You are on page 1of 40

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”

Misi KPM

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara Malaysia.

Matlamat

a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.


b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Prinsip Etika Kerja

a. Niat yang betul.


b. Perlakuan yang baik.
c. Penggerak ke arah kebaikan.
d. Memperkotakan apa-apa yang dikatakan.
e. Berdisiplin dan beradab.
Nilai-Nilai Utama dalam Etika Kerja

a. Amanah
b. Benar
c. Bijaksana
d. Bersyukur
e. Dedikasi
f. Ikhlas
g. Penyayang

1
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Piagam Pelanggan

Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk:

 menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta
memenuhi matlamat perpaduan negara;

 menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan;

 memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan
yang sebaik-baiknya;

 mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan pembaharuan yang
berterusan;

 menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;

 menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;

 menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras
dengan amalan perkhidmatan penyayang;

 memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan – murid, guru,
masyarakat dan negara/kerajaan; dan

 meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

2
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


(2006-2010)
Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Teras 2 : Membangunkan Modal Insan
Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Teras Perkhidmatan Awam

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan


Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh pada ajaran agama

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam

Kami pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan
mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan yang berikut:

Pertama : Berusaha dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;


Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan
tugas.

3
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Tonggak Dua Belas

1. Pengaruh teladan
2. Kewajipan menjalankan tugas
3. Keutamaan kesabaran
4. Peningkatan bakat
5. Ketekunan membawa kejayaan
6. Kebijaksanaan berhemat
7. Menghargai masa
8. Kemuliaan kesederhanaan
9. Keseronokan bekerja
10. Ketinggian peribadi
11. Nikmat mencipta
12. Kekuatan sifat baik hati

Menteri Pelajaran :- Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin

Timbalan Menteri Pelajaran I Timbalan Menteri Pelajaran II


Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Ketua Setiausaha Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Y.Bhg.Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom

Kementerian Pelajaran Johor

Pengarah Pelajaran Johor


Haji Sufa’at Bin Tumin

Timbalan Pengarah Pelajaran

4
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

HAJI MARKOM BIN GIRAN  

Visi dan Misi


Visi

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"


Misi

"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan


Berkualiti"

Johor Top 5

Tugas Pembantu Makmal

Menjalankan analisis Kimia atau mikrobiologi ke atas sample-sample rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan
stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

SEKOLAH WAWASAN
Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira
kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang
sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan
jambatan penghubung (link-way).

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

5
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang

2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran

3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara

yang bersatu padu

4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan

pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah 

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :

 Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

 Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah

 Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang

 Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor

 Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

SEKOLAH BESTARI
KONSEP DAN MATLAMAT
6
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

S ejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu
pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam
menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam
negara.
 

               Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai
melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi
globalisasi.
 

                Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu
supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah
pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan
negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.

                Pengubahsusian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem
pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan
kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep
kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif utnuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem
pendidikan negara.
 
 

                Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia.
Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC
untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan
datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam
projek Mega Koridor Raya Multimedia"
( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).
 

7
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

                   Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in
Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A
Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang
terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan
sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif
daripada preskriptif.
 

                Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation Plan yang menyediakan
pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari.Selain itu ,projek Sekolah Bestari menghasilkan
lima 'Concept Requests For Proposals' penyelesaian dalam bidang berikut.

 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


 Sistem Penilaian
 Sistem Pengerusan Sekolah
 Infrastruktur Teknologi
 Integrasi Sistem

Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.


 

                Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran,
pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf
yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian
berubah.
 

                Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku
dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia.
 

                Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan
terbuka. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka
berdasarkan matlamat. In menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing
8
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza - beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk
membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.
 

                Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu
oleh teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian
masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap
keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat
mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru - guru yang
lain serta orang ramai di seluruh dunia.
 

                Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial ini. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan
mempertingkatkan segala potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan,
kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya.
Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah.
Ini memberi makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah. Oleh itu, pelajar perlu
diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan
ketrampilan menggunakan bahasa antarabangsa akan juga ditekankan.
 

                Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas melangkau maya. Sistem sekarang memberi ketegangan kepada
pelajar yang lemah dan menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan memberi fleksibiliti untuk membasmi
ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan dapat menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh
normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program asas mengikut kadar pembelajarannya, serta diberi bantuan khas oleh guru. Ini dapat
berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaran item penilaian yang berpusatkan dari dalam talian.
 

                Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja pada aras yang berlainan dalam
matapelajaran yang sama, selain membenarkan pelajar terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila - bila masa. Dengan
cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
 

9
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

                Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. Guru memberi sokongan psikologi dan galakan. Guru akan bertanggubngjawab
menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan mengenalpasti matlamat
mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar
mengikut kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat
dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang
bersifat kemanusiaan.
 

                Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah Bestari. Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan
teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat.
memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensiklopedia elektronik; belajar dari courseware elektronik dan komunikasi
elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran dan
pembelajaran.
 

                Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk
menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data
dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang
berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal
membaiki akses bagi semua yang berkenaan.
 

                Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber
manusia dan fizikal dengan berkesan. penjaringan akan memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam rancangan sekolah dan
menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan
guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap.
Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang
pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.
 

                Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam
pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sah.
 

10
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

                Kurikulum Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka
berdasarkan matlamat. Ia menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing
dan mengambilkira keupayaan,. minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk :

a)     Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang;


b)     Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul;
c)     Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang berbeza;menawarkan
        pembelajaran multi disiplinari,bertema dan berterusan:
d)     Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat:
e)     Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat.
 
 

                Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik,menggalakkan,merangsangkan dan bermakna melibatkan
minda,semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajarn:membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran
masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar.Pedagogi Sekolah Bestari bertujuan:

a)      Menggunakan pelbagai strategi pembelajarn yang sesuai bagi memastikan penguasaan ketrampilan asas dan
         meningkatkan perkembangan holistik;
b)      Mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan prestasi;
c)       Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
 

                Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.Ia
berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.Guru,pelajar dan ibubapa dapat
mengakses butiran penilaian melalui komputer.Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan,di samping menjamin mutu
maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan alat.Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan
pencapaian komulatif pelajar,tetapi juga untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat.
 

                  Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berbagai-bagai.Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan
potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.
 
11
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

                  Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong
fungsi pengajaran dan pembelajarn.Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti yang lebih
bermakna,menjimatkan kos pada jangka panjang,meningkatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan
mempercepatkan proses membuat keputusan.
 

                    Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang
dapat menjelaskan matlamat sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,dan mampu mendapatkan sokongan padu
daripada ibubapa dan masyarakat.Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak,mengagihkan sumber secara adil dan
bijak,mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan,serta menyediakan suasana persekolahan yang
menyokong pembelajaran.
 

                     Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan berprestasi tinggi,menjamin keselamatan sekolah dan
penghuni,serta menggunakan dan mengurus teknologi dengan sesuai,berkesan dan cekap.Bagi mencapai objektif Sekolah Bestari proses
dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem .Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang
dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran,atau penyertaan yang aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja.Inisiatif
Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari
penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.

Penyata Razak (1956)


1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan
beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
3. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

12
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal
dan progresif.
e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan
4. Syor untuk perubahan dalam Penyata Razak

Lembaga Peperiksaan Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab mengendalikan ujian awam kebangsaan di Malaysia.
LPM merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan berpusat secara serentak yang berlandaskan kurikulum
kebangsaan untuk 1.5 juta calon. LPM juga adalah badan peperiksaan yang pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi komputer
dalam urusan pemerosesan data peperiksaan pada tahun 1967.

LPM kini bertanggungjawab membina, mengeluar dan mengendalikan empat peperiksaan pusat (UPSR, PMR, SPM dan STAM), berbagai-bagai
pentaksiran sekolah dan peperiksaan luar negara.

