You are on page 1of 68

1.

0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1.1 PENGENALAN

Perbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di
dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun, kadang kala kita akan
berjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikuti
norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkan
ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan
kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak ini
juga mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah
penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat
akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas.

Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah kendalian


Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid- murid berkeperluan
khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan,
pendengaran dan masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini
mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidak
sempurna kerana penyakit, kekurangan zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak ini, mereka memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus,
kasih sayang dan perhatian, yang menuntut kesabaran serta komitmen guru dalam
mendidik mereka.
2.0 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MENGIKUT KATEGORI

Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-


kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi,
tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Secara lebih terperinci lagi kanak-kanak
berkeperluan khas boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada gambar rajah 1.0 di
bawah:

Kanak-kanak
Berkeperluan Khas

Masalah Masalah Masalah Masalah


Pembelajaran Pendengaran Kesihatan atau Penglihatan
Fizikal

Desleksia Masalah
Attention/Deficit Hiperactivity Disorder Komunikasi:
(ADD/ADHD) Bahasa dan
Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku Pertuturan
Lembam (Slow Leaner)
Terencat Akal
Sindrom Down
Autisme
Pintar Cerdas
Palsi Serebrum (Cerebral Palsy)

Rajah 1.0: Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas


Setelah melihat gambar rajah 1.0 kita dapat menganalisis secara keseluruhan bahawa
kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada Masalah Pembelajaran, Masalah
Penglihatan, Masalah Pendengaran, Masalah komunikasi: Bahasa dan Pertuturan, dan
Masalah Kesihatan atau Fizikal. Namun, dalam aspek masalah pembelajaran terdapat
pelbagai jenis masalah yang dipecahkan kepada sembilan kategori lagi seperti yang
terdapat dalam rajah tersebut.

Sebelum merungkai lebih jauh lagi mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini,
adalah penting kepada kita untuk mengetahui definisi setiap kategori ini untuk melihat
perbezaan dan memahaminya dengan lebih mendalam. Perlu diingatkan bahawa
sebagai bakal pendidik yang akan berkhidmat secara khusus dalam bidang ini atau
lebih sinonim sebagai guru Pendidikan Khas, menghayati definisi setiap kategori kanak-
kanak berkeperluan khas adalah sangat penting. Hal ini perlu diambil berat bagi
mencari corak pembelajaran, intervensi dan sebagainya yang sesuai bagi setiap kanak-
kanak yang dikenalpasti dalam mana-mana kategori ini.

Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan


perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan,
penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada
kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau faktor budaya dan
persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individu
bermasalah pembelajaran adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat
perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah
pembelajaran. Antaranya ialah kanak-kanak Desleksia, Attention/Deficit Hiperactivity
Disorder (ADD/ADHD), Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku, Lembam (Slow Leaner),
Terencat Akal, Sindrom Down, Autisme , Pintar Cerdas, dan Palsi Serebrum (Cerebral
Palsy).

Seterusnya ialah Masalah Kesihatan atau Kecacatan Fizikal yang merujuk


kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan
pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap (braces) atau kerusi roda. Ia
termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf
yang rosak (Mohd. Sharani, 2006) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang,
sendi dan otot.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika


kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu
pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai
penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap
penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan
lensa. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan
penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan
sentuhan. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran
dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka
sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka
yang terhad.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dikategorikan kepada dua iaitu


separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran
akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Tahap
kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.
Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar
lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai
tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.

Kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang seterusnya ialah Masalah


Komunikasi yang merangkumi dua kategori iaitu masalah bahasa dan pertuturan.
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), USA, telah mendefinisikan masalah
bahasa dan pertuturan sebagai suatu masalah komunikasi seperti gagap dan masalah
penyebutan, masalah bahasa. Lebih spesifik lagi, masalah bahasa didefinisikan
sebagai kelemahan dalam pemahaman, lisan dan tulisan. Masalah ini mungkin
kelemahan dalam bentuk bahasa, kandunga bahasa, dan pragmatik. Masalah
pertuturan pula merupakan kecacatan suara, penyebutan bunyi-bunyi pertuturan,
dan/atau kelancaran. Kecacatan ini dapat dilihat dalam penyampaian dan penggunaan
simbol-simbol lisan.
2.1 MASALAH KECACATAN FIZIKAL ATAU KESIHATAN

Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami


ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti
pendakap (braces) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi
yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak (Mohd. Sharani, 2006) serta
kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Antara masalah yang
boleh dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah:

Kecacatan fizikal

Cerebral Palsy Kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan.


Ia disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi
dengan baik kerana kecederaan di otak. Kecederaan ini mungkin
berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada
umumnya kanak-kanak ini juga mungkin mempunyai kecacatan
lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal.

Epilepsi Penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang


menyebabkan kanak-kanak menggeleter.

Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan


kelumpuhan pada bahagian badan. Ia adalah satu keadaan
yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantu dengan
pembedahan.

Muscular dystrophy Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak-


kanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak
tersebut tidak terjejas.

Limb deficiencies Kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna. Ini


mungkin disebabkan oleh kemalangan atau kecacatan semasa
kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota
palsu.

Asthma Masalah pernafasan yang berlaku apabila tiub bronchial


daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit.
Masalah ini boleh dibantu dengan dadah dan penggunaan
“nebulisec”.

Diabetes Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh pancreas


yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula
dalam darah manusia. Seperti asthma, penyakit ini boleh dikawal
dengan dadah serta pemakanan yang betul.

Leukemia Satu bentuk kanser yang agak biasa dikalangan kanak-kanak.


Penyakit ini menyebabkan peningkatan secara mendadak sel
putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi merupakan satu cara
yang digunakan untuk membantu mengawalnya.

Jadual 1.0: Kategori masalah yang dihadapi oleh individu dengan kecacatan fizikal.

2.1.1 CARA MENGATASI

Pendekatan secara berkumpulan bagi mengatasi masalah yang kompleks berkaitan


keperluan perubatan, pendidikan, terapi, vokasional dan sosial di kalangan individu
yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan sangat relevan. Kerjasama antara
pelbagai disiplin dilihat sebagai dapat membantu menyelesaikan isu dalam pendidikan
dan perubatan dan memberikan manfaat kepada golongan ini. Terdapat dua kumpulan
penting dalam menjayakan pendekatan kumpulan pelbagai disiplin iaitu ahli terapi fizikal
dan ahli terapi carakerja.

Ahli terapi fizikal bertanggungjawab dalam perkembangan dan mengekalkan


kemahiran motor, pergerakan dan postur badan. Mereka selalunya menyarankan
latihan yang sesuai untuk meningkatkan kawalan otot dan keperluan penggunaan alat
bantuan seperti penyokong secara berkesan. Prosedur yang sering digunakan adalah
seperti urutan dan memasukkan aktiviti lain selain berenang, rawatan pemanasan serta
panduan kedudukan makan yang betul.

Ahli patologi bahasa-pertuturan adalah salah satu daripada pakar lain yang
turut terlibat dalam kumpulan pelbagai disiplin. Mereka menyediakan terapi pertuturan,
intervensi bahasa, koordinasi motor oral seperti mengunyah dan menelan serta
komunikasi argumentatif dan alternatif. Pembantu kesihatan pula bertanggungjawab
dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan dan prosedur rawatan dalam kelas.
Pekerja sosial perubatan membantu pelajar dan keluarga untuk berfungsi sepenuhnya
dengan tidak menjadikan masalah yang dihadapi sebagai halangan.
Pengubahsuaian persekitaran dilakukan untuk membolehkan pelajar yang
mempunyai masalah fizikal dan kesihatan terlibat dengan sepenuhnya dalam aktiviti
dan secara berdikari di sekolah. Pengubahsuaian persekitaran penting supaya pelajar
dengan masalah fizikal dan kesihatan dapat dilihat dengan sepenuhnya secara
berdikari di sekolah. Salah satu pengubahsuaian yang boleh dilakukan adalah dengan
meningkatkan aksebiliti sekolah dan bilik darjah. Halangan arkitektural akan
mengehadkan pergerakan pelajar berkerusi roda atau mempunyai limitasi fizikal.
Halangan arkitektural berupa laluan jalan, rem, pintu, lantai yang tidak licin, dan
fountains.

Kebanyakan individu yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan


memerlukan penjagaan kesihatan khas dengan prosedur tertentu seperti pengambilan
ubatan secara teratur, pembersihan tiub kencing secara berkala, penjagaan lubang
yang ditebuk pada leher dan penjagaan respirator atau ventilator dan menguruskan
keperluan nutrisi dan diet khas.

2.2 MASALAH PENGLIHATAN

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika


kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu
pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai
penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap
penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan
lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan


penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan
sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal
seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta
perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta juga
kaadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor
mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi
neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad.

Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian
lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru
atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka
yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa.
Contohnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk
perkataan ‘bulat’ dan menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-
kanak yang mempunyai masalah penglihatan.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau


menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik
menggosok mata tanpa sebab dan ini menyebabkan mata merah dan membengkak.
Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala dan loya. Apabila membaca kanak-
kanak ini akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangi
penglihatan mereka.

2.2.1 PUNCA MASALAH PENGLIHATAN

Terdapat pelbagai punca masalah penglihatan seperti:

i. Baka dan keturunan


ii. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
iii. Rubela
iv. Sifilis
v. Kecederaan
vi. penyakit

2.2.2 CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN


Kognitif

i. Tidak memahami benda-benda abstrak


ii. Pengamatan dan daya anggaran berat sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas.
iii. Tidak memahami konsep bentuk
iv. Keliru dengan huruf

Psikomotor

i. Lemah dalam melukis saiz dan jarak dalam mata pelajaran Matematik.
ii. Lebih mengetahui konsep sejuk dan panas melalui sentuhan

Emosi dan Tingkah Laku

i. Selalu menutup mata sebelah


ii. Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca
iii. Meniru kerja kawan
iv. Kerap menggosok mata
v. Selalu terlanggar objek
vi. Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening

2.2.3 CARA MENGATASI

Pelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanak-kanak cacat


penglihatan yang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang, di antaranya ialah
‘meta analysis’ dimana kanak-kanak buta dan rabun diletakkan di suatu kawasan dan
diuji bagaimana mereka mengamati ruang di dalam kawasan tersebut. Hasil ujian
menunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber atau
petunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan kepada
sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985).

