P. 1
HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML a Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

|Views: 4,783|Likes:
Published by aal_tahani

More info:

Published by: aal_tahani on Dec 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/22/2015

pdf

text

original

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

0 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
BIL 1 2 3 4 5 6 Biodata Kenyataan pengakuan Sekapur sirih Soalan tugasan Pengenalan Kesalahan-kesalahan Bahasa Dalam Penulisan Jenis Kesalahan dari aspek morfologi dan cadangan pembetulan bagi kesalahan 3.1 Kesalahan daripada aspek morfologi dan pembetulannya 3.1.1 Kesalahan Ejaan 3.12. Kesalahan Penggunaan Imbuhan (K1) 7 3.1.3 Kesalahan penggunaan sesuatu kata (makna tidak tepat mengikut konteks ayat) -K6 KANDUNGAN MUKA SURAT 2 3 4 5 6 8 9 10 11 11 13 15 15 16 18 19 20 22 23 24 25 26 27 28

3.1.4 Kesalahan penggunaan kata ganti diri – K2 3.1.5 Kesalahan Penggunaan Kata Ganda – K4 3.1.6 Kesalahan penggunaan kata sendi nama „di‟ dan „ke‟ – K5 8 Jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut 4.1 Aspek kesalahan Sintaksis. 4.1.1 Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (aktif) –A1 9 4.1.2 Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (pasif) – A2 4.1.3 Kesalahan Struktur Ayat Lain – A3 4.1.4 Kesalahan Tanda Baca – (A4) Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan 10 bagi kesalahan tersebut 5.1 Penggunaan Penanda Wacana 11 Kesimpulan 12 Bibliografi 13 Lampiran Karangan Penulis

1 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

NAMA

AMINUDIN BIN MAT LUDIN
MATRIK KAD

690101086925002

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

PENSYARAH PN NORMAH BT KAMARODZAN

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK
SEMESTER SEPTEMBER 2010

2 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
KENYATAAN PENGAKUAN Saya, AMINUDIN BIN MAT LUDIN Nombor Kad Pengenalan 690101-08-6925, pelajar kohort 4, SMP-OUM (Ambilan Khas Oktober 2007) membuat pengakuan bahawa segala tugasan untuk subjek HBML3203Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu adalah hasil kerja saya dan tiada perbuatan plagiat melainkan penyediaan asli hasil air tangan saya sendiri.

Adalah dimaklumkan bahawa saya; Item 1. Pernyataan Telah membuat rujukan dan bacaan luas tantang topik yang diambil daripada modul, bahan bercetak dan eletronik. 2. Tidak memplagiat atau meniru daripada mana-mana sumber atau pelajar lain. 3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan ini melainkan hanya menerangkan dan membantu kefahaman rakan-rakan berkaitan tugasan. 4. Mengikut prosedur tugasan dan mengahantar tugasan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. / / / Semakan /

Dengan yang demikian, saya faham bahawa jika terdapat apa-apa perkara di atas didapati tidak benar, maka pihak Pengurusan OUM berhak untuk mengambil apa-apa sahaja tindakan disiplin terhadapan salah laku tersebut.

3 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi menyelesaikan amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir dalam melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan semuanya itu. Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.Sejunjung kasih dan penghormatan kepada Pn NORMAH BT KAMARODZAN selaku tutor bagi kursus HBML3203S Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu tidak mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata semangat beliau telah membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan daripada keluarga dan sahabat yang sentiasa berada di samping untuk membantu saya.

Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

Terima kasih untuk semua. Ilmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan tersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran (Guru) memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru Mursyid’.

4 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
SOALAN TUGASAN

Untuk tugasan ini, anda dikehendaki menggunakan SEPULUH karangan yang pernah anda semak dalam kalangan pelajar-pelajar anda. Kaji kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dari aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana.

Berdasarkan data karangan tersebut, analisis perkara-perkara berikut: (a) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut. (b) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut. (c) Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut.

