You are on page 1of 3

Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan


pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada
tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas
dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie
kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30
November 1984, Jawatankuasa Kerja
Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan
bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada
Pandu Puteri Tunas. Nama ini lebih sesuai
digunakan selaras dengan perkembangan bahasa
di negara kita. Pandu Puteri Tunas berasal
daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas
dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula
tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok.
Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah
yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik
sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula
bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut,
yang membayangkan sifat-sifat rupawan,
kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf
TUNAS PUTERI mengandungi erti yang
mendalam dan mengandungi sifat-sifat
warganegara yang sempurna.

T    Tolong orang selalu


U    Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N    Nilai hidup yang murni
A    Akhlak yang utuh
S    Selalu senyum tanda persahabatan
P    Patuh kepada undang-undang Tunas Puteri
U    Utamakan tanggungjawab sendiri
T    Tabah menghadapi cabaran
E    Erat dalam perpaduan
R    Rela berkhidmat untuk masyarakat
I     Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga
12 tahun. Bagi ahli baru, mereka akan menjalani latihan berdasarkan Program Pra-
Persetiaan sebelum menyertai Pek Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-
persetiaan ini, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat
perlantikan. Untuk mencapai kecemerlangan yang lebih, mereka dilatih dan diuji
melalui Program Calit Emas, Tangga Emas, di samping mengambil ujian Lencana
Kecekapan yang digemari.

Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh dengan ikrar yang dilafaz.
Ikrar ini menunjukkan bahawa seorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan
santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Ikrar Pandu Puteri
Tunas berbunyi begini:

“Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya
kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, Menolong orang setiap hari
terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.”

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi oleh ahli-
ahlinya. Terdapat dua undang-undang Pandu Puteri Tunas iaitu:
Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas


Cogan kata Pandu Puteri Tunas adalah 'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini
diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu
Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas


Nama kumpulan Pandu Puteri Tunas adalah terdiri daripada nama-nama bunga,
seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.

Melur taat dan setia


Melur
Berusaha setiap masa
Siantan datang berkawan
Siantan
Berani macam pahlawan
Teratai nama kami
Teratai
Bekerja setiap hari
Kami Kesidang datang
Kesidang
Menolong pagi petang
Cempaka bersuka ria
Cempaka
Menolong orang duka
Kami bernama Kenanga
Kenanga
Berjasa bertenaga

Pakaian Pandu Puteri Tunas


1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang
2. Seluar Panjang biru tua
3. Skaf coklat
4. Lambang kumpulan
5. Lambang Negeri
6. Woggle
7. Lencana dunia
8. Flashes bahu
9. Stoking hitam
10.Kasut hitam

You might also like