You are on page 1of 2

PENGHARGAAN

Saya telah menjalani Latihan Industri saya bertempat di Jabatan Kerja Raya ( JKR )
bermula dari tarikh 12 Januari 2009 dan tamat latihan pada 12 Jun 2009 iaitu selama 22 minggu.

Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di JKR, saya didedahkan kepada alam pekerjaan yang
sebenarnya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi selama saya berada
di JKR. Jikalau di Politeknik Kota Kinabalu, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan
dalam bentuk teori sahaja tetapi di JKR ianya lebih kepada bentuk praktikal di mana saya dapat
mempraktikan segala pengetahuan yang saya ada.

Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan saya kepada pihak JKR Papar di atas kesudian mereka memberikan peluang kepada
saya untuk menjalani Latihan Industri di JKR Papar.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Juruteknik N17 En.Boniface Roman
sebagai penyelia saya selama 22 minggu saya d JKR Papar kerana banyak memberikan tunjuk
ajar serta dorongan kepada saya dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tunjuk ajar, nasihat dan
kata-kata peransang daripada beliau tidak mungkin akan saya lupakan.

Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan di JKR Papar
atas segala tunjuk ajar mereka selama ini. Melalui tunjuk ajar dan kerjasama daripada mereka,
saya dapat mengetahui tentang selok-belok pengurusan di JKR Papar. Walaupun mereka sibuk
dengan pekerjaan masing-masing, tetapi mereka tidak lupa akan kehadiran saya di situ dan
bersedia memberikan tunjuk ajar dan bantuan sekiranya saya mempunyai masalah.

Ucapan terima kasih juga ditujukan buat keluarga saya di atas sokongan dan dorongan yang
mereka berikan semasa saya menjalani Latihan Industri. Saya juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada para pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu di atas tunjuk ajar dan panduan yang
diberikan oleh mereka dalam menyediakan Buku Laporan Industri ini. Tanpa kerjasama dan
sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri
saya ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan
buku laporan saya ini.

Sekian, terima kasih.

You might also like