You are on page 1of 7

UNIT 1 PUISI TRADISIONAL

Pantun Empat Kerat (Budi)


Rangkap Maksud
1 Terang bulan terang di paya, Pantun ini disampaikan sebagai pesanan tidak
Anak kambing memakan rumput; langsung bahawa orang yang berbudi hendaklah
Jika tak kenang kepada saya, dikenang.
Nama yang baik tidak tersebut.
2 Anak merak mati tersangkut, Orang yang berbudi, pasti akan disebut-sebut
Mati dipanah Seri Rama; walaupun dia telah meninggal dunia.
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
3 Anak itik terenang-renang, Jasa dan budi orang sentiasa dikenang. Biarpun
Air pasang tenang-tenangan; kecil, budi itu tetap dihargai.
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
4 Anak ikan berlima-lima, Seseorang yang mengasihi yang lain, apabila
Mati ditimpa punggur berdaun; kasihnya diterima hubungan tersebut akan
Kasih tuan saya terima, berterusan untuk jangka masa yang panjang.
Sebagai hutang seribu tahun.

Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)


Rangkap Maksud
1 Apa guna berkain batik, Isteri yang cantik tidak dianggap sempurna jika dia
Kalau tidak memakai cerpal; tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tidak pandai menumbuk sambal.
2 Dari Kelang lalu ke Jawa, Kitab selalunya dibaca oleh orang yang
Naik sigai ke atas atap; berpengetahuan. Oleh sebab itu, jika orang yang
Ikan kering lagi ketawa, dianggap tidak berilmu menunjukkan
Mendengar tupai membaca kitab. kemahirannya, pihak lain pasti akan ketawa kerana
tidak percaya.
3 Ambil segulung rotan saga, Orang yang pernah berkuasa tidak akan dapat
Suruh diambil mari diurut; berbuat apa-apa kepada rakyat biasa apabila
Duduk termenung harimau tua, kuasanya telah hilang.
Melihat kambing mencabut janggut.
4 Kupu-kupu terbang melintang, Keupayaan seseorang yang biasanya dianggap
Hinggap menghisap bunga layu; hanya layak berada di bawah akan menimbulkan
Hati di dalam menaruh bimbang, kebimbangan kepada orang atasan.
Melihat ikan memanjat kayu.
5 Lebat sungguh padi di paya, Apabila orang bawahan mendapat kuasa dan
Kayu tumbang di pangkalan; berjaya menjatuhkan orang atasan dan
Hairan sekali hati saya, berpengaruh, tentulah akan menimbulkan
Burung terbang disambar ikan. kehairanan.

1
Syair Definisi Orang Berakal
Rangkap Maksud
1 Orang berakal sangat mulia, Orang yang berakal atau cerdik pandai dianggap
Pakaian anbia dan aulia, mulia oleh masyarakat dan menyamai orang alim.
Barang siapa mengikuti dia, Sesiapa yang menjadi pengikut orang yang berakal
Itulah tanda orang bahagia. akan dapat hidup bahagia.
2 Kerana ia akalnya tajam, Orang yang berakal akan membela sesiapa sahaja
Menjadi kepala bela bermacam, yang dianiayai. Si pelakunya pula akan menerima
Jikalau mata melihatkan kejam, balasan yang setimpal dengan kekejaman yang
Disebutlah ia jalan tersunjam. telah dilakukannya.
3 Telek pandangan dan makrifat, Orang yang berakal mempunyai pandangan yang
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik
Tiada mengasihi orang yang jahat, dan mengetepikan orang yang jahat.
Takut akhirnya menjadi fazihat.
4 Sebagai lagi tanda berakal, Orang yang berakal akan mengikut hukum-hukum
Perintah syarak tidak menyangkal, agama. Selain berserah kepada Allah, orang yang
Menjauhkan tamak hendak tawakal, berakal juga tidak bersikap tamak haloba kerana
Ibanya tahu dunia tak kekal. dia sedar bahawa dunia ini tidak akan kekal.
5 Jika ia dikasihi raja, Orang yang berakal tidak mengada-ngada
Tiadalah ia melanja-lanja, walaupun dikasihi oleh pihak atasan. Dia tidak
Tiadalah menyombong pada bekerja, sombong, sebaliknya sentiasa berbaik-baik dengan
Dengan taulannya bersamaan sahaja. rakan-rakan.
6 Apabila raja kasih sangat, Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih
Makin itu makin ia ingat, kepadanya, orang yang berakal itu makin berusaha
Segala taulannya hatinya ditambat, merapatkan hubungan dengan rakan-rakannya,
Merendahkan diri serta berkhidmat. tetap bersikap rendah diri, dan makin kuat bekerja.