5 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1.0

Pengenalan Apa itu karangan ? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:677), karangan atau

penulisan boleh didefinasikan dengan pelbagai makna dan maksud, antaranya ialah ciptaan, gubahan, karya dan banyak lagi. Sementara itu menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985: 200), karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru.Dalam konteks pendidikan formal, menulis karangan ini secara tidak langsung

memberikan peluang kepada pelajar untuk menyatakan pendapat, idea, ulasan dan komen mereka tentang sesuatu tajuk atau isu yang telah diberikan oleh guru secara teratur dan betul penggunaan bahasanya dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan pengenalan, isi dan di akhiri dengan kesimpulan. Sementara itu mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005:1372), mendefinisikan

kesalahan sebagai perihal salah (perbuatan salah, kesilapan), Oleh yang demikian, kesalahan tatabahasa boleh ditakrifkan sebagai kesalahan atau kesilapan yang dilakukan sama ada secara bertulis atau lisan yang tidak mengikut peraturan nahu sesuatu nahasa itu. Ibrahim Ahmad (1989:612-614) mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku pada mana-mana peringkat pelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang pengajar lebih mudah mengukur kesalahan bahasa pelajarnya melalui hasil tulisan mereka. Kesalahan bahasa ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti peringkat ejaan dan tanda baca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata; peringkat sintaksis, iaitu kesalahan pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu tentang makna. Tambah beliau lagi, langkah mengenal pasti punca kesalahan ini adalah langkah pertama ke arah menyusun rancangan pemulihan. Daripada pengenalpastian punca kesalahan yang dilakukan, seseorang guru dapat menarik perhatian pelajar terhadap sebab musabab terjadinya kesalahan yang mereka lakukan.

6 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

2.0

Kesalahan-kesalahan bahasa dalam penulisan Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh murid-murid

sekolah rendah malah pelajar-pelajar sekolah menengah juga. Banyak kajian telah dilakukan tentang kesalahan bahasa ini terutamanya dalam aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana. Sehubungan itu, analisis kesalahan bahasa ini dilakukan dengan tujuan untuk mengesan dan mengenal pasti aspek-aspek bahasa yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar dalam penulisan supaya masalah-masalah ini dapat diatasi dengan segera. Menurut Mohd. Daud wujud kerana bin Mohd. Yusof (1990: 76) kesalahan-kesalahan tatabahasa dapat mengetahui rumus-rumus tatabahasa yang

pelajar-pelajar belum

dipelajarinya itu. Sementara Ibrahim Ahmad (1989:612-614) mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku pada mana-mana peringkat pelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang pengajar lebih mudah mengukur kesalahan bahasa pelajarnya melalui hasil tulisan mereka. Kesalahan bahasa ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti peringkat ejaan dan tanda baca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata; peringkat sintaksis, iaitu kesalahan pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu tentang makna.

Nik Safiah (1978), Asmah Haji Omar (1980), dan Arbak Othman (1981) juga mengatakan bahawa penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaanya yang baku dianggap

sebagai kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu digunakan di luar batas formal, misalnya penggunaan dialek-dialek Melayu.

7 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pada tugasan kali ini, saya dikehendaki menggunakan sepuluh karangan yang pernah saya semak dalam kalangan pelajar-pelajar saya dengan mengkaji kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dari aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana. Berdasarkan data karangan tersebut, saya dikehendaki menganalisis perkara-perkara berikut: (d) Jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut. (e) Jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut. (f) Penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut.

Analisa kesalahan-kesalahan pelajar dari aspek tatabahasa dan penguasaan penanda wacana ini dilakukan ke atas sepuluh respondan (sepuluh buah karangan) iaitu sepuluh orang pelajar Tahun Lima Mawar dari Sekolah Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U). Sekolah ini merupakan sebuah sekolah luar bandar yang yang terletak di Daerah Kuala Kangsar, Perak dan mempunyai jumlah pelajar sebanyak 71 orang murid

8 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3.0 Jenis-jenis

kesalahan

daripada

aspek

morfologi

dan

cadangan

pembetulan bagi kesalahan tersebut.

Definisi Morfologi

Morfologi mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Keempat (2005) ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuklah infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan. Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Sementara bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsinya. Dalam bidang morfologi, aspek kesalahan pelajar akan meliputi perkara-perkara yang berikut: dinilai dan diperbincangkan

i.

Jenis-jenis kata a) Kata tunggal / kata akar b) Kata terbitan c) Kata majmuk d) Kata ganda e) Akronim

ii.

Pembentukan kata a) Imbuhan b) Pemajmukan c) Gandaan d) Gabungan e) Ejaan

iii.

