1.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 1.

1 PENGENALAN Perbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun, kadang kala kita akan berjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikuti norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak ini juga mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid- murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan,

pendengaran dan masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidak sempurna kerana penyakit, kekurangan zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini, mereka memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus, kasih sayang dan perhatian, yang menuntut kesabaran serta komitmen guru dalam mendidik mereka.

2.0 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MENGIKUT KATEGORI Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanakkanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Secara lebih terperinci lagi kanak-kanak berkeperluan khas boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada gambar rajah 1.0 di bawah:

Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Masalah Pembelajaran

Masalah Pendengaran

Masalah Kesihatan atau Fizikal

Masalah Penglihatan

Desleksia Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADD/ADHD) Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku Lembam (Slow Leaner) Terencat Akal Sindrom Down Autisme Pintar Cerdas Palsi Serebrum (Cerebral Palsy)

Masalah Komunikasi: Bahasa dan Pertuturan

Rajah 1.0: Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Setelah melihat gambar rajah 1.0 kita dapat menganalisis secara keseluruhan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran, Masalah komunikasi: Bahasa dan Pertuturan, dan Masalah Kesihatan atau Fizikal. Namun, dalam aspek masalah pembelajaran terdapat pelbagai jenis masalah yang dipecahkan kepada sembilan kategori lagi seperti yang terdapat dalam rajah tersebut. Sebelum merungkai lebih jauh lagi mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini, adalah penting kepada kita untuk mengetahui definisi setiap kategori ini untuk melihat perbezaan dan memahaminya dengan lebih mendalam. Perlu diingatkan bahawa sebagai bakal pendidik yang akan berkhidmat secara khusus dalam bidang ini atau lebih sinonim sebagai guru Pendidikan Khas, menghayati definisi setiap kategori kanakkanak berkeperluan khas adalah sangat penting. Hal ini perlu diambil berat bagi mencari corak pembelajaran, intervensi dan sebagainya yang sesuai bagi setiap kanakkanak yang dikenalpasti dalam mana-mana kategori ini. Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individu bermasalah pembelajaran adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Antaranya ialah kanak-kanak Desleksia, Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADD/ADHD), Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku, Lembam (Slow Leaner), Terencat Akal, Sindrom Down, Autisme , Pintar Cerdas, dan Palsi Serebrum (Cerebral Palsy). Seterusnya ialah Masalah Kesihatan atau Kecacatan Fizikal yang merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap (braces) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf

yang rosak (Mohd. Sharani, 2006) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu

pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dikategorikan kepada dua iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang seterusnya ialah Masalah Komunikasi yang merangkumi dua kategori iaitu masalah bahasa dan pertuturan. Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), USA, telah mendefinisikan masalah bahasa dan pertuturan sebagai suatu masalah komunikasi seperti gagap dan masalah penyebutan, masalah bahasa. Lebih spesifik lagi, masalah bahasa didefinisikan sebagai kelemahan dalam pemahaman, lisan dan tulisan. Masalah ini mungkin kelemahan dalam bentuk bahasa, kandunga bahasa, dan pragmatik. Masalah pertuturan pula merupakan kecacatan suara, penyebutan bunyi-bunyi pertuturan, dan/atau kelancaran. Kecacatan ini dapat dilihat dalam penyampaian dan penggunaan simbol-simbol lisan.

2.1 MASALAH KECACATAN FIZIKAL ATAU KESIHATAN Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami

ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap (braces) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak (Mohd. Sharani, 2006) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Antara masalah yang boleh dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah: Kecacatan fizikal

Cerebral Palsy

Kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan. Ia disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga mungkin mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal.

Epilepsi

Penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang menyebabkan kanak-kanak menggeleter.

Spina bifida

Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian badan. Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantu dengan pembedahan.

Muscular dystrophy

Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanakkanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.

Limb deficiencies

Kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna. Ini mungkin disebabkan oleh kemalangan atau kecacatan semasa

kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota palsu.

Asthma

Masalah pernafasan yang berlaku apabila tiub bronchial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit. Masalah ini boleh dibantu dengan dadah dan penggunaan ³nebulisec´.

Diabetes

Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh pancreas yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul.

Leukemia

Satu bentuk kanser yang agak biasa dikalangan kanak-kanak. Penyakit ini menyebabkan peningkatan secara mendadak sel putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi merupakan satu cara yang digunakan untuk membantu mengawalnya.

Jadual 1.0: Kategori masalah yang dihadapi oleh individu dengan kecacatan fizikal.

2.1.1 CARA MENGATASI Pendekatan secara berkumpulan bagi mengatasi masalah yang kompleks berkaitan keperluan perubatan, pendidikan, terapi, vokasional dan sosial di kalangan individu yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan sangat relevan. Kerjasama antara pelbagai disiplin dilihat sebagai dapat membantu menyelesaikan isu dalam pendidikan dan perubatan dan memberikan manfaat kepada golongan ini. Terdapat dua kumpulan penting dalam menjayakan pendekatan kumpulan pelbagai disiplin iaitu ahli terapi fizikal dan ahli terapi carakerja.

Ahli terapi fizikal bertanggungjawab dalam perkembangan dan mengekalkan kemahiran motor, pergerakan dan postur badan. Mereka selalunya menyarankan latihan yang sesuai untuk meningkatkan kawalan otot dan keperluan penggunaan alat bantuan seperti penyokong secara berkesan. Prosedur yang sering digunakan adalah seperti urutan dan memasukkan aktiviti lain selain berenang, rawatan pemanasan serta panduan kedudukan makan yang betul. Ahli patologi bahasa-pertuturan adalah salah satu daripada pakar lain yang turut terlibat dalam kumpulan pelbagai disiplin. Mereka menyediakan terapi pertuturan, intervensi bahasa, koordinasi motor oral seperti mengunyah dan menelan serta komunikasi argumentatif dan alternatif. Pembantu kesihatan pula bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan dan prosedur rawatan dalam kelas. Pekerja sosial perubatan membantu pelajar dan keluarga untuk berfungsi sepenuhnya dengan tidak menjadikan masalah yang dihadapi sebagai halangan. Pengubahsuaian persekitaran dilakukan untuk membolehkan pelajar yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan terlibat dengan sepenuhnya dalam aktiviti dan secara berdikari di sekolah. Pengubahsuaian persekitaran penting supaya pelajar dengan masalah fizikal dan kesihatan dapat dilihat dengan sepenuhnya secara berdikari di sekolah. Salah satu pengubahsuaian yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan aksebiliti sekolah dan bilik darjah. Halangan arkitektural akan mengehadkan pergerakan pelajar berkerusi roda atau mempunyai limitasi fizikal. Halangan arkitektural berupa laluan jalan, rem, pintu, lantai yang tidak licin, dan fountains. Kebanyakan individu yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan memerlukan penjagaan kesihatan khas dengan prosedur tertentu seperti pengambilan ubatan secara teratur, pembersihan tiub kencing secara berkala, penjagaan lubang yang ditebuk pada leher dan penjagaan respirator atau ventilator dan menguruskan keperluan nutrisi dan diet khas.

2.2 MASALAH PENGLIHATAN Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu

pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta juga kaadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Contohnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan µbulat¶ dan menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanakkanak yang mempunyai masalah penglihatan. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan ini menyebabkan mata merah dan membengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala dan loya. Apabila membaca kanakkanak ini akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangi penglihatan mereka.

2.2.1 PUNCA MASALAH PENGLIHATAN Terdapat pelbagai punca masalah penglihatan seperti: i. Baka dan keturunan ii. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir iii. Rubela iv. Sifilis v. Kecederaan vi. penyakit

2.2.2 CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN Kognitif i. Tidak memahami benda-benda abstrak ii. Pengamatan dan daya anggaran berat sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas. iii. Tidak memahami konsep bentuk iv. Keliru dengan huruf Psikomotor i. Lemah dalam melukis saiz dan jarak dalam mata pelajaran Matematik. ii. Lebih mengetahui konsep sejuk dan panas melalui sentuhan Emosi dan Tingkah Laku i. Selalu menutup mata sebelah ii. Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca iii. Meniru kerja kawan iv. Kerap menggosok mata v. Selalu terlanggar objek vi. Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening

2.2.3 CARA MENGATASI Pelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanak-kanak cacat penglihatan yang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang, di antaranya ialah µmeta analysis¶ dimana kanak-kanak buta dan rabun diletakkan di suatu kawasan dan diuji bagaimana mereka mengamati ruang di dalam kawasan tersebut. Hasil ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber atau petunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan kepada sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985). Kanak-kanak yang mengalami kebutaan memerlukan pelbagai pendedahan dan latihan intensif. Diantaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayi perlu diberikan pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik. Tindakan ini akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi. Seseorang kanak-kanak cacat penglihatan sering menunjukkan tingkahlaku atau emosi takut. Perasaan takut ini akan lebih menonjol pada keadaan atau situasi yang baru dilaluinya disebabkan mereka tidak menguasai konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti (Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal balikan gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukan mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek. Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi kekeliruan. Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak seperti apakah yang dikatakan dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-kanak ini perlu diberikan pengalaman untuk membuat ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untuk mendapatkan perbandingan jarak. Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagai elemen yang dapat menyokong sesuatu keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh dilakukan dengan membuat persamaan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, adik memakai seluar saiz S dan abang memakai seluar saiz X. Perbezaan ini boleh diterangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan mereka membuat perbandingan saiz.

