You are on page 1of 9

This page requires JavaScript

  FAQ

Soalan Lazim berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN.

01. Apa itu Skim Simpanan Pendidikan Nasional?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan instrumen simpanan yang
direka khas oleh PTPTN kepada ibubapa bagi membolehkan mereka membuat perancangan
kewangan yang rapi khusus bagi maksud pendidikan tinggi anak-anak mereka. Melalui SSPN
para ibubapa boleh membuat simpanan sedikit demi sedikit bermula daripada anak masih kecil
lagi dan dengan itu segala masalah dan kesulitan kewangan setelah anak-anak mereka
melanjutkan pengajian ke IPT akan dapat diatasi. Ini bermakna SSPN akan membantu
menjayakan cita-cita dan pengharapan setiap ibubapa untuk melihat kejayaan anak-anak dalam
bidang pendidikan.

02. Bagaimanakah skim ini boleh memberi manfaat kepada anak-anak saya?

Antara kelebihan/keistimewaan SSPN yang boleh didapati adalah :-

1. Penerima manfaat/anak akan diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan


daripada PTPTN apabila mereka diterima masuk ke IPT;
2. Manfaat perlindungan takaful/insurans dan khairat/pampasan kematian diberi secara percuma
kepada pendeposit yang layak;
3. Kadar keuntungan atau dividen yang sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran;
4. Dividen/keuntungan SSPN akan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
5. Semua simpanan adalah dijamin oleh Kerajaan (tertakluk kepada pindaan Akta 566); dan
6. Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam bentuk geran sepadan atau
matching grant yang bersamaan dengan jumlah simpanan.

03. Adakah pendeposit diberi keutamaan untuk diberi pinjaman pendidikan sekiranya beliau
adalah ahli SSPN dan adakah terdapat sebarang yuran tahunan atau caj lain?

Pendeposit SSPN akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN
(sekiranya memohon). Tiada sebarang yuran/caj tahunan dikenakan kepada pembukaan akaun
SSPN.

04. Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar skim ini dan berapakah jumlah minimum
deposit yang perlu & apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?

Pembukaan akaun boleh di buat di mana-mana cawangan Bank Bumiputra-Commerce, BSN,


Bank Pertanian, atau Bank Rakyat. Deposit minimum ialah sekurang-kurangya RM20.
Dokumen yang perlu disertakan - salinan kad pengenalan ibubapa, salinan kad pengenalan/sijil
kelahiran anak, dan slip gaji/akaun pendapatan ibubapa.

05. Adakah wajib saya menambah simpanan setiap bulan?

Penambahan deposit SSPN boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan jumlah
deposit mestilah tidak kurang daripada RM20 pada setiap kali membuat deposit.
06. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menyertai SSPN?

Terdapat 2 syarat utama yang diperlukan di dalam menyertai Skim Simpanan Pendidikan
Nasional (SSPN) iaitu:

1. Ibubapa atau penjaga warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang berumur
antara 1 hari hingga 18 tahun semasa membuka akaun.
2. Semua bukan warganegara atau penduduk tetap tidak layak untuk menyertai SSPN.

07. Berapakah pendapatan maksimum untuk layak memohon skim simpanan pendidikan
nasional (SSPN)?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional adalah layak untuk disertai oleh seluruh warganegara
Malaysia tanpa mengira had pendapatan.

08. Adakah terdapat sebarang syarat- syarat tambahan yang dikenakan sekiranya penerima
manfaat adalah bukan anak kandung tetapi adalah anak angkat?

Pembukaan akaun bagi anak angkat mestilah disertakan dengan surat/dokumen yang
menyatakan bahawa anak tersebut adalah di bawah jagaan pendeposit yang sah.

09. Apakah syarat-syarat bagi pendeposit untuk layak menerima manfaat perlindungan takaful
dan bayaran khairat kematian secara percuma.

Pendeposit mestilah mempunyai baki minimum akaun SSPN berjumlah RM1,000 pada setiap
masa.