Penggolongan kata a) Kata nama b) Kata kerja c) Kata adjektif d) Kata Tugas

9 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3.1 Kesalahan daripada aspek morfologi dan pembetulannya Dalam aspek morfologi, jenis-jenis kesalahan yang kepada kesalahan dan kod seperti berikut: 1. Kesalahan imbuhan - (K1) 2. Kesalahan kata ganti diri - (K2) 3. Kesalahan ejaan - (K3) 4. Kesalahan kata ganda - (K4) 5. Kesalahan Penggunaan kata sendi nama - (K5) 6. Kesalahan penggunaan sesuatu kata (makna tidak tepat mengikut konteks ayat) (K6) akan dianalisa dibataskan hanya

Jadual 1 : Kekerapan kesalahan daripada aspek morfologi

Nota : K = Kesalahan P = Pelajar
10 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3.1.1 Kesalahan Ejaan (K4) Berdasarkan analisa yang dibuat, kesalahan ejaan merupakan kesalahan aspek

morfologi yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar. Kesalahan yang dilakukan ini berjumlah 9 kesalahan yang mewakili 30 peratus keseluruhan kesalahan morfologi. Antara contoh kesalahan ejaan yang dilakukan ialah : i. ii. iii. iv. v. mengakat sepatutnya mengangkat makam-makanan sepatutnya makan-makanan mejerit sepatutnya menjerit tampa sepatutnya tanpa embulans sepatutnya ambulans

3.1.2 Kesalahan penggunaan imbuhan (K1) Kesalahan penggunaan imbuhan menduduki tempat kedua teratas daripada keseluruhan

kesalahan yang dilakukan pelajar iaitu 8 kesalahan yang mewakili 26.67 peratus. Antara kesalahan tersebut ialah : (a) Pengabaian imbuhan „meN-„ pada kata kerja aktif transitif. Lihat contoh kesalahan ayat di bawah: i. ii. Kami pun pergi dekati kawan kami. Kita mestilah amalkan nilai yang baik dalam kehidupan.

11 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Struktur ayat ( i) dan (ii) ternyata struktur ayat aktif dengan kata kerja rumus yang sepatutnya kata kerja transitif „dekati‟ dan „meN-. Justeru itu yang yang gramatis i. ii.

transitif.

Mengikut

amalkan‟ perlulah di berikan awalan

sebenarnya ialah :

Kami pun pergi mendekati kawan kami. Kita hendaklah mengamalkan nilai yang baik dalam kehidupan.

(b) Tidak dapat membezakan akhiran „-kan‟ dan „i‟ Contoh ayat yang salah ialah seperti berikut: i. ii. ......... menjumpakan duitnya yang hilang. ......... membaikki basikalnya yang rosak.

Dalam ayat (i), pelajar keliru tentang penggunaan akhiran „-kan‟ dan „i‟. sepatutnya digunakan dalam ayat di atas ialah „i‟, dengan demikian ayat yang gramatis ialah : i. ....... menjumpai duitnya yang hilang.

Akhiran

yang

Sementara dalam ayat (ii) pula, adalah salah menggunakan akhiran „-ki‟. dalam bahasa Melayu akhiran „-ki‟ tidak pernah wujud. Ayat gramatis yang sepatutnya ialah : ii. ....... membaiki basikalnya yang rosak.

12 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3.1.3 Kesalahan penggunaan sesuatu kata (makna tidak tepat mengikut konteks ayat) -K6

Kesalahan penggunaan sesuatu kata ( makna tidak tepat mengikut konteks ayat) – K6 ialah kesalahan morfologi ke-3 terbanyak yang dilakukan oleh pelajar. Kesalahan ini mewakili 20 peratus kesalahan semua dalam aspek morfologi atau pembentukan kata ini. Kesalahan yang dimaksudkan ialah kesalahan penggunaan kosa kata yang maknanya tidak menepati konteks wacana. Pemilihan kata yang adalah penting kerana ketidaktepatan penggunaannya akan menimbulkan pelbagai tafsiran kepada pembaca karangan. Kepentingan pemilihan kosa kata yang tepat sangat ditekankan oleh pakar-pakar bahasa seperti kata Awang Sariyan : “ Pemilihan kata yang tepat merupakan salah satu syarat untuk melahirkan fikiran yang jelas. Pemilihan kata atau diksi tidak hanya penting dalam karya karangan deskriptif juga”. kreatif, malah dalam

Antara jenis kesalahan dalam kategori ini ialah kesalahan-kesalahan berikut : a) Kesalahan frasa yang membawa konotasi yang tidak tepat. Contohnya seperti berikut : i. ii. Kami berlawak dengannya. ........ suka menolong tak kira bangsa.

