You are on page 1of 10

BENTUK DAN DASAR IDEOLOGI KOMUNIS

Bentuk dan dasar ideologi komunisme adalah berpandukan kepada pemikiran Marxisme,
Leninisme dan fikiran Mao Tse Tung. Upacara bersumpah dilaksanakan iaitu semua
pengikut fahaman atau ideologi ini perlu bersumpah setia kepada ideologi komunisme ini
selama-lamanya dan kepercayaan tunggal pagi pengikut ideologi ini adalah kepercayaan
kepada ideologi komunis. Penyebaran ideologi ini dilakukan atau dilaksanakan oleh
pengikutnya secara berperingkat-peringkat dalam usaha mereka untuk memperluaskan
lagi ideologi komunisme ini.
Pengikut ideologi komunis berpegang kepada tiga konsep iaitu penyembahan
”Tuhan”, memfitnah semua Tuhan lalu memfokuskan diri sebagai ”Tuhan”. Daripada
tiga konsep ini, dapat dilihat bahawa antara ideologi komunisme ini adalah tidak
mempercayai dan mengakui kewujudan Tuhan. Pengikut fahaman komunis, meskipun
tidak percaya pada Tuhan, tetapi pada dasarnya dia bertuhan. Lantas, siapa tuhan orang
komunis? Itu sangat tergantung pada apa atau siapa yang mendominasi kehidupan mereka.
Tuhan mereka adalah ajarannya, pemimpinnya, atau dirinya sendiri. Walau bagaimanapun,
mereka percaya kepada syurga dan neraka. Mereka percaya bahawa apabila seseorang
pengikut ideologi komunisme meninggal dunia, ia akan naik ke syurga iaitu bertemu
dengan Marx ataupun jika tidak masuk syurga, akan masuk ke neraka.
Gejala pemujaan pula misalnya boleh dilihat dari pemandangan harian di
lapangan Merah Moscow. Deretan panjang orang antre untuk menziarahi Muzium Lenin,
dengan cara dan sikap mereka yang jelas bersifat “devotional” (pemujaan) iaitu seakan
meminta berkat daripada sang pemimpin yang jenazahnya terbaring di balik kaca tebal
itu. Sememangnya, pemimpin-pemimpin besar komunis pernah “dituhankan” oleh
pengikutnya: Stalin di Uni Soviet (kini, Rusia), Mao Ze Dong (Mao Tse Tung) di RRC,
Kim I1 Sung di Korea Utara. Mereka memang tidak mengakui pemimpin-pemimpin itu
sebagai “tuhan-tuhan” mereka, tetapi sikap dan cara mereka jelas menunjukkan”proses”
penuhanan.
Fenomena orang bertuhan yang mengaku tidak bertuhan seperti pengikut
komunisme ini dapat kita lihat dalam AI Qur’an surat AI Jaatsiyah/45:23, “Maka
pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya”.
Oleh kerana itu di dalam Al Qur’an tidak dikenal istilah atheis, sekalipun dalam bahasa
Arabnya.
Kitab suci bagi pengikut fahaman komunisme ini adalah satu buku yang berkait
rapat dengan organisasi komunisme. Pelajar di sekolah ataupun institusi pegajian tinggi
diajar mengenai politik mereka bagi menyebarkan ideologi komnisme itu sendiri.
Fahaman ini juga mempunyai nyanyian suci mereka yang tersendiri. Lagu-lagu suci bagi
mereka adalah lagu-lagu yang memuja ideologi komunisme.
Seseorang pemgikut fahaman atau ideologi ini mengumpul dana komunisme dan
mereka dipaksa untuk menyediakan anggaran anggota dan sanggup berkorban demi
ideologi mereka ini. Dari segi hukuman dan larangan pula, terdapat dua perkara yang
ditetapkan dalam disiplin ideologi iaitu ditendang daripada parti ataupun berdepan
dengan hukuman bunuh. Hukuman yang melibatkan orang lain juga turut dilaksanakan.
Penelitian lebih hampir mendedahkan bahawa Darwinisme pada hakikatnya
adalah kuasa paling besar yang menunjangi sistem agama batil kerana para penganutnya,
walaupun merupakan bahagian yang kecil di dalam sesuatu masyarakat, tetapi adalah
merupakan barisan intelektual di dalam masyarakat berkenaan. Sebagai contoh, di dalam
satu kajian sosial yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, hanya sembilan peratus
dari seluruh individu mengaku mereka adalah golongan evolusionis ateis. Akan tetapi,
bahagian masyarakat ini adalah merupakan golongan yang menduduki jawatan penting di
dalam pelbagai universiti, media massa, institusi saintifik kerajaan dan di dalam industri
perfileman. Anggota yang mentadbir masyarakat, yang menubuhkan polisi pendidikan
dan membentuk corak pemikiran masyarakat melalui media secara umumnya adalah
merupakan golongan tersebut.
Secara global, situasi ini dapat dilihat sebagai suatu kelaziman di dalam banyak
negara. Di sini, indikasi penting adalah usaha bersifat kebudayaan dan ideologi yang
diutarakan oleh para penyokong ideologi komunis. Kecuali di dalam beberapa negara,
fahaman komunisme telah pun disingkirkan. Walaupun begitu, komunisme masih tetap
dijulang oleh golongan tertentu kerana prinsip kerajaan komunisme iaitu aliran falsafah
materialisme masih kekal hidup. Pada masa yang sama, para komunis mengutarakan
mesej antaranya; Marx menghadapi sedikit kegagalan di dalam teori ekonominya, namun
materialisme masih tetap bertahan. Sebenarnya, di dalam kebanyakan negara, pergerakan
komunis adalah berada di dalam kedudukan yang kukuh dengan pengaruh yang besar di
dalam pelbagai bidang sains, kesenian dan falsafah. Mereka menguasai sebahagian besar
pusat penerbitan dan fahaman mereka begitu tersebar luas di dalam banyak anjuran pesta-
pesta buku. Sekumpulan kolumnis dan eksekutif di dalam media popular yang umumnya
dikenali sebagai generasi 60-an adalah berlatar-belakangkan fahaman Marxisme.
Walaupun begitu yakin dengan kegagalan ekonomi komunisme, mereka tetap setia
terhadap falsafah materialis dan tetap menganggap agama samawi sebagai candu bagi
masyarakat.
AGAMA SUMBER KONFLIK IDEOLOGI KOMUNISME.