Kanak-kanak yang mengalami kebutaan memerlukan pelbagai pendedahan


dan latihan intensif. Diantaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayi
perlu diberikan pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan
adik-beradik. Tindakan ini akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada
seseorang bayi. Seseorang kanak-kanak cacat penglihatan sering menunjukkan
tingkahlaku atau emosi takut. Perasaan takut ini akan lebih menonjol pada keadaan
atau situasi yang baru dilaluinya disebabkan mereka tidak menguasai konsep ruang.
Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti (Jacobson, 1993).
Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal balikan
gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukan
mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek.

Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi


kekeliruan. Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak seperti
apakah yang dikatakan dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-kanak ini perlu
diberikan pengalaman untuk membuat ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untuk
mendapatkan perbandingan jarak. Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagai
elemen yang dapat menyokong sesuatu keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh
dilakukan dengan membuat persamaan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh,
adik memakai seluar saiz S dan abang memakai seluar saiz X. Perbezaan ini boleh
diterangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan mereka
membuat perbandingan saiz.

2.3 MASALAH PENDENGARAN

Terdapat dua kategori masalah pekak iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak
bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini
menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak
perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap
kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.
Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar
lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai
tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.

Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang hanya
dikenalpasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Kanak-kanak
yang menunjukkan masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang
mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk
mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak
lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyai
nada suara yang tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar.
Semasa mendengar radio atau televisyen kanak-kanak ini akan meninggikan nadanya
pada tahap yang agak kuat.

Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.


Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial,
emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.

2.3.1 TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN

Tahap kehilangan pendengaran ialah:

1) Kurang pendengaran
a. Ringan (mild)
 Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB
 Memahami perbualan
 Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh
 Memerlukan terapi pertuturan
b. Sederhana (moderate)
 Tahap kehilangan pendengaran antara 41 – 55 Db
 Dapat mendengar bunyi setakat 1 – 1.5 meter daripadanya
 Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas
 Memerlukan laat bantu dengar
 Memerlukan terapi pertuturan
c. Sederhana teruk (moderate – severe)
 Tahap kehilangan pendenngaran antara 56 – 70 dB
 Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran
 Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi
 Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat
2) Pekak

a. Teruk (severe)

 Tahap kehilangan pendengaran antara 71 – 90 dB


 Dapat mendengar bunyi pada jarak 0 – 30.5 meter daripadanya
 Menghadapi masalah pertuturan
 Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi

b. Sangat teruk (profound)

 Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB


 Sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat
 Memerlukan alat bantu dengar, terapi pertuturan dan komunikasi

2.3.2 PUNCA MASALAH PENDENGARAN

Dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu:

Sebelum lahir

a) Baka yang disebabkan oleh gen


b) Bukan baka
 Jangkitan sebelum lahir seperti virus (rubella, demam glandular)
 Semasa hamil si ibu mengambil dadah atau bahan kimia seperti kuanin
 Toksemia pada peringkat kelahiran

Semasa lahir

a) Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga
b) Kelahiran tidak cukup bulan
c) Kecederaan semasa dilahirkan terutama pada bahagian telinga
Selepas lahir

a) Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan


virus
b) Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga
c) Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama

2.3.3 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ialah:

 Tidak bertindak balas terhadap bunyi

 Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri

 Tidak memahami atau silap memahami arahan

 Kelihatan tidak memberikan tumpuan dan sentiasa mengelamun

 Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain, sangat pasif dan menyendiri

 Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih
dahulu sebelum melakukan sebarang tugas

 Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan
daripada mendengar

 Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan bahasa

 Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap

 Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan

 Telinga sering berair atau bernanah

2.3.4 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Aspek bahasa dan komunikasi


Kehilangan pendengaran menghalang secara serius perkembangan berkomunikasi
secara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan pakar pertuturan, kanak-kanak
bermasalah pendengaran mungkin mengalami perkembangan terbantut dalam kedua-
dua kemahiran ini.

Perkembangan sosial dan emosi

Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak


bergantung pada pengalaman mereka, dan melalui perkembangan mereka sendiri bagi
membolehkan mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan dan
memahami perasaan orang lain. Masalah komunikasi mereka memberi kesan ke atas
konsep kendiri, kebolehan bermain dan berkongsi dengan rakan sebaya.

Perkembangan kognitif

Perkembangan kognitif merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia


mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat,
klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya. Kelambatan perkembangan bahasa kanak-
kanak bermasalah pendengaran turut melambatkan perkembangan kognitif mereka.

Perkembangan fizikal dan motor

Perkembangan motor kasar dan motor halus bagi kanak-kanak bermasalah


pendengaran adalah serupa dengan kanak-kanak normal.

2.3.5 CARA MENGATASI

Kaedah auditory oral

Kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki
baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat
bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa
isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading).
Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran
mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka
mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.
Kaedah bacaan bibir

Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini


memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam
situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.

Kaedah bahasa isyarat

Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan


perkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American
Sign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa
isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

Kaedah komunikasi seluruh

Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir,
pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan
isyarat dan pertuturan secara serentak.

Pertuturan isyarat (cued speech)

Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk


tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu),
ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi
perkataan. Terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi
menentukan bunyi huruf vokal.

Ahli audiologi dan ahli patologi pertuturan bahasa

Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaan
dan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan
bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan
kepada kanak-kanak itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu
dengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yang
memberi impliksi terbaik kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling
kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman,
2004). Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaik
akan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan membentuk
bahasa(Lokman, 2004).

2.4 MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA

2.4.1 MASALAH PERTUTURAN

Masalah pertuturan yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan oleh
kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalam
cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak
dapat difahami oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanak-kanak itu bercakap
mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan.

Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan diabaikan oleh


rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini membawa kepada keadaan
perkembangan bahasa yang semakin lambat, terutama dalam kemahiran interaksi
sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi terhad. Masalah pertuturan boleh
dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara
dan masalah bahasa.

Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah


bunyi sesuatu perkataan seperti perkataan “saya’ menjadi “caya”. Kanak-kanak pada
kebiasaannya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya
tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

Gagap merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan


terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah
dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja
dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.
Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu
lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang
sama dan tidak berubah. Masalah pertuturan seperti masalah sebutan, gagap dan
suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa
tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti
mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan
kognitif kanak-kanak.

2.4.2 CIRI-CIRI MASALAH PERTUTURAN

Antara ciri-ciri masalah pertuturan ialah:

i. Masalah artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan


yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau
percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara
berikut:

i. penggantian
ii. pengguguran
iii. pengubahan, dan
iv. penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan


digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”” wabbit” untuk
“rabbit”. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.

Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu


bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir
perkataan, misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh


menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris
misalnya perkataan “sip” disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan
“s” disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi
perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah”

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti


“bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau
“ammaminal”.

ii. Masalah suara

Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak
normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara
berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang
menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness),
dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan.

Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar
melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan
ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat. Oleh itu kanak-kanak
sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan
bunyi-bunyi konsonan “n”, “m”, dan “ng “.

iii. Masalah kelancaran

Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan


kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan
yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan
berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi
akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan
yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal
dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.
2.4.3 PUNCA MASALAH PERTUTURAN

Antara punca masalah pertuturan ialah disebabkan kecacatan lelangit atau bibir ialah
kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang
mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.
Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage)
yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak
akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul.

Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan
orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi
memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan
dengan pelat, misalnya “nacik” untuk “nasi”, “be’ ak” untuk “berak” dan sebagainya.
Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan
mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul.

Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak


misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau
lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan
orang dewasa sebagai model..

2.4.4 CARA MENGATASI

Di antara strategi yang digunakan adalah:

a. Terapi Pertuturan

Aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-
kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau
peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-
kanak. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan
menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa.

b. Terapi artikulasi (alat pertuturan)


Melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk cara
penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti
permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf,
misalnya “r”. Selain itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu
digerakkan untuk menghasilkan bunyi “r“ sebut.

c. Pendekatan Interaktif

Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa,
guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula
jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang
untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan
semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan
menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan
pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak.
Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi
perbendaharaan kata mereka.

d. Komunikasi Tambahan

Terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan


yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan
diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah
bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah
pendengaran.

e. Terapi kumpulan

Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara
berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah
yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.

2.4.5 MASALAH BAHASA


The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA
telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai “… adalah kelemahan dalam
keupayaan untuk memahami atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut
konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa
termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya
menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan
kata, dan tidak upaya mengikut arahan.” Masalah dalam aspek bahasa terbahagi
kepada dua iaitu:

1. Perkembangan lambat: Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang


dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa
seperti pembentukan ayat, perbualan dan pemahaman. Kebanyakkan
perkembangan lambat berkaitan dengan peluang yang terhad untuk belajar.
Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbang kepada perkembangan
bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat.
Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah pertuturan kanak-kanak yang
lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak
tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian
dengan tahap umur.
2. Kecacatan berbahasa: ia dapat dikesan sama ada dalam kemahiran yang
dipelajari yang tidak berada dalam susunan yang tidak betul dan juga terdapat
perbezaan yang ketara dalam perkembangan aspek bahasa. Contohnya ayat
yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu terlalu panjang dan kompleks tetapi
tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak-
kanak yang mengalami kecacatan berbahasa mempunyai ciri-ciri berikut bahasa
berikut:
a. Ayat-ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang
berlangsung ataupun memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang
diberi.
b. Penggunaan tatabahasa yang tidak tepat.
c. Sering terganggu percakapan sehingga terpaksa berhenti kerana tidak
mengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut.
2.4.6 CIRI-CIRI MASALAH BAHASA

Masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:

i. Fonologi
Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi
masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan
menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink”
untuk drink”.
ii. Morfologi
Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan
yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang
salah (bahasa Inggeris).
iii. Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan
tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan
menyampaikan pendapat yang kompleks.
iv. Semantik
Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata
yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak
berupaya memahami makna perkataan.
v. Pragmatik
Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak
memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam
situasi yang berbeza.