Ayat di atas akan menjadi lebih gramatis sekiranya ditulis seperti di bawah : i. ii. Kami bergurau dengannya. ....... suka menolong tanpa mengira bangsa.

13 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

b) Kosa kata yang dipengaruhi bahasa lisan

Penggunaan kata yang dipengaruhi bahasa lisan amat susah untuk dipisahkan daripada penulisan para pelajar. Walaupun demikian, hal ini tidak seharusnya terjadi kerana penulisan dalam

karangan seharusnya menggunakan bahasa tulisan yang rasmi dan baku. Berikut disenaraikan beberapa contoh kesalahan i. ii. penggunaan kosa kata lisan dalam penulisan karangan pelajar:

.......tak payah la makcik. ...... bersikap suka menolong tak kira bangsa.

Ayat-ayat di atas akan lebih gramatis sekiranya ditulis seperti berikut: i. ii. .....tidak payahlah makcik. .....bersikap suka menolong tidak kira bangsa.

14 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3.1.4 Kesalahan penggunaan kata ganti diri – K2

Setelah dianalisis kesalahan bagi penggunaan kata ganti diri ialah sebanyak 3 kesalahan iaitu mewakili 10 peratus dari keseluruhan kesalahan dalam aspek morfologi. Kesalahankesalahan yang dilakukan pelajar ialah seperti berikut: i. ii. Kami menelefon ibu dan ayahnya....... Salah satu tindakan kami ialah menelefon ambulans.

Ayat-ayat di atas akan menjadi gramatis sekiranya kata ganti diri yang betul digunakan. Ayat-ayat tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut. i. ii. Saya menelefon ibu dan ayahnya ....... Salah satu tindakan saya ialah menelefon ambulans.

3.1.5 Kesalahan Penggunaan Kata Ganda – K4

Terdapat juga kesalahan penggunaan kata dalam karangan pelajar yang dianalisis. Kekerapan kesalahan itu sebanyak 2 kesalahan yang mewakili 6.67 peratus yang merupakan kesalahan yang paling kurang dilakukan oleh pelajar. Berikut antara kesalahan pelajar tersebut seperti: i. ii. Banyak faedah-faedah membawa bekal ke sekolah ialah....... Semua kawan-kawan menziarahinya di hospital.

15 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Dalam ayat-ayat di atas kita dapati kata yang sudah bermaksud jamak telah digandakan. Kata banyak dan semua sudah bermaksud jamak, jadi tidak perlu digandakan lagi. Sekiranya kata ganda tersebut hendak ditulis semula, maka kata „banyak‟ dan „semua‟ hendaklah digugurkan. Ayat-ayat yang gramatis perlu ditulis seperti berikut : i. ii. Banyak faedah atau Faedah-faedah membawa bekal ke sekolah ialah ....... Semua kawan atau Kawan-kawan menziarahinya di hospital.

3.1.6 Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ – K5 Kesalahan penggunaan kata sendi nama „di‟ dan ‘ke‟ dalam penulisan pelajar yang dikaji sebanyak dua kesalahan mewakili 6.67 peratus Menurut Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 19) penggunaan kata sendi nama „di‟ dan „ke‟ adalah berbeza cara penggunaannya. Kata sendi nama „di‟ bermaksud berada atau sudah sampai di sesuatu tempat manakala kata sendi nama „ke‟ bermaksud arah yang hendak dituju atau belum sampai ke tempat yang dituju. Kesalahan yang dapat dikesan dalam karangan pelajar ialah: i. ii. Ambulans pun tiba untuk membawa rakan yang cedera di hospital. Kami bermain bola sepak ke padang.

Dalam ayat (i) di atas, penggunaan kata sendi nama „di‟ adalah salah mengikut konteks ayat kerana ayat berkenaan bermaksud arah yang hendak dituju dan belum sampai ke sekolah baru berkenaan. Jadi kata sendi nama yang sesuai digunakan adalah kata sendi nama „ke‟. Ayat tersebut sepatutnya ditulis: i. Ambulans pun tibaa untuk membawa rakan yang cedera ke hospital.