7 Demikian lagi dengar olehmu, Orang yang berakal tidak berasa bosan dalam
Tanda berakal kasihkan ilmu, mengejar ilmu pengetahuan. Dia ingin memahami
Suka mentelaah tiadalah jemu, sesuatu bidang ilmu secara mendalam.
Mencari kupasan jangan tersemu.

Syair Siti Sianah


Rangkap Maksud
1 Setengahnya perempuan terlalu janggalnya, Sesetengah perempuan mencukur bulu roma
Roma di muka pula dicukurnya, agar kelihatan lebih cantik.
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.
2 Mengagak mengilai terlalu suka, Ada perempuan yang ketawa dengan kuat tanpa
Melihat laki-laki ditampakkan muka, perasaan malu dan ingin menonjolkan diri di
Supaya laki-laki boleh menyangka, depan lelaki.
Ianya elok tidak terhingga.
3 Setengah perempuan sangat pesolek, Ada pula perempuan yang mengambil masa
Berhias berdandan berpakai molek, yang lama untuk bersolek.
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.

2
4 Meskipun tiada berapa eloknya, Gambaran perempuan yang hodoh rupanya.
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.
5 Setengah perempuan perangainya cela, Ada perempuan yang terlalu mengambil berat
Habis dipenuhi rambut kepala, perihal rambutnya.
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.
6 Terkadang muka dibubuh pupuri, Ada perempuan yang bersolek seluruh tubuh
Kaki dan tangan, lengan dan jari, hingga kelihatan putih berseri.
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.
7 Setengah perempuan yang makan angkat, Sesetengah perempuan suka disanjung, memakai
Memakai gelang bertingkat-tingkat, gelang dengan banyaknya, dan gemar memikat
Memandang laki-laki matanya lekat, lelaki.
Dengan jantan suka berdekat.
8 Kaki dan tangan dinaikkan pula, Pelbagai aksi dilakukan oleh perempuan untuk
Pura-pura dikatakan ubat segala, memikat lelaki.
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya lelaki berhati gila.
9 Berlindunglah kita kepada Allah, Sesungguhnya, berlindunglah kepada Allah
Daripada perbuatan yang amat salah, supaya tidak menjadi perempuan yang layak
Mudah-mudahan dilepaskanlah, digelar sampah masyarakat.
Jangan menjadi betina sempolah.
10 Sesetangahnya suka bermain judi, Sesetengah perempuan suka berjudi hingga
Inilah perangai banyak terjadi, habis harta tergadai.
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.
11 Laki-laki dan perempuan bertindih lutut, Sesetengah perempuan suka duduk rapat dengan
Banyaklah kelakuan yang tidak patut, lelaki hingga bertindih lutut kerana termakan
Sembahyang ibadat sudahlah bantut, hasutan syaitan.
Kerana syaitan duduk di buntut.

Gurindam 12 Pasal yang Keenam


Rangkap Maksud
1 Cahari olehmu akan sahabat, Cadangan agar memilih sahabat yang dapat
Yang boleh dijadikan ubat. menyenangkan hati.
2 Caharu olehmu akan guru, Cadangan agar belajar dengan guru yang benar-
Yang boleh tahukan tiap seteru. benar berilmu.
3 Cahari olehmu akan isteri, Cadangan agar mencari isteri yang taat setia kepada
Yang boleh menyerahkan diri. suami.
4 Cahari olehmu akan kawan, Cadangan agar mencari kawan yang baik dan tidak
Pilih segala setiawan. bersikap hipokrit.