2.3 MASALAH PENDENGARAN Terdapat dua kategori masalah pekak iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang hanya dikenalpasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Kanak-kanak yang menunjukkan masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyai nada suara yang tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Semasa mendengar radio atau televisyen kanak-kanak ini akan meninggikan nadanya pada tahap yang agak kuat. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.

2.3.1 TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN Tahap kehilangan pendengaran ialah: 1) Kurang pendengaran a. Ringan (mild) y y Tahap kehilangan pendengaran antara 27 ± 40 dB Memahami perbualan

y y

Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh Memerlukan terapi pertuturan

b. Sederhana (moderate) y y y y y Tahap kehilangan pendengaran antara 41 ± 55 Db Dapat mendengar bunyi setakat 1 ± 1.5 meter daripadanya Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas Memerlukan laat bantu dengar Memerlukan terapi pertuturan

c. Sederhana teruk (moderate ± severe) y y y y 2) Pekak a. Teruk (severe) y y y y Tahap kehilangan pendengaran antara 71 ± 90 dB Dapat mendengar bunyi pada jarak 0 ± 30.5 meter daripadanya Menghadapi masalah pertuturan Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi Tahap kehilangan pendenngaran antara 56 ± 70 dB Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat

b. Sangat teruk (profound) y y y Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB Sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat Memerlukan alat bantu dengar, terapi pertuturan dan komunikasi

2.3.2 PUNCA MASALAH PENDENGARAN Dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu: Sebelum lahir

a) Baka yang disebabkan oleh gen b) Bukan baka y y y Jangkitan sebelum lahir seperti virus (rubella, demam glandular) Semasa hamil si ibu mengambil dadah atau bahan kimia seperti kuanin Toksemia pada peringkat kelahiran

Semasa lahir a) Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga b) Kelahiran tidak cukup bulan c) Kecederaan semasa dilahirkan terutama pada bahagian telinga Selepas lahir a) Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus b) Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga c) Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama

2.3.3 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ialah: y Tidak bertindak balas terhadap bunyi

y Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri y Tidak memahami atau silap memahami arahan y Kelihatan tidak memberikan tumpuan dan sentiasa mengelamun y Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain, sangat pasif dan menyendiri y Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugas y Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar

y Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan bahasa y Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap y Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan y Telinga sering berair atau bernanah

2.3.4 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN Aspek bahasa dan komunikasi Kehilangan pendengaran menghalang secara serius perkembangan berkomunikasi secara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan pakar pertuturan, kanak-kanak bermasalah pendengaran mungkin mengalami perkembangan terbantut dalam keduadua kemahiran ini. Perkembangan sosial dan emosi Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak bergantung pada pengalaman mereka, dan melalui perkembangan mereka sendiri bagi membolehkan mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan dan memahami perasaan orang lain. Masalah komunikasi mereka memberi kesan ke atas konsep kendiri, kebolehan bermain dan berkongsi dengan rakan sebaya. Perkembangan kognitif Perkembangan kognitif merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya. Kelambatan perkembangan bahasa kanakkanak bermasalah pendengaran turut melambatkan perkembangan kognitif mereka. Perkembangan fizikal dan motor Perkembangan motor kasar dan motor halus bagi kanak-kanak bermasalah

pendengaran adalah serupa dengan kanak-kanak normal.

2.3.5 CARA MENGATASI Kaedah auditory oral Kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza. Kaedah bacaan bibir Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.

Kaedah bahasa isyarat Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Kaedah komunikasi seluruh Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak. Pertuturan isyarat (cued speech) Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu),

ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf vokal. Ahli audiologi dan ahli patologi pertuturan bahasa Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaan dan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan kepada kanak-kanak itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu dengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yang memberi impliksi terbaik kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman, 2004). Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaik akan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan membentuk bahasa(Lokman, 2004).

2.4 MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA 2.4.1 MASALAH PERTUTURAN Masalah pertuturan yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan oleh kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanak-kanak itu bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang semakin lambat, terutama dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi terhad. Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa.

Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan seperti perkataan ³saya¶ menjadi ³caya´. Kanak-kanak pada kebiasaannya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian. Gagap merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah. Masalah pertuturan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. 2.4.2 CIRI-CIRI MASALAH PERTUTURAN Antara ciri-ciri masalah pertuturan ialah: i. Masalah artikulasi Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut: i. ii. iii. iv. penggantian pengguguran pengubahan, dan penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya ³malan´ untuk ³makan´´ wabbit´ untuk ³rabbit´. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang. Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir

perkataan, misalnya ³idung´ untuk ³hidung´, ³besa´ untuk ³besar´, dan lain-lain. Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris

misalnya perkataan ³sip´ disebut ³shlip´. Sekiranya untuk perkataan ³susah´, konsonan ³s´ disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya ³sssyusyah´ Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti ³bawa´ disebut ³bawah atau bawuah´, ³animal´ disebut ³ ammanimal´ atau ³ammaminal´.

ii.

Masalah suara

Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang

menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan. Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat. Oleh itu kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan ³n´, ³m´, dan ³ng ³.

iii.

Masalah kelancaran

Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

2.4.3 PUNCA MASALAH PERTUTURAN Antara punca masalah pertuturan ialah disebabkan kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau. Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul. Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat, misalnya ³nacik´ untuk ³nasi´, ³be¶ ak´ untuk ³berak´ dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model..

2.4.4 CARA MENGATASI Di antara strategi yang digunakan adalah: a. Terapi Pertuturan Aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanakkanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanakkanak. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa. b. Terapi artikulasi (alat pertuturan) Melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya ³r´. Selain itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi ³r³ sebut. c. Pendekatan Interaktif Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka. d. Komunikasi Tambahan Terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan

diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. pendengaran. e. Terapi kumpulan

Satu bentuk komunikasi tambahan adalah

bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah

Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.

2.4.5 MASALAH BAHASA The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai ³« adalah kelemahan dalam

keupayaan untuk memahami atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan.´ Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua iaitu: 1. Perkembangan lambat: Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat, perbualan dan pemahaman. Kebanyakkan

perkembangan lambat berkaitan dengan peluang yang terhad untuk belajar. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbang kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian dengan tahap umur.

2. Kecacatan berbahasa: ia dapat dikesan sama ada dalam kemahiran yang dipelajari yang tidak berada dalam susunan yang tidak betul dan juga terdapat perbezaan yang ketara dalam perkembangan aspek bahasa. Contohnya ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanakkanak yang mengalami kecacatan berbahasa mempunyai ciri-ciri berikut bahasa berikut: a. Ayat-ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang berlangsung ataupun memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang diberi. b. Penggunaan tatabahasa yang tidak tepat. c. Sering terganggu percakapan sehingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut.

2.4.6 CIRI-CIRI MASALAH BAHASA Masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut: i. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti ³nama´ untuk ³mama´, ³blink´ untuk drink´. ii. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan ³tenses´ yang salah (bahasa Inggeris). iii. Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.

iv.

Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan.

v.

Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

2.4.7 PUNCA MASALAH BAHASA Antara punca masalah bahasa adalah: 1. Kelewatan bahasa Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya. 2. Aphasia Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbolsimbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan. 3. Gangguan proses auditori pusat Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak

tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

2.4.8 CARA MENGATASI Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut: i. Ajar bahasa di dalam situasi. Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. membantu ayah di kebun. Contoh:

ii.

Ikut urutan perkembangan bahasa normal. Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

iii.

Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan. Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara

mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

iv.

Terangkan apa yang orang lain lakukan Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah pembelajaran. dilakukan oleh kanak-kanak masalah

v.

Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus. Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang

betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita. 2.5 MASALAH PEMBELAJARAN Istilah masalah pembelajaran ( learning disabilities ) mula-mula sekali digunakan oleh Samuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan dengan ibu bapa kepada kanakkanak yang mengalami masalah membaca hiperaktif, masalah matematik. Masalah pembelajaran diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses,

menganalisa dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja ataupun mengira. a) Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripaa kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau factor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau pendengaran. b) Akta Masalah Pembelajaran Spesifik (specific Learning Disabilities Act, 1969) memperluaskan definisi Samuel Kirk. Ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan. Ini dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar, berfikir, bertutur, mengeja

dan mengira. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran ialah:

Masalah pembelajaran Akademik Membaca y

Ciri-ciri

Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat, kerap mengulang atau berhenti

y

Menterb balikkan perkataan seperti µb¶ dan µd¶, µ12¶ dan µ21¶ atau µon¶ dan µno¶

y

Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah yang bunyinya sama

y

Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad

y

Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari bacaan, mengingat fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca.

Menulis

y

Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal

y y y Mengira

Ejaan Kesukaran menjelaskan iedea melalui penulisan Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan

y

Keliru dengan symbol Matematik dan salah baca nombor

y y

Kesukaran mengingati fakta Matematik Kesukaran dalam kiraan

y

Menukar aturan nombor

Jadual 2.0: Ciri-ciri masalah pembelajaran akademik

2.5.1 DISLEKSIA Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ³dys´ bermaksud ³kesukaran´ dan ³lexia´ bermaksud ³perkataan´. Terjemahannya membawa maksud ³kesukaran dengan perkataan bertulis´. Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali symbol-simbol, seperti not muzik atau symbol matematik. Manakala menurut Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)] masalah pembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu: a) Kesukaran belajar bahasa b) Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual c) Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak d) Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat e) Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan f) Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak atau buta.

2.5.2 PUNCA DISLEKSIA Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami disleksia tidak diketahui (Bradford, 2001). Namun, mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinya disleksia disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kemtangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999). a) Keturunan/Genetik

Menurut Bradford (2001), dalam kebanyakkan kes murid disleksia, terdapat beberapa orang ahli keluarga; sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudara terdekat; yang mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan ada tanda-tanda berkemungkinan disleksia berpunca daripada pengaruh genetic, iaitu disleksia boleh diwarisi. Namun, darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza. Kajian yang telah dijalankan telah dapat membuktikan bahawa disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British Psychological Society, 1991). b) Biologi Secara umum ianya disebabkan oleh sejarah kesukaran semasa dilahirkan, seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat menyukarkan. Semua faktor ini adalah kemungkinan menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan sebahagian daripada

kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah belajar disleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan ini adalah minima. Mercer, (1997), yang menjalankan kajian mendapati pembentukan otak mereka yang mengalami disleksia adalah tidak sama dengan mereka yang tidak mengalami disleksia. c) Kematangan Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia mengikut jantina. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanakkanak perempuan (Hammond & Hughes, 1996).

2.5.3 KATEGORI DISLEKSIA Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh dikategorikan kepada dua iaitu: a) Disleksia Perolehan Menurut Ott (1997), disleksi perolehan adalah kesan daripada kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak

kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu: i. Disleksia yang dalam teruk, yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan berubah makna. ii. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan. iii. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanakkanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama. iv. Disleksia huruf, di mana seseorang yang mengalaminya hanya boleh faham apa yang dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam sesuatu perkataan. b) Disleksia Perkembangan Menurut Kennedy (1984), disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak lain, yang lebih muda 2 tahun atau lebih daripadanya. Ianya berpunca daripada kerosakan tisu-tisu tertentu atau gagal berfungsi secara keseluruhannya kerana jangkitan penyakit atau ketidakseimbangan kimia dalam badan. Kanak-kanak ini mempunyai intelek yang normal serta tidak mempunyai kekurangan daripada segi persekitaran dan sosial. Menurut Spafford 7 Grosser (1996), disleksia boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu: c) Disleksia Visual (pandang) Murid dalam kategori ini menghadapi kesukaran mengingat dan mengenal huruf dan konfigurasi perkataan dan abjad. Murid ini tidak berupaya menterjemah simbol bahasa yang bercetak kepada sesuatu yang dimaksudkan. Murid ini biasanya melihat sesetengah huruf atau sebahagian daripada perkataan secara terbalik. Contoh: Huruf µd¶««.dillihat sebagai µb¶ (kiri ± kanan) Huruf µn¶««.dilihat sebagai µu¶ (atas ± bawah) Perkataan µmandi¶ dilihat sebagai µmaubi¶ d) Disleksia Auditori (dengar)

Kesukaran utama yang dialami oleh murid ini ialah mengingat bunyi huruf, memahami bunyi mengikut sukukata dalam perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku-sukukata untuk menyebut perkataan. Ini disebabkan muridmurid disleksia auditori tidak berupaya mengenalpasti perbezaan kecil di antara bunyi vokal dan konsonan serta tidak dapat menggabungkan bunyi-bunyi tertentu dengan simbol yang bercetak. Murid disleksia auditoria mat sukar membunyikan rentak-rentak percakapan, menterjemahkan perkataan yang hampir sama bunyinya menggunakan fonik-fonik biasa dan membunyikan sesuatu perkataan dengan tepat. e) Disleksia Visual-Auditori Murid ini mempunyai ketidakupayaan untuk mengkoordinasikan tangan dan otot-otot lengan bagi menghasilkan tulisan yang baik. Mereka mungkin boleh membaca tulisan mereka tetapi orang lain sangat sukar atau tidak boleh langsung membacanya. Sesetengah tulisan murid tersangat kecil dan bentuknya tidak menentu. Ini adalah kesan dari kelemahan untuk memproses secara visual dan audio.

2.5.4 CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA Ciri-ciri kanak-kanak disleksia ialah: a. Masalah dalam Pembelajaran y y y y y y y y y Perkembanga pertuturan bahasa yang lambat Kemahiran mengeja dan membaca yang lemah Keliru dengan perkataan yang hampir serupa Sukar mengikut arahan Sukar menyalin Lemah dalam menyelesaikan matematik Suka menggigit jari, pen dan merenung buku seolah-oallh tidak faham Bahan lisan lebih baik daripada penulisan Tulisan (tidak suka menulis, buruk, menekan semasa menulis dan tidak memulakan huruf besar di awal perkataan).

b. Kemahiran Motor y y y y y y y Koordinasi yang lemah Pergerakan tangan yang luar biasa Lambat menulis Sukar memegang pensil dengan betul Sukar mengimbangkan diri Sukar menyepak dengan baik Sukar menggunting

c. Masalah Fizikal/Pengurusan Diri/Sosial y y y y y y Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor Butang baju salah butang Tali kasut tidak diikat rapi Kidal Perhatian singkat - keliru antara depan/belakang - kiri/kanan ± bawah/atas Tidak berminat dalam pelajaran dan dilabel sebagai pemalas/bodoh

d. Pengamatan Tingkah Laku y y y y Keliru dengan konsep arah Keliru dengan konsep masa Kerap terasa tertekan Konsep kendiri yang lemah

2.5.5 KESAN DISLEKSIA TERHADAP PEMBELAJARAN Kesan-kesan utama kanak-kanak disleksia terhadap pembelajaran ialah: 1) Membaca Kebolehan membaca adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari apa yang tersenarai di dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca menyebabkan

murid tidak dapat belajar sendiri. Murid rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan tentang kebolehan sendiri. 2) Mengeja Pada jangka panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang lebih negatif daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan mengehadkan kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas. Kelemahan ini juga akan menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan. 3) Menulis Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran olelh murid disleksia akan memberi kesan negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis tersebut. 4) Tulisan Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh membaca, kepantasan menulis, dan kematangan menulis. Kelemahan dalam mana-mana aspek ini akan menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah dalam pembelajarannya. 5) Nombor Kesukaran yang dihadapi dalam numerasi adalah sama dengan kesukaran yang dihadapi dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca teks, menulis bentuk digit dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor. 6) Bahasa Kebiasaannya murid mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengetahuan, menggunakan perkataan, menamakan benda, mengingat suku kata bagi perkataan yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan kesan negatifnya juga merentas kurikulum. 7) Emosi/Tingkah Laku Pencapaian prestasi yang rendah menyebabkan murid rendah diri dan kecewa. Ini boleh menyebabkan masalah tingkah laku yang lebih teruk, diikuti dengan pencapaian akademik yang rendah dan seterusnya. Selain itu, masalah tingkah laku

menyebabkan murid menghadapi masalah sosial seperti tidak boleh berinteraksi dengan rakan sebaya.

