P. 1
PENILAIAN DALAM KAUNSELING: ALAT UKURAN PERSONALITI Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

PENILAIAN DALAM KAUNSELING: ALAT UKURAN PERSONALITI Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

|Views: 8,914|Likes:
Published by noorhamizah

More info:

Published by: noorhamizah on Dec 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/03/2013

pdf

text

original

PENILAIAN DALAM KAUNSELING: ALAT UKURAN PERSONALITI Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

PENGENALAN

Freud mendefinasikan personaliti sebagai hasil integrasi sturuktur dalaman seperti id, ego dan super ego. Freud juga melihat personaliti sebagai suatu yang realiti dan bersifat stabil manakala Rogers dalam Zainuddin (1993) menyatakan personaliti sebagai suatu yang berubah dan berkembang. Sidek Mohd Noah (2002) mengatakan personaliti adalah unik dan dinamis yang dapat menentukan dan menggerakkan tingkah laku i ndividu. Ramai pengkaji yang berminat dalam bidang personaliti telah menjalankan kajian mereka bertujuan untuk mencari, mengukur dan menghuraikan pelbagai dimensi persoaliti manusia (Sidek Mohd Noah, 2005)

Justeru bagi melengkapkan kajian -kajian yang dihasilkan, adalah penting menggunakan alat ukuran personaliti yang berkualiti bagi mencari dan mengenal pasti kepelbagaian tret -tret personaliti individu. Kathleen (1978)

mengklasifikasikan inventori personaliti kepada dua jenis utama iaitu i) Projektif yakni alat ukuran yang menggunakan gambar atau lukisan dan respon yang dinyatakan oleh responden tadi akan diukur; ii) Bukan Projektif iaitu alat ukuran dalam bentuk pemilihan item -item pernyataan oleh responden akan diukur untuk mengetahui tret personaliti y ang dimiliki oleh seseorang individu itu.

Shertzer dan Linden (1979) menyatakan bahawa dalam pembentukan sesuatu inventori itu memerlukan pendekatan -pendekatan yang tertentu seperti yang dijelaskannya dalam Sidek (2005). Pendekatan -pendekatan itu adalah seperti berikut: Inventori Personaliti Pendekatan Rasional Terdapat beberapa inventori yang terlibat dan dibina melalui pendekatan rasional ini iaitu di antaranya adalah, Edwards Personal Preference Schedule

(EPPS), Myers-Briggs Typer Indicator (MBTI), Tennessee Self-concept Scale (TSCS) dan lain-lain. Inventori Personalti Pendekatan Empirikal Terdapat beberapa inventori yang diasaskan melalui pendekatan ini iaitu seperti The Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI) dan The California Psychological Inventory (CPI). Inventori Personalti Pendekatan Faktorial Terdapat beberapa inventori yang diasaskan melalui pendekatan yang

menggunakan kaedah analisis faktor ini iaitu seperti

Guilford-Zimmerman

Temperament Survey (GZTS) yang dibina oleh Guilford da lam tahun 1933, Eysenck Personality Inventory (EPI), Maudsley Personality Inventory (MPI) dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, perbincangan yang terperinci akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai beberapa inventori yang berasaskan pendekatan yang telah dijelaskan di atas seperti Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI), Sidek Personality Inventory (SPI), California Psychological Inventory (CPI), dan Tennessee Self-concept Scale (TSCS).

LATAR BELAKANG ALAT UKURAN
INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR (JEPI) Pada tahun 1947, Hans Jurgan Eysenck telah memperkenalkan Inventor i Personaliti Eysenck Juniour ( JEPI). Dalam usaha pembinaan alat ini, analisis faktor telah mula dijalankan yang melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pemboleh ubah ke atas 700 orang askar yang neurotik. Dua faktor yang diberikan fokus utama ialah Neuroti sm (N) dan Ekstroversi (E). Faktor

Neurotisme (N) mempunyai kontinum bipolar yang skornya melebihi 12 mewakili keadaan neurotis dan skor yang kurang daripada 12 mewakili keadaan yang stabil. Manakala bagi Faktor Ekstroversi (E), sekiranya mempunyai bipolar skor melebihi 12 mewakili ektroversi dan yang kurang daripada 12 mewakili introvert Jika skor yang diperolehi oleh seseorang individu i tu adalah N 12, individu tersebut mempunyai kecenderungan untuk memiliki kedua ciri -ciri neurotisme dan ekstroversi. Sehubungan dengan itu juga, individu berkenaan menunjukkan ketidakstabilan serta ciri-ciri neurotik yang lemah secara bertuka r-tukar dari satu masa ke satu masa yang lain. Neurotism dan Stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang mana skor melebihi 12 mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripadanya mewakili keadaan yang stabil. Begtu juga keadaannya denga n kontinum bipolar Ekstroversi dan I ntroversi yang mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan Ekstroversi dan skor kurang daripada 12 termasuk dalam keadaan yang I ntrovert.

