polis
 Pengumpulan
Bilangan dan jenis spesimen/jenis ujianspesimen
diminta
medikolegal di wad-wad/klinik-klinik
 Nama dan tandatangan
HTAA MA yang
atas mejalankan
permintaan materai
pihak polis
5.11 Selepas selesai materai dan rekod, maka spesimen yang telah siap MA
dimaterai akan diserah kepada pihak polis. Pegawai polis yang
menerima spesimen medikolegal ini perlu mencatatkan nama, nombor
ID, pangkat, masa dan tarikh penerimaan
Pembalutan serta pita.
spesimen dengan tandatangannya
sebagai bukti bahawa spesimen yang dihantar telah dimaterai dan
diserah kepada pihak polis.

Panggilan MA JPF yang on-call untuk


membuat persediaan
6. RUJUKAN

6.1 Lampiran K: Buku Rekod Materai Spesimen Medikolegal Wad-Wad/Klinik-Klinik


Penghantaran spesimen ke Bilik Cempaka
HTAA

Pemeriksaan spesimen
Pemprosesan Spesimen Medikolegal Dari Wad-Wad/Klinik-Klinik HTAA
TAJUK Oleh Jabatan Perubatan Forensik HTAA (Permintaan Pegawai Polis
sahaja)
TIDAK
NOMBOR Memenuhi
HTAA-JPF-SOP/001-5
syarat-syarat

7. CARTA ALIRAN YA Menolak


spesimen untuk
memperbetulkan
Dokumentasi dan pemateraian kesilapan untuk
dihantar balik ke
Bilik Cempaka
42

Penyerahan semula kepada pihak polis


43

You might also like