2.5.6 CARA MENGATASI Kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini menggabungkan beberapa deria iaitu: i. Auditori ii. Visual iii. Oral iv. Kinestetik Bagi menjalankan kaedah ini, gabungan semua deria dijalankan serentak. Penggunaan huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh: A. Mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf-huruf. B. Melihat huruf-huruf tersebut. C. Menyebut kembali huruf-huruf tersebut. D. Menekap huruf-huruf tersebut dengan jari. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan pasir atau garam dengan

menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar boleh: a. Mendengar bunyi huruf yang disebut oleh guru. b. Melihat huruf yang ditulis oleh guru di atas papan hitam. c. Mengulang kembali huruf yang disebut oleh guru. d. Menulis kembali huruf tersebut di atas pasir.

2.5.7 ATTENTION DEFICIT/HYPERACTIVITY DISORDER ADD/ADHD Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum berumur tujuh tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsive, dan/atau hiperaktifimpulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya.

2.5.8 CIRI-CIRI KANAK-KANAK ADHD Antara ciri-ciri kanak-kanak ADHD ialah: a. Tidak memberi tumpuan y y y Gagal menyiapkan tugasan Tidak mengikut arahan Sukar memberi tumpuan pada satu-satu aktiviti

b. Impulsif y y y y Bertindak tanpa berfikir Bertukar daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain Sukar mengendali satu-satu aktiviti Sukar menunggu giliran

c. Hiperaktif y y y y Berlari atau memanjat sebarang objek tanpa terkawal Sukar duduk di satu tempat dengan tenang Bergerak secara berlebihan semasa tidur Sentiasa aktif sepanjang masa

2.5.9 PUNCA ADHD Di antara punca ADHD yang dikenal pasti ialah adalah: 1) Faktor Keturunan Individu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya. Malah, kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD. 2) Perbezaan Fungsi Otak Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Khusus bagi ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut. 3) Faktor Biokimia Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neutransmitter yang memancarkan malmukat daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD. 4) Persekitaran Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak. 5) Kecederaan Otak Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah, merokok, atau akibat kekurangan oksigen.

2.6.10 CARA MENGATASI Antara cara intervensi yang boleh dijalankan ialah: Sokongan Persekitaran i. Susunan kelas bebas daripada gangguan tumpuan perhatian ii. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan iii. Menyusun pembelajaran seperti menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan cara memberi murid peluang bergerak. Intervensi Tingkah Laku i. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang dingini ditunjukkan ii. Strategi pencegahan ± iaitu memberhentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika baru bermula atau ketika masih ringan iii. Token ekonomi ± memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker, syiling plastic dan lain-lain) yang mempunyai nilai ekonomi, iaitu boleh ditukarkan dengan barang yang disukai Intervensi Pengajaran i. Arahan yang diberikan jelas, ringkas dan lengkap ii. Apabila memberi arahan, minta murid mengulang arahan tersebut iii. Pecahkan tugas yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil iv. Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran Rawatan Menggunakan ubat yang diberi mengikut masa yang tetap.

2.6.11 BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA, 1990) menggunakan istilah gangguan emosi. Seseorang didefinisikan sebagai gangguan emosi mempunyai satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut dalam satu tempoh masa yang panjang yang mempengaruhi pencapaian akademiknya: y Ketidakupayaan untuk belajar yang tidak ada kaitan dengan kekurangan kebolehan intelektual, kekurangan sesuatu deria, atau faktor kesihatan. y Ketidakupayaan untuk membina hubungan sosial yang berkekalan dengan rakan sebaya dan guru. y y Mudah merasai sedih dan kerap megalami depresi Menunjukkan simptom-simptom fizikal seperti pening kepala, muntah, sakit perut, serta ketakutan terhadap sesuatu. y Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori, atau intelek. Majlis Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku di Amerika Syarikat

mendefinisikan ³masalah emosi´ atau ³masalah tingkah laku´ sebagai ciri-ciri emosi atau tingkah laku yang berlainan daripada kanak-kanak biasa yang sama umur. Masalah-masalah berterusan dan menjejas prestasi akademik dan hubungan sosial pelajar, termasuklah masalah-masalah yang lebih khusus seperti skizofrenia, keresahan dan masalah emosi lain yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

2.6.12 CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU Terdapat dua dimensi tingkah laku yang dipamerkan iaitu tingkah laku luaran dan tingkah laku dalaman. Bentuk tingkah laku yang biasa dilakukan oleh kanak bermasalah emosi adalah tingkah laku luaran (external behaviour). Contohnya, kerap membangun dari tempat duduk, menjerit, bercakap kuat, memaki hamun, mengganggu rakan, memukul, bergaduh, tidak menghiraukan guru, kerap mengadu, bertengkar keterlaluan, menipu, merosakkan harta benda (Walker, 1997).

Segologan kanak-kanak bermasalah emosi mempamerkan tingkah laku dalaman (internal behaviour) seperti mengasingkan diri, duduk perseorangan, dan tidak mahu bercampur gaul dengan orang lain atau bermain dengan rakan-rakan mereka. Lazimnya, mereka tidak mempunyai kemahiran sosial yang diperlukan untuk mencari kawan. Mereka lebih gemar melibatkan diri dalam dunia khayalan dan fantasi. Kadangkadang mereka mengadu sakit, tertekan dan takut pada sesuatu tanpa sebab. Kanakkanak ini kurang memberi masalah kepada guru apabila berada di dalam kelas berbanding kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku luaran.

2.6.13 PUNCA MASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU Beberapa teori dan kajian telah mengusulkan sebab-sebab wujudnya masalah emosi di kalangan kanak-kanak. Faktor genetik, faktor biologi otak, faktor persekitaran dan faktor keluarga telah dicadangkan sebagai menyebabkan masalah emosi dan tingkah laku dikalangan kanak-kanak. Faktor Biologi Sesetengah pendapat mengaitkan masalah emosi dan tingkah laku dengan biologi otak seseorang. Terdapat pandangan yang menyatakan masalah emosi dan tingkah laku disebabkan oleh perkembangan otak yang tidak normal atau kerosakan otak yang disebabkan oleh kesan daripada penyakit atau trauma yang membawa kecederaan kepada struktur dan fungsi otak. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tidak ada bukti yang kukuh menunjukkan bahawa masalah emosi dan masalah tingkah laku berlaku disebabkan oleh kecederaan pada otak. Faktor Persekitaran Tidak dinafikan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam penentuan kewujudan masalah emosi dan masalah tingkah laku di kalangan ramai kanak-kanak. Dodge(1993) mengenalpasti 3 faktor persekitaran utama yang membawa kepada masalah emosi di kalangan pelajar; iaitu asuhan awal yang kacau bilau serta

penuh ketegangan, tingkah laku agresif yang ditunjukkan semasa memasuki alam persekolahan dan penyisihan sosial oleh rakan-rakan sebaya. (a) Asuhan Hubungan yang wujud di antara kanak-kanak dan ibubapa sejak kecil adalah cara yang krikal untuk mereka berkelakuam. Pemerhatian terhadap interaksi di antara ibu bapa dan anak menunjukkan bahawa ibu bapa yang mengasuh anak mereka dengan penuh kasih saying, akan lebih peka terhadap keperluan anak mereka. Mereka lebih memerhati setiap tindak-tanduk anak mereka bagi memastikan anak mereka bertingkah laku positif. Banyak kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang antisosial berpunca daripada keluarga iaitu : y y Ibu bapa tidak konsisten dalam mendisiplinkan anak-anak mereka Ibu bapa menggunakan kekerasan dan dendaan yang berlebihan untuk menangani masalah tingkah laku. y Ibu bapa yang meluangkan masa yang sedikit untuk merapat dengan anak-anak mereka. y Ibu bapa tidak memantau aktiviti anak mereka dan tidak tahu mana anak mereka berada y Ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang yang sedikit dan kurang penghargaan terhadap tingkah laku yang baik.

(b) Sekolah Sesetengah kanak-kanak telah pun mempunyai masalah emosi atau masalah tingkah laku sebelum memasuki sekolah. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku tidak dapat dikenalpasti sehinggalah mereka berada di sekolah dan ini menimbulkan persoalan sama ada sekolah juga menjadi faktor kepada masalah tingkah laku. Apabila memasuki sekolah, masalah emosi mereka mungkin berkurangan atau menjadi lebih teruk. Masalah emsoi muncul semasa di sekolah, mungkin disebabkan oleh pengalaman dan amalan di sekolah. Contohnya, pengajaran kegagalan akademik, peraturan yang tidak jelas, peneguhan yang tidak konsisten, denda lebih bersifat

menghukum, kekurangan pujian oleh guru terhadap tingkah laku yang baik dan kaedah mengajar yang tidak member perhatian kepada keperluan pelajar. pelajar bermasalah emosi dapati sukar bercampur gaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Akhirnya, mereka disingkirkan atau diabaikan oleh pelajar lain. Ini pula memudaratkan lagi masalah emosi yang dialami dan membawa kepada tingkah laku antisosial.

