P. 1
Latar Belakang Kajian

Latar Belakang Kajian

|Views: 479|Likes:
Published by one_owen87

More info:

Published by: one_owen87 on Dec 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/13/2013

pdf

text

original

Latar Belakang Kajian Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah

Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan berkesan (Roselan Baki, 2003). Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata -mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan. Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001). Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian bagi menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid. Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan kandungan, pengatahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) ialah supaya murid dapat menggunakan BM secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Selain itu, dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga perlu mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menggunakan strategi berpusatkan murid. Kementerian Pelajaran berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif seperti

kemahiran komunikasi. Oleh itu. Dalam hal ini. ahli kumpulan akan menghadapi kesukaran dalam melaksanakan aktiviti kumpulan. salah satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). Setiap ahli kumpulan mesti sedar bahawa mereka mempunyai kaitan dengan orang lain dan usaha untuk melakukan sesuatu tidak akan berjaya jika usaha tidak dilakukan bersama. Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif Terdapat 5 elemen yang perlu dipegang dalam KPK (Johnson dan Johnson. . keturunan. Kemahiran sosial penting kerana tanpa kemahiran sosial. Dalam elemen ini. 2005). Semangat kerjasama. 1995). berinteraksi dan menyeronokkan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad. Setiap kumpulan bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan mesti mempunyai kesedaran untuk bekerjasama dan meyumbang tenaga untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan sempurna. membuat kerja bersama dan menunjukkan kesungguhan untuk berkongsi maklumat dan berbincang dalam melaksanakan dan menyempurnakan tugasan dan mencapai matlamat kumpulan. tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. saling percaya. kemahiran sosial perlu diberi penekanan yang berfungsi secara berkesan dalam kumpulan. lebih memahami. Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial. 1994). strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. ahli-ahli kumpulan sedar mereka tenggelam bersama-sama. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri. Setiap ahli kumpulan harus sedar mereka saling bergantung dalam melaksanakan beban tugas. 2003). 1982). 2003). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin. Rasa tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan antara ahli kumpulan juga terkandung dalam elemen KPK. dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin dalam proses pengajaran (Roselan Baki. Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa kemahiran seperti lebih berfikir. Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri. 1989). Sehubungan itu. guru harus melakukan penerapan nilai murni. Selain itu. Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. yakin dan seronok untuk belajar (Johnson & Johnson. Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan dengan warna kulit. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Prinsip yang terakhir ialah pemprosesan kumpulan. Teknik pengajaran guru juga mestilah sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan. kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. interaksi bersemuka merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam KPK. Antaranya ialah ahliahli saling bergantung secara positif. berkeyakinan. agama. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya terhadap pencapaian iaitu yakin diri. setiap ahli perlu berkomunikasi secara bersemuka. Setiap orang dalam kumpulan harus belajar dan terlibat secara aktif untuk membantu kumpulannya berjaya (Jacobs. membuat keputusan dan sebagainya. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif. dan pemprosesan kumpulan. tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham. kemahiran koperatif. saling berinteraksi secara bersemuka. jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin Tahir. Antara kemahiran sos ial yang harus ditekankan kepada ahli kumpulan ialah aspek kepimpinan.yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang dipelbagaikan dari segi pendekatan. lebih mengingati.

