You are on page 1of 48

APA ITU EPISTEMOLOGI ISLAM?

- Definisi bahasa :Epistemologi berasal daripada bahasa Yunani ‘episteme’


yang bermaksud pengetahuan dan ‘logos’ bermaksud kata/pembicaraan.

- Definisi Istilah: Teori pengetahuan berhubungan dengan hakikat dari ilmu


pengetahuan, andaian2, dasar2nya serta pertanggungjawaban atas
pernyataan mengenai pengetahuan yang dimiliki oleh setiap manusia. Ia
merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan asal, sifat dan jenis
pengetahuan.

- Epistemologi Islam ialah teori/falsafah ilmu berdasarkan ajaran Islam. Ia


bukanlah semata-mata persoalan bersifat falsafah malah merupakan
tindakbalas terhadap persoalan2 bersifat kehidupan, masyarakat dan
kenegaraan yang merangkumi keseluruhan kehidupan dunia dan akhirat.
KONSEP ILMU
 Definisi dari segi bahasa: ilmu berasal daripada
perkataan arab ‘ ‘ – yang bermaksud mengetahui
tentang sesuatu dengan sebenar-benarnya.
 Definisi dari segi istilah:
 1) Al-Ghazali – “suatu kepastian secara demonstratif
(menyeluruh) di mana untuk sampai kepada ilmu yang
pasti mestilah melalui pengalaman secara langsung”.
 2)Confucius – “apabila kamu mengetahui sesuatu,
meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu
tidak tahu sesuatu menunjukkan bahawa kamu tidak
mengetahui sesuatu”. Menunjukkan bahawa ilmu adalah
keyakinan dan kebenaran.
 3) Plato – “suatu pemindahan roh atau jiwa dari
kegelapan kepada cahaya”
 4) Syed Naquib al-Attas – “ suatu kebenaran yang
sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa
manusia”
 5) Kamus Mu’jam al-Wasit – “ilmu merupakan
penghasilan yang menyeluruh secara tersusun atau
himpunan segala masalah dan prinsip dalam satu
kesatuan disiplin ilmu seperti ilmu kalam (theology),
ilmu tatabahasa, geologi, astronomi dan arkeologi”
dan juga “ pencapaian sesuatu hakikat atau disebut
sebagai ilmu yaqin”
MARTABAT ILMU DALAM ISLAM
1) Surah al-Mujadalah ayat 11 Allah berfirman bermaksud “Allah
meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang2 yang beriman di
antara kamu dan orang2 yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan) dan
Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” – menjelaskan
bahawa orang yang beriman dan berilmu akan mendapat
tempat/darjat yang tinggi di sisi Allah. Keimanan yang dimiliki
merupakan pendorong utk menuntut ilmu & ilmu yang bermanfaat
akan menyedarkan dirinya tentang hakikat kerdilnya manusia di sisi
Allah kerana ilmu Allah yang maha luas.
2) Surah Ali Imran ayat 18 Allah berfirman bermaksud “Allah
menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan dalil2 dan
bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia, Yang sentiasa mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan dan
malaikat2 serta orang2 yang berilmu(mengakui dan menegaskan juga
yang demikian), maka tiada yang berhak disembah ) melainkan Dia;
Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” –membuktikan kemuliaan
dan keutamaan orang yg berilmu bahkan dalam hal kesaksian yang
dimulai dgn Allah, malaikat dan orang2 yang berilmu.
3) Surah Thaha ayat 114 Allah berfirman bermaksud “ dan
berkatalah, Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu
pengetahuan” – menjelaskan bahawa bagaimana Islam
meninggikan kedudukan ilmu dengan mendorong umat
Islam supaya sentiasa berdoa agar ditambahi ilmu
pengetahuan.
4) Surah Al-’Alaq ayat 1-5 Allah berfirman bermaksud “
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang
menciptakan. Dia telah menciptakan kamu dari segumpal
darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah. Yang
mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Ia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” –
wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah adalah
berkaitan ilmu iaitu suruhan ‘membaca’.
5) Surah Az-Zumar ayat 9 Allah berfirman
bermaksud“Katakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama
orang2 yang mengetahui dengan orang2 yang tidak
mengetahui
1)
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan,
maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhami
olehNya kepandaian dalam perkara itu”

2)
Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu
Majah dan Ibnu Hibban bermaksud “para alim ulama’
adalah pewaris para nabi”

3) Hadith riwayat Baihaki yang bermaksud “carilah ilmu


walau ke negeri Cina kerana sesungguhnya menuntut ilmu
itu wajib bagi setiap muslim”
KLASIFIKASI ILMU MENURUT ISLAM
 Persoalan: Adakah segala jenis ilmu WAJIB dituntut
oleh setiap muslim?