2.6.14 MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU Masalah Pertuturan ‡ Gangguan pada penghasilan sebenar bunyi

Masalah Bahasa ‡ ‡ Sukar hasilkan perkataan untuk sampaikan pandangan Sukar faham pertuturan

Masalah Kecelaruan Kelancaran ‡ Aliran pertuturan terganggu oleh perkara tidak normal pada: - penghentian - pemanjangan (ssss-saya) - pengulangan bunyi (s-s-s-saya) - suku kata (sa-sa-sa-saya) Masalah Kecelaruan Suara ‡ Masalah dalam: - penggunaan nada - kekuatan dan kualiti suara (harsh) - berangin (breathy) - tegang (strained)

Masalah Bacaan y y y y y y Mengulang perkataan Menambah perkataan Salah sebutan Lemah daya ingatan Teragak-agak Mengeja semasa membaca

2.6.5 CARA MENGATASI Pengajaran Kemahiran Sosial Kemahiran sosial adalah komponen kurikulum yang penting untuk pelajar bermasalah emosi dan tingkah laku. Ramai dari kanak-kanak ini mempunyai masalah untuk berbual dengan kawan menunjukkan perasaan mereka, mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan dan member respons dengan cara yang positif dan membina. Mereka sering terlibat dalam pergaduhan kerana kurang kemahiran sosoal atau menghadapi dengan tenang peristiwa yang kurang menyenangkan. Contohnya, isu yang biasa akan menjadi bahan ketawa atau diabaikan oleh kebanyakkan kanak-kanak tetapi boleh menjadi punca untuk kanak-kanak bermasalah bertindak ganas. Pengajaran Kemahiran Akademik Kebanyakan pelajar bermasalah emosi lemah dalam kemahiran akademik terutama bagi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sekiranya, pengajaran kemahiran akademik kurang diberi penekanan dan tumpuan diberi kepada kemahiran sosial dan pengurusan tingkah laku, maka pencapaian akademik pelajar-pelajar ini akan merosot lagi. Pengajaran kemahiran akademik hendaklah diatur dengan rapi sesuai dengan tahap pencapaian pelajar. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pelajar bermasalah emosi dan tingkah laku yang diajar secara langsung dan secara sistematik boleh mencapai kejayaan cemerlang.

2.6.16 LEMBAM (SLOW LEARNER) Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan Keperluan Khas (IDEA-1997) mendefinisikan Masalah Pembelajaran Khusus Kanak-kanak lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yang boleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Namun, masalah ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental. Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan sebagai beberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna, seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanakkanak yang didefinisikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira serta adakalanya mempamerkan masalah/kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial (Rathus, 2004).

2.6.17 CIRI-CIRI KANAK-KANAK LEMBAM Messe (2001) telah mengklasifikasikan ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak masalah pembelajaran khusus kepada: (a) Ciri-ciri Kognitif Kanak-kanak lembam menunjukkan keupayaan intelektual mereka berada di tahap sederhana atau melebihi tahap sederhana ini, iaitu IQ mereka pada tahap 85 atau lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan (Messe, 2001). Kanak-kanak lembam juga mengalami kepayahan memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

(b) Ciri-ciri Akademik Di antara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah yang paling ketara (Hallahan & Kaufman, 2006; Messe, 2001) yang mengatasi masalah-masalah lain seperti masalah tingkah laku. Dalam kemahiran matematik pula, kanak-kanak lembam sukar mengingat makna simbol-simbol yang digunakan atau menyelesaikan permasalahan matematik yang panjang dan menggunakan beberapa konsep seperti campur, tolak atau bahagi.

(c) Ciri-ciri Sosial-Emosi Ciri-ciri yang sedia ada seperti kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat, kecuaian, kepayahan melakukan beberapa turutan tugas sudah tentunya

menyebabkan kanak-kanak ini lebih cenderung mengalami masalah sosial-emosi.

2.6.18 CARA MENGATASI Menurut Shaw (2002) dalam pengubahsuaian kurikulum, mencadangkan beberapa strategi pengajaran iaitu: Mengubah yang Abstrak kepada Konkrit Mengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam dapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat. Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan sebagainya. Elakan daripada Membuat Generalisasi Kanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasikan konsep yang telah diajar kepada situasi yang baru kerana kurang upaya dari segi memproses maklumat, mengingat kembali dan kurang berkemahiran membuat penaakulan. Mereka biasanya memahami arahan yang khusus.

Membolehkan Kemahiran Asas Membentuk µSub-Skill¶ Lain Dengan kebolehan menguasai asas pembelajaran, kanak-kanak lembam boleh dilatih membentuk µsub-skill¶ lain melalui apa yang dipeljari. Contohnya apabila mereka telah menguasai kemahiran membaca secara kuat µreading aloud¶, mereka akan dilatih untuk membaca secara senyap.

2.6.19 TERENCAT AKAL Evans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang, dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai: ³Subsequently subaverage general intellectual functioning, existing concurrently with deficit in adaptive behavior and manisfested during the development mental period that adversely affects a child¶s educational performance´. Antara dua perkara yang perlu diberi perhatian sebelum seseorang itu boleh diklasifikasikan sebagai kerencatan mental ialah: a. Kefungsian Intelektual Kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti sebagai berfungsi pada tahap intekletual di bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian kecerdasan lazim digunakan.

b. Tingkah Laku Adaptasi Kebolehan kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti menurut sejauh manakah mereka berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling seperti bercampur gaul, menjaga diri sendiri, berkomunikasi dan sebagainya.

2.7.0 CIRI-CIRI TERENCAT AKAL Menurut Marilyn Friend (2005), ciri-ciri individu terencat akal ialah: Ciri Kognitif i. Ingatan Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan atau lupa perkara baru yang dipelajari. ii. Generalisasi Kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah membuat genealisasi dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial. iii. Metakognisi Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka sukar menyelesaikannya. iv. Motivasi Mereka mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah putus asa. v. Bahasa Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa seperti mengambil masa yang lama untuk memahami konsep mudah seperti atas, bawah, tepi dan sebagainya. Perolehan bahasa mereka kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan. Ciri Akademik Dalam proses pembelajaran kanak-kanak terencat akal biasanya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding muridmurid normal yang lain. Ciri Sosial Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya menyebabkan mereka berkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan mempunyai masalah menguasai kiu-kiu sosial halus sehingga aksi-aksi mereka sering disalah tafsir oleh murid-murid lain.

Ciri Tingkah Laku Tambahan Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal yang menunjukkan tingkah laku yang khusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit atau tabiat suka mencederakan diri. Ciri Emosi Mereka perlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian, kemurungan, dan juga kemahiran sosial. Ciri Fizikal dan Kesihatan Mempunyai masalah kesihatan sampingan selain kecacatan yang dialami seperti penyakit jantung berlubang dan sebagainya.

2.7.1 PUNCA KERENCATAN AKAL Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) telah mengklasifikasi sebab-sebab kerencatan akal kepada tiga kategori umum iaitu Pranatal (berlaku sebelum kelahiran bayi), Perinatal (berlaku semasa kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepas kelahiran bayi).

Prenatal (sebelum kelahiran bayi) (a) Sindrom Down (Down Syndrome) Disebabkan oleh keabnormalan pada kromosom 1 yang sepatutnya hanya sepasang tetapi telah menjadi tiga. Lazimnya, ini menyebabkan kerencatan mental sederhana tetapi juga boleh menyebabkan kerencatan teruk. Dianggarkan 1 dariapada 1000 kelahiran bayi mengkin menhadapi sindrom down dan angka ini meningkat kepada 1:30 bagi wanita yang melahirkan bayi pada umur 45 tahun.

(b) Sindrom Alkohol Janin (Fetal Alcohol Syndrome) Ibu yang hamil apabila meminum alkohol berlebihan mungkin melahirkan bayi terencat akal dan juga kerosakkan otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibu mungkin disalurkan kepada janin. Kanak-kanak ini lazimnya, hiperaktif, mengalami gangguan tidur, lebih agresif dan menghadapi masalah pembelajaran. Kanakkanak yang mengalami masalah ini adalah kecil berbanding dengan kanak-kanak normal dan keadaan ini berterusan sepanjang hayat. (c) Sindrom Prader-Willi (Prader-Willi Syndrome) Sindrom ini wujud kerana kemusnahan sebahagian kromosom ke-15. Mereka mempunyai selera makan yang tidak terhad sehingga ramai di antara mereka menjadi obesity atau gemuk. Selera makanan yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai masalah pembelajaran. Mereka mempunyai tangan serta kaki yang kecil dan mereka adalah lebih pendek berbanding dengan kanak-kanak normal. Mereka juga didapati agresif, cepat marah dan bertindak tergesa-gesa serta keinginan mencederakan diri sendiri. (d) Mikrorganisma Terdapat juga pelbagai jenis mikrorganisma yang mengancam perkembangan janin dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan akal. Contohnya, ibu yang hamil yang menghadapi penyakit seperti rubella dan syphilis berkemungkinan tinggi untuk melahirkan bayi terencat akal. (e) Kemiskinan Ibu yang hamil daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang kurang sihat kerana tidak mengambil makanan seimbang semasa mengandung.. Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkan kelahiran bayi kerencatan mental.