Pada asasnya, agama adalah sebuah hakikat kebenaran yangjelas dan mutlak yang tidak
berkaitan dengan sebarang tradisi atau adat budaya tertentu. Agama adalah merupakan
hubungan makhluk dengan Tuhan, iaitu hakikat yang sering diabaikan oleh evolusionis.
Sebagai langkah untuk memusnahkan budaya ateis dan merentap tabir yang menutup
mata hati sesebuah masyarakat, adalah satu keperluan untuk memusnahkan Marxisme
berserta falsafah materialis yang lain dengan memanfaatkan kajian-kajian saintifik yang
mutakhir. Agama mengajar kepada yang paling luhur, murni dan paling tinggi dalam jiwa
manusia. Tetapi bagi komunisme, jika mengaplikasikan agama ataupun jika
menggunakan agama akan menyebabkan kekacauan kerana masing-masing individu di
dunia ini menganggap agama yang dipercayai atau dianuti oleh mereka adalah agama
yang paling benar ( The Truth Claim) berbanding dengan agama-agama lain.
Dalam komunisme juga mengatakan atau percaya bahawa agama tidak perlu
berperanan mengatur masalah ekonomi, politik atau pemerintahan dan sosial. Ini
menunjukkan idologi komunisme ini berkonflik dengan agama walaupun hanya disorot
dari segi definisinya sahaja.
Selain daripada itu, ideologi komunisme mengatakan masyarakat harus
mengutamakan unsur kebangsaan berbanding unsur-unsur masyarakat yang lain seperti
kesukuan atau etnik, keluarga dan yang paling ditekankan adalah aspek agama.
Agama yang ortodoks semuanya mempunyai kebaikan, iaitu ia bertujuan untuk
mendidik moral manusia serta menyelamatkan maruah manusia. Akan tetapi ia
bertentangan atau berkonflik dengan ideologi komunisme yang tidak mempercayai Tuhan
selain ia turut menentang moral tradisional.
Beberapa dekad kebelakangan ini menyaksikan betapa persoalan mengenai
keserasian Islam dengan moderniti sering ditanya. Biasanya, persoalan tersebut akan
hanya menyentuh isu-isu politik seperti Islam dan demokrasi, Islam dan pluralisma, atau
Islam dan kebebasan berfikir.
Topik liberalisasi ekonomi jarang-jarang diperdebatkan apabila kita bercakap
mengenai Islam dan moderniti walaupun liberalisasi ekonomi merupakan satu aspek
penting dalam moderniti. Apabila ditanya “Adakah Islam menerima kapitalisme?”,
kebanyakan Islamis pasti akan mengatakan “Tidak!”. Oleh kerana Islam ialah satu sistem
sosio-politik atau nizam al-hayah yang lengkap, golongan Islamis biasanya menganggap
kapitalisme sebagai saingan atau musuh. Penolakan terhadap komunisme dan kapitalisme
telah menjadi tema yang biasa kita temui dalam kitab-kitab karya tokoh-tokoh Islamis.
Sayid Qutb, ideolog agung gerakan Ikhwan Muslimin Mesir, pernah menulis sebuah kitab
bertajuk Ma’arakat al-Islam wal-Ra’s Maliyya (Pertempuran antara Islam dan
Kapitalisma) pada tahun 1951. Malahan, sebuah persidangan Islam di Granada, Sepanyol,
yang diadakan pada Julai 2003 dan dihadiri oleh kira-kira dua ribu peserta, mengeluarkan
satu seruan agar riwayat sistem ekonomi kapitalis ditamatkan
Teologi Islam dan sejarah hubungan Islam dengan perniagaan dan usaha mencari
keuntungan sebenarnya tidak menjurus ke arah penolakan terhadap kapitalisme.
Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan seorang peniaga yang berjaya. Islam sejak awal-awal
lagi meraikan perniagaan dan perdagangan. Islam sebenarnya amat serasi dengan sistem
ekonomi kapitalis yang diperlengkapkan dengan nilai-nilai moral seperti menjaga
kebajikan orang miskin dan mereka yang memerlukan.