Manakala dalam ayat (ii) di atas pula, penggunaan kata sendi nama „ke‟ sepatutnya digantikan dengan penggunaan kata sendi nama‟di‟ kerana dalam konteks ayat tersebut menunjukkan bahawa sudah berada atau sudah sampai di sekolah berkenaan yang diterangkan. Ayat yang gramatis sepatutnya ditulis: ii. Kami bermain bola sepak di padang.

16 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4.

Jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut.

Sintaksis menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2005:339), ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Dalam kata lain, bidang sintaksis juga merupakan sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Dalam bidang sintaksis perkara-perkara berikut akan diperbincangkan.

i.

Struktur ayat ianya meliputi Subjek , Predikat , Pola ayat dasar , Ayat pasif dan Ayat aktif

ii. iii. iv.

Pembentukan ayat pula adalah Ayat selapis dan Ayat majmuk Jenis ayat adaah Ayat penyata , Ayat tanya dan Ayat seru Frasa melibatkan Hukum DM , pembentukan frasa dan konstituen terdekat dan tanda baca

17 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4.1

Aspek kesalahan Sintaksis. Dalam aspek sintaksis pula, jenis-jenis kesalahan yang akan dianalisa dibataskan kepada

kesalahan dan kod seperti berikut: i. ii. iii. iv. Kesalahan strukur ayat tunggal (aktif) – (A1) Kesalahan struktur ayat tunggal (pasif) – (A2) Kesalahan struktur ayat-ayat lain – (A3) Kesalahan penggunaan tanda baca – (A4)

Jadual 1 : Kekerapan kesalahan daripada aspek sintaksis

Jumlah Kod Kesalahan P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 Kekerapan kesalahan Peratus % 17.86 17.86 25.00 39.28 100.00

A1 A2 A3 A4 Jumlah

1 1 1 1 1 2 1 2 1 1 1 2 1 2

1 1 1 2 5 1 1 2

1 1 2 1 5

1

1 1

5 5 7 11 28

1 1 3

1 1 4

Nota : K = Kesalahan P = Pelajar

18 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
4.1.1 Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (aktif) –A1 Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashin Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood,(1986:84), ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Sementara ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tidak transitif. Dalam analisis sepuluh karangan murid ini saya mengenalpasti ada lima kesalahan yang yang mewakili 17.86 peratus berkaitan dengan kesalahan struktur ayat yang terdapat dalam karangan pelajar. Kesalahan itu antaranya ialah : a) Susunan konstituen ayat yang tidak betul. b) Tidak mempunyai subjek atau subjek tidak lengkap. c) Ayat tergantung

a) Susunan Konstituen ayat yang tidak betul Satu daripada kesalahan struktur ayat tunggal yang dilakukan pelajar ialah susunan konstituen ayat tidak betul. Contoh kesalahan yang dilakukan adalah i. Ini akan memberi pelajar faedah. Kesalahan ini terletak pada kedudukan kata „faedah‟ yang sepatutnya berfungsi objeklangsung bagi ayat kerja aktif transitif „memberi‟. Ayat tersebut akan ditulis seperti berikut: i. . b) Ayat Tidak Mempunyai Subjek atau Subjek Tidak Lengkap i. Di samping itu dapat menjimatkan wang. Sepatutnya ayat yang gramatis ditulis seperti berikut: i. Di samping itu bekalan dibawa dapat menjimatkan wang. Ini akan memberi faedah kepada pelajar seperti berikut :

sebagai jika

gramatis

19 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

c)

Kesalahan Ayat Tergantung Ayat tergantung ialah satu frasa atau klausa yang tidak dapat ditentukan sama ada subjek

atau predikat ayat. Contoh ayat tergantung yang ditemui dalam karang pelajar ialah :

i. ii.

Memberi faedah kepada saya. Seterusnya ibu dan bapanya

Ayat di atas (i) dan (ii) ialah ayat tergantung yang terbentuk daripada satu frasa. Frasa tersebut akan menjadi ayat tunggal yang betul strukturnya jika ditulis seperti berikut : i. ii. Dengan membawa bekalan dapat memberi faedah kepada saya. Seterusnya ibu dan bapanya tiba ke hospital itu.