3
Seloka Emak Si Randang
Rangkap Maksud
Baik budi Emak Si Randang, Emak Si Randang ialah wanita yang terlalu baik
Dagang lalu ditanakkan, kepada orang luar. Malangnya, kebaikannya itu
Tiada kayu rumah diruntuhkan, tidak berpada pada sehingga dia sanggup
Anak pulang kelaparan, mengabaikan anak sendiri. Kesan daripada sikapnya
Anak dipangku diletakkan, itulah yang menyebabkan dia terpaksa berhutang
Kera di hutan disusui, dan hidup dalam kesusahan.
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

UNIT 2 SAJAK
Harga Remaja (Rahman Shaari)
Rangkap Maksud
1 Berapakah sebenarnya harga remaja Pertanyaan tentang harga remaja yang tidak
yang bersih mengalami kekecewaan.
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?
2 Dengan apakah akan kaupenuhi Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima
piala remajamu kesusahan, iaitu sama ada disebabkan perasaan cinta
adakah cuba kesangsian yang belum masanya atau ilmu yang ditimba selama
dari cinta murah ini.
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
3 Remaja amat mahal Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan
sesungguhnya dengan perjanjian dalam percintaan yang belum
tiada terbeli oleh perjanjian masanya. Remaja yang baik ialah remaja yang
harga remaja adalah berani dan memiliki ilmu.
pendirian
keberanian dan ilmu.
4 Penuhilah remajamu Remaja hendaklah mengetahui arah tuju
dengan ketentuan tuju. kehidupannya.

Di Perpustakaan (Shafie Abu Bakar)


Rangkap Maksud
1 Melangkah ke ruangmu Tubuh terasa sejuk sekali ketika masuk ke ruang
Satu pertukaran yang kontras perpustakaan. Perpustakaan ialah tempat yang kaya
Dari kehangatan merata dengan ilmu. Keadaan di dalam perpustakaan agak
Ke kedinginan yang menerpa sunyi kerana pengunjungnya tekun membaca.
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati

4
2 Maju ke ruang buku Ilmu yang dapat diperoleh di perpustakaan terlalu
Terlalu kerdil aku di sini banyak. Namun, ilmu yang dapat dikuasai oleh
Terapung di laut ilmu seseorang sedikit sahaja.
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun ku layari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan ku petik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman
3 Bersemadi di sini Pembaca yang ingin mendapatkan ilmu tidak akan
Aku adalah pelayar yang dahaga berasa jemu untuk teras membaca.
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun ku teguk darinya
Dahaga tak pernah langsai

Mengintai Ruang Insaf (Shukri Abdullah)


Rangkap Maksud
1 Semakin berat kejahilan Orang yang jahil jauh daripada cahaya kebenaran.
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu.
2 Sewaktu berlari di padang hidup Kehidupan manusia sering diselubungi kesilapan
kerap kakiku tersadung selirat akar dan kesalahan.
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang.
3 Sekadar songsong aksara kata Penyajak tertanya-tanya, adakah masih ada ruang
tanpa kembali ke tunjang makna, untuknya kembali ke jalan yang benar?
“Apakah dalam daraf khilaf
masih terbuka ruang untuk
dianugerahkan keinsafan?”
4 Rabb, Berdoa semoga pintu taubat terbuka untuknya
moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum hari kiamat tiba.
sebelum api dari bara itu menyala.