10. Siapakah individu-individu yang dirangkumi di bawah manfaat perlindungan takaful dan
bayaran khairat kematian?

Individu yang terlibat di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian dan
pecahannya adalah seperti berikut:

1. Pendeposit akan mendapat perlindungan dan khairat kematian.


2. Penerima manfaat akan hanya mendapat khairat kematian sahaja

11. Berapakah jumlah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian yang
diberikan?

Bagi Perlindungan takaful akan mendapat sehingga RM50,000 tertakluk kepada jumlah
simpanan. Manakala bagi khairat kematian akan mendapat bayaran sebanyak RM 1,000.

12. Apa akan berlaku kepada wang simpanan sekiranya pendeposit meninggal dunia dan
apakah langkah seterusnya yang perlu diambil?

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, wang simpanan SSPN akan dilindungi oleh
insurans yang menyediakan manfaat perlindungan serta khairat/pampasan kematian. Sekiranya
sesuatu berlaku kepada pendeposit(ibubapa), anak dan pewaris yang dinamakan, mana-mana
waris atau saudara-mara boleh menuntut wang tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang
telah ditetapkan serta dengan mengemukakan bukti/dokumen yang diperlukan. Sekiranya tiada
sebarang tuntutan dibuat, maka wang tersebut akan diuruskan mengikut undang-undang serta
peraturan yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

13. Pada masa bilakah dan bagaimanakah geran sepadan ini diberikan kepada pendeposit?

Geran sepadan hanya layak bagi keluarga yang berpendapatan isirumah (bulanan) RM1,200 dan
ke bawah. Pengeluaran geran sepadan hanya boleh dilakukan apabila penerima manfaat/anak
diterima masuk ke IPT.

14. Berapakah had minima dan maksima geran tersebut akan diterima oleh mereka yang layak?

Geran Sepadan dihadkan kepada maksimum RM10,000 bagi setiap pendeposit (ibubapa) tanpa
mengira bilangan akaun SSPN yang dibuka untuk setiap anak.

15. Adakah geran sepadan yang telah diberi tersebut perlu dibayar balik dan berapa lamakah
untuk tempoh bayaran balik?

Geran Sepadan adalah pemberian percuma Kerajaan dan tak perlu dibayar balik. Walau
bagaimanapun, Geran Sepadan hanya boleh dikeluarkan sekiranya anak diterima masuk ke IPT.

16. Apakah syarat-syarat pengeluaran simpanan

Pengeluaran hanya boleh dibuat setelah setahun menyimpan di dalam SSPN. Terdapat dua
kaedah pengeluaran yang dibenarkan iaitu:

1. Pengeluaran 10% dari baki akaun atau RM500.00 setahun, manayang terendah; dan
2. Pengeluaran 100% daripada baki akaun jika memenuhi salah satu daripada syarat-syarat
berikut:

 jika anak diterima masuk ke mana-mana IPT;


 jika anak meninggalkan secara sukarela atau dibuang daripada institusi pendidikan;
 jika anak mengidap penyakit yang tidak boleh sembuh sebagaimana yang diperakukan
oleh doktor perubatan kerajaan;
 jika anak menghidapi keilatan keseluruhan kekal sebagaimana yang diperakukan oleh
doktor perubatan kerajaan;
 jika anak meninggal dunia; atau
 jika pendeposit meninggal dunia.

Pada peringkat permulaan semua permohonan pengeluaran hendaklah dikemukakan terus ke


Pejabat PTPTN.

17. Berapakah kadar keuntungan atau dividen yang dikatakan sekurang-kurangnya setara
dengan kadar pasaran? Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pasaran?