 1) Pendapat Syech Zarnuji - “ sesungguhnya tidak
wajib bagi setiap muslim dan muslimah menuntut
segala jenis ilmu tetapi yang diwajibkan adalah
menuntut ilmu perbuatan (ilmu al-hal) sebagaimana
diungkapkan bahawa sebaik2 ilmu adalah ilmu
perbuatan dan sebagus-bagus amal adalah menjaga
perbuatan” – meliputi ibadah kepada Allah seperti
kewajipan solat, puasa, zakat & haji.
 2) Pendapat Al-Ghazali – “ilmu boleh diklasifikasikan
kepada ilmu fardhu ‘ain dan juga ilmu fardhu kifayah”
Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu tentang cara amal
perbuatan yang wajib seperti ilmu agama dan segala
cabangnya sebagai contoh rukun Islam.
Ilmu fardhu kifayah ialah tiap2 ilmu yang tidak dapat
dihindarkan dalam menegakkan urusan duniawi.
Sebagai contoh ilmu jual beli, kedoktoran, politik,
pertanian dan ilmu bagi urusan yang perlu dan
penting untuk pembangunan negara dan masyarakat.
 3) Pendapat Ibnu Khaldun “ Ilmu boleh dibahagikan
kepada Ilmu ‘aqliyyah dan juga ilmu naqliyyah”
Ilmu ‘aqliyyah ialah ilmu yang merupakan sesuatu
yang dialami pada manusia yang boleh dihasilkan
melalui berfikir. Ia termasuk ilmu hikmah, falsafah
yang terhasil daripada penelitian dan penyelidikan.
Ilmu naqliyyah ialah ilmu yang bersifat tradisional
iaitu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah
SUMBER-SUMBER ILMU
 1) WAHYU
 Ia terdiri daripada al-Quran dan as-Sunnah di mana keduanya
adalah sumber rujukan ilmu dan perundangan yang utama dan
paling penting kepada kehidupan manusia.
 Al-Quran dan As-Sunnah merupakan wahyu daripada Allah
yang disampaikan melalui rasulnya kepada umat manusia
sebagai garis panduan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.
 Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber2 yang membekalkan
asas2 ilmu pengetahuan supaya manusia tidak terjerumus dalam
logik akal dan nafsu semata-mata kerana kedua2nya hanya dapat
menjangkau perkara yang melibatkan material dan logik
semata-mata dan tidak perkara yang disebaliknya (perkara
ghaib).
 2) AKAL & PANCAINDERA
 Akal merupakan elemen utama yang dapat memandu
manusia kepada kebenaran. Akal adalah neraca pada
kebenaran yang bertunjangkan wahyu kerana melalui akal
manusia mampu mencapai kebenaran dan mengelakkan
daripada keraguan.
 Pancaindera pula merupakan alat yang digunakan akal
untuk mendapatkan ilmu kepada sesuatu fakta menerusi
fungsi2 akal.
 Menurut Imam al-Ghazali – semua ilmu bersifat hakiki dan
bukannya buatan manusia. Mnusia hanya melakukan
penemuan yang sememangnya telah wujud dan melalui
akal inilah manusia mampu membezakan sesuatu yang
benar dan palsu.
 Ilmu yang menggunakan akal menurut al-Ghazali
dikategorikan sebagai ilmu matematik, logik, metafizik,
politik dan etik. Status ilmu ini adalah sebagaimana
berikut:
 1) Ilmu matematik – (aritmetik, geometri, dan al-Jabar)
disifatkan ilmu yang bersifat neutral – tujuan dicipta ilmu
ini bukan untuk mengingkari atau mengakui kewujudan
Allah s.w.t. Ilmu ini digunakan untuk kegunaan dan
kebaikan manusia dan sekiranya disalahgunakan maka
sudah tentu hasilnya turut salah dan sekiranya digunakan
dengan betul maka akan mendatangkan hasil yang
berguna kepada manusia.
 Aritmetik adalah salah satu cabang utama ilmu matematik
yang berkembang dan hidup sebagai konsep2 nombor
yang menjadi kegunaan umum – dikenali sebagai Teori
Nombor.
 Penggunaan dan manipulasi simbol bagi
menggantikan sesuatu yang fizikal yang digambarkan
oleh mental membawa kepada idea awal penggunaan
operasi matematik bercorak kiraan campur dan tolak
tanpa memerlukan pada pengiraan objek tertentu.