CIRI-CIRI DAN BAHAYA AGAMA SESAT KOMUNISME

Ideologi komunisme tidak mengenal erti kebaikan dan kemurahan hati tetapi penuh
dengan kesombongan dan keangkuhan. Mereka membasmi dan menindas orang-orang
yang menentang ideologi mereka dan memaksa rakyatnya menerima ajarannya. Selain
itu, mereka melakukan penganiayaan secara besar-besaran yang amat kejam dan
menyeksa orang ramai.
Ideologi komunisme merebut kekuasaan dan membasmi kelas tuan tanah dalam
transformasi sosialisme membasmi kaum kapitalisme dalam revolusi membasmi
kekuatan agama dalam masyarakat dan orang-orang dalam kekuasaan terdahulu. Ideologi
komunisme yang menggunakan Marxisme sebagai ajaran seperti agama, menyanjungnya
sebagai ”kebenaran yang tidak boleh dibantah”.
Di dalam artikel Lenin yang bertajuk "Socialism and Religion" (Sosialisme dan
Agama), yang diterbitkan pada 1905 di dalam sebuah majalah berbahasa Rusia Novaya
Zhizn, beliau menggambarkan agama sebagai "kabus" yang harus dihapuskan, dan juga
turut menyusun propaganda komunis yang akan dilaksanakan. Di dalam "The Attitude of
the Workers' Party to Religion" (Sikap Parti Buruh Terhadap Agama) yang diterbitkan di
dalam majalah Proletary pada tahun 1909, beliau sebagai pemimpin Parti Demokratik
Sosial Rusia (yang kemudiannya dikenal sebagai Parti Komunis) telah menulis:
Asas kepada falsafah Marxisme, seperti Marx dan Engels berulang-kali
isytiharkan, ialah dialektikal materialisme, yang telah mengambil alih sepenuhnya tradisi
bersejarah materialisme abad kelapan belas di Perancis dan juga materialisme Feuerbach
(separuh masa pertama abad kesembilan belas) di Jerman yang mana ia merupakan ateis
mutlak dan memusuhi semua agama dengan hebatnya. "Agama adalah candu
masyarakat." Pernyataan rasmi oleh Marx ini telah menjadi batu asas kepada pandangan
ahli-ahli Marxis terhadap agama.
Kenyataan tersebut menunjukkan permusuhan Marx terhadap semua agama, dan
juga telah mendedahkan kejahilannya tentang perkara tersebut. Kenyataan-kenyataan
tersebut tidak mencerminkan kebenaran hakiki. Komunisme dan ideologi-ideologi ateis
yang lain menyebabkan manusia tidak dapat berfikir, dan melakukan apa sahaja yang
diarahkan tanpa banyak soal. Adalah sesuatu yang jelas bahawa manusia yang tidak
pernah berfikir tidak akan mencapai hakikat kebenaran, dan seterusnya menjadikan hidup
mereka penuh dengan tipuan dan kesalahan. Dengan berfikir, manusia dapat memahami
tujuan dunia ini diciptakan, dan juga sebab kewujudan diri mereka sendiri. Kebenaran ini
telah dijelaskan di dalam al-Quran”Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala
apa yang ada antara keduanya dengan tujuan main-main. Kami tidak menciptakan
keduanya melainkan dengan hak (kebenaran), tetapi majoriti mereka tidak mengetahui”.
(Ad-Dukhan, 38-39)
PENINDASAN KOMUNIS MASIH TERUS BERLAKU...