Tiada sebarang kadar dividen yang telah ditetapkan, walau bagaimanapun, kadar dividen yang
dijanjikan ialah sekurang-kurangnya setara dengan kadar dividen pasaran skim simpanan yang
ditawarkan oleh oleh bank-bank dan institusi kewangan tempatan.
 10 Disember 2010

 Laman Utama
 Negara!
 Hiburan!
 Sukan!
 Dunia!
 Kosmo2
o Rencana Utama
o Stailo
o Horizon
o Akademi
o Pemotoran
o Varia
o Infiniti
o Pesona
o GenK
o Urban
o Komuniti Kita
o Kesihatan
 Arkib Berita
 Iklan
 Hubungi Kami

AKADEMI
Satu langkah relevan

Pengurangan caj perkhidmatan ini akan menggalakkan graduan membayar tunggakan hutang
mereka kerana kos tambahan daripada kadar caj telah berkurangan.

PERANAN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai penyumbang


utama dana pendidikan tinggi negara sejak 1997 telah banyak membantu negara melahirkan
graduan berkualiti. Perbadanan yang berfungsi sebagai pemberi pinjaman di peringkat pengajian
tinggi ini merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mewujudkan peluang yang sama rata bagi
setiap pelajar melanjutkan pengajian di peringkat tetiari. Kecekapan pinjaman juga menjadi
matlamat utama PTPTN dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang bagi menjana
ekonomi negara.

Dalam usaha menjadi sebuah institusi kewangan yang memiliki sumber kewangannya sendiri
bagi membiayai pinjaman pendidikan menjelang 2015, PTPTN berhadapan dengan isu caj
perkhidmatan yang dikenakan ke atas peminjamnya. Langkah Kementerian Pengajian Tinggi
menyemak semula kadar caj yang kini 3 peratus adalah wajar dan selari dengan situasi ekonomi
negara yang kini berhadapan dengan inflasi serta kenaikan kadar bunga. Langkah ini akan
membawa beberapa implikasi dan PTPTN seharusnya mencari mekanisme baru dalam
menyediakan pinjaman kepada pelajar pengajian tinggi.

Langkah ini kelak semestinya mengurangkan beban peminjam dalam melangsaikan hutang
mereka. Peminjam secara langsung akan menjelaskan bayaran ansuran yang rendah berbanding
sebelumnya dan ini membantu mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Dengan purata
pendapatan yang diterima sekitar RM1800 hingga RM2500 sebulan oleh graduan, pengurangan
caj ini membolehkan mereka menabung untuk membina kehidupan dan membantu ibu bapa.
Dengan caj dikenakan berasaskan baki berakhir setiap bulan, hal ini bermakna graduan terpaksa
membayar sejumlah 36 peratus caj daripada baki pinjaman mereka setiap tahun dengan caj
bulanan 3 peratus. Sekiranya semakan caj ini dilakukan dan berlakunya pengurangan sebanyak
50 peratus kelak, graduan hanya perlu membayar 18 peratus setahun bagi baki pinjaman mereka.
Langkah ini jelas dapat mengurangkan beban graduan dalam merancang kewangan mereka.
Pengurangan caj ini juga akan membantu mengurangkan pinjaman tak berbayar (non performing
loans) yang dihadapi oleh PTPTN dan akan menggalakkan graduan membayar tunggakan hutang
kerana kos tambahan daripada kadar caj telah berkurangan. Kadar caj sebanyak 3 peratus sebulan
ini dilihat agak tinggi kepada graduan yang baru memulakan kerjaya dan faktor ini mungkin
salah satu sebab peminjam liat melangsaikan hutang mereka. Sekiranya pengurangan caj ini
dapat menggalakkan pembayaran pinjaman, kecekapan pinjaman akan dapat dipertingkatkan dan
matlamat PTPTN sebagai pembiaya kewangan pendidikan tinggi secara efisien akan tercapai.