 Ahli matematik Islam yang banyak memberi
sumbangan dalam bidang ini ialah Abu Yusof Yaakub
ibn Ishaq al-kindi karyanya bertajuk al-Karki dan al-
Fakhri.
 Terjemahan teks pertama ilmu aritmetik ini ditemui di
Univ.Cambridge(1857) “ Algoritmi de Numero
Indorum” dari salinan teks al-Khawarizmi dalam abad
ke-12 menjadi alchawarizmi, al-karizmi, al-Goritmi
dan al-Gorismi.
 Algebra - juga salah satu daripada ilmu matematik
berbentuk analisis berdasarkan kuantiti dengan
menggunakan huruf sebagai simbolnya. Ia adalah
kebijaksanaan mendapatkan tak ketahuan dari data-
data yang diberi jika terdapat perhubungan daripada
data-data.
 Contohnya:
 Aritmetik (2+2+2 =3x2) merupakan kes khusus
kenyataan algebra (umum) bagi (x+x+x =3x) dan x
ialah sebarang nombor.
 Al-Jabr bermaksud memperbaiki keseimbangan suatu
persamaan dengan menukar tempat sebutan-
sebutannya.
 Geometri – ialah cabang ilmu matematik yang mengkaji
sifat2 ruang dan pengukuran magnitud. Berasal daripada
perkataan Yunani iaitu ‘geo’ bermaksud tanah dan ‘metre’
iaitu pengukuran.
 Tokoh2 Islam yang terkemuka dalam bidang ini ialah Ibnu
Haitham dalam bukunya Teori Optik, Thabit Ibn Qurra
serta al-Khawarizmi dan al-Kindi.
 2) Ilmu Logik – iaitu ilmu yang mengkaji tentang cara ,
kaedah mendemonstrasi dan mengkaji syarat2 premis, cara
menggabungkan premis, syarat mendapatkan takrif yang
betul dan cara2 menyusunnya.
 Kaedah yang digunakan adalah bersifat penaakulan atau
penularan melalui premis2 umum yang menghasilkan
natijah khusus daripada premis umum tersebut.
 Contoh: A=B, B=C, A=C iaitu menggunakan kaedah
silogisma (al-qiyas al-aqli) yang digunakan dalam ilmu
logik bermula drpd premis umum kepada khusus.
 3) ALAM SEJAGAT
 Alam juga dikira sebagai sumber ilmu sampingan kepada
wahyu dan akal.
 Plato – berpendapat bahawa alam yang nyata yang dapat
dirasai oleh pancaindera merupakan subjek utama kepada
ilmu kebenaran. Ini kerana hubungan manusia dan alam
maya mencetuskan ilmu sains yang wujud hasil daripada
pertembungan dan kesusahan yang dialami oleh
pengalaman pancaindera biasa.
 Al-Ghazali telah membahagikan ilmu kepada 4 kategori
utama iaitu:-
 i) ilmu yang diperolehi daripada pancaindera atau
kebendaan.
 ii) ilmu yang diperolehi oleh asas2 logik atau
perbandingan.
 iii) ilmu yang diperolehi oleh akal iaitu melalui
pemahaman tentang perkara yang wajib dan mustahil.
 iv) Ilmu yang diperolehi melalui wahyu para nabi dan
rasul atau dhauq, kasyaf, dan mushahadah oleh para
sufi.
KEPENTINGAN ILMU
 Di dalam al-Quran ada lebih 750 ayat yang menggesa
umatnya supaya belajar , membuat renungan, dan
menggunakan akal dengan sebaik2nya untuk mencari
kebenaran. Contoh di dalam al-Quran dalam ayat 118 & 143
surah Ali Imran, surah at-Taubah ayat 122.
 Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr Rasulullah
bersabda bermaksud “andaikata engkau berjalan,
kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan,
maka itu adalah lebih baik daripada kamu brsolat seratus
rakaat”
 Ilmu menyumbang pada kegemilangan tamadun Islam di
mana tokoh2 ilmuan dan ulama telah banyak memberikan
sumbangan bermakna dalam tamadun umat Islam di
dunia. Sebagai contoh:-
i) Ibn Sina ii) Ibn Khaldun iii) al-Farabi iv) al-Haitham
v) al-Biruni vi) Ibn Rusd vii) al-Khawarizmi dll.
 Ilmu yang membezakan di antara manusia dan juga
haiwan
 Ilmu adalah asas kebahagiaan dunia dan akhirat.