Eysenck telah mencipta item -item ujian untuk mengukur faktor -faktor yang dikenal pasti bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley Medical Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur fak tor neurotisme sebagai dimensi personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikaji semula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan analisis faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley Personality Inventory (MPI) dihasilkan. MPI mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan diubah kepada Eysenck Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini

juga akhirnya dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).

Namun begitu, penggunaan JEPI di Malaysia telah diuba hsuai oleh Prof Madya Dr Sidek Mohd Noah mengikut bahasa dan budaya yang bersesuaian dengan rakyat Malaysia. Terdapat 60 item kesemuanyanya dan terdiri daripada 3 skala iaitu skala Ekstroversi, Neurotisme dan Penipuan. Skala Ekstroversi

mempunyai 24 item (19 item positif dan 5 item negatif) manakala skala Neurotisme pula mengandungi 24 item yang semuanya menunjukkan item yang positif. Selain itu, terdapat juga skala Penipuan yang mengandungi 12 item iaitu 6 item positif dan 6 item negatif.

Dari segi pentadbiran JEPI pula, masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun dicadangkan agar dapat menyelesaikannya dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Seelok -eloknya ia ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif iaitu mempunyai peralatan -peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada kebisingan serta gangguan. Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati -hati serta mengikut kaedah pengiraan yang standard yang telah ditetapkan. Rajah 1

berikut merupakan pentafsiran skor yang d iperolehi berhubung dengan tret ±tret yang terkandung di dalam JEPI

Muram Kuadran I 24 Cemas Bimbang
MELANKOLIK Tidak Fleksibel/Rigid

Kuadran II

Mudah

Tersinggung Gelisah Agresif
KOLERIK

Ghairah

Tidak Peramah 0 6 Jujur Terkawal Tenang Tenteram AIR

12

Mudah Berubah 18 24
SANGUIN

PHLEGMATIK

Selesa Bebas Ekstrovert TANAH Bersemangat

Boleh Diharapkan

Rajah 1: Panduan Pentafsiran Inventori JEPI

INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS) Dr Sidek Mohd Noah telah mebangunkan Inventori Personaliti Sidek pada tahun 1987 (Sidek Mohd Noah, 1998) menggunakan pendekatan rasional. Inventori ini dibentuk dengan tujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret personaliti seseorang individu. IPS memp unyai 15 skala dan 1 skala kejujuran yang menerangkan tret personaliti IPS yang merangkumi Agresif, A nalitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencap aian.

Pembentukan IPS ini telah dikaji kesahan dan kebolehpercayaannya sama seperti ujian inventori yg lain juga. Analisis item menggunakan analisis reliabiliti, model alpha yang dijalankan oleh Sidek Mohd Noah (1998) telah menghasilkan standardized item alpha yang bernilai lebih daripada .95. Keputusan yang diperolehi itu menunjukkan item -item yang terkandung di dalam IPS ini adalah homogenius dan sekaligus menunjukkan kandungan inventori ini adalah sah dan signifikan dari sudut statistik. Manakala dari sudut kebolehpercayaan pula, IPS telah menggunakan pendekatan Kuder-Richardson dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi bagi keseluruhan inventori ini adalah .95. Oleh yang demikian, berdasarkan nilai kesahan dan kebolehper cayaan yang diperolehi tersebut adalah jelas bahawa IPS merupakan satu alat pengukuran atau ujian yang baik, bermutu dan mencapai nilai standard.

Terdapat empat asas andaian dalam pentafsiran profil IPS. Pertama ialah tiada personaliti yang gagal dalam ertikata yang sebenar. Pers onaliti seseorang individu hanya akan gagal jika dikaitkan dengan kerjaya -kerjaya tertentu.

Kedua, tiada individu yang personalitinya sempurna. Oleh itu, pentafsiran IPS dinyatakan bahawa tiada individu memperoleh skor 100. Skor maksima yang diperoleh ialah 99%. Ketiga, tiada individu yang personalitinya sifar atau kosong iaitu tiada individu yang memperoleh skor 0 kerana skor minimum yang diperoleh ialah 1%. Andaian yang terakhir ad alah personaliti adalah kualiti intrinsik manusia yang boleh berubah. Pers onaliti individu banyak dipengaruhi

oleh faktor-faktor persekitaran termasuklah pembelajaran baru yang diterima oleh mereka dalam kehidupannya.