Secara fizikalnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah bertapak di empat tempat sejak ia diwujudkan iaitu:-

 di Bangunan Persekutuan, Jalan Hishamuddin, 1956


 di Jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), 1959
 di Jalan Sulaiman, 1967
13
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

 di Jalan Duta, 1974

Di antara kejayaan yang dicapai LPM ialah:

 Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (1960)


 Perintis dalam penggunaan komputer di negara ini (1967)
 Pengambilan sistem peperiksaan Cambridge (1978)
 Penyediaan sistem peperiksaan mengikut keperluan
 Pengiktirafan sijil peperiksaan
 Pelaksanaan sistem Sijil Terbuka

Isi kandungan
[sorok]
 1 Sejarah
o 1.1 Pra-merdeka
o 1.2 Pelaksanaan Penyata Razak
o 1.3 Pelaksanaan Laporan Rahman Talib
o 1.4 Pelaksanaan Laporan Kabinet
 2 Kuasa Lembaga Peperikasaan
 3 Lihat juga

 4 Pautan luar

[sunting] Sejarah

Lembaga Peperiksaan Malaysia lahir sebagai Unit Peperiksaan' di Kementerian Pelajaran pada 3 Mei 1956. Ia bertukar nama menjadi
Lembaga Peperiksaan pada tahun berikutnya. Penubuhannya adalah untuk mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah di
negara ini sejajar dengan hasrat Penyata Razak.

Dari sudut sejarah terdapat empat fasa perkembangan dalam sistem peperiksaan negara ini.

14
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

[sunting] Pra-merdeka

Dalam fasa perkembangan ini belum ada sesuatu dasar kebangsaan mengenai pendidikan negara. Peperiksaan yang dijalankan adalah mengikut
keperluan sekolah atau mengikut peperiksaan luar negeri seperti Overseas School Certificate.

[sunting] Pelaksanaan Penyata Razak

Penyata Razak (1956) mewujudkan Dasar Pendidikan Negara yang ulung. Pelaksanaan dasar tersebut telah melahirkan Lembaga Peperiksaan. Di
peringkat awal selain mengendalikan peperiksaan Cambridge, Lembaga Peperiksaan telah mengendali sendiri peperiksaan berikut:

 Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE)


 Lower Certificate of Education (LCE)

[sunting] Pelaksanaan Laporan Rahman Talib

Perakuan Laporan Rahman Talib (1960) memberi penekanan, di antara lain, melanjutkan persekolahan kepada umur 15 tahun, sistem naik darjah
secara automatik dan seterusnya pendidikan bercorak aneka jurusan. Pelaksanaan dalam bidang peperiksaan telah mewujudkan:

 Kemasukan mata pelajaran elektif dalam LCE dan SRP


 Peperiksaan Penilaian Darjah V (PPDL)
 Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)
 Ujian Diagnostik Darjah III (UDT)

[sunting] Pelaksanaan Laporan Kabinet

Pelaksanaan Laporan Kabinet (1979) telah mewujudkan perkembangan sistem pendidikan yang terkini, khususnya KBSR dan KBSM. Ini telah
menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam sistem peperiksaan untuk memenuhi hasrat dan kehendak kurikulum dan sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Perubahan/Penyesuaian yang dibuat dalam sistem peperiksaan ialah:

 Mewujudkan UPSR bagi menggantikan PPDL


 Mewujudkan PMR bagi menggantikan SRP
 Menyesuaikan SPM supaya selaras dengan kehendak KBSM

15
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

[sunting] Kuasa Lembaga Peperikasaan

Lembaga Peperiksaan ditadbirkan mengikut kuasa-kuasa yang diberi kepada Pengarah Peperiksaan melalui Akta Pendidikan 1996 (Akta 550):

Mengikut Seksyen 67 


Menteri memberi kuasa kepada Pengarah Peperiksaan untuk melaksanakan penilaian bagi murid di sekolah rendah dan menengah
berdasarkan cara dan taraf pencapaian yang ditetapkan oleh Menteri
Mengikut Seksyen 68 
Menteri memberi kuasa kepada Pengarah untuk membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi:
 Peperiksaan hendaklah diadakan bagi maksud Akta ini
 Masa dan tempat peperiksaan akan diadakan dan kelayakan serta syarat-syarat untuk mengambil peperiksaan;
 Yuran hendaklah dibayar bagi mengambil peperiksaan;
 Sukatan pelajaran dan bahasa pengantar bagi peperiksaan;