 Ilmu membezakan darjat kemuliaan seseorang
individu atau masyarakat.
 Ilmu adalah asas ketakwaan kepada Allah s.w.t.
 Ilmu akan sentiasa bertambah sekiranya digunakan
dan harta akan habis sekiranya digunakan.
 Ilmu dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama
manusia.
 Ilmu dapat membezakan sesuatu yang halal dan
haram.
ASPEK ASAS DALAM PENDIDIKAN ISLAM
 Secara rasionalnya penekanan dan pemusatan utama dalam
pendidikan Islam adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Aku tinggalkan
kepada kamu umatku dengan 2 perkara. Kamu tidak akan sesat
sekiranya kamu berpegang pada 2 perkara tersebut iaitu Al-
Quran dan As-Sunnah”.
 Ini kerana matlamat asal dasar pendidikan Islam adalah
bertujuan untuk mentafsir dan merealisasikan prinsip dan
konsep daripada kedua2 sumber tersebut berdasarkan kepada
pemerhatian dan pengkajian yang telah dilakukan oleh sarjana
dan ahli fikir Islam sejak dari awal perkembangan Islam.
 Aspek-aspek penting yang menjadi tunggak dalam Falsafah
Pendidikan Islam ialah:
 i) Aspek akidah Islamiyyah
 ii) Aspek Kemanusiaan dan Fitrah
 iii) Aspek Keilmuan
 iv) Aspek Tanggungjawab dan Pembalasan.
ASPEK AKIDAH
 Akidah merupakan asas utama dalam pendidikan
Islam kerana keimanan kepada Allah merupakan
faktor penggalak kepada tingkahlaku manusia ke arah
kebaikan sebagaimana ia juga menjadi benteng
kepada perbuatan jahat dan keji(rukun iman)
 Iman adalah peng’arah’ yang meng’arah’ tingkahlaku
dan berseiringan dengan perbuatan yang dilakukan
oleh manusia. Oleh yang demikian, ‘tarbiyyah
Islamiyyah’ adalah berhubung secara langsung dengan
perbuatan manusia dan sesuatu yang lahir daripada
perbuatan keimanan.
ASPEK KEMANUSIAAN DAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIA
 Para saintis Barat berselisih pendapat tentang struktur asal
kejadian manusia sama ada berasal daripada hasil
perkembangan sel, atau terdiri daripada akal dan ruh, atau
terdiri daripada ruh dan material – seterusnya mereka juga
berselisih pendapat tentang nature manusia sama ada
nature haiwan atau ruh atau gabungan kedua-duanya.
 Menurut perspektif Islam di dalam Surah as-Sajdah ayat 7-
9 telah menetapkan nature kejadian manusia adalah
berasal dari sari pati tanah. Al-Quran menerangkan
beberapa peringkat kejadian manusia dari tanah kepada
manusia.
 Surah al-Sajdah ayat 9 menjelaskan bahawa ruh adalah
unsur yang memberikan kemuliaan dan keistimewaan
kepada ummat manusia.
 Keseimbangan daripada unsur kejadian manusia iaitu
daripada tanah dan ruh turut memberikan penekanan
dalam kehidupan sebagai manusia iaitu berkenaan
tuntutan dan juga tanggungjawab.
 Kewujudan ciri-ciri fizikal(material) dan ruhani dalam
diri manusia menjadikan diri manusia memiliki sifat
yang sempurna di mana gabungan kedua2 ciri tadi
menghasilkan kecenderungan/keinginan yang
dipanggil sebagai fitrah.
 Islam mengakui bahawa manusia akan tersasar
daripada fitrahnya namun tarbiyyah adalah
berperanan dan merupakan cara yang terbaik untuk
mengembalikan manusia kepada fitrah asalnya.
ASPEK KEILMUAN
 Al-Quran telah menyatakan di dalam surah al-Isra’ ayat 9-11
bahawa ia merupakan kitab yang membawa hidayah, memberi
tunjuk ajar dan mengembirakan orang yang beriman. Tarbiyyah
ilmiyyah dalam Al-Quran merujuk pada beberapa aspek:
 i)Aspek Akidah- menunjukkan kepada akidah yang jelas, mudah
dan nyata. Membebaskan ruh daripada kepercayaan karut,
tahyul dan menggerakkan potensi manusia ke arah kehidupan
yang produktif dan proaktif.
 ii)Aspek Kemanusiaan- menunjukkan kepada manusia supaya
wujudnya kesinambungan antara fizikal, dalaman, tingkah laku
dan dorongan.
 iii)Aspek Ibadat- memberi didikan bahawa diri manusia
memerlukan pada keseimbangan antara tuntutan fizikal dan
spiritual.
 iv)Aspek Pentadbiran dan Kenegaraan- peri pentingnya aspek
siasah, ekonomi, kemasyarakatan, pemerintahan.