Perinatal (Semasa kelahiran Bayi) (a) Pramatang (premature): Bayi yang dilahrikan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerencatan mental. Usia kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Antara punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang, penggunaan dadah dan merokok.

(b) Penyakit herpes simplex ialah sejenis penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap herpes simplex berkemungkinan tinggi melahirkan bayi kerencatan mental.

(c) Kekurangan oksigen semasa kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayi sehingga menyebabkannya kerencatan mental.

Posnatal (Selepas Kelahiran Bayi) I. Penyakit

Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerencatan akal. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang menghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Jika tidak dirawat dengan segera, kerencata akal mungkin berlaku. II. Persekitaran

Kanak-kanak yang terdedahkan kepada logam berat seperti pelambum dan merkuri melalui makanan atau melalui pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran dan masalah emosi dan sebahagian mengalami kerencatan mental. Contohnya, keracunan pelambum berpunca daripada sesetengah cat rumah, paip air dan petrol.

2.7.3 CARA MENGATASI Program untuk Bayi dan Pra Sekolah (i) Model Home- Based ± kanak-kanak menerima perkhidmatam di rumah daripada ibu bapa dengan bantuan ahli profesional bagi mengenal pasti keperluan,

memperkembangkan program pengajaran dan memantau peningkatan. (ii) Program center-based ± kanak-kanak terencat akal mendapat perkhidmatan dan pengajaran di pusat-pusat penjagaan daripada staf dan ibu bapa. (iii) Program combination home-center-based ± kanak-kanak menerima pengajaran di rumah dan juga di pusat. Ibu bapa diberi laltihan di pusat untuk mengajar anak mereka di rumah. Staf-staf akan melawat ke rumah untuk membuat pemantauan dan membincangkan perkembangan anak mereka. Program untuk Kanak-kanak dan Remaja (i) Program kelas biasa ± matlamat utamanya adalah untuk menyediakan

perkhidmatan yang paling bermakna dengan pengasingan yang paling minima daripada rajan sebaya. Pengajaran dilakukan dengan bantuan bahan-bahan pendidikan khas, perkhidmatan guru bergerak, guru resos, serta penilaian secara diagnostic. (ii) Program kelas khas ± kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai memerlukan pendidikan khas akan ditempatkan di kelas-kelas integrasi. (iii) Program sekolah khas ± sekolah khas harian dan sekolah khas berasrama penuh. Sekolah khas harian bagi kanak-kanak terencat akal teruk disebabkan peralatan yang diperlukan tidak ada di rumah. (iv) Program-program lain ± pengajaran di hospital dan di rumah (homebound). Pengajaran di hospital diadakan bagi kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital dan bersifat sementara.

2.6. SINDROM DOWN Sindrom Down merupakan kecelaruan genetik menyebabkan kerencetan akal pada kanak-kanak. Menurut Nasional Down Syndrome Society, USA (2003), terdapat 1 daripada 800 hingga 1000 kanak-kanak yang dilahirkan sebagai Sindrom Down yang disebabkan lebihan kromosom ke-21 atau Trisomi 21. Individu yang mempunyai Trisomi 21 mempuyai ciri-ciri fizikal dan mental yang khusus yang secara kolektifnya dikenali sebagai Sindrom Down. Sindrom bermakna satu koleksi ciri-ciri manakala Down adalah nama doctor yang berjaya mengesan dan menngumpulkan kesemua ciri dan mencadangkan semua ciri itu berkaitan dengan masalah yang sama.

2.6. PUNCA SINDROM DOWN Banyak kesalahan yang mungkin berlaku semasa proses pembahagian sel. Dalam proses meiosis, pasangan kromosom sepatutnya terbahagi (berpecah) kepada dua dan pergi ke tempat yang berlainan dalam sel yang terbahagi itu, peristiwa ini dikenali sebagai µdisjunction¶. Namun begitu, adakalanya terdapat sepasang kromosom yang tidak berpecah dan menyebabkan keseluruhan pasangan kromosom itu pergi ke dalam satu tempat. Ini bermakna dalam sel-sel terbabit, satu sel mempunyai 24 kromosom dan satu sel lagi mempunyai 22 kromosom sahaja. Kejadian ini dikenali sebagai µnondisjunction¶. Kesannya, apabila sperma atau telur dengan jumlah kromosom yang tidak normal ini bergabung dengan pasangannya yang normal, maka telur yang terhasil seterusnya akan mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal juga.

2.6. CIRI-CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN Ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down ialah: Ciri-ciri Fizikal dan Kesihatan i. ii. Mata yang condong ke bawah atau ke atas Bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang kepala adalah rata menyebabkan kepala kelihatan bulat iii. iv. Telinga kecil dan selalunya berkedudukan rendah Bahagian dalam mulut lenih kecil menyebabkan kuran ruang untuk lidah sehingga menyebabkannya terjelir keluar v. vi. vii. viii. Bentuk leher lebih pendek Kaki dan tangan pendek, tapak tangan juga lebar dan rata, jari-jari pendek Tapak kaki lebar dan jari-jari kaki pendek Semasa bayi kanak-kanak ini mempunyai otot yang lemah dan terkepalai, serta lemah tindak balas ix. x. 30 ± 40 peratus kanak-kanak Sindrom Down menghadapi masalah jantung Mata kelihatan juling

Ciri Personaliti dan Temperan Kanak-kanak Sindrom Down bukanlah mempunyai satu bentuk personaliti yang seragam tetapi mereka mempunyai variasi tret personaliti dan temperan yang pelbagai. Bagi bayi yang pada peringkat permulaannya tenang dan pendiam bertukar ceria, bebas dan bersifat ingin tahu adalah disebabkan penjagaan, ransangan dan pendidikan terutamanya semasa peringkat awal dan pertengahan zaman kanak-kanak dan seterusnya. Terdapat juga kanak-kanak yang kurang upaya dan lemah bertukar menjadi pemarah dan degil semasa remaja. Ciri Perkembangan Bahasa dan Kognitif i. ii. iii. Perbendaharaan kata yang sedikit menyebabkan kurangnya pengetahuan umum Bermasalah mempelajari peraturan-peraturan tatabahasa Boleh belajar perkataan baru dengan lebih mudah berbanding peraturan tatabahasa

iv. v.

Bermasalah dalam memahami arahan-arahan Perkembangan kognitif mereka adalah lambat dan ukuran kecerdasan mereka dianggarkan di sekitar 70 pada tahun pertama.

2.6. CARA MENGATASI Antara strategi yang boleh dilaksanakan ialah bagi membantu kanak-kanak Sindrom Down ialah: Masalah Penglihatan i. ii. iii. Tempatkan mereka di barisan hadapan Gunakan tulisan atau huruf cetak yang besar Lakukan persembahan secara jelas dan mudah

Masalah Pendengaran i. ii. iii. Bercakap secara terus kepada pelajar Kukuhkan percakapan dengan ekspresi muka, isyarat atau gerak tubuh Kukuhkan percakapan melalui tulisan, gambar dan bahan maujud

Kemahiran Motor Halus dan Kasar i. Sediakan latihan tambahan, panduan dan galakan semua kemahiran motor

ii.Sediakan aktiviti untuk menguatkan jari dan sendi pergelangan tangan seperti menjahit dan memotong iii. Lakukan aktiviti dan penggunaan bahan pelbagai deria yang luas

Masalah Pertuturan Bahasa i. ii. iii. iv. Beri masa untuk memproses bahasa dan tindak balas Gunakan bahasa yang mudah Sediakan banyak permainan dan aktiviti mendengar, bahan-bahan visual dan sentuhan untuk mengukuhkan pertutura mereka Sediakan peluang-peluang bercakap dengan orang lain lebih kerap

2.6. AUTISME Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud kanak-kanak berada dalam dunianya sendiri. Persatuan Autisme Amerika Syarikat mendefinisiskan autisme sebagai ketidakupayaan yang rencam yang ada pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapapt dalam 1 daripada 500 idividu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) pula mendefinisikan autisme sebagai satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas dan kerap kali menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam bidang muzik dan lain-lain lagi.