Kuasa-kuasa komunis menyebabkan umat Islam terus menderita dengan menyerang


mereka yang tidak bersenjata: baik lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi di ribaan. an umat
Islam terus menderita dengan menyerang mereka

Kekejaman di Chechnya telah dilakukan oleh Rusia – yang masih diperintah oleh bekas
komunis – adalah bukti berlakunya amalan sistem tersebut.

Beberapa contoh kekejaman telah dialami di dalam setiap negara yang diambil alih oleh
Komunis, Kambodia, Korea Utara, Laos, Vietnam dan Eropah Utara dan negara-negara
Afrika. Korban berdarah ini telah diatur di dalam buku The Black Book of Communism.
Jenayah-jenayah ini cenderung menyerupai bentuk tertentu walaupun
pelaksanaannya berubah-ubah kepada beberapa bentuk oleh rejim. Bentuk- bentuk ini
termasuklah hukuman bunuh dengan berbagai-bagai cara, seperti skuad menembak,
gantung, lemas, pukul, dan di dalam kes-kes tertentu gas, racun atau "kemalangan
kereta", kemusnahan populasi melalui kelaparan, kebuluran yang dibuat-buat, menyekat
makanan, atau kedua-duanya; pengasingan, di mana kematian boleh berlaku di dalam
perjalanan dari satu tempat ke satu tempat sama ada disebabkan fizikal letih atau
dikurung di tempat tertutup, atau melalui kerja berat yang menyebabkan keletihan, sakit,
kelaparan, kesejukan. Jangka masa yang digelar "perang saudara" adalah lebih kompleks
dan tidak mudah untuk menggambarkan peristiwa yang disebabkan oleh pergaduhan di
antara pemerintah dan pemberontak atau peristiwa yang hanya boleh digambarkan
sebagai satu pembunuhan beramai-ramai penduduk yang tidak berdosa.
Semua rejim Komunis dan organisasi yang berbeza ini berkongsi satu psikologi
yang sama semua perasan manusia seperti belas, adil dan kasihan telah hilang. Seluruh
masyarakat manusia tiba-tiba menjadi medan peperangan dan pembunuhan beramai-
ramai di mana haiwan liar cuba hidup dan mencari makanan. Cara yang sama haiwan liar
berlawan dengan ahli keluarga lain yang dari spesies yang sama untuk mendapatkan
makanan dan kawasan, manusia ini juga berkelakuan seperti "haiwan-haiwan" ini dengan
cara yang sama. Kerana kelahiran Darwin telah mengajar mereka bahawa mereka berasal
daripada haiwan, seperti mana haiwan bergaduh untuk terus hidup, mereka juga harus
berkelakuan seperti itu.
Gerakan tidak berperikemanusiaan ini beranggapan bahawa mereka telah
mendapat kehormatan dengan memakai topeng palsu saintifik. Punca mengapa pemimpin
Bolshevik dapat bercakap terang-terangan tentang sifat agresif, keganasan dan
pembunuhan beramai-ramai ialah kebenaran yang mereka perolehi daripada teori evolusi
Darwin. Di dalam buku beliau Evolution for Naturalist, P.J. Darlington mengaku sebagai
seorang penyokong evolusi, bahawa kekejaman adalah hasil semula jadi teori evolusi dan
dengan itu perbuatan ini telah dijustifikasikan. Fakta yang pertama ialah sifat
mementingkan diri dan keganasan yang telah diwariskan di dalam diri kita, adalah
warisan daripada nenek moyang haiwan kita yang paling hampir. Keganasan adalah
sesuatu yang biasa bagi manusia, yang terhasil daripada evolusi.
Jelas melalui pengakuan penyokong evolusi ini, bahawa adalah semula jadi bagi
ideologi Komunis, yang menerima teori evolusi Charles Darwin sebagai panduan, untuk
menerima manusia lain sebagai haiwan, melayan mereka sama seperti haiwan, dan
menindas mereka. Kerana dia yang menerima ideologi Komunis secara Darwin terlupa
bahawa dia mempunyai seorang Pencipta, tujuan kewujudannya di muka bumi ini, dan