ASPEK TANGGUNGJAWAB DAN PEMBALASAN
 Mendidik perasaan bertanggungjawab adalah unsur
pendidikan yang diberikan penekanan oleh Islam.
 Aspek ini ditanam di dalam jiwa manusia kerana pihak
yang bertanggungjawab akan menanggung hasil
daripada perbuatannya di hadapan Allah atau setiap
perbuatan akan menerima balasan setimpal baik atau
buruknya.
 Pihak yang bertanggungjawab terdiri daripada
pemimpin/ketua, iaitu dalam sesebuah negara, atau
keluarga atau diri sendiri kerana setiap daripada kita
adalah khalifah Allah di bumi.
 Pihak yang bertanggungjawab juga bergantung pada
syarat2 tertentu dari segi akal, baligh, merdeka,
kemampuan, jantina, waras dsb.
PENDIDIKAN ISLAM & PERKEMBANGAN MANUSIA
 1) Peringkat Sebelum Kelahiran – Islam menggalakkan
perkahwinan untuk mendapatkan zuriat yang sah. Sama ada
lelaki dan perempuan hendaklah memilih pasangan yang sesuai
dan baik. – utamakan yang beragama. Hadith riwayat Abnu
Majah & Baihaki di mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda
bermaksud “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana
kecantikannya kerana kecantikannya itu boleh mencelakakan
kamu. Janganlah mengahwini wanita kerana hartanya kerana
hartanya boleh buat dia sombong. Kahwini lah mereka kerana
agama.Sesungguhnya seorang wanita hamba abdi yg hitam &
cuping telinganya besar adalah lebih baik jika dia beragama”
 Memerlukan baka yang baik untuk lahirkan anak yang baik.
 Persekitaran yang sihat dan penjagaan dari segi fizikal dan
rohani dengan sebaik2nya semasa mengandung.
 2) Peringkat Awal Kanak-Kanak – ketika lahir terus azan atau
iqamah di telinga anak-menyeru kepada tauhid.
 Bercukur pada hari ke-7 dan bersedekah.
 Memberikan nama yang baik.
 Menyusukan anak sehingga umur 2 tahun.
 Memberikan belaian, kasih sayang dan kemesraan
terhadap anak2.
 Hubungan yang baik dan cara hidup pertama dilihat
oleh anak bermula daripada keluarga. Ini memberikan
pengaruh yang besar dan penting kepada pembesaran
dan pertumbuhan fizikal dan rohani anak.
3) Peringkat Kanak-Kanak (7 Tahun – 12 Tahun)
 Peringkat perlunya anak belajar menulis dan
membaca.
 Mengajar anak supaya solat 5 waktu dan bila umur 10
tahun boleh merotan.
 Perkenalkan yang mana baik dan buruk dan hal dan
haram.
 Mengenali rakan2 anak dan memastikan rakan2 yang
baik.
 Penekanan diberikan dalam bentuk keimanan kepada
Allah, mengetahui tentang dasar2 akidah, apa
larangan dan suruhan Allah dan didik anak melalui
perbuatan.
 4) Peringkat Baligh (12 Tahun – 21 Tahun)
 Zaman remaja dan peringkat ini mereka telah
dipertanggungjawabkan secara individu atas apa yang
dilakukannya.
 Pada peringkat inilah anak2 perlu diberikan gambaran
yang betul serta persekitaran yang baik untuk mencari
pasangan.
 Biasanya remaja lebih terdorong untuk melakukan
sesuatu melalui logik akal.
 Mereka sedang berusaha mencari identiti diri dan ada
sifat malu – perlu diberikan kesedaran pemikiran,
sebab musabab, peraturan.
 Mereka inginkan kebebasan dan mula menjauhkan
diri dengan keluarga. Perlu diberikan garis panduan
berkaitan perhubungan di antara lelaki dan
perempuan.
 5) Peringkat Matang (Rusyd) (Umur 22 – 40 Tahun)
 Pada peringkat ini dikategorikan sebagai dewasa dan
telah mencapai akhlak dan pemikiran yang sempurna.