Setelah dapat bekerjasama dalam kumpulan mereka juga akan saling menerima dan bertukar-tukar idea antara satu sama lain. Apabila yang cerdas berada dalam kumpulan yang kurang cerdas. bertolak-ansur berperikemanusiaan. Dengan cara demikian. sanggup berkorban sepakat dan beri isiatif. kerjasama dalam kumpulan sangat diperlukan supaya setiap individu dapat mencapai apa yang dihasratka dan n dapat memperoleh manfaat bersama (Kagan. bekerjasama. Implikasi Pembelajaran Koperatif terhadap Kemahiran Menulis Kajian-kajian yang dilakukan telah menunjukkan keberkesanan pembelajaran koperatif dari segi pencapaian akademik di samping meningkatkan proses sosialilasi murid. Pembelajaran koperatif yang menggunakan kerjasama dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai kebolehan membolehkan pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan bagi menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Melalui kaedah pembelajaran koperatif ini. kaedah pembelajaran koperatif memupuk nilai-nilai murni seperti kejujuran. 2008) menunjukkan pembelajaran koperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. 1957.Zubaedi. Sehubungan itu. Setiap ahli harus saling bantu-membantu. 1976. mereka perlu menguatkan nada suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Zakaria Kassim (2003) bersetuju bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat mengendalikan pelajar melaksanakan tugas-tugas secara bersemuka. Madden dan slavin. Dalam hal ini. 1983. Kumpulan pembelajaran berkoperatif boleh terdiri daripada tiga orang atau lebih dalam satu-satu kumpulan. Berdasarkan domain kognitif pula. Sharon & Slavin (1989) dalam Zakaria Kassim (2003) menyatakan pembelajaran koperatif meninggalkan pelbagai kesan yang dapat dikenal pasti seperti lebih bekerjasama. Terjemahan Nurulita. Seterusnya pelajar berasakan diri mereka diterima dan dihargai oleh rakan-rakan. 1949. Kajian yang dijalankan menunjukkan murid yang belajar secara koperatif lebih bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain berbanding kaedah pembelajaran secara individu. Thomas. Dalam hal ini. saling menghormati. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar. 1994). Secara tidak langsung. Berdasarkan domain afektif. Sehubungan itu. kajian oleh beberapa tokoh pengkaji (Deuttsh. 1994). bertanggungjawab. Hulten dan De Vries. membuat keputusan bersama dan berusaha membuat pembaikan dalam tugasan. semua kaedah belajar bersama menekankan tanggungjawab setiap ahli dalam kumpulan dengan tidak mengambil kira pencapaian akademik. Johnson and Johnson (1994) dalam Mahzan Arshad (2003) menjelaskan bahawa belaj r a secara berkoperatif memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti sosial dalam bilik darjah dengan aktif. namun ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza dalam . murid berpeluang meneguhkan domain kognitif dan domain efektif. Kaedah pembelajaran koperatif juga mendorong pelajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya secara harmoni. Slavin. guru dan murid harus berupaya membuat refleksi sejauhmana P&P telah berjaya (Kagan. Perhubungan dengan individu akan mewujudkan persahabatan tanpa mengira kaum dan kedudukan. n Pelaksanaan tugas secara berkoperatif dapat menumpukan pelakuan dan keyakinan diri murid. Robert E. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. D. saling meningkatkan harga diri dan menyayangi sekolah. Harga kendiri mereka akan meningkat dan secara tidak langsung mereka akan lebih menyanyangi sekolah dan berminat untuk belajar.Tugasan perlu dilakukan secara muafakat dan keputusan yang dibuat adalah hasil persetujuan bersama.

Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif menyumbang kepada peningkatan pelajar jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran secara tradisonal. Perkembangan koperatif tidak hanya berperanan meningkatkan prestasi akademik sahaja. Sehubungan dengan itu. Justeru. kemahiran interpersonal dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesaikan masalah bersama-sama. kerjasama dan saling bantu membantu amat penting memandangkan kaedah pembelajaran yang menekankan persaingan. saling bergantung antara satu sama lain. menanam nilai-nilai positif hidup bermasyarakat selain membantu perkembangan emosi dan mental pelajar (Robert E. Oleh itu. Untuk tujuan ini. KPK boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk membina peribadi insan mulia. guru perlu menunujukkan hubungan yang mesra dan bermakna kepada setiap kumpulan dan membantu menghubungkan apa yang telah dipelajari dalam konteks yang lebih luas berkaitan mata pelaran yang diajarkan. Slavin. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dirancang oleh guru kerana mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan imej kumpulan masing-masing. Hal ini bermakna dalam pembelajaran koperatif. Dengan cara ini guru dapat mempelbagaikan corak . Jika dijalankan dengan sempurna. pelajar-pelajar dapat berkongsi kekuatan dan membaiki kelemahan masing-masing. guru perlu merancang dan menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teliti. Guru juga perlu memberi bantuan kepada setiap kumpulan yang memerlukan bantuan. Sikap dan perlakuan mereka didapati mengalami perubahan menerusi pembelajaran koperatif. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi. Implikasi Terhadap Guru Dalam pembelajaran koperatif. yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik. jelaslah bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran secara koperatif mendatangkan kesan yang positif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas rawatan.satu kumpulan (Robert E. Tanggungjawab menyelesaikan tugasan merupakan kaedah yang amat baik untuk memberi peluang kepada pelajar memenuhi keperluan sosial mereka. 1998). 2008). beliau bersutuju bahawa KPK juga mendorong pelajar meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran. Slavin. malah harus dilihat dalam aspek yang lebih luas iaitu pembentukan sahsiah generasi akan datang. Selain itu. pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran koperatif juga sesuai digunakan dalam apa jua mata pelajaran yang hendak diajarkan kepada pelajar. Semangat perpaduan. Rumusan Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan. Melalui penempatan ke dalam kumpulan dan memberi tugasan kepada mereka menyebabkan mereka perlu bekerjasama. kumpulan murid yang diajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif mencatat pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang diajar melalui kaedah tradisional (Cheah dan Poon. bukan sekadar menghafal sesuatu topik. 2008). Dengan menggunakan kaedah kumpulan kecil. menjelaskan atau menerangkan perkara yang menjadi kekeliruan setiap murid. pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu. Selain itu. Permuafakatan ini akan membantu dan menggalakkan pembelajaran yang aktif. guru berperanan sebagai ·supervisor· untuk menggalakkan aktiviti pembelajaran. Murid lebih cenderung dan berminat belajar sambil bertukartukar pendapat atau berinteraksi dengan rakan. setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk menguasai sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain.