2.4.7 PUNCA MASALAH BAHASA


Antara punca masalah bahasa adalah:

1. Kelewatan bahasa
Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya.
Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat
daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan
perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

2. Aphasia
Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk
membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-
simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada
kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan
otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa
pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.

3. Gangguan proses auditori pusat


Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori
(pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD
tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak
tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga
dengan baik.

2.4.8 CARA MENGATASI

Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak


mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi. Mengajar bahasa di dalam situasi yang


diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan
seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh:
membantu ayah di kebun.
ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal. Pengajaran bahasa hendaklah
berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat
umur mereka.

iii. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan. Kanak-kanak mesti
dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara
mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka
bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang
mereka sedang lakukan.

iv. Terangkan apa yang orang lain lakukan


Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka
menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa
yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah
pembelajaran.

v. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran


bahasa yang khusus. Menunjukkan contoh yang betul atau modeling
digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang
betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara
guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman
pembaca berita TV membaca berita.

2.5 MASALAH PEMBELAJARAN

Istilah masalah pembelajaran ( learning disabilities ) mula-mula sekali digunakan oleh


Samuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan dengan ibu bapa kepada kanak-
kanak yang mengalami masalah membaca hiperaktif, masalah matematik.

Masalah pembelajaran diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan


dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal.
Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses,
menganalisa dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau
lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan
bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan
mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja ataupun mengira.

a) Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan


perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan,
penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan
daripaa kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau factor
budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan
mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan
yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah
pembelajaran. Masalah pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya
seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau pendengaran.
b) Akta Masalah Pembelajaran Spesifik (specific Learning Disabilities Act,
1969) memperluaskan definisi Samuel Kirk. Ketidakupayaan pembelajaran
merujuk kepada gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi
pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan. Ini dapat
dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar, berfikir, bertutur, mengeja
dan mengira. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran
ialah:

Masalah pembelajaran Ciri-ciri


Akademik
Membaca
 Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat,
kerap mengulang atau berhenti
 Menterb balikkan perkataan seperti ‘b’ dan ‘d’, ‘12’ dan
‘21’ atau ‘on’ dan ‘no’
 Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan
yang salah yang bunyinya sama
 Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai
perbendaharaan kata yang terhad
 Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari
bacaan, mengingat fakta asas dan peristiwa dalam
aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan
analisis bahan yang telah dibaca.
Menulis  Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang
janggal
 Ejaan
 Kesukaran menjelaskan iedea melalui penulisan
 Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam
penulisan
Mengira  Keliru dengan symbol Matematik dan salah baca
nombor
 Kesukaran mengingati fakta Matematik
 Kesukaran dalam kiraan
 Menukar aturan nombor

Jadual 2.0: Ciri-ciri masalah pembelajaran akademik

2.5.1 DISLEKSIA

Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran”
dan “lexia” bermaksud “perkataan”. Terjemahannya membawa maksud “kesukaran
dengan perkataan bertulis”. Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang
mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan,
menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa
dalam kerja nombor dan mengenali symbol-simbol, seperti not muzik atau symbol
matematik. Manakala menurut Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)] masalah
pembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu:

a) Kesukaran belajar bahasa


b) Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
c) Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
d) Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat
e) Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan
f) Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak atau
buta.
2.5.2 PUNCA DISLEKSIA

Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami disleksia tidak diketahui


(Bradford, 2001). Namun, mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinya
disleksia disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kemtangan (Mercer, 1997;
Hammond & Hughes, 1999).

a) Keturunan/Genetik
Menurut Bradford (2001), dalam kebanyakkan kes murid disleksia, terdapat
beberapa orang ahli keluarga; sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudara
terdekat; yang mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan ada tanda-tanda
berkemungkinan disleksia berpunca daripada pengaruh genetic, iaitu disleksia boleh
diwarisi. Namun, darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza. Kajian
yang telah dijalankan telah dapat membuktikan bahawa disleksia disebabkan oleh
kromosom 15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British Psychological
Society, 1991).
b) Biologi
Secara umum ianya disebabkan oleh sejarah kesukaran semasa dilahirkan, seperti
lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang
amat menyukarkan. Semua faktor ini adalah kemungkinan menjadi punca
kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan sebahagian daripada
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah
belajar disleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan ini adalah minima.
Mercer, (1997), yang menjalankan kajian mendapati pembentukan otak mereka
yang mengalami disleksia adalah tidak sama dengan mereka yang tidak mengalami
disleksia.
c) Kematangan
Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia mengikut
jantina. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-
kanak perempuan (Hammond & Hughes, 1996).
2.5.3 KATEGORI DISLEKSIA

Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

a) Disleksia Perolehan
Menurut Ott (1997), disleksi perolehan adalah kesan daripada kerosakan pada otak
seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak
kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yang
mengalami disleksia perolehan, iaitu:
i. Disleksia yang dalam teruk, yang melakukan kesilapan menyebut ketika
membaca, yang menyebabkan berubah makna.
ii. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan
bukan perkataan.
iii. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-
kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama.
iv. Disleksia huruf, di mana seseorang yang mengalaminya hanya boleh faham apa
yang dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam sesuatu
perkataan.
b) Disleksia Perkembangan
Menurut Kennedy (1984), disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang
membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak lain, yang lebih muda 2
tahun atau lebih daripadanya. Ianya berpunca daripada kerosakan tisu-tisu tertentu
atau gagal berfungsi secara keseluruhannya kerana jangkitan penyakit atau
ketidakseimbangan kimia dalam badan. Kanak-kanak ini mempunyai intelek yang
normal serta tidak mempunyai kekurangan daripada segi persekitaran dan sosial.

Menurut Spafford 7 Grosser (1996), disleksia boleh dikategorikan kepada 3 bahagian


iaitu:

c) Disleksia Visual (pandang)


Murid dalam kategori ini menghadapi kesukaran mengingat dan mengenal huruf dan
konfigurasi perkataan dan abjad. Murid ini tidak berupaya menterjemah simbol
bahasa yang bercetak kepada sesuatu yang dimaksudkan. Murid ini biasanya
melihat sesetengah huruf atau sebahagian daripada perkataan secara terbalik.
Contoh: Huruf ‘d’…….dillihat sebagai ‘b’ (kiri – kanan)
Huruf ‘n’…….dilihat sebagai ‘u’ (atas – bawah)
Perkataan ‘mandi’ dilihat sebagai ‘maubi’
d) Disleksia Auditori (dengar)
Kesukaran utama yang dialami oleh murid ini ialah mengingat bunyi huruf,
memahami bunyi mengikut sukukata dalam perkataan dan menyusun atau
menggabungkan suku-sukukata untuk menyebut perkataan. Ini disebabkan murid-
murid disleksia auditori tidak berupaya mengenalpasti perbezaan kecil di antara
bunyi vokal dan konsonan serta tidak dapat menggabungkan bunyi-bunyi tertentu
dengan simbol yang bercetak. Murid disleksia auditoria mat sukar membunyikan
rentak-rentak percakapan, menterjemahkan perkataan yang hampir sama bunyinya
menggunakan fonik-fonik biasa dan membunyikan sesuatu perkataan dengan tepat.
e) Disleksia Visual-Auditori
Murid ini mempunyai ketidakupayaan untuk mengkoordinasikan tangan dan otot-otot
lengan bagi menghasilkan tulisan yang baik. Mereka mungkin boleh membaca
tulisan mereka tetapi orang lain sangat sukar atau tidak boleh langsung
membacanya. Sesetengah tulisan murid tersangat kecil dan bentuknya tidak
menentu. Ini adalah kesan dari kelemahan untuk memproses secara visual dan
audio.

2.5.4 CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA

Ciri-ciri kanak-kanak disleksia ialah:

a. Masalah dalam Pembelajaran


 Perkembanga pertuturan bahasa yang lambat
 Kemahiran mengeja dan membaca yang lemah
 Keliru dengan perkataan yang hampir serupa
 Sukar mengikut arahan
 Sukar menyalin
 Lemah dalam menyelesaikan matematik
 Suka menggigit jari, pen dan merenung buku seolah-oallh tidak faham
 Bahan lisan lebih baik daripada penulisan
 Tulisan (tidak suka menulis, buruk, menekan semasa menulis dan tidak
memulakan huruf besar di awal perkataan).

b. Kemahiran Motor
 Koordinasi yang lemah
 Pergerakan tangan yang luar biasa
 Lambat menulis
 Sukar memegang pensil dengan betul
 Sukar mengimbangkan diri
 Sukar menyepak dengan baik
 Sukar menggunting
c. Masalah Fizikal/Pengurusan Diri/Sosial
 Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor
 Butang baju salah butang
 Tali kasut tidak diikat rapi
 Kidal
 Perhatian singkat - keliru antara depan/belakang - kiri/kanan – bawah/atas
 Tidak berminat dalam pelajaran dan dilabel sebagai pemalas/bodoh

d. Pengamatan Tingkah Laku


 Keliru dengan konsep arah
 Keliru dengan konsep masa
 Kerap terasa tertekan
 Konsep kendiri yang lemah
2.5.5 KESAN DISLEKSIA TERHADAP PEMBELAJARAN

Kesan-kesan utama kanak-kanak disleksia terhadap pembelajaran ialah:

1) Membaca
Kebolehan membaca adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari apa
yang tersenarai di dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca menyebabkan
murid tidak dapat belajar sendiri. Murid rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan
tentang kebolehan sendiri.
2) Mengeja
Pada jangka panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang lebih negatif
daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan mengehadkan kebolehan
murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas.
Kelemahan ini juga akan menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang
rendah dalam ujian dan peperiksaan.
3) Menulis
Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid untuk menyampaikan
pengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran olelh murid
disleksia akan memberi kesan negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis
tersebut.
4) Tulisan
Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh membaca, kepantasan menulis, dan
kematangan menulis. Kelemahan dalam mana-mana aspek ini akan menyebabkan
kanak-kanak menghadapi masalah dalam pembelajarannya.
5) Nombor
Kesukaran yang dihadapi dalam numerasi adalah sama dengan kesukaran yang
dihadapi dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca teks, menulis
bentuk digit dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor.