Dalam pentafsiran alat ukuran IPS, skor antara

1 hingga 30% markah

dianggap skor rendah, 40 hingga 60% diang gap sederhana, sementara skor 70 hingga 99% dianggap tinggi bagi semua tret yang dikaji. Tetapi, bagi pentafsiran tret kejujuran pula, skor di bawah 50% dianggap rendah dan skor di atas 50% adalah dianggap tinggi. Bagi tret agreasif dan kritik -diri pula, individu yang memperolehi skor sederhana iaitu 40 hingga 60% dianggap baik bagi mentafsir personaliti individu tersebut. Jadual 1 di bawah menunjukkan tafsiran bagi setiap tret personaliti yang terkandung dalam alat ukuran IPS . Jadual 1: Keterangan Tret Personaliti IPS BIL 1 SKALA Agresif KETERANGAN TRET PERSONALITI Tret personaliti yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi 2 Analitikal Tret personaliti yang menunjukkan sangat sensitif dan prihatin kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisi sesuatu perkara sebelum membuat keputusan 3 Autonomi Tret personaliti yang menunjukkan individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya 4 Bersandar Tret personaliti yang menunjukkan individu suka bergantung kepada orang lain dan memerlukan orang lain dalam membuat keputusan 5 Ekstrovert Tret personaliti yang menunjukkan individu suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai. 6 Intelektual Tret personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual 7 Introvert Tret personaliti yang menunjukkan individu suka mengelak situasi yang memaksa mereka berkomunikasi di samping suka bersendirian

BIL 8

SKALA Kepelbagaian

KETERANGAN TRET PERSONALITI Tret personaliti yang menunjukkan individu dapat menghayati pelbagai situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru

9

Ketahanan

Tret personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk menyelesaikan semua tugas

10

Kritik- Diri

Tret personaliti yang menunjukkan individu yang tidak stabil dari segi emosi dan psikologi, rendah diri dan suka menyalahkan diri

11

Mengawal

Tret personaliti yang menunjukkan individu suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin.

12

Menolong

Tret personaliti yang menunjukkan individu yang berkeinginan unuk meluahkan simpati, ksih sayang, memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain.

13

Sokongan

Tret personaliti yang menunjukkan individu memerlukan perhatian, simpati dan ingin dikasihi

14

Struktur

Tret personaliti yang menunjukkan individu suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara -perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan terperinci

15

Pencapaian

Tret personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan sukakan persaingan

16

Kejujuran

Skala ini bertujuan untuk mengesan tahap kejujuran individu dalam menjawab item ujian.

INVENTORI PERSONALITI WARNA (IPW)

Inventori Personaliti Warna (IPW) telah dibangunkan oleh Dr Sidek Mohd Noah pada tahun 1997 bersama-sama dengan pelajar Bacelor Pend idikan (Bimbingan & Kaunseling) Universiti Putra Malaysia Terengganu dengan mengg unakan pendekatan rasional. Draf asal IPW mengandungi 200 item yang setiap jenis personaliti warna diwakili oleh 50 item. Namun setelah proses pembinaan selesai, hanya 100 item sahaja yang benar -benar bermutu dan signifikan yang

dimasukkan ke dalam borang akhir di mana setiap satu personaliti warna diwakili oleh 25 item. IPW mempunyai format jawapan ³Ya´ atau ³Tidak´ dan gerakbalas individu terhadap item -item yang terdapat dalam IPW dikatakan dapat menerangkan ciri -ciri personaliti individu. Terdapat 4 jenis personaliti yang mewakili skala IPW iaitu personaliti Emas, personaliti Hijau, personaliti Biru dan personaliti Jingga.

Mengikut Falt

(1999),

sejarah penggunaan teori personaliti

warna

dimulakan oleh Don Lowry melalui ka d-kad aktiviti True Colors. Konsep True Colors yang diperkenalkan oleh Lowry merupakan sejenis kad permainan yang berasaskan personaliti yang melibatkan empat jenis warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Warna Emas melambangkan seseorang yang mengikut

peraturan, Hijau melambangkan seorang yang mementingkan intuisi pemikiran, Biru melambangkan seorang yang mementingkan intuisi perasaan dan Jingga melambangkan seorang yang gemarkan pengalaman dan kehidupan yang mencabar. Dengan aktiviti menyusun kad -kad tersebut, individu akan

mengetahui personalitinya melalui warna kad yang paling sesuai dengan dirinya.