Keberanian dalam mengemukakan pendapat dan kebolehan mengawal emosi merupakan aspek yang penting bagi melahirkan murid yang berwibawa. Keseluruhan aktiviti membolehkan mereka bergerak. terutamanya bagi aktiviti pengumpulan dan penyaringan maklumat. Dalam KPK ini. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar sekolah menengah. dan mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini juga dapat memdorong murid untuk matang dalam berfikir kerana proses pemerolehan maklumat yang relevan. murid dapat berfikir dengan matang yang boleh membantu penghasilan penulisan karangan yang baik. Rumusan Kajian Sebagai rumusannya. teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun. Dari segi masa. Perlis. Bagi murid yang kurang mampu dalam kemahiran berfikir. proses pembelajaran menggunakan teknik ini memerlukan masa yang lebih panjang. Penyaringan maklumat memerlukan ketelitian agar hasil yang diperoleh tepat dan relevan. sekali gus dapat menyemaikan sikap tanggungjawab antara ahli kumpulan. menghurai. Sekiranya aktiviti ini berterusan. menjana supaya lebih mantap dan bernas. murid yang cerdas dapat membantu murid yang lemah sama ada secara langsung atau idak langsung. Keadaan ini beleh mengganggu pembelajaran sekiranya tidak dikawal dengan baik oleh guru. Perkongsian maklumat ini dapat membantu mereka menghasilkan karangan yang lebih baik. Mereka dapat memberikan pendapat dan mendengar komen daripada kumpulan yang lain. Namun demikian. di daerah Kangar. tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap tanpa mengira perbezaan yang wujud sesama mereka. Sikap ini akan dapat memupuk sikap rasional dalam diri mereka. Kaedah yang digunakan adalah kaedah eksperimen yang memakan masa selama hampir sebulan. Murid-murid berpencapaian sederhana dijadikan sampel kajian ini. guru pelu sentiasa membimbing murid untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang lebih positif. dalam kajiannya tentang keberkesanan teknik pembelajaran koperatif dalam penulisan karangan BM pelajar tingkatan dua. Pelajar didapati bekerjasama. Pembelajaran koperatif juga boleh membina kemahiran menulis yang berkualiti tinggi di samping mengatasi masalah kesantunan mengembang. . Walau bagaimanapun.interaksi (murid dengan guru dan sebaliknya) dalam proses pengajara dan pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti ini juga melatih murid untuk mendengar arahan dengan teliti dan seterusnya melaksanakan arahan dengan cepat dan tepat. Kekuatannya teknik ini dapat memotivasikan serta dapat memberikan keseronokkan kepada murid pada masa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Perbincangan dapatan kajian ini selaras dengan kajian Masitah Zainuddin (2005). penyaringan maklumat dan penghasilan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan yang memerlukan penjanaan fikiran. teknik Putaran Giliran dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam penulisan karangan. dapatan kajian ini membuktikan keberkesanan KPK dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan fakta dan karangan naratif murid tingkatan dua bukan Melayu. penggunaan teknik ini juga ada kelemahannya. teknik Putaran Giliran boleh menyebabkan kelas menjadi bising. Justeru.guru perlu mentadbir kelas dengan baik dan mengatur serta memastikan pembelajaran berlaku setiap masa. dan berfikiran positif. Dalam proses pengajaran karangan. Hasil kajian mendapati bahawa pembelajaran koperatif berjaya meningkatkan penulisan dalam karangan setelah sesi rawatan dijalankan.