2.6. PUNCA AUTISME Punca autisme adalah kompleks dan dalam kebanyakkan kes, punca yang menyebabkan autisme adalah tidak diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yang pelbagai dan kajian-kajian terkini lebih tertumpu kepada masalah genetik, kefungsian otak, dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal. Dari segi genetik, adik-beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutamanya pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fragile X Syndrome, tuberous sclerosis, dan phennylketonuria (PKU). Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan austisme. Antaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis,

kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan, dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik-beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat anak atau lebih (Gargiulo R.M. 2003). Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh behawa ketidakfungsian serebelum, sistem limbik, dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme. Autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimunne dan juga faktor persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme,

ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik menyebakan protein daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk makanan yang akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistic, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin atau casomorfin dan gliadorfin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, tumpuan perhatian, dan tingkah laku (Jamila K.A Mohamed, 2005).

2.6. CIRI-CIRI AUTISME Jamila K.A Mohamed (2005) dalam bukunya Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istiemwa telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enam bidang iaitu: 1 Komunikasi a Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung b Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain c Jarang menggunakan bahasa

d Sukar diajak bercakap e Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja f Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan

g Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami h Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu 2 Interaksi Sosial a Suka bersendirian b Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain c Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan

d Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut

3 Gangguan Deria a Sensitif pada sentuhan b Tidak suka dipegang atau dipeluk c Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga

d Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain e Kurang sensitif pada rasa sakit atau takut

4 Pola Bermain a Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya b Tidak suka bermain dengan rakan sebaya c Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar atau melambunglambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegangnya d Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas e Apabila menyukai sesuatu benda terus dibawa ke mana-mana sahaja

5 Tingkah Laku a Sama ada hiperaktif atau hipoaktif b Melakukan perbuatan yang sama dan berulang-ulang seperti menepuk-nepuk tangan

c

Sidak suka pada perubahan daripada apa yang dilakukannya

d Dapat duduk lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi

6 Emosi a Sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab, mengamuk tidak terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang melakukan sesuatu yang diingininya b Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu c Ada kalanya mencederakan diri sendiri d Tidak rasa simpati da tidak memahami perasaan orang lain

2.31 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME Perkembangan kanak-kanak autisme boleh dilihat daripada banyak aspek seperti: Perkembangan Kognitif Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal adalah berbeza. Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat juga sebahagian kecil yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan. Mereka juga mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak pula berlaku pada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus overselectivity iaitu perkara atau ransangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan. Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini dikekalkan dalam bentuk yang asal (uncoded form). Kanak-kanak istimewa tidak boleh mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang panjang dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat sebagaimana kebiasaan orang lain. Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkaraperkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali

untuk melihat perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitan antara dua perkara menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi dan seumpamanya. Namun terdapat juga individu autistic yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang luar biasa, contohnya dalam muzik, matematik dan seni lukis. Perkembangan Bahasa Dibahagikan kepada: A. Nonsegmental Phonology Kanak-kanak autistik yang lemah dalam menghasilkan pertuturan yang

nonsegmental atau prosodi iaitu: i. Irama yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan ii. Pengeluaran bunyi vokal yng berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa iii. iv. Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan

B. Bahasa Idiosinkratik Kanak-kanak autistik mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan atau frasa yang dikeluarkan unik. Semua bnetuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. C. Masalah Kata Ganti Nama Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autistik kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti µhe¶ atau µshe¶. Kata ganti nama kedua µyou¶ digunakan untuk dirinya dan µI¶ untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana mereka sukar memahami dan mengunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.

D. Ekolalia Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Boleh dibezakan iaitu: i. Ekolalia serta-merta ± pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila perkataan disebut. ii. Ekolalia lewat ± diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan tersebut. iii. Ekolalia ringan ± pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan. Perkembangan Komunikasi Mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat itu. Mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh orang lain dan sukar memahami bahasa badan serta ekspresi orang lain. Perkembangan Sosial Boleh dikategorikan kepada: i. Penghindaran sosial iaitu kanak-kanak autistik akan mengelak daripada sebarang bentuk interaksi sosial dan kerap menjauhkan diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan mereka. ii. Bersikap tidak acuh atau tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling tetapi tidak pula menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukans sesuatu. iii. Kekok ketika bersosial, berlaku apabila individu autistik cuba berkawan tetapi tidak berupaya mengekalkan hubungan itu. Ini disebabkan mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, sikap dan emosi.

Perkembangan Emosi Kanak-kanak autistik sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham. Mereka juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau.

2.6.2 CARA MENGATASI Proses intervensi untuk kanak-kanak autistik bermula sebaik sahaja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat awal tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang sering digunakan bagi kanakkanak autistik ialah penggunaan ubat Ritalin bagi merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif serta pengambilan vitamin B6 bersama magnesium untuk membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan mereka. Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku kurang sesuai. Antara teknik yang digunakan ialah pengasingan, kejelakan, time-out, memberi ganjaran dan sebagainya. Pendidikan yang berstruktur serta pengurusan intervensi semasa awal kanak-kanak lagi boleh membantu mengembangkan potensi mereka. Perkhidmatan intervensi awal ini adalah penting untuk mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Antara intervensi awal yang digunakan bagi kanak-kanak autisme adalah bermula dengan pembentukan Individualized Family Service Plan (IFSP), yang akan memenuhi keperluan dalam bidang kemahiran sosial, kemhairan urus diri, komunikasi, dan pengurusan tingkah laku.

2.6.3 PINTAR CERDAS Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi. Ross (1993) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak dikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.

2.6.4 CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Antara ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ialah: Tahap IQ yang Tinggi Pintar cerdas diertikan mempunyai IQ yang tinggi (130 mata), (Grinder, 1985). Menurut Clark, 1997, mengatakan bahawa IQ semata-mata bukanlah faktor menentukan pintar cerdas. Beliau menyatakan kefungsian intelek yang tinggi dan cepat dalam empat komponen intelek menunjukkan prestasi yang tinggi pada individu pintar cerdas iaitu kognitif, efektif, fizikal dan intuitif. Pemprosesan Maklumat Sternberg & Zhang, 1995 berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdsa mempunyai kebolehan-kebolehan seperti berikut: i. Asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat dari ingatan yang tersimpan ii. iii. Mengguna kemahiran dan strategi menyelesaikan masalah Kemahiran metakognitif yang akan meregulasi, mengawal penggunaan strategi menyelesaikan masalah.

Perbezaan Secara Kualitatif Eysenck (1986) berpendapat secara kualitatif kanak-kanak pintar cerdas berbeza dengan kanak-kanak biasa dari segi memproses maklumat kerana mereka dapat memproses maklumat dengan tepat sebab transmisi antara sel-sel di dalam otak lebih cekap. Oleh itu, mereka dapat menangani kehendak intelek yang timbul walaupun pad umur yang muda. Kreativiti Tinggi Guilford & Torrance menyatakan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan menunjukkan kebolehan-kebolehan berikut: i. ii. iii. iv. Kelancaran fikiran: boleh mengeluarkan idea yang banyak Fleksibiliti: boleh menukar corak pemifikiran Ketulinan: boleh mengeluarkan idea yang tidak dijangka Eloborasi: boleh meluaskan pemikiran dan menilai kesan.

Prestasi Luar Biasa Stankowski (1987) berpendapat kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri kematangan dan prestasi orang dewasa lebih jelas berbanding dengan umurnya. Kemahiran Metakognisi Tinggi Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan keupayaan metakognisi yang tinggi iaitu: i. ii. iii. Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi Berupaya mengurus kendiri dengan cemerlang Motivasi kendiri yang tinggi, kehendak yang kuat untuk menguasai kemhairan baru. Motivasi instrinsik lebih ketara pada mereka. iv. v. Kemahiran menumpukan perhatian yang tinggi Mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi: belajar dari kesilapan, insentif yang tinggi untuk berjaya, lebih persisten dan pembelajar yang reflektif vi. vii. Berdikari Kemahiran bahasa dan percakapan yang tinggi

viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv.