6) Bahasa
Kebiasaannya murid mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengetahuan,
menggunakan perkataan, menamakan benda, mengingat suku kata bagi perkataan
yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan kesan negatifnya
juga merentas kurikulum.
7) Emosi/Tingkah Laku
Pencapaian prestasi yang rendah menyebabkan murid rendah diri dan kecewa. Ini
boleh menyebabkan masalah tingkah laku yang lebih teruk, diikuti dengan
pencapaian akademik yang rendah dan seterusnya. Selain itu, masalah tingkah laku
menyebabkan murid menghadapi masalah sosial seperti tidak boleh berinteraksi
dengan rakan sebaya.

2.5.6 CARA MENGATASI

Kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan kaedah yang paling sesuai


bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini menggabungkan beberapa deria
iaitu:

i. Auditori
ii. Visual
iii. Oral
iv. Kinestetik

Bagi menjalankan kaedah ini, gabungan semua deria dijalankan serentak. Penggunaan
huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh:

A. Mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf-huruf.


B. Melihat huruf-huruf tersebut.
C. Menyebut kembali huruf-huruf tersebut.
D. Menekap huruf-huruf tersebut dengan jari.

Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan pasir atau garam dengan
menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar boleh:

a. Mendengar bunyi huruf yang disebut oleh guru.


b. Melihat huruf yang ditulis oleh guru di atas papan hitam.
c. Mengulang kembali huruf yang disebut oleh guru.
d. Menulis kembali huruf tersebut di atas pasir.

2.5.7 ATTENTION DEFICIT/HYPERACTIVITY DISORDER ADD/ADHD

Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan


psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum berumur tujuh tahun.
ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsive, dan/atau hiperaktif-
impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu
pada tahap-tahap perkembangannya.

2.5.8 CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD

Antara ciri-ciri kanak-kanak ADHD ialah:

a. Tidak memberi tumpuan


 Gagal menyiapkan tugasan
 Tidak mengikut arahan
 Sukar memberi tumpuan pada satu-satu aktiviti
b. Impulsif
 Bertindak tanpa berfikir
 Bertukar daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain
 Sukar mengendali satu-satu aktiviti
 Sukar menunggu giliran
c. Hiperaktif
 Berlari atau memanjat sebarang objek tanpa terkawal
 Sukar duduk di satu tempat dengan tenang
 Bergerak secara berlebihan semasa tidur
 Sentiasa aktif sepanjang masa

2.5.9 PUNCA ADHD

Di antara punca ADHD yang dikenal pasti ialah adalah:

1) Faktor Keturunan
Individu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam
keluarganya. Malah, kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD
berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.
2) Perbezaan Fungsi Otak
Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan
serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD
berbanding individu lain. Khusus bagi ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan
kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.
3) Faktor Biokimia
Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neutransmitter yang memancarkan
malmukat daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak
dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan
ADHD.
4) Persekitaran
Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama
terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada
tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak.
5) Kecederaan Otak
Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada
penggunaan dadah, merokok, atau akibat kekurangan oksigen.
2.6.10 CARA MENGATASI

Antara cara intervensi yang boleh dijalankan ialah:

Sokongan Persekitaran

i. Susunan kelas bebas daripada gangguan tumpuan perhatian


ii. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang
diharapkan
iii. Menyusun pembelajaran seperti menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan cara
memberi murid peluang bergerak.

Intervensi Tingkah Laku

i. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang dingini ditunjukkan
ii. Strategi pencegahan – iaitu memberhentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika
baru bermula atau ketika masih ringan
iii. Token ekonomi – memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker, syiling plastic dan
lain-lain) yang mempunyai nilai ekonomi, iaitu boleh ditukarkan dengan barang
yang disukai

Intervensi Pengajaran

i. Arahan yang diberikan jelas, ringkas dan lengkap


ii. Apabila memberi arahan, minta murid mengulang arahan tersebut
iii. Pecahkan tugas yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
iv. Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran
Rawatan

Menggunakan ubat yang diberi mengikut masa yang tetap.

2.6.11 BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA, 1990) menggunakan istilah gangguan
emosi. Seseorang didefinisikan sebagai gangguan emosi mempunyai satu atau lebih
daripada ciri-ciri berikut dalam satu tempoh masa yang panjang yang mempengaruhi
pencapaian akademiknya:

 Ketidakupayaan untuk belajar yang tidak ada kaitan dengan kekurangan kebolehan
intelektual, kekurangan sesuatu deria, atau faktor kesihatan.
 Ketidakupayaan untuk membina hubungan sosial yang berkekalan dengan rakan
sebaya dan guru.
 Mudah merasai sedih dan kerap megalami depresi
 Menunjukkan simptom-simptom fizikal seperti pening kepala, muntah, sakit perut,
serta ketakutan terhadap sesuatu.
 Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan
oleh faktor-faktor kesihatan, sensori, atau intelek.

Majlis Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku di Amerika Syarikat


mendefinisikan “masalah emosi” atau “masalah tingkah laku” sebagai ciri-ciri emosi
atau tingkah laku yang berlainan daripada kanak-kanak biasa yang sama umur.
Masalah-masalah berterusan dan menjejas prestasi akademik dan hubungan sosial
pelajar, termasuklah masalah-masalah yang lebih khusus seperti skizofrenia,
keresahan dan masalah emosi lain yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
2.6.12 CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Terdapat dua dimensi tingkah laku yang dipamerkan iaitu tingkah laku luaran dan
tingkah laku dalaman. Bentuk tingkah laku yang biasa dilakukan oleh kanak bermasalah
emosi adalah tingkah laku luaran (external behaviour). Contohnya, kerap membangun
dari tempat duduk, menjerit, bercakap kuat, memaki hamun, mengganggu rakan,
memukul, bergaduh, tidak menghiraukan guru, kerap mengadu, bertengkar keterlaluan,
menipu, merosakkan harta benda (Walker, 1997).

Segologan kanak-kanak bermasalah emosi mempamerkan tingkah laku


dalaman (internal behaviour) seperti mengasingkan diri, duduk perseorangan, dan tidak
mahu bercampur gaul dengan orang lain atau bermain dengan rakan-rakan mereka.
Lazimnya, mereka tidak mempunyai kemahiran sosial yang diperlukan untuk mencari
kawan. Mereka lebih gemar melibatkan diri dalam dunia khayalan dan fantasi. Kadang-
kadang mereka mengadu sakit, tertekan dan takut pada sesuatu tanpa sebab. Kanak-
kanak ini kurang memberi masalah kepada guru apabila berada di dalam kelas
berbanding kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku luaran.

2.6.13 PUNCA MASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Beberapa teori dan kajian telah mengusulkan sebab-sebab wujudnya masalah emosi di
kalangan kanak-kanak. Faktor genetik, faktor biologi otak, faktor persekitaran dan faktor
keluarga telah dicadangkan sebagai menyebabkan masalah emosi dan tingkah laku
dikalangan kanak-kanak.

Faktor Biologi

Sesetengah pendapat mengaitkan masalah emosi dan tingkah laku dengan biologi otak
seseorang. Terdapat pandangan yang menyatakan masalah emosi dan tingkah laku
disebabkan oleh perkembangan otak yang tidak normal atau kerosakan otak yang
disebabkan oleh kesan daripada penyakit atau trauma yang membawa kecederaan
kepada struktur dan fungsi otak. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tidak ada
bukti yang kukuh menunjukkan bahawa masalah emosi dan masalah tingkah laku
berlaku disebabkan oleh kecederaan pada otak.

Faktor Persekitaran

Tidak dinafikan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam


penentuan kewujudan masalah emosi dan masalah tingkah laku di kalangan ramai
kanak-kanak. Dodge(1993) mengenalpasti 3 faktor persekitaran utama yang membawa
kepada masalah emosi di kalangan pelajar; iaitu asuhan awal yang kacau bilau serta
penuh ketegangan, tingkah laku agresif yang ditunjukkan semasa memasuki alam
persekolahan dan penyisihan sosial oleh rakan-rakan sebaya.

(a) Asuhan

Hubungan yang wujud di antara kanak-kanak dan ibubapa sejak kecil adalah cara yang
krikal untuk mereka berkelakuam. Pemerhatian terhadap interaksi di antara ibu bapa
dan anak menunjukkan bahawa ibu bapa yang mengasuh anak mereka dengan penuh
kasih saying, akan lebih peka terhadap keperluan anak mereka. Mereka lebih
memerhati setiap tindak-tanduk anak mereka bagi memastikan anak mereka bertingkah
laku positif. Banyak kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang antisosial
berpunca daripada keluarga iaitu :

 Ibu bapa tidak konsisten dalam mendisiplinkan anak-anak mereka


 Ibu bapa menggunakan kekerasan dan dendaan yang berlebihan untuk menangani
masalah tingkah laku.
 Ibu bapa yang meluangkan masa yang sedikit untuk merapat dengan anak-anak
mereka.
 Ibu bapa tidak memantau aktiviti anak mereka dan tidak tahu mana anak mereka
berada
 Ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang yang sedikit dan kurang penghargaan
terhadap tingkah laku yang baik.

