You are on page 1of 6

Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

Pengenalan

Tanah melayu telah diperintah atau dijajah oleh pelbagai negara dari zaman sebelum
kewujudan kerajaan Melaka lagi. Antara penjajah ialah Srivijaya, Portugis, Belanda, British
dan Jepun. Semua penjajahan dibuat adalah dasar kepentingan sesuatu negara penjajah.
banyak faktor yang telah mempengaruhi sesebuah negara tersebut untuk menjajah. Antaranya
ialah faktor ekonomi, keagamaan, perluasan kuasa dan bahan mentah dan bahan galian. Di
Eropah, setiap negara penjajah akan menjadi kaya kerana hasil kekayaan negara yang dijajah
di bawa pulang dan di dagang semula kepada negara-negara Eropah yang lain. Bahan-bahan
mentah, rempah ratus, tembikar, emas, berlian semuanya di bawa ke negara mereka.
Perubahan di Barat termasuk kemajuan pesat bidang industri, teknologi dan dasar politik
kerajaan barat telah mendesak kuasa-kuasa barat seperti British, Sepanyol, Portugis, Belanda
dan Perancis berusaha untuk mencari kawasan dan yang boleh memenuhi keperluan mereka.
Era rovolusi perindusterian di Eropah seperti proses mengetin makanan memerlukan bijih
timah. Mula-mula proses mengetin makanan mengunakan kaca dan besi tetapi tidak selamat,
Perlombongan bijih timah bermula sejak tahun 1820 dengan kedatangan imigran dari negeri
China ke Perak dan Selangor. Di Selangor, perlombongan bijih bermula dalam tahun 1824,
dikendalikan oleh kaum Hakka. Disebabkan bijih timah di Selangor, Perak dan Negeri
Sembilan didapati dalam bentuk bijih lanar (alluvial tin), proses perlombongan adalah lebih
mudah dan lebih murah berbanding dengan proses perlombongan di Cornwall dan di lain-lain
lokasi di Eropah. Ledakan perlombongan berlaku dalam tahun 1870-an dengan permintaan
yang bertambah dari Eropah dan Amerika Syarikat. Pihak Inggeris atau British kini menjadi
pembekalan utama timah di pasaran dunia.

Di Pasaran Logam London (London Metal Exchange), harga tin yang dibawa dari
Chile dan Tanah Melayu boleh mendapat penetapan dengan cara yang telus dan teratur.
Peniaga tahu harga jualan jongkong timah mereka apabila komoditi itu sampai ke London
ataupun pelabuhan lain. Perniagaan timah boleh dibuat tanpa melibatkan spekulasi dan risiko.
Peningkatan kemudahan tele-komunikasi membolehkan perkhabaran dibuat dengan cepat
menggunakan kawat telegraf. Permintaan untuk timah melonjak dengan permintaan
bertambah daripada industri mengetin makanan. Negara-negara Asia sememangnya kaya
dengan bahan mentah dan bahan galian. Atas sebab itu maka banyak negara barat berlumba-
lumba untuk mencari tanah jajahan dan perbuatan mereka adalah dengan izin raja mereka.
Mereka akan menjalankan dasar kolonialisme, merkantalisme dan imperialisme. Selain
daripada itu, kemunculan pendakwah-pendakwah atau mubaligh-mubaligh untuk
menyebarkan agama salah satu sebab keinginan untuk menjajah. Tanah Melayu juga telah
dijajah oleh pelbagai negara seperti yang tersebut di atas tadi. Negara yang kuat dari segi
ketenteraan , akan berkuasa dan menjadi lebih gah lagi dengan banyaknya tanah jajahan
mereka. Di negara Asia Tenggara hanya Thailand sahaja yang tidak pernah dijajah oleh
mana-mana negara luar kerana kerajaan Siam atau Thailand bijak dan salalu memberi
bantuan serta bekerjasama dengan negara penjajah. Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu
adalah untuk kepentingan politik mereka dan bukannya untuk memertabatkan atau
menyelamatkan Tanah Melayu.

Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 di Pulau Pinang oleh
Francis Light. Kedatangan ini adalah berpunca dari dorongan Kompeni Hindia Timur
Inggeris yang turut direstui oleh kerajaan Inggeris di London. Pada 23 April 1791 Francis
Light telah menewaskan Kedah dan Kedah telah mengikat perjanjian dengan Light. Pihak
Kompeni Hindia Timur tidak berpuas hati dan mereka mahu mengambil Seberang Perai
sepenuhnya. Inggeris bermula campur tangan selepas Perjajian Pangkor pada tahun 1874
yang mana Pahang, Perak dan Selangor di perintah dengan menggunakan Sistem Residen.
Pada tahun 1884 pula sistem pungutan cukai yang telah menyebabkan Sultan dan pembesar
Melayu kehilangan hak untuk memungut cukai. Cukai ini dikutip untuk kepentingan kerajaan
Inggeris sendiri. Pada tahun 1895 ditubuh pula Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah
pentadbiran berpusat di Kuala Lumpur. Seperti mana yang kita ketahui, dasar-dasar yang
dibuat oleh pihak Inggeris di Tanah Melayu telah menggangu pentadbiran kerajaan Melayu
dan kehilangan kuasa pembesar-pembesar tempatan serta mereka tidak menghormati adat
budaya tempatan, tidak sopan, pencemaran ke atas kesucian agama Islam. Campur tangan ini
kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah
penguasaan Inggeris. Penyerahan kuasa ini dibuat secara sukarela oleh raja-raja Melayu
dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh
kerajaan Inggeris
Sir Andrew Clarke -Gebenor Negeri-Negeri Selat

Antara punca-punca kedatangan dan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu adalah:-

1 Sebab ekonomi 7 Pembukaan Terusan Suez

Sistem Perhubungan telegraf di Barat


2 Desakan pelabur 8
dan kapal wap

3 Kebimbangan campur tangan kuasa asing 9 Perubahan politik di Britian

Ketidakstabilan politik dan keselamatan di 1


4 Misi Agama Kristian
Tanah Melayu 0

Faktor kemanusiaan-permintaan dari ketua


1
5 melayu dalam menamatkan pergaduhan Melalui perjanjian dan peperangan
1
dalaman

Tokoh-tokoh Inggeris yang menggalakkan 1 Selepas Perjanjian Pangkor –campur


6
campur tangan 2 tangan secara rasmi di Tanah Melayu

Berikut dinyatakan huraian secara jelas campur tangan British di Tanah Melayu dari
segi ekonomi. Negeri-negeri Tanah Melayu kaya dengan galian bijih timah, emas, bijih besi
dan arang batu. Mereka merasakan mereka perlu menguasai negeri-negeri Melayu seperti
Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan sebelum negeri-negeri ini jatuh ke tangan kuasa
negara lain. Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan British memerlukan bekalan
bijih timah khususnya dalam industri mengetin makanan dan mereka juga mencari pasaran
baru bagi barangan keluaran kilang mereka.desakan daripada pelabur-pelabur saudagar
British yang melabur berjuta-juta ringgit telah menimbulkan tekanan dan tuntutan daripada
saudagar ini supaya British campur tangan di negeri-negeri Melayu. Kebimbangan British
terhadap negara-negara Eropah yang lain memperluaskan wilayah di Asia Tenggara oleh
negara Eropah seperti Belanda (Indonesia), Sepanyol (Filipina), Perancis (Indo-China).
Musuh utama British ialah Jerman yang mana keinginan negara Jerman menunjukkan minat
di Tanah Melayu. Negara Jerman telah pun membuka perdagangan di Langkawi dan di
Terengganu. Ketidakstabilan Tanah Melayu akibat perebutan kuasa oleh pembesar-pembesar
Melayu, pergaduhan kongsi-kongsi gelap cina dan kegiatan lanun telah menjejaskan
kepentingan politik dan perdagangan British. Kekalutan dan kekacauan telah merebak ke
negeri-negeri Selat terutama daripada kongsi-kongsi gelap cina. Pergaduhan dua kongsi gelap
Gee Hin dan Hai San telah menyebabkan Perang Larut dan juga pihak saudagar terbabit
mendesak agar British campur tangan dalam menangani permasalahan tersebut. Selain dari
itu, permohonan daripada pembesar-pembesar elayu agar British campur tangan telah
memberi peluang kepada mereka untuk menguasai Perak. Dengan mementerai Perjanjian
Pangkor pada 20 Januari 1874 di atas kapal HMS Pluto di Pulau Pangkor, British telah
secara rasminya mencampuri urusan pentadbiran di Tanah Melayu seperti di Perak, Selangor,
N. Sembilan dan Pahang.