5
Mahsuri (Zurinah Hassan)
Rangkap Maksud
1 Selendangmu mengibar di pantai Mahsuri ialah lambang wanita yang setia.
menyambut tetamu pulau Mahsuri juga menyimpan dendam terhadap
setiamu menjadi lagu orang yang menzaliminya. Sumpah Mahsuri
nyanyian ombak pagi itulah yang telah menghidupkan Langkawi
rambutmu menjadi jalur hitam hingga dikenali ramai.
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.
2 Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup Timbul perdebatan tentang kewujudan
dia hanya bermula dengan Mahsuri, iaitu sama ada kisah Mahsuri cuma
khayalan seorang seniman khayalan, seniman atau bahasa dalam karya
pun kata orang Mahsuri pernah hidup sastera yang telah menghidupkan kisah tersebut
tetapi bahasa seorang pencerita sehingga Langkawi mengalami pelbagai
membuatnya lebih hidup dari kehidupannya perubahan.
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
Langkawi tidak sebegini bererti.
3 Mahsuri membesarkan Langkawi Kisah Mahsuri telah menaikkan nama
sastera membesarkan tanah air. Langkawi, manakala sastera pula telah
membangunkan bidang kesusasteraan tanah air.

Adat Sezaman (Wan Nasihah Wan Abdullah)


Rangkap Maksud
Peradaban zaman semakin berlalu Ada kesan tertentu dan mendalam apabila masa
meninggalkan kesan mendalam berlalu. Zaman lama berganti dengan zaman
terlalu indah apabila dipandang baru. Pada masa dahulu, hubungan teruna dara
terlalu mulia apabila diselidik sangat sopan, sedap mata memandang, dan
santun si dara jadi idaman menyenangkan hati orang tua-tua. Kini,
warak si teruna jadi ikatan keadaan itu bertukar dengan gaya hidup baru
si tua tersenyum mesra kesan daripada pengaruh asing, iaitu berlaku
memandang teruna dara pelanggaran batas-batas pergaulan antara lelaki
sama cantik sama padan dengan perempuan.
berganding bersama di singgahsana...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
santun sang dara
dan warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
6
berganding tanpa silu
tanpa hormat
tanpa balasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning menjadi ikutan.

Tiba Waktunya (Ghazali Lateh)


Rangkap Maksud
1 Angin musim semakin deras dan ganas Pada zaman ini, manusia berlumba-lumba
meniup tamadun ke era yang pantas untuk maju.
lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah
merebut tunas-tunas harapan yang hijau
dari putik dan pucuk berembun kemilau.
2 Haruskah kita tunduk mengutip sisa-sisa Sekarang bukan masanya untuk kita
atau berada di sana meraih sejahtera? mempersoalkan sama ada kita harus mara ke
Usah kautanya persoalan dilema hadapan untuk mengejar kemajuan atau
kerana itu bukan waktunya perlu menoleh ke belakang semula. Hal ini
untuk berhujah perlu tidak demikian kerana masa berlalu dengan
dan masa pun tidak akan menanti pantas.
buat mewajar padah atau simpati.
3 Wanita zaman siber Wanita masa kini perlu menyumbangkan
perlu mengacung minda ke tengah arena pendapat dan tenaga untuk merealisasikan
suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi wawasan negara.
menuju wawasan era globalisasi.
4 Lepaskanlah segala belenggu kedaifan Wanita hari ini perlu membebaskan diri
huraikan segala keliru kekusutan daripada belenggu kemiskinan dan
wanita zaman ini perlu bangun berani cengkaman emosi. Mereka harus lebih
yakin diri tahan diuji berani, berkeyakinan, tahan dengan ujian,
tinggi pekerti anggun gerak-geri berbudi pekerti, dan berterampilan.
terunggul dalam segala segi.
5 Mari kita jana semua upaya Gabungan antara tenaga wanita dengan iman
dalam menjulang citra seluruh wanita dan semangat akan membawa kemajuan.
dengan kudrat mental juga fizikal
berbekal iman dan semangat cekal
kita gerakkan kemampuan yang pukal.
6 Kini sudah tiba waktunya Sudah tiba masanya kita berdiri sama tinggi,
kini bertakhta di persada dunia. duduk sama rendah dengan masyarakat
dunia.

You might also like