PENGURANGAN caj perkhidmatan akan menggalakkan pembayaran pinjaman manakala kecekapan pinjaman turut dipertingkatkan. - Gambar hiasan

Namun langkah ini sekiranya dilaksanakan mungkin akan mewujudkan kos kepada kerajaan dari
aspek subsidi yang terpaksa ditanggung. Dana PTPTN umumnya diperoleh daripada kerajaan
dan kerajaan memperoleh dana ini secara pinjaman daripada institusi tertentu seperti KWSP dan
sebagainya. Langkah pengurangan caj ini akan mewujudkan tambahan pembayaran subsidi bagi
pihak kerajaan dan akan menjejaskan kewangan kerajaan. Apa yang pasti, sekiranya
pengurangan sebanyak 50 peratus caj perkhidmatan tersebut dilakukan maka sebanyak 1.5
peratus tambahan subsidi perlu ditanggung oleh pihak kerajaan. Isu ini mungkin membawa
implikasi yang kecil, namun dalam usaha kerajaan mewujudkan kecekapan pengagihan subsidi,
perkara ini perlu dipertimbangkan semula.

Dalam usaha memajukan sistem pendidikan negara melalui pembiayaan pendidikan tinggi,
beberapa usaha yang telah dan perlu diambil akan membantu PTPTN lebih cekap memainkan
peranannya. Pemilikan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai satu pra
syarat bagi menerima pinjaman merupakan satu langkah bijak kerana ia melibatkan penyertaan
tabungan ibu bapa dalam membiayai pendidikan anak-anak mereka.

Selain itu, PTPTN juga boleh mempertimbangkan aplikasi sistem kewangan Islam dalam
memberi pinjaman kepada mahasiswa. Skim pinjaman Al-Qardh ul-Hasan boleh diperkenalkan
bagi pelajar melanjutkan pengajian mereka. Skim ini mewujudkan keseimbangan di antara
pembiaya dan peminjam. Aplikasi Wakaf Tunai juga boleh dikembangkan dan sekiranya hal ini
berjaya, PTPTN secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan kewangan Islam di
Malaysia. Dalam usaha PTPTN menjadi institusi pembiaya pendidikan terulung, kerjasamanya
dengan pihak swasta boleh digiatkan dalam mengumpul dana. Kerjasama berbentuk timbal balas
boleh diwujudkan bagi meningkatkan jaringan industri dalam kalangan pelajar. Melalui
kerjasama ini, pelajar yang menerima pembiayaan PTPTN akan diserap di syarikat kerjasama
PTPTN. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kes siswazah menganggur.
Skim pembayaran diskaun mengikut kelas ijazah juga wajar diwujudkan bagi menggalakkan
mahasiswa mencapai gred yang baik dalam pengajian mereka. Dasar ini juga merupakan satu
motivasi bagi para pelajar di bawah pembiayaan PTPTN dalam mencapai kejayaan yang
cemerlang.

Dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan tinggi negara dan melahirkan modal insan yang
cemerlang, peranan PTPTN tidak boleh dinafikan selaku pembiaya kewangan.

Langkah pengurangan caj perkhidmatan yang dicadangkan ini akan membawa beberapa
implikasi. Justeru, langkah menang-menang perlu dicari dalam usaha mewujudkan kecekapan
pinjaman dan melahirkan graduan yang terbilang.

 Pendedahan rahsia paling kontroversi


 Penangan gaya masakan beriani Yemen

 Violet gembira menyatukan dua jiwa

SIEW NAI (kanan) bergambar dengan penyelidik Roberto Crea (kiri) yang menemui kebaikan
jus zaitun dan teknologi untuk memproses jus tersebut menjadi suplemen kesihatan.

 Kuasa antioksida jus zaitun


 Masakan Malaysia ke mata dunia

Iklan@KOSMO!
<a href='http://ad2.perfisio.com/openx/www/delivery/ck.php?
n=a888d112&amp;cb=INSERT_RANDOM_NUMBER_HERE' target='_blank'><img
src='http://ad2.perfisio.com/openx/www/delivery/avw.php?
zoneid=6&amp;cb=INSERT_RANDOM_NUMBER_HERE&amp;n=a888d112' border='0' alt=''
/></a>

Berita Terkini!
Persatuan Wanita Arab bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR — Persatuan Wanita Arab hari ini menyumbangkan RM10,000 kepada
Yayasan Tuanku Syed Putra untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Perlis. Lagi...