(b) Sekolah
Sesetengah kanak-kanak telah pun mempunyai masalah emosi atau masalah tingkah
laku sebelum memasuki sekolah. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah emosi dan
tingkah laku tidak dapat dikenalpasti sehinggalah mereka berada di sekolah dan ini
menimbulkan persoalan sama ada sekolah juga menjadi faktor kepada masalah tingkah
laku. Apabila memasuki sekolah, masalah emosi mereka mungkin berkurangan atau
menjadi lebih teruk. Masalah emsoi muncul semasa di sekolah, mungkin disebabkan
oleh pengalaman dan amalan di sekolah. Contohnya, pengajaran kegagalan akademik,
peraturan yang tidak jelas, peneguhan yang tidak konsisten, denda lebih bersifat
menghukum, kekurangan pujian oleh guru terhadap tingkah laku yang baik dan kaedah
mengajar yang tidak member perhatian kepada keperluan pelajar. pelajar bermasalah
emosi dapati sukar bercampur gaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
Akhirnya, mereka disingkirkan atau diabaikan oleh pelajar lain. Ini pula memudaratkan
lagi masalah emosi yang dialami dan membawa kepada tingkah laku antisosial.

2.6.14 MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH

LAKU

Masalah Pertuturan

• Gangguan pada penghasilan sebenar bunyi

Masalah Bahasa

• Sukar hasilkan perkataan untuk sampaikan pandangan


• Sukar faham pertuturan
Masalah Kecelaruan Kelancaran

• Aliran pertuturan terganggu oleh perkara tidak normal pada:


- penghentian
- pemanjangan (ssss-saya)
- pengulangan bunyi (s-s-s-saya)
- suku kata (sa-sa-sa-saya)
Masalah Kecelaruan Suara

• Masalah dalam:
- penggunaan nada
- kekuatan dan kualiti suara (harsh)
- berangin (breathy)
- tegang (strained)
Masalah Bacaan

 Mengulang perkataan
 Menambah perkataan
 Salah sebutan
 Lemah daya ingatan
 Teragak-agak
 Mengeja semasa membaca

2.6.5 CARA MENGATASI

Pengajaran Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial adalah komponen kurikulum yang penting untuk pelajar bermasalah
emosi dan tingkah laku. Ramai dari kanak-kanak ini mempunyai masalah untuk berbual
dengan kawan menunjukkan perasaan mereka, mengambil bahagian dalam aktiviti
kumpulan dan member respons dengan cara yang positif dan membina. Mereka sering
terlibat dalam pergaduhan kerana kurang kemahiran sosoal atau menghadapi dengan
tenang peristiwa yang kurang menyenangkan. Contohnya, isu yang biasa akan menjadi
bahan ketawa atau diabaikan oleh kebanyakkan kanak-kanak tetapi boleh menjadi
punca untuk kanak-kanak bermasalah bertindak ganas.

Pengajaran Kemahiran Akademik


Kebanyakan pelajar bermasalah emosi lemah dalam kemahiran akademik terutama
bagi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sekiranya, pengajaran kemahiran
akademik kurang diberi penekanan dan tumpuan diberi kepada kemahiran sosial dan
pengurusan tingkah laku, maka pencapaian akademik pelajar-pelajar ini akan merosot
lagi. Pengajaran kemahiran akademik hendaklah diatur dengan rapi sesuai dengan
tahap pencapaian pelajar. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pelajar bermasalah
emosi dan tingkah laku yang diajar secara langsung dan secara sistematik boleh
mencapai kejayaan cemerlang.

2.6.16 LEMBAM (SLOW LEARNER)

Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan Keperluan
Khas (IDEA-1997) mendefinisikan Masalah Pembelajaran Khusus Kanak-kanak
lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak
yang mengaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yang
boleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis,
mengeja dan mengira. Namun, masalah ini bukanlah berpunca daripada masalah
pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental.

Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan sebagai


beberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak
sempurna, seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanak-
kanak yang didefinisikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan
kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira serta
adakalanya mempamerkan masalah/kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku
dan bersosial (Rathus, 2004).

2.6.17 CIRI-CIRI KANAK-KANAK LEMBAM

Messe (2001) telah mengklasifikasikan ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak


masalah pembelajaran khusus kepada:

(a) Ciri-ciri Kognitif


Kanak-kanak lembam menunjukkan keupayaan intelektual mereka berada di tahap
sederhana atau melebihi tahap sederhana ini, iaitu IQ mereka pada tahap 85 atau
lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan (Messe, 2001). Kanak-kanak lembam
juga mengalami kepayahan memberi perhatian, mengumpul atau memproses
maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

(b) Ciri-ciri Akademik


Di antara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah yang paling ketara
(Hallahan & Kaufman, 2006; Messe, 2001) yang mengatasi masalah-masalah lain
seperti masalah tingkah laku. Dalam kemahiran matematik pula, kanak-kanak
lembam sukar mengingat makna simbol-simbol yang digunakan atau menyelesaikan
permasalahan matematik yang panjang dan menggunakan beberapa konsep seperti
campur, tolak atau bahagi.

(c) Ciri-ciri Sosial-Emosi


Ciri-ciri yang sedia ada seperti kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat,
kecuaian, kepayahan melakukan beberapa turutan tugas sudah tentunya
menyebabkan kanak-kanak ini lebih cenderung mengalami masalah sosial-emosi.

2.6.18 CARA MENGATASI

Menurut Shaw (2002) dalam pengubahsuaian kurikulum, mencadangkan beberapa


strategi pengajaran iaitu:

Mengubah yang Abstrak kepada Konkrit

Mengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam
dapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat.
Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan sebagainya.

Elakan daripada Membuat Generalisasi


Kanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasikan
konsep yang telah diajar kepada situasi yang baru kerana kurang upaya dari segi
memproses maklumat, mengingat kembali dan kurang berkemahiran membuat
penaakulan. Mereka biasanya memahami arahan yang khusus.

Membolehkan Kemahiran Asas Membentuk ‘Sub-Skill’ Lain

Dengan kebolehan menguasai asas pembelajaran, kanak-kanak lembam boleh dilatih


membentuk ‘sub-skill’ lain melalui apa yang dipeljari. Contohnya apabila mereka telah
menguasai kemahiran membaca secara kuat ‘reading aloud’, mereka akan dilatih untuk
membaca secara senyap.

2.6.19 TERENCAT AKAL

Evans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat
belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka
yang normal dan yang, dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakan
maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain.

Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal


sebagai:

“Subsequently subaverage general intellectual functioning, existing concurrently


with deficit in adaptive behavior and manisfested during the development mental
period that adversely affects a child’s educational performance”.

Antara dua perkara yang perlu diberi perhatian sebelum seseorang itu boleh
diklasifikasikan sebagai kerencatan mental ialah:

a. Kefungsian Intelektual
Kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti sebagai berfungsi pada tahap
intekletual di bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian
kecerdasan lazim digunakan.

b. Tingkah Laku Adaptasi


Kebolehan kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti menurut sejauh
manakah mereka berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling seperti
bercampur gaul, menjaga diri sendiri, berkomunikasi dan sebagainya.

2.7.0 CIRI-CIRI TERENCAT AKAL

Menurut Marilyn Friend (2005), ciri-ciri individu terencat akal ialah:

Ciri Kognitif

i. Ingatan
Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa
perkara yang sepatutnya dilakukan atau lupa perkara baru yang dipelajari.
ii. Generalisasi
Kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah membuat genealisasi dalam
akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.
iii. Metakognisi
Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka sukar
menyelesaikannya.
iv. Motivasi
Mereka mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan
sesuatu tugasan dan mudah putus asa.
v. Bahasa
Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa seperti mengambil masa yang
lama untuk memahami konsep mudah seperti atas, bawah, tepi dan sebagainya.
Perolehan bahasa mereka kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan.

Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran kanak-kanak terencat akal biasanya perlu bekerja lebih
keras, membuat latihan banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-
murid normal yang lain.

Ciri Sosial

Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya menyebabkan mereka


berkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan
mempunyai masalah menguasai kiu-kiu sosial halus sehingga aksi-aksi mereka sering
disalah tafsir oleh murid-murid lain.

Ciri Tingkah Laku Tambahan

Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal yang menunjukkan tingkah laku yang
khusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit atau tabiat suka
mencederakan diri.

Ciri Emosi

Mereka perlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian, kemurungan, dan juga
kemahiran sosial.

Ciri Fizikal dan Kesihatan

Mempunyai masalah kesihatan sampingan selain kecacatan yang dialami seperti


penyakit jantung berlubang dan sebagainya.

2.7.1 PUNCA KERENCATAN AKAL

Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) telah mengklasifikasi sebab-sebab


kerencatan akal kepada tiga kategori umum iaitu Pranatal (berlaku sebelum kelahiran
bayi), Perinatal (berlaku semasa kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepas
kelahiran bayi).
Prenatal (sebelum kelahiran bayi)
(a) Sindrom Down (Down Syndrome)

Disebabkan oleh keabnormalan pada kromosom 1 yang sepatutnya hanya


sepasang tetapi telah menjadi tiga. Lazimnya, ini menyebabkan kerencatan mental
sederhana tetapi juga boleh menyebabkan kerencatan teruk. Dianggarkan 1
dariapada 1000 kelahiran bayi mengkin menhadapi sindrom down dan angka ini
meningkat kepada 1:30 bagi wanita yang melahirkan bayi pada umur 45 tahun.

(b) Sindrom Alkohol Janin (Fetal Alcohol Syndrome)

Ibu yang hamil apabila meminum alkohol berlebihan mungkin melahirkan bayi
terencat akal dan juga kerosakkan otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibu
mungkin disalurkan kepada janin. Kanak-kanak ini lazimnya, hiperaktif, mengalami
gangguan tidur, lebih agresif dan menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-
kanak yang mengalami masalah ini adalah kecil berbanding dengan kanak-kanak
normal dan keadaan ini berterusan sepanjang hayat.