Mengikut Seksyen 69 


1. "tiada seorang pun atau tiada suatu institusi pendidikan pun boleh mengendalikan, membenarkan atau menyebabkan diadakan atau
dikendalikan, atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengadaan atau pengengalian, apa-apa peperiksaan bagi mana-mana murid institusi
pendidikan atau bagi mana-mana calon persendirian tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu."
2. "Pengarah Peperiksaan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma dan syarat yang difikirkan patut"

 BACAAN KESELURUHAN
Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996

Pengenalan:

 Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan
1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta

16
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru
ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini
(Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak
peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak
atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan.

Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah
digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:

1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.
2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi
kandungannya.
4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini.

[ke atas]

Laporan Razak

 Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem
pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:
1.  
2. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar

utama.

17
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

4. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan

menengah.

5. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

menjadi bahasa pengantar.

6. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

7. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

8. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.

9. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

10. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

 Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali
sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.

18
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

[ke atas]

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961

 Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:
a.  
b. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

c. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

d. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.

e. Murid naik darjah secara otomatik

f. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.

g. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran
Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga,
Sains Pertanian dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar
untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung

19
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat
sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976.
Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan
Laporan Rahman Talib.

[ke atas]

Laporan Hussein Onn (1971)

 Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak
dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Menurut laporan ini:

  

"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan
budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara
berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting
dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara.

  

20
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan
dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan.
Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus
menjadi bahasa kedua.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

[ke atas]

Laporan Mahathir (1985)

 Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan
Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:
  

Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan
memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan
sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.

(Laporan Mahathir, 1976)

Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk
menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input
penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan
bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap
dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.

Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan
mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap
dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:

a.  
b. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.

21
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

c. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.

[ke atas]

Akta Pendidikan 1996

 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan
aspirasi semua pihak.

Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat
pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan
dan sekolah swasta.

Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan
institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan
dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh
itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di
negara kita.

Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan
diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.

Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang
kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan
pendidikan rendah.

22
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis
Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di
sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik,
manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk
mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan
program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar
negeri. [ke atas]

Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam
pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf
pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan
pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan
nilai-nilai murni.

Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh
pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan
status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh
sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.

Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik
diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

 [ke atas]

Perbezaan Dan Persamaan Antara Akta Pendidikan 1996 Dengan Akta Pelajaran 1961

1. 1.Landasan dan wawasan

23
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat
wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan seperti berikut:

DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni
yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan
maklumat.

DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara
maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu
masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.

……………….

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti
berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Akta Pendidikan 1996)

Di dalam Akta Pelajaran 1961 kita dapati falsafahnya yang tidak tertulis dan tidak jelas. Yang kita dapati hanyalah untuk menyatukan
kaum di Malaysia selari dengan masyarkat yang berbilang kaum. Ini dapat dilihat dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan mengikut Laporan
Razak yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961:

"Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak menyatuukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam
negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walapun perkara ini tiada dapat
dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."

(Penyata Razak, Perenggan 12)


24
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

[ke atas] 

2. Sistem Pendidikan Kebangsaan di semua peringkat

Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan. yang meliputi semua
peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.

"The National Education System shall comprise –

pre-School education;

primary education;

secondary education;

post-secondary education; and

higher education,

but shall not include education in expatriate schools.

( Education Act 1996, sec.15)

"There shall be three categories of educational institutions in the National Education System , namely –

government educational institutions;

government-aided educational isntitutions; and

private educational institutions.

(Educational Act 1996, sec. 16)

25
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi
pendidikan kerajaan atau bantuan sahaja.

"For the purpose of this act, the stages of statutory education system shall be as follws:

primary education;

lower secondary education;

upper secondary education;

education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) o f section 25.