IJTIHAD
 Definisi dari segi bahasa:”pencurahan segenap kemampuan
untuk mendapatkan sesuatu” yang bermaksud penggunaan akal
sekuat mungkin untuk menemukan sesuatu keputusan hukum
tertentu yang tidak ditetapkan secara nyata di dalam al-Quran
dan as-Sunnah.
 Definisi dari segi istilah: ialah suatu proses penyelidikan yang
serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana
Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum
yang bersifat amali. Proses ijtihad hanya berlaku terhadap
hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran
atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada
lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti
dalil yang digunakan itu sendiri.
 Sekiranya sesuatu dalil teks telah jelas dan putus, jelas maknanya
tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan dalil itu pula disahkan
berautoriti, maka ijtihad tidak lagi perlu. Ijtihad biasanya
berlaku dengan mengambil pengajaran-pengajaran di dalam
sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan
dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan
 Daripada definisi tadi dapat dibuat kesimpulan
bahawa:-
 1) pelaku ijtihad adalah seorang ahli fiqih/yang arif
tentang hukum Islam.
 2) Apa yang ingin dicapai oleh ijtihad ialah hukum
syarie iaitu yang berhubungan dengan tingkahlaku
dan perbuatan orang2 dewasa bukannya hukum
I’tiqadi atau hukum khuluqi.
 3) Status hukum syarie yang dihasilkan oleh ijtihad
adalah dhanni dan bukannya absolute.
 4) Ijtihad hanya digunakan untuk menentukan
sesuatu hukum yang tidak ditentukan secara nyata di
dalam al-Quran dan as-Sunnah.
DALIL KEHARUSAN IJTIHAD
 1) Surah an-Nisaa’ ayat 59 “Wahai orang2 yang beriman,
taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan Ulil Amr(orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Dan apabila kamu
berbantah2 (berselisih pendapat) dalam sesuatu perkara
maka hendaklah kamu kembali kepada Al-Quran dan As-
Sunnah. Jika kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian, adalah lebih baik bagi kamu dan
lebih elok pula kesudahannya”.
 2) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abdullah Ibn
Mas’ud sebagai berikut “berhukumlah engkau dengan al-
Quran dan as-Sunnah apabila sesuatu persoalan itu engkau
temukan pada dua sumber tersebut. Tetapi sekiranya
engkau tidak menemukannya pada dua sumber itu maka
berijtihadlah”.
 3) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Ali bin
Abi Talib “apabila engkau berijtihad dan ijtihadmu itu
betul maka engkau mendapat 2 pahala tetapi apabila
ijtihadmu itu salah maka engkau mendapat satu
pahala”.
JENIS-JENIS IJTIHAD
 1) IJMA’ – dari segi bahasa adalah azam atau tekad.
 Manakala dari segi istilah syara’ pula, Ijmak adalah kesepakatan yakni
kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam
agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang suatu perkara
yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasululullah S.A.W.
 ialah ijma’ para ulama’ mujtahidin muslimin dan bersemuafakat
mereka tanpa berkecuali oleh mana-mana seorang pun daripada
mereka terhadap sesuatu hukum syara’. Ijmak Sahabat tentang
pemerintahan. Wajib hukumnya mengangkat seorang imam atau
khalifah untuk menggantikan Rasulullah dalam mengurusi urusan
Daulah Islamiyah yang menyangkut urusan agama dan dunia yang
disepakati oleh para Sahabat di Saqifah Bani Sa’idah.
 2) QIYAS – atau reasoning by analogy iaitu menetapkan sesuatu
hukum terhadap sesuatu hal yang belum diterangkan oleh al-Quran
dan As-Sunnah dengan dianalogikan kepada hukum sesuatu yang
sudah diterangkan hukumnya oleh al-Quran dan As-Sunnah kerana
adanya sebab yang sama. Contohnya pengharaman dadah diqiyaskan
dengan hukum pengharaman arak kerana memabukkan dan
menghilangkan kewarasan.
 3) MASHALIH AL-MURSALAH – atau utility iaitu menetapkan
hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas
pertimbangan kegunaan dan kemanfaatan yang sesuai dengan
tujuan syariat. Kaedah ini mempertimbangkan dasar
kepentingan dan kegunaan dengan tanpa adanya dalil yang
secara bertulis dan nyata dalam al-Quran dan As-
Sunnah.Contohnya mewujudkan matawang, menyediakan
penjara adalah atas dasar kegunaan dan kemanfaatan yang tidak
bercanggah dengan syariat Islam.
 4) ISTIHSAN - atau juristic preference iaitu menetapkan sesuatu
hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas dasar
prinsip2 umum ajaran Islam seperti keadilah, kasih sayang dll.