Membina rasa takut pada usia muda Mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi Mencari kesempurnaan Terlalu sensitif Mudah kecewa Sangat matang Tingkah laku tidak conform kepada masyarakat

Perkembangan Kanak-kanak Pintar Cerdas Kanak-kanak pintar cerdas MENGANTUK « SBLM TDO NAK TULIS SESUATU ³ACT AND PLAY IN THIS SCARY WORLD NICELY, YOU WILL SUCCESS. (ROSE NOTE_ANA MARISSA) 3.1.6 Ciri-ciri Dianggarkan terdapat kira-kira 50 tanda klinikal kanak-kanak Sindrom Down, tetapi jarang sekali seseorang itu mempunyai semua ciri-ciri tersebut. Antara cirri-ciri fizikal yang ketara ialah : (i) (ii) (iii) Kepala yang kecil, leher yang pendek, serta mata sepet Hidung leper, telinga dan mulut yang kecil Tangan yang pendek, tapak kaki yang lebar dan igu jari kaki yang pendek (iv) (v) Otot yang lemah Badan yang lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak biasa

Selain memiliki ciri-ciri fizikal tersebut, kanak-kanak Sindrom Down juga mungkin mengalami masalah kesihatan seperti kesukaran bernafas, masalah penglihatan, masalah pendengaran dan kesukaran bertutur. Kanak-kanak Sindrom Down berkemungkinan menjadi obesity atau gemuk.

3.2.2 CIRI-CIRI KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN Tujuan membaca ialah untuk memahami apa yang dibaca. Pemahaman memerlukan seseorang itu mentafsir frasa, ayat dan perenggan. Pelajar bermasalah pembelajaran yang berada pada peringkat mengenal pasti perkataan sudah tahap pemahamannya tidak setandng dengan tahap

pemahaman pelajar normal atau biasa. Pelajar bermasalah pembelajaran akan menghabiskan masa mengenal pasti perkataan dan oleh itu tidak dapat membeca dengan fasih dan lancar, dan maksud bahan yang dibaca akan menjadi kabur.

a) Masalah menulis Ramai pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis. Kemahiran menulis memerlukan seorang penterjemahan pemahaman bahasa ke dalam system symbol. Berikut ialah beberapa masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran : y y y y Kesukaran memegang pen atau pensil ketika dengan tangan Menulis huruf yang berlainan saiz. Bagi sesuatu perkataan, terdapat ruang diantara huruf Kelemahan dalam ejaan ( meninggikan atau menambahkan huruf-huruf tertentu ) y y y y Tidak menggunakan tatabahasa yang betul Organisasi perenggan yang tidak teratur Penjanaan idea yang tidak matang Kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimanapun, kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran lebih dipertingkatkan jika interversi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik siperkenalkan.

b) Masalah Matematik Para penyelidik mendapati bahawa 1 daripada 4 pelajar bermasalah

pembelajaran menghadapi kesukaran matematik. Diskalkulia merupakan istilah yang digunakan secara meluas bagi ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya, dikakulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Berikut ialah beberapa masalah matematik di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran : i. ii. iii. Tidak menguasai sepenuhnya peraturan campur, bahagi, tolak dan darab Kesukaran menyelesaikan masalah matematik bentu ayat atau bahasa. Kesilapan yang dilakukan adalah sistematik dan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut telah menggunakan strategi menjawab soalan yang salah secara konsisten. iv. Kesukaran mengingati kembali fakta (mengingat semula fakta lebih perlahan berbanding pelajar biasa). v. Mudah melakukan kesilapan sekiranya tidak menerima contoh atau pengajaran yang sepenuhnya daripada guru.

c) Masalah Interaksi Sosial Setelah megkaji semula lebih seratus penyelidikan, Kavale dan Forness membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran menunjukkan kekurangan kemahiran social. Pelajar yang mempunyai kemahiran social yang lemah dapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai

teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalinkan serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak rakan sebaya yang negative serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

Akibatnya, harga diri mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang-kadang hal ini berlaku menyebabkan mereka bertingkah laku negative dan menyakiti orang lain. Kompetensi social yang rendah di kalangan pelajar bermasalah adalah rendah dalam kerana mereka tidak dapat membaca situasi social di sekitar mereka.

d) Masalah Tingkah Laku Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempamerkan masalah tingkah laku. Dianggarkan antara 15 hingga 40 peratus pelajar bermasalah

pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, impulsive, terlalu aktif dan resah, dan tidak mengikut arahan. Istilah yang sering digunakan untuk membincangkan situasi ini ialah Masalah Kurang Tumpuan ( Attention Deficit Disorder, ADD ) yang telah disemak semula dan kini dipanggil Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktif (Attention Deficit Hyperactive Phychiatric Association). Masalah ini lebih ketara di kalangan pelajar lelaki berbanding dengan perempuan. Sudah tentu tingkah laku kurang tumpuan yang dipamerkan akan memberikan kesan terhadap pembelajaran mereka malah dan turut memberi kesan terhadap situasi social di sekolah dan keadaan dir umah. Bagaimana perlu ditegaskan bahawa tidak semua pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah Kurang Tumpuan Hiperaktif ( ADHD ) dan berikut ialah cirri-ciri umum masalah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Sangat aktif ( dipanggil hiperaktif ) Sukar memberikan tumpuan Bertindak tanpa berfikir Tidak mengikuti arahan dengan sepenuhnya Tidak mengikut giliran Terlalu banyak bercakap Mencela ketika orang bercakap

3.2.3 SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN Apakah yang menyebabkan bermasalah pembelajaran? Pada masa kini, tidak dapat ditentukan dengan tepat apakah yang akan menyebabkan masalah pembelajaran. Bagi kebanyakan pelajar, kita ketahui apakah yang menyebabkan sesuatu masalah pembelajaran yang dihadapi seperti disleksia atau kesukaran menyelesaikan masalah matematik. a) Kecederaan Otak Ramai professional perubatan berpendapat kebanyakan masalah pembelajaran ada kaitan dengan kecederaan otak. Kecederaan otak kecederaan otak atau trauma pada system saraf pusat ( central nervous system ) biasanya berlaku sebelum kelahiran bayi ( postnatal ) dan selepas kelahiran bayi ( postnatal ). Sebelum kelahiran bayi. Pelbagai kejadian semasa kandungan boleh menyebabkan kecederaan otak seperti ibu yang menghidap penyakit-penyakit seperti Rubela, herpes, simplex, mengambil dadah, minum alcohol dan merokok terdedah kepada logam berat seperti pelambam dan merkuri. Semasa kelahiran bayi Pelbagai kejadian semasa kelahiran bayi boleh menyebabkan kecederaan otak seperti kekurangan oksigen, tidak cukup bulan atau kurang berat badan, trauma yang diterima sebabkan oleh penggunaan alatan perubatan seperti forcep dan vakum. Selepas kelahiran bayi Dalam kehidupan seharian seorang kanak-kanak terdedah keoada pelbagai kematangan yang kadang kala boleh mencederakan otaknya seperti hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan, demam yang terlalu tinggi, tumbuhan pada otak dan jangkitan seperti encephatilitis dan meningitis.

b) Genetik Hubung kait di antara genetic dengan masalah pembelajaran dipertikaikan kerana tidak ada bukti yang kukuh. Walaupun amat sukar untuk membezakan sama ada masalah yang timbul adalah disebabkan oleh factor genetic atau persekitaran, terdapat juga kajian-kajina menunjukkan kaitan genetic dan masalah pembelajaran. Para penyelidk telah mendapati bahaw akira-kira 35-45 peratus kanak-kanakk yang menghadapi masalah membaca. Risiko mempunyai masalah membaca akan meningkat sekiranya kedua-kedua ibu bapa mempunyai masalah yang sama.

c) Ketidakseimbangan biokimia Selain factor-faktor kecederaan otak dan keturunan, kandunga biokimia yang tidak seimbang juga dikatakan sebagai salah satu sebab berlakunya masalah pembelajaran. Sesetengah ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktif yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan kepada kerja sekolah. Isu ketidakseimbangan biokimia dan kaitannya dengan masalah pembelajaran seharusnya ditafsir dengan hati-hati.

d) Persekitaran Sepertimana kecederaan otak, genetic dan ketidakseimbangan biokimia sukar dipastikan sebagai penyebabmasalah pembelajaran. Bagaimana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa persekitaran yang serba

kekurangan kerana kemiskinan, keadaan rumah yang tidak selesa, atau persekitaran yang kotor boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Contahnya, kajian jangka panjang yang dilakukan oleh Hart mendapati bayi dan kanak-kanak yang tidak banyak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka, mempunyai kosa kata dan penggunaan bahasa yang terhad sebelum memasuki sekolah.

Bibliografi Pengenalan Bahasa. http://anuarsped.blogspot.com Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.. Haliza Hamzah, (2008). Perkembangan Kanak-kanak: Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan: Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik,Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Jamila K.A Mohamed, (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007). Buku Panduan Bhd.. Instrumen Penempatan Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (IPP): Manual. Selangor: Absolute Master Printers Sdn.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful