You are on page 1of 3

Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.
Begitulah indahnya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan “Bahasa Kebangsaan Nadi
Perpaduan”.

Yang mulia tuan pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi berkarisma, dif-dif kehormat dan
warga dewan yang saya muliakan, salam mesra dan salam perpaduan. Bahasa Kebangsaan
Nadi Perpaduan secara keseluruhannya membawa maksud bahasa merupakan elemen
penting yang menjadi tunjang kepada perpaduan rakyat di negara kita.

Hadirin yang saya kasihi,

Faktor utama yang menjadi teras kepada terbinanya perpaduan hari ini ialah bahasa yang
digunakan bersama. Hal yang demikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa bahasa
Melayu telah menjadi bahasa komunikasi semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka
sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh itu, nyatalah bahasa
Melayu menjadi komponen penting perpaduan yang membawa kepada kemerdekaan.

Hadirin yang budiman,

Perkara 152 Perlembagaan Negara ada mengkanunkan bahawa bahasa kebangsaan ialah
Bahasa Melayu. Ini membuktikan sejak dahulu pemimpin pelbagai kaum telah sepakat perlu
adanya satu bahasa yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat. Hubungan yang intim
akan terjalin apabila semua rakyat berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan satu
bahasa. Kita bukan sahaja berkongsi negara, malahan kita sanggup berkongsi bahasa atas
nama perpaduan bak kata pepatah “ Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”

Hadirin sekalian,

Malaysia telah membuka mata dunia apabila rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama
dapat bersatu dan hidup aman damai di bawah satu Jalur Gemilang. Cuba fikir sejenak,
mampukah negara kita menikmati kemajuan dan kemakmuran tanpa bahasa? Tentunya tidak,
hadirin sekalian. Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan negara akan menemui
kehancuran. Justeru, perpaduan antara kaum amat penting untuk menjamin kemajuan dan
kestabilan serta kesejahteraan rakyat. Oleh itu, bahasa bukan sahaja pemangkin untuk
mengintegrasikan warga negara kita, malahan merupakan aset penting untuk menjana
kemajuan dan kestabilan yang berterusan.

Sidang hadirin, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita tunggu?
Mari, marilah kita bersatu dengan satu bahasa demi keutuhan negara tercinta.

Sekian, terima kasih.


Satu Bangsa Satu Negara

KATA disusun indah bahasa, Bibir tersenyum manis bicara, Satu bangsa satu negara,
Lambang perpaduan rakyat Malaysia. Terima kasih pengacara majlis, panel hakim yang
sentiasa menegakkan keadilan, para tetamu yang budiman, seterusnya hadirin yang
dihormati.

Apakah yang dimaksudkan Satu Bangsa Satu Negara? Satu bermakna tunggal, bangsa pula
dimaksudkan sebagai ras atau keturunan dan negara pula adalah suatu lingkungan kawasan
yang berdaulat dan bersempadan. Justeru, frasa Satu Bangsa Satu Negara dapatlah
disimpulkan sebagai sebuah negara yang hanya mempunyai satu bangsa sahaja.

Negara kita Malaysia sedang menuju ke arah negara maju sebagaimana digariskan oleh
pucuk pimpinan negara. Pada tahun 2020, Malaysia akan muncul berdiri sama tegak dan
duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Antara elemen utama mencapai cita-cita
tersebut ialah perpaduan di antara bangsa yang terdapat di Malaysia. Justeru, pemimpin kita
ingin mewujudkan konsep satu bangsa satu negara.

Sidang hadirin sekalian,

Konsep satu bangsa satu negara bermakna semua bangsa yang terdapat di negara ini hanya
dikenali sebagai bangsa Malaysia. Tanpa mengubah anutan atau kepercayaan, bangsa
Malaysia diharapkan menjadi lambang kepada negara Malaysia yang bersatu. Apabila ini
menjadi kenyataan diharapkan tiada lagi masalah perkauman yang timbul. Semua warga
Malaysia merasakan diri mereka sama tara di bumi bertuah ini. Lalu, jadilah kita bagai aur
dengan tebing bukanlah seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.
Anasir luar juga tidak boleh menimbulkan perasaan iri hati antara warga, kerana kita sudah
sehati sejiwa, seia sekata, perumpamaan ada berkata, bukit yang tinggi sama didaki, lurah
yang dalam sama dituruni. Keselamatan negara juga menjadi tanggungjawab bersama.
Sebagai satu bangsa yang bersatu tiada lagi yang terkecuali secara sengaja atau tidak, dalam
mempertahankan negara ini apabila diserang secara fizikal atau ekonomi. Sejarah telah
membuktikan bagaimana kita sebagai warganegara berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan
ketika negara dilanda kegawatan ekonomi suatu ketika dulu.Satu bangsa bukanlah bermakna
kita meninggalkan anutan dan kepercayaan masing-masing. Tetapi ianya hanya satu lambang
perpaduan sesama rakyat Malaysia. Senario ini sama dengan penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi negara kita.Sidang dewan yang dimuliakan, Bukanlah hanya di
Malaysia yang mengamalkan konsep satu bangsa satu negara. Bahkan, negara rantau Asia
yang lain seperti negara Thailand dan Indonesia turut mengamalkan konsep yang sama.
Percayalah hadirin sekalian tanpa tenaga dan fikiran, seluruh warga Malaysia tidak akan ke
mana-mana. Biar gelora membadai, biar mentari hangus membakar namun Satu Bangsa Satu
Negara tetap dipertahankan.
Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru,dan


rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini
ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.

Hadirin sekalian,

          Kata “membazir “bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang
terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita terlalu
boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya.
Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.

          Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu
pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu ,kita hendaklah
membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

          Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air dan
elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.

Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa
dicatu.

          Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini.
Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak
baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.

          Sekian,terima kasih.

You might also like