P. 1
Kebaikan Bersenam [Gred a]

Kebaikan Bersenam [Gred a]

4.0

|Views: 16,188|Likes:
Published by WCKelvin

More info:

Published by: WCKelvin on Dec 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/14/2014

pdf

text

original

Badan sihat otak cerdas.

Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa bersenam banyak membawa faedah kepada kita. Lantaran itu, setiap orang harus meluangkan masa untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan bersenam,kita dapat menyihatkan badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak. Oleh itu,badan kita akan menjadi sihat dan tidak selalu sakit..Kita tidak akan menjadi seorang yang malas dan tidak aktif.Kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu Selain itu,kita dapat mengeratkan hubungan antara keluarga atau rakan jika kita bersenam bersama-sama. Dalam marcapada, kehidupan manusia semakin sibuk lantaran mengejar kerjaya masing-masing. Alangkah baiknya jika ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan dapat bersenam bersama-sama untuk mengeratkan hubungan yang semakin renggang. Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa itu emas. Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan bersenam. Oleh itu,kita tidak akan terjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti melepak,merayaurayau tanpa tujuan dan banyak lagi. Di samping itu,bersenam dapat mencerdaskan minda kita. Kita dapat belajar dengan baik dan boleh memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar. Kita juga tidak cepat letih dan dapat selalau aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah apabila badan kita cergas. Akhir sekali,dengan bersenam kita dapat menghindari diri daripada penyakit seperti sakit jantung,obesiti dan banyak lagi.Jika kita tidak bersenam,kolestrol kita semakin tinggi dan darah tinggi boleh meningkat dengan mendadak. Kesimpulannya,aktivti senaman banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, kita digalakkan memupuk tabiat bersenam sejak kecil, bak kata melentur biarlah dari rebungnya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->