20 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4.1.2

Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (pasif) – A2

Kesalahan struktur ayat tunggal yang dianalisis ialah sebanyak lima yang mewakili 17.86 peratus dari jumlah kesalahan aspek sintaksis . Ayat tunggal pasif merupakan ayang diterbitkan daripada ayat aktif trasitif yang menggunakan imbuhan awalan transitif „me-„ itu dengan awalanawalan atau imbuhan pasif „di-„, „ter-„. „ber-„, „ke-an‟ dan perkataan „kena‟sebelum kata kerja pasif „itu‟ dalam ayat (Arbak Othman, !984:246) Contoh-contoh kesalahan struktur ayat tunggal (pasif) yang didapati daripada karangan murid adalah seperti berikut: i. ii. Akhirnya terpaksa pulang ke rumah. Dengan sebab itu kesakitan semakin menjadi-jadi.

Dalam ayat di atas (i), menjadi tidak gramatis kerana tidak mempunyai bahagian subjek ayat. Dalam ayat (ii) pula, subjek ayat hendaklah diganti kata nama am „penyakit‟ dan bukannya „kesakitan‟. Ayat-ayat tersebut akan menjadi gramatis jika ditulis seperti berikut: i. ii. Akhirnya terpaksalah mereka pulang ke rumah. Dengan itu penyakit semakin menjadi-jadi.

21 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4.1.3 Kesalahan Struktur Ayat Lain – A3

Jenis-jenis kesalahan dalan kategori ayat ini ialah seperti ayat-ayat terlalu panjang dan kabur maksudnya, ayat-ayat yang boleh dipecahkan kepada ayat-ayat yang lebih ringkas, padat serta tepat. Dalam kesalahan (A3) ini didapati sebanyak tujuh kesalahan yang mewakili 25

peratus dan merupakan kesalahan kedua tertinggi dalam aspek kesalahan sintaksis. Berikut diberikan satu contoh ayat yang terlalu panjang dipetik daripada karangan pelajar yang dianalisis.

i.

Selain itu, saya dan rakan-rakan terus mengangkatnya masuk ke dalam ambulans, semasa dalam ambulans saya ternampak dia kesakitan, beberapa minit kemudian saya dan rakan saya sampai ke hospital.

Ayat di atas (i), ialah ayat yang panjang dan sukat menentukan jenis-jenis ayatnya sama ada ayat tersebut ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan atau campuran. Ayat-ayat jenis ini boleh dibetulkan supaya gramatis dengan cara membetulkan strukturnya. Hal ini boleh dilakukan dengan cara memecahkan ayat tersebut kepada ayat-ayat yang lebih pendek, tepat dan gramatis. Misalnya salah memperbaiki ayat tersebut adalah seperti berikut: satu cara untuk

i.

Selepas itu, saya dan rakan-rakan terus mengangkatnya masuk ke dalam ambulans. Semasa dalam ambulans, saya ternampak dia kesakitan. Beberapa minit kemudian saya dan rakan-rakan sampai ke hospital.

22 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4.1.4 Kesalahan Tanda Baca – (A4)

Kesalahan ini merupakan kesalahan pelajar yang tertinggi iaitu sebanyak sebelas kesalahan atau 39.28 peratus dari kesalahan aspek sintaksis. Boleh dikatakan setiap pelajar yang dianalisa melakukan kesalahan ini. Antara kesalahan tanda baca yang dilakukan oleh pelajar dalam karangan mereka ialah seperti berikut:

i.

Memulakan ayat dengan tidak menggunakan huruf besar. Contoh : semasa kami bermain..... seharusnya, Semasa kami bermain.....

ii.

Tidak menggunakan tanda pengikat kata bagi cakap ajuk. Contohnya, Ahmad pulang ke rumah dan berkata assalamualaikum makcik. Sepatutnya, Ahmad pulang ke rumah dan berkata,”Assalamualaikum makcik”.

iii.

Tidak meletakkan tanda soal (?) untuk ayat tanya. Contohnya, Mengapa kamu menjerit. sepatutnya, Mengapa kamu menjerit?

23 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
5 Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut.