Kaedah ini sedikit berbeza daripada mashalih al-mursalah
kerana ia mempertimbangkan dasar kemaslahatan itu dengan
disertai dalil al-Quran dan As-Sunnah yang umum. Contohnya
Saidina Umar r.a.tidak menghukum pencuri kerana kebuluran
semasa kemarau panjang dengan hukuman hadd kerana atas
dasar keadilan dan kasih sayang dan dalil daripada al-Hadith
bahawa Islam tidak menyusahkan umatnya.
JIHAD
 Definisi dari segi bahasa – perkataan jihad berasal
daripada kalimah arab ‘jahada’ yang bermaksud
”keberatan dan kesusahan”
 Dari segi istilah – jihad bermaksud “mencurahkan
daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai
sesuatu matlamat atau cita2 mulia dalam bentuk kata2
atau perbuatan. Ia mencakupi usaha bersungguh2
untuk mencapai satu2 tujuan yang diingini atau
mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan
berbagai cara”.
 Kesimpulannya jihad meliputi pelbagai aspek iaitu
melibatkan perlawanan dan peperangan secara fizikal
dan juga perlawanan secara mental dan spiritual.
JIHAD MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
 1) Surah an-Nisaa’ ayat 95 bermaksud “ tidaklah sama
keadaan orang2 yang duduk (tidak turut berperang)
dari kalangan orang2 yang beriman selain daripada
orang2 yang ada keuzuran dengan orang2 yang
berjihad di jalan Allah(untuk membela Islam) dengan
harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang
berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas
orang2 yang duduk (tidak berperang disebabkan uzur)
dengan kelebihan satu darjat” maksudnya di dalam
ayat ini mengerahkan tenaga dan usaha untuk
berperang pada jalan Allah sama ada secara langsung
(bertempur di medan perang) ataupun dengan harta,
akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik,
bantuan perubatan bagi tentera dsbg.
 2) Surah At-Taubah ayat 41 bermaksud “Pergilah kamu
beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah,
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah
bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah
dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan
Allah(untuk membela Islam). Yang demikian itu
amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” – ini
menjelaskan bahawa berjihad pada jalan Allah pada
kebiasaannya ialah dengan harta dan nyawa.
 Kenapa Allah sentiasa mendahulukan frasa ‘jihad
dengan harta’ – bertujuan memberi semangat dan
mendorong mereka berjihad kerana jihad dengan
harta adalah lebih mudah dilakukan berbanding jihad
dengan nyawa.
 Surah Al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud “Dan
perangilah kerana (menegakkan dan
mempertahankan) agama Allah akan orang yang
memerangi kamu, dan jangan kamu
menceroboh(dengan memulakan peperangan) kerana
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang
mmenceroboh”. – ayat ini menjelaskan bahawa agama
Islam menganjurkan jihad untuk mempertahankan
agama sekiranya kedudukan Islam terancam walau
bagaimanapun Islam juga melarang umatnya daripada
memulakan pencerobohan dan menitikberatkan
keamanan.
 3) Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud
“Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. Wahai
Rasulullah! Beritahulah aku amalan apakah yang
setanding dengan jihad? Rasulullah menjawab: Aku
tidak memperolehnya. Lelaki tersebut berkata:
Beritahu dan terangkanlah kepadaku.Rasulullah s.a.w.
bersabda lagi:Apabila mujahid berangkat untuk
berjihad, sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu
berdiri sembanhyang dan tidak berhenti, adakah
kamu terdaya untuk berpuasa terus menerus tanpa
berbuka walau sehari?Baginda bersabda lagi: Siapakah
yang sanggup melakukan sedemikian?”
 4)Hadith sahih di mana Rasulullah s.a.w. pernah
ditanya: Wahai Rasulullah!ada orang berperang
dengan gagah berani, ada yang berperang dengan
penuh semangat, dan ada pula yang berperang agar
dikenal kedudukannya maka siapakah yang disebut
berperang di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab
sesiapa yang berperang untuk menegakkan
Kalimatullah, maka dialah yang berperang di jalan
Allah”
 Pendapat daripada ulama’ figh kontemporari, Wahbah
al-Zuhaili terdapat beberapa cara manifestasi jihad
yang boleh dilakukan iaitu jihad dengan jiwa dan raga,
harta dan juga kata2 bagi tujuan mempertahankan diri
daripada musuh.