(Education Act 1961, Sec.19)

  [ke atas]

3. Kedudukan Bahasa Kebangsaan

Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996 dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah
yang diberi pengecualian. Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan.

" (1) The National language shall be the main medium of instruction in all educational institutions in the National Education System
except an national-type school established under section 28 or any other educational intitution exempted by Minister from this section.

(Education Act 1996, Sec. 17)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah
kebangsaan sahaja.

26
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

[ke atas]

4. Kurikulum kebangsaan

Dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang
dikecualikan. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, tiada langsung peruntukan.

" (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National Curriculum which, subject to subsection (3), shall be used by
all schools in the National Education System."

(Education Ac 1996, Sec.18)

5. Peperiksaan Awam

Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan
yang dikecualikan. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan diberi.

"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any regulations made under this Act unless
otherwise exempted by or under this Act.

(Education Act 1996, Sec.19)

[ke atas]

6. Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib

Seksyen 17(2), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

27
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

(2) Where the main medium of instruction in an educational institution is other than the national language , the national language shall be
taught as a compulsory subject in the educational institution.

(Education Act 1996, Sec.17)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, Bahasa kebangsaan adalah wajib bagi sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan
kerajaan sahaja.

[ke atas]

7. Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

 Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. Dengan ini lebih
mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Manakala Dalam Akta Pendidikan 1961, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh diajar dengan dua syarat:

a.  
b. ada permintaan dari 15 orang ibu bapa

c. jika didapati munasabah dan praktik.

Di sini menampakkan kepada kita bahawa Akta Pendidikan 1996 lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil.

1.  
2. Bahasa Kaum Asli

28
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli dengan dua syarat:
a.  
b. jika ada permintaan dari 15 ibu bapa

c. jika didapati munasabah dan praktik

Melalui peruntukan ini , telah memberi pengiktirafan kepada

bahasakaum Bumiputera untuk diperkembangakan.

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 tiada diperuntukkan.

  

(ii) the indigenous languages shall be made avaiable if it reasonale and practicable so to do and if the parents of at least
fifteen pupils in the school so request;

 (Education Act 1996, Sec.2)


1. Kategori Sekolah

Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, Bantuan
kerajaan dan swasta. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 institusi pendidikan atau sekolah dibahagikan secara tidak langsung kepada dua
kategori iaitu bantuan penuh (termasuk kerajaan dan bukan milik kerajaan) dan swasta.

Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 lebih memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan dengan sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan.

2. Menubuh dan meyenggara tadika

Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika, sedangkan dalam Akta
Pelajaran 1961 perkara ini tidak begitu jelas. Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah
kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.

29
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

[ke atas]

"The Minister may subject to the provisions of this Act establish and maintain kindergartens"

(Education Act 1996, Sec. 21)

3. Kurikulum untuk Tadika

Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di
peringkat tersebut dan wajib digunakan oleh semuua tadika. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, garis panduan ini tidak wajib
digunakan bagi semua tadika.

4. Tempoh Pendidikan Rendah

Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dengan
adanya peruntukan ini, dapat menampung keperluan murid cerdas, sederhana dan lembab.

Dalam Akta Pelajaran 1961 tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun. Dalam akta ini tempohnya agak ketat.

[ke atas]

"A national or national-type school established under this Act shall provide a course of primary education designed for duration of six
years but which may be completed within to seven years"

(Education Act 1996, Sec.29)

"national primary school", or Sekolah kebangsaan, means a fully-assited primary school –

providing a six-year course of primary edducation appropriate for children between the ages of six and eleven years;"
30
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

(Education Act 1961, Sec.2)

5. Pendidikan Lepas Menengah

Seksyen 33, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan lepas menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan , kolej atau mana-
mana institusi pendidikan lain. Melalui Seksyen ini boleh manampung dengan jelas kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.
Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada peruntukan yang jelas tentang pendidikan lepas menengah.

[ke atas]

6. Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama

Akta Pendidikan 1996 seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan
atau organisasi perindustrian.Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama
peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.

Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan
teknologi serta informasi. Dengan ini wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan selaras denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah
negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Tiada Peruntukan berkenaan dengan perkara ini dalam Akta Pelajaran 1961.

7. Pendidikan Khas

Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat penyayang, maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan
dalam seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau
menengah. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, perkara ini tidak jelas.

31
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

8. Maktab Perguruan

Melalui seksyen 47 (1) , membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan
mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat untuk
mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains,
matematik dan IT yang lebihh banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan
perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia.

Dalam Akta Pelajaran 1961, peruntukan mengenai pendidikan guru adalah terlalu umum.

[ke atas]

9. Pengajaran Agama Islam

Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996 , memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah
swasta bila terdapat 5 atau lebih murid Islam. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat.

Dalam Akta Pelajaran pula menyebut bahawa Pendidikan Islam diwajibkan apabila terdapat 15 orang atau lebih murid di sekolah kerajaan
dan bantuan kerajaan sahaja.

10. Larangan tentang Pengendalian Peperiksaan

Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari
Pengarah Peperiksaa. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar dan melindungi calon-calon
dari tertipu dan mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Perkara yang berkaitan dengan sekyen ini tiada diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961.

 
32
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

11. Lembaga Pengelola

Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 , membolehkan Lembaga pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi
dimansuhkan kecuali bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka . Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan
kerana masih diperlukan.

Dalam Akta Pelajaran 1961, semua kategori sekolah termasuk sekolah kerajaan perlu menubuhkan lembaga pengelola.

12. Program "Twinning" dan "Lingkage"

Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program
"twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu. Tujuan seklsyen ini ialah untuk mengawal
institusi-institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan lingkage", selain dari pada
memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education Excellence".

Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada peruntukan tentang perkara ini.

[ke atas]

13. Kuasa Untuk menyiasat

 Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk menyiasat, seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran,
seksyen 138 memulakan dan mejalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun kesalahan. Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua
Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberikuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis
yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam ketiga-tiga sekyen tadi.

Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan
kesalahan bagi mengawal kepentingan masyarakat pengguna.

33
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Dalam Akta Pelajaran 1996, tiada peruntukan-peruntukan seperti ini. Ini adalah merupakan satu pembaharuan untuk memudahkan
penyiasatan dan tindakan diambil kepada mereka yang melanggari akta ini.

Hubungan Akta Pendidikan 1996 Dengan Pekembangan Sejarah Negara

 Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan 1961, sebagai sebuah Akta untuk melihatkan negara
yang memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat
sebegitu rupa. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama,
budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa
ke semasa. Unutk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Mendaulatkan satu
bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua kaum adalah termasuk dalam ciri ini
 [ke atas]

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan
bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat
diambil perhatian. Melalui Akta Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini.

Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada
waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu,
menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam aspek
ini, adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan 1996 dapat membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita.

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan
kejayaan . Walaupun tidak sepenuhnya. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan
jelas kepada kita hasrat kerajaan untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk kurikulum yang sama.

Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia(1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga
sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera, Sains, Kejuruteraan, Perubatan , Undang-
undang dan sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa

34
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

pengantar itu. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Ini semua
adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971) .

Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolah-sekolah: 

1. Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.bahasa pengantar darjah Satu

2. Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaan

3. Bahasa pengantar tingkat 1

4. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sastera

5. Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti

6. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains

7. Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan

8. Bahasa pengantar semua kursus di universiti

35
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

9. [ke atas]

Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara. Lantaran itu masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan
sains dan teknologi. Malaysia sebagai sebuah negara baru tidak kecuali untuk merebut peluang dan berjalan seiring dengan negara-negara
lain. Maka satu pendekatan dalam pendidikan harus diambil, dikaji dan dibina semula. Sejaran negara telah berkembang ke era Sains dan
tekonolgi. Oleh itu pelajaran dan kurikulum pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan
masyarakt yang berilmu pengatahuan. Beberapa buah sekolah yang bercorak teknik dan vokasional telah ditubuhkan.

Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang ketiga, dari dunia pertanian, dunia teknologi, kini zaman dunia teknologi maklumat
( zaman global) yang memerlu kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan
tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik dan vokasional, kedudukan maktab perguruan, universiti dan
sebagainya. Kesemuanya di berikan peranan dan kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat
dan falasafah pendidikan negara kita.

Kini, Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu akta yang
berupa agenda negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah memupuk masyarakat bersatu padu, tetapi turut menjadikan
masyarakat Malaysia sebagai masyarakat penyayang dan berkahlak mulia. Lantaran itu wjudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah
dinyatakan dalam akta tersebut. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita, maka akan lahirlah
masyarkat yang serba maju dan serba boleh . Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang termaktub dalam Akta
Pendidikan ini tetapi memerlukajian dari semasa ke semasa agar ia tetapi sesuai dan mana-mana yang tidak sesuai dalam akta ini perlu
diperbetulkan mengikut kesesuaian.

 [ke atas]

Komen Terhadap Akta Pendidikan 1996

 Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas, hala tuju dan wawasan pendidikan kita , tidak seperti Akta pelajaran 1961
yang jelas hanyalah untuk menyatupadukan kaum di Malaysia. Hal ini penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka
dan tugas utama untuk menjaga perpaduan kaum. Akta Pelajaran 1961 adalah sesuai pada waktu itu dan ia perlu diolah semula mengikut
kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini. Lantaran itulah lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih canggih dan dapat mencapai cita-
cita negara sekarang, yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara yang dilihat bukan sahaja pembangunan dari
segi material tetapi juga emosi dan jasmani serta intelektualisme individu.

36
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita –cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran
dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020.

Walaupun Akta Pendidikan 1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita katakan boleh memenuhi cita rasa dan aspirasi negara tetapi
dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi.

Dalam seksyen 136, 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan longgar kepada Ketua Pendaftar dan pegawai polis yang
berpangkat tidak rendah dari Inspektor untuk menyiasat, memasuki premis dan membuat dakwaan walaupun tanpa waran dari mahkamah
merupakan satu perkara yang boleh ddikaji semula kerana seolah-olah autoriti dan kuasa yang ada atau diberikan kepada pengetua atau
tuan punya premis tercabar dan boleh menjejaskan reputasi pendidikan negara. Waupun ini adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan
kepentingan pelajar dan mutu pendidikan tetapi kekerasan untuk memasuki premis pendidikan oleh pihak berkuasa itu hendaklah dikaji
semula. Kehadiran dan penggelidahannya di premis pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai satu bentuk kekasaran.

Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda teutama sekali bahasa Arab (sebagai bahasa Al-Quran) tidak disentuh dengan jelas dalam akta ini,
tidak seperti bahasa-bahasa lain yang merupakan bahasa ibunda kaum di Malaysia. Hanya tercatat dalam seksyen 2 , perkara (iii), Akta
Pendidikan 1996 yang berbunyi:

 [ke atas]

Arabic, Japanese, German or French or any other foreign language may be made available if it reasonable and practicable
so to do;

Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama Islam sepatutnya diberi penekanan selaras dengan Islam sebagai agama
rasmi negara. Malah bahasa Arab juga adalah merupakan satu bahasa ilmu yang kita tidak boleh anggap ringan. Sejarah perkembangan
dan ketamadunan khususnya tamadun Islam amat perlu kepada bahasa tersebut supaya ilmu yang dimilik terutama oleh orang-orang Islam
bukan hanya perlu merujuk kepada golongan orientalis. Rujukan-rujukan agama Islam adalah tidak lepas dan tidak sudah tanpa
menggunkan bahasa Arab.

Peruntukan-peruntukan yang membenarkan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan melalui akta ini sepatutnya
disemak semula. Misalnya kedudukan sekolah-sekolah ekspatriat begitu bebas, tidak terikat dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan,
seperti yang terdapat dalam Seksyen 15.