(c) Sindrom Prader-Willi (Prader-Willi Syndrome)

Sindrom ini wujud kerana kemusnahan sebahagian kromosom ke-15. Mereka


mempunyai selera makan yang tidak terhad sehingga ramai di antara mereka
menjadi obesity atau gemuk. Selera makanan yang tidak terkawal menyebabkan
pelbagai masalah pembelajaran. Mereka mempunyai tangan serta kaki yang kecil
dan mereka adalah lebih pendek berbanding dengan kanak-kanak normal. Mereka
juga didapati agresif, cepat marah dan bertindak tergesa-gesa serta keinginan
mencederakan diri sendiri.

(d) Mikrorganisma

Terdapat juga pelbagai jenis mikrorganisma yang mengancam perkembangan janin


dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan akal. Contohnya,
ibu yang hamil yang menghadapi penyakit seperti rubella dan syphilis
berkemungkinan tinggi untuk melahirkan bayi terencat akal.

(e) Kemiskinan
Ibu yang hamil daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang kurang
sihat kerana tidak mengambil makanan seimbang semasa mengandung..
Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkan
kelahiran bayi kerencatan mental.

Perinatal (Semasa kelahiran Bayi)


(a) Pramatang (premature): Bayi yang dilahrikan dalam keadaan tidak cukup matang
atau berat yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk
mengalami kerencatan mental. Usia kandungan adalah penting kerana ia akan
menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Antara
punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang, penggunaan
dadah dan merokok.

(b) Penyakit herpes simplex ialah sejenis penyakit yang berjangkit melalui hubungan
seks. Ibu yang menghidap herpes simplex berkemungkinan tinggi melahirkan bayi
kerencatan mental.

(c) Kekurangan oksigen semasa kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayi
sehingga menyebabkannya kerencatan mental.

Posnatal (Selepas Kelahiran Bayi)

I. Penyakit

Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat
boleh menyebabkan kerencatan akal. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang
menghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu
otak dan tulang belakang. Jika tidak dirawat dengan segera, kerencata akal mungkin
berlaku.

II. Persekitaran

Kanak-kanak yang terdedahkan kepada logam berat seperti pelambum dan merkuri
melalui makanan atau melalui pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran
dan masalah emosi dan sebahagian mengalami kerencatan mental. Contohnya,
keracunan pelambum berpunca daripada sesetengah cat rumah, paip air dan petrol.

2.7.3 CARA MENGATASI

Program untuk Bayi dan Pra Sekolah

(i) Model Home- Based – kanak-kanak menerima perkhidmatam di rumah daripada ibu
bapa dengan bantuan ahli profesional bagi mengenal pasti keperluan,
memperkembangkan program pengajaran dan memantau peningkatan.
(ii) Program center-based – kanak-kanak terencat akal mendapat perkhidmatan dan
pengajaran di pusat-pusat penjagaan daripada staf dan ibu bapa.
(iii) Program combination home-center-based – kanak-kanak menerima pengajaran di
rumah dan juga di pusat. Ibu bapa diberi laltihan di pusat untuk mengajar anak
mereka di rumah. Staf-staf akan melawat ke rumah untuk membuat pemantauan
dan membincangkan perkembangan anak mereka.

Program untuk Kanak-kanak dan Remaja

(i) Program kelas biasa – matlamat utamanya adalah untuk menyediakan


perkhidmatan yang paling bermakna dengan pengasingan yang paling minima
daripada rajan sebaya. Pengajaran dilakukan dengan bantuan bahan-bahan
pendidikan khas, perkhidmatan guru bergerak, guru resos, serta penilaian secara
diagnostic.
(ii) Program kelas khas – kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai memerlukan
pendidikan khas akan ditempatkan di kelas-kelas integrasi.
(iii) Program sekolah khas – sekolah khas harian dan sekolah khas berasrama penuh.
Sekolah khas harian bagi kanak-kanak terencat akal teruk disebabkan peralatan
yang diperlukan tidak ada di rumah.
(iv) Program-program lain – pengajaran di hospital dan di rumah (homebound).
Pengajaran di hospital diadakan bagi kanak-kanak yang menerima rawatan di
hospital dan bersifat sementara.

2.6. SINDROM DOWN

Sindrom Down merupakan kecelaruan genetik menyebabkan kerencetan akal pada


kanak-kanak. Menurut Nasional Down Syndrome Society, USA (2003), terdapat 1
daripada 800 hingga 1000 kanak-kanak yang dilahirkan sebagai Sindrom Down yang
disebabkan lebihan kromosom ke-21 atau Trisomi 21. Individu yang mempunyai Trisomi
21 mempuyai ciri-ciri fizikal dan mental yang khusus yang secara kolektifnya dikenali
sebagai Sindrom Down. Sindrom bermakna satu koleksi ciri-ciri manakala Down adalah
nama doctor yang berjaya mengesan dan menngumpulkan kesemua ciri dan
mencadangkan semua ciri itu berkaitan dengan masalah yang sama.

2.6. PUNCA SINDROM DOWN

Banyak kesalahan yang mungkin berlaku semasa proses pembahagian sel. Dalam
proses meiosis, pasangan kromosom sepatutnya terbahagi (berpecah) kepada dua dan
pergi ke tempat yang berlainan dalam sel yang terbahagi itu, peristiwa ini dikenali
sebagai ‘disjunction’. Namun begitu, adakalanya terdapat sepasang kromosom yang
tidak berpecah dan menyebabkan keseluruhan pasangan kromosom itu pergi ke dalam
satu tempat. Ini bermakna dalam sel-sel terbabit, satu sel mempunyai 24 kromosom
dan satu sel lagi mempunyai 22 kromosom sahaja. Kejadian ini dikenali sebagai
‘nondisjunction’.

Kesannya, apabila sperma atau telur dengan jumlah kromosom yang tidak
normal ini bergabung dengan pasangannya yang normal, maka telur yang terhasil
seterusnya akan mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal juga.

2.6. CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN


Ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down ialah:
Ciri-ciri Fizikal dan Kesihatan
i. Mata yang condong ke bawah atau ke atas
ii. Bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang
kepala adalah rata menyebabkan kepala kelihatan bulat
iii. Telinga kecil dan selalunya berkedudukan rendah
iv. Bahagian dalam mulut lenih kecil menyebabkan kuran ruang untuk lidah sehingga
menyebabkannya terjelir keluar
v. Bentuk leher lebih pendek
vi. Kaki dan tangan pendek, tapak tangan juga lebar dan rata, jari-jari pendek
vii. Tapak kaki lebar dan jari-jari kaki pendek
viii. Semasa bayi kanak-kanak ini mempunyai otot yang lemah dan terkepalai, serta
lemah tindak balas
ix. 30 – 40 peratus kanak-kanak Sindrom Down menghadapi masalah jantung
x. Mata kelihatan juling

Ciri Personaliti dan Temperan


Kanak-kanak Sindrom Down bukanlah mempunyai satu bentuk personaliti yang
seragam tetapi mereka mempunyai variasi tret personaliti dan temperan yang pelbagai.
Bagi bayi yang pada peringkat permulaannya tenang dan pendiam bertukar ceria,
bebas dan bersifat ingin tahu adalah disebabkan penjagaan, ransangan dan pendidikan
terutamanya semasa peringkat awal dan pertengahan zaman kanak-kanak dan
seterusnya. Terdapat juga kanak-kanak yang kurang upaya dan lemah bertukar
menjadi pemarah dan degil semasa remaja.

Ciri Perkembangan Bahasa dan Kognitif

i. Perbendaharaan kata yang sedikit menyebabkan kurangnya pengetahuan umum


ii. Bermasalah mempelajari peraturan-peraturan tatabahasa
iii. Boleh belajar perkataan baru dengan lebih mudah berbanding peraturan
tatabahasa
iv. Bermasalah dalam memahami arahan-arahan
v. Perkembangan kognitif mereka adalah lambat dan ukuran kecerdasan mereka
dianggarkan di sekitar 70 pada tahun pertama.

2.6. CARA MENGATASI

Antara strategi yang boleh dilaksanakan ialah bagi membantu kanak-kanak Sindrom
Down ialah:

Masalah Penglihatan

i. Tempatkan mereka di barisan hadapan


ii. Gunakan tulisan atau huruf cetak yang besar
iii. Lakukan persembahan secara jelas dan mudah

Masalah Pendengaran

i. Bercakap secara terus kepada pelajar


ii. Kukuhkan percakapan dengan ekspresi muka, isyarat atau gerak tubuh
iii. Kukuhkan percakapan melalui tulisan, gambar dan bahan maujud
Kemahiran Motor Halus dan Kasar

i. Sediakan latihan tambahan, panduan dan galakan semua kemahiran motor


ii. Sediakan aktiviti untuk menguatkan jari dan sendi pergelangan tangan seperti
menjahit dan memotong
iii. Lakukan aktiviti dan penggunaan bahan pelbagai deria yang luas

Masalah Pertuturan Bahasa

i. Beri masa untuk memproses bahasa dan tindak balas


ii. Gunakan bahasa yang mudah
iii. Sediakan banyak permainan dan aktiviti mendengar, bahan-bahan visual dan
sentuhan untuk mengukuhkan pertutura mereka
iv. Sediakan peluang-peluang bercakap dengan orang lain lebih kerap

2.6. AUTISME

Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme
yang bermaksud aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud kanak-kanak berada
dalam dunianya sendiri. Persatuan Autisme Amerika Syarikat mendefinisiskan autisme
sebagai ketidakupayaan yang rencam yang ada pada kebiasaannya kelihatan pada
masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan
daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. autisme dan tingkah
laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapapt dalam 1 daripada 500 idividu.
Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada
kanak-kanak perempuan.