 Jihad boleh diertikan dengan jihad menentang hawa
nafsu dan syaitan, jihad dalam menuntut ilmu dan
memerangi kejahilan, jihad membanteras kemiskinan,
gejala sosial dan sebagainya.
 Waktu yang aman dan sejahtera di negara kita
sekarang memerlukan kita berjihad bagi
membangunkan ummah, memerangi kejahilan,
penyakit serta masalah sosial.
PENSYARI’ATAN JIHAD UNTUK BERPERANG DALAM ISLAM
 1)Pada peringkat awal dakwah Rasulullah di era Makkah, jihad
memerangi musuh belum disyari’atkan oleh Islam. Walaupun
turun beberapa ayat di era tersebut tentang jihad seperti di
dalam surah al-’Ankabut ayat 6,8 & 69 serta surah Luqman ayat
15, namun jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna
jihad ma’nawi bukannya jihad melibatkan pertempuran dan
peperangan.
 2)Manakala semasa proses hijrah ke Madinah, kaum muslimin
mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada
Allah Taala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan
orang2 Islam berperang tetapi bukan mewajibkannya.
 3)Selepas hijrah ke Madinah, kaum muslimin diwajibkan
berjihad memerangi mereka yang memusuhi dan memerangi
Islam dan kaum muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang
disebut dalam surah2 madaniyyah. Kebanyakannya dengan jelas
membawa maksud berperang pada jalan Allah atau kerana Allah.
 Kajian tentang kronogi pensyari’atan jihad mendapati bahawa
tuntutan dan hukum jihad diturunkan secara beransur2,
berperingkat dan mengikut kesesuaian masa, kepelbagaian dan
keperluan situasi serta persediaan mental dan fizikal kaum
muslimin. Ini membuktikan keistimewaan Islam sebagai agama
fitrah manusia yang tidak membebankan serta relevan dengan
keadaan semasa.
 Secara perbandingan, keadaan kaum muslimin di Makkah
sebelum hijrah agak lemah, memandangkan pengikut nabi
Muhammad s.a.w. masih sedikit dan mereka merupakan
golongan minoriti yang sering ditindas. Oleh itu, Allah Taala
Yang Maha Mengetahui ketidakupayaan mereka untuk
bertempur tidak mensyari’atkan kaum muslimin di Makkah utk
berjihad. Sebaliknya setelah wujud kerajaan dan semasa
pemerintahan Islam kukuh di bawah pimpinan Rasulullah di
Madinah, jihad telah disyari’atkan. Pada masa itu, Rasulullah
telah mempersiapkan barisan pejuang Islam yang beriman &
sanggup berkorban segala2nya demi Islam.
TUJUAN & KEPENTINGAN JIHAD
 1) Mempertahankan Islam dan ajarannya – iaitu membanteras
sebarang pergerakan, usaha dan rancangan untuk
memutarbelitkan ajaran Islam atau menghancurkan akidah
muslimin.
 2) Membela diri dan nasib kaum muslimin daripada kezaliman
dan penganiayaan pihak musuh – termasuklah jihad untuk
mengusir para penceroboh & penjajah yang merampas negara
atau kawasan kaum muslimin. Penindasan juga termasuk
pencabulan hak2 asasi manusia yang beragama Islam.
 3) Meluaskan syiar Islam – sekiranya dakwah secara aman tidak
dapat dijalankan maka caranya ialah dengan berjihad/berperang.
Namun dalam Islam tidak dibenarkan menggunakan kekerasan
dan paksaan dalam berdakwah.
 4) Membangunkan ummah dan menjadi yang terbaik dalam
segala aspek iaitu akhlak, ekonomi, sosial, politik dan
pendidikan.
 Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa terdapat 4 jenis
keadaan jihad sepertimana dibuat oleh para ulama’:-
 1) Jihad maknawi - jihad melalui tutur kata dan perbuatan,
jihad melawan hawa nafsu dan godaan syaitan, jihad
menuntut ilmu, membanteras kemiskinan dan gejala sosial
dan sebagainya.
 2) Ketika bertemu dan bertembung dengan tentera musuh
di medan perang – pejuang dalam keadaan ini mestilah
bertahan dan diharamkan daripada lari dari medan perang.
 3) Apabila orang2 kafir menyerang sesebuah negara Islam –
dalam keadaan ini penduduk2 negeri tersebut mestilah
bertahan untuk memerangi musuh dan menghalau
mereka.
 4) Apabila ketua negara mengisytiharkan kerahan tenaga
bagi memerangi sesuatu kaum, mereka hendaklah turun
ke medan perang bersama2 mereka.

You might also like