Begitu juga dalam seksyen 23, yang membicarakan tentang kedudukan bahasa pengantar di sekolah tadika. Manakala dalam seksyen 17
perkara 1 , Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
37
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

kebangsaan, tetapi ada juga kekecualian yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-mana
pendidikan lain yang dikecuali oleh Menteri. Di sini menampakkan kepada kita kedudukan bahasa kebangsaan masih lagi belum mantap
sepenuhnya dalam Akta ini.

Kesan daripada membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar, maka kita dapati 1,290 buah sekolah Kebangsaan Cina
dengan 580,000 murid dan 550 buah Sekolah Kebangsaan Tamil dengan 96,000 pelajar terus menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil. Manakala 250 buah institusi pendidikan tinggi swasta terus menggunakan Bahasa Inggeris. (Datuk Zainal Abidin A. Wahid, 1999).

Menurut Datuk Zainal Abidin bin A. Wahid lagi, Pada tahun 1997, iaitu terdapat 84,000 pelajar di Institu Pendidikan Tinggi Swasta. Dari
jumlah tersebut cuma 5 peratus sahaja pelajar Melayu dan di IPTA jumlah pelajar bumiputera adalah 55 peratus dan bukan bumiputera 45
peratus.

Isu bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Perpaduan yang wujud sekarang memang telah jauh berubah, namun
usaha-usaha memupuk dan meningkatkan perpaduan merupakan agenda penting. Jika pengabaian isu bahasa boleh menjejaskan perpaduan
kerana keadaan ini boleh merosotkan nilai ekonomi bahasa Melayu, boleh menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa perpaduan,
memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga iktisas di kalangan bumiputera. Pengabaian bahasa juga boleh
menjejaskan perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, juga mengakibatkan
muculnya dua atau tida kumpulan pelajar ; aliran kebangsaan, aliran Inggeris dan aliran Cina.

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan 1995 di dewan Rakyat, pada 18
Disember 1995 (yang menjadi Akta Pendidikan sekarang). Di antara kata-kata beliau ialah:

  

"………..Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang undang-undang ini. Seksyen ini menyatakan kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, tetapi seksyen ini juga turut memberi kuasa kepada menteri untuk
mengecualikan penggunaanya oleh mana-mana institusi pengajian kita.

Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan kesungguhan untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau ia
permulaan sikap tolak ansur kita dan seterusnya mebenarkan kedudukan Bahasa Kebangsaan kita musnah? Atauu ia
permulaan kepada usaha untuk melenyapkan cita-cita Allahyarham Tun Razak untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar di semua peringkat?

38
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Bahasa kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan , perkara 152 hendaklah
menjadi teras dan asas dalam memantapkan perpaduan dan pendidikan negara. Oleh itu perkara yang longgar berkenaan dengan isu ini
hendaklah perlu dikaji semula.

Dalam Akta Pendidikan 1996, apa yang nampak kura selesa ialah dari segi kuasa yang diberikan kepada Menteri. Begitu banyak kuasa
yang diberikan. Sehingga menampakkan bahawa kuasanya bboleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan itu. Kuasa Menteri seperti
mana dalam seksyen 143 dalam akta ini adalah dikira begitu besar:

  

Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan atau demi kepentingan murid
atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam warta, mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan
atau golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali peruntukan
pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan, dan boleh
pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat
itu.

Walaupun ada beberapa perkara yang bolehh diperbincangkan lagi terhadap beberapa keratan atau seksyen, tetapi ternyata ia adalah
merupakan satu perundangan yang dapat menggambarkan hasrat negara.Dengan harapan melalui akta ini akan dapat melahirkan satuu
corak pendidikan yang unggul dan menjadi kebanggaan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Sesungguhnya ciri-ciri lama
untuk menyatupadukan kaum masih terkandung dalam Akta baru ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat
yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang canggih dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini. Namun
usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan di institusi pendidikan, kedudukan institusi pendidikan
dan kuasa-kuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah
difikirkan patut disemak semula. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnia Akta Pendidikan itu sendiri dan mancapai
matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020.

[ke atas]

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

39
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal
ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia
diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa
berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur
tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

[sunting] Rujukan

40

You might also like