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) pula mendefinisikan


autisme sebagai satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam
masa 30 bulan pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut.
Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan
intelek yang luas dan kerap kali menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau
kemahiran mekanikal ataupun dalam bidang muzik dan lain-lain lagi.
2.6. PUNCA AUTISME

Punca autisme adalah kompleks dan dalam kebanyakkan kes, punca yang
menyebabkan autisme adalah tidak diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yang
pelbagai dan kajian-kajian terkini lebih tertumpu kepada masalah genetik, kefungsian
otak, dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal.

Dari segi genetik, adik-beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami
autisme berbanding orang lain, terutamanya pasangan kembar seiras. Selain itu,
autisme juga dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan
perubatan seperti Fragile X Syndrome, tuberous sclerosis, dan phennylketonuria (PKU).

Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan austisme.


Antaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis,
kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan, dan bengkak cantik (mumps).
Susunan kedudukan adik-beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme
iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat atau yang
berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat anak atau lebih (Gargiulo R.M. 2003).

Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh behawa ketidakfungsian
serebelum, sistem limbik, dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi
kepada individu autisme.

Autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimunne dan juga faktor
persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme,
ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction) akan berkait dengan beberapa faktor
persekitaran terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak
dapat dicernakan dengan baik menyebakan protein daripada makanan ini tidak bertukar
menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk makanan yang akhirnya dibuang
melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistic, pepton ini diserap kembali oleh tubuh,
memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin atau casomorfin dan
gliadorfin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu.
Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, tumpuan perhatian,
dan tingkah laku (Jamila K.A Mohamed, 2005).
2.6. CIRI-CIRI AUTISME

Jamila K.A Mohamed (2005) dalam bukunya Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak
Istiemwa telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enam
bidang iaitu:

1 Komunikasi
a Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung
b Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang
diperkatakan oleh orang lain
c Jarang menggunakan bahasa
d Sukar diajak bercakap
e Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja
f Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
g Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
h Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu

2 Interaksi Sosial
a Suka bersendirian
b Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain
c Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan
d Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut

3 Gangguan Deria
a Sensitif pada sentuhan
b Tidak suka dipegang atau dipeluk
c Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
d Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain
e Kurang sensitif pada rasa sakit atau takut

4 Pola Bermain
a Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya
b Tidak suka bermain dengan rakan sebaya
c Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar atau melambung-
lambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegangnya
d Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas
e Apabila menyukai sesuatu benda terus dibawa ke mana-mana sahaja

5 Tingkah Laku
a Sama ada hiperaktif atau hipoaktif
b Melakukan perbuatan yang sama dan berulang-ulang seperti menepuk-nepuk
tangan
c Sidak suka pada perubahan daripada apa yang dilakukannya
d Dapat duduk lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi

6 Emosi
a Sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab, mengamuk tidak terkawal
jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang melakukan sesuatu yang
diingininya
b Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu
c Ada kalanya mencederakan diri sendiri
d Tidak rasa simpati da tidak memahami perasaan orang lain

2.31 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

Perkembangan kanak-kanak autisme boleh dilihat daripada banyak aspek seperti:

Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal adalah


berbeza. Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat juga sebahagian kecil
yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan.
Mereka juga mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak pula
berlaku pada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus
overselectivity iaitu perkara atau ransangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan.

Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi


mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini
dikekalkan dalam bentuk yang asal (uncoded form). Kanak-kanak istimewa tidak boleh
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang panjang dan juga tidak berupaya
membuat penyesuaian terhadap maklumat sebagaimana kebiasaan orang lain.

Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkara-
perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali
untuk melihat perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitan
antara dua perkara menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka,
membuat analogi dan seumpamanya.

Namun terdapat juga individu autistic yang mempunyai kemahiran tertentu yang
tinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang luar biasa,
contohnya dalam muzik, matematik dan seni lukis.

Perkembangan Bahasa

Dibahagikan kepada:

A. Nonsegmental Phonology
Kanak-kanak autistik yang lemah dalam menghasilkan pertuturan yang
nonsegmental atau prosodi iaitu:
i. Irama yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan
secara berlebihan
ii. Pengeluaran bunyi vokal yng berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti
biasa
iii. Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad
iv. Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan
B. Bahasa Idiosinkratik
Kanak-kanak autistik mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan
atau frasa yang dikeluarkan unik. Semua bnetuk bahasa yang dikeluarkan
menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman.

C. Masalah Kata Ganti Nama


Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autistik kerap
menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti ‘he’
atau ‘she’. Kata ganti nama kedua ‘you’ digunakan untuk dirinya dan ‘I’ untuk orang
lain. Keadaan ini berlaku kerana mereka sukar memahami dan mengunakan
perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.

D. Ekolalia
Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan
tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Boleh dibezakan
iaitu:
i. Ekolalia serta-merta – pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila
perkataan disebut.
ii. Ekolalia lewat – diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan
tersebut.
iii. Ekolalia ringan – pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang
dipertuturkan.

Perkembangan Komunikasi

Mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan
orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang
dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat
itu. Mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh orang
lain dan sukar memahami bahasa badan serta ekspresi orang lain.

Perkembangan Sosial
Boleh dikategorikan kepada:

i. Penghindaran sosial iaitu kanak-kanak autistik akan mengelak daripada sebarang


bentuk interaksi sosial dan kerap menjauhkan diri apabila ada orang hendak
berinteraksi dengan mereka.
ii. Bersikap tidak acuh atau tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling tetapi tidak
pula menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila
memerlukans sesuatu.
iii. Kekok ketika bersosial, berlaku apabila individu autistik cuba berkawan tetapi tidak
berupaya mengekalkan hubungan itu. Ini disebabkan mereka hanya bercakap
tentang diri sendiri dan tidak memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea,
perasaan, sikap dan emosi.

Perkembangan Emosi

Kanak-kanak autistik sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain
kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara
yang tidak disalah faham. Mereka juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau
tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang
melampau.

2.6.2 CARA MENGATASI

Proses intervensi untuk kanak-kanak autistik bermula sebaik sahaja masalah ini
dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat awal tertumpu kepada rawatan perubatan
dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang sering digunakan bagi kanak-
kanak autistik ialah penggunaan ubat Ritalin bagi merawat masalah kurang tumpuan
dan hiperaktif serta pengambilan vitamin B6 bersama magnesium untuk membantu
meningkatkan kesedaran dan tumpuan mereka.

Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik untuk


menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau
menghapus tingkah laku kurang sesuai. Antara teknik yang digunakan ialah
pengasingan, kejelakan, time-out, memberi ganjaran dan sebagainya. Pendidikan yang
berstruktur serta pengurusan intervensi semasa awal kanak-kanak lagi boleh
membantu mengembangkan potensi mereka. Perkhidmatan intervensi awal ini adalah
penting untuk mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Antara intervensi
awal yang digunakan bagi kanak-kanak autisme adalah bermula dengan pembentukan
Individualized Family Service Plan (IFSP), yang akan memenuhi keperluan dalam
bidang kemahiran sosial, kemhairan urus diri, komunikasi, dan pengurusan tingkah
laku.

2.6.3 PINTAR CERDAS

Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi.
Ross (1993) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak
dikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan
prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian
di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang
sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan
prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki kepimpinan yang luar
biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.

2.6.4 CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Antara ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ialah:

Tahap IQ yang Tinggi

Pintar cerdas diertikan mempunyai IQ yang tinggi (130 mata), (Grinder, 1985). Menurut
Clark, 1997, mengatakan bahawa IQ semata-mata bukanlah faktor menentukan pintar
cerdas. Beliau menyatakan kefungsian intelek yang tinggi dan cepat dalam empat
komponen intelek menunjukkan prestasi yang tinggi pada individu pintar cerdas iaitu
kognitif, efektif, fizikal dan intuitif.

Pemprosesan Maklumat

Sternberg & Zhang, 1995 berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdsa mempunyai
kebolehan-kebolehan seperti berikut:

i. Asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat dari ingatan
yang tersimpan
ii. Mengguna kemahiran dan strategi menyelesaikan masalah
iii. Kemahiran metakognitif yang akan meregulasi, mengawal penggunaan strategi
menyelesaikan masalah.

Perbezaan Secara Kualitatif

Eysenck (1986) berpendapat secara kualitatif kanak-kanak pintar cerdas berbeza


dengan kanak-kanak biasa dari segi memproses maklumat kerana mereka dapat
memproses maklumat dengan tepat sebab transmisi antara sel-sel di dalam otak lebih
cekap. Oleh itu, mereka dapat menangani kehendak intelek yang timbul walaupun pad
umur yang muda.

Kreativiti Tinggi

Guilford & Torrance menyatakan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai daya kreativiti
yang tinggi dan menunjukkan kebolehan-kebolehan berikut:

i. Kelancaran fikiran: boleh mengeluarkan idea yang banyak


ii. Fleksibiliti: boleh menukar corak pemifikiran
iii. Ketulinan: boleh mengeluarkan idea yang tidak dijangka
iv. Eloborasi: boleh meluaskan pemikiran dan menilai kesan.