Bagi pengujian kesahan dan kebolehpercayaan IPW, sebanyak 5 siri bengkel telah dijalankan untuk membina item, memurni item, membincangkan dapatan kajian rintis dan pemilihan item yang bermutu dan signifikan. Hasil daripada bengkel yang dijalankan dan kajian rintis yang telah dilakukan, analisis item menggunakan analisis reliabiliti, model alpha yang dijalankan oleh Sidek Mohd Noah pada tahun 1997 melalui data kajian rintis kedua telah menghasilkan

standardized item alpha yang bernilai lebih daripada .82.

dan nilai pekali

kebolehpercayaan alpha cronbach .84. Hasil yang diperolehi menunjukkan item item IPW mencapai tahap kesahan dan kebolehpercayaan serta signifikan dan boleh digunakan.

Dari segi pentadbiran pula, ujian ini mestilah ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif. Bilik mestilah mempunyai peralatan -peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada kebisingan dan lain -lain gangguan. Masa untuk menyelesaikan IPS pula tidak ditetpkan tetapi adalah dicadangkan dalam tempoh masa 20 hingga 30 minit. Perkara yang penting yang mesti diterangkan kepada calon yang mengambil ujian adalah supaya mematuhi segala arahan yang telah dinyat akan di dalam borang soalan dan jawapan hendaklah dijawab di dalam borang jawapan yang disediakan. menggambarkan pentafsiran umum IPW. Rajah 2

EMAS

HIJAU

LENDIR Boleh Dipercayai Tradisional Adat

HEMPEDU KUNING Berdasarkan Panjang Akal Teori

Keibubapaan Romantis Unik

Ingin Tahu
Tidak suka peraturan Adventures Berani Spontan Berkemahiran Gopoh Gapah

Harmoni

Berseni

Suka Pertandingan Bahaya & Seronok

Tulin

Empati
BIRU

DARAH JINGGA

Rajah 2: Pentafsiran Umum Profil IPW

INVENTORI KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS)

Pada tahun 1965 Tennessee Self-Concept Scale (TSCS) telah dibina oleh William Fits. TSCS mengandungi 100 item dan dibangunkan dengan menggunakan pendekatan rasional yang terdiri daripada item positif dan negatif yang

memberikan respons jawapan berbentuk skala likert lima mata. Alat ukuran TSCS boleh digunakan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis terhadap kendiri seseorang individu. Apa yang berbeza antara keduanya adalah dari segi stensil pemarkatan. Untuk tujuan kaunseling, ia dapat mengenal pasti 8 komponen yang membentuk konsep kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri, Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Ia juga mempunyai skala khusus yang digunakan untuk mengukur Kritikan -Diri. Di samping itu nilai variabiliti yang

melibatkan jumlah keseluruhan variabiliti (Total V), jumlah nilai lajur variabi liti (Column Total V) dan jumlah nilai baris (Row Total V) dapat memberi keseimbangan konsep kendiri antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.

Menurut Fitt, nilai perkali kebolehpercayaan uji dan uji -kembali alat ukuran TSCS adalah antara .60 hingga .92. Nilai pekali yang diperolehi

menunjukkan TSCS mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi kegunaan di Malaysia pula, TSCS yang digunakan telah dialih bahasa oleh Prof Madya Dr Sidek Mohd Noah. Kesahan dan kebolehpercayaan bagi TSCS dala m konteks di Malaysia telah dijalankan oleh Chiam (1976; 1981) dan Kamaliah Abu (1993). Keputusan yang diperolehi oleh mereka menunjukkan TSCS mempuna kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan ia sesuai digunakan dalam konteks Malaysia.

Dari segi pentadbiran TSCS pula, masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun dicadangkan agar dapat menyelesaikannya dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Seelok -eloknya ia ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif iaitu mempunyai peralatan -peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada kebisingan serta gangguan. Calon yang mengambil ujian juga perlu diingatkan untuk mematuhi segala arahan yang telah disediakan agar

keputusan ujian yang diperolehi kelak ³tidak bias´ dan bebas daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur yang boleh menjejaskan keputusan sebenar diri calon semasa menjawab inventori tersebut. Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati -hati serta mengikut kaedah pengiraan yang st andard yang telah ditetapkan.

Bagi pengiraan skor dan pembentukan profil TSCS , ia perlu dilakukan dengan cermat dan berhati -hati. Pentafsirannya pula boleh dilakukan secara individu dan berkelompok. Markah yang diperolehi hendaklah dibandingkan dengan skor min seperti yang terkandung dalam manual. Skor min adalah skor yang setara dengan skor T dan skor Persentil 50.

Jadual 2: Pentafsiran Profil TSCS
BIL 1 SUBSKALA Identiti Kendiri SKOR MIN SUBSKALA 127 PENTAFSIAN Skor di atas Min ± Identiti kendiri Individu positif @ tinggi Skor di bawah Min ± Identiti kendiri individu rendah @ negatif (Individu memberikan gambaran tentang identiti dirinya @ bagaimana ia melihat dirinya). 2 Kepuasan Kendiri 104 Skor di atas Min - kepuasan kendiri positif @ tinggi Skor di bawah Min - kepuasan kendiri rendah @ negatif (Mencerminkan tahap penerimaan individu terhadap dirinya dan berpuas hati dengan keadaan tersebut). 3 Kendiri Tingkahlaku 115 Skor di atas Min - Kendiri Tingkahlaku positif @ tinggi Skor di bawah Min - Kendiri Tingkahlaku rendah @ negatif (Memberikan gambaran tentang persepsi individu terhadap

BIL

SUBSKALA

SKOR MIN SUBSKALA

PENTAFSIAN perlakuannya dan bagaimana ia berfungsi ).

4

Kendiri Fizikal

73

Skor di atas Min- Kendiri Fizikal positif @ tinggi. Skor di bawah Min - Kendiri Fizikal rendah @ negatif. (Pandangan tentang keadan fizikal badan, kesihatan, wajah, perwatakan ,seksual iti dan kemahiran yang dimiliki ).

5

Kendiri Moral & Etika

71

Skor di atas Min - Kendiri Moral & Etika positif @ tinggi. Skor di bawah Min - Kendiri Moral & Etika rendah @ negatif (Menyentuh mengenai harga diri, perhubungan dengan Tuhan, kepuasan dalam beragama).

6

Kendiri Peribadi

65

Skor di atas Min - Kendiri Peribadi positif @ tinggi. Skor di bawah Min - Kendiri Peribadi rendah @ negatif (Perasaan dan penilaiannya terhadap personaliti yang tidak berkait dengan tubuh badan @ perhubungan dengan orang lain).

7

Kendiri Keluarga

71

Skor di atas Min - Kendiri Keluarga positif @ tinggi. Skor di bawah Min - Kendiri Keluarga rendah @ negatif. (Perasaan dan persepsi terhadap kepentingan dan fungsi diri kep ada keluarga dan penerimaan keluarga terhadap diri).

8

Kendiri Sosial

68

Skor di atas Min - Kendiri Sosial positif @ tinggi. Skor di bawah Min- Kendiri Sosial rendah @ negatif. (Gambaran tentang diri berdasarkan pandangan dirinya sendiri yang menyentuh aspek perhubungan dengan orang lain).

9

Kritik Diri

36

Skor di atas Min ± Kurang stabil dan

BIL

SUBSKALA

SKOR MIN SUBSKALA

PENTAFSIAN mengalami konflik rendah diri. Skor di bawah Min ± Stabil dari segi psikologi.

Skor Min keseluruhan adalah 348 konsep yang dinilai secara menyeluruh dan tidak spesifik dimana skor diatas min merujuk kepada konsep kendiri yang positif dan sebaliknya apabila skor min yang diperolehi rendah. Manakala nilai Variabiliti pula dikur seperti di dalam Jadual 3.

Jadual 3: Pentafsiran Nilai Kesahan TSCS
BIL 1 JUMLAH Jumlah Keseluruhan V SKOR MIN 48 PENTAFSIRAN Skor di atas Min - bermakna 8 komponen yang membentuk keseluruhan konsep kendiri adalah pelbagai. Skor di bawah Min ± Konsep kendiri adalah seimbang (Menggambarkan keseimbangan konsep kendiri antara satu bah agian dengan bahagian yang lain ). 2 Jumlah Lajur V 29 Skor di atas Min ± wujud kepelbagaian berkaitan dengan kendiri fizikal, kendiri moral dan etika, kendiri peribadi, kendiri keluarga dan kendiri sosial. Skor di bawah Min ± konsep kendiri seimbang 3 Jumlah Baris V 19 Skor di atas Min ± wujud kepelbagaian dengan identiti kendiri, kepuasan kendiri dan tingkahlaku kendiri. Skor di bawah Min ± keadaan seimbang. 4 Sebaran D 120 Skor di atas Min ± individu sangat pasti dengan kenyataan yang diberikan mengenai dirinya. Skor di bawah Min ± Kurang atau tidak pasti tentang diri dan kenyataan yang dikemukakan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->