5.1

Penggunaan Penanda Wacana

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara keseluruhannya daripada hasil analisis saya terhadap sepuluh hasil penulisan pelajar saya dapati sememangnya mereka menggunakan penanda wacana dalam penulisan mereka. Lebih-lebih lagi penggunaan penanda wacana ini memang dititiberatkan oleh guru Bahasa Melayu mereka dalam menulis karangan. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan penanda wacana dalam penulisan mereka. Kesalahan-kesalahan penggunaan penanda wacana dalam kalangan para pelajar adalah seperti berikut: i. Penggunaan tanda koma (,) selepas penanda wacana. Sebahagian pelajar tidak meletakan tanda koma (,) selepas penanda wacana. Walau bagaimanapun kesalahan ini hanya mewakili peratusan yang sangat kecil kerana pelajar-pelajar tersebut telah diingatkan berkali-kali dalam hal tersebut.

ii.

Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, sebagai penanda wacana. Sementara …..manakala……, ……malah…. ditulis untuk menghubungkan dua ayat dan bukannya dijadikan sebagai penanda wacana.

iii.

Penggulangan dan kekerapan menggunakan penanda wacana yang sama. Dalam hubungan ini, biasanya penggulangan ini dilakukan oleh pelajar yang agak lemah dalam penulisan. Ini akan menjadikan karangan mereka seolah-oleh tidak ada kesinambungan di antara perenggan dengan perenggan yang lain.
24

AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

iv.

Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana.„justeru itu‟ ialah kata hubung yang membawa maksud „malahan‟ atau „bahkan‟.Oleh sebab itu, penggunaan penanda wacana pada permulaan perenggan tidak sesuai dan menyebabkan ayat tidak gramatis. Penggunaan penanda wacana tersebut akan menjadikan ayat gramatis sekiranya „itu‟ digugurkan menjadi „Justeru‟,

v.

Penggunaan „Ini kerana...‟ sebagai penanda wacana. „Ini kerana ..‟ sepatutnya digantikan dengan „Hal ini demikian kerana...‟maka, ayat akan menjadi gramatis. „Ini kerana‟ merupakan kata sendi yang tidak boleh berada di permulaan ayat

vi.

Penggunaan penanda wacana yang salah yang tidak menunjukan pertautan dari segi kronologi. Contoh kesalahan penggunaan penanda wacana pelajar yang tidak mengikut kronologi atau memberi pengertian kepada persoalan waktu yang berkaitan : Sebagai kesimpulan, dan akhirnya digunakan sebagai penanda wacana di pertengahan perenggan. Sepatutnya penanda wacana yang disebutkan tadi digunakan pada perenggan yang akhir sekali dalan sesuatu karangan.

25 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
6 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan berdasarkan analisis yang telah saya lakukan terhadap sepuluh karangan pelajar jelaslah menunjukan bahawa pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek morfologi, sintaksis dan penggunaan wacana adalah di tahap lemah dan memerlukan pembaikan. Malah kesalahan yang sering didapati dalam penulisan karangan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah kesalahan morfologi, iaitu kesalahan penggunaan kata dan pembentukan kata. Dalam aspek sintaksis, kesalahan pelajar lebih menjurus dalam pembentukan ayat dan penggunaan tanda baca. Sementara itu bagi penggunaan penanda wacana pula lebih kepada penggunaannya yang kurang tepat yanag akan akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan berpautan dengan lengkap. Kesemua kesalahan ini bukan sahaja

dilakukan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah malah pelajar sekolah menengah juga masih banyak yang melakukan kesalahan berkenaan. Kesalahan-kesalahan ini mungkin disebabkan oleh kejahilan terhadap sesuatu yang dipelajari atau tidak mengetahui akan rumus-rumus yang sebenar mengikut pandangan ahli-ahli bahasa.

26 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan.(1993). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan.(2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Pahang:PST Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammed Sallehudin Aman. 1993. Analisis Kesalahan Tatabahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas. Tesis Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

27 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pg Mahmud Pg Damit. (1992). Kesalahan Tatabahasa dan Tanda Bacaan Pelajar-Pelajar Melayu Di Peringkat Sekolah Menengah Bawah Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong: Satu Perbandingan. Tesis Master Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia

Raminah Hj Sabran.(1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran.(1983). Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu Di Kalangan Guru Pelatih. Tesis M.Ed. Universiti Malaya

Zulkifley Hamid. (2004). Analisis Penguasaan Pengetahuan Bahasa Melayu Mahasiswa, dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 4 Bil. 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

28 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

29 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

30 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

31 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

32 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4

33 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

5

34 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

35 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

36 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

37 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

38 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

39 AMINUDIN BIN MAT LUDIN-690101086925

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->