Prestasi Luar Biasa

Stankowski (1987) berpendapat kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri


kematangan dan prestasi orang dewasa lebih jelas berbanding dengan umurnya.
Kemahiran Metakognisi Tinggi

Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan keupayaan metakognisi yang tinggi iaitu:

i. Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi


ii. Berupaya mengurus kendiri dengan cemerlang
iii. Motivasi kendiri yang tinggi, kehendak yang kuat untuk menguasai kemhairan
baru. Motivasi instrinsik lebih ketara pada mereka.
iv. Kemahiran menumpukan perhatian yang tinggi
v. Mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi: belajar dari kesilapan, insentif
yang tinggi untuk berjaya, lebih persisten dan pembelajar yang reflektif
vi. Berdikari
vii. Kemahiran bahasa dan percakapan yang tinggi
viii. Membina rasa takut pada usia muda
ix. Mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi
x. Mencari kesempurnaan
xi. Terlalu sensitif
xii. Mudah kecewa
xiii. Sangat matang
xiv. Tingkah laku tidak conform kepada masyarakat

Perkembangan Kanak-kanak Pintar Cerdas

Kanak-kanak pintar cerdas

MENGANTUK …

SBLM TDO NAK TULIS SESUATU “ACT AND PLAY IN THIS SCARY WORLD
NICELY, YOU WILL SUCCESS. (ROSE NOTE_ANA MARISSA)

3.1.6 Ciri-ciri
Dianggarkan terdapat kira-kira 50 tanda klinikal kanak-kanak Sindrom Down,
tetapi jarang sekali seseorang itu mempunyai semua ciri-ciri tersebut. Antara
cirri-ciri fizikal yang ketara ialah :
(i) Kepala yang kecil, leher yang pendek, serta mata sepet
(ii) Hidung leper, telinga dan mulut yang kecil
(iii) Tangan yang pendek, tapak kaki yang lebar dan igu jari kaki yang
pendek
(iv) Otot yang lemah
(v) Badan yang lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak biasa

Selain memiliki ciri-ciri fizikal tersebut, kanak-kanak Sindrom Down juga


mungkin mengalami masalah kesihatan seperti kesukaran bernafas, masalah
penglihatan, masalah pendengaran dan kesukaran bertutur. Kanak-kanak
Sindrom Down berkemungkinan menjadi obesity atau gemuk.

3.2.2 CIRI-CIRI KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN

Tujuan membaca ialah untuk memahami apa yang dibaca. Pemahaman


memerlukan seseorang itu mentafsir frasa, ayat dan perenggan. Pelajar
bermasalah pembelajaran yang berada pada peringkat mengenal pasti
perkataan sudah tahap pemahamannya tidak setandng dengan tahap
pemahaman pelajar normal atau biasa. Pelajar bermasalah pembelajaran akan
menghabiskan masa mengenal pasti perkataan dan oleh itu tidak dapat
membeca dengan fasih dan lancar, dan maksud bahan yang dibaca akan
menjadi kabur.

a) Masalah menulis
Ramai pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis.
Kemahiran menulis memerlukan seorang penterjemahan pemahaman bahasa
ke dalam system symbol. Berikut ialah beberapa masalah kemahiran menulis di
kalangan pelajar bermasalah pembelajaran :
 Kesukaran memegang pen atau pensil ketika dengan tangan
 Menulis huruf yang berlainan saiz.
 Bagi sesuatu perkataan, terdapat ruang diantara huruf
 Kelemahan dalam ejaan ( meninggikan atau menambahkan huruf-huruf
tertentu )
 Tidak menggunakan tatabahasa yang betul
 Organisasi perenggan yang tidak teratur
 Penjanaan idea yang tidak matang
 Kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran


adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau
biasa. Bagaimanapun, kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran
lebih dipertingkatkan jika interversi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar
yang teratur dan sistematik siperkenalkan.

b) Masalah Matematik
Para penyelidik mendapati bahawa 1 daripada 4 pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi kesukaran matematik. Diskalkulia merupakan istilah
yang digunakan secara meluas bagi ketidakupayaan dalam kemahiran
matematik. Secara umumnya, dikakulia bermakna ketidakupayaan untuk
mengira. Berikut ialah beberapa masalah matematik di kalangan pelajar
bermasalah pembelajaran :
i. Tidak menguasai sepenuhnya peraturan campur, bahagi, tolak dan darab
ii. Kesukaran menyelesaikan masalah matematik bentu ayat atau bahasa.
iii. Kesilapan yang dilakukan adalah sistematik dan ini menunjukkan bahawa
kanak-kanak tersebut telah menggunakan strategi menjawab soalan yang
salah secara konsisten.
iv. Kesukaran mengingati kembali fakta (mengingat semula fakta lebih
perlahan berbanding pelajar biasa).
v. Mudah melakukan kesilapan sekiranya tidak menerima contoh atau
pengajaran yang sepenuhnya daripada guru.
c) Masalah Interaksi Sosial
Setelah megkaji semula lebih seratus penyelidikan, Kavale dan Forness
membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran
menunjukkan kekurangan kemahiran social. Pelajar yang mempunyai kemahiran
social yang lemah dapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar
lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai
teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak
berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalinkan serta
mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak
mempunyai kemahiran untuk menolak rakan sebaya yang negative serta tidak
dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

Akibatnya, harga diri mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan
kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang-kadang hal
ini berlaku menyebabkan mereka bertingkah laku negative dan menyakiti orang
lain. Kompetensi social yang rendah di kalangan pelajar bermasalah adalah
rendah dalam kerana mereka tidak dapat membaca situasi social di sekitar
mereka.

d) Masalah Tingkah Laku


Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempamerkan masalah tingkah
laku. Dianggarkan antara 15 hingga 40 peratus pelajar bermasalah
pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu,
impulsive, terlalu aktif dan resah, dan tidak mengikut arahan. Istilah yang sering
digunakan untuk membincangkan situasi ini ialah Masalah Kurang Tumpuan
( Attention Deficit Disorder, ADD ) yang telah disemak semula dan kini dipanggil
Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktif (Attention Deficit Hyperactive Phychiatric
Association). Masalah ini lebih ketara di kalangan pelajar lelaki berbanding
dengan perempuan.
Sudah tentu tingkah laku kurang tumpuan yang dipamerkan akan memberikan
kesan terhadap pembelajaran mereka malah dan turut memberi kesan terhadap
situasi social di sekolah dan keadaan dir umah. Bagaimana perlu ditegaskan
bahawa tidak semua pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah
Kurang Tumpuan Hiperaktif ( ADHD ) dan berikut ialah cirri-ciri umum masalah :
i. Sangat aktif ( dipanggil hiperaktif )
ii. Sukar memberikan tumpuan
iii. Bertindak tanpa berfikir
iv. Tidak mengikuti arahan dengan sepenuhnya
v. Tidak mengikut giliran
vi. Terlalu banyak bercakap
vii. Mencela ketika orang bercakap

3.2.3 SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Apakah yang menyebabkan bermasalah pembelajaran? Pada masa kini,


tidak dapat ditentukan dengan tepat apakah yang akan menyebabkan masalah
pembelajaran. Bagi kebanyakan pelajar, kita ketahui apakah yang menyebabkan
sesuatu masalah pembelajaran yang dihadapi seperti disleksia atau kesukaran
menyelesaikan masalah matematik.

a) Kecederaan Otak
Ramai professional perubatan berpendapat kebanyakan masalah pembelajaran
ada kaitan dengan kecederaan otak. Kecederaan otak kecederaan otak atau
trauma pada system saraf pusat ( central nervous system ) biasanya berlaku
sebelum kelahiran bayi ( postnatal ) dan selepas kelahiran bayi ( postnatal ).

Sebelum kelahiran bayi.


- Pelbagai kejadian semasa kandungan boleh menyebabkan kecederaan otak
seperti ibu yang menghidap penyakit-penyakit seperti Rubela, herpes,
simplex, mengambil dadah, minum alcohol dan merokok terdedah kepada
logam berat seperti pelambam dan merkuri.

Semasa kelahiran bayi

- Pelbagai kejadian semasa kelahiran bayi boleh menyebabkan kecederaan


otak seperti kekurangan oksigen, tidak cukup bulan atau kurang berat badan,
trauma yang diterima sebabkan oleh penggunaan alatan perubatan seperti
forcep dan vakum.

Selepas kelahiran bayi

- Dalam kehidupan seharian seorang kanak-kanak terdedah keoada pelbagai


kematangan yang kadang kala boleh mencederakan otaknya seperti
hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan, demam yang
terlalu tinggi, tumbuhan pada otak dan jangkitan seperti encephatilitis dan
meningitis.
b) Genetik

Hubung kait di antara genetic dengan masalah pembelajaran dipertikaikan


kerana tidak ada bukti yang kukuh. Walaupun amat sukar untuk membezakan
sama ada masalah yang timbul adalah disebabkan oleh factor genetic atau
persekitaran, terdapat juga kajian-kajina menunjukkan kaitan genetic dan
masalah pembelajaran. Para penyelidk telah mendapati bahaw akira-kira 35-45
peratus kanak-kanakk yang menghadapi masalah membaca. Risiko mempunyai
masalah membaca akan meningkat sekiranya kedua-kedua ibu bapa mempunyai
masalah yang sama.

c) Ketidakseimbangan biokimia
Selain factor-faktor kecederaan otak dan keturunan, kandunga biokimia yang
tidak seimbang juga dikatakan sebagai salah satu sebab berlakunya masalah
pembelajaran. Sesetengah ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan
boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktif yang boleh mengakibatkan
kesukaran memberi tumpuan kepada kerja sekolah. Isu ketidakseimbangan
biokimia dan kaitannya dengan masalah pembelajaran seharusnya ditafsir
dengan hati-hati.

d) Persekitaran
Sepertimana kecederaan otak, genetic dan ketidakseimbangan biokimia sukar
dipastikan sebagai penyebabmasalah pembelajaran. Bagaimana terdapat
beberapa kajian yang menunjukkan bahawa persekitaran yang serba
kekurangan kerana kemiskinan, keadaan rumah yang tidak selesa, atau
persekitaran yang kotor boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan
kanak-kanak. Contahnya, kajian jangka panjang yang dilakukan oleh Hart
mendapati bayi dan kanak-kanak yang tidak banyak berkomunikasi dengan ibu
bapa mereka, mempunyai kosa kata dan penggunaan bahasa yang terhad
sebelum memasuki sekolah.

Bibliografi

Pengenalan Bahasa. http://anuarsped.blogspot.com

Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah


Pembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM
Sdn. Bhd..

Haliza Hamzah, (2008). Perkembangan Kanak-kanak: Untuk Program Ijazah


Sarjana Muda Perguruan: Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik,Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

Jamila K.A Mohamed, (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.


Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007). Buku


Panduan Instrumen Penempatan Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (IPP): Manual. Selangor: Absolute Master Printers Sdn.
Bhd..

You might also like