 Dua lemas, satu kritikal dan tiga hilang


 Bapa gagal gantung perintah Mahkamah Tinggi
 Pas percuma Konsert Permata Seni habis
 Pelajar Tingkatan Dua mati lemas di Log Pond
 Pembekal ketamin ke Malaysia ditahan di Chennai
 Lagi Terkini...
Artikel-artikel di AKADEMI :
 » Jiwa murni pelatih jururawat
 » Menuju Islam inklusif

Infiniti

Mencintai keajaiban isi Taman Negara

TATKALA pemanduan memasuki pintu masuk Taman Negara Pahang (TNP)


Merapoh, jangkaan mengenai jisim hutan yang berusia lebih 130 juta tahun ini
mungkin meleset. Lagi...

Kesihatan

Enam bulan tidak mandi

ENAM tahun lepas, Mohd. Amir Zulkifli, 43, pelik melihat kulit kepalanya yang
sering berkelemumur. Walaupun baru dibasuh dengan syampu berubat, dalam masa
setengah jam, kulit kepalanya kembali ditumbuhi kepingan putih yang merimaskan.
Lagi...

SIMPAN DI BANK, SSPN ATAU ETIQA LEBIH BAGUS?

Kita ambil contoh anak yg baru umur 1 tahun. Bapa anak ni menyimpan RM100/Sebulan selama 24
tahun di salah satu tabung simpanan ni, dan kita akan tgk yg mana lebih menguntungkan:

BANK KONVENSIONAL/ISLAMIK:

1. SIMPANAN SHJ (24THN) : RM100 X 12BULAN X 24TAHUN = RM 28,800.00


2. DIVIDEN (24THN) : RM100 X 12BULAN X 1% x 24 THN = RM 288.00
3. JAMINAN SUMBANGAN SECARA KONSISTEN* : TIADA
4. PERLINDUNGAN TAKAFUL NYAWA UNTUK ANAK: TIADA
5. ANUGERAH INTELEK* : TIADA
6. HUTANG SELEPAS BELAJAR : TIADA
SSPN/PTPTN:

1. SIMPANAN SHJ (24THN) : RM100 X 12BULAN X 24TAHUN= RM 28,800.00

2. DIVIDEN (24THN) : TIADA

3. JAMINAN SUMBANGAN SECARA KONSISTEN* : TIADA


4. PERLINDUNGAN TAKAFUL NYAWA UNTUK ANAK: TIADA
5. ANUGERAH INTELEK* : TIADA
6. HUTANG SELEPAS BELAJAR : ADA.

ETIQA TAKAFUL BERHAD:

1. SIMPANAN SHJ (24THN) : RM100 X 12BULAN X 24TAHUN = RM 28,800.00


2. DIVIDEN (24THN) : RM100 X 12BULAN X 5.5% x 24 THN = RM 6,200.00
3. JAMINAN SUMBANGAN SECARA KONSISTEN* : ADA
4. PERLINDUNGAN TAKAFUL NYAWA UNTUK ANAK: RM71,000.00
5. ANUGERAH INTELEK** : SEHINGGA RM 1000
6. HUTANG SELEPAS BELAJAR : TIADA

* ETIQA TAKAFUL BERHAD AKAN MENYAMBUNG SUMBANGAN SETIAP BULAN KEPADA TABUNG
PENDIDIKAN ANAK SEHINGGA TAMAT KONTRAK SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN/KECACATAN KEKAL
KEPADA PENYUMBANG.

** ANUGERAH INTELEK BERUPA WANG TUNAI SEKIRANYA ANAK MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG
DALAM UPSR, PMR, SPM & STPM.

-TABUNGAN YANG ANDA SIMPAN DI ETIQA TAKAFUL TELAH DI KELUARKAN ZAKAT SETIAP TAHUN.

ANDA PASTI TIDUR LENA SELEPAS MENABUNG DI ETIQA TAKAFUL KERANA


TABUNGAN PENDIDIKAN ANAK ANDA SUDAH TERJAMIN...
BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA..

You might also like