Pada tahun 1873, Parti Konservatif telah mengambil alih Britian daripada Parti
Liberal. Parti Konservatif menggalakkan campur tangan British di Tanah Melayu kerana
kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Akibat daripada pembukaan Terusan Suez, perjalanan
negara-negara ke Eropah ke Timur lebih cepat berbanding jalan lama menerusi Cape Town
atau Tanjung Harapan jesteru mempercepatkan dasar imperialisme dan kolonialisme Eropah
di negara timur. Perhubungan barat dan timur semakin cepat dengan adanya sistem telegraf
yang wujud serta pembinaan kapal-kapal wap. Jarak perjalanan dari Tanjung Harapan ke
Singapura telah dapat dipendekkan dari 117 hari kepada 37 hari sahaja apabila terbinanya
laluan Terusan Suez. Dengan campur tangan British secara rasmi selepas Perjanjian Pankor
mereka telah melantik residen-residen mereka di tanah melayu serta memberi nasihat pada
Sultan tentang urus tadbir negeri-negeri Melayu. Semua pungutan cukai dan kawalan cukai
mestilah dijalankan di atas nama Sultan dengan dinasihati oleh Residen British dan
penolongnya. Gaji Residen dan penolongnya handaklah di bayar oleh kerajaan negeri. Akhir
sekali faktor keagamaan. Semenjak abad ke 13, perairan Tanah Melayu di kuasai oleh
pedagang Islam. Mereka menyebarkan agama Islam di perairan Kepulauan Melayu sambil
berdagang. Keadaan berubah setelah era Perang Salib yang meletus di antara tentera Islam
dengan tentera Kristian khususnya di Asia Barat an Eropah. Pihak gabungan gereja menyeru
negar Kristian menyebarkan agama Kristian di seluruh dunia. Mereka datang ke Timur
dengan motif ‘3G’ iaitu ‘Gospel, Glory and Gold’. Pemerintahan British terhenti sementara
apabila Jepun menakluki Tanah Melayu pada perang dunia ke dua. Selepas tamat perang pada
tahun 1945, British mengambil balik Tanah Melayu. Kesan daripada penaklukan Jepun telah
menimbulkan bibit penentangan British yang mana Tanah Melayu inginkan kemerdekaan
sepenuhnya daripada British. Era pemerintahan Jepun telah memberi peluang sedikit
sebanyak cara pentadbiran sendiri oleh orang Melayu yang mana tidak mereka perolehi
semasa pemerintahan British. Ini juga menimbulkan kesedaran bahawa penduduk Tanah
Melayu boleh memerintah negara sendiri. Dalam era pemodenan Tanah Melayu, British telah
memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu iaitu orang Cina di bandar, orang Melayu di
kampung-kampung dan orang India di estet-estet getah. Akibat daripada itu, polarisasi kaum
mula wujud antara kaum Melayu,Cina dan India. Jurang perbezaan ekonomi semakin ketara.
Kaum Cina semakin kaya manakala kaum Melayu dan India miskin. Sekolah-sekolah banyak
di bina di bandar seperti sekolah Inggeris dan sekolah Cina manakala sekolah-sekolah
pondok untuk orang Melayu dan begitu juga dengan sekolah tamil di estet-estet. Pihak British
mencadangkan penubuhan Melayan Union yang mana akan mengenepikan pelbagai hak
mutlak orang melayu dalam jangka masa panjang. British mengisytiharkan Penubuhan
Malayan Union pada 1 April 1946. Berlaku penentangan daripada orang Melayu tentang
penubuhan Malayan Union.

Sebab-sebab penentangan Malayan Union ialah:

i. mengakibatkan raja hilang kuasa dan hanya menjadi ‘Raja Boneka’.


ii.bimbang penguasaan orang Cina ke atas ekonomi dan bilangan mereka bertambah
iii. Satu kerakyatan akan menyebabkan orang Melayu hilang pelbagai hak sebagai
bumiputera di Tanah Melayu
iv. British tidak memberi peluang kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu untuk meneliti
kandungan Malayan Union.
v. Negeri-negeri Melayu turun taraf menjadi tanah jajahan British
vi. MacMicheal menggunakan paksaan untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
Cadangan penubuhan Malayan Union telah mengakibatkan pertempuran antara orang
Cina dengan orang Melayu di Johor dan Perak pada tahun 1945 yang mana penduduk bukan
Melayu menyokong Malayan Union kerana menguntungkan mereka terutama sama hak taraf
dan hak kerakyatan. Akhirnya pada 21 Januari 1948, Perjanjian Persekutuan ditandatangani
oleh Raja-raja Melayu dan Kerajaan British. Tanggal 1 Februari 1948 dengan rasminya
ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan menamatkan Malayan Union. Akhirnya Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kesimpulan

Semasa pemerintahan atau campur tangan British di Tanah Melayu, setiap


pertolongan dan bantuan British akan memberi manfaat kepada mereka. Barangan hasil bumi
Tanah Melayu telah dikuasai oleh mereka dan meningkatkan ekonomi mereka daripada
ekonomi Tanah Melayu sendiri. Pemerintahan British telah meninggalkan kesan perkauman
yang wujud sehingga ke hari ini. Perbezaan taraf sosio ekonomi penduduk berbeza mengikut
kaum. Dasar British yang tidak memahami budaya orang timur dan adat resam penduduk
Tanah Melayu serta tidak menghormati budaya tempatan telah mengakibatkan perpecahan di
Tanah Melayu.

Semoga rencana ini akan dapat membantu anda dalam pencarian maklumat untuk rujukan.

Hasil Kerja:

Ali. Juli

Bekenu, Miri.

Sarawak

You might also like