You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) PETALING JAYA

KERTAS KERJA CADANGAN


AKTIVITI SUKANEKA
Kelab Bola Sepak
&
Kelab Sepak Taktaw
(28 Julai 2010)

Disediakan oleh:
Taiebah bt. Mohamad Sagir
(Guru Pelatih IPG – KBA)

0
1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada
Guru Besar, untuk mengadakan aktiviti sukaneka, pada 28 Julai 2010 pada hari latihan
kokurikulum dijalankan.

2.0 LATAR BELAKANG

Dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan
intelektual, murid sekolah perlu sentiasa diberikan peluang untuk terlibat dengan pelbagai
aktiviti luar bilik darjah. Hal ini supaya, murid bukan sahaja berpeluang
memperkembangkan daya intelek mereka, malah jasmani mereka juga turut dilatih agar
lebih sihat dan cergas.

Oleh yang demikian, saya telah mengatur satu aktiviti sukaneka yang
menggabungkan dua kelab permainan iaitu Kelab Bola Sepak dan Kelab Sepak Takraw.
Antara aktiviti sukaneka yang dirancang ialah Acara Tikar Terbang, Tiup Tepung dan
Sehati Sejiwa. Diharap segala aktiviti yang dirancang dapat membantu murid agar lebih
aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak
sekolah.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Butiran mengenai program adalah seperti berikut:

Tajuk Program : Sukaneka Kelab Bola Sepak dan Kelab Sepak Takraw
Tarikh Cadangan : 28 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Tempat Cadangan : Kantin SK (2) PJ

3.2 Bagi melancarkan program ini Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah dibentuk (Rujuk
Lampiran 1)
3.3 Program ini akan melibatkan ahli-ahli Kelab Bola Sepak & Kelab Sepak Takraw serta
guru-guru penasihat daripada kedua-dua kelab tersebut.
3.4 Tentatif program telah disediakan seperti dalam Lampiran 2.

1
4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan minat murid untuk terlibat dengan aktiviti kokurikulum.


4.2 Meningkatkan kerjasama dalam kalangan murid
4.3 Memperkukuhkan semangat setiakawan antara ahli kelab
4.4 Menggalakkan persaingan yang positif dalam kalangan murid.

5.0 CADANGAN
Antara aktiviti yang dicadangkan untuk program ini ialah:
5.1 Acara Tikar Terbang
5.2 Acara Tiup Tepung
5.3 Acara Sehati Sejiwa

6.0 IMPLIKASI

6.1 Meningkatkan daya persaingan yang sihat dalam kalangan murid


6.2 Menjadikan murid aktif dalam aktiviti kokurikulam dan sukan
6.3 Meningkatkan kerjasama dan semangat berpasukan

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Setiap ahli kedua-dua kumpulan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan


7.2 Guru akan memastikan setiap kumpulan mempunyai ahli daripada kedua-dua kelab
permainan.
7.3 Sebelum memulakan pertandingan, murid-murid akan melakukan aktiviti memanaskan
badan.

Bil. AKTIVITI PELAKSANAAN


1. Tikar Terbang a) Setiap kumpulan akan diberikan dua helai kertas majong.
b) 8 orang murid dipilih daripada setiap kumpulan.
c) Apabila wisel ditiupkan, mereka dikehendaki bergerak ke
garisan penamat dengan menggunakan kertas majong
tersebut.
d) Kumpulan yang paling bekerjasama dan paling awal
sampai ke garisan penamat dikira sebagai pemenang.
2. Tiup Tepung a) Tepung dan gula-gula akan disediakan bagi setiap
kumpulan.
b) Apabila wisel dibunyikan, seorang wakil dari setiap
kumpulan akan berlari dan meniup tepung dalam masa 10
saat. Dalam masa tersebut mereka akan mengeluarkan
seberapa banyak gula-gula yang mereka mampu.
c) Selepas 10 saat mereka akan pergi semula kepada
kumpulan dan ahli kumpulan yang lain pula akan
melakukan perbuatan yang sama sehingga semua ahli
kumpulan telah melakukan acara tiup tepung.
d) Pemenang dikira berdasarkan jumlah gula-gula yang

2
berjaya dikeluarkan daripada tepung.
3. Sehati Sejiwa a) Setiap ahli kumpulan akan diikat kaki mereka bersama
pasangan masing-masing.
b) Apabila wisel dibunyikan, mereka akan berjalan secara
berpasangan dengan melalui beberapa halangan yang
disediakan dan berpatah balik kepada kumpulan masing-
masing.
c) Selepas itu pasangan lain dalam setiap kumpulan akan
melakukan aktiviti yang sama sehinggalah semua pasangan
dalam kumpulan tersebut berjaya menamatkan permainan.
d) Pemenang dipilih berdasarkan kerjasama yang ditonjolkan
dan kumpulan yang paling cepat menamatkan permainan.

8.0 KESIMPULAN

Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
dan pihak sekolah dalam melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin, tabah menghadapi
cabaran dan beriltizam dalam apa jua bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan
dengan segera supaya aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh ,

……………………….. ….……………………
(Taiebah Mohamad Sagir) (Pn. Hjh. Salmah Abd. Rahman)
Guru Pelatih IPG KBA Guru Besar SK (2) PJ

Disokong oleh,

………………………
(En. Nazam Noordin)
GPK Kokurikulum
SK (2) PJ

Disemak oleh,

………………………..
(Pn. Yusniza Mohd. Lawi)
Guru Pembimbing

3
LAMPIRAN 1

STRUKTUR JAWATANKUASA,
PROGRAM SUKANEKA

PENASIHAT
Pn. Hjh. Salmah bt.
Abd. Rahman
Guru Besar SK (2) PJ

PENYELARAS
Guru Penolong Kanan
Kokurikulum

PELAKSANA PROGRAM
Taiebah Mohd. Sagir

Guru-guru penasihat kelab

Ahli-ahli kelab

4
LAMPIRAN 2

Tentatif Program Sukaneka

Tarikh: 28 Julai 2010

MASA AKTIVITI

8.00 pg Pembahagian kumpulan

8.10 pg Memanaskan badan dan regangan

8.20 pg Acara Tikar Terbang

8.40 pg Acara Sehati Sejiwa

8.50 pg Acara Tiup Tepung

9.00 pg Bersurai

You might also like