Ini adalah disebabkan penulisan karangan merupakan satu pakej PKP yang tidak boleh diasing-asingkan. pengkaji perlu menggunakan masa kajian yang lebih lama supaya lebih banyak masa dapat diberikan untuk proses rawatan dengan menggunakan KPK. malah dalam semua bentuk pembelajaran. untuk melihat keberkesanan KPK ini. Kesimpulan Kajian ini telah berusaha untuk melihat sejauhmana keberkesanan KPK dalam penulisan Bahasa Malaysia. tanggungjawab pelajar dalam pembelajaran. dapat disimpulkan bahawa sebagai sebuah kajian kecil mempunyai kelemahan yang tersendiri. Selain itu.lisan karangan yang me Hasil karangan sebahagian murid yang kurang memuaskan adalah berpunca daripada j rak jarak masa a yang terlalu lama antara aktiviti prapenulisan dengan penulisan karangan. banyak perkara yang perlu diberikan perhatian khususnya komitmen yang tinggi daripada pihak guru agar penggunaan teknik ini . Guru-guru hendaklah berusaha untuk menggunakan KPK dalam pengajaran karangan dengan memperbanyakkan aktiviti kumpulan belajar bersama supaya murid dapat berbincang dan berkongsi masalah dalam penulisan karangan. Oleh itu. khasnya guru bahasa Malaysia untuk membuat refleksi tentang kaedah pengajaran yang mereka amalkan dalam bilik darjah. KPK merupakan teknik yang bukan sahaja boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan. Sewaktu teknik ini dilaksanakan. Aliran idea terhenti dan mewujudkan keinginan yang berlainan pada masa murid menulis. Kajian-kajian yang terdahulu telah berjaya membuktikan KPK dari segi keberkesannya untuk meningkatkan pencapaian akademik murid di samping meningkatkan motivasi. Justeru. Kepelbagaian jenis karangan juga perlu diuji dan diajar dengan KPK supaya dapat ditentukan sama ada kaeadah ini sesuai dilaksanakan dalam semua jenis pengajaran karangan. dicadangkan agar masa untuk pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan yang menggunakan teknik ini dipanjangkan sehingga murid selesai menulis karangan. Waktu satu jam biasanya diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia tidak sesuai untuk pengajaran kemahiran menulis karangan menggunakan teknik pembelajaran koperatif. Walau bagaimanapun. Sehubungan itu. iaitu masa untuk aktiviti yang menggunakan kedua-dua teknik ini dalam prapenulisan diteruskan hingga terhasilnya karangan tanpa terikat dengan waktu satu jam yang ditetapkan. Teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat telah mampu menyediakan minda murid untuk menulis karangan. dicadangkan agar percubaan lain dibuat pada masa akan datang. beberapa peruntukan cadangan dikemukakan. sama ada dalam lisan mahupun tulisan. kesediaan terganggu oleh sebab had masa yang ditetapkan.Cadangan Kajian Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan KPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberikan kesan positif dalam meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam penulisan karangan fakta dan karangan naratif.Guru juga perlu sentiasa membaiki kesilapan bahasa murid dalam semua aspek. Dapatan ini diharap dapat membuka minda para pendidik. Antara cadangannya ialah pengkaji perlu menggunakan jumlah sampel yang mewakili sekolah berpencapaian baik untuk melihat sejahmana keberkesanan KPK terhadap murid cemerlang. Semakan yang teliti terhadap penulisan murid perlu diadakan dari semasa ke semasa agar mempertingkatkan lagi penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid. guru berpeluang untuk memantau penggunaan bahasa murid. kerjasama. Hal ini bertujuan untuk memastikan sama ada pencapaian murid boleh berubah dengan cara ini ataupun tidak. Namun demikian. Cadangan Kajian Lanjutan Kepada pengkaji-pengkaji pula.

Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip. Keberkesanan pembelajaran koperatif dalam meningkatkan penulisan bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 4 luar bandar. menaakul secara matematik. Aziz Abd. Ini adalah disebabkan terdapat di kalangan pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang berbeza -beza diantara satu sama lain.1 Konsep Pembelajaran Koperatif Secara umumnya pembelajaran ko peratif merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kumpulan -kumpulan kecil pelajar bagi memberi peluang pelajar berinteraksi sesama mereka di dalam proses pembelajaran. Bhd. Universiti Malaya. Slavin (1990) berpendapat rasional disebalik pembelajaran koperatif adalah pelajar akan bersedia membantu rakan sekumpulan sekiranya mereka ingin kumpulan mereka berjaya. Antaranya ialah Student Team -Achievement Division ( STAD ). menanamkan rasa yakin terhadap kebolehan sendiri dalam matematik dan membolehkan . Teams Assisted Individualization ( TAI ) dan Jigsaw II. Namun begitu. Selain daripada itu. Disini pengkaji akan memilih untuk menggunakan strategi pembelajaran Student Team-Achievement Division ( STAD ). Talib (2000). kaedah dan teknik. Ahmad Zaini Yaacob (2000). Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa kini adalah berpusatkan guru dan latih tubi secara ind ividu. Terdapat beberapa bentuk strategi pembelajaran kumpulan koperatif dicadangkan. memperbaiki suasana pembelajaran dan meningkatkan hubungan sosial antara pelajar. Teams-Games-Tournament ( TGT ) .dapat memberikan hasil yang optimum. rakan sebaya dikatakan berupaya menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar semasa menerangkan konsep yang sukar. meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah. untuk mencapai matlamat pembelajaran iaitu menghargai matematik. Abd. Menurut Johnson & Johnson (1990). Kajian mendapati pendekatan kop eratif berkesan dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. 2. tidak semua pelajar dapat mengikuti pendekatan tersebut dengan baik. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang Tidak Diterbitkan Fakulti Pendidikan. Maka adalah malang bagi p elajar lemah untuk bersaing dengan pelajar bijak dalam satu masa dan dalam satu kelas yang sama bagi mempelajari sesuatu topik matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn.

penyelesaian masalah matematik.2 Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza-beza. salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap pelajar terhadap matematik di sebuah sekolah di negeri Sarawak. Lyman & Foyle. 2000). Meriam Ismail (1997) telah mengkaji kesan strategi Team -Games-Tournament. 1994). 2. Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen. Kajian quasi -experimental ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas pendedahan terhadap pembelajaran koperatif. guru harus berali h daripada kaedah tradisional kepada penggunaan bahan pembelajaran individu berasaskan pendekatan koperatif. Beliau menyatakan dalam fokus ini pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan ³satu kumpulan´ dalam memperkenalkan k eperluan . Slavin (1995) pula menegaskan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan pendekatan yang berstruktur dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata pelajaran. Jigsaw oleh Aronson dan rakan-rakan di University of Texas. Menurut Slavin (1995). Diantara teknik-teknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together ) oleh Johnson dan rakan -rakan di University of Minnesota. Pengkaji menganggap kedua -dua ini boleh dijadikan penunjuk tentang sikap pelajar terhadap penggunaan strategi Team -Games-Tournament dalam pengajaran matematik. pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap diperolehi tetapi kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik dan kehadiran pelajar ke kelas. Pembelajaran Pasukan Pelajar ( Student Team Learning) oleh Slavin dan rakan -rakan di Johns Hopkins University. 1991). Penyiasatan Kumpulan ( Group Investigation ) oleh Sharan dan rakan -rakan di Tel Aviv University. Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus (Johnson & Johnson.

3 RINGKASAN Kesimpulannya. berkongsi idea. telah banyak kajian kes dijalankan oleh para pengkaji dan kajian tersebut menunjukkan wujudnya kesan yang positif terhadap pelajar dari segi sikap. mendengar penjelasan pelajar yang lain dan mencari cara baru bagi menyele saikan masalah matematik bersama. mereka belajar untuk saling memberi dan menerima bantuan. minat. keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran matematik dengan lebih mendalam dan peningkatan pencapaian dalam kemahiran penyelesaian masalah dan aktiviti metakognitif. Pada masa pelajar bekerja bersama -sama. .saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. 2.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->