bahawa dia akan dihisab di atas apa yang telah dilakukannya di hadapan-Nya pada Hari
Perhitungan. Dan hasilnya, seperti kebanyakan mereka yang tidak bertakwa kepada
Allah, dia akan menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya memikirkan
kepentingannya sahaja, menjadi seorang yang kejam, malah pembunuh yang liar. Allah
mendedahkan situasi mereka dan apa yang akan berlaku kepada mereka: Sesungguhnya
jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman
kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang
benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.
(Surah Ash-Shura 42). Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan
kezaliman mereka (berlaku kufur ingkar), lalu mereka diam membisu. (Surah An-Naml:
85). Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka
(melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang
dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan
bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong
melepaskan mereka dari azab.(Ar-Ruum: 29)
Agama sesat komunisme telah menjadi agama negara dan masyarakat tidak dapat
melarikan diri daripada tidak belajar ajaran agama sesat itu. Mereka telah menanamkan
ajaran politiknya dengan dimulai atau bermula seawal dari taman bimbingan kanak-kanak
dan sekolah-sekolah rendah. Mereka tidak mengizinkan murid-murid berfikir secara
bebas, harus menghafal secara mekanisme jawapan standard dari ideologi komunisme
baru misalnya yang pernah berlaku di negara China.
Selain daripada itu, mereka juga merampas kekayaan peribadi rakyat dan
mengerah tenaga buruh secara maksimum bagi memenuhi kepentingan mereka
Penguasaan yang ketat juga menyebabkan rakyat hilang kebebasan bermigrasi kerana
menggunakan sistem tempat tinggal berdaftar, tidak bebas berbicara kerana dipaksa
mempercayai ideologi kominisme ini serta tidak bebas mendapatkan informasi.
Oleh itu, setiap individu harus memikirkan pertama sekali tentang tujuan
penciptaannya, dan kemudian tentang makhluk atau jasad yang dilihat di alam ini dan
juga yang akan dijumpai sepanjang kehidupan mereka. Seseorang yang gagal berfikir
hanya akan dapat memahami kebenarannya setelah dia mati, di hadapan Allah, tetapi
ketika itu segalanya sudah terlewat. Berfikirlah sementara kita masih punya masa, dan
kemudian buatlah kesimpulan. Ia pasti akan memberikan faedah kepada kita di Hari
Akhirat nanti. Itulah sebabnya Allah menyeru manusia, dengan menggunakan utusan-
utusan dan juga kitab-kitab-Nya, untuk berfikir tentang tujuan penciptaannya dan seluruh
alam semesta ini.
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) mereka? Allah tidak
menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan
(tujuan) yang benar dan untuk waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya ramai
manusia yang ingkar tentang pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)
Namun demikian, musuh-musuh agama seperti para pemimpin komunis, telah
melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menyebabkan ramai manusia
berpaling dari agama, sehingga mendakwa agama menghalang manusia dari berfikir.
Namun seperti yang telah kita lihat, agama sebenarnya mengajak manusia untuk berfikir.

http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebangkitanislam02.php

http://www.thewhitepath.com/im/Akyol_Islam_Menolak_Kapitalisme.pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme

You might also like